Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

JAUHI SIFAT DENGKI

Dengki

 

Ustaz Iqbal Zain

‘Ali ibn Abu Thalib r.a. mengatakan, “Orang yang memiliki sifat dengki, tidak akan boleh beristirahat dengan tenang.” Ahli hikmah juga mengatakan, “Berhati-hatilah kalian dengan sikap dengki. Kerana kedengkian adalah faktor utama yang menyebabkan munculnya kemaksiatan kepada Allah di kerajaan langit dan dosa pertama yang terjadi di muka bumi.

Adapun kemaksiatan pertama yang terjadi di kerajaan langit adalah dari hal pembangkangan Iblis yang diperintahkan untuk sujud kepada Adam. Iblis berhelah, “Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah.”( Q.S. al-A‘râf [7]: 12)

Dengan sikap ini, Iblis telah merasa iri hati dan dengki, sehingga ia kemudiannya mendapatkan laknat Allah Swt. Adapun dosa pertama yang terjadi di muka bumi adalah pembunuhan yang dilakukan oleh Qabil ibn Adam terhadap saudaranya, Habil, yang didasari oleh rasa dengki. Hal ini ditegaskan dalam firman Allah, “Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putra Adam (Habil dan Qabil) dengan sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan kurban, maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil), ‘Aku pasti membunuhmu!’ Berkata Habil, ‘Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa.’”( Q.S. al-Mâidah [5]: 27)

Muhammad ibn Sirin menegaskan, “Saya tidak pernah merasa dengki terhadap siapa pun atas sesuatu yang bersifat keduniaan. Jika orang itu termasuk calon penduduk syurga, maka tidak ada alasan bagiku untuk bersikap dengki kepadanya, kerana ia pasti akan masuk ke syurga. Sedangkan jika orang itu termasuk calon penghuni neraka, maka tidak ada alasan bagiku untuk bersikap dengki kepadanya, kerana ia pasti akan kembali ke neraka.”

Seorang dengki yang bergabung di dalam satu majlis ilmu, dia hanya akan mendapatkan penghinaan dan kehinaan. Dia tidak akan mendapatkan naungan dari para malaikat, kecuali laknat dan kebencian. Juga akan dianggap sebagai orang yang memalukan dan memberatkan. Dia akan merasakan panasnya terpanggang di dalam api neraka. Di setiap kesepian, ia hanya akan merasakan kebutaan dan akan merasakan sekarat mati yang memilukan dan menyakitkan.

Abu Hurairah r.a. menuturkan bahawa Rasulullah saw. bersabda, “Waspadalah kalian dari sifat dengki. Kerana sifat dengki dapat menghapuskan pahala kebaikan-kebaikan, sebagaimana api dapat menghabiskan kayu bakar.”(HR Abu Dawud dan al-Tirmidzi).

31/05/2015 Posted by | Tasauf, Tazkirah | | Leave a comment

Golongan di sebut pencukur agama oleh Nabi SAW?

Dalam dunia politik ada segolongan manusia yang kerjanya berfikir dan merancang strategi bagaimana untuk menjatuhkan pihak lawan.Kerja mereka tidak habis habis tanpa bosan dan tanpa kira dosa dan pahala.Mereka adalah golongan penghasad atau pendengki yang tidak letih berkerja memastikan kebahagiaan hilang dari pihak yang di dengkinya.Mereka ini seolah olah marah kepada Allah kerana mengurniakan nikmat kebahagian kepada pihak yang di dengkinya.Kepada golongan ini Allah menyebut dalam firman Nya saperti yang tersebut di dalam Al Quran yang bermaksud:

“Apakah patut mereka itu dengki kepada manusia disebabkan nikmat yang di berikan Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya? (Surah An Nisaa’ ayat 54).

Golongan ini akan senyum lebar dan akan menambah minyak kedalam api jika ada isu buruk menimpa pihak yang di dengkinya.Sebaliknya jika ada kebaikan yang dilakukan maka bermasam muka lah dia.Mereka ini ibarat saperti lalat bangkai, suka mencari yang busuk busuk.Bila bertemu minyak wangi dia boleh mati.

Penyakit hasad dengki adalah sebenarnya musuh umat Islam.Golongan yang mempunyai penyakit ini hidupnya gelisah dan gundah gelana kerana sentiasa tidak puas hati melihat apa yang di miliki oleh pihak yang didengkinya.

Perangai golongan yang sudah terkena penyakit ini sentiasa menjurus kepada jatuh menjatuh, umpat mengumpat, fitnah memfitnah,tuduh menuduh,maki memaki,kata mengata,aib mengaibkan, kafir mengkafir dan segala macam lagi .Apabila kita mendengarnya sangat mengecewakan dan meletihkan.Kerana yang terlibat juga adalah ramai cerdik pandai agama.Mereka sebenarnya peruntuh atau perosak nilai nila ilmu dan agama.

Inilah yang sedang berlaku dalam dunia politik orang Melayu sedangkan kita semua mengaku beragama Islam dan bersaudara.

Oleh sebab itu Nabi SAW bersabda:

“ Akan menjalar kepada kamu penyakit umat umat yang terdahulu; HASAD dan BENCI MEMBENCI.Itu sebenarnya pencukur.Aku tidak menyatakan pencukur rambut, tetapi ia MENCUKUR AGAMA”. (HR: al Bazzar dengan sanda yang sahih, juga di riawayatkan ole at Tirmizi)

 

06/07/2012 Posted by | Tazkirah | , | Leave a comment

   

%d bloggers like this: