Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Ceramah² Ugama Ustaz² Media.


Dlm berdakwah, kita disuruh bersifat HIKMAH, atau bijaksana. Kebijaksanaan yang dimaksudkan itu ialah,  sifat berilmu yg sebenarnya. Dgn ilmu, dia mampu memiliki aqidah yang benar, mampu pula mengikuti landasan kebenaran dlm setiap perbuatan dan tutur katanya, sebagaimana yg ditunjukkan oleh para rasul dan ulama yg muktabar. Dgn itu, barulah dia mampu mengawal diri sendiri, sebelum berdakwah kpd orang lain.

Termasuk dlm konsep ” kemampuan mengawal diri”, ialah, Tidak tergesa², atau tidak mudah memberi fatwa atau tidak menjawab semua soalan yg ditanya tanpa terlebih dahulu memastikan jawapan yg diberi itu  tepat dan benar² menepati kehendak ugama.

Jika ditanya sesuatu soalan yg kita ragui jawapannya, jgn dijawab, lebih baik berkata, ” SAYA TIDAK TAHU “. Jawapan demikian tidak menjatuhkan maruah penceramah, bahkan jauh lebih baik dpd memberi jawapan yg salah, kerana kita bertanggungjawab jika yg bertanya ikuti atau amalkan sesuatu yg menyalahi hukum syarak.

Nabi saw bersabda…
   Ilmu itu ada tiga. Kitab yg berbicara, sunnah yg berdiri tegak, dan ‘ saya tidak tahu’.
  
Ada ulama yg berkata, ungkapan ‘ saya tidak tahu’ adalah sebahagian dpd ilmu. Org yg berdiam diri dpd berkata sesuatu yg tidak diketahuinya, kerana Allah, tidaklah berkurang pahalanya dpd orang yg berbicara. Ini kerana, mengaku kita bodoh, adalah amat berat bagi jiwa.

Itulah sebabnya para sahabat dahulu tidak mudah berfatwa. Mereka lebih suka jika ditanya kepada orang lain.

  Ibn Mas’ud berkata, …
” Orang yg memberi fatwa kepada manusia pada setiap persoalan yg diminta oleh mereka fatwa daripadanya, adalah orang GILA!.”…bersambung..

Sumber Solah Yacob

20/06/2024 - Posted by | Perbahasan Ulama, Q & A (Soal Jawab) |

No comments yet.

Leave a comment