Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

WAHABI: PROJEK MEMBODOHKAN UMAT

1) Kamu bertanya kenapa digelar Wahabi sedangkan kamu mengajak kepada Al-Quran dan Sunnah.
> Pertama, kami hendak bertanya “Adakah para ulama tidak mengikut Al-Quran Sunnah?”
> Kalau kami tidak boleh mengikut ulama, kenapa kami perlu mengikut kamu? KAMU SIAPA?
> Maka inilah, dinamakan projek menjatuhkan pihak lawan untuk menarik masyarakat kepada kepentingan peribadi.

2) Kamu menyeru supaya merujuk kitab Al-Umm karya asli Imam Syafie kerana kamu mendakwa pengikut Syafie tidak ikut ijtihad Imam Syafie.
> First, kami hendak bertanya, “Di mana kamu belajar kitab al-Umm secara berguru?”
> Tahukah kamu, asas mazhab terdiri daripada Empat Kitab iaitu Al-Umm, Al-Imla’, Mukhtasar Al-Buwaithi dan Mukhtasar Al-Muzani. TAK TAHU? so, keep quiet ye…
> Adakah Imam Nawawi, Imam Ibnu Hajar, Imam Rafie, Imam Ramli yang belajar berguru dengan sanad yang bersambung kepada Imam Syafie tidak mengetahui ijtihad Imam Syafie? SIAPAKAH LEBIH MENGETAHUI, para Imam atau kamu?

3) Kamu juga menyeru pengikut Asyairah supaya merujuk kitab Al-Ibanah dan Maqalat Al-Islamiyyin, kerana kamu mendakwa kami Asyairah tidak mengikut aqidah Imam Asyari yang terakhir.
> Soalnya, adakah murid Imam Asyari iaitu Imam Abu Hasan Al-Bahili tidak mengetahui aqidah terakhir Imam Asyari dan kewujudan dua kitab itu? Sehingga Wahabi terpaksa datang memberitahu mengenainya??
> Dan, bila masakah kamu mempelajari dua kitab tersebut daripada pengikut Asyairah yang mempunyai sanad yang bersambung kepada Imam Asyari? ATAU kamu baca dan cuba fahamkan sendiri?
> Pengikut Imam Asyari wujud sejak tahun 300 lebih sehingga sekarang ,melebihi 1000 tahun hijrah, semuanya aman damai sehingga Wahabi datangkan fitnah.

4) Kamu menafikan ketokohan para ulama ahlu bait dan mensyiahkan keseluruhan Habaib.
> kejap, wujudkah ulama berketurunan Nabi s.a.w yang berfahaman Wahabi?
> Siapakah ulama Habaib yang kamu akui keilmuan mereka?
> Tiada bukan? SEKARANG, adakah kita fahami kenapa Wahabi menolak ulama berketurunan Nabi s.a.w?

5) Kamu mempersendakan karomah para Waliyullah dan mempertikaikan Wali serta menolak tasawuf
> Soalan yang paling penting, siapakah Waliyullah yang berpihak kepada Wahabi. Wujudkah ulama Wahabi yang menjadi Wali?
> Siapakah ulama Wahabi yang mempunyai karomah? Adakah kamu tahu, kitab matan aqidah ASWJ kebanyakkannya menyebut mengenai karomah para Wali.
> Adakah sebab ini semua kamu mempersendakan karomah para Wali?

“Wahabi itu racun, hanya pesakit mental makan racun”

Disediakan oleh: Hafiz Al Za’farani (HAZA)

04/09/2019 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, wahabi | | Leave a comment

Nasihat Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai Perhimpunan Bersih 3.0

  • Saya sudah jangka repons negatif dari pihak pembangkang, tetapi bagi menjaga kepentingan seluruh umat Islam, para mufti bertanggung jawab untuk memberi nasihat.
  • Bagi yang enggan menerima nasihat (fatwa), itu hak mereka.Kita faham sebab itu tidak memenuhi kehendak nafsu mereka.
  • Namun kalau nak pertikai sekali pun jagalah adab dan akhlak sebagai muslim.Tak perlu tuduh melulu, itu bukan akhlak seorang muslim, apatah lagi kalau dikategorikan sebagai ulama
  • Bagi saya tiada nas yang mengharamkan perhimpunan untuk protes secara mutlak.Ia mungkin haram kerana hal lain.Memprotes dan berhimpun adalah hak yang di akui oleh agama.Bahkan Islam dalam banyak hal anjurkan ibadat secara jamaei (berhimpun) sebagai tanda kekuatan dan protes kepada kekufuran dan jahiliah.Tetapi ia mesti dilaksanakan secara beradab.Zaman Khalifah Uthman r.a para penentangnya berdemonstrasi di hadapan rumahnya, Uthman tidak larang, bahkan para sahabat yang mahu menyuraikan mereka.Uthman melarang dan menyuruh membiarkan mereka selagi mereka tidak melanggar batasan. Tetapi akhirnya akibat hasutan jahat sesama mereka, maka mereka menyerang rumah Uthman dan membunuh khalifah yang ketika itu seorang diri dengan isterinya tanpa senjata dan di bunuh sewaktu sedang membaca al Quran.Lipatan sejarah ini wajar diambil iktibar.
  • Politik hari ini menyaksikan mereka yang dulu memerintah juga boleh menjadi pembangkang pada hari ini dan begitulah sebaliknya.Jadi wajar difikirkan, kalau ada pihak demonstrasi di KL, akan wujud pihak lain akan membalasnya di Shah alam,Alor Setra ataupun Kota baru.
  • Setelah Bersih 2.0 Parlimen sudah mewujudkan Jawatankuasa yang terdiri daripada wakil kerajaan dan pembangkang untuk berbincang, dan telah ada keputusan.Tetapi kenapa tidak selesai.Apa yang jelas pihak Bersih amat tidak berpuas hati. Tetapi agak hairan juga, apabila SPR mengajak Bersih untuk berbincang, mereka enggan duduk semeja.Debat di antara Ambigia dan Khairy Jamaludin juga sudah berlaku, tetapi ia juga tidak membawa penyelesaian kepada satu pihak lagi.Saya lihat di pihak kerajaan keterbukaan sudah berlaku, tetapi pihak penentang tetap berkeras dengan segala dakwaan mereka seolah olah mereka maksum daripada kesilapan.Saya fikir rakyat semakin cerdik menilai maka pada saya, bertindaklah secara waras dan terbuka, ia akan bawa kebaikan kepada negara kita.Duduklah berbincang bersama dan dedahkan segala bukti dakwaan, tetapi sehingga kini, kita hanya didedahkan dengan angka dan fakta glamor sahaja dalam blog dan akhbar, fakta yang khabarnya ribuan itu tak pernah pula kelihatan di alam nyata.Saya yakin rakyat memahami permainan ahli politik kedua pihak dalam hal ini.Maka tolonglah jangan pertaruhkan nasib rakyat dengan permainan yang boleh membawa bencana kepada semua pihak.
  • Mereka mempertikaikan fatwa ini dan terlalu cepat melatah dengan hanya bergantung kepada ulasan penulis berita, tanpa berusaha membaca teks asal keputusan itu.Namun saya rumuskan beberapa sikap masyarakat Islam kita terhadap keputusan fatwa saperti berikut:-
  1. Golongan yang menerima tetapi berdiam diri kerana mungkin akur
  2. Golongan yang melatah dan menuduh dengan pelbagai label kerana tidak setuju fatwa yang tidak memenuhi kehendak nafsu mereka, golongan ini mungkin gagal memahami teks asal, jadi menuduh dengan sembrono.Golongan sebegini biasanya juga sering memberi fatwa peribadi mereka sendiri.Bila ada pihak yang bertentangan dengan hawa mereka, mereka akan serang habis habisan dengan pelbagai gelaran dan label yang dilarang syarak.Agak tidak logik,mereka ajak kepada agama, tetapi akhlak dan perkataan tidak menggambarkan agama yang mereka perjuangkan.
  3. Golongan oportunis yang akan menolak apa sahaja yang datang daripada pemerintah hatta pemerintah di negeri yang parti mereka sokong memerintah.Kalau tak setuju dengan mufti negeri yang anda perintah, minta MB negeri pecat mufti berkenaan.
  • Nak tuduh Jawatan kuasa fatwa Kebangsaan tak faham tujuan sebenar himpunan Bersih, pada saya adalah keterlaluan.Kalau begitu saya juga boleh kata mereka juga tidak memahami keputusan Fatwa ini.Kalau begitulah sikap kita semua,maka tidak ada penghujung dan penyelesaiannya.Kenapa tidak mahu bertindak sebagai orang yang matang, waras dan dewasa?
  • Sesetengah pihak membandingkan pandangan Fatwa kita dengan ulama luar negara saperti Yusuf al Qardawi yang mewajarkan demonstrasi.Pada saya itu pandangan beliau berdasarkan maklumat yang beliau ketahui dan bisikkan kepada beliau serta keadaan sekeliling beliau.Hal sebegini pasti mempengaruhi fatwa yang dikeluarkan.Ini di akui sendiri oleh para ulama dan al Qardawi sendiri.
  • Saya baru bertemu dengan al Qardawi 1 mei 2012 di Doha.Pihak yang berkenaan juga wajar bertanya al Qardawi, apakah di Qatar dibolehkan demonstrasi bagi menentang kewujudan markas tentera Amerika.Sudah tentu ia akan merumitkan keadaan beliau untuk berkata kata.
  • Kami rombongan mufti mufti Malaysia yang melawat Arab Saudi pada 27 April 2011 atas undangan Kerajaan Arab Saudi turut bertanya soalan tentang fatwa demonstasi kepada al Sheikh Abdul Azeez ibn Abdullah Aal ash Sheikh, Mufti Besar Arab Saudi tentang pandangan al Qardawi.Aal Syeikh menyatakan penghormatannya terhadap kealiman Al Qardawi tetapi dalam hal demonstrasi yang membawa kerosakkan belaiu tidak setuju dengan pandangan al Qardawi kerana ia membawa kerosakan.Jelasnya para ulama setempat lebih memahami keadaan mereka, maka kalau berbeza pandangan ia suatu yang wajar berlaku.Maka kurang tepat kalau kita ambil sikap pukul rata dalam memahami teks dan konteks.Kita kena lah saling hormat menghormati pandangan setiap pihak.Itu sikap yang sepatutnya.
  • Kita semua perlu berusaha untuk mematangkan pemikiran kita terutama mereka yang belajar agama, barulah lengkap sifat umat maju.
  • Islam memang beri ruang untuk berbeza pandangan.Kalau berbeza, jagalah adab, janganlah mudah sangat untuk melabel dan mencaci.Islam tidak ajar begitu terutama bagi mereka yang dilabel sebagai ulama.Tak molek langsung!
  • Pihak yang tidak setuju dengan keputusan majlis Fatwa secara gerombolan besar besaran menyerang keputusan ini dengan pelbagai kata dan nista yang wujud dalam kamus sindiran dan celaan mereka. Ertinya mereka amat bimbang masyarakat mempertikaikan kredibiliti mereka.Apabila mereka menyatakan pandangan mereka wajib di ikuti maka maksudnya sesiapa yang tidak ikut adalah berdosa! Ini adalah perktaan yang berat dalam agama.Sebab itu dalam keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dinyatakan bahawa demonstarsi yang membawa kerosakkan  adalah haram.
  • Saya hairan, tawaran kerajaan kepada Bersih 3.0 untuk menggunakan Satdium Merdeka ditolak atas alasan masa tak cukup.Mereka kata tujuan mereka hanya untuk duduk memprotes, maka kenapa Satdium Merdeka tidak boleh diterima? Payah sangat kah nak duduk? Ini menunjukkan sikap berdegil dan enggan memberikan kerjasama serta ada niat lain yang hanya Allah yang tahu.
  • Begitu juga segala tuntutan pihak Bersih yang cuba diselesaikan melalui Jawatankuasa yang dibentuk di Parlimen, kita di beritahu bahawa wakil pembangkang yang diberikan hak duduk dalam Jawatankuasa, tetapi ada yang selalu ponteng.Kenapa? Belum memerintah lagi dah ponteng kerja? Lepas itu komplen.Ini tidak adil dan ‘misleading’ kepada rakyat.
  • Kita mesti bersikap adil dan guna saluran yang wajar.Ini tidak, keras kepala yang dijadikan sebagai modal untuk menegakkan tuntutan.Ini kanun rimba di tengah masyarakat.Sikap in berbahaya.

(Intisari wawancara MM dengan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya di terbitkan pada Ahad 13hb Mei 2012)

14/05/2012 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Bicara Ulama, Fatwa, Politik dan Dakwah | , , | Leave a comment

   

%d bloggers like this: