Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Tidak semudah cakap untuk berlaku adil dalam pemerintahan

 


Hendak berlaku adil dalam pemerintahan saperti yang di kehendaki oleh Allah bukanlah mudah.Sedangkan pemerintah yang tidak adil, akan di rejam ke dalam neraka.

Dalam pengalaman sejarah dunia, hanya beberapa kerat sahaja pemerintah yang adil, yakni yang layak untuk ke Syurga. Selain mereka, semuanya ke neraka.

Apakah anda suka kiranya jawatan memerintah itu membukakan pintu neraka untuk anda? Tidak, bukan? Sebab itu, takutlah pada Allah kiranya anda tercalon untuk jadi pemimpin.

Sebab umumnya ramai pemimpin gagal dalam tugasnya. Terlalu sedikit pemimpin yang berjaya jadi adil.

Memimpin sebenarnya kerja yang sangat berat dan sulit.Orang yang ingat Allah akan rasa tidak munasabah untuk merebut jawatan pemimpin. Kalau ada orang yang lebih baik hendak ambil jawatan pemimpin dari kita, kita sepatutnya bersyukur.Umpamanya , apakah kita mahu berebut untuk panjat pokok kelapa. Kalaulah ada orang lain boleh panjat, kita rasa lega.Demikianlah untuk menjadi pemimpin yang adil, hakikatnya jauh lebih susah dari kerja memanjat pokok kelapa.
Apa pendapat anda?

09/11/2009 Posted by | Renungan & Teladan | , | 1 Comment

   

%d bloggers like this: