Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Islam akan bangkit semula sebelum Kiamat – Janji Allah

Islam ugama wahyu bukan ideologi.Maka boleh kah Islam di perjuangkan melalui cara orang memperjuangkan ideologi saperti melalui pilihanraya?. Belum ada Pejuang Islam dalam dunia ini yang telah sukses mempertabatkan Islam melalui politik pilihanraya berdemokrasi atau melalui isme isme yang lain atau melalui kekerasan sekali pun.Apa yang kita nampak, makin di perjuangkan makin berpecah belah umat Islam dan makin terhina Agama Islam.

Islam agama wahyu.Kepunyaan Allah.Maka ianya hanya boleh di perjuangkan melalui cara yang di kehendaki olih Allah.Ya itu melalui “Instruction Manual” yang di sediakan oleh Allah (Al Quran & Hadis).Bukan melalui cara atau metod yang di reka olih manusia.Kerja kita memperjuangkannya, bila Islam akan kembali gemilang?………. itu kerja Allah.Islam agama Allah, kita mesti terus berjuang cara yang di tetapkan olih Allah sambil menunggu jadual Allah, saperti dalil dalil yang tersebut di bawah:-

1. Dalil Al Quran

Dan Allah telah menjanjikan kepada orang2 beriman di antara kamu dan yg mengerjakan amal soleh, bahawa mereka sesungguhnya akan dijadikan khalifah yg berkuasa di muka bumi ini sebagaimana telah dijadikan khalifah orang2 sebelum mereka, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yg telah diredhaiNya untuk mereka, dan dia benar2 akan menukar [keadaan] mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentiasa’

An Nur: 55

2. Dalil Al Hadis

Dari Nukman bin Basyir, katanya…’Suatu ketika kami sedang duduk2 di Masjid Nabawi dan Basyir itu seorang yg tidak banyak bercakap.

Datanglah Abu Saklabah lalu berkata

” Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah tentang para pemerintah?’

Huzaifah RA lalu segera menjawab.

” Aku hafaz akan khutbah Rasulullah SAW itu.”

Maka duduklah Abu Saklabah Al Khusyna untuk mendengar hadis berkenaan.

Maka kata Huzaifah RA, Rasulullah SAW telah bersabda.

“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah Zaman Kenabian sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu seperti

yg Dia kehendaki.”

Kemudian belakulah zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan sepertimana Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya.

Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang mengigit (Zaman Fitnah –keamiran/beraja /zaman kesultanan ) Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula.

Kemudian berlakulah zaman penindasan dan zaman penzaliman(Zaman pemerintahan diktator dan demokrasi) dan berlakulah zaman itu seperti mana yang Allah kehendaki.

Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa as ) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.”

Kemudian Rasulullah SAW pun diam….

~Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal di dalam kitabnya Musnad Al Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273.Juga terdapat dalam kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1,hadis nombor 5.]

Di petik dari Heliconia’s Weblog – http://heliconia.wordpress.com/

_

15/04/2008 Posted by | Politik dan Dakwah, Tazkirah | | 1 Comment

   

%d bloggers like this: