Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Kitab Tanbihul Ghafilin, Orang Yang Hadir Majlis Ilmu

"Orang yang duduk menghadiri Majlis Ta’lim (Ilmu), sekalipun tidak ingat akan Ilmu yang disampaikan, akan memperolehi TUJUH KEMULIAAN :

1. Kemuliaan orang yang menuntut Ilmu

2. Mengekang kelakuan dosa selama duduk di dalam Majlis

3. Ketika berangkat menuju ke Majlis Ta’lim, dilimpahi Rahmat ALLAH

4. Akan ikut memperolehi Rahmat yang dilimpahkan ALLAH kepada Majlis tersebut

5. Dituliskan sebagai amal kebajikan sepanjang ia memperhatikan apa yang dibicarakan di dalam Majlis Ilmu tersebut

6. Diliputi Para Malaikat dengan sayapnya sepanjang masa ia berada di dalam Majlis

7. Setiap langkah ke Majlis Ilmu ditulis sebagai Kebaikan dan sebagai Penebus Dosa."

– ﷽Al-Faqih Abu Laits As-Samarqandi Ulama Salaf –

Mudah mudahan kita menjadi golongan yang terpilih untuk memperolehi Tujuh Kemuliaan menghadiri Majlis Ilmu tersebut .

Ezael Ismail's photo.

25/05/2015 Posted by | Ibadah, Tazkirah | | Leave a comment

Hati-hati ketika masuki majlis ilmu

    Kelas Agama UKE 2

    Ketika menuntut di Mesir, saya telah dituntut untuk menghormati guru. Malah mungkin sejak kita di bangku sekolah lagi, perkara pertama yang diajar adalah menanam sifat menghormati guru.

    Akan tetapi dalam pengamatan saya baru-baru ini ketika menghadiri majlis ilmu, masyarakat masih kurang peka terhadap perkara-perkara kecil seperti adab memasuki majlis.

    Berikut adalah sifat-sifat yang harus kita ketahui ketika memasuki sebuah majlis ilmu. Ia adalah ringkasan dari kitab berjudul: Tata-tertib pelajar Al-Quran yang dikarang oleh Imam Nawawi (rahimahullah).

  1. Ketika masuk ke majlis ilmu hendaklah dia bersih dari luaran serta dalaman. Jangan lupa untuk bersiwak.

  2. Ketika majlis sudah berlangusng ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkah tengkok jemaah yang lain. Duduk dihadapan jika diizin guru.

  3. Sebaiknya memberi salam kepada semua jemaah secara umum dan khusus kepada guru ketika sebelum dan selepas majlis.

  4. Apabila duduk dihapadan, tunjukkan minat untuk belajar dan jangan menoleh atau bermain dengan tangan serta hanfon dihadapan guru.

  5. Bersabar atas segala urusan kita ketika berada didalam majlis seperti rasa susah hati, gembira, sedih, ngantok dan lain-lain yang menyebabkan pengajian bersama guru terganggu.

    1. Sifat kelima ini sangat penting kerana para ulama terdahulu sangat mempraktikkan sifat merendah diri dihadapan guru demi untuk mendapatkan keberkatan ilmu yang berkekalan dunia dan akhirat.

      Ibnu Abbas (radhiallahu anhu) seorang sahabat berkata: Saya dihinakan sewaktu saya menuntut, dan saya dimuliakan sewaktu saya dituntut.

      Saya akhiri dengan sepotong syair yang sangat cantik:

      من لم يذق طعم المذلة ساعة ❖ قطع الزمان بأسره مذلولا

      Sesiapa tidak sanggup bertahan kehinaan sesaat .Hidupnya akan hina disepanjang hayat

      Selamat beramal,

      Shahib Amin mewakili Syukran.com

      07/01/2015 Posted by | Ibadah, Politik dan Dakwah, Tasauf | , | Leave a comment

      Majlis Ilmu


      Kelas Agama UKE
      Suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. bertemu dua kumpulan muslimin . Satu kumpulan sedang beribadah sambil bermohon dan berdoa kepada Allah s.w.t. , manakala satu kumpulan lagi sedang mengadakan majlis ilmu . Kedua-duanya baik , tetapi Nabi memilih yang terlebih baik .

      Nabi s.a.w. memilih majlis ilmu yang sedang berlangsung . Baginda duduk bersama-sama kumpulan kaum Muslimin yang hadir dalam majlis tersebut . Walaupun Baginda seorang Nabi dan orang yang alim serta paling berilmu di kalangan sekalian manusia , Nabi tetap cinta kepada ilmu pengetahuan .

      Malah pada bulan Ramadan , Nabi s.a.w. akan bertadarus al-Quran dengan Malaikat Jibril a.s. Nabi membaca dan Malaikat Jibril a.s. mendengar sambil menyemak bacaan Nabi . Ia juga termasuk dalam proses belajar .

      Nabi s.a.w. bersabda , " Ilmu itu merupakan khazanah (perbendaharaan) anak kuncinya ialah bertanya . Kerana itu bertanyalah kamu, kerana dengan bertanya itu akan diberikan ganjaran empat golongan . ( Iaitu ) orang yang bertanya , orang yang mengajar , orang yang mendengar dan orang yang mencintainya ." ( Riwayat Abu Na’im daripada Sayidina Ali )

      Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”

      (Riwayat al-Bazzar).

      Pengajaran hadis:

      i) Ilmu menduduki darjat yang tinggi di sisi manusia dan juga di sisi Allah S.W.T. Orang yang berilmu akan dimuliakan oleh penduduk langit dan bumi sebaliknya bagi orang yang tidak berilmu. Oleh itu setiap mukmin hendaklah berusaha mempertingkatkan kemajuan dirinya sama ada :

      a) Menjadikan dirinya orang alim (berilmu) yang mengajarkan ilmunya kepada orang lain

      b) Menjadi orang yang belajar (menuntut ilmu)

      c) Mendengar atau mengikuti majlis-majlis ilmu.

      d) Menghormati atau mencintai salah satu atau ketiga-tiga golongan di atas dengan menurut jejak langkah mereka.

      ii) Dengan adanya sifat-sifat yang disebutkan di atas maka kehidupan seseorang itu akan sentiasa terjamin untuk mendapat keselamatan dan kebahagiaan jasmani atau rohani kerana ia sentiasa berada dalam jagaan ilmu pengetahuan yang memimpinnya ke jalan yang benar dan memberinya kesedaran untuk memilih antara yang baik dan yang buruk.

      iii) Manakala mereka yang tidak termasuk dalam golongan tersebut atau yang dipanggil masyarakat sebagai ‘bodoh sombong’ maka mereka adalah golongan yang bakal mendapat kebinasaan kerana mereka tidak ada pimpinan yang dengannya dapat memandu kepada kebaikan melainkan hidup terumbang ambing dan tenggelam dalam kesesatan.

      Wassalam

      Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

      25/05/2014 Posted by | Tazkirah | | Leave a comment

         

      %d bloggers like this: