Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Apabila Wahhabi berkata: _”Kami tidak bermadzhab, kami mengikuti Rasulullah secara langsung sebagaimana para ulama salaf”_

Dari FB Saiful Ayob

Apabila Wahhabi berkata:
_”Kami tidak bermadzhab, kami mengikuti Rasulullah secara langsung sebagaimana para ulama salaf”_

Maka katakan:

*Kalian sedang mengigau, tidak mengetahui apa yang kalian katakan. Bagaimana kalian bisa mengikuti Rasulullah secara langsung?!*
✔️Apakah kalian pernah bertemu dengan Rasulullah secara langsung?!, jawabannya pasti tidak.

Jika mereka berkata: “Kami mengikuti Rasulullah dengan memahami sunnah-sunnahnya secara langsung”

Maka katakan:
✔️Apakah anda menguasai bahasa Arab dengan segala alatnya (Nahwu, shorof, balaghoh dan lainya)?
✔️Apakah kamu hafal al Qur’an dan ratusan ribu hadits dg sanadnya?
✔️Apakah kamu paham asbabun nuzul dan asbabul wurud?
✔️Apakah kamu paham an Nasikh wal Mansukh, al Am wal Khosh, al muhkam wal mutasyabih, al muthlaq wal muqayyad, al mujmal wal mubayyan dan seterusnya?
Jawabannya pasti juga tidak.

Jika mereka berkata:
“Kami memahaminya dengan membaca terjemahan al Qur’an dan hadits”.

Maka katakan:
Itu namanya taqlid (mengikuti pemahaman) penerjemah. Apakah menurut kalian para penerjemah itu lebih luas ilmunya dari imam Abu Hanifah, imam Malik, imam Syafi’i dan imam Ahmad?! Sehingga kalian rela meninggalkan para imam madzhab dan beralih taqlid pada para penerjemah al Qur’an dan hadits.

Apabila mereka berkata:
“Kami mengikuti para ulama dan ustadz-ustadz sunnah”.

Maka katakan:
Itulah yang disebut taqlid, tadi kalian katakan mengikuti Rasulullah secara langsung dan sekarang kalian katakan ikut ‘ulama sunnah’?! Ini kontradiksi…!!
✔️Perlu kalian ketahui! al Hafidz an Nawawi, al Hafidz Ibnu Hajar al Asqolani, al Hafidz al Bayhaqi, al Imam Al Ghozali dan jutaan ulama lainnya, meskipun dari segi keilmuan mereka jauh lebih tinggi dari kalian tetapi mereka juga bermadzhab.
Aneh.. jika orang-orang seperti kalian tidak mau bermadzhab.
✔️Perkataan kalian bahwa para ulama Salaf tidak ada yang taqlid juga tidak benar, apabila kalian pernah membaca kitab-kitab mushtholahul hadits seperti Tadrib ar Rowi pastilah kalian tahu bahwa para sahabat yang telah mencapai derajat Mufti atau Mujtahid itu hanya ada 200 sahabat [menurut pendapat yang kuat], artinya ratusan ribu sahabat lainya bertaqlid kepada yang dua ratus tersebut.

19/08/2019 Posted by | Aqidah, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab), wahabi | , | Leave a comment

PERKEMBANGAN MAZHAB DALAM ISLAM

KEUNGGULAN ISLAM

Oleh : Y. Bhg. Dato Haji Ishak bin Haji Baharom
(Bekas Mufti Negeri Selangor)

Al-Quran

Agama Islam diutus oleh Allah S.W.T. kepada seluruh umat manusia di muka bumi ini. Sumber atau pokok ajarannya ialah Al-Quran AlKarim, iaitu sebuah kitab yang tidak ada sedikit pun kebatilan dan kepalsuan di dalamnya, yang diturunkan oleh Allah dari langit. Firman Allah yang bermaksud:

” Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya ( tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya) , ia pula menjadi pentunjuk bagi orang-orang ( hendak ) bertakwa.”

(Al-Baqarah : 2)

Al-Quran adalah sebuah kitab yang mengandungi aqidah (kepercayaan) dan Syariah (undang-undang). Ia membicarakan tentang amal ibadah dan juga membicarakan tentang perlembagaan atau sistem hidup duniawi, seperti undang-undang keluarga, hukum jual-beli, peraturan perbicaraan harian, hukum-hukum yang berhubung dengan jenayah dan balasannya, dan juga sistem perhubungan antara satu sama lain serta perhubungan antarabangsa.

Al-Hadith

Di samping Al-Quran sebagai sumber pertama bagi segala hukum-hakam, terdapat pula hadith-hadith Rasulullah S.A.W. yang merupakan sebagai penghurai dan penafsir dari Al-Quran. Tiap-tiap bab atau fasal hukum fiqh, yang di dapati hadith-hadith yang menerangkan apa-apa yang perlu diterangkan dan dijelaskan sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

“Dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkannya.”

(An-Nahl : 44)

Rasulullah menerangkan ajaran-ajaran Islam kepada manusia dengan perkataan-perkataan, perbuatan-perbuatan dan perakuan-perakuan.

Di zaman Rasulullah manakala orang-orang Islam menghadapi sesuatu masalah tentang hukum-hukum, mereka terus menemui Rasulullah dan bertanya kepada junjungan apa yang dimusykilkan. Rasulullah menjawab pertanyaan mereka dengan wahyu yang diturunkan kepada junjungan. Firman tuhan yang bermaksud :

“Dan dia (Muhammad) tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakan itu (samada Al-Quran atau Hadith) tidak lain melainkan wahi yang diwahyukan kepadanya.”

(An-Najm : 2-3)

Al-Ijtihad

Rasulullah S.A.W. mengajar sahabat-sahabatnya perkara-perkara yang berhubung dengan agama. Mereka adalah orang yang baik penerimaan, halus fahaman, benar, jujur dan ikhlas. Dari itu maka segala percakapan dan perbuatan mereka boleh diterima dan dibuat pedoman. Rasulullah membenarkan mereka berijtihad, jika tidak ada nas atau hukum dari Al-Quran dan hadith-hadith. Dengan syarat tidak terkeluar dari prinsip-prinsip atau peraturan-peraturan agama yang telah ditetapkan.

Kebenaran dan Permulaan Ijtihad

Rasulullah telah mengutuskan sahabatnya yang bernama Muaz Bin Jabal ke negeri Yaman sebagai pendakwah, juga sebagai kadi. Sebelum pemergiannya, Rasulullah telah menemuduganya dengan sabdanya :

“Wahai Muaz, bagaimanakah engkau menyelesaikan sesuatu masalah, jika engkau ditanya orang?” Jawab Muaz ,”Aku akan menghukum dengan hukuman yang didapati di dalam kitab Al-Quran.” Tanya Rasulullah lagi; “Jika tidak ada hukuman dalam Al-Quran?” Kata Muaz; “Aku akan hukum dengan sunnah Rasulullah(Al-Hadith). “Rasulullah bersabda lagi : “Jika sekiranya tidak ada dalam hadith?”, Jawabnya; “Aku akan berijtihad.” Kemudian Rasulullah S.A.W. menepuk-nepuk dada Muaz sambil bersabda : “Segala puji bagi Allah yang telah memberi petunjuk kepada utusan Rasulullah ( Muaz ) denagn perkara yang diredhai oleh Allah dan Rasulnya.”

(Riwayat Imam Ahmad & Tirmidzi)

Inilah pengakuan Rasulullah mengenai ijtihad.

Mengenai penerimaan tuhan dengan hasil ijtihad, jelas dalam sabdanya yang bermaksud :

“Barangsiapa berijtihad dan betul ijtihad maka ia memperolehi dua pahala. Dan barangsiapa berijtihad dan salah ijtihadnya, maka ia dapat satu pahalanya sahaja”.

Perlunya Kepada Ijtihad

Manakala kehidupan manusia semakin hari semakin luas dan bercabang-cabang, dan manusia sendiri bertambah-tambah ramai dari semasa ke semasa, maka bidang ilmu fiqh dengan sendirinya menjadi luas, kehidupan orang-orang Islam semakin maju. Ajaran-ajaran Islam telah tersebar luas ke seluruh dunia. Maka banyaklah peristiwa-peristiwa dan kejadian-kejadian yang berlaku, sedangkan nas-nas hukum dari Al-Quran dan hadith-hadith nabi ada masa dan batas-batasnya. Tetapi peristiwa-peristiwa dan kejadian-kejadian tetap berkembang dengan luasnya tanpa berhenti-henti. Justeru itu maka tidak dapat tidak, perlu adanya perbincangan hukum dan ijtihad.

Di Zaman Khulafa Ar-Rasyiddin

Di zaman khulafa Ar-Rasyiddin telah zahir perkara-perkara perumpamaan ijtihad. Di antara mereka yang telah tampil kemuka dalam konteks ini, ialah Saidina Umar Al-Khattab, dan masa inilah bidang ilmu fiqh telah menonjol beberapa langkah maju ke hadapan.

Tiap-tiap sahabat nabi mengambil kesimpulan dari Al-Quran dan hadith sekadar yang mereka dapat, dan memberitahu kepada orang lain pendapat-pendapat mereka. Dari itu perjalanan ilmu fiqh terus maju kehadapan lagi.

Di antara sahabat-sahabat nabi yang berijtihad di Madinah : Saidina Umar Al-Khattab, Saidina Ali, Abdullah Bin Umar, Zaid Bin Tsabit, Ubai Bin Kaab, Abu Musa As-Asyari dan lain-lain. Sementara di Mekah pula : Abdullah Bin Abbas. Di Kufah : Abdullah Bin Utbah. Di Mesir : Abdullah Bin Umar Al-Aash dan lain-lain.

Pepecahan mereka di beberapa negeri adalah diibaratkan bintang-bintang yang bertaburan di langit, dan mereka adalah menjadi ikutan umat Islam kerana sifat-sifat mulia dan peribadi yang tinggi yang dimiliki oleh mereka. Pengiktirafan Rasulullah S.A.W. terhadap mereka adalah jelas dan tegas. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :

“Sahabat-sahabatku adalah laksana bintang-bintang di langit, siapa dari mereka yang kamu ikut nescaya kamu dapat petunjuk.”

Ilmu fiqh di kalangan sahabat dan tabiin tidak beku dengan berpegang kepada lafaz-lafaz nas sahaja, tetapi mengambil kira sama tentang hukum-hukum untuk menimbang sebab-sebab (alat) masa hendak menghukum atau memberi fatwa.

Perundangan Terus Berkembang :

Sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W. ada mempunyai ramai murid-murid yang belajar dari mereka. Murid-murid itu digelar tabiin kerana mereka tidak sempat bertemu dengan Rasulullah, tetapi cuma berjumpa dengan sahabat-sahabat nabi sahaja, mereka mengikut ajaran-ajaran Rasulullah dan jalan-jalan sahabat nabi. Apa yang jelas bahawasanya perpindahan tabiin ke seluruh negeri dan bandar-bandar pada masa itu menyebabkan ramai menghadapi bermacam-macam peristiwa dan kejadian yang belum dilalui oleh sahabat-sahabat sebelumnya. Maka sudah menjadi kewajipan kepada mereka mencari, membahas dan mengkaji hukum-hukum untuk menghadapi peristiwa itu. Maka dengan itu bertambah luaslah lagi bidang ilmu fiqh.

Patut disebut bahawa ilmu fiqh sahabat-sahabat para tabiin tidak beku dengan berpegang kepada lafaz-lafaz nas sahaja, tetapi ia mengambil kira sama tentang hukum-hukum untuk menimbang akan sebab-sebab (ilah) masa hendak menghukum itu atau untuk memberi fatwa. Sebagaimana yang jelas diketahui, bahawa pendapat mereka bermacam-macam dan berlainan. Ini disebabkan berlainan tempat dan kedudukan negeri masing-masing. Disamping berlebih kurang tentang memahami maksud ayat-ayat Al-Quran dan hadith-hadith nabi. Oleh demikian terhasilah berlainan pendapat di antara satu dengan yang lain maka inilah yang dinamakan mazhab.

Di antara tabiin yang berijtihad diwaktu itu ialah : Said Al-Musayyab dan Abdullah bin Umar di Madinah. Yahya bin Said, Rabiah bin Abdul Rahman, Atha bin Rabah di Mekah. Hassan Al-Basri di Basrah, Thowas bin Kasan di Yaman, Makhul di Syam.

Di Zaman Umar bin Abdul Aziz.

Pada tahun 100 Hijrah di zaman pemerintahan Umar bin Abdul Aziz, beliau telah menghantar ulama dan fuqaha ke seluruh negera.

Selanjutnya kerajaan Bani Umayyah telah hilang, timbul pula kerajaan bani Abasiyah, disamping itu timbul pula pertelingkahan di antara orang-orang Alawiyyin dengan orang-orang Abasiyyin. Dan pertelingkahan di antara Syiah dan Khawarij. Turut berlaku pada masa itu penyambungan di antara pemikiran orang Arab dan Yunani (Grik Tua), iaitu sebagai natijah dari terjemahan dan pemindahan ilmu pengetahuan. Di masa itu juga mula disusun sunnah-sunnah nabi, fatwa-fatwa dan pendapat ulama. Dan ilmu fiqh di waktu itu telah masyhur ke seluruh pelusuk negeri dan ramailah orang yang mengikutnya dan beramal dengannya, sebagai natijahnya terdirilah beberapa golongan atau pengikut fuqaha.

Di zaman inilah nama imam-imam empat serangkai telah muncul dan temasyhur. Mereka adalah diumpamakan bulan purnama yang dikelilingi oleh bintang-bintang yang berselerak di sekelilingnya.

Al-Ijma dan Al-Qiyas.

Al-Quran dan Al-Hadith adalah sumber asasi bagi ilmu fiqh Islam, yang mana pada permulaannya ialah di zaman Rasulullah S.A.W. , sumber-sumber ini bertambah mengikut peredaran masa dan bidang luas ilmu fiqh.

Selain daripada Al-Quran dan Al-Hadith ialah pendapat Rasulullah S.A.W. yang sama dinamakan ijma. Maksud dengan ijma ialah persetujuan atau permuafakatan ulama di atas satu perkara atau hukum yang tidak ada nas dari Al-Quran dan Al-Hadith pada satu-satu masa.

Di sana terdapat juga “Al-Qiyas” kerana bahawasanya hukum syara pada gholibnya mempunyai beberapa ilah atau sebab-sebab yang boleh diketahui, apabila terdapat hukum yang dinaskan, maka bolehlah dipindahkan hukum itu kepada perkara yang tidak ada nas jika terdapat sama ilahnya. Seperti wajib zakat pada padi adalah diqiyaskan daripada gandum, kerana terdapat sama pada ilatnya, iaitu mengeyangkan dan tahan disimpan.

Maka dapat dibuat kesimpulan, bahawasanya Al-Quran, Al-Hadith, Al-Ijma dan Al-Qiyas merupakan sumber-sumber hukum yang terus hidup subur dan menjadi perbendaharaan yang besar yang membuka luas pintu-pintu bidang ilmu fiqh Islam, ia menambah perbendaharaan, kekuatan dalam hukum-hukum Islam.

Mazhab-Mazhab Yang Muktabar Dalam Islam.

Sebenarnya mazhab-mazhab dalam Islam adalah banyak, kerana ulama-ulama yang bekemampuan terdiri daripada sahabat-sahabat Nabi, para tabiin dan tabi Al-Tabiin yang mempunyai cukup syarat-syarat dan keperluan berijtihad adalah ramai, tetapi mengikut pendapat ulama, bahawasanya mazhab yang muktabar yang boleh dibuat pendapat dan beramal untuk umum cuma empat mazhab sahaja, mengikut qaul yang rajih. Iaitu : Mazhab Syafie, Maliki, Hanafi dan Hanbali kerana keempat-empat mazhab ini ada mempunyai peraturan-peraturan, kaedah-kaedah dan panduan-panduan yang sempurna lagi lengkap yang ditulis oleh mereka dalam kitab-kitab mereka. Yang mana menjadi bahan-bahan yang tak ternilai dalam perbendaharaan undan-undang Islam. Adapun mazhab-mazhab yang lain, maka tidak ada mempunyai kaedah-kaedah yang cukup yang dibukukan untuk dijadikan panduan dalam bidang perundangan sebagaimana yang empat tadi.

Ada juga mazhab-mazhab yang lain lagi selain daripada mazhab yang empat, tetapi tidaklah begitu terkenal dan lengkap dan tidak mempunyai kaedah-kaedah usul-usul yang dibukukan.

Mazhab Hanafi

Adalah diasaskan oleh Nu`man Bin Tsabit. Lahir pada tahun 80 Hijrah. Beliau adalah seorang berjiwa besar dan berakhlak tinggi. Juga beliau seorang yang bijak dalam ilmu pengetahuan. Cekap memberikan satu-satu keputusan bagi masalah-masalah atau problem yang dihadapi. Oleh kerana beliau seorang yang berpengetahuan, bijak dan berakhlak mulia, maka beliau dapat membuat perhubungan yang rapat dengan pembesar negara. Ia mendapat tempat yang baik dalam masyarakat dan berjaya menyandang jawatan yang tinggi dalam pemerintahan.

Iman Abu Hanifah terkenal sebagai seorang alim dalam ilmu fiqh di negeri Iraq. Dan beliau juga sebagai ketua ahli fikir (ahli ra`u). Golongan cerdik pandai pada masa itu menyifatkan beliau sebagai “akal dalam ilmu pengetahuan”.

Semasa hidupnya, beliau dapat menuruti bermacam-macam pertumbuhan dan perkembangan ilmu pengetahuan, baik di bidang ilmu dan politik mahupun ilmu agama. Zaman beliau memang dikenali sebagai zaman pertumbuhan politik, agama dan ideologi-ideologi dan ism-ism yang bermacam-macam. Beliau dapat hidup dalam dua zaman pemerintahan Umaiyah dan juga di zaman pemerintahan `Abasiyah.

Sesungguhnya Abu Hanifah seorang yang luas pemikiran dan banyak ilmu. Tetapi beliau sangat merendah diri. Beliau tidak terpedaya dengan fikirannya sendiri. Dan beliau pernah berkata “Bahawasanya pendapat kami adalah salah satu dari pendapat dan jika didapati pendapat yang lebih baik dan tepat maka pendapat itu lebih benar dan utama”.

Abu Hanifah seorang yang berperibadi tinggi dalam majlis perbahasan. Beliau tidak sekali-kali menghina mereka yang berbahas dengan mereka. Mereka tidak pernah mengkafirkan sesiapa yang berbahas dengannya, kerana beliau berpendapat : “Sesiapa yang mengkafirkan seseorang maka ia terlebih dahulu kafir dari orang itu.”

Mazhab Maliki

Pengasas mazhab Maliki ialah Malik Bin Anas, lahirnya di kota Madinah dalam tahun 93 hijrah. Beliau dilahirkan 13 tahun selepas lahirnya Iman Abu Hanifah. Semasa hidupnya, Iman Malik dapat menurut dua corak pemerintahan : Umaiyah dan Abasiyah, di mana perlingkahan sengit dua pemerintahan sering terjadi. Di masa itu juga pengaruh ilmu pengetahuan Arab, Parsi dan Hindi tumbuh dengan suburnya dikalangan masyarakat di waktu itu.

Iman Malik menghafaz Al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah S.A.W. Ingatannya sangat kuat dan menjadi adat kepadanya. Manakala beliau mendengar hadith-hadith daripada guru-guru, terus disimpulkan tali bagi menyenangkan perhitungan bilangan hadith-hadtih yang sudah beliau pelajari.

Pada permulaan hidup Imam Malik bercita-cita menjadi biduan tetapi ibunya menasihatkan supaya beliau meninggalkan cita-cita itu, dan meminta beliau supaya mempelajari ilmu fiqh, beliau menerima nasihat ibunya dengan baik.

Iman Malik adalah seorang guru yang miskin, pernah satu hari kayu bumbungnya rumahnya telah roboh, terus beliau menjual kayu itu untuk mendapat sedikit wang untuk perbelanjaan hidupnya, tetapi pada akhirnya beliau dimurahkan Allah akan rezekinya sehingga beliau menjadi seorang kaya. Setelah baliau menjadi seorang kaya, beliau memakai pakaian yang mahal dan memakai bau-bauan yang baik. Imam Malik adalah seorang yang aktif dalam menuntut ilmu. Beliau banyak membuat perhubungan dengan ahli-ahli hadith dan ulama. Imam Malik dianggap sebagai ketua atau imam bagi ilmu hadith. Sanad-sanad (sandararan-sandaran) yang dibawa oleh beliau termasuk salah satu sanad-sanad yang terbaik dan benar. Beliau seorang yang dipercayai, adil dan kuat ingatannya, cermat dan halus memilih rawi-rawi hadith. Pendek kata Imam Malik adalah orang yang tidak diragui dalam konteks ini.

Imam Malik tetap berpegang teguh S.A.W. dalam menganggap hadith-hadith itu petunjuk, penyuluh kepada manusia. Tidak harus seseorang meninggalkan dan membelakangkannya.

Sebelum Imam Malik menjadi guru, beliau lebih dahulu mendalami dalam bidang pelajaran sehingga kadang-kala beliau tidak tidur. Setelah fikiran beliau matang dan benar-benar berkebolehan barulah beliau mengajar.

Hukum-hukum fiqh yang diberikan oleh Imam Malik adalah berdasarkan Al-Quran dan hadith. Imam Malik menjadikan hadith sebagai pembantu bagi memahami Al-Quran, Imam Malik sangat cermat dalam memberi penerangan dan hukum-hukum. Beliau berfikir panjang sebelum memberi satu-satu hukum atau fatwa. Beliau pernah berkata : “Kadang-kala aku berjaga satu malam suntuk untuk mencari jawapan bagi satu-satu soalan yang dikemukakan kepada aku”. Apabila beliau ditanya satu-satu hukum, beliau terus berkata kepada penanya “Pulanglah dahulu supaya aku dapat berfikir”. Ramai manusia merendah-rendahkan Imam Malik dengan sebab beliau melewatkan menjawab sebarang pertanyaan. Imam Malik menangis dan berkata “Aku bimbang kerana aku akan disoal satu hari nanti dalam ( hari kiamat)”.

Mazhab Syafie

Mazhab Syafie adalah diasaskan oleh Muhamad bin Idris Al-Syafie. Beliau dilahirkan pada tahun 105 hijrah, sebuah bandar yang bernama Ghizah di Palestin . Beliau seorang miskin, tetapi kaya dengan semangat dan bercita-cita tinggi dalam menuntut ilmu. Beliau banyak mengembara dalam menceduk dan menimba ilmu. Imam Syafie dianggap seorang yang dapat memadukan antara hadith dan fikiran dan membentuk undang-undang fiqh. Pada permulaannya beliau cenderung dalam bidang sastera dan syair-syair, tetapi beliau mengubah pendiriannya kepada mempelajari ilmu fiqh dan hadith hingga sampailah beliau ke kemuncak yang paling tinggi dalam bidang tersebut.

Imam Syafie ialah imam yang ketiga mengikut susunan tarikh kelahiran. Beliau adalah penyokong kepada ilmu hadith dan pembaharu agama (mujaddid) bagi abad yang ke-2 hijrah. Imam Ahmad Bin Hanbal pernah berkata : diceritakan kepada nabi muhamad S.A.W. bahawa Allah menghantar kepada umat ini seorang pembaharu kepada agama, Umar Bin Abdul Aziz dihantar untuk abad yang pertama dan aku harap Imam Syafie merupakan mujadid abad yang kedua.

Nama asalnya ialah Muhamad Bin Idris, lahir di bandar ghizah di Palestin pada tahun 105 hijrah, inilah tarikh paling masyur dikalangan ahli sejarah. Beliau adalah keturunan Bani Hashim dan Abdul Mutalib. Keturunannya bertemu dengan keturunan Rasulullah S.A.W. pada datuk Rasulullah iaitu Abdul Manaf.

Semasa muda Imam Syafie, hidup dalam kemiskinan, hingga beliau terpaksa mengumpul batu-batu, belulang, pelepah tamar dan tulang-tulang untuk ditulis di atasnya, terkadang-kadang beliau terpaksa pergi ke tempat-tempat perhimpunan orang ramai meminta kertas untuk menulis pelajarannya.

Imam Syafie menghafaz Al-Quran dengan mudah, iaitu semasa beliau masih kecil lagi, beliau menghafaz dan menulis hadith-hadith. Beliau sangat tekun mempelajari kaedah-kaedah dan nahu bahasa Arab. Untuk tujuan itu beliau pernah mengembara ke kampung dan tinggal bersama dengan puak Hazyal selama 10 tahun. Kerana puak ( kabilah ) Hazyl terkenal suatu kabilah yang paling baik bahasa Arabnya. Imam Syafie banyak menghafaz syair-syair dan qasidah dari puak Hazyl, begitu juga beliau banyak menumpukan masa dan tenaganya kepada sastera dan sejarah pada masa mudanya, tetapi Allah menghendaki dan melorongkan kepadanya dalam bidang ilmu fikah.

Di antara sebabnya, pada suatu hari Imam Syafie bersyair sambil menunggang kuda bersama-sama beliau seorang lelaki. Lalu berkata lelaki itu, tidak sesuai engkau bersyair kerana itu boleh menjatuhkan maruah. Alangkah baiknya belajar ilmu fiqh? Kata-kata itu sangat memberi kesan kepada Imam Syafie. Dari sejak itu beliau menumpukan masa dan tenaga kepada ilmu fiqh.

Salah seorang guru Imam Syafie dalam pelajaran ilmu fiqh dan hadith ialah Imam Malik. Ilmu fiqh yang dibawa oleh Imam Syafie adalah merupakan satu zaman perkembangan ilmu fiqh dalam sejarah perundangan Islam kerana beliaulah yang menghimpunkan atau menyatukan ilmu fiqh ahli-ahli akal dan fikir dengan ilmu fiqh ahli-ahli akal dan hadith. Ilmu fiqh Imam Syafie juga merupakan ikatan sunnah dan qias, dan pemikiran dengan beberapa pertimbangan dan sekatan sebagaimana ia juga ilmu fiqh yang menetapkan cara-cara atau peraturan untuk memahami Al-Quran dan Al-Hadith. Juga ia menetapkan kaedah-kaedah pengeluaran hukum dan kesimpulannya. Lantaran itulah beliau berhak dianggap penaja bagi ilmu usul fiqh.

Mazhab Hanbali

Nama bagi pengasas Imam Hanbali ialah Ahmad Bin Mohamad Bin Hanbal. Lahir di bandar Baghdad pada tahun 164 hijrah. Ibnu Hanbal adalah dari keluarga miskin, kerana bapanya tidak meninggalkan di waktu matinya melainkan sebuah rumah yang kecil yang didiaminya. Untuk menampung kehidupannya, belaiu terpaksa bekerja di kedai jahit untuk mengambil upah.

Ibnu Hanbal menuntut ilmu sepanjang hayatnya. Beliau tetap mempelajari hadith sehingga beliau menjadi seorang imam, orang pernah berkata kepadanya: “Sampai bilakah engkau nak menuntut ilmu? Padahal engkau sudah mencapai darjat paling tinggi dan engkau telah menjadi imam bagi seluruh umat Islam?” Imam Ibnu Hanbal menjawab: “Aku menuntut ilmu dari hujung dunia hinggalah ke pintu kubur.” Memang benar beliau tidak pernah jemu menuntut ilmu sepanjang hayatnya. Imam Syafie adalah salah seorang dari guru Ahmad Bin Hanbal. Ibnu Hanbal bertemu Imam Syafie semasa di Hijaz, sewaktu beliau menunaikan fardu haji, Imam Syafie mengajar di Masjidil Haram. Ibnu Hanbal mempelajari daripadanya, kemudian mereka bertemu pula pada kali kedua di Baghdad, Imam Syafie menasihatinya supaya beliau mengikutnya ke Mesir. Imam Ibnu Hanbal bercadang mengikutinya tetapi niatnya tak sampai.

19/08/2019 Posted by | Bicara Ulama, Informasi | | Leave a comment

SIFAT-SIFAT ALLAH PERBANDINGAN DIANTARA ASHA’IRAH VS MU’TAZILLAH.

Persoalan sifat-sifat Allah s.w.t.

tidak dibincangkan secara mendalam pada zaman Rasulullah s.a.w. Umat Islam pada zaman ini menerima terus apa sahaja sifat- sifat Allah sebagaimana Allah s.w.t. mesifatkan dirinya di dalam al-Qur’an tanpa mempersoalkan makna disebalik sifat-sifat tersebut.

Allah s.w.t. bersifat dengan sifat kesempurnaan yang mutlak dan sifat-sifat tersebut adalah banyak.
Walau bagaimana pun Allah s.w.t. menjelaskan sebahagian dari sifat-sifat-Nya kepada manusia menerusi al-Qur’an.

Umpamanya Allah s.w.t. Amat Mendengar dan Maha Mengetahui dan firman-Nya lagi “Maka sesungguhnya Allah s.w.t. adalah Maha Penyayang lagi Maha Berkuasa”

Olehyang demikian sifat-sifat Allah yang terdapat di dalam al-Qur’anadalah jelas menunjukkan kesempurnaan-Nya. Sifat-sifat kesempurnaan tersebut memberikan nilai yang lebih tinggi dan lebih besar keranaAllah s.w.t.
adalah penciptas egala makhluk. Justeru itu la memiliki sifat Pengetahuan, Kemampuan dan semua sifat-sifat kesempurnaanyang lainnya.

Bagaimanapun tanda-tanda Pengetahuan dan Kekuatan-Nya adalah hasil dari tanda Kehidupan-Nya,dan ianya pula dapat dilihatdari sistemketeraturan alam semesta.

Allah s.w.t adalah bebas dari sebarangkecacatan dan kekurangan, bahkan tiada sesuatupun yang dapat disamakan dengan-Nya.

Seandainya perkara ini diletakkan kepada Allah maka pastilah nilai kebesaran dan keagungan Allah akan jatuh ke tahap yang lebih rendah.

Keadaan ini bertentangan sama sekali denganfirman-Nya “Katakanlah Allah adalah satu. Allah menjadi tumpuan segala makhluk untuk memohon sebarang hajat.

Dia tidak beranak dan tidak pula diperanak kan. Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya”

Dengan ini jelaslah bahawa sifat kesempurnaan Allah menunjukkan Allah s.w.t. suci dari segala bentuk kekurangan.

DZAT DAN SIFAT.

Masalah dzat dan sifat adalah suatu masalah yang sering menimbulkan kontroversi oleh kebanyakan para mutakallimun kerana ia mempunyai hubung kait di antara satu sama lain.

Masalah ini mula diperbincangkan pada awal abad kedua Hijrah oleh Jahm b. Safwan (m.127H.).

Kemudian ianya menjadi perdebatan pemikiran di antara golongan Muktazilah,musyabihah,mujasimah dan al-‘Asya’irah di dalam perspektif ‘Urn al-Kalam.

Persoalan yang timbul ialah, adakah Allah s.w.t. mempunyai sifat ataupun tidak?.

SekiranyaAllah s.w.t mempunyai sifat, adakah sifat-sifat tersebut kekal (qadim) sebagaimana kekalnya dzat Allah s.w.t. ataupun sifat-sifat tersebut baharu dimiliki oleh Allah selepas kewujudan-Nya?.

Di samping persoalan-persoalan tersebut, terdapat banyak ayat-ayat al-Qur’an yang menetapkan Allah s.w.t. mempunyai sifat. Sifat-sifat tersebut termasuklah sifat Amat Mengetahui (‘Alim), Berkuasa (Qadir), Mendengar (Sami’), Melihat (Basir) dan sebagainya.

Konsep Sifat-sifat Allah:Analisis & PerbandinganAntara AliranMu’tazilah & Asya’irah
Di bawah ini diperturunkan beberapa ayat al-Qur’an yang menjelaskan sifat- sifat Allah s.w.t. di antaranya :

1. Surah al-An’am (5) : 59 “Dan di sisi Allahsegala Kunci perbendaharaan yang ghaib,tidak ada sesiapapun yang mengetahuinyamelainkan Dia.

Seterusnya la amat Mengetahuiapa yang terkandung di daratan mahupun di lautan sertatidak akan gugur sehelai daun melainkan dalam pengetahuan-Nya “.

2. Surah al-Baqarah (2) : 106 “Sesungguhnya Allah Amat Berkuasa terhadap segala sesuatu”.

3. Surahal-Baqarah (2) : 181 “Sesungguhnya Allah Amat Mendengar dan Amat Mengetahui”.

4. Surah Fatir(35) : 3 “Sesungguhnya Allah Amat Mengetahui tentang hamba-Nya serta Melihat dan Memerhatikannya “.

Selain daripada ayat-ayat tersebut terdapat jugabeberapa ayat al-Qur’an yang menunjukkan sifat-sifat Allah berbeza dari makhluk-Nya.

Sebagai buktinya firman Allah dalam Surah al-Syura’ (42): 11 bermaksud “Tidak ada sesuatupun yang setanding dengan-Nya”,dan juga dalam surah al-Ikhlas (112) : 4 bermaksud “Dan tidak ada sesuatupun yang setara dengan-Nya “.

Hakikat MakrifatAllah telah pun diterangkan oleh Khalifah Ali b.
Abu Talib menerusi khutbahnya :

“Asas agama ialah ma’rifat-Allah. Untuk menyempurnakan makrifat tersebut hendaklah mentakdiskan-Nya serta mengesakan- Nya dengan segala keikhlasan.

Hakikat kesempurnaan dan keikhlasan tersebutialah menolak segala bentuk sifat-sifat yang keji bagiAllah ataupun sifat-sifat yang berbeza daridzat-Nya.

Allah s.w.t. tidak mempunyaipersamaan dengan sesuatu benda yang dapat difikirkan oleh manusia.

Begitu juga sifat-sifat yang dapat diletakkan kepada-Nya.

Justeru itu barangsiapa yang memberikan sifat-sifat kepada Allah nescaya mereka mempercayai sifat-sifat itu sebagai Allah s.w.t. Pegangan ini mengakibatkan bertambah bilangan kepada Allah.

Hal yang sebegini adalah mustahil bagiAllah s.w.t. ”

Berasaskan kepada pendapat tersebut, Imam Ja’far al-Sadiq (m. 148 H)7 menjelaskan bahawa sifat dan dzat Allah adalah satu dan tidak berbilang-bilang dari sudut/segi apa sekalipun.

Sifat ini bukanlah sesuatu yang lain daripada dzat-Nya.

Sebagai contohnya, beliau mengatakan bahawa sifat-sifat Allah seperti Mengetahui (‘Alim), Berkuasa (Qadir), Hidup (Hayy), Melihat (Basir) dan Mendengar (Sami’)adalah hakikatdzaf-Nya.

Lantaran itu kesempurnaan-kesempurnaan yang ditunjukkan kepada sifat-sifat-Nya pada hakikatnya sama dengan fea?-Nya sendiri.

Golongan Muktazilah pula di dalam persoalan ini menafikan adanya sifat bagi Allah s.w.t. Adalah tidak menghairankan sekiranya mereka dikenali sebagai golongan mu ‘attilah.

Akal mereka tidak membolehkan merekamengakui sifat-sifat Allah dan berbeza dari dzat.

Alasannya ialah jika sifat Allah tidak dianggap sama dengan dzat maka timbullah Jama’ Baqa’.

Hasilnya akan gugurlah akidah tauhid.

Menurut al-Syahrastani(m. 507H.), Wasil b. ‘Ata’ (m. BOH.) adalah orang yang pertama di kalangan Muktazilah yang meletakkan asas di dalam perbincangan menafikan sifat-sifat Allah s.w.t.” Ini bererti apa yang disebutkan sifat Allah s.w.t. adalah bukan sifat yang wujud tersendiri di luar dzat Allah, tetapi sifat tersebut merupakan dzat Allah s.w.t. sendiri.

Menurut Wasil sendiri sekiranya sebarang sifat dikatakan kekal, sudah tentu ia memerlukanJama’ Baqa’ dan kepercayaan tentang keesaan Allah menjadi palsu.

Konsep Sifat-sifat Allah:Analisis & Perbandingan Antara AliranMu’tazilah & Asya’irah.

Al-Asy’ari (m. 33OH.)12, sewaktu menjelaskan pendapat golongan Muktazilah berhubung dengan sifat-sifat Alla hadalah bersifat negatif. Sehinggakan beliau mengatakan golongan Muktazilah berpendapat bahawa Allah s.w.t. tidak mempunyai pengetahuan,kekuasaan,hayat dan sebagainya.

Ini tidak bererti golongan Muktazilah menganggap Allah s.w.t. tidak mengetahui, berkuasa, hidup dan sebagainya tetapi Allah s.w.t. tetap mengetahui dan berkuasa. Sifat-sifat tersebut bukanlah dalam pengertian sifat yang sebenarnya. Ini bererti Allah s.w.t. mengetahui, berkuasa dan hidup dengan dzat-Nya..

Kecenderungan Wasil untukmenjelaskan persoalan sifat Allah masih lagi dalam kesamaran. Abu Hudhayl al-‘Allaf (m. 268H.) yang terkenal dengan kekentalan hujahnya menentang pandangan yang mengatakan bahawa dzat Allah tidak mempunyai kualiti dan tidak sekali-kali dikatakan sebagai jamak.

Kualiti sifat Allah adalah sama dengan dzat serta tidak dapat diasingkan daripada kedua-duanya.

Beliau bersetuju bahawa sifat Allah adalah satu dan sama dengan dzat.

Ini menunjukkan bahawa apabila dikatakan Allah Maha Mengetahui maka pengertiannya adalah bukan ilmu ada dalam dzat Allah sebaliknya ilmu adalah dzat Allah.

Ringkasnya Allah Maha Mengetahui, Maha Kuasa dan Hidup dengan Ilmu, Kuasa dan Kehidupan itu sebagai dzat-Nya yang sebenar.

Pandangan Abu Hudhayl adalah bersesuaian dengan kenyataan ahli falsafah yang berpendapat bahawa dzat Allah tidak mempunyai kualiti dan kuantiti bahkan ia adalah mutlak satu.

Oleh itu sifat Allah tidak lain tidak bukan daripada dzat Allah. Apa sahaja kualiti-Nya yang boleh ditegakkan samada ‘adam (tiada) ataupun usul (penting) tidak boleh dikaitkan dengan Allah.

Sebagai contohnya Allah bukanlah sebagai satu tubuh, bahan, atau ‘arad, tetapi Ia adalah wujudnya dzat-Nya yang sebenar dan Tauhid-Nya itu benar.

Abu Hudhayl seterusnya tidak mengakui sifat-sifat Allah berasingan daripada dzat-Nya dalam sebarang pengertian.

Ini disebabkan beliau menyedari bahawa tanggapan tersebut membuatkan akidah tauhid akan terbatal sama sekali. Dengan alasan beliau, maka jelaslah bahawa golongan Kristian yang memperkembang kan teori Trisakti terpaksa meninggalkan akidah tauhid.

Kehadiran Mu’ammar (m. 228H.) telah membesar-besarkan penafiannya tentang sifat-sifat Allah.

Beliau menegaskan bahawa dzat Alla hadalah bebas daripada aspek jamak.Sekiranya seseorang itu percaya tentang sifat-sifat Allah maka dzat Allah akan menjadi jamak.Sikap keterlaluan yang diperlihatkan oleh beliau menyebabkan beliau mengatakan bahawa Allah tidak mengetahui diri-Nya sendiri atau orang lain kerana mengetahui dan pengetahuan itu sesuatu yang berada di dalam atau di luar Allah.

Jika pengetahuan bukan sesuatu di dalam Allah, dan yang diketahui berasingan daripada yang mengetahui bermakna bahawa dzat Allah itu berbilang-bilang.

Tambahan pula, pengetahuan Allah akanbergantungdan memerlukan kepada”yang lain” Sebagai hasilnya, kemutlakkan Allah akan dinafikan sama sekali.

Dengan menafikan sifat-sifat Allah, Mu’ammar telah menerima terus pengaruh falsafah Neo-Platonisme.

Doktrin utama Plotinus ialah dzat Allah satu dan mutlak. Allah berada diatas segala-galanya tanpa haddan batasan.Justeru itu, seseorang tidak boleh mengatakan sifat-Nya cantik,baik,berfikir atau berkehendak kerana sifat tersebut mempunyai batasan dan tidak sempurna.

Abu ‘Ali al-Jubba’i (m. 290H) pula mengemukakan pendapat yang agak berbeza sedikit denganmerekayang sebelumnya. Walau bagaimanapun pada dasarnya beliau berpegang pada prinsip asas iaitu menafikan sifat Allah. Menurut beliau, Allah mengetahui (Alim)dengan dzat-Nya.. Allah s.w.t. tidak memerlukan kepada sesuatu sifat di dalam bentuk pengetahuan atau pun keadaan mengetahui.

Beliauseterusnya menamakan pendapatnya sebagai i’tibarat al-‘Aqliyyah yang tidak ada sesuatupunboleh dikatakansebagai tambahan bagi Allah s.w.t.

Abu Hasyim (m. 325H) pula berpendapat sebaliknya, iaitu beliau mengatakan bahawa sifat Allah tidak lain tidak bukan adalah dzat-Nya.

Beliau kemudiannya menginteprestasi kan perkataan dzat Allah sebagai hal(keadaan). Dengan itu apabila beliau mengatakan “Allah mengetahui dengan dzat-Nya.”

membawa pengertian bahawa Allah mempunyai keadaan mengetahui.

Al-Jubba’i menolak keadaan teori Abu Hasyim.

Beliau berkata bahawa keadaan ini hanyalah aspek mental yang tidak terkandung dalam dzat tetapi ditemui dalam pemerhatian dzat itu. Dengan perkataan lain, ia hanyalah sifat umum atau hubungan yang tidak wujud pada luaran tetapi hanya ditemui dalam minda pemerhati.

Dalam keadaan yang kesamaran Imam al-Baqilani menyokong pendapat Abu Hasyim, manakala Imam al-Asy’ari menolak pandangan tersebut sebaliknya Imam al- Haramayn pada awalnya menyokong tetapi kemudiannya menolak.

Abu al-Jabbar Ahmad (m. 415H) merupakan tokoh yang terakhir daripada golongan Muktazilah. Dalam masalah ini beliau telah memperkuatkan pendapat Abu ‘AH al-Jubba’i dengan mengatakan bahawa sifat dan dzat adalah sama.

Walaupun terdapat sedikit perbezaan di kalangan tokoh-tokoh Muktazilah, tetapi mereka tetap bersepen dapat dalam prinsipasas mereka bahawa Allah s.w.t tidak mempunyai sifat. Adalah tidak menghairankan sekiranya mereka dituduh sebagai golongan mu’attilah (menafikan sifat Allah).

Beralih pula kepada pendapat Asya’irah.

Mereka mengemukakan pendapat yang bertentangan dengan golongan Muktazilah. Prinsip asasi mereka ialah mengutamakan wahyu untuk meletakkan asas yang kukuh dalam Islam.

Gerakan mereka menjadi semakin utuh/kukuh dan mendapat tempat di merata-rata tempat dalam dunia Islam. Mereka dengan tegas mengatakan bahawa Allah s.w.t. mempunyai sifat (bukan seperti pengertian musyabihah,mujasimah).

Tokoh-tokoh yang terkemuka di kalangan mereka ialah Abu Hasan ‘Ali b. Ismail al-Asy’ari (m. 330H) di Mesopotamia manakala Abu Mansur al-Maturidi(m. ) di Samarqand.

Di antara kedua-dua tokoh tersebut al-Asy’ari menjadi wira dan paling disukai kerana kebangkitannya menyebabkan runtuhnya sistem Muktazilah.
Beliau seterusnya dikenali sebagai pengasas teologi ortodoks dan mazhab yang diasaskan oleh beliau dinamakan Asya’irah.

Menurut al-Syahrastani,al-Asy’ari meyakini sifat-sifat Allah.

Beliau menetapkan sifat-sifat Allah berpandukan kepada ayat-ayat (muhkam) dalam al-Qur’an. Sifat-sifat yang boleh didapati di dalam al-Qur’an menurut pandangan nya ialah sifat al-‘Ilm dan al-Qudrah.

Dalilnya, surah al-Nisai(4) : 166 bermaksud “Allah menurunkan dengan ilmu-Nya’dan Surah al-Zariyyat (54) : 58 bermaksud”Yang memiliki kekuatan yang teguh”.

Justeru itu beliau menyatakan bahawa Allah s.w.t. Mengetahui, Menghendaki dan Menguasai, di samping menyatakan bahawa Allah mempunyai Pengetahuan, Kemahuan dan Kekuatan.

Menurut al-Asy’ari lagi, mustahil Allah s.w.t. mengetahui dengan dzat-Nya. seperti yang diperkatakan oleh golongan Muktazilah.

Pengertian tersebut akan memberi kan gambaran bahawa dzat Allah adalah pengetahuan dan Allah sendiri juga adalah pengetahuan. Menurut beliau lagi, Allah bukannya ‘Urn tetapi Yang Maha Mengetahui (‘Alim). Dengan yang demikian Allah mengetahui dengan pengetahuan dan pengetahuan-Nya adalah bukan Jzaf-Nya. Pengertian tersebut juga samalah dengan sifat-sifat yang lain seperti Hidup,Kuasa, Dengar dan Lihat.

Sehubungandengan ini al-Baghdadi (m. 429H) berpendapat bahawa pendapat- pendapat di kalangan Asya’irah mempunyai persamaan tentang Pengetahuan, Kehidupan, Kemahuan, Pendengaran, Penglihatan dan Percakapan Allah, bahkan kesemua sifat-sifat tersebut adalah kekal(Qadim).2v Menurut al-Ghazali(m. 505H) pula sifat-sifat tersebuttidak sama dengan dzat Allah, malahan berlainan dari dzat- Nya tetapi ia berada di dalam dzat itusendiri.

Secara umumnya pendapat-pendapat di kalangan Asya’irah berhubung dengan sifat dan dzat adalah tidak menunjukkan sebarang perbezaan. Mereka menetapkan sifat-sifat sebagai suatu sifat yangQadim. Di samping itu juga mereka menegaskan bahawa sifat-sifat itu bukanlah dzat Allah dan bukan juga perkara lain daripada dzat- Nya.

Kemudian ianya wujud bersama-sama (za’id) dengan dzat Allah.

Dalam masalah ini golongan Asya’irah berada dalam keadaan yang agak sukar dan serba salah. Mereka tidak dapat menegaskan sifat qadim Allah sebagai sama atau pun berbeza sama sekali dengan dzat Allah.

Meskipun begitu mereka tidak bersetuju dengan pandangan golongan Muktazilah sekaligus menegaskan persamaan sifat dengan dzat bererti menafikan secara langsung hakikat sifat tersebut. Dengan yang demikian mereka berpendapat bahawa sifat itu, mengikut satu pengertian iaitu termasuk di dalam dzat manakala dalam pengertian yang lain pula terkeluar dari dzat Allah.

Lantaran itu merekamenyarankan bahawa dzat dan sifat merupakan dua benda yang berlainan tetapi tidak boleh dikaitkan dengan Allah Yang Maha Agung.
Merekamembezakan antara makna (mafhum) sesuatu benda dengan hakikatnya.

Oleh itu apayang dipentingkan di sini ialah makna, sifat dan dzat adalah mempunyai pengertian yang berbeza. Dzat Allah bukanlah Mengetahui atau Berkuasa atau Bijaksana tetapi setakat yang berkaitan dengan hakikat dan muktamad nya, sifat terkandung dalam dzat Allah.

Justeru itu tidak hairanlah sekiranya mereka menetapkan bahawa sifat-sifat tersebut sebagai sifat al-Ma’ani.

Menurut al-Syahrastani,al-Asy’ari melandaskan pendapatnya dengan mengkiaskan atau membanding kan di antara perkara yang tidak dapat dilihat (al-Gha’ib) dengan perkara yang dapat dilihat (al-Syahid). Umpamanya, sifat-sifat Allah seperti Qadir (berkuasa),’Alim (berpengetahuan) dan Murid (berkehendak). Sifat-sifat tersebut menurut beliau ada yang menciptakan nya. Justeru itu beliau mengatakan bahawa Allah s.w.t.itu adalah ‘ilm, qudrah dan iradah.

Apa yang dimaksudkan dengan hujah kias tersebut ialah tidak ada perbezaan di antara sifat-sifat yang dimiliki oleh manusia dengan apa yang dimiliki oleh Allah s.w.t. Sebagai contohnya, apabila dikatakan seseorang itu ‘alim maka pengertian sebenarnya ialah seseorang itu mempunyai ilmu pengetahuan. Justeru itu perkara yang sama didapati ada pada Allah. Maka apabila dikatakan Allah s.w.t.itu ‘Alim pasti Allah s.w.t. mempunyai sifat Ilmu Pengetahuan.

Al-Asy’ari seterusnya mengemukakan alasan dengan membuat beberapa andaian. Andaian tersebut seperti, pertama : Allah s.w.t. ‘Alim dengan diri-Nya dan kedua : Allah s.w.t. ‘Alim dengan ‘ilm. Seandainya Allah ‘Alim dengan diri-Nya maka diri-Nya adalah ‘ilm. Menurut beliau lagi, mustahil ‘ilm itu ‘Alim sedangkan Allah s.w.t.itu ‘Alim?* Lantaran itu Allah s.w.t. ‘Alim dengan ‘ilm malahan ‘ilm itu bukanlah diri-Nya.

Andaian yang seterusnya ialah sekiranya kesemua sifat Allah itu sama seperti dzat-Nya maka dzat Allah mestinya mempunyai gabungan yang sejenis tentang kualiti yang bertentangan.

Contohnya : Allah itu bersifat belas kasihan(rahim) dan juga bersifat pembalas dendam (qahhar). Kedua-dua sifat yang saling bertentangan itu akan menjadikan dzat Allah yang satu dan tersendiri dan tidak boleh dibahagikan. Faktor sebegini sudah tentu tidak munasabah diletakkan kepada Allah s.w.t. Tambahan pula sekiranya sifat itu sama dengan dzat maka tidak ada feadahakan diperolehi dengan memberikan sifat itu kepada-Nya.

Oleh yang demikian sifat Allah tidak sama dengan dzat Allah.

Walaupun tidak sama dengan dzat namun ianya pula tidak berbeza sama sekali daripada Sumbangan al-Maturidi (m.333 H) berhubung dengan sifat dan dzat Allah ialah menentang golongan tasybih dan tajsim dalam semua bentuknya tanpa menafikan sifat Allah s.w.t. Pengucapan yang berbentuk antropomofisme yang digunakan dalam al-Qur’an seperti wajah, mata, dan perihal duduk diatas ‘Arasy tidak boleh diterima secara pentafsiran zahir dan bertentangan dengan maksud al-Qur’an.

Oleh yang demikian, petikan perenggan tersebut mestilah ditafsirkan berdasarkan petikan tanzih yang jelas maksudnya dengan cara yang tekal dan sah mengikut penggunaan gaya bahasaArab,ataupun maksud yang sebenarnya hendaklah diserahkan kepada pengetahuan Allah.

Menurut al-Maturidi lagi, untuk menerangkan sifat dan tabii Allah ialah dengan cara yang tidak akan membayangkan sebarang persamaan atau perbandingan. Ini menunjukkan bahawa keimanan kepada satu Kuasa Agung dan Hakikat Mutlak adalah bersifat am atau sejagat. Baginya,pendekatan yang dikemukakan oleh golongan Muktazilah adalah membahayakan kepercayaan am tentang kewujudan Allah iaitu menafikan sifat Allah dan keqadimannya.
Olehyangdemikian apabila dikatakanAllah itu bijaksana maka ia bermaksud Allah s.w.t. mempunyai sifat kebijaksanaan.

Penafian sifat Allah hanyamenimbulkan kekeliruan dan menyukarkan pengetahuan tentang Allahsehinggaakhirnya menjadikan Allah ghairal-wujud yang tidak dikenali serta diketahui.
Begitu juga penafian tentang qadim Allah membuatkan-Nya tidak sempurna sejak dari mula dan tertakluk kepada perubahan.

Wallahu’alam.

19/08/2019 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab) | , | Leave a comment

PENGETAHUAN,.. AHLUSSUNNAH BUKAN KONGKONGAN WAHHABI,SYIAH,MUSYABIHAH,MUJASIMAH DLL.

“Muhammad Izzat Al-Kutawi terdesak klaim jenama Ahlussunnah” kepada wahhabiyyah.

“Muhammad Izzat Al-Kutawi terdesak klaim jenama Ahlussunnah” kepada wahhabiyyah.

Ahlussunnah atau nama lengkapnya Ahlussunnah wal jamaah (ASWJ) bukan untuk dikong-kong oleh kelompok yang kehausan nama ini.

Ahlussunnah adalah satu-satu nya manhaj yang benar diatas jalan yang benar iaitu jalan para Nabi,sahabat dan seterusnya.

Bukti-Bukti Kebenaran Akidah Asy’ariyyah
Sebagai Akidah Ahlussunnah.

Sebagaimana telah kita ketahui bahwa di antara mukjizat Rasulullah adalah beberapa perkara atau peristiwa yang beliau ungkapkan dalam hadits-haditsnya, baik peristiwa yang sudah terjadi, yang sedang terjadi, maupun yang akan terjadi.

Juga sebagaimana telah kita ketahui bahwa seluruh ucapan Rasulullah adalah wahyu dari Allah, artinya segala kalimat yang keluar dari mulutmuliabeliau bukan semata-mata timbul dari hawa nafsu.

Dalam pada ini Allah berfirman:

Maknanya: “Dan tidaklah dia-Muhammad- berkata-kata dari hawa nafsunya, sesungguhnya tidak lain kata-katanya tersebut adalah wahyu yang diwahyukan kepadanya” (QS. An-Najm: 3-4).

Di antara pemberitaan Rasulullah yang merupakan salah satu mukjizat beliau adalah sebuah hadits yang beliau sabdakan bahwa kelak dari keturunan Quraisy akan datang seorang alim besar yang ilmu-ilmunya akan tersebar diberbagai pelusuk dunia,beliau bersabda:

Maknanya: “Janganlah kalian mencaci Quraisy karena sesungguhnya-akan datang- seorang alim dari keturunan Quraisy yang ilmunya akan memenuhi seluruh pelusuk bumi” (HR. Ahmad).

Terkait dengan sabda ini para ulama kemudian mencari siapakah yang dimaksud oleh Rasulullah dalam haditsnya tersebut?

Para Imam mazhab terkemuka yang ilmunya dan para muridnya serta para pengikutnya banyak tersebur paling tidak ada empat orang; al-Imâm Abu Hanifah, al-Imâm Malik, al-Imâm asy-Syafi’i, dan al-Imâm Ahmad ibn Hanbal.

Dari keempat Imam yang agung ini para ulama menyimpulkan bahwa yang dimaksud dengan hadits Rasulullah di atas adalah al- Imâm asy-Syafi’i, sebab hanya beliau yang berasal dari keturunan Quraisy.
Tentunya kesimpulan ini dikuatkan dengan kenyataan bahwa mazhab al-Imâm asy-Syafi’i telah benar-benar tersebar di berbagai belahan dunia Islam hingga sekarang ini.

Dalam hadits lain, Rasulullah bersabda:

Maknanya: “Hampir-hampir seluruh orang akan memukul punuk-punuk unta (artinya mengadakan perjalan mencari seorang yang alim untuk belajar kepadanya), danternyata mereka tidak mendapati seorangpun yang alim yang lebih alim dari orang alim yang berada di Madinah”. (HR. Ahmad).

Para ulama menyimpulkan bahwa yang maksud oleh Rasulullah dalam haditsnya ini tidak lain adalah al-Imâm Malik ibn Anas, perintis Madzhab Maliki; salah seorang guru al-Imâm asy-Syafi’i. Itu karena hanya al-Imâm Malik dari Imam madzhab yang empat yang menetap di Madinah, yang oleh karenanya beliaudigelari dengan Imâm Dâr al-Hijrah (Imam Kota Madinah). Kapasitas keilmuan beliau tentu tidak disangsikan lagi, terbukti dengan eksisnya ajaran madzhab yang beliau rintis hingga sekarang ini.

Tentang al-Imâm Abu Hanifah, demikian pula terdapat dalil tekstual yangmenurut sebagian ulamamenunjukan bahwa beliau adalah sosok yang dimaksud oleh Rasulullah dalam sebuah haditsnya, bahwa Rasulullah bersabda:

Maknanya: “Seandainya ilmu itu tergantung di atas bintang-bintang Tsurayya maka benar-benar ia akan diraih oleh orang-orang dari keturunan Persia” (HR. Ahmad).

Sebagian ulama menyimpulkan bahwa yang dimaksud oleh hadits tersebut adalah al-Imâm Abu Hanifah, oleh karena hanya beliau di antara Imam mujtahid yang empat yang berasal dari daratan Persia.

Al-Imâm Abu Hanifah telah belajar langsung kepada tujuh orang sahabat Rasulullah dan kepada sembilan puluh tiga ulama terkemuka dari kalangan tabi’in.

Tujuh orang sahabat Rasulullah tersebut adalah; Abu ath-Thufail Amir ibn Watsilah al-Kinani, Anas ibn Malik al-Anshari, Harmas ibn Ziyad al-Bahili, Mahmud ibn Rabi’ al-Anshari, Mahmud ibn Labid al-Asyhali, Abdullah ibn Busyr al-Mazini, dan Abdullah ibn Abi al-Awfa al-Aslami.

Demikian pula dengan al-Imâm Abu al-Hasan al-Asy’ari, para ulama kita menetapkan bahwa terdapat beberapa dalil yang menunjukan kebenaran akidah Asy’ariyyah.

Ini menunjukan bahwa rumusan akidah yang telah dibukukan oleh al-Imâm Abu al-Hasan sebagai akidah Ahlussunnah Wal Jama’ah; adalah keyakinan majoriti umat Nabi Muhammad sebagai al-Firqah an- Nâjiyah; kelumpuk yang kelak di akhirat akan selamat kelak.

Al-Imâm al-Hâfizh Ibn Asakir dalam Tabyîn Kadzib al-Mufatrî menuliskan satu bab yang ia namakan: “Bab beberapa riwayat dari Rasulullah tentang kabar gembira dengan kedatangan Abu Musa al-Asy’ari dan para penduduk Yaman yang merupakan isyarat dari Rasulullah secara langsung akan kedudukan ilmu Abu al-Hasan al-Asy’ari”.

Bahkan kabar gembira tentang kebenaran akidah Asy’ariyyah ini tidak hanya dalam beberapa hadits saja, tapi juga terdapat dalam al-Qur’an.

Dengan demikian hal ini merupakan bukti nyata sekaligus sebagai kabar gembira dari Rasulullah langsung untuk orang-orang pengikut al-Imâm Abu al-Hasan al-Asy’ari.

Mari dengan mengenal keutamaan sahabat Abu Musa al-Asy’ari yang merupakan moyang dari al-Imâm Abu al-Hasan al-Asy’ari.

Bahwa terdapat banyak sekali hadits-hadits Rasulullah yang menceritakan keutamaan sahabat Abu Musa al-Asy’ari ini, beliau adalah salah seorang Ahl ash-Shuffah dari para sahabat Muhajirin yang mengabdi seluruh waktunya hanya untuk menegakan ajaran Rasulullah.

Sebelum kita membicarakan keutamaan- keutamaan sahabat mulia ini ada beberapa catatan penting yang handak penulis ungkapkan dalam permulaan ini; adalah sebagai berikut:

Satu: Al-Hâfizh Ibn Asakir dalam Tabyîn Kadzib al-Muftarî mengutip hadits mauqûf dengan sanad dari sahabat Hudzaifah ibn al-Yaman, bahwa ia (Hudzaifah) berkata:

Maknanya:“Sesungguhnya keberkahan doa Rasulullah yang beliau peruntukan bagi seseorang tidak hanya mengenai orang tersebut saja, tapi juga mengenai anak-anak orang itu, cucu-cucunya, dan bahkan seluruh orang dari keturunannya”. (HR Ibn Asakir).

Pernyataan sahabat Hudzaifah ini benar adanya, setidaknya al-Hâfizh Ibn Asakir mengutip hadits sahabat Hudzaifah ini dengan tiga jalur sanad yang berbeda. Sanad-sanad hadits tersebut menguatkan satu atas yang lainnya.

Dua: Sejalan dengan hadits mauqûf di atas terdapat sebuah hadits marfû’; artinya hadits yang langsung berasal dari pernyataan Rasulullah sendiri, yaitu hadits dari sahabatAbdullah ibn Abbas, bahwa Rasulullah bersabda:

Maknanya:“Sesungguhnya Allah benar-benar akan mengangkat derajat keturunan-keturunan seorang mukmin hingga semua keturunan orang tersebut bertemu dengan orang itu sendiri.

Sekalipun orang-orang keturunannya tersebut dari sudut amalan jauh berada di bawah orang itu (moyang mereka), agar supaya orang itu merasa gembira dengan keturunan-keturunannya tersebut” (HR.Ibn Asakir).

Setelah menyampaikan hadits ini kemudian Rasulullah membacakan firman Allah dalam QS. ath-Thur: 21:ََ

Maknanya:”Sesungguhnya mereka yang beriman dan seluruh keturunan mereka yang mengikutinya dalam keimanan akan kami Kami(Allah)pertemukan mereka itu (moyang-moyangnya) dengan seluruh keturunannya” (QS. Ath-Thur: 21).

Hadits ini diriwayatkan oleh Huffâzh al-Hadîts, di antaranya selain oleh Ibn Asakir sendiri dengan sanad-nya dari sahabat Abdullah ibn Abbas, demikian pula diriwayatkan oleh al-Imâm Sufyan ats-Tsauri dari Amr ibn Murrah, hanya saja hadits dengan jalur sanad dari al-Imâm Sufyan ats-Tsauri tentang ini adalah mauqûf dari sahabat Abdullah ibn Abbas.

Dalam pada ini, lanjutan firman Allah dalam QS. ath-Thur: 21 di atas “… Wa Mâ Alatnâhum”, ditafsirkan oleh Ibn Abbas;

“Wa Mâ Naqashnâhum”, artinya tidak akan dikurangi dari mereka suatu apapun, atau bahwa mereka semua; antara moyang dan keturunan-keturunannya akan disejajarkan.

Tiga: Diriwayatkan pula dari sahabat Abdullah ibn Abbas tentang firman Allah: ”Wa An Laysa Lil-Insân Illâ Mâ Sa’â” (QS. An-Najm: 39),

artinya bahwa tidak ada apapun bagi seorang manusia untuk ia miliki dari kebaikan kecuali apa yang telah ia usahakannya sendiri. Setelah datang ayat ini kemudian turun firman Allah: ”Alhaqnâ Bihim Dzurriyatahum Bi-Imân” (QS. Ath-Thur: 21),

artinya bahwa orang-orang mukmin terdahulu akan dipertemukan oleh Allah dengan keturunan- keturunan mereka karena dasar keimanan.

Dalam pentafsiran ayat ini sahabat Abdullah ibn Abbas berkata: “Kelak Allah akan memasukan anak-anak ke dalam surga karena kesalehan ayah-ayah mereka”.

Empat: Terkait dengan firman Allah: ”Alhaqnâ Bihim Dzurriyatahum Bi-Imân” (QS. Ath-Thur:21)

diriwayatkan pula dari al-Imâm Mujahid; salah seorang pakar tafsir murid sahabatAbdullah ibn Abbas, bahwa dalam menafsirkan firman Allah tersebut beliau berkata: “Sesungguhnya karena kebaikan dan kesalehan seorang ayah maka Allah akan memperbaiki dan menjadikan saleh anak- anak dan cucu-cucu (keturunan) orang tersebut”.

Dari beberapa bukti di atas dapat kita faham bahwa sebenarnya kesalehan, keilmuan, keberanian, kezuhudan, dan berbagai sifat terpuji lainnya yang ada pada sosok al-Imâm Abu al-Hasan al-Asy’ari adalah sifat-sifat yang memang secara turun-temurun beliau warisi dari kakek-kekeknya terdahulu.

Dalam hal ini termasuk salah seorang moyang terkemuka beliau yang paling ”penting” adalah sahabat dekat Rasulullah; yaitu Abu Musa al-Asy’ari.

Ini semua tentunya ditambah lagi dengan kepribadian-kepribadian saleh dari kakek-kakek beliau lainnya.

Berikut ini akan kita kupas satu persatu beberapa bukti yang menunjukan keutamaan sahabat Abu Musa al-Asy’ari, yang hal ini sekaligus memberikan petunjuk tentang keutamaan al-Imâm Abu al-Hasan al-Asy’ari.

Beberapa hadits terkait dengan keutamaan (fadhâ-il) sahabat Abu Musa al-Asy’ari telah dijelaskan oleh sebagian ulama bahwa hal itu memberikan isyarat akan keutamaan (fadhâ-il) al-Imâm Abu al-Hasan al-Asy’ari dan menunjukan bagi kebenaran akidah yang telah beliau rumuskan, yaitu akidah Asy’ariyyah yang khusus akidah Ahlussunnah; akidah yang diajarkan oleh Rasulullah dan para sahabatnya, di antaranya sebagai berikut:

A.Satu: Firman Allah QS. Al Ma’idah: 54
Dalam al-Qur’an Allah berfirman:

Maknanya: “Wahai sekalian orang beriman barangsiapa di antara kalian murtad dari agamanya, maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia cintai dan kaum tersebut mencintai Allah, mereka adalah orang-orang yang lemah lembut kepada sesama orang mukmin dan sangat kuat-ditakuti- oleh orang-orang kafir.
Mereka berjihad dijalan Allah, dan mereka tidak takut terhadap cacian orang yang mencaci”. (QS. Al-Ma’idah: 54).

Dalam sebuah hadits diriwayatkan bahwa ketika turun ayat ini, Rasulullah memberitakannya sambil menepuk pundak sahabat Abu Musa al-Asy’ari, seraya bersabda: “Mereka (kaum tersebut) adalah kaum orang ini!!”.

Dari hadits ini para ulama menyimpulkan bahwa kaum yang dipuji dalam ayat di atas tidak lain adalah kaum Asy’ariyyah, karena sahabat Abu Musa al-Asy’ari adalah moyang dari al-Imâm Abu al-Hasan al-Asy’ari, sebagaimana telah kita tulis dalam biografiringkas al-Imâm Abu al-Hasan sendiri.

Dalam penafsiran firman Allah di atas: “Maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia cintai dan kaum tersebut mencintai Allah….” (QS. Al-Ma’idah: 54),al-Imâm Mujahid berkata: “Mereka adalah kaum dari negeri Saba’ (Yaman)”.

Kemudian al- Hâfizh Ibn Asakir dalam Tabyîn Kadzib al-Muftarî menambahkan: “Dan orang-orang Asy’ariyyah adalah kaum yang berasal dari negeri Saba’”.

Penafsiran ayat di atas bahwa kaum yang dicintai Allah dan mencintai Allah tersebut adalah kaum Asy’ariyyah telah dinyatakan pula oleh para ulama terkemuka dari para ahli hadits.

Lebih dari cukup bagi kita bahwa hal itu telah dinyatakan oleh orang sekelas al-Imâm al-Hâfizh Ibn Asakir dalam kitab Tabyîn Kadzib al-Muftarî.

Beliau adalah seorang ahli hadits terkemuka (Afdlal al-Muhaditsîn) di seluruh daratan Syam pada masanya.

Al-Imâm Tajuddin as-Subki dalam Thabaqât asy-Syâfi’iyyah menuliskan: “Ibn Asakir adalah termasuk orang-orang pilihan dari umat ini, baik dalam ilmunya, agamanya, maupun dalam hafalannya. Setelah al-Imâm ad-Daraquthni tidak ada lagi orang yang sangat kuat dalam hafalan selain Ibn Asakir.

Semua orang sepakat dalam hal ini, baik mereka yang sejalan dengan Ibn Asakir sendiri, atau mereka yang memusuhinya”.

Lebih dari pada itu Ibn Asakir sendiri dalam kitab Tabyîn Kadzib al-Muftarî telah mengutip pernyataan para ulama hadits terkemuka (Huffâzh al-Hadîts) sebelumnya yang telah metafsirkan ayat tersebut demikian, di antaranya ahli hadits terkemuka al- Imâm al-Hâfizh Abu Bakar al-Bayhaqi penulis kitab Sunan al-Bayhaqi dan berbagai karyabesar lainnya.

Al-Hâfizh Ibn Asakir dalam Tabyîn Kadzib al-Muftarî menuliskan pernyataan al- Imâm al-Bayhaqi dengan sanad-nya dari Yahya ibn Fadlillah al-Umari, dari Makky ibn Allan, berkata: Telah mengkabarkan kepada kami al-Hâfizh Abu al-Qasim ad- Damasyqi, berkata: Telah mengkabarkan kepada kami Syaikh Abu Abdillah Muhammad ibn al-Fadl al-Furawy, berkata: Telah mengkabarkan kepada kami al- Hâfizh Abu Bakar Ahmad ibn al-Husain ibn Ali al-Bayhaqi, bahwa ia (al-Bayhaqi) berkata:

berisyarat kepada sahabat Abu Musa al-Asy’ari, seraya berkata: “Mereka adalah kaum orang ini”. Dalam hadits ini terdapat isyarat akan keutamaan dan derajat mulia bagi al-Imâm Abu al-Hasan al-Asy’ari, karena tidak lain beliau adalah berasal dari kaum dan keturunan sahabat Abu Musa al-Asy’ari.

Mereka adalah kaum yangdiberi karunia ilmu dan pemahaman yang benar. Lebih khusus lagi mereka adalah kaum yang memiliki kekuatan dalam membela sunah-sunnah Rasulullah dan memerangi berbagai macam bid’ah. Mereka memiliki dalil-dalil yang kuat dalam memerangi bebagai kebatilan dan kesesatan.

Dengan demikian pujian dalam ayat di atas terhadap kaum Asy’ariyyah, bahwa mereka kaum yang dicintai Allah dan mencintai Allah, adalah karena telah terbukti bahwa akidah yang mereka yakini sebagai akidah yang hak, dan bahwa ajaran agama yang mereka bawa sebagai ajaran yang benar, serta terbukti bahwa mereka adalah kaum yang memiliki kayakinan yang sangat kuat.

Maka siapapun yang di dalam akidahnya mengikuti ajaran-ajaran mereka, artinya dalam konsep meniadakan keserupaan Allah dengan segala makhluk-Nya, dan dalam metode memegang teguh al-Qur’an dan Sunnah, sesuai dan sejalan dengan faham-faham Asy’ariyyah maka ia berarti termasuk dari golongan mereka”.

Al-Imâm Tajuddin as-Subki dalam Thabaqât asy-Syâfi’iyyah mengomentari pernyataan al-Imâm al-Bayhaqi di atas, berkata:

“Kita katakan;-tanpa kita memastikan bahwa ini benar-benar maksud Rasulullah-, bahwa ketika Rasulullah menepuk punggung sahabat Abu Musa al- Asy’ari, sebagaimana dalam hadits di atas, seakan beliau sudah mengisyaratkan akan adanya kabar gembira bahwa kelak akan lahir dari keturunannya yang ke sembilan al-Imâm Abu al-Hasan al-Asy’ari.

Sesungguhnya Rasulullah itu dalam setiap ucapannya terdapat berbagai isyarat yang tidak dapat dipahami kecuali oleh orang-orang yang mendapat karunia petunjuk Allah. Dan mereka itu adalah orang yang kuat dalam ilmu (ar-Râsikhûn Fi al-‘Ilm) dan memiliki mata hati yang cerah.

Firman Allah: “Seorang yang oleh Allah tidak dijadikan petunjuk baginya, maka sama sekali ia tidak akan mendapatkan petunjuk” (QS. An-Nur: 40)”

Ke-tamaan Asy’ariyyah.

Satu: Hadits Shahih Riwayat al-Bukhari Dan Muslim Dari Sahabat Abu Musa al-Asy’ari
Dari sahabat Abu Musa al-‘Asy’ari-semoga ridla Allah selalu terlimpah baginya- dari Rasulullah bersabda:

Maknanya: “Sesungguhnya orang-orang Asy’ariyyah apa bila mereka telah turun ke medan perang, atau apa bila persediaan makanan mereka di Madinah sangat sedikit maka mereka akan mengumpulkan seluruh makanan yang mereka milikidalam satu wadah, kemudian makanan tersebut dibagi-bagikan di antara mereka secara merata. Mereka adalah bagian dari diriku, dan aku adalah bagian dari diri mereka”. (HR. al-Bukhari dan Muslim).

Sabda Rasulullah ini memberikan penjelasan tentang sifat-sifat para sahabatnya dari kaum Asy’ariyyah, yaitu para sahabat yang datang dari wilayah Yaman.

Dalam hadits ini Rasulullah memuji mereka, bahkan hingga beliau mengatakan “Mereka adalah bagian dari diriku, dan aku adalah bagian dari diri mereka”. Anda perhatikan dan resapi sabda Rasulullah bagian terakhir ini. Ucapan beliau pada penggalan terakhir tersebut adalah bukti yang sangat kuat tentang keutamaan orang-orang Asy’ariyyah dari kalangan sahabat Rasulullah. Ini menunjukan bahwa moyang al-Imâm Abu al- Hasanal-Asy’ari dan kaumnya adalah orang-orang yang sangat dekat dengan Rasullah, mereka semua telah benar-benar mendapatkan tempat dalam hati Rasulullah.

Tentu sabda Rasulullah ini tidak hanya berlaku bagi kaum Asy’ariyyah dari para sahabat saja, namun juga mencakup bagi kaum Asy’ariyyah dari generasi berikutnya yang berasal dari keturunan mereka, karena sebagaimana telah kita jelaskan di atas bahwa doa dan berkah dari Rasulullah bagi seseorang akan mengenai keturunan-keturunan orang itu sendiri.

Hadits di atas diriwayatkan oleh al-Hâfizh Ibn Asakir dalam Tabyîn Kadzib al- Muftarî setidaknya dari dua jalur sanad yang berbeda. Selain oleh Ibn Asakir, hadits ini diriwayatkan oleh banyak perawi hadits lainnya, di antaranya oleh al-Imâm al-Bukhari dan al-Imâm Muslim dalam dua kitab Shahîh-nya.

Dengan demikian telah nyata bagi kita bahwa hadits ini adalah hadits shahih yang sama sekali tidak perlu diperselisihkan.

Wallahu’alam.

19/08/2019 Posted by | Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab), wahabi | | Leave a comment

ISU ZAKIR NAIK: SATU PENCERAHAN RINGKAS KPD ORANG AWAM.

Telah menjadi tular berkenaan perbahasan mengenai Dr. Zakir Naik sehingga terdapat beberapa kelompok iaitu :

1) Kelompok Menyokong dan mendokong Dr. Zakir Naik sepenuhnya :

Kelompok ini terdapat beberapa pecahan padanya pula, iaitu :
– Orang awam yang jahil mengenai perbahasan ilmu
– Orang yang berfahaman Wahhabi

2) Kelompok Menolak Dr. Zakir Naik sepenuhnya :

Kelompok ini juga terdapat beberapa pecahan padanya, iaitu :
– Ahli Sunnah wal Jama’ah(yang Syadid/Tegas)
– Liberal and the geng

3) Kelompok Mengambil sikap pertengahan.

Kelompok ini kebanyakkannya terdiri daripada Ahli Sunnah wal Jama’ah yang bersikap pertengahan iaitu menerima yang mana tidak bercanggah dengan manhaj Ahli Sunnah wal Jama’ah dan menolak mana-mana yang bercanggah serta kelompok ini tidak bersetuju jika ada nyawa seorang Muslim yang terkorban.

_________________________________________

Berkenaan apa yang boleh diterima daripada Dr. Zakir Naik itu semua sudah sedia maklum iaitu berkenaan kehebatannya dalam Perbandingan Agama.

Maka apakah yang menjadi Isu(dalam perbahasan Islam) sehingga ada yang menolaknya?

Dr. Zakir Naik sebenarnya hanya hebat dalam Perbandingan Agama, namun beliau tidak cukup hebat dalam Perbahasan Mengenai Ilmu Agama Islam(Fiqh,Hadith,Tasawwuf dll) itu sendiri. Dan inilah yang menjadi Isu.

Seandainya Dr. Zakir Naik tidak menyentuh mengenai Perbahasan Ilmu Agama Islam(yang mana bukan dalam bidang kepakaran beliau) dan hanya menyentuh berkaitan Perbandingan Agama(bidang beliau) sahaja, maka mungkin Isu seperti ini tidak timbul.

Diantara perkara yang mana Dr. Zakir Naik bercanggah dengan pendapat Ulama-Ulama Ahli Sunnah wal Jama’ah(Majority Ummat) ialah :

i) Berkaitan pembahagian Bid’ah :

Dimana Dr. Zakir Naik menggunakan Method Wahhabi dalam pendalilan sehingga beliau mengatakan bahawa Bid’ah itu semuanya sesat. Sepertimana dalam video berikut :

( Boleh skip ke minit 3.15 )

Padahal telah sepakat Ulama Ahli Sunnah wal Jama’ah bahawa Bid’ah itu bukan semuanya sesat sehingga ianya(Bid’ah) dibahagikan kepada 5 bahagi sepertimana yang telah dilakukan oleh Sultan al-Ulama ‘Izzuddin ibn Abdis-Salam, Imam al-Hafidz Ibn Hajar al-Asqalani, Imam an-Nawawi dan lain-lain.

Maka kaedah Dr. Zakir Naik dalam “Pendalilan Lurus Bendul” tanpa melihat pada kesinambungan Hadith-Hadith yang lain dan perbahasan mengenainya adalah bercanggah dengan kaedah Jumhur Ulama.(Saya tidak nyatakan disini bagaimana Ulama membahagikan Bid’ah tersebut agar tulisan tidak menjadi terlalu panjang).

Jika diterima bulat-bulat bahawa semua Bid’ah itu adalah sesat, maka adakah Saidina Uthman رضي الله عنه telah dihukumkan sebagai sesat?

Kerana Saidina Uthman رضي الله عنه telah melakukan azan solat jumaat 2 kali dan perkara ini tidak pernah diajarkan oleh Rasulullah ﷺ dan hal ini diamalkan sehingga ke hari ini.

ii) Berkaitan Maulid Nabi ﷺ :

Setelah diketahui bahawa Dr. Zakir Naik menganggap bahawa Bid’ah itu semuanya sesat, maka beliau juga telah menghukumkan Majlis Maulid Nabi ﷺ sebagai bid’ah yang sesat. Sepertimana dalam video berikut :

(Boleh skip ke minit 2.20)

Sedangkan para Ulama Ahli Sunnah wal Jama’ah mengatakan bahawa Maulid Nabi ﷺ termasuk Bid’ah Hasanah sepertimana yang dinyatakan oleh Imam as-Suyuthi dalam menukil pendapat Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam kitabnya(Imam as-Suyuthi) al-Hawi lil Fatawi.

Bahkan, Mengadakan Majlis Maulid Nabi ﷺ dalam rangka bersyukur kepada Allah ﷻ dan bersyukur kerana dihadirkan atau diutuskan Nabi Muhammad ﷺ kepada umat ini termasuk Sunnah Taqririyyah yang mana pernah dilakukan oleh para Sahabat sepertimana dalam Hadith yang terdapat dalam Sunan an-Nasa’i. Boleh rujuk tulisan saya sebelum ini pada link :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2869406419742529&id=100000195961317

iii) Berkaitan Menyamakan Allah ﷻ dengan sifat Jisim :

Apabila Dr. Zakir Naik ditanya mengenai “Dimana Allah?”, Beliau telah menjawab dengan menggunakan Method jawapan Wahhabi iaitu “Allah ﷻ berada diatas Langit di Arasy”. Sepertimana dalam video berikut :

Sedangkan Allah ﷻ tidak memerlukan kepada arah(atas,bawah,kiri,kanan,depan,belakang), Allah ﷻ tidak memerlukan ruang dan tidak memerlukan kepada tempat.

Kerana arah, tempat dan ruang itu termasuk makhluk yang diciptakan oleh Allah ﷻ dan Allah ﷻ tidak memerlukan dan tidak berhajat kepada makhluk ciptaan-Nya.

Dan hanya sifat Jisim yang memerlukan kepada ruang dan tempat. Sedangkan Allah ﷻ itu bukan Jirim, bukan Jisim dan bukan Aradh.

Bahkan, jawapan Dr. Zakir Naik itu juga telah bercanggah dengan aQidah Jumhur Ahli Sunnah wal Jama’ah baik dari sudut Tafwidh mahupun Ta’wil.

Dan Hadith Jariah yang digunakan oleh Dr. Zakir Naik tersebut juga mempunyai perbahasan yang panjang dan tidak boleh diambil secara zahir Hadith sahaja.

iv) Berkaitan Tawassul :

Dr. Zakir Naik mengatakan bahawa tidak ada Dalil berkenaan Tawassul dan beliau juga menghukumkan Tawassul sebagai Haram. Sepertimana dalam Video berikut :

(Boleh skip ke minit 1.30)

Sedangkan Rasulullah ﷺ sendiri telah melakukan Tawassul dan juga para Sahabat telah melakukan Tawassul. Maka jika kita mengikuti kaedah ini, bermaksud kita telah mengatakan bahawa Rasulullah ﷺ dan para sahabat telah melakukan perkara yang Haram dan ini jelas tidak benar.

Adapun ayat al-Quran yang dikatakan oleh Dr. Zakir Naik dalam video tersebut diantaranya ialah merujuk kepada Syafa’at dan bukan merujuk kepada Tawassul. Hal ini sehingga ada yang mengajak Dr. Zakir Naik berdebat akan tetapi beliau menolaknya dan ketika disoal oleh kumpulan tersebut, beliau(Dr. Zakir Naik) tidak mampu menjawabnya. Sila lihat Video tersebut :

Dan banyak lagi kesilapan Dr. Zakir Naik dalam masalah yang berkaitan dengan Ilmu Agama Islam itu sendiri.

Namun kepakaran beliau dalam Perbandingan Agama itu kita tidak menafikannya bahawa beliau sememangnya mahir.

_________________________________________

Adapun mengenai menghalau atau menghantar Dr. Zakir Naik semula ke Negara India dan membiarkan beliau dihukum, ini adalah pendapat yang tergesa-gesa.

Sedangkan nyawa seorang Muslim itu perlu dijaga dan dipelihara sepertimana yang terdapat dalam susunan Maqasid Syariah yang 6.

Maka sebaiknya dalam hal ini kita mengambil sikap pertengahan yakni samaada membiarkan Dr. Zakir Naik menetap di Malaysia demi memelihara nyawa, akan tetapi menetapkan had kepada beliau yakni hanya bercakap sebatas mana kepakaran beliau sahaja iaitu hanya dalam Perbandingan Agama.

Atau sepertimana yang dicadangkan oleh beberapa orang bahawa dihantarkan Dr. Zakir Naik ke Saudi kerana disana selari dengan manhaj yang dibawa oleh Dr. Zakir Naik.

_________________________________________

Dr. Zakir Naik mengambil ilmu Perbandingan Agama melalui gurunya Syeikh Ahmad Deedat yang mengambil daripada Kitab Izhar al-Haq dan beliau(Syeikh Ahmad Deedat) berlatih dalam perdebatan selama 40 tahun sepertimana yang terdapat dalam buku yang berjudul “The Choice”.

Namun Muridnya(Dr. Zakir Naik) hanya meneladani gurunya(Syeikh Ahmad Deedat) dalam Perbandingan Agama sahaja sehingga dalam perbahasan lain, Gurunya(Syeikh Ahmad Deedat) lebih cenderung kepada Ahli Sunnah wal Jama’ah(Majority Ummat) dan Dr. Zakir Naik pula lebih cenderung kepada method Wahhabi.

Diantara yang membezakan mereka ialah dimana Syeikh Ahmad Deedat tidak mempunyai masalah dalam perayaan Maulid Nabi ﷺ ketika mana beliau(Syeikh Ahmad Deedat) disoal oleh seorang lelaki yang cenderung kepada Wahhabi. Sila lihat video berikut :

Syeikh Ahmad Deedat membenarkan Maulid Nabi ﷺ :

-SYEIKHUNA Abdul Aziz Syed Ali

19/08/2019 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab), wahabi | | Leave a comment

Solat yang paling afdal setelah solat wajib adalah solat malam.

Solat yang paling afdal setelah solat wajib adalah solat malam yakni solat tahajud ataupun solat yang mana dilakukan pada waktu malam hari. Syaitan mengikatkan simpul di belakang badan seseorang jika ia tidak bangun mengerjakan solat malam.

Diriwayatkan daripada Saidina Abu Hurairah Radhiyallahu’Anhu. Rasulullah ﷺ bersabda “Pada saat kamu tidur, syaitan mengikatkan 3 simpul pada bahagian belakang kepalamu.” Pada setiap simpul itu dibacakan kata-kata berikut yakni mantera/jampi syaitan. Macam mana diikatkan? Dengan apa diikatkan?

Bomoh itu tukang sihir itu bilamana ingin melakukan sihir ia akan meletakkan sesuatu dan diikat. Lebih kurang itu syaitan jampinya. Syaitan mengikat sesuatu yang ikatan itu adalah simpul kepada sesuatu yang diikat akan menjadi ketat yang di dalam tak boleh keluar dan yang di luar tak boleh masuk.

Diikatkan di belakang kepala supaya otak berfikir malam masih panjang maka diikat. Kalau malam panjang tidurnya lagi panjang juga. Tak cukup 1 ikatan di bagi lagi 2 ikatan lagi yang mana setiap ikatan itu dikatakan panjang lagi waktu malam, masih panjang diikat.

Itu adalah bisikan syaitan yang mana perkara ikatan syaitan adalah simbolik kepada usaha syaitan menganggu bisikan melalui belakang kepala yang mana merupakan tempat, bahagian penting manusia.

Kata Baginda Rasulullah ﷺ “Syaitan mengikatkan 3 simpul di bahagian belakang kepala. Di setiap simpul dibacakan malam masih panjang maka teruskanlah tidur kamu.” Yakni bilamana kita nak bangkit, kita terasa lamanya nak masuk waktu subuh jadi kita baring balik sehingga kita tak sedarkan diri dan kita bangkit waktu dah azan maka dah terlepas untuk solat malam.

Baginda Rasulullah ﷺ
mengajar kita cara untuk membuka 3 ikatan sampul syaitan ini.

1)Apabila kamu bangun mengingati Allah dan membaca doa bangun tidur maka simpul pertama lepas.

2)Apabila orang itu berwudhuk maka simpul kedua lepas.

3)Apabila dia menunaikan solat maka simpul yang ketiga lepas.

Dan pada pagi harinya waktu subuh dia akan bangun dengan semangat dan suasana hati yang tenang. Sebaliknya sekiranya tidak melakukan begitu yakni tidak bangkit mengingati Allah maka ikatan itu kekal
berada di belakang kepalanya. Ianya akan bangun dalam suasana hati yang buruk dan juga malas.

(Allah!! Kita ini biasa bangun tidur handphone yang kita ingat dulu yang kita cari dulu, tidak berwudhuk, selalu lupa nak bersiwak dan tidak menyegerakan solat. Malas dan susah nak ingat Allah, malas dan suka nak tangguh-tangguh solat, malas nak berzikir, malas nak berselawat dan melakukan amal ketaatan kepada Allah.)

Dikatakan orang yang terlepas bangun subuh sementara dia mampu untuk bangun MAAF CAKAP!!! SYAITAN TELAH KENCING PADANYA!! Kalau sehari tak apa tapi kalau setiap hari bagaimana? Jangan jadikan diri kita seperti tandas bagi syaitan, dikencing oleh syaitan.

Sudahlah taat dengan bisikan syaitan. Selepas itu mendapat penghinan pula dikencing oleh syaitan. Alangkah hinanya orang itu di mata syaitan sendiri. Apatah lagi di sisi Allah سبحانه وتعالى.

Ketahuilah yang PALING BERAT bagi ORANG MUNAFIK itu adalah MENUNAIKAN SOLAT ISYAK dan SUBUH. Sesungguhnya orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang paling bawah dari Neraka.

Nauzubillah min zalik!!! Semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan orang munafik yang berat menunaikan solat fardhu isyak dan subuh dan moga-moga kita tidak akan terus membiarkan diri kita lalai dengan bisikan syaitan, kerap dikencing oleh syaitan.

#MutiaraKata[HABIB ALI ZAENAL ABIDIN BIN ABU BAKAR AL-HAMID HAFIDZOHULLAH]

Facebook : The Capal

19/08/2019 Posted by | Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | Leave a comment

PENJELASAN ILMIAH BERKAITAN DENGAN ISU BIDA’AH DARI KACAMATA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

📹Rakaman 8 tahun yg lampau di Masjid Pusat Latihan Tentera di Masjid Sungai Besi Kuala Lumpur.

🛑1- Sesi pertama👇

🛑2- Sesi kedua👇

🛑3- Sesi ketiga👇

🛑4- Sesi keempat👇

Semoga rakaman-rakaman ini dpt membantu pencerahan berkaitan dgn isu Bidaah.

📺Selamat menonton & sebarkan!!!

Facebook:
1- Ahmad Faidzurrahim
2- Ustaz Ahmad Faidzurrahim.

Instagram:
kuliah_ustaz_faidzurrahim.

Telegram:
https://t.me/joinchat/AAAAAE5W_012M87ttPndBg

Kami cinta Angkatan Tentera Malaysia.

SEBARKAN!!!

Sumber:

19/08/2019 Posted by | Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab), wahabi | Leave a comment

CIRI-CIRI KHAS UNTUK MENGENALI MUFTI, ULAMA DAN ASATIZAH WAHABI

Orang awam wajib tahu dan lari daripada fahamannya.

1. Fatwa para ulama Wahabi Salafi berkisar pada (a) bid’ah; (b) syirik; (c) kufur; (d) syiah (e) al-Ahbash kepada kelompok Islam atau muslim lain yang tidak searah dengan mereka. Kita akan sering menemukan salah satu dari 5 kata itu dalam setiap fatwa mereka.
.
2. Dalam memberi fatwa, tokoh utama ulama Wahabi Salafi akan langsung berijtihad sendiri dengan mengutip ayat dan hadits yang mendukung. Atau, kalau mengutip fatwa ulama, mereka akan cenderung mengutip fatwa dari IBNU TAIMIYAH ATAU IBNUL QAYYIM. Selanjutnya, mereka akan membuat fatwa sendiri yang kemudian akan menjadi dalil para pengikut Wahabi. Dengan kata lain, pengikut Wahabi hanya mau bertaklid pada ulama Wahabi.
.
3. Tokoh atau ulama Wahabi Salafi level kedua ke bawah akan cenderung menjadikan fatwa tokoh Salafi level pertama sebagai salah satu rujukan utama. Atau kalau tidak, akan memberi fatwa yang segaris dengan ulama Wahabi level pertama.
.
4. Kalangan ulama atau tokoh Wahabi Salafi tidak suka atau sangat jarang mengutip pendapat ULAMA SALAF SEPERTI ULAMA MAZHAB YANG EMPAT dan yang lain kecuali MAZHAB HANBALI yang merupakan tempat rujukan asal mereka dalam bidang fiqh walaupun tidak mereka akui secara jelas. Hanya pendapat IBNU TAIMIYAH dan IBNU QAYYIM yang sering dikutip untuk pendapat ulama di atasnya MUHAMMAD IBNU ABDIL WAHHAB terutama dalam bidang yang menyangkut aqidah.
.
5. Di mata ulama Wahabi, perayaan keislaman yang boleh dilakukan hanyalah hari raya idul fitri dan idul adha. Sedangkan perayaan yang lain seperti maulid Nabi Muhammad, peringatan Isra’ Mi’raj dan perayaan tahun baru Islam dianggap haram dan bid’ah.
.
6. Gerakan-gerakan atau organisasi Islam yang di luar Wahabi Salafi atau yang tidak segaris dengan manhaj (aturan standar ideologi) Wahabi akan mendapat label syirik, kufur atau bid’ah.
.
7. Semua lulusan universiti Arab Saudi dan afiliasinya adalah kader Wahabi Salafi. Melainkan terbukti sebaliknya.
.
8. Pengikut/aktivis Wahabi Salafi tidak mau taklid (mengikuti pendapat) ulama salaf (klasik) dan khalaf (kontemporer), tapi dengan senang hati taklid kepada pendapat dan fatwa ulama-ulama Wahabi Salafi atau fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Al-Lajnah ad-Daimah lil Buhuts wal Ifta’ (اللجنة الدائمة للبحوث العلمية والإفتاء والدعوة والإرشاد) dan lembaga serta ulama-ulama yang menjadi anggota Hai’ah Kibaril Ulama (هيئة كبار العلماء) yang nama lengkapnya adalah Ar-Riasah al-Ammah lil Buhuts wal Ifta’ (الرئاسة العامة للبحوث العلمية والإفتاء).
.
9. Pengikut/aktivis sangat menghormati ulama-ulama mereka dan selalu menyebut para ulama Wahabi dengan awalan Syeikh dan kadang diakhiri dengan rahimahu-Llah atau hafidzahulLah. Seperti, Syeikh Utsaimn, Syeikh Bin Baz, dll. Tapi, menyebut ulama-ulama lain cukup dengan memanggil namanya saja.
.
10. Ulama Wahabi Salafi utama (kecuali Nashiruddin Albani yang asli Albania) majoriti berasal dari Arab Saudi dan bertempat tinggal di Arab Saudi. Oleh karena itu, mereka umumnya memakai baju tradisional khas Arab Saudi iaitu (a) gamis/jubah warna putih (b) surban merah (c) surban putih (d) maslah yaitu jubah luar tanpa kancing warna hitam atau coklat yang biasa dipakai raja. Lihat baju luar yang dipakai Abdul Wahab dan Al-Utsaimin.
.
Oleh karena itu, ketika kita membaca buku, kitab atau layari internet, tidak sukar mengenali pada fatwa ulama non-Wahabi, mana fatwa yang berasal dari Wahabi Salafi dan mana tulisan sebuah website atau blog yang penulisnya adalah pengikut Wahabi.
.
SAYANGNYA, TIDAK SEDIKIT DARI KALANGAN AWAM yang terkadang tidak sedar bahwa fatwa agama dalam buku atau website internet yang mereka baca berasal dari fatwa Wahabi Salafi.

Semoga dengan informasi ini, para pencari informasi keagamaan akan semakin tercerahkan.

Intinya, cara termudah mengetahui apakah seorang ulama, ustaz atau tokoh agama atau orang awam biasa itu berfaham Wahabi Salafi adalah dari (a) latar belakang pendidikannya; (b) buku atau kitab yang dikutip; dan (c) cara memanggil ulama Wahabi dan ulama non-Wahabi (lihat poin 9).
.
Sekian wassalam.

(Sumber)

17/08/2019 Posted by | wahabi | | Leave a comment

BERBICARA MENGIKUT KEPAKARAN MASING-MASING (Isu Dr Zakir Naik)

1) Sejak seminggu ini, kita lihat ramai daripada kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) kita membincangkan isu Dr Zakir Naik (ZN) yang datang ke Kelantan. Isu ini menjadi lebih panas apabila Ustaz Azhar Idrus (UAI) dengan nada yang lantang mempertikai usaha kami ASWJ mengkritik tindakan kerajaan negeri Kelantan menjulang tokoh yang mesra dengan fahaman Wahhabi.

2) Jika dipersoal, adakah benar ZN mesra dengan fahaman Wahhabi? Maka pada kami, senarai dibawah sudah memadai untuk menyimpulkan fahaman beliau:
i. ZN beriman dengan Allah di arah atas dan di Arasy (pada minit 1.55):

ii. ZN mensyirikkan umat Islam yang bertawassul:

iii. ZN beriman dengan pecahan tauhid tiga seperti yang diajarkan Wahhabi:

iv. ZN membidaahkan pahala bacaan Al-Quran kepada si mati:

3) Persoalan yang banyak muncul adalah apabila UAI yang dikenali sebagai pendakwah yang berfahaman ASWJ begitu keras mempertahankan ZN yang sedia maklum dengan fahaman Wahhabi-nya (walaupun ini bukan kali pertama).

4) Berdasarkan video ini (https://www.facebook.com/webtvpas/videos/929188664110083/) bermula pada minit 21.58 UAI mendakwa ZN bukan ulama Wahhabi, bukan ulama aqidah, bukan ulama balaghah, bukan ulama tafsir, bukan ulama hadis, namun beliau pakar perbandingan agama.

5) Persoalan yang muncul, jika ZN bukan ulama wahhabi, bukan ulama aqidah, bukan ulama hadis, kenapakah pada video-video di atas jelas menunjukkan beliau terjun dalam dunia perbahasan aqidah, fatwa dan hadis yang bukan keahlian beliau?

6) Bahkan, beliau dengan mudah menolak semua fatwa ulama ASWJ berkaitan tawassul, bacaan Al-Quran kepada si mati dan lain-lain sebagai tiada nas. Sedangkan para ulama mengharuskan tawassul samada dengan berlaku ijmak iaitu dalam 4 keadaan dan selain daripada 4 keadaan tersebut berlaku khilaf.

7) Manakala isu bacaan Al-Quran kepada si mati dianjurkan dalam 4 mazhab:
i. Mazhab Hanafi boleh rujuk Sharh al-Kitr, juz.5, ms.131 oleh Imam Badruddin Al-Ainiy.
ii. Mazhab Maliki boleh rujuk kenyataan Ibnu Rusyd dan Qadhi Iyadh dalam syarah Muslim-nya.
iii. Mazhab Syafie boleh rujuk Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab, juz. 5, ms.311 oleh Imam Nawawi.
iv. Mazhab Hanbali boleh rujuk kenyataan Imam Ahmad sendiri dan juga ulama Hanabilah seperti Imam Ibnu Qudamah dalam kitab Al-Mughni, juz.2, ms.428-429.

8) Oleh yang demikian, pada kami kenyataan UAI sekadar brain wash kepada orang ramai bagi menyembunyikan kewahhabian ZN daripada masyarakat awam. Kenyataan beliau merugikan ASWJ kerana tokoh yang diangkat adalah Wahhabi yang menyebabkan orang ramai akan menjadikan ZN sebagai rujukan sedangkan kebanyakkan permasalahan agama beliau lebih cenderung kepada fahaman Wahhabi.

9) Jika benar, ZN sebagai pakar perbandingan agama, maka kami ASWJ tidak bermasalah untuk beliau berceramah di mana sahaja. Namun, berdasarkan rakaman ceramah beliau, banyak permasalahan yang beliau sentuh di luar bidang beliau. Sebagai bukti yang jelas boleh dilihat pada rakaman ceramah beliau di IMTIAZ Terengganu beberapa tahun yang lalu.

10) Kami menasihati, agar asatizah termasuklah ZN bercakap dalam bidang kepakaran masing-masing dan jangan mencampuri urusan yang bukan bidang kita. Asatizah zaman sekarang tidak menguasai setiap bidang ilmu, melainkan satu dua bidang sahaja yang menjadi kepakaran masing-masing, maka bercakaplah dalam kepakaran sendiri.

11) Lihatlah contoh Imam Al-‘Amasy (pakar hadis) yang merupakan guru kepada Imam Abu Hanifah (pakar fiqh), apabila diajukan soalan fiqh kepada Imam Al-‘Amasy, maka beliau akan meminta Imam Abu Hanifah menjawabnya. Demikian juga Imam Al-Humaidi (pakar hadis) yang juga guru Imam Syafie dalam hadis, namun apabila berkaitan permasalahan fiqh, beliau memilih pendapat Imam Syafie sehingga beliau masyhur sebagai pengikut mazhab Syafie. Imam Al-‘Amasy dan Imam Al-Humaidi bukanlah jahil dalam fiqh, namun mereka lebih memilih untuk menyerahkan permasalah fiqh kepada ahli yang sebenar.

12) Hal sedemikian dicontohkan oleh guru hadis kami, Maulana Hussein Abdul Kadir Al-Yusufi dalam pengajian, apabila diajukan soalan yang fiqh yang halus maka beliau akan menyerahkan jawapannya kepada Ustaz Wan Omar (masyhur dengan panggilan Tok Ime Wan Omar).

13) Contoh-contoh di atas merupakan iktibar yang perlu diambil oleh asatizah kita termasuk ZN dalam dakwah masing-masing. Janganlah kita melampaui batas ilmu kita dengan menjawab sesuatu yang kita tidak mahir. Hal ini yang menimbulkan polemik pada masa sekarang.

Disediakan oleh:
Sekretariat Muzakarah Hadis & Syariat (MUHADIS)
13 Ogos 2019

14/08/2019 Posted by | Madah dan Sajak, wahabi | | Leave a comment

“Nak pakai Imam Syafie atau nak pakai Hadis Nabi?

“Nak pakai Imam Syafie atau nak pakai Hadis Nabi? Imam Syafie dengan Nabi siapa lagi mulia?”

“Hadis dah lengkap kenapa nak pakai mazhab lagi?”

Ini adalah antara ayat ayat yang keluar dari mulut orang yang kononnya bukan Muqallid dan bukan Mujtahid tetapi disebabkan mahu nampak sedikit gah. Diciptakan satu istilah baru “Muttabeq” namanya

Satu permasaalahan apabila ditanya kamu bermazhab apa? Saya bermazhab Al Quran dan Hadis sepertimana Sahabat nabi tak memerlukan kepada Imam Mujtahid seperti itu jugalah saya.

Sebenarnya, walaupun dicipta istilah “Muttabeq” sekalipun ia masih lagi dihukumkan “Muqallid” kerana selagi seseorang itu tidak mencapai martabat “Mujtahid Mutlak” wajib atasnya untuk mengikut Imam imam mazhab yang empat.

Wajib juga atas kita mengakui bahawa Rasulullah adalah makhluk yang paling mulia. Mana sama martabat Imam Syafie dengan Rasulullah. Tetapi Imam Syafie adalah seorang Mujtahid Mutlak. Sehinggakan ada ulama menyebut seorang Mujtahid Mutlak adalah orang tidak ada satupun Hadis Rasulullah atas muka bumi ini tidak ada didalam dadanya melainkan semuanya telah dia hafal. Ini adalah tahap keilmuaan seorang Mujtahid Mutlak. Ikut mazhab itu adalah mengikut Nabi.

Mazhab adalah rumusan kefahaman Al Quran dan Hadis yang telah disiapkan oleh Ulama. Mereka adalah insan yang lengkap serba serbi ilmu. Bersangat sangatan Alimnya. Mereka tahu bagaimana hendak proses Al Quran dan Hadis sesuai dengan apa yang diajarkan oleh Rasulullah. Kita orang awam. Tak ada perkakasan.

Satu contoh misalan. Tayar kereta kita pancit. Adakah kita perlu pergi ke Kebun Getah, ambik getah skrap untuk buat tayar? Dengan perkakasan tak ada, rasanya ini satu kerja gila. Paling mudah adalah dengan beli sahaja Tayar dikedai Tayar. Walaupun orang yang ada 100 ekar ladang getah. Masih lagi beli tayar dikedai, tidak diprosesnya getah skrap untuk dibuat tayar sendiri.

Al Quran dan Hadis adalah bahan mentah. Kita orang awam tak ada perkakasan ilmu yang lengkap seperti Para Imam Mujtahid. Adakah kita mahu membuat kerja gila dengan memproses Al Quran dan Hadis mengikut Keterbatasan ilmu yang kita ada? Ini adalah punca kesesatan. Menggunakan Al Quran dan Hadis yang mentah sebagai “Buffet” aci main petik, petik, petik, ayat mana yang sesuai dengan Nafsu ambik jadikan hujjah dan ayat mana tak kena dengan nafsu cari ayat Al Quran lain atau Hadis lain untuk mengiyakan perbuatannya. Ini punca kesesatan. Nauzubillahiminzalikh.

Para sahabat dahulu tidak mempunyai mujtahid mutlak kerana segala permasalahan hukum hakam terus ditanyakan kepada Rasulullah.

Kaedah kita, Mazhab yang dah dirumuskan itulah adalah merupakan rumusan kefahaman Al Quran dan Hadis. Pesan Tok Guru, “Ikut mazhab itu ikut nabi la” tidak perlu menunjuk handal kononnya pakai mazhab yang menggunakan hadis shoheh sahaja. Antara kamu dengan Imam Syafie siapa lebih alim Hadis? Siapa lebih banyak menghafal hadis? Kamu atau Imam Syafie?

Jadilah seperti salah seorang pakar hadis malaysia Tuan Guru Wan Izzuddin atau lebih mesra dengan panggilan Pak Anjang Izzuddin. Pengalaman admin dan rakan rakan mengziarahi beliau di pondoknya Gajah Mati, tidak ada langsung kalam kalamnya yang kontradik dengan ulama ulama melayu yang lain. Walaupun bergelar seorang Muhaddith dan Musnid.

-Admin QF Nuuri-

14/08/2019 Posted by | Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab), wahabi | Leave a comment

Penulis Wahhabi Khalid Kabir Allal menuduh Imam al-Ghazali rahimahullah sebagai munafiq

Olih: Ustaz Dr Khalif Muammar

Ada seorang penulis Wahhabi Khalid Kabir Allal menuduh Imam al-Ghazali rahimahullah sebagai munafiq, bertaqiyyah menyembunyikan Aqidahnya yang sebenar demi mengelirukan umat Islam.

Ada yang tak puas hati bila saya katakan Wahhabi atau Pseudo-Salafi telah beratus tahun mengkafirkan dan menyesatkan Asha’irah dan ahli Sufi, “itu fitnah” kata mereka “tiada bukti”.

Sebenarnya terlalu banyak bukti, cuma jangan pejamkan mata sahaja saudara akan jumpa.

Di Malaysia ada mufti yang terlepas cakap dalam khutbah mengatakan Asha’irah sesat, tetapi kemudian dipadam. Jika anda tidak mendengar tokoh Wahhabi di Malaysia ini tidak mengkafirkan dan menyesatkan Asha’irah dan golongan Ahli al-Sunnah wal Jama’ah yang lain maka ketahuilah ia strategi mereka untuk tidak kelihatan ekstrim kerana realiti guru2 mereka di Arab sangat berbeza. Jadi Siapa yang bertaqiyyah sebenarnya.

Untuk pengetahuan ulama’ muktabar Asha’irah tidak pernah mengkafirkan Pseudo-Salafi.

13/08/2019 Posted by | Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab), wahabi | Leave a comment

Mengkafirkan Wahabi

Olih Ustaz Dr. Khalif Muammar

Tidak dinafikan terdapat pengikut Asha’irah yang tidak mampu mengawal diri sehingga bertindak mengkafirkan Wahhabi dan Pseudo-Salafi, itulah natijahnya apabila suatu pihak melakukan perbuatan melampau maka akan wujud timbal balik yang melampau.

Saya tidak menyokong tindakan mengkafirkan golongan Wahhabi (Pseudo-Salafi) kerana itu bukan manhaj Asha’irah dan Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah. Tindakan melampau perlu dielakkan daripada manapun ianya datang.

Saya dapati tindakan melampau mengkafirkan Wahhabi datang daripada orang yang awam dan bukan di kalangan alim ulama’, sedangkan tindakan melampau mengkafirkan Asha’irah datang daripada kalangan alim ulama’ Wahhabi sendiri dan diikuti oleh orang awam.

Di sini kita dapat melihat bahawa bukan Asha’irah yang melampau melainkan Wahhabi yang bertindak melampau sehingga mengakibatkan perbalahan dan permusuhan sesama Islam.

Tujuan hantaran ini dibuat bukan untuk mengeruhkan lagi keadaan tetapi agar umat Islam mengetahui hakikat yang sebenar, tidak tertipu dengan slogan Wahhabi kembali kepada al-Qur’an dan al-Sunnah dengan membid’ahkan dan menyesatkan semua amalan dan kepercayaan yang tidak selari dengan kefahaman sempit mereka terhadap al-Qur’an dan al-Sunnah.

13/08/2019 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, wahabi | Leave a comment

Talaqqi – Sunnah yg kian di tinggalkan.

Kata Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin Al-Maliki
“. Dan pada hari ini,Talaqqi adalah sunnah telah mula tidak diamalkan.”

“Ilmu diambil dari guru ke guru.”
“Antara beza ilmu Islam dengan ilmu orang kafir ialah talaqqi. Bukan melalui kajian dan penyelidikan.”
“Talaqqi adalah warisan. Pada hari ini, cara ini telah diubah oleh orang-orang yang mengagungkan orang Barat.”
“Para Sahabat mengambil ilmu dari lidah RasuluLlah ﷺ, diambil dari Jibril alaihissallam dan diambil dari Allah Azza Wa Jalla.”
“Pembacaan dan penyelidikan adalah cabang dari talaqqi.”
“Apa itu talaqqi? Ambil ilmu dari guru yang ada sanadnya terus sampai kepada Nabi ﷺ.”
“Kata ulama, sesungguhnya ilmu itu datang dengan cara bertalaqqi.”
“Kata ulama juga, kalau nak faham agama, kena ada guru yang boleh membimbing dan membetulkan kesalahan kita.”

Yang ini paling membuatkan hati al-faqir terkesan. “Kalaulah Al-Qur’an (mushaf) boleh membimbing kita, kitab hadis boleh membimbing kita, maka RasuluLlah ﷺ tidak akan risau dengan kematian para ulama. Kerana ilmu diambil dari ulama. Bukan dari kitab. Kitab hanya wasilah sahaja.”

Kata Sheikh Muhammad Fuad al-Maliki lagi; “Ramai orang jadi sesat sebab dia tiada guru. Cara hendak tahu seseorang itu sesat, tengok dari segi keilmuan dia. Orang yang sesat tidak mahu belajar, menjauhkan diri dari ilmu. Kalau tidak sesat pada hari ini, maka satu hari nanti, dia pasti akan sesat kerana meninggalkan majlis ilmu.

Golongan yang kedua pula ialah, mengambil ilmu tetapi tidak secara sunnah, tanpa talaqqi dan bimbingan seorang guru, tarbiyyah dari seorang sheikh, maka mereka ini akan mengelirukan umat. Kata ulama juga, barangsiapa yang belajar tanpa Sheikh (seorang guru), maka syaitan akan menjadi Sheikhnya (gurunya).”

“Cuba berikan saya nama ulama yang mana dia menjadi ulama tanpa bimbingan dari ulama yang mengajarnya. Boleh atau tidak seorang doktor menjadi doktor tanpa dibimbing oleh seorang doktor yang menjadi guru yang mengajarkannya?

INGAT : Ulama’ itu pewaris Nabi ﷺ.

*ZAITON HASHIM*
Sungai Buloh

12/08/2019 Posted by | Informasi, Renungan & Teladan | | Leave a comment

Ada orang tanya,kenapa asyik tulis pasal salafiwahabi? Kenapa tak tulis pasal Syiah?

Olih Ustaz Akhi Amir

Secara prinsipnya, saya bersetuju bahawa SYIAH MERUPAKAN FIRQAH BATIL yang perlu dijelaskan penyimpangannya,sebagaimana firqah SALAFIWAHABI,namun saya lebih kerap menulis tentang SALAFIWAHABI kerana:

1.Saya pernah tersasar mengikuti SalafiWahabi selama hampir 5 tahun,maka saya lebih tahu tentang mereka berbanding Syiah.

2..Penyimpangan Syiah lebih mudah dikesan.
Syiah dari segi Aqidah sahaja,sudah nampak beza dengan Ahlu Sunnah,terutama masalah Imamah(hak menjadi Pemimpin),Sahabat Nabi,Al Qur’an,Al-Bada’ dan lain-lain.

Sedangkan SalafiWahabi pula jika tidak diteliti,akan terlihat seolah-olah mereka dengan Ahlu Sunnah itu sejalan.

Namun penyimpangan mereka dalam masalah Sifat Allah boleh dilihat dan dibezakan dengan aqidah Ahlu Sunnah.

Dan SalafiWahabi juga sering ‘mencuri’ jenama Ahlu Sunnah wal Jamaah sehingga menjadikan masyarakat keliru.

3.Syiah tidak mengganggu soal hukum-hakam dan ibadah Ahlu Sunnah di Malaysia.

Berbeza dengan SalafiWahabi, ada sahaja amalan yang dibidaahkannya.Tak kurang juga,sikit-sikit Syirik.

4.Syiah tidak begitu dominan di Malaysia dan tidak menguasai media sosial dan media di Malaysia berbanding golongan SalafiWahabi.

Lihat sahaja puluhan page SalafiWahabi dan sympathizer mereka di FB,dan juga channel YouTube mereka.

Dan ada berberapa kesamaan Syiah dan SalafiWahabi dalam menyebarkan dakyah mereka,iaitu:

1.Taqiyyah iaitu berpura-pura.Sebagaimana Syiah selalu bertaqiyyah untuk menyembunyikan fahamannya,SalafiWahabi di Malaysia juga begitu, dengan tindakan mereka:
-Memakai jenama Ahlu Sunnah
-Berpakaian seperti Sufi.
-Mengajar kitab-kitab turath pondok,tetapi diselewengkan murod pengarang sesuai dengan fahaman mereka.

2.Pengaruh parti politik dan individu tertentu.
Kedua-dua firqah batil ini saling mencari kedudukan dengan menghampirkan diri dengan pimpinan parti-parti politik.

3.Mempunyai pembiayaan khusus dari negara luar untuk menyebarkan dakyah mereka.

Maka saya menyeru sahabat-sahabat agar mempelajari sungguh-sungguh Aqidah Ahlu Sunnah wal Jamaah mengikut manhaj Imam Abul Hassan Al Asy’ari dan Abu Mansur Al Maturidi رضي الله عنهما dan jagalah negara dan umat ini dikuasai SalafiahWahabiyah dan Syiah.

12/08/2019 Posted by | wahabi | Leave a comment

Dr Zakir Naik : Antara Fakta Dan Mitos.

(Oleh Ustaz Nurul Haq)

Dr Zakir Naik kerap diangkat sebagai pakar perbandingan agama yang tiada taranya, dengan kemampuan menghafaz keseluruhan Al-Quran dan kitab agama lain seperti Bible dan Veda.

Dalam bahasa mudahnya, pendakwah dari India itu dimomokkan sebagai sosok yang hebat dan digeruni pihak lawan. Ada yang mengangkat beliau sebagai “ustaz”, tidak kurang juga pihak yang menggelarnya ulama dan pelbagai lagi gelaran hebat yang dinisbahkan kepada Zakir.

Zakir sendiri tidak meminta digelar sedemikian dan beliau juga tidak pernah menggelar diri sendiri dengan gelaran tersebut. Ya mungkin ada pihak yang menjawab bahawa Zakir seorang yang merendah diri, oleh itu beliau tidak akan sesekali mendabik dada sebagai ustaz atau seorang ulama. Takkanlah masuk bakul angkat sendiri.

Antara fakta dan mitos

Namun, fakta perlu dipisahkan daripada mitos. Sudah tiba masanya kita mendidik diri dengan ilmu yang benar, dan meneliti sesuatu perkara secara adil mengikut disiplin ilmu. Tanpa ilmu, apa yang menjadi panduan kita dalam menentukan kebenaran ialah sentimen terhadap sesuatu perkara dan logik akal semata-mata.

Jangan jadikan kepetahan berkata-kata, jubah, serban, janggut dan hafalan beberapa potong ayat Al-Quran sebagai penentu keilmuan seseorang. Jangan jadikan kemasyhuran dan anugerah sebagai pengukur kebenaran. Diamnya seseorang tidak bermaksud jahil, kelantangan pula tidak mencerminkan ilmu kerana pada lazimnya tong kosong nyaring bunyinya.

Berbalik kepada Zakir, penulisan ini membahaskan beberapa khabar angin tentang kebolehan luar biasa beliau yang tidak ada tolok bandingnya, dengan menyentuh 10 isu. Setelah itu, kita akan menelusi permasalahan pokok berkaitan akidah dan syariat yang dibawa Zakir.

1. Zakir Naik seorang ulama dan pakar agama

Hakikatnya, Zakir Naik adalah seorang doktor perubatan yang tidak mengamalkan profesi tersebut. Beliau tidak mempunyai latar belakang pendidikan Islam yang kukuh sama ada secara rasmi atau tidak rasmi.

Untuk digelar seorang ulama atau agamawan, seseorang itu mestilah mempunyai kelayakan ikhtisas pengajian Islam sama ada secara akademik ataupun secara tradisional bersanad melalui talaqqi (sistem pondok). Keupayaan berbahasa Arab dan kemampuan menelaah sumber primer Islam dalam Bahasa Arab juga adalah kriteria utama seorang yang bergelar ilmuan Islam.

Malangnya, kesemua ini tidak dimiliki oleh Zakir. Dalam sejarah Islam, tidak pernah didengari ulama yang tidak boleh berbahasa Arab walaupun mereka bukan orang Arab seperti Imam Bukhari, dan tidak pernah juga wujud pakar agama yang bacaan Al-Qurannya tidak boleh difahami dek kesalahan sebutan makhraj huruf yang mencacatkan maksud.

Di Malaysia sendiri, kita ada muallaf yang menguasai Bahasa Arab dengan baik bahkan mampu mengajar tajwid. Alangkah baiknya jika Zakir terlebih dahulu mempelajari Bahasa Arab dan memantapkan ilmu Islam sebelum mendalami selok-belok agama lain. Nampaknya fenomena ustaz/ustazah “segera” ini sudah menular ke serata pelosok dunia.

2. Zakir Naik seorang hafiz Quran

Zakir bukanlah seorang hafiz Al-Quran, dan beliau juga tidak pernah mendakwa sedemikian. Tetapi, tidak dinafikan beliau memang ada menghafal beberapa ayat dan surah tertentu khususnya berkaitan topik perbandingan agama.

Berkemungkinan tanggapan beliau seorang hafiz Al-Quran disebabkan kebolehan beliau memetik ayat Al-Quran sepintas lalu tanpa merujuk teks. Kemampuan beliau ini kemudian digembar-gemburkan sebagai hafiz Al-Quran. Maka timbullah mitos yang sukar dipadamkan disebabkan ketaksuban golongan tertentu.

Ada baiknya jika soalan berkaitan hafiz ini dilontarkan kepada Zakir dalam sesi ceramahnya di masa hadapan bagi menjernihkan kontroversi. Selain itu, jika betul pun beliau seorang hafiz, hafazan tanpa pemahaman adalah sia-sia. Bak burung kakak tua yang hanya mampu mengulangi apa yang dihafalnya, maka muncullah fahaman “Allah berada di atas langit”, “Allah duduk di atas ‘Arash”, “Aku lebih memahami Sunnah dari Imam Al-Syafi’ie,” dan sebagainya.

3. Zakir Naik hafal kitab suci lain

Ketebalan Bible adalah dua kali ganda ketebalan Al-Quran. Ini belum lagi dikira ketebalan Bible mazhab Kristian Ortodoks yang jauh lebih tebal kerana ia memuatkan beberapa Sefer (kitab) tambahan.

Maka dengan fakta ini, adakah masuk akal jika Al-Quran yang berjumlah 604 halaman itu pun tidak terhafal – inikan pula Bible yang beribu muka surat! Sejak Bible dibukukan secara rasmi sebagai kitab suci oleh Gereja Roman Katolik pada tahun 393 Masehi oleh persidangan uskup yang dikenali sebagai Synod of Hippo Regius, tidak ada sebarang catatan sejarah yang merekodkan individu yang menghafal keseluruhan Bible.

Ini kerana manuskrip kitab suci tersebut ditulis dalam pelbagai bahasa kuno seperti Yunani, Ibrani, Suryani, Qibti bahkan Arab. Naskhah Yunani sahaja berjumlah 5,686 dan berbeza antara satu dengan lain dari sudut ragam bahasa, loghat, kosakata dan struktur kalimat.

Begitu juga dengan Naskhah Latin (10,000), Ibrani, Habsyi, Qibti, Armenia, Suryani dan selainnya yang mencecah 9,300 manuskrip berbeza.

Maka adalah amat mustahil wujudnya insan yang mampu menghafal keseluruhan Bible, kecuali insan tersebut adalah seorang Nabi yang dikurniakan wahyu maka sewajibnya dia menghafal sesuatu kitab suci yang diberikan kepadanya seperti Nabi Musa yang menghafal Taurat dan Nabi Isa yang menghafal Injil.

Namun begitu, terdapat dua invididu yang dikatakan menghafal terjemahan Bible versi Protestant dalam Bahasa Inggeris. Mereka adalah Dr Van Impe dan John Goetch. Namun, dakwaan ini tidak pernah dibuktikan secara empirikal.

Bible Protestant adalah jauh lebih nipis kerana tidak memuatkan 7 buah Sefer yang dikenali sebagai Deuterocanonical. Maka, apa yang jelas adalah Zakir Naik hanya menghafal ayat-ayat tertentu sahaja yang berkaitan dengan isi maklumat yang hendak disampaikannya kepada umum.

Kitab lain agama Yahudi/Kristian seperti Talmud, Mishnah, Gemarra, Pseudepigrapha, Apocryphal New Testament dan kitab utama agama Hindu/Buddha seperti Veda, Baghavad Gita, Tripitaka, Saddharma Pundarika, Avesta dan seumpamanya sudah tentu tidak dihafal beliau kerana sedemikian tebalnya. Kalaupun hendak melonjakkan seseorang tokoh itu ke makam yang tertinggi, biarlah berpada dan berdasarkan fakta, bukannya mitos.

4. Zakir Naik anak murid Ahmed Deedat

Zakir disensasikan sebagai murid penceramah Afrika Selatan, Ahmad Deedat, walaupun beliau tidak pernah sama sekali berguru dengan tokoh yang dimaksudkan. Ia sekadar pertemuan sekali pada 1987.

Maksud berguru ialah seorang yang rendah ilmunya menuntut daripada seorang yang lebih tinggi ilmunya dan berlaku sesi penyampaian maklumat daripada guru secara langsung kepada muridnya. Jikalau seseorang menimba ilmu melalui “Syaikh” Google ataupun bacaan buku semata-mata ataupun rakaman YouTube, itu tidak dapat diertikan sebagai bergurukan tokoh tertentu sebagaimana seseorang yang membaca kitab Hadith Sahih Bukhari tidak dapat dikatakan berguru dengan Rasulullah. Begitu juga jikalau kita mendengar rakaman kuliah seorang professor di Amerika melalui YouTube, tidak boleh dikatakan professor tersebut adalah guru kita.

5. Zakir Naik tokoh perbandingan agama

Dakwaan ini adalah benar jika dilihat kemahiran beliau mematahkan hujah lawan secara spontan dan pengalaman beliau yang luas walaupun mungkin tidak setinggi mana. Begitu juga dengan pengetahuan beliau tentang isu yang didebatkan.

Nampaknya, memang Zakir sudah membuat persiapan awal sebelum sesi debat dimulakan. Kemahiran berdebat beliau memang mengagumkan. Umumnya, pandangan atau pegangannya dalam ilmu perbandingan agama boleh diterima. Oleh itu, tidaklah salah jika Zakir dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah bagi mengenang kebolehan beliau.

Setakat ini belum ada tokoh Muslim yang berani ke hadapan seperti beliau. Kebolehan beliau ini sewajarnya dilihat sebagai satu kekuatan umat Islam dan mampu menjadi senjata yang ampuh jika Zakir diperkasakan dengan ilmu Islam yang sahih. Syabas dan seribu tahniah diucapkan buat Zakir.

Sungguhpun begitu, beliau bukanlah pakar rujuk ataupun tokoh dalam bidang khusus agama Islam sama ada pada bab Usuluddin, Syariah, Usul Al-Fiqh, Tafsir, Hadith, dan sebagainya. Kita perlu berhati-hati dan mengambil manfaat daripada seseorang itu berdasarkan bidang yang dimahirinya sahaja.

Seperti Firman Allah yang bermaksud hendaklah rujuk kepada ahlinya jika tidak tahu (Al-Nahl 16:43). Contohnya kereta yang rosak, maka hendaklah dihantar ke mekanik jangan dihantar ke tukang jahit. Tak mustahil kereta akan bertambah rosak dek tersadai berbulan-bulan atau “dijahit” oleh si tukang jahit. Jika sakit jumpa doktor bukan jumpa guru geografi. Begitulah perumpaannya

6. Zakir Naik berfahaman wahhabi

Satu perkara yang mesti diketahui umum ialah, mereka yang berfahaman Wahhabi tidak akan sesekali mengaku Wahhabi. Slogan yang sering dilaungkan ialah Ittiba’ Al-Sunnah, iaitu mengikut Sunnah – ataupun berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah.

Dalam pada itu, kita tidak boleh sewenang-wenangnya melemparkan tuduhan terhadap seseorang yang kita tidak bersetuju dengannya. Sama ada tuduhan Wahhabi, kafir, sesat, bidaah, syirik dan seumpamanya mestilah dielakkan dan jangan sesekali dijadikan kalimah zikir kita. Islam menuntut kita bersangka baik terhadap semua orang Islam kecuali terdapat tanda-tanda zahir yang ketara dan tidak memungkinkan untuk disalah-ertikan.

Perihal Zakir Naik ini, memang tidak dapat dinafikan beliau mempunyai kecenderungan kepada fikrah Wahhabi dari beberapa sudut:

Usuluddin: Kekeliruan dalam bab Tauhid. Beliau berpegang dengan akidah 3 serangkai, menisbahkan jihah (arah) dan tempat kepada Allah yang menatijahkan fahaman Tajsim dan Tasybih. Ini bertentangan dengan ahli Sunnah yang memahami Tauhid melalui Sifat 20 dan beriman bahawa kewujudan Allah itu tidak tertakluk kepada tempat, ruang, arah ataupun masa.

Syariah: Tidak beriltizam dengan mazhab yang ditadwinkan. Bahkan beliau memperlekehkan para imam mujtahid pendiri Mazhab sehingga mendakwa lebih memahami Sunnah daripada Imam Al-Syafi’ie dalam bab membatalkan wudhu jika tersentuh dengan golongan bukan mahram tanpa lapik.

Akhlak: Zakir dilihat gemar menyesatkan umat Islam bagi amalan yang beliau anggap bidaah seperti sambutan mawlid, tahlil arwah dan lain-lain. Beliau juga beranggapan amalan sedemikian mengundang syirik yang menghumbankan pengamalnya ke neraka.

7. Zakir mengislamkan ribuan orang

Angka sebenar yang memeluk Islam di tangan Zakir tidaklah sampai ribuan orang seperti yang dipropagandakan. Apa yang pasti ialah memang ramai orang menerima Islam melalui ceramah beliau.

Jasa Zakir dalam hal ini janganlah dilupakan. Walaubagaimanapun, hakikat ini tidak membenarkan fahaman yang dibawa Zakir. Nabi Nuh yang berdakwah lebih 10 abad hanya mempunyai pengikut seramai 80 orang mengikut riwayat Al-Suyuti. Adakah dengan segelintir pengikut ini membuktikan Nabi Nuh tidak benar?

Seorang lelaki di zaman Rasulullah, Abdullah Ibn Saad Ibn Abi Sarh, sendiri pernah murtad sebelum kembali kepada Islam. Adakah ini menunjukkan kebatilan Baginda atau kegagalan dakwah Baginda sebagai Utusan Allah?

Perisik Belanda, Christiaan Snouk Hurgronje yang menyamar sebagai seorang Islam dengan nama “Haji Abdul-Ghaffar” di Aceh pada 1981 dikatakan pernah mengislamkan beberapa orang bukan Islam dan menjadi pembantu Mufti Besar Batavia, Habib Usman Bin Yahya dalam bidang fatwa. Adakah ini bukti kebenaran beliau? Seadilnya, apa yang benar katakan benar dan apa yang salah hendaklah ditolak.

8. Zakir Naik mahir pelbagai bahasa

Dakwaan beliau berkebolehan berbahasa Arab sudah disentuh sebelum ini. Zakir hanya boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Hindi (dan mungkin salah satu dialek/bahasa India yang lain).

Apa yang pasti, beliau tidak boleh berbahasa Ibrani, Sanskrit dan Latin. Ceramah beliau juga hanya disampaikan dalam Bahasa Inggeris.

9. Zakir Naik tokoh Maal Hijrah dan ramai pengikut

Perkara ini sudah dibincangkan sebelum ini. Anugerah Tokoh Maal Hijrah sememangnya sesuatu yang wajar sebagai satu bentuk pengiktirafan terhadap sumbangan beliau dalam dunia Islam walaupun beliau sendiri menganggap sambutan Maal Hijrah yang tidak pernah diraikan oleh Nabi sebagai bidaah.
Jumlah pengikut yang ramai tidak menjamin kebenaran seseorang atau sesuatu ideologi. Kumpulan teroris IS mempunyai pengikut yang ramai seluruh dunia. Adakah ini bermaksud IS itu satu kumpulan yang benar?

Tidak dapat dinafikan terdapat bantahan terhadap kehadiran beliau di negara ini. Sewajarnya, apa yang dibangkitkan oleh sesetangah pihak berkaitan Zakir hendaklah dipertimbangkan.

* Nurul Haq Shahrir (Penulis) mempunyai ijazah sarjana (MA) Fiqh dan Usul Al-Fiqh, di samping sarjana muda Syariah. Beliau juga berkelulusan STB, M.Div (USA) dan Licentiate (JCL – Juris Canonici Licentia) dalam bidang Teologi Kristian dan Kanun Gereja (Urbaniana).

11/08/2019 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab), wahabi | | 1 Comment

TAJUK YANG PANAS-MENGAPA TONJOLKAN ORANG YANG BERMASALAH”?.

Kalau memang zakir naik itu bermasalah,…mengapa tonjolkan dan agung-agungkan dia sebagai ulama besar..?

Bukankah sanjungan itu membawa petaka kepada zakir naik.

Semua kita tau,…bahwa zakir naik ini buruan negara india,sepatutnya melindungi dia bukan dengan cara memviralkan dan melebih-lebihkan keagungan kpda nya.

Sekarang ini siapa yang bersalah,…pengagung zakir naik atau yang menentang zakir naik,..?

Tetapi, tidak sedikit yang mempersoal sebutan ulama untuknya.

Pertanyaan nya, dari mana ia belajar ilmu agama Islam, tidak jelas. Tidak pernah disebutkan siapa gurunya.

Tidak akan ditemukan dari mana ia belajar agama.

Yang ada, klaim Zakir Naik yang menyebut dirinya sebagai murid Syaikh Ahmad Deedat.

Belum lagi bacaan Alquran nya yang dinilai tidak ber-aturan.

Siapa yang mengajarinya Alquran, tidak jelas, karena Arab dan bacaan Alquran nya dinilai keluar dari makhraj, tidak bagus, dan tidak memenuhi kaedah Tajwid.

Di mana dan dengan ulama siapa ia belajar Tafsir, Hadits, Fiqih, Syariah, bahasa Arab, dan lain sebagainya, juga tidak pernah diketahui.

Dalam ceramahnya, Zakir Naik mengatakan bahwa dirinya adalah sarjana perbandingan agama, tapi faktanya ia seringkali mengeluarkan ‘fatwa’ perihal masalah agama Islam yang bukan bidangnya.

Ia pun tidak ragu menyalahkan ulama sederajat Imam Mazhab Fiqih dan Hadits.

Dikatakan Zakir Naik bahwa para Imam Fiqih dan Hadits itu tidak memiliki informasi (ilmu) yang lengkap saat mereka memberikan atau mengeluarkan hukum-hukum Islam.

Bahkan Zakir Naik menyatakan siapa yang menerima dan mengikuti para Imam tersebut sebagai guru dalam Islam dapat merusak Islam itu sendiri.

Hal ini diungkapkan Zakir Naik saat ia diwawancarai seputar masalah Taqlid.

Yang heran, meski Zakir Naik sering mengaku sebagai murid Ahmad Deedat, tetapi Zakir Naik mengatakan memperingati Maulid Nabi Muhammad saw adalah perbuatan syirik dan ia menyamakan perbuatan tersebut dengan Festival Hindu dan Kristen (festival orang-orang kafir).

Maulid Nabi dikatakan haram, dan lain sebagainya, padahal Syaikh Ahmad Deedat yang diklaim sebagai gurunya, adalah pecinta maulid Nabi.

Sebagai penganut ajaran Salafi wahabi, Zakir Naik beraqidah mujassimah tidak diragukan lagi.

Ia menyerupakan Allah swt dengan makhlukNya yang merupakan faham mujassimah.

Dikatakan Zakir Naik bahwa Allah swt memiliki dua tangan, dua mata, wajah, kaki, tulang kering, dan memiliki tubuh yang besar.

Allah swt duduk di atas langit, di atas kursi yang besar menghadap ke ‘Arsy.

Inilah aqidah Salafi yang membezakan dengan aqidah Ahlussunnah wal Jama’ah (Aswaja).

Kemudian seeorang bertanya: “Bagaimana tangan dan tubuh Allah?”. Zakir naik menjawab, “Kami tidak tahu, yang tahu hanya Allah”.

Dan kalau kita cermati pandangan aqidah mujassimah yang dianut Salafi ini serupa dengan pemikiran Tuhannya Hindu, Dewa Wisnu.
Bezanya tuhannya Hindu itu menikah dan ada bentuk patung dewa Wisnu.

Banyak sangat pemahaman dan ajaran Salafi Wahabi yang dianut Zakir Naik yang tidak dapat disebutkan satu persatu di sini.

Selain menganut aqidah mujassimah, Zakir Naik juga akrap sangat menyebarkan pemahaman dan pemikiran ajaran Ahmadiyyah.

Dalam berbagai ceramah dan tulisan-tulisannya, Zakir Naik mengklaim bahwa kemunculan Nabi Muhammad saw telah disebutkan dalam kitab suci agama Hindu.

Pemikiran Zakir Naik tersebut ternyata bersumber dari buku “Mohammad in world scriptures” karya Abdul Haq Vidyarthi Qadiyani (1888-1977), seorang penyebar dan penganut ajaran Ahmadiyyah Lahore India.

Bahkan tulisan-tulisan Zakir Naik ini hampir sama dan banyak keserupaan dengan tulisan yang ada dalam buku Qadiyani.

Peliknya, Zakir Naik tidak pernah menyebutkan sumber kutipan tulisan tersebut.

Dan masih banyak lagi yang perlu dicermati dari seorang Zakir Naik.

Jangan sampai masalah zakir naik ini melibatkan orang awam dalam masalah dia.

Diantara Video2 ceramah ZN yg banyak bertentanggan dgn Aqidah & fahaman ASWJ:

Di Malaysia: https://m.youtube.com/watch?v=6Xv8pD69DTc

Di tempat lain:

2⃣BACAAN AL-QURAN UNTUK ORANG TELAH MENINGGAL DUNIA:

✔Al-Imam al-Suyuti menukilkan kesepakatan 4 mazhab tentang keharusan membaca Qur’an bagi yang mati dan bahawasanya si mati dapat manfaat dengan bacaan al-Quran.

✖Zakir Naik berkata: Membacakan Quran bagi orang yang telah mati adalah bidaah sesat dan tak ada dalil baginya.

Lihat kenyataannya pautan berikut:

3⃣BERTAWASUL DENGAN NABI:

Setiap Jumaat di masjid-masjid di Selangor khatib berkata apabila berdoa;
اللهم إنا نتوسل إليك بنبيك الأمين
Maknanya: “Ya Allah, kami bertawassul dengan nabi kamu yang bersifat amanah”.

Ada hadith membuktikan Rasulullah mengajar tawassul kepada sahabatnya iaitu hadith yang diriwayatkan oleh al-Hafiz al-Tobaroni dan selainnya dan ada 16 orang ulama hadith yang bertaraf hafiz hadith berkata hadith itu sohih.

✖Zakir Naik berkata: Bertawasul dengan nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم adalah amalan syirik.

Lihat kenyataannya pada pautan berikut:

4⃣SAMBUTAN MAULIDUR-RASUL:

Di Malaysia Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah yang terdiri daripada sultan-sultan, masyarakat dan kerajaan menyambut Maulidur-Rasul setiap tahun. Amalan ini adalah bidaah yang baik sepertimana yang dinaskan oleh al-Hafiz Ibn Dihyah, al-Hafiz al-Suyuti, al-Hafiz al-Sakhawi ulama al-Azhar dan lain-lain.

✖Zakir Naik berkata: Sambutan Maulidur-Rasul صلى الله عليه وسلم adalah bidaah yang membawa kepada neraka.

Lihat kenyataannya pada pautan berikut:

5⃣TAUHID:

AhlisSunnah wal-Jama^ah termasuk ulama Melayu seperti Syaikh Daud al-Fatoni, Syaikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatoni, Tok Kenali, Mufti Banjar di kurun 12 hijri Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari, Mufti Acheh di kurun 11 hijri Syaikh Nurud-Din al-Raniri dan lain-lain, mereka mengajar sifat 20.

✖Zakir Naik mengajar aqidah Wahhabi yang membahagikan Tauhid kepada tiga.

Lihat kenyataannya pada pautan berikut:

📌 Bagi seseorang yang tahu apakah itu wahhabi tidak syak lagi Zakir Naik itu Wahhabi.

Sumber,…

11/08/2019 Posted by | wahabi | | Leave a comment

Pesanan Almarhum Tuan Guru Hj. Salleh Musa حفظه الله تعالى,

“Hangpa mengaji tauhid biaq betoi, AQIDAH tuu yang perlu jaga.. Hangpa jangan dok buang masa, jangan dok biarkan usia hangpa HANYUT begitu saja.. Isikan usia hangpa ni dengan mengaji ilmu agama.. Muliakan dengan ilmu TAUHID.. Lepas tuu, pi mengaji ilmu FEQAH.. Lepas tuu baru pi mengaji ilmu TASAWUF.. Jangan dok kalut nak pi ilmu TASAWUF, hadis dan sebagainya jika Allah سبحانه وتعالى sendiripun hangpa tak kenal.. Macam mana nak kenal Allah سبحانه وتعالى jika takmau ngaji ilmu TAUHID.. Sebab tak kenal Allah سبحانه وتعالى lah depa dok suka sesatkan orang, bida’ahkan orang.. Ada ilmu HADIS, tapi ilmu TAUHID takdak.. Punah habis semuanya..

Nak mengaji ni, ibarat nak naik TANGGA.. Kena langkah dari BAWAH, barulah sampai kat tingkat ATAS.. Jangan dok kalut nak meloncat nak ke tingkat atas dari tingkat BAWAH.. Satgi jatuh, mampuih.. Kalau nak naik, ikutlah turutan yang betul.. Jangan dok ikut puak-puak Syi’ah, Wahabi, Mu’tazilah, Sekular, Liberal dan sebagainya..

Kita pegang sungguh-sungguh dengan Manhaj AHLUS SUNNAH WAL JAMA’AH.. Jangan dok lari dari DASAR pegangan kita.. Sekarang ni, ulama’ – ulama’ tua tak banyak dah.. Hangpa pi lah tengok dalam Malaysia, Thailand, Indonesia semua tak banyak dah.. Yang ada pun tinggal berapa orang jaa ulama’ tua yang masih hidup.. Sementara depa masih ada lagi ni, pi lah dampingi depa.. Pi duduk dalam Majlis Ilmu depa.. Cedok (ambik) ilmu depa, insyaAllah, Allah سبحانه وتعالى akan bantu..”

Moga Allah SWT merahmati guru – guru kita.. insyaAllah..

اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه..

11/08/2019 Posted by | Aqidah, Bersama Tokoh, Fiqh, Hadis, Tazkirah, Uncategorized | | Leave a comment

Ramai yang memandang remeh isu Wahhabi atau Pseudo-Salafi

(Olih Dr Khalif Muammar)

Ramai yang memandang remeh isu Wahhabi atau Pseudo-Salafi
Ia dianggap sebagai isu khilafiyyah, tiada yang benar dan tiada yang salah. Bagi mereka persatuan umat Islam hanya boleh dicapai dengan memejamkan mata terhadap isu ini dan bersetuju untuk tidak bersetuju. Memperbesarkan masalah ini hanya akan mengeruhkan lagi keadaan akibatnya persatuan tidak akan tercapai. Maka untuk memastikan umat Islam bersatu kita tidak perlu bahas dan persoalkan gerakan ini menyusup masuk ke dalam organisasi-organisasi Islam. Biarkan mereka mencapai agenda mereka untuk mempengaruhi lebih ramai orang Islam dan berkuasa seperti di sesetengah negara Arab.

Andaian ini adalah suatu kesilapan besar. Kita tidak boleh membiarkan api berada di dalam sekam, kerana ia pasti akan membakar. Isu Wahhabi dan Pseudo-Salafi bukan isu picisan, ia isu mengkafirkan dan menyesatkan sesama Islam, isu menolak autoriti yang sah, para ulama’ muktabar, yang telah memandu umat Islam selama lebih seribu tahun, sehingga akhirnya ramai orang Islam dipandu oleh para ulama’ yang melampau dalam i’tiqad dan amalan, berlaku banyak huru hara, gejala takfir, tabdi’ dan tadlil berleluasa. Umat Islam berpecah belah akibat wujudnya kelompok pelampau agama ini di kalangan umat Islam. Apabila berkuasa mereka akan memaksakan fahaman mereka kepada umat Islam, pendekatan yang rigid, anti sains dan anti akal diambil sehingga akhirnya agama Islam dianggap sebagai agama yang jumud dan kolot. Idea bumi datar, haram mengambil gambar, wajib berpurdah, wanita tidak boleh memandu, pemisahan gender yang sangat ketat. Kewujudan mereka di negara ini terbukti telah menjadi faktor pemecahbelah umat Islam apabila mereka mempertikaikan isu-isu khilafiyyah, seperti bacaan qunut, niat ketika Solat, bacaan tahlil dan yasin, bertawassul kepada Nabi, membid’ahkan tasawwuf, dan menyesatkan golongan Asha’irah.

Dengan membid’ahkan Tasawwuf dan menyesatkan Asha’irah mereka sebenarnya telah menyesatkan lebih 90% ulama’ di alam Melayu dari sejak zaman kedatangan Islam pada abad ke-8 Masihi, zaman penyebaran Islam pada abad ke-15 oleh walisongo, sehinggalah ke hari ini. Semua ulama’ yang mengamalkan Tasawwuf dan berpegang dengan Aqidah Asha’irah dan umat Islam yang mengikuti mereka dianggap sesat, musyrik dan kafir. Kewujudan kelompok ini juga menjadi pemicu kepada golongan liberal yang sememangnya berusaha meminggirkan autoriti dan membenci para ulama’. Jelas bahawa dengan wujudnya ancaman ini dan membiarkannya berlaku maka agenda persatuan umat hanya akan akan kekal sebagai mimpi dan tidak pernah serius difikirkan.

10/08/2019 Posted by | Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab), wahabi | Leave a comment

Kisah Imam Maliki RA & Imam Syafi’i RA Tertawa Karena Beda Pendapat Tentang Masalah Rezeki.

Imam_Malik_RA (Guru Imam Syafi’i RA) berkata, : Sesungguhnya rezeki itu datang tanpa sebab, cukup dengan tawakkal yang benar kepada Allah niscaya Allah akan meberikan Rezeki. Lakukan yang menjadi bagianmu, selanjutnya biarkan Allah mengurus lainnya.

Imam_Syafii_RA (Murid Imam Maliki RA) berkata : Seandainya seekor burung tidak keluar dari sangkarnya, bagaimana mungkin ia akan mendapatkan rezeki.

Guru dan murid itu tetap bersikukuh pada pada pendapatnya masing-masing.

Suatu ketika Imam Syafii RA keluar berjalan dan melihat serombongan orang petani tengah memanen anggur. Diapun membantu mereka. Setelah pekerjaan selesai, Imam Syafii memperoleh imbalan beberapa ikat anggur sebagai balas jasa. Imam Syafii girang, bukan karena mendapatkan anggur, tetapi pemberian itu telah menguatkan pendapatnya. Jika burung tak terbang dari sangkar, bagaimana ia akan mendapat rezeki. Seandainya dia tak membantu memanen, niscaya tidak akan mendapatkan anggur.

Imam Syafi’i RA bergegas menjumpai Gurunya Imam Malik RA. Sambil menaruh seluruh anggur yang didapatnya, beliau bercerita,:Imam Syafii sedikit mengeraskan bagian kalimat “seandainya saya tidak keluar pondok dan melakukan sesuatu (membantu memanen), tentu saja anggur itu tidak akan pernah sampai di tangan saya.”

Mendengar itu Gurunya Imam Malik RAtersenyum, seraya mengambil anggur dan mencicipinya. Imam Malik berucap pelan, “Sehari ini aku memang tidak keluar, hanya mengambil tugas sebagai guru, dan sedikit berpikir alangkah nikmatnya kalau dalam hari yang panas ini aku bisa menikmati anggur. Tiba-tiba engkau datang sambil membawakan beberapa ikat anggur segar untukku. Bukankah ini juga bagian dari rezeki yang datang tanpa sebab. Cukup dengan tawakkal yang benar kepada Allah niscaya Allah akan berikan Rezeki. Lakukan yang menjadi bagianmu, selanjutnya biarkan Allah yang mengurus lainnya.”

#Guru dan #murid itu kemudian saling tertawa.
Dua Imam Mazhab mengambil dua hukum yang berbeda dari hadits yang sama. Begitulah cara Ulama bila melihat perbedaan, bukan dengan cara menyalahkan orang lain dan hanya membenarkan pendapatnya saja. Semoga dapat menjadi pelajaran buat kita semua.

INSYA ALLAH BERKAH BERMANFAAT DUNIA AKHIRAT

(Dari FB Zaref Shah Al Haqqy)

08/08/2019 Posted by | Tazkirah | , , , | Leave a comment

Benar kah Negeri Kelantan di kata tidak mesra Asatizah2 & Penceramah ASWJ?

Syeikh Nuruddin al-Banjari, saban bulan bertandang mencurahkan ilmu di Kelantan, ada kehadiran beliau dipromosi?

Malah kehadiran beliau di Masjid Muhammadi dipandang sepi.

Baba Ismail Sepanjang selaris menjenguk bumi Kelantan, ada diwar-warkan majlis ilmu beliau bakal dilangsungkan bila dan di mana?

Malah, kehadiran ulamak yang tuntas memberi penjelasan agama itu dipandang basi.

Habib Zain Sumaith, bila kali terakhir menjejak bumi Kelantan?

13 Jun 2011. Selepas tarikh itu, kehadiran beliau tidak lagi dialu-alukan dan pegawai Jaheik yang membenarkan premis Balai Islam Lundang digunakan untuk majlis Habib dilempar ke ulu negeri Kelantan.

Maulana Ilyas Ghuman, singa Ahli Sunnah wal Jamaah dari Benua Hindi sudah dua kali bertandang di Kelantan. Tapi apa yang berlaku, ada tuan guru pondok malah melarang anak murid bertamu di majlis ilmu Maulana yang banyak istifadah jelas dan mapan tentang aqidah dan syariat Islam!

Mahu dibilang lagi? Cukup..

Bandingkan saja dengan kedatangan Zakir Naik, bagaimana seorang manusia yang dia sendiri keliru tentang Islam begitu diraikan?

Sebulan awal, kehadiran Zakir Naik dimasyhurkan. Penuh bandar Kota Bharu dan pelusuk simpang jalan, bunting dan banner bergentayangan. Muka YAB Menteri Besar menjadi back up belakang dan Mufti Satu Malaya, Azhar Idrus back up di hadapan!

Bukan suatu kebimbangan bagi kita, kesongsangan aqidah Zakir Naik bakal mempengaruhi pegangan masyarakat Islam Kelantan. Tidak juga kita risau, budak-budak pondok Pas jadi Wahabi kerana Zakir Naik.

Ajar kitab jawi Melayu pun, mereka dah tak keruan, payah nak faham. Apatah lagi mahu mengambil reti English Speech Zakir Naik membicarakan Milal Nihal.

Kebimbangan kita adalah pengaruh Wahabi yang makin berkembang, setelah semusim lagi golongan itu diberi kuasa!

Pas Kelantan tidak ada sedikit pun kebimbangan tentang kehilangan sokongan orang pondok yang sekian zaman menjadi tulang belakang mengekalkan kuasa mereka. Apa sahaja kekecewaan terhadap tindakan kerajaan, boleh dipujuk dengan jaya dengan sebutir karipap dan secawan teh di Pejabat Menteri Besar.

Anak-anak murid yang berada di bawah pengaruh tok-tok guru yang lantang menegur Kerajaan Islam Kelantan, boleh ditarik balik sokongan terhadap Pas dengan hanya beberapa minit ‘basuh semula’ otak.. cukup dengan jemputan satu majlis yang dihadiri Tuan Guru Presiden.

Hasil pertemuan singkat, disudahi dengan pelapis ‘ulamak pondok’ bersusun memberi dakapan dan ciuman memohon maaf dan menyata insaf lantaran penentangan mereka sebelum ini kepada kerja Pas Kelantan.

“Minta maaf, tok guru. Ambo selama ni salah anggap..!” Habis lupa segala pengajian kitab dan pulang menyampaikan ‘mesej kebenaran’ kepada guru tua di pondok.

“Dia sebenar lagu ni, baba..”

Guru tua yang dah ada pakej darah tinggi, kencing manis.. bertambah mendapat gout otak; hilang akal… buntu!

Hanya kepada Allah dapat mengadu, “..kering sudah kalam kataku untuk sampaikan agama mu, Ya Allah!”

Jemputan Zakir Naik ke negeri ini, tidak lain adalah isyarat kuasa Wahabi makin menjarah di Kelantan.

Majlis ulung dan besar ini bukan disasar kepada penyokong tradisi mereka di kalangan orang pondok. Kalau orang pondok sedikit terasa hati, bukan jadi hal..

Jelajah Zakir Naik juga bukan suatu ekspedisi dakwah. Kita pun tahu, sasaran audien yang dijemput bukan daripada masyarakat non muslim dan pembesar anutan kafir.

Zakir Naik bukan didatangkan untuk mengeluarkan penganut Buddha, Hindu dan Kristian Kelantan daripada kegelapan kepercayaan mereka!

Berhala sembahan kafir akan terus kekal menjadi mercu kebanggaan orang Kelantan.

Audien sasaran daripada penganjuran tidak lain adalah umat Islam..

Begitu pun, pihak penganjur bukan meletak matlamat, daripada majlis ini Zakir Naik akan berjaya meWahabikan orang Kelantan.

Seperti apa yang telah dinyatakan, tiada istifadah akan dapat diambil rakyat Kelantan daripada English Speech dan bicara Milal Nilal Zakir Naik.

Datangkan siapa saja..

Orang Kelantan cukup kental daripada dibersihkan daripada amalan warisan; tahlilan, sambutan maulid dan seumpama.. dah jadi Wahabi pun mereka akan tetap ziarah kubur, mengaji 40, talqin mayat dan kacau bubur!

Penganjuran besar ini adalah langkah menarik pandangan dan mencari populariti serta pengaruh daripada golongan berpendidikan tinggi untuk bersama mereka.

Sokongan daripada golongan elit; profesional, idealis dan punya aset ini penting untuk survival politik, pengekalan kuasa dan pelebaran secara halus fahaman mereka.

Pilihanraya raya umum lepas menjadi bukti tentang kepentingan sokongan golongan berkelas ini, dengan kemenangan besar Pas! Mereka kekal berkuasa dengan sokongan padu para perantau yang berpendidikan, berkerjaya, berkedudukan…. punya perniagaan dan jawatan!

Golongan ini bukan celik pun dengan perkembangan Wahabi di Kelantan. Apa yang mereka lihat, orang Kelantan elok je berkenduri arwah.., solat Subuh pun masih baca Qunut!

Apatah lagi bila kematian hujah, dah tu nak bagi Amanah yang di bawah pengaruh DAP kafir untuk perintah Kelantan?

Golongan ‘cerdik-pandai’ ini lah yang perlu diberi suntikan kefahaman, justeru mereka mempunyai otak yang boleh dimanfaatkan kepada perkembangan aqidah dan syariat mereka. Fahaman Wahabi ini perlu diasimilasi serta dipandang biasa, di letak sebagai nilai keterbukaan Islam dan hak untuk bebas berpandangan serta tidak dilihat sebagai api pencetus ketegangan dan pemecah belah umat Islam.

Nah, kalau yang cerdik sudah dipengaruhi, apa sangat dengan golongan yang masih pening mencari baris atas bawah dan laskar jihad ARC!!? Tahu belarak jah sep kita.. Islam akan menang dan tegak di bumi Kelantan!!

Tulisan Ustaz Hassan Basri, Tumpat

07/08/2019 Posted by | Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab), wahabi | | Leave a comment

PENJELASAN JAKIM BERKENAAN FATWA TERHADAP AIR JAMPI SECARA KOMERSIAL

Foto Hiasan

1) Pada asasnya, Islam mengharuskan untuk mengambil upah atas jampi dan rawatan yang dilakukan. Ini kerana perbuatan sedemikian adalah dibenarkan oleh Rasulullah SAW berdasarkan hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim yang berbunyi, “Seorang sahabat merawat seorang Arab yang lain dengan membacakan surah al-Fatihah, lalu disembuhkan oleh Allah dan diambil upah dengannya, kemudian dia memberitahu kepada Nabi tentangnya, dan Nabi tidak mengingkarinya…”

2) Tambahan pula, mereka yang mengusahakan produk-produk air jampi sudah tentu memerlukan kos tertentu untuk menghasilkan sesuatu produk. Oleh yang demikian tidak salah untuk mereka meletakkan harga pada produk yang dijual sambil mengambil keuntungan yang berpatutan.

3) Walau bagaimanapun, apa yang menjadi kemusykilan apabila terdapat sesetengah pengusaha yang teramat melampau dalam mengkomersialkan produk-produk mereka. Sebagai contoh, mereka mempromosikan produk-produk tersebut sambil menunjukkan pelbagai testimoni sebagai bukti kemujaraban. Tidak diketahui secara pasti sama ada testimoni tersebut benar-benar terjadi atau sekadar taktik perniagaan.

4) Pihak yang mempertikaikan produk mereka pula akan disanggah kononnya cuba mempersoalkan mukjizat al-Quran. Lalu, dengan berbekalkan hujah-hujah agama, produk-produk tersebut dijual secara berleluasa sambil menyebut khasiat-khasiatnya yang tertentu seperti mempercepatkan jodoh, mengeratkan hubungan suami isteri, membenteng diri daripada gangguan sihir, menaikkan seri wajah dan seribu satu macam khasiat lagi.

5) Dalam hal ini, bekas Syeikh al-Azhar Mahmud Syaltut pernah menyatakan kebimbangan terhadap apa yang berlaku. Kerana itu, beliau sendiri tidak mengharuskan perbuatan menulis ayat-ayat al-Quran pada kertas atau bekas-bekas tertentu, kemudian dibasuh dan diminum. Pada pandangannya perbuatan tersebut telah disalahgunakan oleh pihak tertentu untuk mengumpulkan wang ringgit dengan cara yang tidak diterima oleh Islam.

6) Fatwa ini mungkin bercanggah dengan pandangan para ulama yang membenarkan kaedah rawatan seperti yang dinyatakan, namun penegasan beliau adalah pada unsur-unsur yang mengeksploitasikan dan memanipulasikan ayat-ayat suci al-Quran. Sukar untuk dinafikan, apabila kaedah rawatan seperti ini dijadikan perniagaan komersial, unsur-unsur memperdagangkan al-Quran dan Sunnah Nabi SAW tetap ada kerana sasaran utama setiap perniagaan komersial adalah untuk meraih keuntungan duniawi.

7) Apatah lagi apabila perniagaan berorientasikan air jampi semakin mendapat sambutan masyarakat. Pengusaha-pengusaha produk menjadi semakin ghairah untuk saling bersaing antara satu sama lain bagi mempamerkan produk mereka lebih mujarab, lebih Sunnah bahkan lebih mustajab bacaan al-Quran dan doanya berbanding produk lain.

8 ) Antara contoh yang boleh dijadikan teladan adalah apa yang berlaku kepada penjualan Air Musoffa secara komersial suatu ketika dahulu. Pengusaha air tersebut telah membuat promo menerusi rancangan temubual radio yang ditaja oleh syarikatnya sendiri. Dalam rancangan tersebut pengusaha produk telah menyebut pelbagai khasiat tentang produknya termasuk mengatakan jika Air Musoffa direnjiskan ke atas kenderaan, ia akan mengelakkan daripada ditimpa bala bencana.

9) Dalam segmen tajaan itu juga, pengusaha produk menawarkan hadiah kepada para pendengar yang dapat memberikan testimoni terbaik. Apa yang dikhuatiri, terdapat beberapa testimoni yang diberikan menjurus kepada kepercayaan khurafat yang ditegah agama. Malah, perbuatan menjadikan testimoni sebagai alat pelarisan boleh membuka ruang kepada penipuan dan pembohongan.

10) Selain itu, kaedah-kaedah rawatan yang didakwa bersumberkan Islam ini, kadang-kadang menjadi penyebab segelintir orang mensekularkan perubatan moden. Sesetengah pengusaha produk sebegini giat berkempen mengatakan perubatan moden bukan daripada perubatan Islam, makanya masyarakat perlu melanggan produk-produk mereka.

11) Padahal mereka terlupa, tokoh-tokoh awal perubatan moden itu sendiri dipelopori oleh para ulama Islam tersohor seperti Ibnu Sina, al-Zahrawi, Ibnu al-Haytham, al-Razi, Ibnu Rusyd dan lain-lain yang sekaligus membuktikan perubatan moden adalah sebahagian daripada perubatan Islam.

12) Kesimpulannya, tiada siapa yang menafikan bahawa al-Quran memiliki kelebihan untuk menyembuhkan segala penyakit rohani dan jasmani dengan izin Allah SWT. Namun untuk mempergunakan al-Quran bagi tujuan melariskan produk atau bagi menjustifikasikan produknya sebagai yang terbaik daripada yang lain, maka ia termasuk dalam perbuatan yang memperdagangkan al-Quran dengan harga yang murah. Firman Allah SWT: “Mereka menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit, lalu mereka menghalangi (dirinya dan orang lain) dari agama Allah; sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan”. (Surah al-Taubah: 9)

SUMBER: Panel Aqidah, JAKIM

07/08/2019 Posted by | Fatwa, Informasi, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

REZEKI

Dulu…
Dulu saya fikir solat dhuha dan membaca zikir itu pembuka pintu rezeki. Dulu juga saya fikir, rezeki itu apabila ada wang, gaji yg besar, banyak tender yang masuk, Banyak simpanan di bank, banyak aset seperti kenderaan, tanah, rumah…
Kesemuanya soal harta dan kekayaan..

Setelah mencari dan mengetahui lebih mendalam apa makna rezeki dalam Islam, ternyata saya tersasar besar…

Ternyata, langkah kaki yg dimudahkan untuk hadir ke majlis ilmu, itu adalah rezeki.

Subhanallah… Sebenarnya langkah kaki yg dimudahkan Allah swt untuk solat berjemaah di masjid, adalah rezeki.

Hati yg Allah jaga jauh dari iri, dengki, dan kebencian, adalah rezeki

Ada teman yang soleh dan saling mengingatkan dalam kebaikan, itu juga rezeki

Ketika ujian datang penuh getir penuh kesusahan dibantu Allah, itu juga rezeki.

Mempunyai orang tua yang sakit ,ternyata itu adalah rezeki, kerana ianya adalah merupakan ladang amal pembuka pintu syurga bila kita Ikhlas mengurusnya.

Tubuh yang sihat, adalah rezeki… Bahkan apabila diuji dengan sakit, itu juga bentuk lain dari rezeki kerana sakit adalah penggugur dosa.

Dan mungkin akan ada jutaan senarai lainnya bentuk rezeki yang kita tidak sedari…

Suami Isteri dan anak anak sihat itu rezeki,
Anak-anak pembelajarannya lancar dan cerdik itu rezeki.

Hidup aman bersama sama jiran tetangga itu rezeki.

Walhal apa yang harus kita waspada ialah ketika hidup kita cukup, penuh dengan kemudahan dan kebahagiaan, padahal begitu banyak hak Allah yang belum mampu atau tidak kita tunaikan…

Mari sebarkan kebaikan dan nikmati rezeki yg Allah amanahkan kepada kita.

ۚﻭَﻣَﺎ ٱﻟْﺤَﻴَﻮٰﺓُ ٱﻟﺪُّﻧْﻴَﺎٓ ﺇِﻻَّ ﻣَﺘَٰﻊُ ٱﻟْﻐُﺮُﻭﺭِ

.. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu._ (Al-Hadid – 57:20)

Berkongsilah ilmu walaupun satu huruf. Amin Ya Robb Ya Allah Ya Mujib

Semoga Bermanfaat

FB Ustaz Yunan A Samad

07/08/2019 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

Parti parti Islam Melayu bersatu?

Kita sememangnya mendambakan persatuan umat Islam, walaupun persatuan hakiki ini sangat payah untuk dicapai. Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah mengakui dan mengiktiraf autoriti para ulama’ mu’tabar dari kalangan Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah. Dengan suluhan dan bimbingan mereka lah kita dapat mengekalkan jati diri Islam dan melepaskan diri dari belenggu sekularisme, liberalisme, Khawarij moden, Pseudo-Salafi, ekstrimisme dan ideologi serta ajaran menyeleweng yang lain.

Apa pentingnya memahami cabaran sekularisme dan liberalisme? Memang secara sekilas tiada hubungan dengan politik dan kekuasaan, tetapi jika kita mahukan bangsa dan umat yang kuat kita memerlukan asas yang kukuh yang disepakati bersama yang mahu tidak mahu mendefinisikan siapa kita, dari mana kita datang, ke mana kita akan pergi. Pendek kata worldview (pandangan alam) yang sama. Dengan asas yang kuat, benar dan disepakati bersama maka persatuan akan lebih mudah dicapai, dan bukan hanya retorika untuk meraih kepentingan peribadi dan kelompok.

Selain itu, Umno dan Pas perlu mengakui kesilapan yang lalu. Masing-masing ada sejarah hitam yang melukakan hati pihak yang satu lagi. Mengambil pengajaran daripada kesilapan yang lalu penting agar tidak mengulanginya lagi. Kuasa dan politik selalu mengelabui pandangan seseorang sehingga menjadi kabur dan bertindak zalim terhadap orang lain. Kerana itu juga ahli politik perlu sentiasa merujuk dan berdampingan dengan ulama’ yang benar agar mereka tidak melakukan kesilapan besar.

Dr Khalif Muammar

 

02/08/2019 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah | Leave a comment

Perkara Khilaf Antara Rahmat dan Fitnah

Para Ilmuwan Islam bukan sahaja kaya dengan ilmu berkaitan Aqidah dan Syariat tetapi kaya dengan amalan Adab dan Akhlak khususnya apabila berbeza pendapat. Budaya populis membahaskan perkara khilaf Ulamak yang dijenamakan atas nama kajian ilmiyah untuk memenangkan pendapat yang disokong akhirnya menjadi fitnah kepada khalayak awam yang kurang berilmu. Perkara khilaf akan kekal menjadi khilaf walaupun didatangkan dengan pelbagai hujah kerana setiap pendapat itu sememangnya didatangkan dengan hujahan ilmiyah menerusi pelbagai kaedah fiqhiyyah. Keilmuan dan sudut pandangan masing-masing ilmuwan pula menjadikan dia lebih cenderong berpegang dengan satu pendapat berbanding yang lain. Hanya ilmuwan yang tidak berakhlak berkeras hanya pendapatnya yang betul dan lain adalah salah. Itu bagi sesama ilmuwan.

Namun, bagi khalayak awam yang kurang mendalami disiplin-disiplin ilmu Islam, dengan kedangkalan ilmu, seseorang awam menilai suatu perkara khilaf perselisihan pendapat ulamak sebagai salah kerana terpedaya dengan hujahan ilmuwan yang disokong oleh dirinya. Akhirnya perkara khilaf yang sewajarnya menjadi rahmat menggambarkan keluasan Islam menjadi suatu bala pertengkaran dan pergaduhan antara khalayak.

Al-Layth bin Sa’ad (hidup 94 – 175 H), seorang tokoh Fiqh di Mesir menceritakan, “saya bertemu Imam Malik (hidup 93-179 H) di Madinah lalu saya berkata: “saya melihat kamu menyapu peluh didahimu.” Malik menjawab: “saya berpeluh berada bersama Abu Hanifah (hidup 80 – 150 H) kerana beliau seorang yang sangat faqih wahai orang Mesir.” Kemudian saya bertemu pula Imam Abu Hanifah dan saya berkata kepadanya: “Alangkah indahnya ulasan Imam Malik terhadap kamu”. Abu Hanifah lantas berkata: “Demi Allah. Saya tidak melihat seseorang yang lebih pantas daripada beliau membawa jawapan yang benar dan kritikan yang sempurna”
(Dipetik dari kitab al-Intiqa’ fi Fadhail al-A’immah al-Thalathah al-Fuqaha karya Ibnu Abd al-Barr)

Demikianlah akhlak para ulamak meskipun berbeza pendapat dan mazhab.

Dr Khairuddin Takiri

01/08/2019 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Wahabi adalah gerakan MEMBIDAAHKAN amalan orang lain yang tidak sehaluan dengan mereka.

1. Wahabi sebenarnya adalah gerakan MEMBIDAAHKAN amalan orang lain yang tidak sehaluan dengan mereka & merasakan hanya amalan mereka sahaja yang betul. Hanya mereka sahaja kononnya mengikut “Sunnah”. Mereka kelompok manusia yg tidak boleh berbeza pandangan, tidak menghormati ikhtilaf @ khilafiyyah (perbezaan pendapat di kalangan ulamak). °

Wahabi menolak bahawa Bid’aah ada 2 bentuk:

(i) Baik (Hasanah) &

(ii) Sesat (Dolalah).

Bagi Wahabi semua Bid’aah adalah sesat & gerenti masuk neraka. Oleh itu setiap Bid’aah adalah mungkar & bagi mereka wajib ditentang.

(Nota: sedangkan contoh bidaah hasanah yg kita praktikkan adalah *Solat Tarawih secara berjamaah dengan seorang Imam yang pertama kali dilakukan di zaman Khalifah Umar AL Khattab)

Lalu Wahabi membesar-besarkan perbezaan pendapat & membuat kecoh seluruh dunia tanpa boleh berlapang dada.

Pra-syarat menjadi Wahabi ialah kena memperbanyakkan menutur tuduhan “BID’AAH” terhadap amalan orang lain & menjadikan ianya “wirid” harian.

2. Wahabi MELARANG BERAMAL apabila tiada nas khusus untuk amalan tersebut walaupun di sana ada perintah umum daripada al-Quran & al-Sunnah. Bagi Wahabi setiap ibadat kena ada nas & dalil, walhal perintah yang bersifat umum sudah ada namun mereka menolaknya.

Wahabi marah membaca Surah Yasin malam Jumaat kerana tiada nas. Bukankah perintah supaya kita memperbanyakkan membaca al-Quran sudah cukup memadai? Adakah nas melarangnya pula? Ya, tiada Larangan pun.

3. Wahabi adalah gerakan MENUDUH SYIRIK kepada orang lain: Tawassul misalnya bagi mereka syirik kecuali tawassul dengan amalan soleh, & dengan Asmaul Husna saja. Walhal para Sahabat & Salafus Soleh pernah bertawassul dengn pelbagai bentuk lain.

4. Wahabi juga adalah suatu gerakan MENTAJSIMKAN Allah SWT; yakni mensifatkan Allah seperti “bertangan”, “duduk” atas Arasy, “ketawa”, Allah di atas langit.

Wahabi menolak takwil yang dibawa oleh manhaj Ashairah & Maturidiyyah sedangkan manhaj Ashairah itu lebih selamat dari mensifatkan Allah dgn sifat makhluk.

5. Wahabi juga adalah gerakan MENTADHA’IFKAN hadith & MEMARDUDKAN hadith dhaif, menolak penggunaan hadith2 dhaif & membakul-sampahkan semua hadith2 dhaif. Sedangkan sejak seribu tahun lebih para ulama hadith membenarkan penggunaan hadith dhaif dalam hal fadhailul ‘amal & targhib wa tarhib.

Kiblat rujukan hadith Wahabi ialah Sheikh Nasruddin Al-Albani. Mereka tidak sedar mereka bertaqlid & mengikut membuta tuli apa sahaja takhrij hadith oleh al-Albani.

Ulama rujukan Wahabi pula ialah sekalian “kibarul ulama” Saudi hari ini manakala kitab-kitab rujukan Wahabi ialah kebanyakannya kitab karangan Muhammad Abdul Wahab.

Mereka membutakan mata & memekakkan telinga apabila didatangkan hujah daripada para ulamak lain yang muktabar tetapi tidak sealiran dengan mereka. Wahabi itulah yang bertaqlid buta sebenarnya.

6. Wahabi ialah juga gerakan MEMBURUKKAN ahli Sufi & tasawuf. Mereka secara terpilih memetik yg mana sesuai dengan fikrah mereka kitab-kitab Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, Al-Dhahabi, al-Syawkani khususnya di bab memburuk & mencemuh para Sufi kerana Wahabi gerakan anti-Sufi. Walhal Ibn Taymiyyah sendiri adalah pengikut tarekat Qadiriyyah.

Wahabi di Malaysia misalnya mengatakan tasawuf lebih kotor daripada air longkang. Sedangkan Sufi ada yg baik & ada yg sesat sepertimana umat Islam yang lain juga amnya: ada yg Soleh, ada Munafik & ada yang berdosa.

Sufi juga tidak maksum. Bahkan Imam Ghazali sendiri turut ada mengkritik “Sufi Palsu” walaupun beliau sendiri seorg ahli Sufi.

7. Wahabi MENOLAK Imam al-Ghazali ra & jarang dengar mereka mengutip kalam Imam al-Ghazali ra. Bagi mereka Imam al-Ghazali ra Hujjatul Islam itu jahil hadith.

Itulah Wahabi, & jangan terkeliru dgn suara2 membela Wahabi walaupun mereka malu mengaku diri mereka Wahabi. Ada ketikanya mereka cuba menyembunyikan punca kenapa mereka digelar Wahabi, kononnya Wahabi itu “hantu”, “momok” & tidak wujud.

Kenal dulu ciri-ciri Wahabi maka tahulah anda siapa pendokong mereka. Kalau yang melenting apabila Negeri Sembilan mengharamkan Wahabi, hampir pasti 99.9% mereka pendokong tegar Wahabi (yang malu mengaku). Hati-hati dengan mereka ini walaupun petah berbicara, & mulut penuh dengan ayat-ayat al-Quran & al-Hadith.

Ada juga Wahabi Malaysia yang sangat terkenal & bicara memukau sehingga ramai orang awam tertipu.

Dengan pengharaman Wahabi di Negeri Sembilan, Perak, Pahang & Kedah moga-moga semakin ramai yang sedar & semakin jelas siapa pendokong Wahabi sebenar yang bertopeng & begitu licik selama ini.

Jangan terkejut jika ustaz yang anda kagumi selama ini adalah sebenarnya / mungkin pendokong Wahabi.

Golongan ibubapa yg mempunyai anak-anak muda remaja WAJIB bersama membenteras wabak WAHABI daripada menular. Kita tidak mahu pegangan agama keturunan kita menjadi goyah.

Kita memerlukan anak-anak soleh yang mampu berfikir dengan baik. Kita pemimpin keluarga. Kita WAJIB memastikan ibadah kita & keturunan kita adalah mengikut ASWJ. Jangan ada nanti yang bankrup di alam barzakh kerana semua amalan-amalan ibadah kita BATAL dek kerana bermazhabkan Wahabi yang terkenal dengan the “simplified version of” hukum fekah & memperlekehkan the “dos & the don’ts” dalam Islam.

Ulama ada berkata; Yang dicintai Allah swt itu adalah melihat kepada KEPAYAHAN & PENAT JERIH kita di dalam solat serta dalam mengerjakan ibadah-ibadah yang diperintahkan olehNya kepada makhluk-makhluk mukallaf. Sedangkan di kala menunaikan ibadat Haji, kita berkusut masai.

Siapa Wahabi untuk meringankan ibadah-ibadah yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW.

Kita WAJIB belajar dgn lebih mendalam tentang Imam Syafie dan mazhab2 ASWJ… Hambali, Maliki, Syafie & Hanafi. Siapa mereka? Solat mereka bagaimana? Ibadah mereka?

Tentang isu pengajaran Sifat 20 – yang paling jelas Wahabi amat menentangna.

Wahabi juga tidak langsung mengerjakan solat sunat Qabliyah Assar dan hanya melakukan 12 rakaat solat sunat sehari. Mereka membenarkn pembacaan Kitab Suci Al-Qur’an walaupun dalam keadaan haid & nifas: tidak m’hormati Kalamullah

Wahabi membolehkan bcaan doa dalam bahasa Ibunda yang zahir Qauli dalam solat sedangkan bercakap selain dari yang dibenarkan adalah membatalkn solat.

Wahabi tidak menyanjung Ulama bahkan menghina pula Ulama muktabar seperti Imam al-Ghazali.

Bagi membenteras gejala ini, we have to equip ourselves with valid & in-depth knowledge on all of the 4 Mazhabs of Ahli Sunnah Wal Jamaah ( ASWJ ).

Minta tolong ambil berat dalam soal akidah… sekurang-kurangnya kita dapat menilai sendiri dan terselamat dari pelbagai fahaman sesat yang terdiri dari 72 puak sesat di akhir zaman.

Bertalakki la dengan guru-guru yang sampai sanad. Guru-guru yang mursyid memang payah dicari tetapi kita kena berusaha mencarinya.

Imam-imam ASWJ dalam 3 ilmu:

BAB FIQIH – Hanafi, Hambali, Maliki dan Syafie

TAUHID/USULUDDIN – Abu Hasan al Ash’ari

TASAUF/SUFI – Al-junaid

Belajar fiqih, tauhid dan diikat dengan tasauf… belajar 3 cabang ilmu sekurang-kurangnya fardu ain…

Jagalah amal ibadah kita yang kita buat seharian dari menjadi debu-debu di akhirat nanti jika akidah kita terpesong… jadi memang kena ambil peduli hal akidah…di kalangan manakah kita… 72 golongan yang sesat atau 1 golongan yang di terima. Munajatlah pada yang Maha Esa agar kita semua berada dalam golongan yang berada di jalan yang benar.

Allahu’alam…

FB Ustaz Yunan A Samad

30/07/2019 Posted by | Informasi, wahabi | Leave a comment

SIFAT 20 & MAKRIFATULLAH

Apakah maksud sifat 20?

Sifat dua puluh adalah satu konsep ilmu yang ciptaannya sangat ajaib, di dalam mentafsir kaedah mengenal Allah melalui ilmu makrifat.

Sifat 20 dicipta oleh ilham para sufi dan para aulia’ terdahulu, bagi tujuan mengajar kita menuju jalan mengenal Allah. Barang siapa mempelajari sifat 20 dengan bersungguh-sungguh, berserta faham akan maksud dan makna yang tersirat, InsyaAllah ia akan dapat mengenal Allah swt dengan nyata dan terang.

Banyak cabang ilmu dan banyak kaedah pembelajaran yang telah didedahkan melalui kitab, melalui pondok, melalui sekolah dan tidak kurang pula melalui guru-guru agama.

Semua itu bertujuan bagi mencari jalan, mencari cara dan mencari kaedah untuk mengenal Allah. Di antara banyak-banyak cara dan di antara banyak-banyak kaedah, cara dan kaedah terbaik bagi mengenal Allah swt adalah dengan mempelajari sifat 20.

Allah tidak akan dapat dikenal melalui mata zahir, ianya dapat dikenal melalui mata hati dengan mempelajari sifat-sifatnya.

APAKAH ASAS SIFAT 20?

Sifat 20 berasaskan kepada 4 perkara;

1) Zat
2) Sifat
3) Af’al
4) Asma’

APAKAH SIFAT ALLAH YANG 20 ITU?

1. Wujud = ada
2. Qidam = sedia
3. Baqa’ = kekal
4. Mukholafatuhu lilhawadis = bersalahan dengan yang baharu
5. Qiamuhu binafsih = berdiri sendiri
6. Wahdaniah = esa
7. Qudrat = kuasa
8. Iradat = menghendaki
9. Ilmu = mengetahui
10. Hayat = hidup
11. Sama’ = mendengar
12. Basar = melihat
13. Kalam = berkata-kata
14. Qodirun = maha berkuasa
15. Muridun = maha menghendaki
16. Alimun = maha mengetahui
17. Hayyun = maha hidup
18. Sami’un = maha mendengar
19. Basirun = maha melihat
20. Mutakallimun = maha berkata-kata

20 sifat Allah itu terbahagi kepada berapa bahagian?

20 sifat-sifat Allah terbahagi kepada 4 bahagian.

1. Bahagian sifat Nafsiah
2. Bahagian sifat salbiah
3. Bahagian sifat Ma’ani
4. Bahagian sifat Ma’nawiah

Bahagian yang empat inilah yang dikatakan menjadi inti pati dan isi kepada ilmu mengenal Allah. 4 bahagian inilah nantinya yang akan mengupas dan yang akan menterjemahkan sifat 20. Barang siapa yang berhajat untuk mengenal Allah, perlu diambil perhatian kepada ke empat-empat bahagian tersebut.

SIFAT NAFSIAH

Apakah sifat yang terkandung dalam nafsiah?

Sifat yang terkandung di dalam nafsiah itu, hanya satu iaitu sifat wujud. Wujud yang membawa maksud ada. Adanya Allah itu, meliputi segala yang zahir mahu pun yang batin.

Apakah maksud sifat nafsiah?

Sifat nafsiah itu, bermaksud menafikan kewujudan yang lain selain Allah. Hanya Allah sahaja yang ada dan hanya Allah sahaja yang wujud.

Wujudnya Allah itu, adalah ujud yang disertai sekali dengan zat, sifat, af’al dan asma’Nya. Zat Allah itu merupakan sifatNya dan sifat Allah itu adalah juga merupakan zatNya. Zat dengan sifat Allah itu adalah ujud yang tidak terpisah, berpisah, bercerai dan ujud yang tidak berasingan.

Keujudan zat dengan keujudan sifat Allah itu, adalah esa (satu juga pada hakikatnya). Seumpama sifat ilmu dengan sifat kalam Allah. Apabila sifatnya bersifat mendengar (sama’), bererti zatnya juga, bersifat berpendengaran (sami’un). Apabila Allah bersifat melihat (basar), bererti zatNya bersifat berpenglihatan (basirun). Apabila Allah bersifat kuasa (kudrat), bererti zatNya bersifat kekuasaan (kodirun). Begitulah seterusnya dengan sifat-sifatnya yang lain.

Sifat Allah itu seumpama sifat angin dengan sifat bergoyang (bertiup). Apabila kita melihat pokok bergoyang, itu menandakan adanya angin. Tergoyangnya pokok, adalah bagi menandakan bergoyangnya angin. Sifat bergoyang itu sebenarnya bukan sifat pokok, yang bergoyang itu sebenarnya adalah sifat angin.

Walau bagaimanapun sifat angin dan sifat bergoyangnya pokok itu, adalah satu sifat yang sama. Jika tidak ada angin, masakan pokok bergoyang. Pokok tidak boleh bergoyang dengan sendiri, jika bukan kerana digoyang dan ditiup oleh angin. Begitulah juga sifat Allah dengan ZatNya, tidak boleh bercerai.

Begitulah juga kaedahnya kita mentafsir sifat 20. Apabila ianya dirujuk kepada diri. Barulah kita dapat melihat dan mengenal Allah melaluinya. Seandainya sifat 20 itu tidak dirujuk kepada diri, selama itulah kita tidak akan dapat mengenal dan melihat Allah. Dalam memahami sifat nafsiah (nafi) iaitu sifat menafikan, menidakkan, atau sifat menolak.

Kita dikehendaki menidakkan sifat-sifat yang lain selain Allah. Kita dikehendaki menidakkan kewujudan sifat alam dan sifat diri kita sendiri. Menidakkan sifat diri kita, supaya ianya menjadi tidak ada dan tidak wujud (binasa). Cara untuk menidakkan sifat diri kita dan untuk mewujudkan sifat Allah itu, adalah dengan cara, menyerah atau membinasakan diri kepada Allah.

Bila mana sifat telinga telah dipulangkan, ianya akan disambut dengan sifat pendengaran Allah. Bila mana sifat mata telah binasa, akan disambut dengan sifat penglihatan Allah. Sifat berfikir, akan disambut dengan ilmu Allah. Selagi sifat mata menjadi sebahagian daripada sifat kita, sudah pasti kita tidak akan dapat melihat Allah melalui pandangan dan penglihatanNya.

Setelah sifat mata kita itu dipulangkan kepada Allah, akan bertukar menjadi sifat basar Allah, barulah sifat penglihatan basirun Allah itu, boleh melalui sifat mata kita. Bermaknanya di sini bahawa, sifat mata yang ada pada kita sekarang ini, tidak boleh dan tidak layak menerima penglihatan Allah melaluinya, melainkan sifat mata makhluk telah binasa dan bertukar kepada sifat wajah Allah.

Maka kita tidak layak untuk menanggung atau menerima sifat penglihatan Allah yang maha tinggi. Sifat makhluk tidak layak untuk menanggung sifat Allah, melainkan sifat kita itu ditukar milik, supaya menjadi milik Allah, setelah melalui proses penyerahan diri (penyerahan tugas dan penyerahan hak milik) kepada Allah.

Apabila sudah menjadi milik Allah, barulah mata kita itu, dapat melihat melalui penglihatan Allah. Apabila mata kita itu telah menjadi milik Allah, barulah sifat basirun (penglihatan) Allah itu dapat terpancar melalui mata kita.

Apabila penglihatan Allah sudah menembusi mata kita, dengan sendirinya sifat mata akan binasa. Mata makhluk akan hangus terbakar, binasa dan lenyap lantaran dipenuhi oleh cahaya Allah. Cahaya penglihatan Allah itu sendiri, yang membinasakan sifat mata kita. Hanya Allah sahaja yang dapat menanggung sifat Allah. Sifat mata kita tidak dapat untuk menanggung sifat penglihatan Allah.

Selagi mata masih bersifat makhluk atau masih menjadi sebahagian dari anggota diri kita, selagi itulah wajah Allah tidak boleh mengambil tempat. Selagi sifat Allah tidak dapat mengambil tempat, selagi itulah, kita tidak akan dapat mengenal dan melihat Allah melaluinya. Inilah konsep nafsiah, iaitu konsep menidakkan sifat makhluk supaya dapat menjadikan semuanya bersifat wajah Allah.

Setelah kita berjaya dalam menidakkan, fana’ dan leburkan diri kita ke dalam cahaya Allah, maka jadilah telinga kita itu, merupakan pendengaran Allah, jadilah mata kita itu, penglihatan Allah dan sebagainya.

Mata kita tidak layak untuk menanggung penglihatan Allah. Begitu juga dengan sifat-sifat yang lain, ianya merupakan pakaian dan persalinan Allah. Sifat kita selaku makhluk, tidak layak untuk memakai yang menjadi persalinan Allah. Seandainya kita terpakai persalinan Allah, cepat-cepatlah bertaubat.

Apabila Allah bersifat basar, Allah juga bersifat basirun. Apabila Allah bersifat qudrat, Allah juga bersifat Qodirun dan sebagainya. Oleh yang demikian bagi yang telah sampai kepada makam (tahap) makrifat, menjadikan yang dilihat itu, adalah juga yang melihat dan yang melihat itu, adalah juga yang dilihat, yang disembah itu, adalah yang menyembah dan yang menyembah itu, adalah juga yang disembah.

Dengan syarat diri kita telah binasa, mati, lebur, dan karam dalam zouk cahaya wajah Allah. Walaupun Allah itu bersifat dengan 20 sifat, namun semua 20 sifat itu, adalah esa (satu) juga dalam zatNya. Walaupun sifat Allah itu banyak, tetapi ia satu dalam zatNya.

Yang menjadikan sifat Allah itu berbilang-bilang adalah dikeranakan khayalan fikiran dan lemahnya sangkaan akal manusia. Sedangkan pada dasar dan pada hakikatnya, kesemua sifat Allah itu adalah satu (esa), tidak berbilang-bilang.

Mempelajari, memahami serta mengetahui sifat nafsiah bertujuan memberi peringatan kepada kita bahawa, tidak ada yang berbentuk, melainkan yang berbentuk itu adalah bentuk bagi Allah dan tidak ada yang bersifat, melainkan yang bersifat itu hanya sifat bagi Allah. Tidak ada yang berupa melainkan yang berupa itu adalah rupa bagi Allah.

Di dalam memahami sifat nafsiah, kita dikehendaki menafikan, mematikan, melenyapkan, menghilangkan dan membinasakan semua sifat-sifat yang lain selain dari sifat Allah. Di peringkat pengajian ilmu sifat nafsiah, kita dikehendaki melihat bahawa hanya Allah sahaja yang ada, ujud, wujud dan maujud.

Keujudan makhluk alam pada peringkat ini belum lagi boleh diletak dalam gambaran fikiran dan belum lagi boleh dibayangkan dalam ciptaan khayalan akal. Yang ada dan yang ujud pada peringkat sifat nafsiah itu, hanyalah Allah semata-mata.

Sifat nafsiah adalah sifat bagi mengajar kita tentang kewujudan Allah secara mutlak dan secara “wujudiah”. (wujud yang meliputi), meliputi sekalian alam, meliputi sekalian makhluk dan meliputi sekalian diri kita. Sifat nafsiah dalam wujudiah itu adalah membawa makna kewujudan Allah secara mutlak, secara bersendirian, secara keesaanNya, tanpa adanya lagi yang lain selain Allah.

Seumpama bukan pokok yang bergoyang tetapi yang bergoyang itu adalah angin. Walaupun kita nampak yang bergoyang itu pokok, di dalam kefahaman pengajian ilmu makrifah yang bergoyang itu bukan lagi pokok, sesungguhnya yang bergoyang itu adalah sifat angin. Inilah kedudukan sifat nafsiah dalam tafsiran makrifat.

Di dalam kita belajar sifat nafsiah dalam sifat 20 kita jangan lupa untuk menghubung kaitkan dengan kalimah syahadah. Pelajaran sifat nafsiah dalam sifat 20, bukan sekadar bertujuan untuk dihafal. Pelajaran sifat nafsiah itu selain bertujuan untuk mengenal sifat Allah melalui sifat 20, ianya juga adalah bertujuan bagi mentafsir kalimah syahdah. Sifat nafsiah itu, adalah satu kaedah kiasan sahaja. Tujuan sebenar kiasan sifat nafsiah itu, adalah disasarkan kepada tafsiran dan pemahaman kalimah syahadah.

Sifat nafsiah apabila dikaitkan, diletak atau diterjemahkan pada tafsiran syahadah, ia berada pada kedudukan kalimah “LAA” (iaitu kalimah nafi). Kalimah nafi adalah kalimah menolak yang lain selain Allah, membinasakan yang lain selain Allah. Kewujudan sifat-sifat yang lain itu, seumpama bayang cahaya. Apabila hilang cahaya maka hilanglah bayang.

Apabila kita dapat memahami dan menghayati pengertian isi ilmu nafsiah dalam sifat 20 dengan penuh penghayatan, ianya membuatkan ucapan syahadah kita, benar-benar diterima Allah.

Bagaimana cara ucapan syahadah yang penuh makna?

Ada pun ucapan syahadah yang penuh makna itu, adalah dengan melafazkan ungkapan kalimah “Laa” dengan menghilangkan dan membinasakan sifat-sifat yang lain, selain Allah. Sehingga tidak ada lagi keujudan bulan, bintang, alam, dunia dan keujudan kehidupan diri, melainkan Allah lah yang ujud, wujud dan maujud, pada sekalian wajah alam.

Ucapan perkataan “Laa” adalah tahap ucapan yang tidak ada lagi sesiapa. Tidak ada apa-apa di kiri, di kanan, di atas, dan tidak apa-apa lagi di bawah kita, melainkan semasa melafazkan kalimah “Laa” kita dikehendaki mengisi keyakinan hati dan mengisi kepercayaan akal, bahawa tidak ada yang lain lagi pada keujudan alam ini, melainkan sekalian yang ada ini, adalah wajah Allah (yang meliputi segalanya). Itulah di antara tujuan kita mempelajari sifat nafsiah (sifat 20)

APAKAH BENTUK SIFAT NAFSIAH?

Sifat nafsiah adalah berbentuk “PERKHABARAN”, sifat yang hanya ada pada zat Allah dan tidak memberi bekas kepada alam, sifat nafsiah itu, tidak pula boleh dikualiti dan tidak boleh dikuantitikan. Adanya Allah adalah ada yang mutlak, ada yang tidak di keranakan oleh suatu kerana yang lain.

Sifat nafsiah adalah sifat yang mengkhabarkan kepada kita bahawa Allah itu ada, adanya Allah itu melalui perkhabaran yang tidak dapat dipegang atau dirasa dengan tangan, tidak dapat dizahirkan untuk dilihat. Perkhabaran adalah perkara yang tidak boleh dikualiti atau dikuantitikan. Ia hanya boleh dirasa dan diyakini oleh hati.

SIFAT MA’ANI

Sifat Apakah Yang Terkandung Di Dalam Ma’ani?

Sifat yang terkandung di dalam sifat ma’ani ada 7 perkara:

1. Qudrat = kuasa
2. Iradat = berkehendak
3. Ilmu = mengetahui
4. Hayat = hidup
5. Sama’ = mendengar
6. Basar = melihat
7. Qalam = berkata-kata

Bagaimana Menterjemah Sifat Ma’ani Pada Diri Kita?

Sifat ma’ani Allah Ta’ala yang jelas terzahir pada diri kita ada 7:

1. Hidup
2. Mengetahui
3. Berkuasa
4. Berkehendak
5. Melihat
6. Mendengar
7. Berkata-kata

Ada dengan terang dan jelas menzahir sifat-sifatNya ke atas diri kita. Tujuan dizahirkan sifatNya supaya dijadikan sebagai pedoman, sebagai panduan dan sebagai iktibar untuk kita mengenal, melihat dan memandang Allah melaluinya.

Allah bukan ain (bukan benda) yang boleh dikenal melalui bentuk hitam dan putih. Allah menzahirkan sifat-sifatnya ke atas diri kita adalah bertujuan supaya dijadikan “Tempat memandang sifat-sifatnya” kepada mereka-mereka yang berpandangan jauh.

Tetapi ramai yang masih tidak memerhatikannya. Sifat hidup, sifat mengetahui, sifat berkuasa, sifat berkehendak, sifat melihat, dan sifat berkata-kata yang dipakai Allah atas diri kita, adalah menjadi tanda kebesaranNya atas diri kita supaya kita memerhati dan melihatnya. Sifat-sifat tersebut bukannya sifat peribadi kita tetapi sifat tersebut sebenarnya adalah hak kepunyaan mutlak Allah Ta’ala.

Sifat yang kita pakai ini adalah pinjaman semata-mata. Dari itu hendaklah kita sedar dan insaf akan hal itu. Kesemua sifat-sifat tersebut adalah hak milik Allah dan kepunyaan Allah swt yang sepatutnya dikembalikan semula kepada tuan yang empunya, sementara hayat masih dikandung badan.

Penzahiran sifat ma’ani (angin) atas makluk (diri kita) adalah sekadar pinjaman yang berupa pakaian sementara, yang akhirnya dikehendaki kembali semula kepada tuan yang empunya. Allah tidak boleh diibarat atau dimisalkan dengan sesuatu.

Maha suci Allah dari ibarat dan misal. Segala misalan atau segala perumpamaan yang dinukilkan itu, hanyalah sekadar untuk mempermudahkan faham. Sifat ma’ani itu, adalah seumpama bayang-bayang, manakala Allah Ta’ala itu, adalah seumpama tuan yang empunya bayang.

Firman Allah:

Surah Al-Furqān (ayat 45)

أَلَمْ تَرَ إِلَىٰ رَبِّكَ كَيْفَ مَدَّ الظِّلَّ وَلَوْ شَاءَ لَجَعَلَهُ سَاكِنًا ثُمَّ جَعَلْنَا الشَّمْسَ عَلَيْهِ دَلِيلًا

Tidakkah engkau melihat kekuasaan Tuhanmu? – bagaimana Ia menjadikan bayang-bayang itu terbentang (luas kawasannya) dan jika Ia kehendaki tentulah Ia menjadikannya tetap (tidak bergerak dan tidak berubah)! Kemudian Kami jadikan matahari sebagai tanda yang menunjukkan perubahan bayang-bayang itu;

“Allah Jadikan Manusia dalam bayangNya”

Maksud bayang itu, adalah merujuk kepada makhluk dan diri kita. Bayang (diri) sebenarnya tidak mempunyai apa-apa sifat. Bayang hanya sekadar sifat yang menumpang dari yang empunya bayang. Bergeraknya bayang adalah gerak daripada yang empunya bayang. Berdirinya bayang adalah dengan berdirinya tuan yang empunya bayang (Allah). Mustahil bayang itu boleh berdiri dengan sendiri tanpa kuasa dari yang empunya bayang (Allah). Bayang dengan yang empunya bayang itu, mustahil bersatu dan mustahil bercerai.

Diri kita dengan wajah Allah itu, adalah seumpama ujud bayang dengan yang empunya bayang atau seumpama bayangan wajah di permukaan cermin. Sifat ma’ani itu tidak boleh berdiri dengan sendiri tanpa bergantung dari sifat maknawiah. Hubungan antara sifat ma’ani dengan sifat maknawiah itu, adalah seumpama hubungan antara bayang dengan yang empunya bayang.

Contohnya seumpama sifat mata dengan penglihatan, sifat telinga dengan pendengaran dan sifat mulut dengan yang berkata-kata. Walau bagaimana keadaan sekalipun, ianya tetap tidak boleh bercerai dan juga boleh bercantum. Inilah yang dikatakan hubungan sifat ma’ani dengan sifat ma’anawiah itu, bercantum tidak bercerai tiada.

“Tiada bercerai antara nafi dan isbat, dan siapa-siapa yang menceraikan antara keduanya maka orang itu kafir adanya”

Bayang bukan cahaya tetapi tidak lain dari cahaya. Cahaya bukan matahari tetapi tidak lain dari matahari. Begitu jugalah contohnya hubungan antara Allah dengan diri kita. Dari itu marilah kita sama-sama mengambil faham dan insaf bahawa sifat yang kita miliki ini, sebenarnya hak kepunyaan Allah, yang harus kita serah kembali kepada yang empunya.

Tujuan mempelajari sifat ma’ani adalah bertujuan supaya kita mengaku bahawa sebenarnya diri kita ini tidak ada, tidak wujud, dan tidak terjadi. Yang wujud, yang ada dan yang terjadi adalah hanya semata-mata Allah, seumpama sifat bayang, terzahirnya bayang itu, adalah bagi tujuan menampakkan dan menyatan sifat yang empunya bayang itu sendiri.

Di dalam keghairahan membicarakan soal sifat ma’ani, harus diingat bahawa Allah tidak bertempat. Allah tidak menjelma ke atas jasad. Allah tidak bertempat di dalam atau di luar badan, Allah tidak bersatu, tidak bercantum dengan badan, Allah bukan kesatuan, Allah bukan bersyarikat, bukan bercantum dengan jasad kita. Ada orang yang mengaku bahawa Allah menjelma di dalam jasad dan tidak kurang pula ada yang mengaku menjadi Tuhan dan sebagainya.

Bukan kita yang meliputi Allah, tetapi Allah lah yang meliputi kita. Kesemua sifat yang kita miliki ini adalah milik Allah, sifat yang ada pada diri kita akan hancur, binasa dan hilang lenyap, sifat yang kekal dan yang abadi itu, hanyalah Allah swt.

Firman Allah:

Surah Al-Qaşaş (ayat 88)

وَلَا تَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَٰهًا آخَرَۘ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۚ كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُۚ لَهُ الْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah. Tiada Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah. BagiNya lah kuasa memutuskan segala hukum, dan kepadaNya lah kamu semua dikembalikan.

Apa Hubungan Sifat Maani Dengan Roh?

Sifat ma’ani adalah wajah Allah yang terzahir melalui sifat dan rupa paras roh, melalui sifat mata, mulut, telinga, dan anggota tubuh seluruhnya. Sebagaimana rupa dan paras roh, sebegitulah wajah ma’ani Allah, kerana rohlah sifat ma’ani Allah.

Untuk melihat sifat ma’ani Allah, lihatlah pada wajah dan sifat rupa paras diri kita sendiri. Hubungan roh dengan sifat ma’ani itu, seumpama sifat mata pada roh, penglihatan bagi Allah, telinga pada roh, pendengaran bagi Allah, dan begitulah seterusnya.

Apakah Hubungannya Sifat Ma’ani Dengan Kalimah Syahadah?

Tujuan kita mempelajari dan mendalami ilmu ma’ani itu, adalah untuk membawa kepada pemahaman kalimah syahadah. Tujuan nafsiah membawa pengertian kepada kalimah “Laa” adalah kalimah bagi menafikan kewujudan sifat makhluk. Manakala sifat ma’ani kalimah “Ila ha” pula, bermaksud mengadakan atau mengiakan dan mengambil balik segala apa yang kita telah tolak dalam kalimah “Laa”. Jika dalam kalimah “Laa” kita tolak semua sifat makhluk, manakala dalam kalimah “Ila ha” pula, ianya kita adakan semula. Walaupun sifatnya diadakannya kembali, ianya adalah sekadar sifat yang menumpang.

Jika dalam kalimah “Laa” kita mengaku bahawa tidak ada lain, selain Allah, manakala dalam kalimah “Ila ha” pula kita mengaku bahawa Allah telah menzahirkan makhluknya melalui 7 sifatNya, seumpama sifat hidup, kuasa, berkehendak, mengetahui, mendengar, melihat dan sifat berkata-kata. Walau bagaimanapun 7 sifat tersebut di atas hanya sekadar sifat menumpang. Seumpama sifat sama’ menumpang sifat sami’un, sifat basar menumpang sifat basirun dan begitulah seterusnya.

Untuk dihubung kaitkan dengan kalimah syahadah, kita hendaklah melihat sifat mata yang kita miliki, tidak berguna, tanpa penglihatan Allah, telinga kita tidak akan bermakna tanpa pendengaran Allah, mulut tidak bererti tanpa berkata-kata Allah, hidung tidak berguna tanpa hidup Allah, akal tidak bererti jika tanpa ilmu Allah, anggota tidak bermakna tanpa kuasa Allah. Segala-galanya yang ada pada kita bergantung dan menumpang sifat Allah.

Semasa melafazkan kalimah “Ila ha” dalam bersyahadah, kita dikehendaki mengingati diri kita bahawa sifat yang ada pada diri dan yang kita bawa ini, tidak boleh berdiri sendiri, hanyalah sekadar sifat yang menumpang dan bergantung kepada sifat Allah. Diri kita tidak memiliki apa-apa. Kita tidak akan dapat melihat tanpa basirun Allah dan kita tidak akan dapat mendengar tanpa samiun Allah.

Dari kesedaran dan keinsafan itu, membawa hati kita kepada suatu perasaan kosong, hiba, hina, kerdil, miskin, kecil dan perasaan fakir di hadapan Allah. Inilah tujuan kita mempelajari sifat ma’ani.

Diri kita ini sesungguhnya yatim piatu yang tidak punya apa-apa. Ibu bapa, anak-isteri, kaum-keluarga, harta benda, hidup mati dan kaya miskin itu, adalah hak Allah ta’ala, yang boleh diambilnya balik pada bila-bila masa. Yang kita miliki ini, adalah semata-mata hak kepunyaan Allah.

Di tangan Allah lah diri kita, segala kekuatan, kecantikan, kekayaan dan kegagahan yang selama ini kita megah-megahkan itu, sebenarnya adalah milik kepunyaan Allah.

Dengan kefahaman bahawa, sifat diri kita ini, sebenarnya mati dan menumpang. Seumpama sifat mata, telinga, mulut, tangan, kaki dan seluruh anggota, menumpang wajah kebesaran Allah. Yang hendaknya dikembalikan semula sifat itu kepada Allah.

Anggaplah diri kita ini, sudah mati, binasa, hilang dan lenyap dalam wajah Allah. Yang kita miliki ini, semuanya adalah hak Allah Ta’ala belaka. Hendaklah kita serah kembali kepada Allah. Kembalikan sifat-sifat tersebut kepada Allah. Jadikanlah diri kita ini seumpama fakir, muflis, hina, mati, binasa, dan hilang dalam kekuasaan Allah. Inilah di antara hikmah dan di antara intipati mempelajari sifat ma’ani dalam sifat 20.

Bagaimana Mengenal Allah Melalui Sifat Ma’ani?

Peranan sifat ma’ani hanya sekadar menjadi saksi (kesaksian) Sifat ma’ani berperanan sekadar sifat menumpang. Seumpama basar, hanya menumpang kepada sifat basirun. Telinga menumpang sifat sama’, manakala sama’ pula menumpang sifat samiun. Lidah menumpang sifat kalam, manakala kalam pula menumpang sifat mutakallimun. Sifat ma’ani adalah sifat menumpang sifat maknawiah (sifat kekuasaan Allah).

Dari kefahaman itu, dapatlah kita tilik diri sendiri, betapa sifat yang ada pada diri kita ini, semuanya kepunyaan Allah. Kita ada mata, tatapi Allah yang memiliki sifat penglihatan. Kita ada telinga tetapi Allah yang memiliki sifat pendengaran. Kita ada mulut tetapi Allah yang memiliki sifat berkata-kata. Begitulah seterusnya, yang menggambarkan bahawa diri kita ini adalah kepunyaan Allah.

Sifat ma’ani bertujuan supaya sifat Allah dapat dilihat melalui pancaindera, pada roh, dan pada diri kita sendiri. Allah berilmu manakala diri pula bersifat mengetahui melalui akal. Allah berkudrat, manakala diri pula bersifat berkuasa melalui pancaindera. Allah beriradat, manakala diri pula bersifat berkehendak (dapat berkeinginan melalui rasa). Allah bersifat sama’ manakala diri pula bersifat mendengar melalui telinga. Allah bersifat basar manakala diri pula bersifat melihat melalui mata. Allah bersifat kalam, manakala diri pula bersifat berkata-kata melalui lidah.

Jangan sekali-kali kita menjadi lupa diri, bahawa semua sifat-sifat yang kita miliki ini, adalah kepunyaan Allah, diri kita ini, hanya sekadar menumpang sifat Allah. Apabila kita faham sifat ma’ani, dengan sendirinya membawa diri kita pulang ke pangkuan Allah dengan tangan kosong, dengan menyerahkan segala sifat kepada Allah.

Bahawasanya diri kita ini, sebenarnya adalah kepunyaan dan milik Allah sepenuhnya secara mutlak. Sifat yang kita pakai dan yang ada pada kita ini, seumpama sifat bayang (menumpang yang empunya bayang).

Setelah kita sedar, bahawa sifat yang kita pakai ini adalah sifat pinjaman dan menumpang sifat Allah, sebaiknya kembalikanlah semua sifat-sifat itu kepada Allah. Jangan sekali-kali cuba memakai pakaian Allah, walaupun secara percuma atau secara pinjaman, kerana kita tahu bahawa pakaian Allah itu, amat tidak layak untuk dipakai oleh kita. Kita tidak layak memakai pakaian Allah dan kita tidak layak untuk menerima pinjaman Allah. Pakaian Allah itu, Allah lah pemiliknya, Allah lah yang layak memakainya.

Sebenarnya kita ini, tidak punya apa-apa pakaian atau persalinan. Kita ini adalah ibarat tangan kosong. Yang menjadi milik dan kepunyaan kita bukan pakaian atau persalinan, yang menjadi milik dan kepunyaan kita yang mutlak, adalah Allah itu sendiri.

Inilah konsep yang hendak diketengahkan dan yang hendak diterapkan melalui sifat ma’ani. Konsep serta kefahaman inilah yang benar-benar perlu kita fahami. Cuba fahami dan hayati betul-betul sifat ma’ani yang tujuh itu, apabila kita telah kasyaf dalam menghayati sifat ma’ani, di sinilah membawanya lebur dan terbakarnya sifat diri yang palsu dan yang menumpang ini.

Bagi mereka-mereka yang mengenal Allah, apabila dia cuba untuk memakai sifat Allah. Maka hancur terbakarlah anggotanya, lebur musnahlah sifat jasadnya. Mereka tidak sekali-kali berani memakai sifat pakaian Allah. Pakaian Allah itu ada tujuh iaitu seumpama sifat hidup, ilmu, kudrat, iradat, samak, basar dan kalam, manakala pakaian kita juga tujuh seumpama:

1. Pakaian sifat mati (binasa).
2. Pakaian sifat bodoh dungu.
3. Pakaian sifat lemah, lumpuh tidak berupaya.
4. Pakaian sifat tidak berkemahuan, tidak berkehendak.
5. Pakaian sifat pekak dan tuli.
6. Pakaian sifat buta.
7. Pakaian sifat bisu.

Inilah pakaian dan sifat-sifat yang kita pakai serta pakaian mereka-mereka yang mengenal diri dan yang mengenal Allah swt. Mereka ini beranggapan dan beriktikad bahawa, diri serta jasad mereka sudah mati, tidak ada, lebur dan binasa. Mereka tidak lagi berakal, tidak lagi mempunyai kekuatan, tidak lagi berkemahuan, tidak lagi berpendengaran, tidak lagi berpenglihatan, dan tidak lagi bersuara diri. Jasad mereka sudah fana’, sudah baqa’ dan karam dalam wajah Allah swt.

Diri mereka tidak ubah seumpama mayat yang hidup. Mereka tidak memakai pakaian Allah, mereka tidak meminjam pakaian Allah, mereka tidak mengambil persalinan Allah, mereka tidak memakai apa-apa yang menjadi hak Allah. Tidak layak bagi mereka untuk menerima apa-apa yang menjadi milik Allah. Bagi mereka, segala-galanya adalah dari Allah, kepada Allah dan berserta Allah. Baik di dalam tidur, dalam jaga, dalam gerak, dalam tutur kata, dalam penglihatan, pendengaran, berkeinginan dan sebagainya, semuanya milik Allah.

Bukan sifat mata yang mereka pandang, tetapi penglihatan Allah, bukan sifat telinga menjadi tumpuan, tetapi pendengaran Allah, bukan mulut menjadi keinginan, yang menjadi keinginan mereka ialah suara (kata-kata) Allah. Yang berkeinginan dan berkehendak itu, adalah Allah swt. Yang berkuasa dan berilmu itu adalah Allah. Inilah kaedah pegangan iktikad orang makrifat, dalam menterjemah sifat ma’ani. Yang menjadikan hati kita penuh yakin kepada Allah.

Tujuan sifat ma’ani diketengahkan untuk dipelajari dan difahami, adalah untuk membawa kita kepada suatu keinsafan diri, bahawa semua yang kita miliki dan yang ada pada diri kita ini, sebenarnya adalah milik Allah. Setelah kita sedar yang segala-gala sifat itu menjadi milik Allah, hendaklah kita kembalikannya semula kepada Allah.

Seandainya yang menjadi milik Allah itu telah kita serahkan semula kepada Allah, semasa hayat masih dikandung badan dan semasa masih berada di dalam dunia, apabila kita pulang ke rahmatullah kelak (setelah kita mati nanti), tidak ada apa-apa lagi yang perlu ditanya, perlu dihisab dan perlu dipersoalkan oleh Malaikat.

Perkara yang membuat kita ditanya dan disoal itu, adalah kerana hutang sifat kita semasa di dunia masih belum dijelaskan, mereka yang belum melangsaikan pinjaman dan yang belum mengembalikan hak Allah semasa hayat masih ada dan semasa masih hidup di dunia, hutang sifat yang kita pinjam dari Allah, hendaklah dikembalikan semula kepada Allah. Jika ianya dilangsaikan semasa di dunia, tidaklah ada lagi soal jawab dari Munkar dan Nakir di dalam kubur.

Apa lagi yang Allah hendak tuntut, apa lagi yang Allah hendak tagih dari kita, jika semuanya telah dikembalikan dan diserahkan kepadaNya. Hidup dan mati kita telah kita serahkan kepada Allah, jasad zahir dan batin telah dikembalikan kepada Allah. Apa lagi yang hendak Allah dakwa? Apa lagi yang hendak Allah tuntut?

Yang hendak Allah dakwa dan tuntut itu, bagi mereka-mereka yang kembali ke pangkuannya dengan tidak menjelaskan hutang sifat dan tidak mengembalikan hakNya. HakNya diambil pakai, diambil guna, tetapi tidak pandai untuk memulangkan dan tidak pula pandai mengembalikannya semula kepada Allah.

Jika semuanya telah dikembalikan kepada yang empunya, nescaya tidak ada lagi, tuntut menuntut, dakwa-dakwi dan tidak lagi ada soal jawab kubur, malah di pintu syurga lah kita disambut oleh Allah swt.

Inilah tujuan pengajaran sifat ma’ani diperkenalkan. Ini adalah tujuan sifat ma’ani diketengahkan untuk diambil tahu oleh sekalian kita. Dengan mempelajari sifat ma’ani, akan membawa kita tahu untuk membezakan, yang mana hak kita dan yang mana hak Allah swt. Perhatikan sekali lagi perkara ma’ani dan hendaknya kita hayati dan tilik dengan mata hati yang kasyaf.

Selagi hayat masih dikandung jasad, kita di kehendaki mengembalikan hak kepada yang berhak, nantinya bila tiba di alam akhirat kelak, kita akan mendapat layanan dan sambutan yang istimewa dari penguasa langit, lain dari yang lain. Kita akan ditempatkan bersama orang yang sempurna lagi terpuji.

Roh orang-orang sebeginilah dinamakan roh mutmainnah, roh yang diterima Allah. Tempat kita itu, adalah di sisi Allah, bukannya di sisi tanah yang mengandungi ulat dan cacing.

Roh sebeginilah yang dikatakan roh yang suci bersih, roh yang sentiasa disertai air sembahyang, roh yang sentiasa di iringi dengan kalimah syahadah. Inilah roh mereka-mereka yang mati sebelum mati dan roh mereka-mereka yang mengenal diri semasa di dunia. Inilah yang dikatakan roh yang mengenal tuannya.

Tuan yang empunya roh itu, tidak lain dan tidak bukan hanya Allah swt yang satu lagi esa. Inilah penjelasan dan kupasan tentang kefahaman ilmu mengenal Allah (makrifat) melalui pelajaran sifat ma’ani dalam sifat 20, yang bukan sahaja setakat tahu makna tetapi hendaklah dihayati dengan isi di sebaliknya.

Sumber:FB Ustaz Yunan A Samad

25/07/2019 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

LEPAS NI TAKNAK SOLAT LAMBAT LAGI!

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

WAKTU SUBUH

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

WAKTU DZUHUR

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

WAKTU ASAR

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Nak subur? Sila segerakan solat Asar anda!

WAKTU MAGHRIB

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

WAKTU ISYAK

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah S.W.T. tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah S.W.T. mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya.

——

P/s – Hanya berkesan apabila di awal waktu sahaja.
**********

Sumber: FB Ustaz Yunan A Samad
*اَللّٰهُ أَعْلَم*

24/07/2019 Posted by | Bicara Ulama, Tazkirah | | Leave a comment

AQIDAH DAN KEHIDUPAN

Seseorang Muslim itu tidak akan meninggalkan sama sekali hal yg berkaitan dgn aqidah kerana inilah tunjang kehidupannya..

Awal kewajipan bagi agama itu adalah ma’rifatullah..bagaimana mungkin seseorang itu hendak mencapai ma’rifatullah jika ia mengabaikan aspek aqidah..

Aqidah juga akan mendorong seseorang itu utk ikhlas dlm melakukan ibadah..bagaimana mungkin ibadahnya akan diterima di sisi Allah jika ia tidak ikhlas..aqidah dan keikhlasan itu kedua-duanya sgt berkait rapat antara satu sama lain kerana melibatkan amalan hati..

Org mukmin tidak pernah mengasingkan aspek aqidah dlm kehidupannya kerana ia tahu, di sana nanti akan ada soal dosa dan pahala..Allah sentiasa menggandingkan antara iman dan amal soleh menerusi al-Quran al-Karim menunjukkan iman tidak boleh dipisahkan daripada amal buat seseorang insan mukmin.. seseorang mukmin hendak melakukan apa sahaja sama ada belajar, mengurus, berniaga, mentadbir negara, berpolitik dsb kesemuanya akan dikaitkan dgn iman kerana inilah pegangan muslim dalam kehidupan..

Kini org ramai sentiasa membicarakan mengenai politik..iman juga tidak boleh dipisahkan daripada politik kerana banyak amal soleh yg boleh dilaksanakan menerusi politik..khidmat kpd rakyat adalah amalan soleh..memudahkan urusan org ramai adalah amal soleh..menguruskan ekonomi negara adalah amal soleh..menjaga keselamatan dan keamanan negara adalah amal soleh..jika ahli politik tidak menitik beratkan iman dan amal soleh, maka ia akan terjebak dgn amal toleh (amalan tidak baik) seperti rasuah, pecah amanah dan sebagainya..

Sebab itulah setiap kali umat Islam selesai solat secara berjemaah, imam akan membaca doa berikut yg diaminkan oleh jamaah solat iaitu:
اللهم أحينا بالإيمان وأمتنا بالإيمان وأدخلنا الجنة مع الإيمان برحمة يا أرحم الراحمين
Maksudnya: “Ya Allah, hidupkan kami dalam keadaan iman, matikan kami dlm keadaan iman dan masukkan kami ke dalam syurga beserta iman, dengan rahmatMu ya Allah”

Doa yg dibacakan ini menunjukkan amat pentingnya iman dalam kehidupan dan kerja buat kita..

Semoga kita sentiasa berada di atas landasan yg tepat utk melayari hidup ini dgn berpandukan kpd aqidah yg teguh dan mantap..

Wallahua’lam..

(FB Ustaz Mohd Murshidi Mohd Noor)

22/07/2019 Posted by | Aqidah, Uncategorized | , | Leave a comment

Apabila hukum dalam kitab Fiqh bercanggah dengan Hadith.

SOALAN

Kalau sesuatu hukum itu ada disebut dalam kitab feqh, namun becanggah dengan hadith , mana yang patut diutamakan ?. Mohon penjelasan yang terperinci dari al-fadhil ustaz.

JAWAPAN

1. Perlu kita tahu bahawa hukum hakam yang disebut didalam KITAB FEQH MUKTABAR adalah hukum hakam yang diambil daripada AL-QURAN dan AS-SUNNAH menurut penelitian dan kefahaman ulama muktabar.
.
1.1. Sebab itulah satu fitnah besar terhadap ulama muktabar apabila ada golongan yang tidar sedar diri, yang jumud, mengajak manusia supaya menolak feqh imam Syafii dan seumpamanya atas slogan kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah.
.
1.2. Tanpa disedari golongan ini telah menyesatkan imam Syafei dan ulama yang seumpamanya, kerana dengan slogan tersebut seolah-olah feqh imam Syafii menyalahi al-Quran dan as-Sunnah.
.
1.3. Dari mana datangnya feqh imam Syafii dan feqh ulama yang seumpamanya klu tidak dari al-Quran dan as-Sunnah. insaflah wahai orang yang beraqal.
.
.
2. Berselisih pandangan didalam memahami nas-nas syara’ yang bersifat ZONNIY DILALAH adalah perkara biasa, akan tetapi syaratnya adalah perselisihan tersebut datang dari ahlinya. Bukan datang dari golongan yang ilmu tata bahasa arabnya pun masih gagal.
.
.
3. Maka dengan penjelasan ringkas diatas dapat kita faham bahawasanya pada hakikatnya hukum hakam yang disebut didalam kitab feqh muktabar sebenarnya ia di ambil dan difahami daripada al-Quran dan Hadith nabi saw melalui penelitian dan kefahaman ulama muktabar.
.
.
4. Nas-nas syara’ daripada al-Quran dan Hadith ada yang nasikh ( menghilangkan hukum yang sebelumnya ), ada yang mansukh ( dihilangkan hukumnya ), ada yang bersifat umum, ada yang bersifat khusus, ada yang bersifat mutlak, ada yang bersifat mukayyad, yang mana hal-hal ini bukanlah semua manusia dapat memahaminya dan mengetahuinya. Hanya ahlinya sahaja yang dapat memahami hal ini, iaitu orang yang telah melalui disiplin ilmu.
.
.
5. Kerana itulah kita sebagai orang awam apabila kita terjumpa ayat al-Quran atau terbaca satu hadith, kita tidak boleh terus mengambil hukum daripadanya jika kita bukan ahlinya.
.
5.1. mengambil hukum terus daripada hadith oleh bukan ahlinya akan membawa kepada kesesatan.

Kata imam Sufyan bin ‘Uyainah Rahimahullah :

الْحَدِيثُ مَضَلَّةٌ إلَّا لِلْفُقَهَاءِ

Terjemahan : “Hadith adalah tempat sesat melainkan bagi ulama fiqh.”

Kata imam Abdullah bin Wahb salah seorang murid imam malik Rahimahuma Allah :

الحديث مضلة إلا للعلماء

Terjemahan : ” Hadith adalah tempat sesat melainkan bagi ulama’.”
.
5.2. Hal ini dari kerana, untuk mengambil hukum-hakam dari nas-nas syara’ perlu melalui kaedah-kaedahnya.
.
5.3. Sebab itulah ulama usul dalam kitab usul feqh menyebut definisi usul feqh :

معرفَة دَلَائِل الْفِقْه إِجْمَالا، وَكَيْفِيَّة الاستفادة مِنْهَا، وَحَال المستفيد.

Terjemahan : ” Mengetahui dalil-dalil fiqh secara ijmal, cara memanfaatkan dalil tersebut, dan keadaan orang yang memanfaatkan dalil.”

[ نهاية السول 1/10 ]

(1) Tahu dalil-dalil fiqh secarab ijmal.
(2) Cara berdalil dengannya.
(3) Keadaan orang yang memanfaatkan dalil.
.
5.4. Tahu dalil-dalil sahaja masih lagi belum mencukupi, bahkan perlu pula tahu cara memahami dalil dan cara memanfaatkannya. Dalam hadith Abi Umamah nabi saw bersabda :

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم َأَنَّهُ قَال َ: خُذُوا الْعِلْمَ قَبْلَ أَنْ يَذْهَبَ . قَالُوا: وَكَيْفَ يَذْهَبُ الْعِلْمُ يَا نَبِيَّ اللَّهِ، وَفِينَا كِتَابُ اللَّهِ؟ قَالَ: فَغَضِبَ، ثُمَّ قَالَ: ثَكِلَتْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ أَوَلَمْ تَكُنِ التَّوْرَاةُ وَالْإِنْجِيلُ فِي بَنِي إِسْرَائِيلَ، فَلَمْ يُغْنِيَا عَنْهُمْ شَيْئًا ؟. إِنَّ ذَهَابَ الْعِلْمِ أَنْ يَذْهَبَ حَمَلَتُهُ، إِنَّ ذَهَاب
َ الْعِلْمِ أَنْ يَذْهَبَ حَمَلَتُهُ.

Terjemahan : ” Daripada Abi Umamah, daripada Rasulullah saw, bahawasanya baginda saw bersabda : Ambillah ilmu itu sebelum ia hilang. Para sahabat bertanya, Ya Rasulullah!, bagaimana hilangnya ilmu itu, sementara al-Quran masih lagi ada bersama kami?. kata abu Umamah : Rasulullah saw marah, lalu Rasulullah saw bersabda : semoga ibu kamu kehilangan kamu, Bukankah telah adanya kitab Taurat dan Injil di tangan Bani Israil, akan tetapi kedua kitab itu tidak dapat memberi manfaat kepada mereka sedikit pun?. Sesungguhnya hilangnya ilmu itu adalah disebabkan hilangnya para ahli ilmu (ulama). Sesungguhnya hilangnya ilmu itu adalah dengan cara hilangnya para ulama.”

[ HR ad-Darimi no.246 ( hadith hasan dengan syawahidnya) ]
.
5.5. Hadith diatas memberi maksud ada al-Quran masih lagi belum mencukupi, bahkan perlu ada ulama yang yang tahu cara mengambil hukum daripada al-Quran itu sendiri .

ALLAH Taala berfirman :,

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ .

Terjemahan : ” Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.”

( An-Nahl: 43 )
.
.
6. Apabila kita jumpa satu hadith yang menyebut satu hukum, tiba-tiba kita dapati dalam kitab fiqh mazhab Syafii sebgai contoh hukumnya bercanggah pada zahirnya dengan apa yang disebut dalam hadith tersebut, maka dalam situasi ini kita perlu rujuk kepada ahlinya untuk kita tahu bagaimana untuk memahami hadith tersebut menurut pandangan Mazhab Syafii. jangan sekali-kali kita mengguna kejahilan kita lalu secara melulu kita menghukum apa yang disebut dalam kitab fiqh mazhab Syafii itu salah dan sesat.
.
6.1. Sebagai contoh : Dalam kitab feqh mazhab Syafii, Maliki dan Hanafi ada menyebut tentang berbekam tidak membatalkan puasa, sedangkan ada hadith menyebut :

أفطر الحاجم والمحجوم.

Terjemahan : ” batal puasa tukang bekam dan orang yang berbekam.”

[ HR Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi dan Ibnu Majah ]
.
6.2. Apabila dirujuk kepada Ulama-ulama mazhab Syafii, Maliki dan Hanafi ternyata bukan mereka tidak mengetahui tentang hadith diatas. bagaimana boleh mereka tidak mengetahui hadis di atas sedangkan didalam setiap mazhab itu ada Ratusan ulama-ulama hadith. akan tetapi mereka melihat kepada hadith-hadith lain, antaranya :

َعَنِ اِبْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ اَلنَّبِيَّ – صلى الله عليه وسلم : احْتَجَمَ وَهُوَ مُحْرِمٌ, وَاحْتَجَمَ وَهُوَ صَائِمٌ.

Terjemahan : ” Dari Ibni Abbas r.anhuma bahawasanya Nabi saw berbekam semasa ihram dan Nabi saw berbekam semasa baginda saw berpuasa.”

[ HR Al-Bukhari dalam sahihnya ]

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال : رخَّص رسول الله صلى الله عليه وسلم في القُبلة للصائم والحجامة.

Terjemahan :” Dari abi sa’id Al-khudriy r.a. beliau berkata : Rasulullah saw membenarkan cium (isteri) dan berbekam bagi orang yang berpuasa”.

[ HR Ad-Darqutni 2/183, dan beliau berkata : ” Perawinya semuanya thiqah”. ]
.
6.3. Bermaknanya, ulama-ulama diatas berpendapat Hadith yang menyebut batal puasa dengan berbekam dinasakhkan hukumnya oleh hadith Ibni Abbas dan Abi Sa’id Al-khudriy dengan alasan-alasan mereka tersendiri.

Berkata Imam ibnu Abdil Barr Rahimahullah didalam kitab الاستذكار juz.10 hlm.125 :

والقول عندي في هذه الأحاديث أن حديث ابن عباس : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم احتجم صائماً محرماً، ناسخ لقوله : أفطر الحاجم والمحجوم …

Terjemahan : ” Pandangan aku berkenaan hadith-hadith ini bahawasanya hadith Ibni Abbas (rasulullah saw berbekam sedangkan baginda sedang berpuasa dan sedang ihram) ia menasakhkan sabda nabi saw : ( tukang bekam dan orang yang dibekam batal puasanya)”.
.
.
KESIMPULAN
.
.
Sekiranya ada sesuatu hukum itu disebut dalam kitab muktabar berbeza dengan apa yang disebut didalam hadith nabi saw maka kita sebagai orang awam jangan terlalu cepat menyalahkan dan menyesatkan kitab fiqh muktabar tersebut.

Langkah yang sepatutnya diambil oleh orang awam adalah medahulukan hukum yang disebut didalam kitab fiqh muktabar melalui huraian guru, berbanding dengan hadith yang hanya difahami dengan otak sendiri yang di ambil dari terjemahannya sahaja. Hal ini bukan bermakna kita menolak hadith, tetapi ia memberi maksud kita menyerahkan huraian hadith tersebut kepada ahlinya.

Untuk meyakinkan lagi bagaimana cara huraian sebenar untuk hadith tersebut adalah berjumpa dan bertanyakan ulama muktabar yang pernah melalui disiplin ilmu yang mempunyai sanad yang bersambung kepada ulama ulama mazhab Syafii sebagai contoh.

Jangan kita bertanya kepada golongan yang tidak pernah melalui disiplin ilmu feqh, disiplin ilmu usul feqh, dan golongan yang tidak melalui pengajian ilmu hadith secara dirayah daripada ulama muktabar yang mempunyai sanad yang bersambung sampai kepada Rasulullah saw.

Ini kerana golongan yang tidak duduk bertalaqi dari ulama yang mempunyai sanad yang bersambung sampai kepada ulama-ulama muktabar sehingga kepada Rasulullah saw ia tidak mempunyai nasab ilmu, sebab itulah dalam hati mereka tidak mempunyai perasaan sifat belas kasihan dan sentiasa berburuk sangak terhadap nenek moyang pada sudut ilmu, maka tidak hairanlah akhlak mereka buruk dan tidak beradab terhadap ulama-ulama muktabar dahulu.
.
.
والله أعلم بالصواب

وأستغفر الله العظيم لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات

أبو أسامة محمد حنفية بن الحاج حسين

مدير مركز الدراسات الإسلامية ببوكيت كيجغ كماسيك ترنجانو.

(Dari FB Ustaz Yunan A Samad)

22/07/2019 Posted by | Bicara Ulama, Fiqh, Hadis, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | , | Leave a comment

ZIKIR SAMBIL ‘GOYANG BADAN’ TIDAK DILARANG

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (JFK), Prof Emeritus Tan Sri Abd Shukor Husin berkata secara asasnya tiada larangan terhadap perbuatan melakukan zikir sambil ‘menggoyangkan badan’.

Menurutnya, untuk mengatakan perbuatan ini haram atas dasar Rasulullah tidak pernah melakukannya, ia adalah tidak tepat kerana pada asasnya perkara harus kekal harus melainkan ia bertentangan dengan prinsip dan semangat al-Quran dan Sunnah.

“Sesuatu yang tidak dibuat oleh Nabi tidak semestinya haram berdasarkan kaedah tarku al-shay’ la yaqtadi tahrimuhu iaitu sekiranya (Rasulullah) meninggalkan sesuatu tidak semestinya bererti membawa hukum pengharamannya’. Juga berdasarkan kaedah fiqh al-umur bi maqasidiha (setiap perkara adalah berdasarkan matlamatnya).

“Walaubagaimanapun perbuatan zikir yang dilakukan haruslah tidak keterlaluan sehingga menghilangkan matlamat zikir itu sendiri iaitu untuk mengingati ALLAH. Ia juga hendaklah tidak melibatkan perkara-perkara yang haram dan maksiat seperti percampuran bebas lelaki dan wanita, pembukaan aurat, iringan nyanyian dan muzik yang keterlaluan sehingga merosakkan amalan zikir tersebut dan lari dari batas syariah Islam,” katanya ketika sidang media khas Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan di Ibu Pejabat Jakim Putrajaya, hari ini.

Mengulas lanjut, Abd Shukor berkata, perkara penting yang harus diambil perhatian dalam isu ini ialah perkara yang dilakukan tidak seharusnya melampaui batas.

“Apa sahaja dalam agama yang bersifat melampaui batas adalah ditolak. Oleh yang demikian kita melihat ramai ulama yang membezakan pergerakan dalam zikir antara yang bersifat fitrah dengan sesuatu yang dibuat-buat atau secara berlebihan.

“Sesuatu yang dibuat-buat atau berlebih-lebihan adalah tertolak kerana ia bertentangan dengan semangat zikir iaitu untuk mengingati ALLAH,” katanya.

Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan

Sumber : Sinar Harian 20 April 2015

16/07/2019 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab), wahabi | | Leave a comment

Pengiklanan Arak Yang Mengelirukan

1. Telah tersebar satu gambar pengiklanan arak yang diletakkan disebuah kedai serbaneka. Ia kelihatan mengelirukan apabila arak tersebut ditempatkan berdekatan dengan minuman halal yang lain. Lebih membimbangkan, ayat pengiklanan tersebut seakan mengelirukan apabila ditulis dengan tagline NOW YOU CAN (sekarang kamu boleh!) dan ZERO ALCOHOL.

2. Sekalipun mungkin ayat NOW YOU CAN ini ditujukan kepada non-Muslim, ia masih boleh memberikan penafsiran yang salah kepada Muslim yang menyangkakan minuman tersebut bukan arak kerana kenyataan ZERO ALCOHOL (0.0% kandungan alkohol).

3. Dalam sejarah Islam, Khalifah Umar Abdul Aziz dilihat tegas dalam menangani isu arak ini. Beliau pernah mengarahkan orang kafir supaya tidak menzahirkan aktiviti arak mereka. al-Imam al-Bayhaqi ketika menghuraikan tentang syarat-syarat ahli zimmah (non-Muslim) yang tinggal bersama Muslim menyebutkan:

كَتَبَ عُمَرُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ: أَلَّا يُظْهِرُوا الْخَمْرَ

“Umar Abdul Aziz pernah menulis surat supaya arak (bagi non Muslim) seharusnya tidak dizahirkan” (tidak diheboh, didedah dan berlaku secara tertutup). (al-Bayhaqi, Ma’rifa al-Sunan wa al-Athar, 13/383).

4. Bahkan, Umar Abdul Aziz dikatakan cuba menyekat kemasukan dan kebebasan aktiviti import/eksport penjualan arak. Perkara ini direkodkan oleh al-Imam Ibn Abi Syaibah yang menyebutkan:

عَنْ مُثَنَّى بْنِ سَعِيدٍ، قَالَ: شَهِدْتُ عُمَرَ بْنَ عَبْدِ الْعَزِيزِ كَتَبَ إِلَى عَامِلِهِ بِوَاسِطٍ: «أَنْ لَا تَحْمِلُوا الْخَمْرَ مِنْ قَرْيَةٍ إِلَى قَرْيَةٍ…

“Muthanna ibn Sa’d berkata: Aku menyaksikan Umar Abdul Aziz menulis kepada Gabenornya bahawa: Jangan dibawa arak dari satu kampung ke satu kampung yang lain.” (Ibn Abi Syaibah, al-Musannaf, 5:100)

5. Menurut al-Imam Malik pula, Umar Abdul Aziz dikatakan pernah mengarahkan supaya tempat-tempat perahan arak milik Muslim seharusnya dihapuskan. Kata al-Imam Malik:

قال مالك: أفبلغك أن عمر بن عبد العزيز كتب في كسر معاصير الخمر؟ قال: نعم. قيل: معاصير المسلمين وأهل الذمة. قال: لا أرى ذلك إلا في التي للمسلمين.

“Kata Malik: Apakah tidak sampai kepada kamu bahawa Umar Abdul Aziz pernah menulis (arahan) supaya dipecahkan (dirobohkan) tempat-tempat memerah arak? Dia (perawi) berkata: Ya! (lalu beliau ditanya): Tempat perahan milik Muslim atau milik non Muslim? Malik menjawab: Milik Muslim sahaja.

6. Lihatlah betapa tegasnya Umar Abdul Aziz dalam berurusan dengan perkara yang melibatkan arak. Muslim langsung tidak dibenarkan terlibat dengan urusan arak. Non-Muslim pula tidak dibenarkan untuk menzahirkan aktiviti arak mereka. Aktiviti ekonomi yang melibatkan arak diperketatkan. Kilang penghasil arak pula dipantau.

Moga Allah membantu Muslim dalam menangani isu arak.

Olih Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

15/07/2019 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab), Uncategorized | Leave a comment

Persoalan berMazhab

Sekiranya masyarakat awam dihidangkan empat mazhab dlm perbincangan fiqh, mereka perlu memilih pandangan yg paling kuat serta rajih..

Persoalannya, adakah mereka mampu utk tarjihkan pandangan? Kaedah apa yg akan digunakan oleh mereka utk tarjihkan sesuatu pandangan? Jawapannya mereka tak mampu..

Jika tak mampu, mereka akan merujuk org yg mengajar mereka empat mazhab itu..persoalannya, adakah org yg dirujuk itu adalah di kalangan ulama mujtahidin? Jawapannya: tidak juga kerana utk mendapatkan ulama mujtahidin zaman kita ini amat sukar..yg ada hanyalah ijtihad secara berjamaah melalui persidangan yg dianjurkan atau mesyuarat yg diaturkan secara berkala oleh pihak berwajib..

Jadi, jalan penyelesaiannya, masyarakat awam perlu memilih satu mazhab sahaja utk mengamalkan agama..kerana wajib bagi mereka bertaqlid..Islam tidak mentaklifkan masyarakat awam sesuatu yg mereka tidak mampu, kerana mereka bukan ahli ijtihad..

Bagi mereka yg mengajar agama pula terutama di masjid2, ajarlah masyarakat berdasarkan satu mazhab sahaja utk kemudahan org awam..jgn kelirukan org awam dgn pelbagai pandangan sedangkan anda sendiri pun hanya menciplak hujah org lain..bukan berhujah sendiri..hal ini kerana anda bukanlah mujtahid sebenar yg layak berijtihad, anda hanyalah MUJTAHID JADIAN sahaja..

Wallahua’lam..

Olih: Mohd Murshidi Mohd Noor

14/07/2019 Posted by | Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab), Uncategorized | Leave a comment

Sejarah Tentera Selempang Merah (Kiyai Salleh)

Selepas tentera Berikat menjatuhkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki telah melemahkan kekuatan Jepun, berikutan itu maharaja Jepun telah mengisytiharkan kekalahan sekaligus menamatkan perang. Tetapi kekalahan Jepun itu belum dapat meredakan hati rakyat Malaysia khususnya di negeri Johor kerana masih ada lagi masalah baru yang timbul, iaitu kebangkitan Komunis yang pada awalnya dikenali dengan nama MPAJA (Malayan People Anti-Japanese Army) yang mengambil kesempatan atas pengunduran tentera Jepun. Dan dari peristiwa inilah munculnya Tentera Sabil Selempang Merah yang telah diasaskan oleh Kiyai Salleh.

*Berikut adalah kisah yang telah ditulis oleh HAIRI ABDULLAH, dari Jabatan Antropologi & Sosiologi UKM.

Masyarakat negeri Johor berada dalam keadaan cemas apabila tentera Jepun yang mendominasikan politik menjadi semakin lemah pada bulan September 1945. Rasa cemas itu bukanlah disebabkan mereka sayang pada tentera Jepun, (yang bibit kekalahannya semakin jelas selepas Tentera Berikat memusnahkan Hiroshima-Nagasaki) tetapi perasaan itu lahir disebabkan oleh berbagai masalah sosial yang semakin meruncing akibat dari sistem pemerintahan yang authoritarian dan terlalu tidak berperi kemanusiaan, Boleh dikatakan tidak ada siapapun yang rasional dan taat setia pada bangsa, agama dan negara menyokong cara-cara Jepun memerintah; justeru itu bangkit menentangnya baik secara diam-diam mahupon nyata.

Secara kebetulan gerakan yang dimanifestasikan oleh organisasi MPAJA di Johor dan daerah-daerah Muar-Batu Pahat didominasi oleh orang-orang Cina, iaitu golongan yang dibenci oleh Jepun sejak mula-mula tenteranya menguasai negeri ini. Sikap pro-Melayu dan anti Cina Jepun ini telah menimbulkan berbagai prasangka di kalangan orang Cina terutama prasangka mereka terhadap orang-orang Melayu yang tidak menyokong gerakannya dan bekerja dengan Jepun. Oleh yang demikian orang-orang Cina yang menjalankan gerakan bawah tanah, berpusat di hutan-rimba dan bukit bukau itu sentiasa memikirkan strategi untuk menghalau Jepun dan mengambil alih pentadbiran negara. Tujuan ini akhirnya telah dicapai apabila mereka keluar mengambil alih pemerintahan dengan menguasai balai polis daerah dan bandar-bandar kecil sebaik sahaja Jepun mengaku kalah dan negara dalam zaman peralihan sementara Inggeris sedang berusaha mengambil semula kuasa di negeri ini. Dalam zaman peralihan yang singkat ini (kira- kira dua minggu merupakan satu zaman yang bersejarah dalam pergolakan sosial di daerah ini kerana dalam tempoh itulah berbagai masalah yang melibatkan hubungan etnik antara Melayu dengan Cina telah mendominasikan gerakan sosial iaitu satu manifestasi sosial yang timbul lantaran kuatnya semangat bencikan pada kekejaman pemerintahan tentera Jepun. Hakikat ini menyebabkan semakin kukuhnya pendapat yang mengatakan bahawa Jepun adalah bertanggungjawab secara langsung bukan sahaja telah menjadikan negeri ini mengalami kekurangan makanan dan pakaian tetapi juga telah mencetuskan konflik perkauman Melayu-Cina di negeri ini.

KEGANASAN BINTANG TIGA DAN “Ketumbu Gila“

Moral tentera Jepun di negeri ini menjadi lemah, sebaik sahaja Maharajanya membuat pengakuan menyerah kalah kepada Tentera Berikat di Tokyo. Dengan itu mereka tidak lagi memperdulikan hal-ehwal pentadbiran dan keselamatan rakyat dan membiarkan sahaja gerakan MPAJA mengukuhkan pasukannya, mencari bantuan dan sokongan dari segenap lapisan rakyat. Pasukan penentang tentera Jepun yang sekian lama berpusat di hutan dan bukit bukau itupun menjadi semakin berani keluar memaksa orang-orang kampung menjadi penyokongnya dengan mengenakan yuran dan membekalkan bahan-bahan makanan. Oleh sebab tindakan ini dilakukan secara paksa, maka ianya telah menimbulkan berbagai reaksi di kalangan orang ramai, apalagi bila didapati angkatan penentang Jepun yang secara kebetulan dianggotai oleh orang-orang Cina itu juga melakukan kekejaman terhadap sesiapa sahaja yang membantah arahannya. Malah dalam kebanyakan hal seperti yang berlaku diberbagai kampung di daerah Muar dan Batu Pahat mereka telah merampas bahan-bahan makanan dari orang-orang kampung, menyiksa orang-orang yang disyaki bekerjasama dengan Jepun tanpa sebarang siasatan lanjut, dan aktiviti ini mencetuskan suasana hidup yang sentiasa dalam takut dan cemas.

Orang-orang Cina daerah Muar yang cergas dalam gerakan ini telah menjadikan Bakri Batu Enam Bukit Mor sebagai markas besarnya. Markas ini dianggap oleh penduduk disekitarnya sebagai “lubok hitam” yang paling bahaya kerana disitulah segala rupa jenis seksaan, termasuk pembunuhan, dilakukan oleh tentera-tentera penentang Jepun terhadap sesiapa sahaja rakyat yang dianggap sebagai musuh mereka. Istilah musuh ini meliputi semua orang yang tidak mahu bekerjasama dengan mereka, seperti tidak menjadi penyokong, tidak membantu dan tidak menyerahkan makanan yang dipinta oleh mereka atau disyaki bersubahat dan rapat kepada orang-orang Jepun. Secara kebetulan oleh sebab kampung-kampung disekitar lubuk hitam ini didiami oleh orang-orang Melayu dari berbagai keturunan, termasuk Jawa dan Bugis, manakala tentera-tentera penentang Jepun terdiri daripada orang-orang Cina, maka gerakan yang semakin serius dan berani (malah dalam kebanyakan hal ganas~lebih ganas dari tentera Jepun) itu dianggap oleh penduduk daerah ini sebagai satu gerakan untuk menimbulkan huru-hara dan mengancam perjalanan sistem sosial orang-orang Melayu. Apa lagi bila diketahui yang maharaja Jepun telah mengistiharkan kekalahan pihaknya dan sudah tentu mereka tidak boleh kekal memerintah negeri ini, justeru itu gerakan menentang imperialis Jepun dianggap telah selesai. Namun demikian gerakan dari “lubuk hitam” semakin intensif sehingga akhirnya mereka telah dapat mengambil alih pentadbiran Balai Polis Bandar Maharani dan Parit Jawa tanpa sebarang masalah kerana kedudukan Jepun sememangnya telah lemah dan tidak lagi memperdulikan jentera pentadbirannya. Di Balai Polis Bandar Maharani misalnya ketika pengambilan alih kuasa dilakukan, tidak ada apa-apa penentangan, kerana cuma ada seorang sahaja pegawai tentera Jepun yang bertugas, manakala tentera Cina yang datang sebanyak tiga buah lori cukup alat kelengkapan senjata. Keadaan di Balai Polis Parit Jawa pun demikian juga. Malah ramai tentera-tentera yang menawan Balai Polis Parit Jawa itu datang hanya dengan berjalan kaki. Mereka terus meluru ke Balai Polis tanpa sebarang sekatan, dan dengan mudah menaikkan bendera yang berlambangkan ‘Bintang Tiga’. Sebaik sahaja selesai upacara menaikkan bendera, mereka telah menembak seorang inspektor polis, Encik Bujang, kerana dianggap telah berkhidmat dengan tekun bersama tentera-tentera Jepun. Oleh itu ia dianggap paling khianat. Tentera-tentera yang menggunakan bendera berlambang “Bintang Tiga” ini terus meronda disekitar Bandar Maharani dan Parit Jawa, dan cuba mendapatkan sokongan dari orang ramai.

Usaha mereka itu sangat mudah di Bandar Maharani kerana penduduknya yang sebahagian besar terdiri daripada orang-orang Cina cepat memberikan sokongan dan bantuan, termasuk bantuan makanan, senjata dan maklumat. Bagaimanapun mereka telah menghadapi masalah yang rumit di Parit Jawa kerana ramai diantara peduduknya yang terdiri daripada orang-orang Melayu keturunan Jawa, Banjar dan Bugis semakin kuat menaruh sangsi di atas pengunaan bendera “Bintang Tiga”. Rasa sangsi mereka itu semakin dominan apabila melihatkan telatah ganas yang ditunjukkan, sehingga mereka sanggup bertindak dan menganiaya sesiapa sahaja. Tindakan ini menyebabakan ramai orang-orang kampung yang tidak bersalah tetapi difitnahkan oleh orang-orang tertentu, termasuk orang-orang biasa yang sakit hati terhadap orang lain, menjadi mangsa. Encik Yunos bin Haji Jaafar, seorang keluarga Penghulu Mukim Seri Menanti, misalnya, telah dituduh menjadi pengintip Jepun semata-mata kerana beliau pernah bekerja di Jabatan Percetakan Jepun di Bandar Maharani, telah diseksa disepanjang jalan dari Seri Menanti ke Bukit Mor Bakri, sehingga akhirnya mati di sana. Encik Ahmad Shamsuddin dari Parit Jamil Darat pula telah ditangkap sedang ia membetulkan atap rumahnya dan dibawa ke “lubok hitam”. Sejak itu ia tidak diketahui kesudahannya, dan orang ramai menganggap ia diseksa dan dibunuh kerana di tuduh sebagai pernah mengemukakan pendapat tidak setuju tindak tanduk tentera “Bintang Tiga”. Peranan ganas tentera yang menggunakan lambang Bintang Tiga itu telah menyebabkan ramai di daerah ini menganggapnya sebagai komunis yang mabuk kuasa. Lantaran itu sehingga kini mereka masih tidak dapat melupakan tindak tanduk tentera Bintang Tiga yang dianggap “gatal-mengenyan” seperti “ketumbu gila”.

PENCABULAN PADA KESUCIAN AGAMA

Sungguhpun tentera Bintang Tiga itu menjalankan dasar kuku besi yang ganas dan kejam terhadap orang ramai, masyarakat Melayu yang waktu itu sedang berpuasa bulan Ramadhan (1365H) belum pernah melawan dalam bentuk yang terbuka atau terang-terangan. Mereka cuma bersikap mahu mempertahankan diri dengan beramal ibadat dan berdoa kepada Allah agar segera dijauhkan dari malapetaka. Oleh itu surau dan masjid sentiasa penuh, bukan sahaja waktu sembahyang tarawikh, tetapi juga waktu-waktu lain dimana masyarakat Islam disitu beramal secara beramai-ramai. Di samping itu orang ramai juga mengukuhkan perpaduan mereka, sehingga mereka tidak lagi berjalan seorang diri. Sebaliknya mereka sentiasa berkelompok walau ke mana sekalipun mereka pergi. Orang-orang Melayu yang menjadi anggota MPAJA semakin ramai yang mengundurkan diri kerana mereka juga mula mencurigai akan nasib masing-masing dimasa akan datang.

Melihatkan pada reaksi orang-orang kampung yang demikian maka tentera tentera Bintang Tiga menjadi semakin berani sehingga akhirnya bukan sahaja mereka menganiaya orang-orang yang tidak bersalah tetapi telah cuba mengganggu orang-orang yang sedang menunaikan ibadat puasa Ramadhan dengan mengacau dan dalam beberapa hal mereka telah melarang orang-orang Melayu pergi berkumpul di surau atau masjid untuk menunaikan sembahyang tarawikh dan beramal ibadat secara berjemaah. Perbuatan ini telah menjadikan perpaduan di kalangan orang-orang Melayu semakin kukuh dan kebencian terhadap tentera-tentera Bintang Tiga menjadi semakin meluas. Malah kebencian itu bukan sahaja pada tentera-tentera tetapi menyeluruh pada komuniti Cina kerana, seperti yang telah disebutkan, tentera-tentera itu dianggotai oleh orang-orang Cina, dan ramai pula orang-orang Cina biasa yang berniaga dan berkebun telah bekerjasama dengan mereka dan ramai yang melakukan fitnah terhadap orang-orang Melayu sehingga ramai orang-orang Melayu yang diseksa di “lubok hitam”. Perkembangan baru itu telah secara langsung menukar arah pergolakan daripada gerakan menentang imperialis Jepun menjadi gerakan Cina menentang Melayu. Masyarakat Melayu telah hilang kepercayaan terhadap orang-orang Cina apabila tentera-tentera Bintang Tiga mula mengganggu upacara keAgamaan di surau dan masjid. Kebencian masyarakat Melayu telah sampai pada peringkat kemuncak apabila tentera-tentera tersebut semakin berani hingga mencemarkan rumah-rumah suci. Mereka menjadi tidak sabar apabila mengetahui Masjid di Air Hitam Muar telah digunakan bagi menyembelih babi dan menyebabkan masyarakat di situ terganggu langsung daripada mengamalkan ibadat sembahyang tarawikh dan berjemaah.

Seluruh masyarakat Melayu di daerah ini sependapat mengenai keangkuhan dan kesombongan tentera Bintang Tiga dan orang-orang Cina yang masih kukuh menyokong gerakannya, sehingga ramai yang merasa kesal atas sokongan yang pernah diberikan dalam MPAJA dahulu. Lantaran itu maka masyarakat Melayu yang beragama Islam telah menubuhkan satu angkatan tentera bagi menentang keganasan masyarakat Cina yang telah mencemarkan agama suci mereka itu.

PEMBENTUKAN TENTERA SABIL SELEMPANG MERAH

Angkatan tentera itu telah dipelopori oleh Haji Salleh bin Abdul Karim seorang mualim yang tinggal di Parit Maimon, Simpang Kiri, Batu Pahat, iaitu setelah keganasan tentera Bintang Tiga cuba merosakkan sistem hidup orang-orang Islam dan beliau, mengikut ceritanya, telah mendapat seruan’ untuk membela Agama Islam yang suci itu. Seruan itu diterimanya ketika ia mengetuai satu upacara membaca doa dan bersembahyang di surau kampungnya, memohon pada Allah agar malapetaka yang sedang berlaku itu tidak merebak lebih luas lagi. Semasa ia khyusuk berdoa dan membaca ayat-ayat suci Al-Quran itu tiba-tiba kedengaran suara halus di dalam hatinya:

“Kalau kamu tentang pencabulan ini, Allah akan beserta kamu; gunakanlah sebarang senjata yang ada pada kamu. Kalau kamu tidak menentangnya harus kamu habis ditindasnya. Bangunlah menentang di atas daya kamu dan gunakanlah ayat-ayat Al-Quran yang tertentu sebagaimana yang digunakan zaman Rasulullah melawan kafir dahulu, dan ayat-ayat yang digunakan dalam perang Sabil zaman Khalifah Islam dahulu.”

Selepas peristiwa itu Haji Salleh Abdul Karim mengumpulkan ayat-ayat Al Quran yang dimaksudkan dan mula diajarkan kepada mereka yang sama-sama bersembahyang disurau kampungnya. Sejak itu boleh dikatakan semua orang lelaki, tua dan muda, di kampungnya telah bersatu mempelajari dan mengamalkan ayat-ayat Al-Quran yang diberikan, sebagai langkah permulaan untuk membuat persediaan penubuhan tentera Islam yang pertama di negeri ini. Sebaik sahaja mereka itu fasih pada amalan dan syarat-syaratnya, maka Haji Salleh terus menubuhkan Tentera Sabil Selempang Merah dengan beliau sendiri menjadi panglima dan memakai gelaran “kiyai”. Majoriti pengikut dan penyokong nya terdiri daripada orang-orang Melayu keturunan Jawa dan Banjar.

Pada pokoknya angkatan tentera ini mempunyai tiga tujuan besar iaitu mempertahankan kehormatan Agama Islam dan tempat-tempat ibadat yang telah dinodai oleh “ketumbu gila”, menentang dan memusnahkan segala kezaliman yang dilakukan oleh tentera Bintang Tiga, dan akhirnya untuk mengawal maruah bangsa, hak dan harta orang-orang Islam.

ORGANISASI TENTERA SABIL SELENDANG MERAH

Panglima perang Kiyai Haji Salleh Abdul Karim telah menubuhkan beberapa pasukan yang masing-masing diberi tugas untuk mengawal kawasan-kawasan yang ditentukan. Pembahagian kawasan itu tidak berhad di daerah Muar dan Batu Pahat sahaja tetapi meliputi seluruh negeri Johor dan organisasi tiap-tiap pasukan diketuai oleh pembantu-pembantunya seperti berikut:

PESURUHJAYA AM :
Kiaii Wak Joyo

KAWASAN JOHOR SELATAN: Ketua I – Kiyai Kusin
Ketua II – Kiyai Mashhudi
Ketua III – Kiyai Mayor (Moh)

KAWASAN JOHOR TIMUR:
Ketua I – Kiyai Saudi
Ketua II – Kiyai Maskam
Ketua III – Kiyai Sarbini

KAWASAN JOHOR UTARA:
Ketua I – Kiyai Mustahir
Ketua II – Kiyai Haji Shamsuddin
Ketua III – Kiyai Haji Shukor

Semua ketua yang dilantik dan memakai gelaran “kiyai” ini adalah mereka yang diberikan kepercayaan penuh oleh Panglima Tentera untuk memimpin pasukan masing-masing, menyusun dan menubuhkan cawangan kecil diseluruh kampung di negeri Johor demi untuk membesar dan memperkuatkan lagi organisasi tentera yang baru ditubuhkan. Sungguhpun demikian organisasi pusat tentera ini tidak dapat membekalkan senjata api untuk digunakan bagi mempertahankan diri dan menyerang bila perlu, sebaliknya orang ramai yang menyertainya dibekalkan dengan “selempang merah” yang tertulis dengan ayat-ayat suci Al-Quran dan beberapa ayat lain serta petua perjuangan untuk diamalkan bagi menghadapi musuh. Mereka juga digalakkan mengguna apa sahaja senjata yang dimilikinya, seperti parang panjang, senapang patah, lembing, pedang, keris, sundang dan tombak.

Pada keseluruhannya kira-kira 80 peratus tentera ini menggunakan parang panjang sebagai senjata utama, 10 peratus menggunakan senapang patah dan 10 peratus lagi menggunakan lembing, pedang, keris, tombak dan sundang. Oleh sebab senjatanya terdiri dari parang panjang maka orang-orang kampung sehingga hari ini mengenang zaman itu sebagai “zaman perang parang panjang”. Bagaimanapun, senjata-senjata itu dikatakan mempunyai kesaktian dan hikmat. Panglima Kiyai Salleh sendiri menggunakan pedang hikmat yang telah dihadiahkan oleh ibunya. Pedang ini boleh dilipat dan dililit seperti tali pinggang. Kiyai Saudi pula menggunakan tongkat sakti yang didapati dari perdu Kayu Kelo di Tanah Jawa dan mempunyai hikmat besar kerana sesiapa yang menggunakannya akan menjadi kebal dan tidak boleh ditembusi oleh sebarang senjata.

DISIPLIN TENTERA SELEMPANG MERAH

Tiap-tiap anggota tentera Selempang Merah ini, dikehendaki patuh dan menunaikan segaja anjuran yang berteraskan pada kitab suci Al-Quran. Mana-mana tempat yang hendak menubuhkan pasukan cawangan mestilah direstui oleh ketua wilayah, dimana ketua wilayah akan memimpin orang-orang di kawasan itu bersembahyang jemaah di surau. Selepas sembahyang Isyak, mulalah mereka diajarkan ayat-ayat Al-Quran yang telah ditentukan yang diantaranya meliputi bacaan-bacaan untuk herjalan, bacaan untuk berperang, bacaan untuk menyerang, dan bacaan sedang berperang, disamping ayat-ayat lain yang wajib diamalkan setiap kali lepas bersembahyang lima waktu.

Sebaik sahaja mereka ini tamat mempelajari ayat-ayat suci Al-Quran, barulah mereka akan ditauliahkan dalam satu upacara menyampaikan Selempang Merah, iaitu sehelai kain merah selebar kira-kira empat inci dan panjangnya cukup untuk diselempangkan dari atas bahu kanan hingga ke bawah ketiak kiri. Kain ini bertulis dengan ayat-ayat Al-Quran dan sesiapa yang telah dikurniakan dengan Selempang Merah ini mestilah meneruskan amal ibadat dan membaca ayat-ayat yang diajarkan setiap kali selepas sembahyang supaya ia benar-benar cukup sebati dan mesra dengan ayat-ayat tersebut. Selepas itu barulah ia diuji oleh kiyai yang mengetuainya untuk memastikan sejauh mana pengikutnya faham dan hafal akan ajaran yang diberikan.

Mereka yang telah lulus ujian dibolehkan terus menggunakan Selempang Merah tersebut tetapi mereka hendaklah patuh pada aturan dan menjauhi pantang larang yang dikenakan. Antara peraturan-peraturan itu meliputi perkara-perkara seperti berikut;

Anggota Selempang Merah boleh memakai Selempang itu setiap masa, kecuali waktu mereka pergi ke bilik air atau sewaktu membuang air sama ada kecil ataupun besar. Anggota Selempang Merah mestilah mengasapkan (sambil membaca takbir) Selempang Merah itu dengan kemenyan setiap petang Jumaat. Anggota Selempang Merah hendaklah menunaikan sembahyang lima waktu, walau dimana sekalipun, Anggota Selempang Merah tidak boleh berjudi, minum arak, berzina dan membuat sebarang maksiat. Anggota Selempang Merah tidak boleh tamakkan harta sewaktu menghadapi peperangan. Oleh itu mereka tidak dibenarkan mengambil barang-barang yang dijumpai termasuk wang dan perempuan. Anggota Selempang Merah tidak boleh melakukan perbuatan yang zalim terhadap orang yang tidak bersalah. Anggota Selempang Merah mesti sentiasa ada air sembahyang, terutamanya kalau mereka pergi berperang.

Semua peraturan-peraturan ini hendaklah dipatuhi kerana walaupun mereka yang melanggarnya tidak akan dihadapkan dalam mana-mana mahkamah tentera dan tidak pula akan dihukum oleh ketua atau panglimanya tetapi mereka dikatakan akan mengalami kegagalan dan mendapat malapetaka dalam perjuangan. Sebaliknya sesiapa yang jujur dan patuh pada peraturan dan ajaran akan semakin kukuh semangatnya dan semakin kuat jiwanya dalam menghadapi sebarang masalah perjuangan.

GERAKAN TENTERA SELEMPANG MERAH

Oleh sebab penubuhan tentera ini rapat kaitannya dalam usaha untuk mempertahankan maruah bangsa dan agama, maka tindakan tentera Bintang Tiga membunuh orang-orang Melayu dan menyembelih babi di dalam masjid dianggap sebagai perbuatan kejam yang mengancam bangsa dan agama. Lantaran itu maka Panglima Kiyai Salleh dan Kiyai Mashhudi telah mengumpulkan tentera- tenteranya untuk menyerang Parit Sulong iaitu sebuah pekan kecil di Batu Pahat yang ramai didiami oleh orang-orang Cina. Mereka telah menjadikan Parit Puasa Batu Pahat sebagai pusat pergerakan untuk menyerang Parit Sulong dan tempat-tempat lain, bagi menunjukkan kepada masyarakat Cina bahawa orang-orang Melayu juga berkemampuan untuk menyerangbalas dan menghapuskan pengkhianat bangsa dan agamanya.

Sebagai permulaan seramai 200 orang tentera Selempang Merah telah menyerang dan membunuh semua orang-orang Cina di Parit Sulong dan gerakan permulaan ini telah memperolehi kejayaan besar. Kejayaan itu telah menaikkan lagi semangat orang-orang Melayu lain dan dengan itu semakin bertambah ramai yang menyertai gerakan ini. Dengan itu pasukan ini telah dapat bergerak dari sebuah kampung ke sebuah kampung dan membunuh semua orang Cina yang ditemui. Gerakan seumpama ini telah memeranjatkan orang-orang Cina, termasuk tentera Bintang Tiga dan sebagai mekanisma tindakbalas orang-orang Cina juga cuba menentang Tentera Selempang Merah. Justeru itu maka konflik perkauman diantara Cina dengan Melayu semakin ketara sehingga kedua kelompok ethnik ini tidak boleh bertemu dimana sahaja mereka akan berperang dan masing-masing cuba menumpaskan musuhnya.

Satu perkara yang menarik dalam rusuhan ini ialah orang-orang Melayu di dalam Tentera Selempang Merah cuma menggunakan senjata tradisional seperti parang panjang, keris dan pedang, menakala orang-orang Cina dalam tentera Bintang Tiga menggunakan alat senjata moden yang dirampasnya dari tentera-tentera Jepun. Namun demikian orang-orang Melayu boleh dikatakan telah mencapai kejayaan cemerlang dan mereka tidak gentar menghadapi musuh yang ramai serta lengkap dengan alat senjata moden itu. Oleh itu ramai yang berpendapat bahawa kejayaan orang-orang Melayu itu disebabkan oleh hikmat mereka mengamalkan ayat-ayat Al-Quran untuk memerangi orang-orang kafir yang telah menunjukkan perbuatan menceroboh dan mencabul Agama Islam. Kiyai yang memimpin dan mengetuai pasukan juga telah memberikan air, yang dikatakan boleh menaikkan semangat berani berperang terus hingga mencapai kejayaan.

SERANGAN DIPARIT JAWA: SATU TANDA KEGAGALAN

Berasaskan pada kejayaan yang didapati sekian lama, Tentera Selempang Merah cuba meneruskan gerakan ke seluruh daerah dalam negeri Johor. Antara insiden yang menarik ialah strategi serangannya ke atas orang-orang Cina di Parit Jawa, iaitu sebuah bandar kecil di daerah Muar, dimana terdapat pertelingkahan diantara Kiyai-Kiyai mengenai waktu paling sesuai untuk memulakan serangan. Oleh sebab bandar ini penting dari segi kedudukannya yang hampir dengan “lubok hitam” di Bukit Mor Bakri, dan berada di pertengahan jalan antara Muar dan Batu Pahat, maka ianya merupakan pusat kukuh orang-orang Cina.
Dengan itu beberapa orang kiyai termasuk kiyai Mashhudi, kiyai Ijam, kiyai Miskam, kiyai Wak Joyo dan lain-lain lagi telah bermesyuarat dan akhirnya mereka bersetuju supaya serangan keatas bandar ini dilakukan pada hari Sabtu, 15hb Ramadhan 1365H. Serangan ini akan diketuai oleh kiyai-kiyai yang disebutkan tadi dan masing-masing akan membawa pasukannya untuk sama-sama memusnahkan masyarakat Cina di Parit Jawa. Panglima Kiyai Salleh pun akan membantu dalam serangan penting ini.

Sungguhpun demikian Kiyai Mashhudi berkeras dan tidak sanggup menunggu hingga hari Sabtu. Tambahan pula mengikut perkiraannya hari Rabu merupakan langkah paling baik untuk memastikan kejayaan. Tetapi oleh sebab majoriti memikirkan hari Sabtu paling sesuai maka keputusan itu terus dijadikan ketetapan hari menyerang. Dengan itu Kiyai Mashhudi merasa tidak puashati dan mula menunjukkan sikap angkuh. Lantas ia memikirkan pasukannya sendiri pun sudah cukup untuk menumpaskan bandar Parit Jawa. Oleh sebab itu ia dengan sendirinya telah mengumpulkan orang-orangnya di surau di Parit Gantong (kira-kira 1/4 batu dari Parit jawa) pada hari Selasa 11 hb Ramadhan 1365 H bagi bersedia menyerang Parit Jawa esok harinya. Semalaman itu semua tentera pimpinan Kiyai Mashhudi membaca takbir untuk persiapan serangan.

Sementara tentera-tentera itu khyusuk bertakbir sepanjang malam, orang-orang Cina di Parit Jawa mendapat tahu yang mereka akan diserang. Oleh itu merekapun dengan cepat memindahkan semua familinya ke Bandar Maharani dan lainnya membuat persiapan untuk mempertahankan diri dan keutuhan kuasa mereka di bandar ini. Tentera-tentera Cina dengan mesin-gun dan alat senjata lain menggunakan tingkat atas bangunan sebagai kubu mereka. Dengan itu apabila Kiyai Mashhudi memerintahkan tenteranya yang seramai 200 orang menyerang Parit Jawa pada jam 9.00 pagi, telah mendapat tentangan paling sengit (dan belum pernah tentera ini menyerang beribu-ribu tentera Bintang Tiga yang cukup dengan senjata api moden). Sungguhpun demikian ketabahan, keberanian dan hikmat tentera Selempang Merah ini telah dapat juga mereka sekurang-kurang nya menggugat morale orang-orang Cina. Apa lagi bila didapati yang tentera-tentera selempang Merah yang terdiri daripada orang-orang Melayu itu tidak menghiraukan tembakan senapang atau mesin-gun kerana masing-masing seolah-olah tidak ditembusi oleh peluru. Sebaliknya mereka terus menyerang bandar itu dari setiap penjuru dengan hanya menggunakan parang panjang, keris dan pedang.

Kendatipun demikian, tentera yang hanya 200 orang itu tidak dapat memusnah kan semua tentera Cina. Mereka mula merasa hampa apabila tidak ada sebarang bantuan tentera didapati dari Kiyai Ijam, Kiyai Maskam, Kiyai Wak Joyo. Malah Panglima Kiyai Salleh sendiripun yang pada mulanya mahu menolong tidak juga kelihatan. Perkara ini telah menjadikan pasukan kiyai Mashhudi terlalu letih dan terus mengambil keputusan untuk mengundurkan diri. Oleh tu serangan di Parit Jawa ini merupakan satu gerakan yang dianggap tidak sempurna dan mencerminkan kegagalan. Kegagalan ini pada pokoknya disebabkan oleh keangkuhan Kiyai Mashhudi, sehingga panglima dan pemimpin lain tidak tahu dan oleh itu tidak bersedia memberikan bantuan. Dalam perjuangan ini dua orang tentera Selempang Merah telah cedera parah dan akhirnya mati di Surau Parit Nipah.

KESAN SERANGAN SELEMPANG MERAH

Apabila pasukan Kiyai Mashhudi tidak berjaya memusnahkan semua tentera Cina di Parit Jawa dan terus meninggalkan bandar ini, maka orang-orang Cina beranggapan telah beroleh kemenangan. Dengan itu mereka semakin menunjukkan keganasan dan kebengisannya dengan keluar secara beramai-rama dan membunuh semua orang-orang Melayu yang dijumpainya. Dalam beberapa hari selepas trajedi di Parit jawa itu tidak kurang dari 10 orang Melayu telah dibunuh dan mereka itu terdiri daripada orang-orang perempuan, kanak-kanak dan pesakit-pesakit. Perkara ini telah semakin memarahkan orang-orang Melayu dan akibatnya serangan dari Tentera Selempang Merah menjadi besar dan merebak luas, bukan sahaja di Muar tapi juga kesemua kampung hingga ke Batu Pahat. Orang-orang Melayu telah bukan sahaja membunuh semua orang-orang Cina yang dijumpai, malah membakar dan memusnahkan tempat tinggal mereka. Keganasan ini telah menggerunkan orang-orang Cina, mereka yang masih hidup telah lari ke Bandar Maharani.

Tentera Selempang Merah pun berura-ura untuk sekali lagi menyerang Parit Jawa; tetapi sebelum ini dilakukan mereka mahu menghabiskan dahulu semua orang Cina di kampung kecil sepanjang antara Muar dan Batu Pahat. Malah mereka merancang untuk terus ke Bandar Penggaram sebelum balik ke Parit Jawa dan Bandar Maharani. Dalam gerakan ini Panglima Kiyai Salleh sendiri mengepalai serangan dan telah memusnahkan semua orang Cina di Semerah dan kawasan sekitarnya. Tetapi sebaik sahaja pasukan ini sampai di Peserai, mereka telah di tahan oleh Dato’ Onn Jaafar yang cuba mencari jalan agar gerakan membunuh orang-orang Cina itu tidak diteruskan. Dato’ Onn meyakinkan Tentera Selempang Merah bahawa gerakan mereka sudah cukup memberikan pengajaran yang mendalam dikalangan orang-orang Cina dan memastikan yang orang-orang Cina tidak akan melakukan kekejaman lagi terhadap orang-orang Melayu. Sebenarnya Dato’ Onn sendiri telah beberapa kali “disembah” oleh pemimpin-pemimpin Cina supaya menggunakan jasa baiknya memberhentikan serang-balas orang-orang Melayu yang semakin besar dan menakutkan itu. Orang Cina mula sedar sekiranya gerakan Panglima Salleh dan pasukannya itu tidak dihentikan, besar kemungkinannya semua orang Cina di Negeri Johor akan musnah dan binasa.
Usaha Onn Jaafar ini akhirnya berjaya memberhentikan gerakan tentera Selempang Merah. Persetiaan untuk berbaik sangka dan tidak melakukan serang-menyerang diantara Cina dengan Melayu telah dibuat. Dengan itu Panglima Salleh terus ke Semerah dan Parit Jawa untuk mengumumkan perisytiharan berdamai perselisihan Melayu-Cina. Tetapi perisytiharan ini diterima oleh orang- orang Melayu dengan rasa dingin kerana perasaan benci pada keganasan orang-orang Cina masih lagi meluap. Oleh itu beberapa insiden terus juga berlaku di beberapa kawasan dan suasan aman yang sebenarnya masih tidak wujud lagi.

Kebangkitan dan gerakan Tentera selempang Merah yang berasaskan pada usaha untuk menjaga maruah bangsa dan agama itu telah memberikan beberapa kesan dikalangan masyarakat di kawasan ini, Antaranya ialah baik Cina mahupun
Melayu mereka tidak berani lagi untuk tinggal memencilkan diri dikampung- kampung. Perpaduan komuniti mereka semakin kukuh dan memperlihatkan espirit de corp yang benar-benar bermakna. Kedua-dua komuniti memperluaskan lagi pelajaran seni mempertahankan diri seperti silat dikalangan orang-orang Melayu dan bermain tembong dikalangan orang-orang Cina. Kedua-dua komuniti merasa takut dan bimbang apabila berlaku sebarang krisis diantara mereka. Perasaan takut ini lebih dominan dikalangan orang-orang Cina, terutamanya mereka yang melihat dan mergalami trajedi konflik perkauman yang melibatkan ramai diantara mereka menjadi gila, cacat, tempang dan sebagainya. Orang- orang Cina di daerah ini juga menjadi terlalu sensitif apabila mendengar orang-orang Melayu bertakbir kerana dengan suara itu mereka gerun dan teringat semula akan peristiwa lama yang amat mengharukan dan hampir-hampir memusnahkan keturunan mereka di daerah ini.

PROFIL KIYAI SALLEH

NAMA PENUH : Mohd Salleh Bin Abdul Karim

GELARAN : Kiyai Salleh Abdul Karim, Panglima Salleh, Kiyai Salleh, Cikgu Salleh, Penghulu Salleh, Salleh Hitam, Salleh Keling.

TAHUN LAHIR : 1916

TEMPAT LAHIR : Tanjung Olak Batu, Bukit Pasir, Muar, Johor.

TARIKH MENINGGAL : 21 April 1959

SUMBANGAN : Tokoh pejuang menentang komunis di Batu Pahat dan Muar, Johor.

Jasa Kiyai Salleh dalam usaha menghapuskan komunis menyebabkan Sultan Johor ketika itu, Sultan Ibrahim memberi gelaran ‘Panglima’ kepadanya pada 26 Disember 1945 malah beliau turut dilantik sebagai Penghulu Mukim Empat, Batu Pahat.

Selepas menabur begitu banyak jasa terhadap agama, bangsa dan tanah air, Panglima Salleh akhirnya meninggal dunia di Hospital Besar Johor Bahru pada 21 April 1959 iaitu selepas hampir dua tahun negara beroleh kemerdekaan.

Tokoh pahlawan itu meninggal dunia akibat penyakit bengkak paru-paru sekali gus meninggalkan nama dan keperwiraannya sebagai sebuah kisah pejuang ulung yang meniti daripada bibir ke bibir.

*Sila ambil iktibar 1945 ke 2019 adalah 74 tahun.
AL FATIHAH

Shekh Anuar Jaisyulhaq

12/07/2019 Posted by | Bersama Tokoh, Informasi, Renungan & Teladan | Leave a comment

JANGAN GUNA HUJAH AGAMA UNTUK TUJUAN MELAKUKAN KEROSAKAN

Ustaz Wan Ji Pegawai Penerangan menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng

Antara hujah yang dikemukakan oleh Wan Ji adalah bahawa sistem monarki tidak ada dalam Islam. Beliau mempergunakan hadith bahawa pelantikan seseorang untuk mengisi seseuatu jawatan mestilah berasaskan kelayakan dan bukan keturunan. Sekali lagi hujah agama digunakan untuk sesuatu kebatilan (kalimatu haqq urida biha al-batil).

Doktrin yang menolak sistem monarki ini berbahaya khususnya apabila hujah agama dipergunakan untuk mendokong idea yang batil. Sebenarnya dalam Islam tidak ada bentuk pemerintahan tertentu yang dicanangkan, yang ada hanya prinsip-prinsip pemerintahan seperti Shura, Keadilan, Kedaulatan Shari’ah, Pertanggungjawapan (Muhasabah), dll. Dalam sejarah baik sebelum mahupun setelah kedatangan Islam kita memiliki sistem monarki, Kerajaan Nabi Sulaiman, Daud, adalah sistem monarki. Khilafah Umawiyyah, Abbasiyyah, Uthmaniyyah adalah monarki, bahkan Kesultanan Acheh Darussalam, Cirebon, Riau LIngga, adalah sistem monarki. Para ulama’ sejak zaman Imam Abu Hanifah, Abu Yusuf, Malik, Shafi’i, al-Ghazali sehinggalah al-Raniri, Raja Ali Haji semua mereka bersepakat tidak ada salahnya sistem monarki ini asalkan prinsip-prinsip pemerintahan Islam dilaksanakan. Imam al-Mawardi sebagai contoh menjadikan institusi Ahl al-Hall wa al-‘Aqd sebagai mekanisme untuk melaksanakan prinsip Shura dalam kerajaan. Hal yang sama dibuat oleh Raja Ali Haji di Kerajaan Riau Lingga yang juga mempengaruhi perlembagaan Kerajaan Johor sejak tahun 1889 dan Kerajaan Terengganu tahun 1912.

Maka jelaslah bahawa idea menghapuskan sistem monarki adalah idea yang batil dan berbahaya apalagi jika hujah agama dipergunakan, kerana bukan sahaja orang dan kumpulan yang akan dipandang serong bahkan agama juga ikut terpalit sama. Demikian juga apabila kelompok teroris mempergunakan ayat-ayat al-Qur’an untuk menjustifikasikan pembunuhan orang-orang awam, imej Islam menjadi buruk dan dibenci.

Idea menghapuskan sistem monarki ini juga berpunca daripada kejumudan pemikiran segolongan orang Islam yang disebut sebagai Pseudo-Salafi atau Wahhabi, kerana mereka tidak menerima apa-apa hujah melainkan hujah tekstual, mereka tidak menerima hukum adat dan hukum akal. Bagi mereka tidak ada ayat dan hadith yang membenarkan sistem monarki. Sedangkan dalam soal pemerintahan ini hukum adat dan akal menjadi sandaran yang kuat yang dibenarkan dalam Shari’ah Islam, sebab itu ada kaedah fiqh yang menyebut bahawa dasar-dasar pemerintah terhadap rakyat diikat dengan maslahah, dan maslahah diketahui dengan merenungkan nilai-nilai yang baik yang diinginkan oleh Islam untuk umat manusia. proses perenungan ini dinamakan dengan ijtihad yang menggunakan fakulti akal. Apabila Islam dihadkan pada teks maka Islam akan kelihatan rigid, kaku, keras dan ketinggalan zaman.

Kezaliman adalah apabila orang lain berbuat benar kamu salahkan dan apabila orang kamu berbuat salah kamu benarkan.

Olih: Dr Khalif Muammar

12/07/2019 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Uncategorized | Leave a comment

Tawassul Menurut Empat Madzhab

Masalah tawassul dengan para nabi dan orang saleh ini hukumnya boleh dengan kesepakatan (Ijma’) para ulama. Hal ini dinyatakan oleh ulama empat madzhab, di antaranya disebutkan oleh al-Mardawi al-Hanbali dalam Kitabnya al-Inshaf, Al-Imam al-Hafizh Taqiyyuddin as-Subki asy-Syafi’i dalam kitabnya Syifa’ as-Saqam, Mulla ‘Ali al-Qari al-Hanafi dalam Syarh al-Misykat, dan Ibn al-Hajj al-Maliki dalam kitabnya al-Madkhal.

Ibn Muflih al-Hanbali dalam kitab al-Furu’ berkata:

وَيَجُوْزُ التَّوَسُّلُ بِصَالِحٍ، وَقِيْلَ: يُسْتَحَبُّ

_*“Boleh bertawassul dengan orang saleh, bahkan dalam suatu pendapat disunnahkan” .*_

Al-Imam al-Buhuti al-Hanbali dalam kitab Kasysyaf al-Qina’, menuliskan sebagai berikut:

وَقَالَ السَّامِرِيُّ وَصَاحِبُ التَّلْخِيْصِ: لاَ بَأْسَ بِالتَّوَسُّلِ لِلاسْتِسْقَاءِ بِالشُّيُوْخِ وَالعُلَمَاءِ الْمُتَّقِيْنَ، وَقَالَ فِيْ الْمُذَهَّبِ: يَجُوْزُ أَنْ يُسْتَشْفَعَ إِلَى اللهِ بِرَجُلٍ صَالِحٍ، وَقِيْلَ يُسْتَحَبُّ. وَقَالَ أَحْمَدُ فِيْ مَنْسَكِهِ الَّذِيْ كَتَبَهُ لِلْمَرُّوْذِيِّ: إِنَّهُ يَتَوَسَّلُ بِالنَّبِيِّ فِيْ دُعَائِهِ –يَعْنِيْ أَنَّ الْمُسْتَسْقِيَ يُسَنُّ لَهُ فِيْ اسْتِسْقَائِهِ أَنْ يَتَوَسَّلَ بِالنَّبِيِّ- ، وَجَزَمَ بِهِ فِيْ الْمُسْتَوْعَبِ وَغَيْرِهِ”، ثُمَّ قَالَ:”قَالَ إِبْرَاهِيْمُ الْحَرْبِيُّ: الدُّعَاءُ عِنْدَ قَبْرِ مَعْرُوْفٍ الْكَرْخِيِّ التِّرْيَاقُ الْمُجَرَّبُ.

_*“As-Samiri dan pengarang kitab at-Talkhish berkata: Boleh bertawassul untuk meminta hujan kepada Allah dengan orang-orang saleh dan para ulama yang bertaqwa. Pengarang kitab al-Mudzahhab berkata: Boleh beristisyfa’ dan bertawassul kepada Allah dengan orang yang saleh, bahkan menurut suatu pendapat disunnahkan. Al-Imam Ahmad mengatakan dalam kitab Mana-sik yang beliau tulis untuk al-Marrudzi: Orang yang berdoa setelah istisqa’ hendaklah bertawassul dengan Rasulullah dalam doa-nya. Dalam kitab al-Mustau’ab dan lainnya -disebutkan- bahwa hal ini dipastikan sebagai (pendapat) madzhab Ahmad”. Kemudian al-Buhuti berkata: “Ibrahim al-Harbi berkata: Berdoa di makam Ma’ruf al-Karkhi adalah obat yang mujarrab (artinya, jika berdoa di sana akan dikabulkan oleh Allah)” .*_

Al-Imam Ibrahim al-Harbi adalah seorang ulama dan sufi besar yang hidup semasa dengan al-Imam Ahmad ibn Hanbal. Beliau benar-benar salah seorang ulama terkemuka saat itu, hingga al-Imam Ahmad ibn Hanbal memerintahkan anaknya, yaitu ‘Abdullah ibn Ahmad, untuk berguru kepadanya.

Syekh ‘Ala-uddin al-Mardawi al-Hanbali, salah satu ulama madzhab Hanbali terkemuka, dalam kitab al-Inshaf, menuliskan sebagai berikut:

وَمِنْهَا يَجُوْزُ التَّوَسُّلُ بِالرَّجُلِ الصَّالِحِ عَلَى الصَّحِيْحِ مِنَ الْمَذْهَبِ، وَقِيْلَ يُسْتَحَبُّ، قَالَ الإِمَامُ أَحْمَدُ لِلْمَرُّوْذِيِّ: يَتَوَسَّلُ بِالنَّبِيِّ فِيْ دُعَائِهِ، وَجَزَمَ بِهِ فِيْ الْمُسْتَوْعَبِ وَغَيْرِهِ

_*“Di antaranya: boleh bertawassul dengan orang saleh menurut pendapat yang shahih dalam madzhab (Hanbali), bahkan menurut suatu pendapat dalam madzhab disunnahkan. Al-Imam Ahmad mengatakan kepada al Marrudzi: hendaklah orang yang beristisqa’ bertawassul dengan Nabi dalam doanya, dan hal ini dipastikan sebagai madzhab Ahmad dalam kitab al Mustaw’ab dan lainnya” .*_

Bahkan al-Imam Ahmad ibn Hanbal sendiri berkomentar tentang salah seorang sufi kenamaan, yaitu Abu ‘Abdillah Shafwan ibn Sulaim al-Madani, bahwa dia adalah seorang yang sangat patut untuk dijadikan wasilah kepada Allah. Perkataan al-Imam Ahmad ini dinukil oleh al-Hafizh Murtadla az-Zabidi dalam Ithaf as-Sadah al-Muttaqin Bi Syarh Ihya’ ‘Ulumiddin, sebagai berikut:

قَالَ أَحْمَدُ: هُوَ يُسْتَسْقَى بِحَدِيْثِهِ وَيَنْزِلُ الْقَطْرُ مِنَ السَّمَاءِ بِذِكْرِهِ، وَقَالَ مَرَّةً: هُوَ ثِقَةٌ مِنْ خِيَارِ عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ

_*“Ahmad ibn Hanbal berkata: “Dia (Shafwan bin Sulaim) adalah orang yang kita memohon hujan kepada Allah dengan haditsnya dan akan turun hujan dengan menyebut namanya”. Pada kesempatan lain Ahmad berkata: Beliau (Shafwan ibn Suliam) adalah orang yang tsiqah (terpercaya) dan termasuk hamba Allah yang saleh” .*_

Perkataan al-Imam Ahmad ibn Hanbal tentang Shafwan ibn Sulaim ini, selain dikutip oleh al-Hafizh az-Zabidi, juga telah dikutip oleh al-Hafizh as-Suyuthi dalam Thabaqat al-Huffazh . Dalam kutipan al-Hafizh as-Suyuthi sebagai berikut:

وَذُكِرَ عِنْدَ أَحْمَدَ فَقَالَ: هَذَا رَجُلٌ يُسْتَشْفَى بِحَدِيْثِهِ وَيَنْزِلُ القَطْرُ مِنَ السَّمَاءِ بِذِكْرِهِ

_*“Suatu ketika disebut nama Shafwan ibn Sulaim di hadapan Ahmad, maka Ahmad berkata: Dia ini adalah orang yang kita memohon kesembuhan kepada Allah dengan haditsnya dan akan turun hujan dengan menyebut namanya”.*_

Kemudian ‘Abdullah ibn Ahmad ibn Hanbal menukil pernyataan ayahnya sendiri, -yaitu al-Imam Ahmad ibn Hanbal, dalam kitab al-‘Ilal Wa Ma’rifah ar-Rijal, bahwa ayahnya tersebut berkata:

قَالَ أَحْمَدُ بْنُ حَنْبَلٍ: قَالَ ابْنُ عُيَيْنَةَ: رَجُلاَنِ صَالِحَانِ يُسْتَسْقَى بِهِمَا ابْنُ عَجْلاَنَ وَيَزِيْدُ بْنُ يَزِيْدَ بْنِ جَابِرٍ

_*“Ahmad ibn Hanbal berkata: Sufyan ibn ‘Uyainah berkata: Ada dua orang saleh yang kita memohon hujan kepada Allah dengan menyebut namanya: Ibn ‘Ajlan dan Yazid ibn Yazid ibn Jabir” .*_

Marilah kita renungkan, dalam pernyataan-pernyataannya ini al-Imam Ahmad ibn Hanbbal sama sekali tidak berkata: “Yustasqa Bi Du’aih…” (Dimohonkan hujan dengan doa orang-orang saleh tersebut). Tidak seperti pemahaman kaum Wahabiyyah yang mengatakan bahwa tawassul hanya boleh dilakukan dengan doa seorang yang hadir saja, atau mengatakan bahwa tawassul dengan menyebut orang-orang saleh adalah perbuatan syirik. Sebaliknya, al-Imam Ahmad justru menjadikan penyebutan orang-orang saleh seperti tersebut di atas adalah sebagai sebab turunnya hujan.

Dari sini kita tarik kesimpulan bahwa al-Imam Ahmad ibn Hanbal, dan ajaran madzhab Hanbali -sebagaimana juga madzhab-madzhab yang lain- telah membolehkan tawassul dengan Rasulullah dan orang-orang saleh yang sudah meninggal, bahkan hal itu disunnahkan. Lalu dari mana dasar kaum Wahhabaiyyah, -yang mengaku pengikut madzhab Hanbali-, mengatakan bahwa tawassul adalah haram, bahkan sebagai perbuatan syirik?! Dari mana mereka mengatakan bahwa para ulama Salaf telah melarang dan bahwa mereka tidak pernah melakukan tawassul?! Sungguh aneh, mengaku pengikut al-Imam Ahmad atau mengaku bermadzhab Hanbali, tapi kemudian mengatakan haram bahkan mengatakan syirik terhadap sesuatu yang dibolehkan oleh Al-Imam Ahmad dan ulama madzhabnya sendiri! Bukankah jika demikian pengakuan mereka bermadzhab Hanbali hanya sebagai “kedok” belaka?!

Lihatlah, Imam Abu al-Wafa’ ibn ‘Aqil (w 503 H), salah seorang ulama besar madzhab Hanbali, bahkan sebagai Ahl at-Takhrij (Ashab al-Wujuh) dalam madzhab ini, beliau sangat menganjurkan dan menekankan ziarah ke makam Rasulullah. Beliau juga sangat menganjurkan untuk tawassul dengan Rasulullah, seperti yang telah beliau sebutkan dalam kitab at-Tadzkirah. Ini adalah salah satu bukti bahwa orang-orang yang mengaku bermadzhab Hanbali, tapi kemudian mengharamkan tawassul dan memusyrikkan pelakunya, sebetulnya mereka adalah orang-orang yang menyempal dari madzhab Hanbali sendiri. Benar, itulah prilaku mereka yang selalu membawa ajaran-ajaran baru, baik dalam masalah-masalah Ushuliyyah maupun dalam masalah-masalah Furu’iyyah. Dan merekalah yang “mengotori” dan bertanggung jawab atas “tercemarnya” kagungan madzhab Hanbali, madzhab yang telah dirintis oleh al-Imam Ahmad ibn Hanbal ini.

Kholil Abou Fateh
al-Asy’ari asy-Syafi’i ar-Rifa’i al-Qadiri

(Dari FB Ustaz Yunan A Samad)

09/07/2019 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab), Tasauf | | Leave a comment

PEMBELAAN BUAT IMAM GHAZALI RAHIMAHULLAH:

Oleh: Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan

SIAPA YANG MENDAKWA ‘IMAM GHAZALI TERMASUK GOLONGAN YANG TERTIPU’ MAKA SEBENARNYA ‘DIA’ YANG TERTIPU

Kebelakangan ini kita mendengar ada penceramah yang lantang menghina Imam Ghazali, sebaiknya dinasihatkan mereka merenungi diri mereka sendiri adakah mereka ini setaraf atau tidak dengan Hujjatul Islam Imam Ghazali sebelum menghina Ulama’ hebat ini

Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan telah memasukkan Imam Ghazali sebagai sumber rujukan bagi memahami ‘Tasawwuf’ seperti dibawah ini :

http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/himpunan-fatwa/171-keputusan-mesyuarat-fatwa/933-tafsiran-pegangan-dan-aqidah-ahli-sunnah-wal-jamaah

Tafsiran Pegangan dan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Tarikh Keputusan : 25 Februari 2016

Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 02/2016-1437H yang bersidang pada 25 Februari 2016 bersamaan 16 Jamadilawal 1437H telah bersetuju menerima cadangan takrifan berkaitan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam konteks Negeri Sembilan iaitu merujuk kepada kelompok majoriti umat Islam mereka yang berpegang dengan ajaran Islam yang sebenar berdasarkan al-Quran dan panduan Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan para ulama Islam muktabar serta berpegang dalam hal berkaitan dengan:

1. Aqidah dan Tauhid, berdasarkan pegangan Imam Abu Hasan al-Ash’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi.

2. Fiqh dan Syariah, berdasarkan mazhab Shafii di samping meraikan mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali.

3. Tasawwuf, berdasarkan manhaj ulama sufi berwibawa seperti Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali.

Malah antara yang disebarkan adalah perkara-perkara buruk tentang Imam Ghazali berkenaan lemahnya Imam Ghazali dalam bidang hadis, tetapi benarkah dakwaan itu?

Ustaz Mohd Khafidz Bin Soroni (Ahli Panel Penyelidik Fatwa Kerajaan Negeri Sembilan) menulis bagi menjawab dakwaan-dakwaan tersebut di bawah ini :

http://sawanih.blogspot.my/2011/12/status-imam-al-ghazali-450-505h-dalam.html?m=1

Status Imam al-Ghazali (450-505H) Dalam Ilmu Hadis

Ada seorang ustaz al-fadhil menghubungi saya bertanyakan tentang kedudukan Imam al-Ghazali dalam ilmu hadis. Ini barangkali kerana ingin menjawab persoalan mereka yang memandang rendah tentang keupayaan Imam al-Ghazali dalam ilmu hadis. Maka saya katakan, ada sebuah kitab yang bagus dalam membincangkan masalah ini, iaitu kitab al-Imam al-Ghazali wa ‘Ilm al-Hadith oleh Dr. Muhammad ‘Aqil bin ‘Ali al-Mahdali.

Pertamanya, amat perlu difahami apakah maksud ilmu hadis itu. Ilmu hadis yang bagaimana? Kerana ilmu hadis itu mempunyai banyak pecahan di bawahnya. Walhal, maksud kurang keupayaan Imam al-Ghazali dalam ilmu hadis itu sebenarnya merujuk kepada ilmu hadis tertentu, terutama berkaitan kajian sanad seperti al-jarh wa al-ta’dil dan rijal al-hadith, bukannya keseluruhan cabang dalam ilmu hadis. Ini kerana beliau berkeupayaan dalam ilmu mustalah al-hadith, atau riwayah al-hadith yang objektif utamanya adalah untuk membezakan mana hadith yang sahih dan mana hadith yang daif, sepertimana yang dapat dilihat dalam kitab-kitab usul al-fiqhnya, iaitu al-Mankhul dan al-Mustasfa.

Beliau juga berkeupayaan dalam mengetahui pelbagai hadis di mana telah memuatkan sebanyak lebih 4,800 buah hadis di dalam kitabnya Ihya’ `Ulum al-Din. Iaitu suatu bilangan yang jarang ada di dalam sesebuah kitab seperti itu. Justeru, bukan kesemuanya atau sebahagian besarnya hadis daif dan munkar seperti yang didakwa oleh sesetengah orang.

Bahkan, sebahagian besar hadis-hadis kitab Ihya’ `Ulum al-Din adalah masih hadis-hadis sahih dan hasan, serta daif yang dapat diterima dalam bab fada’il amal (kelebihan-kelebihan amalan). Imam al-Ghazali sewajarnya lebih diberi keuzuran kerana konsep kitab Ihya’ `Ulum al-Din yang disusunnya itu ialah fada’il acmal, bukannya ahkam atau akidah. Berbanding setengah ulama yang menyusun kitab dalam bab ahkam atau akidah, tetapi memuatkannya dengan hadis-hadis daif dan munkar.

Demikian antara jawapan saya menurut apa yang terlintas di dalam kepala pada masa itu.

Hadis-Hadis Ihya’ `Ulum Al-Din

Pandangan yang mendakwa kelemahan Imam al-Ghazali dalam ilmu hadis bukanlah suatu yang baru. Zahirnya, mereka hanya mengikut pendapat yang mengatakannya demikian, terutama disebabkan hadis-hadis kitabnya Ihya’ `Ulum al-Din. Antaranya:

Kata al-Hafiz Ibn al-Jawzi (w. 597H): “Beliau memenuhi kitabnya dengan hadis-hadis yang batil yang dia tidak tahu kebatilannya” (Talbis Iblis, hlm. 190).

Imam Taj al-Din al-Subki (w. 771H) menyatakan: “Adapun apa yang dianggap aib pada al-Ihya’ disebabkan kelemahan sebahagian hadis-hadisnya, ini kerana al-Ghazali diketahui bahawa beliau tidak mempunyai kepakaran dalam bidang hadis” (Tabaqat al-Syafi`yyah al-Kubra, 6/249).

Imam Ibn Kathir (w. 774H) berkata: “Di dalamnya banyak hadis yang gharib, munkar dan palsu” (Al-Bidayah wa al-Nihayah, 12/214).

Sebanyak mana bilangannya? Menurut Dr. Muhammad ‘Aqil al-Mahdali dalam al-Imam al-Ghazali wa ‘Ilm al-Hadith, bilangan hadis-hadis dalam Ihya’ `Ulum al-Din ialah 4,848 buah hadis. Ini berpandukan kepada kitab Is‘af al-Mulihhin bi-Tartib Ahadith Ihya’ ‘Ulum al-Din susunan Syeikhuna al-Muhaddith Syeikh Mahmud Sa‘id Mamduh. Bagaimanapun, kitab tersebut hanya menyusun semula hadis-hadis yang ditakhrij oleh al-Hafiz al-‘Iraqi (w. 806H) dalam al-Mughni `an Haml al-Asfar fi al-Asfar fi Takhrij ma fi al-Ihya’ min al-Akhbar, sedangkan masih ada sebilangan kecil hadis yang tidak ditakhrijkan olehnya.

Jika Imam Taj al-Din al-Subki (w. 771H) mengira sebanyak 943 hadis yang tidak ditemukan sanadnya (Tabaqat al-Syafi`yyah al-Kubra, 6/287- 389). Maka bakinya jika begitu, ialah sebanyak 3,905 hadis yang masih mempunyai sanad antara sahih, hasan dan daif. Jumlah ini masih dianggap jumlah yang besar. Malah sebahagian daripada bilangan 943 hadis yang tidak ditemukan sanadnya oleh Taj al-Din al-Subki itu sebenarnya masih mempunyai sanad, dan sebahagiannya pula ada yang diperselisihkan darjatnya antara sahih, hasan, daif atau mawdu‘. Ini dapat dilihat dalam takhrij al-Hafiz al-‘Iraqi dan takhrij al-Hafiz Murtadha al-Zabidi yang lebih luas dalam Ithaf al-Sadah al-Muttaqin. (Lihat: al-Imam al-Ghazali wa ‘Ilm al-Hadith oleh Dr. Muhammad ‘Aqil al-Mahdali)

Boleh dikatakan, tidak ada kitab tasawuf yang mengandungi jumlah hadis sebanyak itu. Maka dakwaan bahawa Imam al-Ghazali hanya menceduk hadis-hadis kitabnya daripada kitab-kitab fiqh dan tasawuf barangkali dapat dipertikaikan. Ini mengukuhkan lagi pendapat bahawa beliau juga telah memetik hadis-hadis kitab Ihya’ `Ulum al-Din daripada kitab-kitab hadis itu sendiri (al-Imam al-Ghazali wa ‘Ilm al-Hadith hlm. 74 & 118).

Bagaimanapun, sewajarnya setiap pembaca kitab Ihya’ `Ulum al-Din berhati-hati dalam memetik hadis-hadisnya dan menelitinya menerusi takhrij al-Hafiz al-`Iraqi yang biasanya dicetak bersama-sama dengan kitab Ihya’. Meskipun adakalanya, hukum beliau berbeza dengan hukum al-Hafiz Murtadha al-Zabidi. Sekurang-kurangnya hadis daif masih dapat diamalkan dalam bab fada’il acmal.

Imam al-Ghazali Mahir Ilmu Hadis Riwayah Dan Dirayah

Bukankah Imam al-Ghazali cukup terkenal sebagai seorang faqih (ahli fiqh)? Sudah tentu beliau mahir berkaitan fiqh al-hadith, atau ilmu dirayah al-hadith. Beliau tentunya memiliki ilmu yang cukup berkaitan hadis-hadis ahkam. Oleh sebab itu, beliau mampu menghasilkan kitab-kitab fiqh yang menjadi rujukan muktabar dan diiktiraf oleh para ulama, khususnya dalam mazhab al-Syafi‘i.

[*Berhubung ilmu hadis riwayah dan dirayah, saya mengikut pembahagian kebanyakan ulama, namun dengan takrifan al-Muhaddith Sayyid ‘Abdullah al-Ghumari dalam Tawjih al-‘Inayah, yang turut disepakati Prof. Dr. Abu al-Laith al-Khair Abadi. Iaitu ilmu riwayah al-hadith berkaitan para perawi dan riwayat mereka, manakala ilmu dirayah al-hadith hanya berkaitan matan hadis. Berlainan dengan Dr. Muhammad ‘Aqil al-Mahdali yang mengikut pembahagian Prof. Dr. Sayyid Muhammad ‘Alawi al-Maliki dalam al-Manhal al-Latif]

Justeru dengan ini, kita dapat lihat Imam al-Ghazali mengetahui tentang dua cabang utama ilmu hadis, iaitu ilmu riwayah al-hadith dan ilmu dirayah al-hadith. Adapun kata-kata Imam al-Ghazali dalam Qanun al-Ta’wil (hlm. 30): “Dan barang bekalanku dalam ilmu hadis adalah sedikit”. Saya berpendapat ianya adalah dalam nada tawaduk dan merendah diri, apatah lagi kerana beliau berani mengisytiharkan dirinya begitu. Dalam erti kata lain, beliau menganggap dirinya bukanlah seorang imam dalam ilmu hadis sebagaimana imam-imam hadis yang tersohor di zamannya ataupun di zaman sebelumnya. Namun, ini tidak bermakna beliau langsung tidak mengetahui ilmu hadis.

Antara imam-imam hadis di zamannya atau di zaman sebelumnya, iaitu sekitar kurun kelima hijrah ialah al-Hakim (w. 405H), Abu ‘Abd al-Rahman al-Sulami (w. 412H), Tammam al-Dimasyqi (w. 414H), al-Lalika’i (w. 418H), Hamzah al-Sahmi (w. 427H), Abu Nu‘aim al-Asbahani (w. 430H), al-Mustaghfiri (w. 432H), Abu Zar al-Harawi (w. 434H), al-Khallal (w. 439H), Abu ‘Amru al-Dani (w. 444H), al-Qudha‘i (w. 454H), al-Bayhaqi (w. 458H), Ibn ‘Abd al-Barr (w. 463H), al-Khatib al-Baghdadi (w. 463H), Abu al-Qasim Ibn Mandah (w. 470H), al-Baji (w. 474H), al-Sam‘ani (w. 489H), al-Ruyani (w. 501H), al-Daylami (w. 509H) dan lain-lain.

Maka, dakwaan bahawa Imam al-Ghazali tidak mahir hadis perlu disemak semula. Kerana hakikatnya, ia bukan secara umum begitu. Beliau hanya tidak mendalami ilmu riwayah al-hadith dari segi kajian sanad dan praktikalnya secara lebih mendalam, dari sudut al-jarh wa al-ta’dil dan rijal al-hadith, serta dari segi periwayatan lautan kitab-kitab hadis secara sama’/talaqqi. Barangkali inilah maksud kenapa beliau menelaah Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim di akhir hayatnya, iaitu kerana ingin mendalami rijal al-hadith dalam kedua-dua kitab sahih yang agung tersebut, dan sebagai usaha permulaan bagi mendengar dan menelaah lautan kitab-kitab hadis yang amat banyak bilangannya. Sebagaimana sebahagian ulama merekodkannya di dalam kitab-kitab sanad mereka.

Jelasnya, meskipun Imam al-Ghazali bukanlah seorang imam atau tokoh besar dalam ilmu hadis, beliau dianggap masih berkeupayaan dalam ilmu hadis, riwayah dan dirayahnya.

Imam al-Ghazali Mendengar Hadis di Akhir Usia

Menurut Dr. Muhammad ‘Aqil al-Mahdali, Imam al-Ghazali telah mempelajari hadis secara wijadah (penemuan) dan juga ijazah, namun beliau tidak mempelajarinya secara sama‘ (talaqqi) kecuali di akhir hayatnya (al-Imam al-Ghazali wa ‘Ilm al-Hadith hlm. 81-83). Sebab itu, beliau berusaha untuk mengatasi kelemahannya itu, dan ini yang membawa beliau untuk mendengar Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim melalui al-Hafiz Abu al-Fityan ‘Umar bin Abi al-Hasan al-Rawasi.

Al-Hafiz Ibn ‘Asakir menyebutkan bahawa Imam al-Ghazali telah mendengar Sahih al-Bukhari daripada Abu Sahl Muhammad ibn ‘Abdullah al-Hafsi (Tabaqat al-Syafi‘iyyah al-Kubra, 6/200). Dan antara syeikh-syeikhnya yang lain dalam ilmu hadis ialah al-Hakim Abu al-Fath Nasr ibn ‘Ali ibn Ahmad al-Hakimi al-Tusi, Abu ‘Abd Allah Muhammad ibn Ahmad al-Khawari, dan Muhammad ibn Yahya ibn Muhammad al-Syuja‘i al-Zawzani (Tabaqat al-Syafi‘iyyah al-Kubra, 6/220).

Kata muridnya, al-Hafiz ‘Abd al-Ghafir al-Farisi (w. 529H): “Di akhir hayatnya, beliau telah memberi tumpuan terhadap hadis Nabi al-Mustafa SAW, dan duduk bersama para ahlinya, serta menelaah al-Sahihain, al-Bukhari dan Muslim, yang mana kedua-duanya merupakan hujjah Islam. Seandainya beliau hidup lama, nescaya beliau mampu mengatasi semua orang dalam disiplin ilmu (hadis) tersebut dengan waktu yang cukup singkat yang beliau luangkan untuk memperolehinya. Tidak diragukan lagi bahwa beliau telah mendengar hadis-hadis di waktu-waktu sebelumnya, dan beliau hanya menyibukkan diri dengan mendengarnya (secara sama‘) di akhir hayat. Dan beliau tidak berkesempatan meriwayatkannya. Namun, hal itu tidak memudaratkan terhadap apa yang beliau tinggalkan dari kitab-kitab yang telah ditulis dalam bab usul, furu’ dan seluruh bahagian yang lain, yang akan kekal disebut-sebut namanya. Dan telah tertetap di sisi mereka yang menelaah dan mengambil faedah daripadanya bahwa tidak ada lagi orang terkemudian yang sebanding dengannya sesudah beliau”. (Lihat: Tabyin Kazib al-Muftari oleh al-Hafiz Ibn ‘Asakir, hlm. 296; Tabaqat al-Syafi‘iyyah al-Kubra, 6/210).

Kata ‘Abd al-Ghafir al-Farisi lagi: “Aku pernah dengar bahawa beliau telah mendengar Sunan Abi Dawud al-Sijistani dari al-Hakim Abu al-Fath al-Hakimi al-Tusi, namun saya tidak menemukan bukti sama‘nya” (Tabaqat al-Syafi‘iyyah al-Kubra, 6/212). Sebab itu, ada dikatakan bahawa Imam al-Ghazali pernah menyebut bahawa menelaah kitab Sunan Abi Dawud itu sudah memadai bagi seorang mujtahid.

Kata ‘Abd al-Ghafir al-Farisi: “Beliau juga telah mendengar berbagai-bagai hadis secara formal bersama-sama para fuqaha’. Antara yang saya temukan bukti sama‘nya ialah apa yang beliau dengar daripada kitab Mawlid al-Nabi SAW karangan Abu Bakr Ahmad bin ‘Amr ibn Abi ‘Asim al-Syaybani, riwayat al-Imam Syeikh Abu Bakr Muhammad bin al-Harith al-Asbahani, dari Abu Muhammad ‘Abdullah bin Muhammad bin Ja‘far ibn Hayyan, dari pengarangnya. Imam al-Ghazali telah mendengarnya dari Syeikh Abu ‘Abd Allah Muhammad ibn Ahmad al-Khawari – Khawar Tabaran – rahimahullah, bersama-sama dua orang anaknya, Syeikh ‘Abd al-Jabbar dan Syeikh ‘Abd al-Hamid serta sekumpulan para fuqaha’… Kitab tersebut di dalam dua juzuk yang didengar oleh beliau” (Tabaqat al-Syafi‘iyyah al-Kubra, 6/212-214).

Kata al-Hafiz Ibnu ‘Asakir al-Dimasyqi (w. 571H): “Beliau telah mendengar Sahih al-Bukhari dari Abu Sahl Muhammad bin ‘Abd Allah al-Hafsi, dan menjadi guru di Madrasah Nizamiyyah di Baghdad. Kemudian beliau keluar ke Syam mengunjungi Baitul Maqdis. Beliau memasuki Dimasyq pada tahun 489H dan tinggal di sana dalam satu tempoh. Disampaikan kepadaku bahawa beliau telah menulis di sana sebahagian karya-karyanya. Kemudian beliau kembali ke Baghdad, lalu ke Khurasan. Beliau telah mengajar dalam satu tempoh di Tus. Setelah itu, beliau meninggalkan pengajaran dan perdebatan, dan menyibukkan diri dengan ibadah”. Al-Hafiz Abu Sa‘d ibn al-Sam‘ani menyebut bahawa beliau pernah mengundang Abu al-Fityan ‘Umar bin Abi al-Hasan al-Rawasi al-Hafiz al-Tusi dan memuliakan beliau, serta mendengar darinya Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim” (Lihat: Tabaqat al-Syafi‘iyyah al-Kubra, 6/214-215).

Menurut Ibn Kathir : “Dikatakan pada akhir hayatnya, beliau telah cenderung kepada mendengar hadith dan menghafal al-Sahihain (al-Bukhari dan Muslim)…”, “Kemudian (di akhir hayat) beliau telah pulang ke negerinya Tus dan tinggal di sana, membina sebuah ribat, membuat rumah yang baik, menanam tanam-tanaman di sebuah kebun yang indah, memberi tumpuan membaca al-Quran dan menghafal hadith-hadith sahih” (Al-Bidayah wa al-Nihayah, 12/214-215).

Jelaslah bahawa beliau bukannya langsung tidak mengetahui ilmu riwayah al-hadith, apatah lagi ilmu dirayah al-hadith yang mana beliau adalah jaguhnya dalam mazhab al-Syafi‘i.

p/s Semoga Allah menjauhkan kita dari menghina Ulama’ yang Haq

09/07/2019 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

HATI HATI DGN ASATIZAH YG MENGUPAS MASALAH FIQH HANYA DGN MERUJUK HADITH

Tempat yang betul untuk mengambil hukum hakam dalam masalah fiqh ialah daripada kitab-kitab fiqh, bukan hanya memadai daripada kitab-kitab syarahan hadis. Ini kerana dalam kitab syarah hadis biasanya tidak diterangkan sesuatu permasalahan dengan terperinci dan tidak diberitahu adakah hukum itu muktamad/rajih dalam mazhab atau tidak muktamad/marjuh.

Bahkan seringkali juga berlaku ketidak tepatan nukilan sesuatu permasalahan daripada mazhab tertentu dalam kitab syarah hadis disebabkan pengarangnya bukan bermazhab dengan mazhab tersebut, bukan kerana pengarangnya tidak jujur. Perkara ini jelas bagi sesiapa yang biasa menelaah kitab-kitab syarah hadis.

Justeru masalah fiqh mazhab Syafii hendaklah dirujuk kitab fiqh Syafii, mazhab Hanafi daripada kitab fiqh Hanafi, dan begitulah seterusnya.

Pengalaman ketika belajar di Pakistan dahulu, para ustaz akan menerangkan ikhtilaf mazhab dalam hadis yang berkaitan masalah fiqh. Setelah diterangkan ikhtilaf antara para imam mazhab, mereka akan mentarjihkan mazhab Hanafi dengan mendatangkan dalil-dalilnya, disebabkan mereka bermazhab Hanafi. Namun mereka tetap menghormati mazhab-mazhab lain.

Seringkali berlaku apabila mereka menukilkan pendapat mazhab Syafii kemudian dimarjuhkan, dinukilkan pendapat yang tidak muktamad. Kadang-kadang qaul qadim pun dinukilkan, sedangkan kita yang bermazhab Syafii pun tak pernah pegang pendapat tu, bahkan tak pernah dengar pun diamalkan. Ini berpunca daripada hanya memadai melihat nukilan sesuatu mazhab daripada kitab syarah hadis.

Di sini ada beberapa faedah dapat diambil,

1. Rujuk masalah fiqh daripada kitab fiqh mazhab

2. Rujukan mazhab tertentu daripada ulama mazhab tersebut صاحب البيت أدرى بما فيه

3. Dinasihatkan sebaik-baiknya sesiapa yang nak pergi belajar di negara luar terutamanya negara yang mengamalkan mazhab lain supaya belajarlah dahulu ilmu-ilmu alat, fiqh dan usul fiqh daripada para ulama’ tempatan. Selepas dah kuasai dengan baik, pergilah ke mana pun, supaya dia tidak gopoh menyalahkan ulama tempatan bila pulang nanti.

4. Para ulama India dan Pakistan secara umumnya bermazhab Hanafi, dan mereka juga belajar kitab-kitab hadis, kutub sittah dan lain-lain. Namun mereka tidak pun meninggalkan mazhab mereka atau menyalahkan mazhab mereka, walaupun belajar tinggi dalam bidang hadis. Sebabnya ialah mereka belajar dari bawah ke atas, pengajian kutub sittah dipelajari pada tahun Daurah Hadis iaitu tahun akhir. Bukan terus lompat ke atas tanpa melalui anak-anak tangga bawah. Peliknya ada orang bila belajar kitab hadis, terus tak nak bermazhab dan menyalahkan imam-imam mazhab.

والله أعلم، وبالله التوفيق

(Ustaz Abdullah Amir)

08/07/2019 Posted by | Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | | Leave a comment

BERIKUT ANTARA PENGKAFIRAN YANG DILAKUKAN OLEH WAHABI. AWAS!!!

Prinsip wahhabiyah ialah mengkafirkan mereka yang tidak sebulu dengan mereka sehinggakan pengkafiran tersebut berlaku di antara mereka sesama sendiri.

Pemikiran yang ganjil ini telah banyak menumpahkan darah umat Islam termasuklah dibunuhnya wanita, kanak-kanak sebagaimana yang berlaku di Mesir, Syiria dan Algeria juga sama apa yang berlaku al-Iraq, Somalia, Yaman, Saudi Arabia, Afghanistan dan Pakistan.

Golongan ini menggunakan takfir sebagai muqaddimah atau pendahuluan sebelum melakukan pengeboman kerana mereka percaya bahawa cara tersebut cara yang paling pendek dan mudah untuk sampai kepada pemerintahan dengan menyalahgunakan nama agama.

Salah satu kelompok yang mengamalkan konsep takfir adalah al-Wahhabiyyah. Antara keterangan dan hujah pengkafiran yang dilakukan oleh golongan al-Wahhabiyah adalah sebagaimana berikut :

1. Muhammad bin Abdul Wahhab mengkafirkan Imam Fakhruddin Al-Razi, pengarang kitab tafsir yang masyhur, Tafsir al-Kabir. Lihat Al-Durar 10/72, 273. Dia telah mendakwa Imam Al-Razi telah menulis sebuah risalah membenarkan umat Islam menyembah bintang-bintang, rujuk Al-Durar 10/355, dakwaan sebegini disandarkan kepada Ibn Taymiyah Al-Harrani al-Mujassim di dalam kitab “Iqtidha` as-Sirat Al-Mustaqim”. Tetapi apabila ulama merujuk kepada dakwaan tersebut ianya tidak terdapat sebagaimana yang disebut oleh Muhammad Bin Abdul Wahhab.

2. Muhammad bin Abdul Wahhab mengkafirkan ulama Najd, lihat Al-Durar, halaman 10-15.

3. Muhammad bin Abdul Wahhab mengkafirkan ulama Mazhab Hanbali dan selainnya yang sezaman dengannya. Lihat Al-Durar, halaman 10-13.

4. Muhammad Bin Abdul Wahhab mengkafirkan Ahmad Ibn Abd Karim (seorang alim Mazhab Hanbali). Lihat Al-Durar, halaman 10,64.

5. Muhammad bin Abdul Wahhab mengkafirkan orang badawi. Lihat Al-Durar (113,114,118,117,dan 119). Beliau mengatakan bahawa mereka (orang badawi) lebih kafir daripada Yahudi Dan Nasara.

6. Muhammad bin Abdul Wahhab mengkafirkan penduduk Makkah. Lihat Al-Durar 10/86 dan 9/291. Dia mendakwa kedua tanah haram Makkah Dan Madinah adalah negara kufur. Lihat Al-Durar 10/7.

7. Muhammad Bin Abdul Wahhab mengkafirkan ibn Arabi sebagaimana dalam kenyataannya di dalam kitab Al-Durar 10/25 : “Dia (Ibn ‘Arabi) lebih kufur daripada Firaun. Sesiapa yang tidak mengkafirkannya, maka dia adalah seorang yang kafir. Bahkan, kafir juga orang yang merasa ragu dengan kekufurannya”.

8. Menuduh dan mengkafirkan kebanyakan penduduk Syam (Lubnan, Jordan, Syiria dan Palestin) dengan mendakwa mereka menyembah Ibn Arabi. Lihat Al-Durar 2/45.

9. Muhammad bin Abdul Wahhab mengatakan ilmu fiqh yang diistinbatkan oleh imam-imam mazhab adalah usaha yang kufur, lihat Al-Durar 2/59.

10. Muhammad bin Abdul Wahhab mengkafirkan ulama kalam (ulama usuluddin). Dia mendakwa bahawa ulama telah bersepakat mengkafirkan ulama kalam. Lihat Al-Durar 1/35.

11. Muhammad Bin Abdul Wahhab mengkafirkan semua guru-gurunya, di dalam kitab risalah untuk penduduk Riyadh, Tarikh Najd, tulisan Husain Bin Ghannam, halaman 137-138. Muhammad Bin Abdul Wahhab berkata di dalam risalah tersebut : “Tidak ada seorang pun dari kalangan guru-guruku yang mengetahui makna La ilaha illa Allah”.

12. Al-Wahhabiyah mengkafirkan Ahlus Sunnah Wal Jamaah iaitu al-Asyai’rah dan Al-Maturidiyah. Soleh bin Fauzan berkata: ” Pengikut Al-Asyai’rah dan Al-Maturidiyah tidak layak digelar sebagai ahli sunnah wal jamaaah”. Rujuk kitab Min Masyahir Al-Mujaddidin Fil Islam, halaman 32, Terbitan Riasah Ammah Lil Ifta’ di Riyadh (Najd). Juga cucu Muhammad Bin Abdul Wahhab, Abd Rahman al-Syiekh tidak ketinggalan mengikuti jejak takfir datuknya di dalam kitabnya Fathul Majid, halaman 353, Terbitan Maktabah Darul Salam Riyadh. Abd Rahman al-Syiekh turut menyesatkan dan mengkafirkan al-Asyai’rah dan Al-Maturidiyah sedangkan al-Hafiz Muhammad Murtadha al-Zabidi mengatakan (إذا أطلق أهل السنة والجماعة فالمراد بهم الأشاعرة والماتريدية ). Maknanya : “Apabila disebut Ahlussunnah Wal Jamaah maka yang dimaksudkan oleh mereka adalah al-Asya`irah dan al-Maturidiyah”.

13.Al-Wahhabiyah mengkafirkan mereka yang menyebut selawat syifa’. Menurut Ibn Baz : ” Lafaz selawat ini adalah syirik”. Rujuk kitab “Kaifa Ihtadaitu Ila Al-Tauhid”, Karangan Muhd Jamil Zainu, halaman 83, 89, Cetakan Darul Fatah.

14. Al-Wahhabiyah mengkafirkan Sayyidatuna Hawwa. Lihat Muhammad Shiddiq Hasan al-Qanuji dalam kitab ad-Din al-Khalish, Dar Kutub al-Ilmiyyah, Beirut, jilid 1, halaman 16.

15. Al-Wahhabiyah mengkafirkan ulama-ulama sufi yang benar lagi soleh dan mengisytiharkan perang terhadap mereka seperti di dalam kitab ” Majmu` Al-Mufid Min ‘Akidah Tauhid”, halaman 102, Cetakan Maktabah Darul Fikr, Riyadh. Nas kata-kata mereka ialah : “Perangilah golongan sufi sebelum kamu memerangi Yahudi, sesungguhnya sufi itu adalah ruh Yahudi”.

Kelompok al-Wahhabiyyah menuduh tharikat sufi dengan kesyirikan. Mereka menganggap bahawa tharikat sufi sebagai punca perpecahan umat Islam. Bahkan lebih dari itu, kerana sangat bencinya mereka terhadap kaum sufi sampai mereka mengatakan: “Wahai umat Islam, Islam kamu semua tidak akan bermanfaat kecuali jika kamu terang-terangan memerangi tarekat dan membanteraskannya”. Lihat Ali Muhammad ibn Sinan, al-Majmu` al-Mufid, halaman 55.

Dengan tuduhan syirik dan nifaq terhadap kaum sufi yang benar, bererti Wahabiyah telah mengkafirkan ratusan juta umat Islam dari timur hingga barat dari masa Abu Bakar al-Shiddiq kemudian masa para Imam mazhab empat dan ulama-ulama lainnya yang soleh seperti Imam Junaid al-Baghdadi, Imam Ahmad al-Rifa`i, Imam Abdul Qadir Jailani, Sultan ulama `Iz Ibn Abd as-Salam dan ulama-ulama lainnya sampai masa kita sekarang ini.

Sesungguhnya dasar-dasar tasawwuf adalah al-Quran dan as-sunnah. Tasawwuf mengajarkan zuhud, wara`, taqwa, dan ibadah. Jalan kebaikan dan juga cara untuk menyebarkan kebaikan kepada umat islam. Imam Syafie mengatakan:

(كن فقيها صوفيا لا واحدا إني وربي الكعبة لك ناصح )

Maknanya: ” Jadilah kamu seorang ahli Feqah yang sufi bukan pengikut wahdah al-wujud. Sesungguhnya demi Tuhan kaabah, aku memberi nasihat kepadamu. Lihat Syafie dalam ad-Diwan, halaman 34.

16. Al-Wahhabiyah mengkafirkan ulama yang mentafsirkan istiwa dengan makna istaula (menguasai) di dalam kitab mereka “Halaqaat Mamnu`ah”, Tulisan Husam Al-`Aqod, Cetakan Darus Sahabah, Tonto.

17. Al-Wahhabiyah mengkafirkan Umat Islam yang menyambut maulidurrasul dan yang mengamal amalan ini sejak 900 tahun yang lalu. Ibn Baaz berkata: “Perayaan maulidurrasul adalah menyerupai orang Yahudi”. Rujuk kitabnya ” Tahzir minal Bida`ah”, halaman 5, Cetakan Riyadh Saudi.

18. Al-Wahhabiyah mengkafirkan ulama yang bertawasul dengan para wali dan solihin. Menurut Abu Bakar Al-Jazaieri, di dalam kitab Aqidatul Mukmin pada halaman 144: “Tawasul dengan kemuliaan mereka adalah syirik dan boleh mengeluarkan mereka daripada Islam dan pelakunya kekal dalam neraka”. Mereka juga menamakan orang yang bertawassul sebagai quburiyyun (penyembah kubur) dan rosak Islamnya. Lihat al-Albani dalam al-Tawassul, Cetakan Zuhair Syawisy, Beirut,halaman 24, 74 dan 70. Sedangkan amalan tawassul adalah amalan baik lagi sunnah sebagaimana disebut di dalam hadis yang panjang oleh at-Tabarani di dalam kitab Mu`jam as-Shaghir halaman 201 dan Mu`jam al-Kabir jilid 9 halaman 17. At-Tabarani juga menghukumkan hadis tersebut sebagai sahih.

19. Al-Wahhabiyah membid`ahkan al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani yang merupakan amirul mukminin dalam bidang hadis dan al-Hafiz Nawawi salah seorang ulama besar dalam mazhab Syafie dari kalangan Ashab At-Tarjih dan menyatakan kedua-duanya bukan Ahlus Sunnah Wal Jamaah dalam kitab mereka ” Liqa’ Al-Bab Al-Maftuh, Dar aL-Wathan,Riyadh, halaman 42.

20. Al-Wahhabiyyah mengkafirkan umat Islam yang beristighasah dengan para anbiya’. Ibn Baaz berkata: “Istighasah dengan nabi-nabi adalah syirik”. Rujuk kitabnya “‘akidah Sohihah Wa Ma Yudhodiduha”, halaman 22, Cetakan Darul Watan Riyadh. Tuduhan syirik juga disebut oleh al-Albani di dalam kitabnya at-Tawassul pada halaman 25. Di dalam Fatawa, cetakan dar al-Arqam, jilid 1 halaman 3, ibn Baz dan ibn `Uthaimin mengatakan: “orang yang beristighathah adalah musyrik dengan syirik yang besar dapat mengeluarkan seseorang daripada agama Islam, pelakunya tidak sah menjadi wali dan tidak sah bermakmum di belakangnya”. Padahal telah ada hadis sohih yang diriwayatkan oleh al-Bukhari bahawa Nabi Salla Allah Alayhi Wa Sallam bersabda:

تدنو الشمس يوم القيامة حتى يبلغ العرق نصف الأذن, فبينما هم كذالك استغاثوا بآدم ثم بموسى ثم بمحمد

Mafhumnya : “Pada hari kiamat kelak, matahari mendekati sehingga keringat seseorang sampai pada tengah-tengah telinganya, dan ketika mereka dalam keadaan seperti itu mereka beristighatsah dengan Adam kemudian dengan Musa kemudian dengan Muhammad”.

21. Al-Wahhabiyyah mengkafirkan sesiapa yang mengucapkan “good morning” and “good night”, dan mengatakan ucapan ini salah kerana mengikut jejak Yahudi di dalam kitab mereka “Akhtho’ Sayyi’ah”, Karangan Muhammad Zainu, halaman 67.

22. Al-Wahhabiyyah mengkafirkan penduduk Islam di Hijaz dan Yaman. Menurut Ibn Baaz: ” Telah tersebar dikalangan penduduk di sana (Hijaz dan Yaman) mereka yang menyembah selain dariapada Allah menyembah pokok, batu-batu dan kubur.”

23. Al-Wahhabiyyah mengkafirkan penduduk Syam, dan mendakwa penduduk syam menyembah Ibn ‘Arabi. Rujuk taaliq Ibn Bazz pada kitaq “Fathu Majid”, halaman 217, Cetakan Darul Aulaanah.

24. Al-Wahhabiyyah menuduh dan mengkafirkan penduduk Islam di Mesir. Mereka mengatakan bahawa penduduk Islam Mesir mengagungkan Tuhan iaitu wali Ahmad Badawi. Rujuk taaliq Ibn Baz pada kitab “Fathul Majid” halaman 206, Cetakan Aula Nahi.

25. Al-Wahabiyyyah mengkafirkan penduduk Dubai, Abu Dhabi dan menamakan mereka dengan anjing-anjing neraka Jahannam. Lihat Abdul Aziz ibn Abdullah al-Syeikh, Ahlus Sunnah an-Nabawiyyah `ala Takfir al-Mu`aththilah al-Jahmiyyah, Riyadh, cetakan pertama, halaman 51, 101, 102 dan 124.

26. Al-Wahhabiyah mengkafirkan Talimsani, sebagaimana keterangan Abdul Latif Abdul Rahman dalam Kitab al-Musamma. Lihat Kitab Fatawa A`immah al-Najdiyyah, Jilid 3, halaman 328.

27. Al-Wahhabiyah menuduh al-Hafiz al-Hakim seorang ahli hadis pengarang kitab al-Mustadrak adalah orang yang akidahnya rosak. Lihat Ahmad ibn Hajar al-Buthami, Tahzir al-Jinan wa al-Arkan `an Dun al-Syirk wa al-Kufran. Cetakan ke 3, halaman 64.

28. Al-Wahhabiyyah mengkafirkan Jamaah al-Dakwah wa al-Tabligh dan para masyaikh mereka seperti Syeikh Khalid al-Naqsyabandi dan Syeikh Muhammad Ilyas dan Syeikh Zakaria dan Syeikh Muhammad In`am al-Hasan – semoga Allah merahmati mereka- di dalam kitab al-Qaulu al-Baligh Fi Tahzir Min Jamaah al-Dakwah wa at-Tabligh.

29. Al-Wahhabiyyah mengkafirkan Imam Hassan al-Banna. Lihatlah majalah Al-Majallah edisi 830 Desember 1996.

30. Al- Wahhabiyyah mencela empat mazhab yang telah disepakati oleh umat Islam mereka mengatakan bahawa para pengikut mazhab telah memecah belahkan umat dan taqlid pada salah satu mazhab juga adalah inti kesyirikan. Orang yang mengikuti satu mazhab saja dalam satu masalah, maka dia adalah seorang yang fanatik buta, dan orang yang taklid buta telah keluar dari agama kerana dia mengikuti hawa nafsunya dan dia menjadi sebahagian daripada hizb al-syaithan (golongan syaitan) dan hamba kepada hawa nafsu sehingga hilang cahaya keimanan dalam hatinya. Lihat Muhammad Sulthan al-Ma`shumi, Hal al-Muslim Mulzamun Bit-Tiba`I Mazhabin Mu`ayyanin, halaman 38 dan 76. Perkara yang sama juga disebut oleh Muhammad Shiddiq Hasan al-Qanuji dalam kitab ad-Din al-Khalish, Dar Kutub al-Ilmiyyah, Beirut.

31. Wahabiyah menghalalkan darah orang yang membaca selawat kepada Nabi Muhammad Salla Allahu Alayhi Wasalam dengan suara yang keras setelah azan dan mereka menganggapnya dosanya lebih besar daripada melakukan zina. ( Lihat Tarikh Sultanah al-Uthmaniyyah). Suatu ketika didatangkan kepada Muhammad ibn Abdul Wahhab seorang tukang azan yang membaca selawat kepada nabi Salla Allahu Alayhi Wasalam setelah azan maka dia memerintahkan anak buahnya untuk membunuhnya. Lihat as-Syaikh Ahmad Zaini Dahlan, Mufti Syafi`yyah terdahulu di Makkah al-Mukarramah dalam al-Futuhat al-Islamiyyah, cetakan di Mesir, jilid 2 halaman 68. Ketika mereka menjajah Makkah kemudian mereka mendengar penduduk Makkah membaca doa setelah azan dan selawat nabi seperti kebiasaan amalan mereka dengan suara yang nyaring, mereka mengatakan : “Sungguh ini adalah syirik yang besar.” Lihat Fadhaih al-Wahhabiyyah karangan as-Syeikh Fathi al-Azhari, halaman 57.

32. Al-Wahhabiyyah mengatakan bahawa tabarruk dengan kubur adalah haram dan salah satu jenis kesyirikan. Lihat ibn Baz dan Uthaimin dalam Fatawa wa Azkar li Ithaf al-Akhyar, Cetakan Dar al-Arqam, halaman 10. Bererti, al-Wahabiyyah telah mengkafirkan sahabat Rasulullah Salla Allahu Alayhi Wasalam iaitu Abu Ayyub Al-Ansari. Al-Imam Ahmad telah meriwayatkan daripada Daud ibn Abi Shalih mengatakan: “Suatu hari Marwan datang dan menemukan seseorang sedang meletakkan wajahnya di atas kubur, kemudian dia berkata: Tahukah kamu apa yang sedang kamu lakukan? Kemudian Abu Ayyub berpaling padanya dan berkata: Ya, aku datang kepada Rasulullah Salla Allahu Alayhi Wasalam dan aku tidak datang kepada batu, aku telah mendengar Rasulullah bersabda:

لا تبكوا على الدين إذا وليه أهله ولكن ابكوا عليه إذا وليه عير أهله

Mafhumnya: “Janganlah kamu menangisi agama ini jika dipegang oleh ahlinya (orang yang tahu agama), namun tangislah jika agama ini dipegang oleh orang yang bukan ahlinya”. (HR. Imam Ahmad, jilid 5 halaman 422 dan Thabarani dalam Mu`jam al-Kabir, jilid 4 halaman 158 dan al-Ausath).

Sumber: ASWAJA

03/07/2019 Posted by | wahabi | Leave a comment

Adat Wahhabi VS Ahlus Sunnah Wal Jama’ah

1. *Wahabi Gemar mengkafir, mensyirik saudara seIslam*. Perkara yang paling asas, Allah dan RasulNya melarang mengkafir, mensyirik saudara sendiri tanpa hak.

2. *Wahabi Membid’ah sesatkan amalan yang mempunyai sandaran dari al Quran dan as Sunnah.* Antara amalan yang suka disesatkan dan dinerakakan oleh ajaran sesat ini adalah – tawassul, tahlilan, maulidul Rasul, bacaan Qunut Subuh, wirid dan zikir beramai-ramai selepas solat, menggunakan tasbih ketika berzikir, bacaan selawat yang dicipta oleh para sahabat dan salafussoleh serta alim ulamak dan banyak lagi.

Sedangkan *amalan-amalan ini ada sandaran dari dalil umum dan khusus dalam al Quran dan as Sunnah serta amalan para salafussoleh.*

3. *Wahabi suka mencari permusuhan dan bukan perdamaian*. Setiap tempat yang dimasuki oleh Wahhabi pasti menimbulkan perpecahan kepada umat Islam, permusuhan, pertelingkahan. Kerana Wahhabi merasakan merekalah yang benar dan masuk syurga. Manakala yang tidak mengikut pandangan mereka akan masuk neraka, kafir dan syirik.

– Sedangkan Allah dan RasulNya menitikberatkan kasih sayang, rahmah, mawaddah sesama saudara seIslam.

4. *Wahabi Merasakan diri mereka mengikut al Quran dan As Sunnah yang sebenar.* Manakala majoriti ulamak dan umat Islam adalah ahli bid’ah sesat.

5. *Slogan ajaran syazz ini adalah – ikut al Quran dan as Sunnah dan terbaru menolak hadith dhoief padahal hadith dhoief diterima dan diamalkan oleh jumhur ulamak muhaddithin.* Hakikatnya mereka memahami al Quran dan as Sunnah dengan cara yang batil,

6. *Wahabi Menolak pandangan ulamak muktabar yang lebih mendalami al Quran dan as Sunnah apabila dirasakan pandangan para ulamak ini bertentangan dengan hawa nafsu mereka yang kononnya dari al Quran dan as Sunnah.* Padahal dalam surah An Nahl ayat 43- Allah menyuruh kita merujuk kepada alim ulamak. Dan Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wasallam menyatakan mafhumnya Ulamak adalah pewaris para Nabi.

7. *Sasaran Wahhabi adalah orang yang baru berjinak-jinak mengenal dan mempelajari Islam.* Akibatnya, orang awam yang jahil pun berani untuk mempertikaikan ijtihad para mujtahid kononnya mengikut al Quran dan As Sunnah.

8. *Zikir seharian Wahhabi adalah bid’ah sesat, syirik dan kafir.*

– Zikir ini sudah lama diamalkan oleh Wahhabi terhadap umat Islam. Bahkan sesama sendiri antara mereka juga ada yang saling membid’ah dan mengkafir.

9. *Menjauhkan Umat Islam dari beramal serta memahami ajaran Islam dengan pemahaman yang sahih.*

– Kerja-kerja *Wahhabi amat disukai oleh musuh Islam seperti Orientalis, Liberalis, Pluralis, Anti Hadith dan sebagainya.* Kerana mereka memang mahu umat Islam jauh dari mengamalkan ajaran Islam.

– Bila amalan-amalan yang diajar dan dipandu alim ulamak dipertikaikan dan disesatkan Wahhabi, maka umat Islam semakin malas untuk beramal, meninggalkan dan semakin seronok dengan hiburan, kemaksiatan dan mencipta bid’ah sesat yang sebenar dan dilarang dalam Islam seperti budaya hedonis, mentafsir al Quran dan hadith tanpa disiplin ilmu, ajaran-ajaran sesat Ayah Pin, Rasul Kahar dan sebagainya

10. *Antara persamaan ajaran Wahhabi dan ajaran sesat seperti Liberal, Pluralisme dan yang lain :*

– *Mempertikaikan keautoritian ulamak.*
– *Literal terhadap al Quran dan hadith*
– *Mentafsir al Quran dan hadith mengikut akal dan hawa nafsu tanpa disiplin ilmu.*
– *beraqidahkan Allah bertempat, berarah, beranggota, berjisim.*

11. 🛑 *Sanggup bertaqiyyah seperti syiah sebelum sebar ajaran*

– Modus operandi pengikut ajaran pada mulanya mereka mengikut arus perdana manhaj Ahlus Sunnah Wal Jama’ah, kemudian mula memasukkan jarum halus menimbulkan isu khilafiyyah dan mengelirukan orang awam. Seterusnya apabila sudah popular di media, televisyen, radio mula membuka topeng masing-masing mengajar ajaran Wahhabi mengkafir, mensyirik, membid’ah, tajsim dan tasybih kepada orang awam.

– Ada yang berperwatakan memang semulajadi keras dan ada yang berperwatakan lembut tetapi dalam kuliah, tulisannya mengkafir dan mensyirik amalan salafussoleh dan umat Islam.

12. 🛑 *Ajaran ini diwarisi terrroris/pengganas bertopengkan Islam yang hauskan darah umat Islam sebagaimana yang telah banyak didedahkan oleh PDRM – Counter Terrorisme, para pengkaji gerakan Islam, pakar-pakar anti keganasan. Ia mengulangi sejarah hitam Wahhabi ketika menguasai Mekah al Mukarramah dalam kitab Tarikh Najd karangan tokoh sejarah Wahhabi dengan membunuh ulamak dan umat Islam ketika itu.*

Sumber ASWAJA.

02/07/2019 Posted by | Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab), wahabi | Leave a comment

Kebenaran dan Majoriti dalam Islam: Antara Pegangan dan Amalan

Oleh: Ustaz Mohd. Khafidz Soroni (KUIS)

1. Ada setengah pihak mendakwa, ‘kebenaran tidak selamanya berada bersama majoriti’. Maka timbul persoalan, adakah ungkapan tersebut benar atau sebaliknya? Apakah ia berbentuk umum atau pun khusus? Bagi membahaskannya, perlu kita pastikan dahulu had batas perbincangannya. Jika ia berkaitan khusus dengan umat Islam sahaja, maka tidak perlu kita membawa dalil-dalil umum yang mencakupi golongan kafir musyrik seperti ayat al-Quran:

وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ

Maksudnya: “Jika engkau (Muhammad) taat kepada majoriti yang berada di dunia, maka mereka akan sesatkan engkau dari jalan Allah” [Al-An’am: 116]. Ayat ini berkaitan masyarakat di zaman Nabi SAW yang majoriti adalah kafir musyrik. Bukan sahaja di zaman Nabi SAW, bahkan di zaman sekarang ini pun umat Islam dengan segala macam ragamnya pun masih bukan majoriti (hanya 23% penduduk dunia). Maka, ayat tersebut tiada kaitan dengan perbincangan ini.

2. Apakah maksud majoriti dalam ungkapan berkenaan, majoriti umat Islam atau majoriti ulama Islam? Perlu juga dipastikan, adakah ia merujuk kepada soal usul dan pegangan atau soal furu’ dan amalan? Jika soal furu’ dan amalan, perbahasannya agak panjang kerana skop cakupannya yang amat luas dan boleh jadi ungkapan tersebut ada benarnya. Namun jika soal usul & pegangan, ungkapan tersebut tidak dapat diterima sama sekali kerana ia mengandungi tuduhan dan penghinaan kepada majoriti para ulama Islam. Seolah-olah mereka gagal dan tidak berjaya mempertahankan kebenaran yang dibawa oleh para sahabat RA dan para salafussoleh. Seolah-olah kebijaksanaan akal mereka secara kolektif dalam menjaga & menekuni ajaran Islam tidak tepat, tersasar & boleh dipertikaikan hingga mereka akhirnya tidak dapat dipercayai lagi. Anggapan ini tidak dapat diterima. ‘Membunuh karakter’ para ulama adalah jarum halus tipu daya syaitan dan musuh Islam.

3. Jika berlaku hilangnya kepercayaan umat kepada majoriti ulama ini, pasti ia suatu malapetaka yang mendukacitakan. Ini kerana al-Quran dan hadis kekal terjaga di atas usaha majoriti mereka. Jika hilangnya kepercayaan umat kepada mereka dan lebih mempercayai al-Quran dan hadis dengan segala tafsirannya yang ada pada kelompok minoriti, nescaya ia fenomena yang sangat berbahaya terhadap umat Islam apabila mereka percaya kelompok minoriti lebih menepati kebenaran berbanding majoriti. Golongan Syiah Rafidhah yang minoriti akan mendakwa kebenaran hanya bersama mereka. Golongan Musyabbihah & Mujassimah yang minoriti akan mendakwa kebenaran hanya bersama mereka. Golongan Muktazilah Moden yang minoriti akan mendakwa kebenaran hanya bersama mereka. Golongan Islam Liberal yang minoriti akan mendakwa kebenaran hanya bersama mereka. Golongan Khawarij Moden yang minoriti akan mendakwa kebenaran hanya bersama mereka. Dan golongan-golongan lain yang minoriti akan mendakwa kebenaran hanya bersama mereka. Demikian kerana dakwaan golongan majoriti ulama Islam tidak berjaya mempertahankan kebenaran yang dibawa oleh para sahabat RA dan para salafussoleh. Sifir sebegini merupakan sifir yang amat bahaya dan malang sekali. Maka, ungkapan ‘kebenaran tidak selamanya berada bersama majoriti’ dari segi usul sangatlah bertentangan dengan realiti sejarah ulama Islam. Kefahaman begini pastinya boleh mengakibatkan keruntuhan & kekeliruan yang serius terhadap disiplin ilmu Islam yang sebenar.

4. Di dalam Islam, kebenaran ada bersama perkara-perkara yang telah disepakati oleh para ulama, salaf dan khalaf, mutaqaddimin dan mutaakhirin. Perkara-perkara yang telah disepakati ini adalah yang berpaksikan kpd al-Quran dan al-Sunnah. Termasuk juga ijmak ulama kerana jika tiada kesepakatan ulama pastinya tiada berlaku ijmak. Ini yang dimaksudkan sebagai usul dan pegangan. Perkara ini merupakan perkara yang telah dimaklumi oleh semua dan tiada ulama yg boleh memindanya walau siapa pun dia. Jika ada, maka dia telah menyalahi apa yang telah disepakati (ijmak) dan inilah yg amat dikhuatiri oleh Nabi SAW.

عَنِ ابْنِ عُمَرَ – رضي الله عنهما – قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ – صلى الله عليه وسلم -: ” يَدُ اللهِ عَلَى الْجَمَاعَةِ , فَاتَّبِعُوا السَّوَادَ الْأَعْظَمَ، فَإِنَّهُ مَنْ شَذَّ شَذَّ فِي النَّارِ”. (رواه الحاكم والترمذي بلفظ: إِنَّ اللَّهَ لاَ يَجْمَعُ أُمَّتِى – أَوْ قَالَ أُمَّةَ مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وسلم عَلَى ضَلاَلَةٍ وَيَدُ اللَّهِ مَعَ الْجَمَاعَةِ وَمَنْ شَذَّ شَذَّ إِلَى النَّارِ. وقَالَ: حَدِيثٌ غَرِيبٌ. والحديث حسن لغيره)

Daripada Ibn ‘Umar RA katanya: Sabda Rasulullah SAW: “Tangan (pertolongan) Allah di atas al-jama‘ah (ulama Islam). Maka, ikutlah golongan yang terbesar (majoriti). Sesungguhnya sesiapa yang mengasing diri, dia mengasing diri ke neraka”. (HR al-Hakim dan at-Tirmizi dgn lafaz:

“Sesungguhnya Allah tidak akan menghimpunkan umatku atau umat Muhammad SAW di atas kesesatan. Tangan (pertolongan) Allah bersama al-jama‘ah (ulama Islam). Dan sesiapa yang mengasing diri, dia mengasing diri ke neraka”. Hadis hasan li-ghairih).

5. Al-Jama‘ah di dlm hadis2 Nabi SAW membawa beberapa maksud menurut konteks hadisnya, antaranya bermaksud jemaah sembahyang, jemaah ulama dan jemaah umat Islam. Namun, al-Jama‘ah dalam hadis tadi ialah jemaah ulama Islam. Kata Imam at-Tirmizi selepas meriwayatkannya:

وَتَفْسِيرُ الْجَمَاعَةِ عِنْدَ أَهْلِ الْعِلْمِ هُمْ أَهْلُ الْفِقْهِ وَالْعِلْمِ وَالْحَدِيثِ.

“Tafsiran al-jama‘ah menurut ahli ilmu, mereka itu ialah ahli fiqh, ahli ilmu dan ahli hadis”.

6. Asas kebenaran di dalam Islam adalah jelas dan bukan sesuatu yang samar. Daripada an-Nu‘man bin Basyir RA berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Perkara yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas. Namun, antara keduanya ada perkara-perkara yang syubhah (samar) yang tidak diketahui oleh ramai manusia. Maka, sesiapa yang menjauhi diri daripada perkara-perkara yang syubhah itu terpeliharalah agama dan kehormatannya. Manakala, sesiapa yang melakukan perkara-perkara yang syubhah, diibaratkan seperti seorang penggembala yang menggembala haiwan ternakan di tepi kawasan larangan dan berkemungkinan ia akan termasuk ke dalamnya. Ketahuilah, sesungguhnya setiap raja memiliki kawasan larangannya yang tersendiri dan ketahuilah bahawa kawasan larangan Allah itu adalah perkara-perkara yang haram”. (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

7. Kesepakatan ulama terhadap perkara2 kebenaran yang jelas adalah sebahagian daripada keistimewaan dan ‘kemaksuman’ umat ini, yang mana Nabi SAW akan berbangga dengan ramainya umat baginda di akhirat kelak. Malah, diriwayatkan bahawa umat baginda SAW akan mencakupi separuh (1/2) daripada penghuni syurga. Antara faktornya ialah kepercayaan mereka terhadap majoriti para ulama yang menjaga agama Islam dan patuh mengikuti ajaran mereka. Merekalah golongan yang sentiasa berada di atas kebenaran. Nabi sallallah alaih wasallam brsabda:

لا تزال طائفة من أمتي ظاهرين على الحق لا يضرهم من خذلهم حتى يأتي أمر الله وهم على ذلك.

Maksudnya: “Sentiasa ada satu kumpulan dari kalangan umatku yang sentiasa zahir di atas kebenaran yang mana orang yang menghina mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga datangnya arahan Allah (hari kiamat), namun mereka tetap berkeadaan demikian” [Riwayat Muslim].

Golongan yang berada di atas kebenaran ini bukan akan muncul, tetapi telah pun sedia dan sentiasa ada sejak dari dahulu. Merekalah golongan ulama yang menjaga kesucian ilmu dan ajaran Islam. Bahkan, dalam setiap satu kurun akan ada tokoh-tokoh yang melakukan tajdid terhadap agama Islam dan harus mereka itu adalah tokoh-tokoh dlm bidang-bidang tertentu yang berasingan. Tokoh-tokoh ini biasanya adalah juga panutan bagi majoriti para ulama Islam yang lain. Justeru itulah tajdid mereka mendapat sambutan yang luas dan diterima dgn baik.

8. Begitu juga maksud hadis suruhan berpegang dengan al-Jamaah apabila umat terpecah menjadi 73 golongan dalam sabda Nabi SAW:

افترقت اليهود على إحدى وسبعين فرقة، وافترقت النصارى على اثنتين وسبعين فرقة، وستفترق هذه الأمة على ثلاث وسبعين فرقة كلها في النار إلا واحدة، قيل: من هي يا رسول الله؟ قال: من كان على مثل ما أنا عليه وأصحابي.
Maksudnya: “Yahudi telah berpecah kepada 71 golongan, dan Nasrani berpecah kepada 72 golongan. Dan umat ini akan berpecah menjadi 73 golongan, semuanya di dalam neraka kecuali satu”. Baginda ditanya: “Siapakah mereka wahai Rasulullah?” Jawab baginda: “Siapa yang berada di atas jalanku dan jalan sahabatku” [Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah. Dalam riwayat lain menyebut: al-Jamaah].

Amat jelas disebutkan bahawa al-Jamaah ialah golongan yang mengikut jalan Nabi SAW dan jalan para sahabatnya. Golongan ini sentiasa ada di sepanjang zaman dan sejarah telah membuktikan kepada kita keberadaan mereka secara konsisten sebagai majoriti ulama Islam yang dikenal sebagai Ahlus Sunnah wal Jamaah.

9. Setelah zaman salafussoleh, jalan mereka terus berkembang secara lebih sistematik dengan kaedah2 & usul-usul yang teratur menggabungkan aspek naqli dan aqli secara seimbang. Ilmu akidah salafussoleh telah disusun atur dengan baik oleh Imam Abu al-Hasan al-Asy‘ari dan Imam al-Maturidi. Ilmu fiqh salafussoleh telah dicerna dgn baik oleh Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam as-Syafii dan Imam Ahmad serta dikembangkan oleh pengikut (ashab) masing-masing. Ilmu tazkiyah salafussoleh telah dikemaskini oleh Imam Junaid al-Baghdadi dan lain-lain tokoh tazkiyah. Maka, orang yg mengikut mereka bererti telah mengikut usul & pegangan yg disepakati oleh majoriti ulama. Justeru, ungkapan ‘al-Jamaah mungkin bukan majoriti di zaman berikutnya’ hanyalah andaian yg tidak berpijak pada realiti jika dilihat dari segi usul & pegangan majoriti ulama Islam.

10. Hadis2 & kalam salafussoleh yg menegaskan bahawa tetaplah berada di atas Islam, jemaah atau sunnah walaupun kita terpaksa berada dalam golongan minoriti amat perlu dilihat pada konteksnya. Sebenarnya, ia lebih berkait dgn soal amalan majoriti umat Islam, bukannya usul & pegangan majoriti ulama Islam. Misalnya, hadis Nabi sallallah alaih wasallam:

بدأ الإسلام غريبا وسيعود كما بدأ غريبا فطوبى للغرباء
Maksudnya: “Islam bermula dalam keadaan asing dan akan kembali menjadi asing seperti ia bermula. Maka beruntunglah bagi mereka yang asing itu” [Riwayat Muslim].

Ia merujuk kepada amalan umat Islam di akhir zaman yang ramai tenggelam dalam percaturan, godaan dan kesesatan dunia. Malah, ada hadis yang menyebut mereka seperti buih2 air bah, yakni jumlah yang ramai tetapi lemah kerana sifat cinta dunia dan takut mati. Mungkin ramai umat Islam yang tidak mengikut amalan yang ditunjukkan oleh Nabi SAW dan para salafussoleh, sedangkan amalan tersebut ada diwarisi oleh majoriti ulama Islam. Justeru, hadis ini bukan bermaksud kesesatan pegangan majoriti ulama Islam, tetapi kemunduran amalan umat Islam.

11. Realiti hidup kita pada hari ini juga jelas menunjukkan ramai umat Islam dari segi amalan tidak mengikut nasihat dan tunjuk ajar ulama 100%. Ini bukan bermakna mereka tidak mengikut usul & pegangan mereka. Dalil yang jelas tentang perbezaan antara pegangan dan amalan ini ialah seperti hadis Nabi SAW:

عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنِّي فَرَطٌ لَكُمْ وَأَنَا شَهِيدٌ عَلَيْكُمْ وَإِنِّي وَاللَّهِ لَأَنْظُرُ إِلَى حَوْضِي الْآنَ وَإِنِّي أُعْطِيتُ مَفَاتِيحَ خَزَائِنِ الْأَرْضِ أَوْ مَفَاتِيحَ الْأَرْضِ وَإِنِّي وَاللَّهِ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمْ أَنْ تُشْرِكُوا بَعْدِي وَلَكِنْ أَخَافُ عَلَيْكُمْ أَنْ تَنَافَسُوا فِيهَا. (رواه البخاري ومسلم)

Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir bahwa Nabi sallallahu’alaihiwasallam bersabda: “Sesungguhnya aku menunggu kamu sekalian dan aku menjadi saksi ke atas kamu sekalian. Sesungguhnya aku, demi Allah, sedang melihat ke telagaku sekarang ini (yang di pintu syurga) dan sesungguhnya aku telah diberikan kunci-kunci khazanah bumi atau kunci-kunci bumi (dunia). Sesungguhnya aku, demi Allah, aku tidak khuatir kepada kamu sekalian akan mensyirikkan (Allah) selepas peninggalanku. Tetapi, yang aku khuatirkan terhadap kamu sekalian ialah kamu akan berlumba-lumba merebutnya (kekayaan dunia itu)” (HR al-Bukhari dan Muslim).

Nabi SAW tidak khuatir dengan pegangan umat Islam dlm mentauhidkan Allah, ttp baginda amat khuatir terhadap amalan mereka dlm mengharungi cabaran hidup di dunia.

12. Begitu juga nukilan2 yang berikut ini, perlu difahami dlm acuan sebegitu;

i. Ibn Mas’ud RA (w. 32H) ditanya tentang majoriti yang melewatkan waktu solat dan beliau mengatakan, solatlah di rumah. Lalu, seorang bertanya:

وكيف لنا بالجماعة؟ فقال لي: يا عمرو بن ميمون إن جمهور الجماعة هي التي تفارق الجماعة، إنما الجماعة ما وافق طاعة الله، وإن كنت وحدك”.

Maksudnya: Bagaimana dengan al-Jamaah? Kata Ibn Mas’ud: Wahai ‘Amru bin Maimun, sesungguhnya majoriti Jamaah itu yang telah menyalahi al-Jamaah. Sesungguhnya al-Jamaah ialah apa yang menepati ketaatan kepada Allah, walaupun engkau seorang diri”.

ii. Drp. Ibn al-Mubarak (w. 181H):

قَالَ عَلِىَّ بْنَ الْحَسَنِ سَأَلْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ الْمُبَارَكِ مَنِ الْجَمَاعَةُ فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ. قِيلَ لَهُ قَدْ مَاتَ أَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ. قَالَ فُلاَنٌ وَفُلاَنٌ. قِيلَ لَهُ قَدْ مَاتَ فُلاَنٌ وَفُلاَنٌ. فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الْمُبَارَكِ أَبُو حَمْزَةَ السُّكَّرِىُّ جَمَاعَةٌ. قَالَ الترمذي: وَأَبُو حَمْزَةَ هُوَ مُحَمَّدُ بْنُ مَيْمُونٍ وَكَانَ شَيْخًا صَالِحًا وَإِنَّمَا قَالَ هَذَا فِى حَيَاتِهِ عِنْدَنَا.

Kata ‘Ali bin al-Hasan: Aku bertanya ‘Abdullah bin al-Mubarak: “Siapakah al-jamaah?” Maka jawabnya: “Abu Bakr RA dan Umar RA”. Lalu ada yg membalas: “Abu Bakr dan Umar telah meninggal dunia”. Jawab beliau lagi: “Fulan dan Fulan”. Lalu ada yg membalas: “Fulan dan Fulan juga telah meninggal dunia”. Maka jawab beliau lagi: “Abu Hamzah as-Sukkari adalah al-jamaah!” At-Tirmizi mengulas: Abu Hamzah ialah Muhammad bin Maimun (w. 167H), beliau seorg syeikh yg soleh. Ibn al-Mubarak sekadar mengatakan ini di masa hayat hidupnya menurut kami”.
Kita patut maklumi, ia bukan bermakna semasa hayat Ibn Mas’ud RA atau Ibn al-Mubarak, majoriti ulama Islam (para salaf) tidak berada di atas kebenaran. Tanggapan sebegini adalah salah sama sekali kerana mrk hidup di zaman ramainya para salafussoleh. Pandangan Ibn Mas’ud RA barangkali sama ada jawapan kpd kes tertentu yg jarang berlaku atau hanya fatwa umum yg menunjukkan ketegasan bagi situasi yg belum berlaku. Manakala, pandangan Ibn al-Mubarak jelas merujuk kpd suatu pencapaian khusus.

13. Selain istilah al-Jamaah yang khusus di atas, juga terdapat istilah Ahlus Sunnah yang khusus.

i. Kata al-Hasan al-Basri (w. 110H):

السنة، والذي لا إله إلا هو، بين الغالي والجافي، فاصبروا عليها رحمكم الله؛ فإن أهل السنة كانوا أقل الناس فيما مضى، وهم أقل الناس فيما بقي؛ الذين لم يذهبوا مع أهل الإتراف في إترافهم، ولا مع أهل البدع في بدعهم، وصبروا على سنتهم حتى لقوا ربهم، فكذلك إن شاء الله فكونوا”.
Maksudnya: “al-Sunnah – demi Tuhan yang tidak ada tuhan melainkan Dia – ialah antara yang melampau dan sambil lewa. Maka sabarlah ketika berada di atasnya moga Allah merahmati kamu. Sesungguhnya ahli sunnah adalah golongan yang paling sedikit pada waktu dulu dan mereka juga golongan yang paling sedikit pada hari-hari berbaki. Mereka golongan yang tidak pergi bersama golongan yang rosak dalam kerosakan mereka dan tidak juga bersama golongan bidaah bersama bidaah mereka. Dan mereka sabar di atas sunnah mereka sehingga mereka bertemu Tuhan mereka. Justeru seperti itulah jika diizinkan Allah, maka jadilah kamu (tetap di atasnya)”.

ii. Kata Fudhail bin ‘Iyadh (w. 187H):

اتَّبع طرُق الهدى، ولا يضرك قِلَّة السالِكين، وإياك وطرُق الضلالة، ولا تغتر بكثرة الهالكين

Maksudnya: “Ikutilah jalan hidayah dan tidak memudaratkan kamu sedikitnya orang yang melaluinya. Hati-hati kamu (jangan ikuti) jalan-jalan kesesatan. Jangan terperdaya dengan ramainya orang yang binasa (dengannya)”.

al-Hasan al-Basri hidup di zaman ramainya salafussoleh, maka sudah tentu istilah Ahlus Sunnah itu adalah istilah tertentu yg khusus, bukannya istilah Ahlus Sunnah yg umum hingga kita fahami mereka sudah sedikit di zamannya (sedang beliau di zaman Salaf!). Ini amat bercanggah dengan fakta dan realiti sejarah. Begitu juga kata2 Fudhail bin ‘Iyadh perlu difahami begitu. Apatah lagi kedua-duanya merupakan tokoh yg menjadi rujukan dalam ilmu tasawuf dan ikutan para ahli sufi. Sudah tentu istilah Ahlus Sunnah itu yamg khusus menurut jalan minoriti tertentu, sebagaimana Ahli Suffah adalah minoriti khusus dalam kalangan para sahabat RA.

14. Nukilan-nukilan ini membuktikan bahawa dari sudut amalan, majoriti tidak semestinya benar atau lebih benar. Namun, tidak menunjukkan kesesatan ilmu, usul & pegangan majoriti ulama Islam. Bagaimana boleh sesat atau tidak menepati kebenaran? Walhal keseluruhan khazanah & wacana ilmu majoriti ulama Islam dalam kerangka Ahlus Sunnah wal Jamaah telah wujud dalam ribuan, malah puluhan ribu buah kitab sejak berkurun lamanya dibaca, ditelaah, dipraktis dan diwarisi oleh mereka secara bersanad. Semoga Allah SWT memberi hidayah & mengampuni kita dengan kasih sayang & kelembutan-Nya.

01/07/2019 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Tazkirah | Leave a comment

MENGENAL NAMA-NAMA WALIMAH

Berikut ini nama nama dan istilah dalam walimah yang dikenal dalam islam sesuai dengan penggunaannya, berdasarkan penjelasan dari para ulama dalam kitab kitab yang mereka tulis..

قَالَ الشَّافِعِيُّ ، رَحِمَهُ اللَّهُ : ” الْوَلِيمَةُ الَّتِي تُعْرَفُ : وَلِيمَةُ الْعُرْسِ ، وَكُلُّ دَعْوَةٍ عَلَى إِمْلَاكٍ أَوْ نِفَاسٍ أَوْ خِتَانٍ أَوْ حَادِثِ سُرُورٍ ، فَدُعِيَ إِلَيْهَا رَجُلٌ ، فَاسْمُ الْوَلِيمَةِ يَقَعُ عَلَيْهَا

Imam as-Syafi’i berkata “Walimah yang dikenal (dalam islam) adalah walimah ‘Urs dan setiap jamuan yang diadakan atas dasar mendapatkan sesuatu, persalinan, khitanan atau kebahagiaan yang baru diperoleh kemudian jamuan tersebut dijadikan undangan maka nama walimah layak disematkan padanya”.

[Al-Haawy fii Fiqh as-Syaafi’i IX/555]

ISTILAH-ISTILAH WALIMAH YANG DIKENAL DALAM ISLAM

ويقال لدعوة الختان إعذار ولدعوة الولادة عقيقة ولسلامة المرأة من الطلق خرس وقيل الخرس لطعام الولادة ولقدوم المسافر نقيعة ولإحداث البناء وكيرة ولما يتخذ للمصيبة وضيمة ولما يتخذ بلا سبب مأدبة

Jamuan khitanan disebut “ I’DZAAR ”, Jamuan kelahiran disebut “ AQIQAH “, jamuan terselamatkannya wanita dari jatuhnya talak disebut “ KHARS “ namun pendapat lain menyatakan khars adalah jamuan untuk kelahiran anak, Jamuan sampainya seseorang dari bepergian disebut “ NAQI’AH “, Jamuan seusai membangun rumah disebut “ WAKIIRAH “, jamuan selamat dari bencana disebut “ WADHIMAH “, dan jamuan yang diadakan tanpa alasan disebut “ MA’DABAH “. [Raudhah at-Thoolibiin III/64]

وَالْوَلَائِمُ سِتٌّ : وَلِيمَةُ الْعُرْسِ : وَهِيَ الْوَلِيمَةُ عَلَى اجْتِمَاعِ الزَّوْجَيْنِ . وَوَلِيمَةُ الْخُرْسِ : وَهِيَ الْوَلِيمَةُ عَلَى وِلَادَةِ الْوَلَدِ . وَوَلِيمَةُ الْإِعْذَارِ : وَهِيَ الْوَلِيمَةُ عَلَى الْخِتَانِ . وَوَلِيمَةُ الْوَكِيرَةِ : وَهِيَ الْوَلِيمَةُ عَلَى بِنَاءِ الدَّارِ . قَالَ الشَّاعِرُ : كُلُّ الطَّعَامِ تَشْتَهِي رَبِيعَةُ الْخُرْسُ وَالْإِعْذَارُ وَالْوَكِيرَهْ وَوَلِيمَةُ النَّقِيعَةِ : وَهِيَ وَلِيمَةُ الْقَادِمِ مِنْ سَفَرِهِ ، وَرُبَّمَا سَمُّوا النَّاقَةَ الَّتِي تُنْحَرُ لِلْقَادِمِ نَقِيعَةً ، قَالَ الشَّاعِرُ : إِنَّا لَنَضْرِبُ بِالسُّيُوفِ رُءُوسَهُمْ ضَرْبَ الْقُدَارِ نَقِيعَةَ الْقُدَّامِ وَوَلِيمَةُ الْمَأْدُبَةِ : هِيَ الْوَلِيمَةُ لِغَيْرِ سَبَبٍ . فَإِنَّ خُصَّ بِالْوَلِيمَةِ جَمِيعُ النَّاسِ سُمِّيَتْ جَفَلَى ، وَإِنْ خُصَّ بِهَا بَعْضُ النَّاسِ ، سُمِّيَتْ نَقَرَى

Jenis Walimah yang dikenal dalam Islam ada enam:

1. Walimah ‘Urs : Walimah yang diadakan atas dasar pertemuan dua insan dalam membentuk rumah tangga
2. Walimah Khurs : Walimah yang diadakan atas dasar lahirnya seorang anak
3. Walimah I’dzaar : Walimah yang diadakan atas dasar khitanan
4. Walimah Wakiirah : Walimah yang diadakan atas dasar membangun rumah
5. Walimah Naqii’ah : Walimah yang diadakan atas dasar kedatangan seseorang dari bepergian
6. Walimah Ma’dabah : Walimah yang diadakan atas dasar tanpa sebabBila undangan walimah tersebut mencakup semua lapisan masyarakat dinamakan ‘JAFLAA’, bila hanya sebatas kalangan tertentu saja dinamakan ‘NAQRAA’.

[Al-Haawy fii Fiqh as-Syafi’i IX/555)]

Sumber:

30/06/2019 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

Allah Di Mana? Di Atas Langit atau Di Semua Tempat?

Oleg: Ustaz Mohd Khafidz Soroni

Soalan di atas, lazimnya ditanya oleh salah satu dari dua orang berikut, sama ada dia memang tak tahu dan inginkan jawapan, atau soalan perangkap ‘salafi’ (boleh baca salah pi) yang ingin menguji akidah ‘lawan’nya. Ini kerana mereka sudah meyakini bahawa Allah Taala itu tempatnya di atas langit.

Jika orang tersebut menjawab di atas langit, dia akan berpuashati, tetapi jika orang tersebut menjawab di semua tempat atau di mana-mana sahaja (seperti fahaman Muktazilah), maka dia akan memerli dan memperbodohkan begini: “Walaupun di tandas?!”.

Sebenarnya soalan pilihan; ‘di atas langit atau di semua tempat’ seperti di atas adalah soalan bidaah. Saya katakan ianya bidaah sayyi’ah (yang keji). Ini kerana ianya telah menimbulkan terlalu banyak perbalahan dan sengketa sehingga kini. Maka eloklah ditinggalkan sahaja pertanyaan bidaah tersebut.

Ini kerana jawapan yang pertama dan yang kedua adalah mustahil bagi Allah, selagi ia berhubung dengan tempat, sepertimana yang akan diterangkan nanti. Allah Taala tidak berada di tempat tertentu, sama ada atas, bawah, kiri, kanan, depan atau belakang. Ini tidak bermakna Allah Taala itu ‘ma’dum’ (معدوم) yakni ‘yang ditiadakan’ (seperti ejekan setengah ‘ salafi’ pembidaah yang jengkel), kerana Dia telah sedia ada wujud dengan zat-Nya. Begitu juga Allah Taala tidak berada di semua tempat.

Jawapan Yang Sahih

Namun, pertanyaan; ‘di mana Allah?’ bukanlah bidaah. Ini kerana Allah Taala telah mengetahui tabiat manusia yang pasti akan bertanya soalan seperti itu. Dan Allah Taala tidak mahu umat Nabi Muhammad SAW ini menjadi sepertimana orang Yahudi dan orang Kristian yang beriktikad bahawa Allah Taala itu di atas langit dengan zat-Nya, lalu diturunkan anak-Nya ‘Uzair menurut Yahudi, dan Jesus (‘Isa) menurut Kristian, ke atas muka bumi, لا حول ولا قوة إلا بالله.

Oleh kerana itu Allah Taala telah menurunkan jawapannya seperti berikut, firman-Nya dalam surah al-Baqarah:

Terjemahan: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku mudah-mudahan mereka menjadi baik serta betul”. (186)

Bagaimanapun jika mereka tidak berpuashati dengan jawapan dari kalam Allah ini, katakanlah: Allah wujud tanpa bertempat (الله موجود بلا مكان). Ini kerana Allah Taala tidak memerlukan tempat (dan langit adalah termasuk daripada tempat). Yang memerlukan tempat ialah makhluk. Dia-lah yang menciptakan tempat, maka tempat adalah termasuk daripada makhluk. Allah Taala tidak memerlukan apa-apa daripada makhluk-Nya dan tidak bergantung kepada mereka sedikitpun.

Komentar Hadith Jariyah

Adapun hadith jariyah (hamba perempuan) yang menunjukkan seolah-olah Allah Taala di langit, dijawab oleh para ulama Ahlus Sunnah wal-Jamaah seperti berikut;

1- Ianya bukan hadith mutawatir. Maksudnya hanya segelintir sahabat Nabi SAW sahaja yang meriwayatkannya, tidak ramai. Maka orang yang mati tanpa akidah ‘Allah di atas langit’ tidaklah berdosa. Justeru, usul akidah mesti disabitkan dengan hadith mutawatir.

2- Hadith tersebut tidak dimuatkan oleh ulama-ulama hadith yang meriwayatkannya di dalam bab akidah, kecuali golongan musyabbihah dan sebahagian ahli hadith yang terpengaruh dengan mereka dalam mazhab Hanbali.

3- Ini kerana cara ia difahami berhubung dengan situasi hadith itu diucapkan, di mana jariyah tersebut adalah orang biasa yang kurang berpelajaran, maka wajarlah Nabi SAW melayaninya menurut kemampuan akal fikirannya. Dalam riwayat berkenaan beliau menjawab: “Di langit”, kerana inilah kefahaman semua orang biasa, termasuk kaum Yahudi, Nasrani dan kaum musyrikin yang percaya kewujudan Tuhan dan kekuasaannya. Apa yang membezakan dengan mereka di sini ialah pengakuannya terhadap kerasulan Nabi SAW, lalu baginda menghukumkannya sebagai mukminah. Manakala dalam satu riwayat lain, beliau hanya menunjuk ke arah atas, manakala yang berkata ‘ke langit’ ialah perawi hadith yang menceritakan situasi berkenaan.

4- Maka para ulama menafsirkannya menurut kaedah; ‘merujukkan nas yang mutasyabihat (mengelirukan) kepada nas yang muhkamat (meyakinkan)’. Antara nas yang muhkamat di sini ialah ayat (ليس كمثله شيء), “Tiada suatu apapun yang menyerupai-Nya”. Jika Nabi SAW pernah bersabda; ‘Allah di langit’, pasti tidak timbul masalah, dan ianya tidak menjadi nas yang mengelirukan (mutasyabihat). Justeru, ulama menyatakan bahawa jawapan/isyarat jariyah tersebut adalah menunjukkan ketinggian kedudukan Allah (علو المكانة), dan bukannya ketinggian tempat Allah berada (علو المكان). Ini ditunjukkan dengan kalimah (في السماء), “di langit” dengan lafaz mufrad (tunggal) sahaja, bukan dengan lafaz (فوق السماء السابعة), “di atas langit ketujuh”, atau dengan lafaz plural (فوق السموات), “di atas semua langit”. Maka kalimah al-sama’ dalam adat Arab mengisyaratkan kepada alam ghaib yang tidak dapat diketahui hakikat sebenarnya.

5- Tambah mereka lagi; adat umat Islam menadah tangan ke langit ketika berdoa adalah kerana langit itu adalah kiblat bagi doa (tidak kira sama ada anda di Kutub Utara atau di Kutub Selatan maka kiblat semasa berdoa ialah langit), sepertimana kita bersembahyang menghadap Allah Taala, maka kiblatnya ialah ke Kaabah. Ini bukanlah bermakna Allah Taala berada di hadapan kita dengan zat-Nya, dan tidak ada di sebelah belakang.. Jika kita mengamati kedudukan bumi dari angkasa dan mengamati seluruh alam cakerawala ini, di samping menginsafi kekerdilan diri, pasti kita akan akur dengan ayat al-Quran di atas. سبحان الله..

6- Kefahaman akidah orang awam seperti yang saya sebut di atas juga, berlaku dalam beberapa perkara akidah yang lain, seperti soal perbuatan hamba (أفعال العباد), kefahaman tentang iradah (kehendak) manusia dan qadar Allah SWT. Jika tidak diberi penjelasan atau diajarkan ilmu yang sahih, mereka akan menyangka bahawa Allah SWT menjadikan manusia dan membiarkan mereka berusaha mengurus hidup mereka masing-masing dengan sendiri tanpa campurtangan daripada-Nya. Atau pun mereka percaya hidup mereka ini telah ditentukan semuanya oleh Allah SWT, maka tidak perlu berusaha untuk mengubah apa-apa yang telah ditetapkan dan berserah sahaja bulat-bulat.

7- Sebahagian ulama Ahlus Sunnah seperti Imam Muhammad Zahid al-Kawthari dan al-Hafiz ‘Abdullah al-Ghumari mengatakan bahawa hadith tersebut adalah syaz, iaitu hadith yang sahih sanadnya, tetapi matannya berlawanan dengan hadith-hadith sahih yang lain. Ini kerana kebanyakan dakwah Nabi SAW adalah dengan seruan supaya mengucap syahadah (لا إله إلا الله), bukannya bertanya ; “Di mana Allah?” (أين الله). Malah sebahagian jalan riwayat hadith berkenaan diriwayatkan dengan lafaz yang jelas : (أتشهدين أن لا إله إلا الله). Maka hadith syaz tidak dapat dijadikan hujah.

Wallahu a’lam.

Rujukan tambahan:

1- Fatwa al-Hai’ah al-‘Ammah – sini.
http://www.awqaf.ae/Fatwa.aspx?SectionID=9&RefID=4018

2- Risalah al-Burhan al-Sadiq.
http://cb.rayaheen.net/showthread.php?tid=25531

3- Fatwa Dar al-Ifta’ Mesir – sini.
http://dar-alifta.org.eg/AR/Default.aspx

http://sawanih.blogspot.my/2009/08/allah-di-mana-di-atas-atau-di-semua.html?m=1

28/06/2019 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab), wahabi | Leave a comment

Imam-Imam Mahzab Ahli Sunnah Wal Jamaah

Imam-Imam Mahzab Ahli Sunnah Wal Jamaah terbahagi kepada tiga bahagian:

1- Golongan ulama yang beriman dan menyelidik tentang akidah dan menyatakan dalil akal dan naqal (Al-Quran dan Hadis) diatas landasan yang benar..
(ILMU TAUHID)..
Mereka adalah:
Imam Abu Hasan Al-Asy’ari, Imam Abu Mansur Al-Maturidi dan lain-lain imam Ahli Sunnah Wal Jamaah..

2- Golongan ulama yang beramal dan menyelidik tentang hukum-hakam dan menghuraikannya berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah..
(ILMU FEKAH)..
Mereka adalah:
1- Imam Abu Hanifah – Pengasas Mazhab Hanafi..
2- Imam Malik – Pengasas Mazhab Malik..
3- Imam As-Syafi’i – Pengasas Mazhab Syafi’i..
4- Imam Ahmad Bin Hambal – Pengasas Mazhab Hambali..

3- Golongan ulama yang berakhlak mulia dan menyelidik tentang soal penyakit-penyakit hati, seperti ria’, hasad, ujub dan sebagainya, mereka adalah pakar rohani dan doktor mengubati penyakit-penyakit hati..
(ILMU TASAWUF)..
Mereka adalah:
Hujjatul Islam Syekih Abu Hamid Al-Ghazali, Syekih Junaid Al-Baghdadi dan lain-lain lagi..

Sumber: FB Ustaz Yunan A Samad

27/06/2019 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

JAWAPAN PERTANYAAN SALAFI

Oleh: Kiyai Nur Hidayat Muhammad

Kebiasaan salafi sering bertanya, mengapa orang-orang bermazhab Syafi’i jarang mengadakan kajian kitab Syarhus-Sunnah karangan Imam al-Muzani, murid terdekat Imam as-Syafi’i?

Kemudian Salafi itu berkata,… orang-orang yang mengaku bermazhab Syafi’i tapi tidak mengikuti imam syafie karena mereka lebih memilih akidah Asy’ariyyah dan sufiyah yang meyakini “Allah wujud tanpa tempat dan arah” atau “Allah ada di mana-mana” berbanding akidah Ahlussunnah yang dibawa Imam al-Muzani dalam kitab tersebut, karena beliau tegas menetapkan “ketinggian Allah” dan meyakini “Allah bersemayam di atas arsy”.

Jawapannya begini…

1. Kitab Syarhus Sunnah penisbatan nya kepada Imam al-Muzani masih meragukan, karena dalam sanad riwayat kitabnya terdapat beberapa perawi yang majhul “tidak diketahui biografinya”, seperti Syamsuddin Abul Izz Yusuf al-Hakkari, Hasan bin Ali al-Yazuri, dan Ali bin Abdillah al-Halwani.

2. “Allah ada di mana-mana” bukanlah akidah Ahlussunnah.

Sama seperti “Allah bersemayam “bermakna menempati”di atas arsy-Nya” dan bukan akidah Ahlussunnah. Akidah Ahlussunnah adalah “Allah wujud tanpa tempat dan arah” atau “Allah tinggi derajat dan kedudukannya” atau “Allah tinggi “uluw derajat dan kekuasaannya” di atas arsy”.

3. Dari pembacaan saya atas kitab Syarhus Sunnah yang sangat ringkas tersebut, yang hanya ditulis dalam beberapa lembar saja, “ditelaah dan ditahqiq oleh Jamal Azzun”, tidak ditemukan kalimat yang pelik atau menyelisihi akidah Ahlussunnah Asy’ariyyah atau Maturidiyyah secara umum.

Hanya ada beberapa kalimat yang diperlukan penjelasan atau syarah:

PERTAMA:
Pada pasal pertama, Imam al-Muzani memulai dengan pembahasan:

العلو : العالي [عال] على عرشه

Kalimat ini bukan masalah dalam akidah Ahlussunnah Asy’ariyyah, karena uluw Allah memang terdapat nash-nya.

Dan Ahlussunnah telah bersepakat methode tafwidh “serahkan makna yang dikehendaki kepada Allah” dan ta’wil sebagai pilihan manhaj interaksi nya dengan mutasyabihat.

Ta’wilnya adalah uluw makanah “ketinggian derajat, kekuasan dan kedudukan Allah” bukan uluw jihah atas atau tempat “arah dan tempat atas”, karena Allah bersih dari tempat dan arah.

Allah bersih dari tempat adalah ijma’ ulama’:

واجمعوا على انه لايحويه مكان

“Ulama’ Ahlussunnah ijma’ bahwa Allah tidak diliputi tempat” (Al-Farq Bainal Firaq).

Allah bersih dari arah adalah akidah salaf:

ولاتحويه الجهات الست

“Allah tidak diliputi arah enam “termasuk atas” (Akidah Thahawiyah).

Dalam naskah “manuskrip” Syarhus Sunnah yang lain, kata muhaqqiqnya Jamal Azzun, terdapat tambahan berikut:

العالي (عال) على عرشه في مجده بذاته

Lafaz ini populer juga diucapkan oleh Imam Ibn Abi Zaid al-Qairuwani.

Tetapi Imam adz-Dzahabi dalam al-Uluw tegas memberikan kritik atas penambahan kalimat tersebut dan menganggap fudhul “tidak semestinya”, karena ijma’ ulama’ tentang tidak bolehnya menambah-nambah kan sifat yang datang dari Allah dan Rasul-Nya tanpa tambahan.

Selain itu juga, penambahan tersebut masih meragukan “masykuk fih”, karena dalam dua manuskrip yang lain tidak ditemukan.

KEDUA:

Pada pertengahan pembahasan, Imam al-Muzani menyebut:

بائن من خلقه

Ucapan ini memang datang dari sebagian ulama’ salaf “tabi’it tabi’in” dan maknanya adalah “Allah tidak masuk ke dalam alam dan alam tidak masuk pada Allah” (al-Asma was Shifat, al-Baihaqi).

Walaupun penisbatan kalimat “bain” kepada Allah ini sedikit kontroversial, tetapi pengertian nya tidak bersilang dengan akidah Ahlussunnah wal Jama’ah Asy’ariyyah.

4. Isu Imam al-Muzani menentang ilmu kalam.

Isu ini sebenarnya berada di luar topik pembahasan kitab Syarhus-Sunnah.

Ringkasnya, ilmu kalam ada dua,…
mamduh “terpuji” dan madzmum “tercela”.

Ketika disebutkan celaan ulama’ salaf terhadap ilmu kalam, maka maksudnya adalah ilmu kalam yang madzmum, karena catitan sejarah menyebutkan, ulama’-ulama’ salaf seperti Imam Abu Hanifah, Imam Syafi’i dan lain-lain juga menggunakan hujjah kalamiyyah.

Dan sudah banyak jawapan ulama’ Ahlussunnah tentang ini.

Wallahu A’lam.

(Sumber: FB Ustaz Yunan A Samad)

26/06/2019 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab), wahabi | Leave a comment

Cara Berfikir Yang Salah!

1. Tak boleh cium tangan mak bapa bila berjumpa mereka, sebab tak wajib cium pun. Kalau selalu cium, nanti ada yg beranggapan ianya wajib! Maka, anak ini pun tak cium dah tangan mak bapaknya. Takut sesat, masuk neraka…

2. Tak boleh baca surah Yasin setiap Jumaat, nanti orang awam sangka ianya wajib. Maka, tinggalkan bacaan yasin. Takut sesat, masuk neraka.

3. Tak boleh menziarahi kubur secara sepakat hari dan waktu sesama adik-beradik (menjadualkan pergi bersama), nanti orang awam kata ianya wajib. Maka tak perlu ziarah kubur. Takut sesat dan masuk neraka.

4. Tak boleh buat qiamullail secara berjemaah dan berjadual, nanti orang awam kata wajib, jadi qiamullail lah sendiri-sendiri. Kalu tidak, pembuatnya jadi sesat dan masuk neraka.

Ini semua disebabkan masalah SALAH CARA FIKIR. Kenapa disempitkan rahmat Allah SWT sebegitu sekali. Meletakkan perkataan haram bid’ah di hujung lidah. Kalau orang awam salah faham, betulkan mereka tu, beritahu tak wajib. Bukan dengan meninggalkan amalan-amalan baik.

Kalau tak berjadual untuk sama-sama melakukan amalan menziarahi kubur mak ayah, macamana adik-beradik nak sepakat menziarahi bersama-sama. Dah ada yang berselfie, buang sajalah amalan berselfie, bukan dengan meninggalkan kebaikan menziarahi kubur.

Allahu al-musta’an.
Ustaz Asmadi Mohamed Naim

Sumber: FB Ustaz Human A Samad

25/06/2019 Posted by | Tazkirah, wahabi | Leave a comment

Apa kata Ulama’ sezamannya tentang Pengasas Wahabi Muhammad bin Abdul Wahab.

Ribuan ulama telah membantah kesesatan ajaran Ibnu Abdul Wahab, dari sejak dia masih hidup hingga ke saat ini. Di antara para ulama sezaman yang membantah Muhammad ibnu Abdul Wahab adalah :
.
1_SYAIKH SULAIMAN BIN ABDUL WAHAB at-Tamimi an-Najdi (w.1208 H)_Ia adalah saudara kandung dari Muhammad bin Abdul Wahab, pendiri kelompok Salafi Wahabi. Syaikh Sulaiman jauh lebih pandai dan lebih alim dari Muhammad bin Abdul Wahab. Dia seorang tokoh ulama fiqh Mazhab Hanbali yang juga menjawat sebagai Qadhi Najd. Dia termasuk PENENTANG yang KERAS terhadap kesesatan ADIKNYA itu.
.
2_ SYAIKH SULAIMAN BIN SUHAIM BIN AHMAD BIN SUHAIM al-Hanbali an-Najdi
(1181 – 1230 H)_seorang tokoh ulama fiqh Hanbali di Riyadh. Orang tuanya juga tokoh ulama terkemuka yang MENENTANG ajaran Muhammad ibnu Abdul Wahab. Mereka berasal dari kabilah Anzah. Satelah Salafi Wahabi menguasai daerah Riyadh, Ibnu Suhaim ini hijrah ke Zubair dan wafat di sana. Kerana perseteruannya dengan Muhammad bin Abdul Wahab, dia dianggap KAFIR oleh Salafi Wahabi dan digelari sebagai ‘al-Bahim’ (binatang). Begitulah akhlak pendiri Salafi Wahabi terhadap orang-orang yang tidak setuju dengan DAKWAHNYA.
.
3_Syaikh Muhammad ibnu Abdurrahman ibnu Afaliq al-Hanbali _Dia seorang ulama besar Ahsa dan tokoh ulama fiqh terkemuka. Memiliki banyak karya dalam bidang fiqh dan ilmu falak. Dialah yang MENASIHATI Utsman bin Muammar, Gabenor Uyainah, agar menjaga jarak dari Ibnu Abdul Wahab dan meninggalkan
nya. Ini menandakan kedalaman ilmu Ibnu Afaliq dalam berdialog dengan gabenor tersebut sehingga menerima alasan logik dan dalil-dalil yang dia ungkapkan. Kerana itu, Ibnu Abdul Wahab MENGKAFIRKANNYA dengan tuduhan KAFIR AKBAR, gara-gara menolak dakwahnya.
.
4_SYAIKH ABDULLAH IBNU ISA AL-MUWAYIS at -Tamimi ( w.1175 H)_Ulama Najd ini seorang faqih dari Huraimila, hijrah ke Syam untuk menuntut ilmu dari as-Safaraini. Dialah yang berhasil meyakinkan Ibnu Suhaim untuk berhenti memberi dukungan kepada Ibnu Abdul Wahab kerana belum mengenali hakikat dakwahnya yang sebenar nya, sehingga ia pun menarik dukungannya. Inilah yang membuat pengasas Wahabisma tersebut murka dan mengkafirkannya sekafir-kafirnya.
.
5_SYAIKH ABDULLAH IBNU AHMAD IBNU SUHAIM (w.1175 H)_seorang faqih dari daerah Majma’ah, Qasim. Tokoh ulama fiqh bermazhab Hanbali ini adalah qadhi (hakim agama) di Semenanjung Sudair. Ia MENENTANG dakwah Salafi Wahabi kerana sikap BERLEBIH-LEBIHAN mereka dalam MENGKAFIRKAN umat Islam.
.
6_SYAIKH MUHAMMAD BIN ABD AL-LATHIF_Ia adalah salah satu guru Ibnu Abdul Wahab yang berasal dari Ahsa. Ia termasuk PENENTANG KERAS ajaran muridnya yang di anggap SESAT.
.
7_SYAIKH MUHAMMAD BIN ABDULLAH BIN FAIRUZ al-Ahsai (w.1216 H)_Dia hijrah ke Bashrah setelah Salafi Wahabi menguasai daerah Ahsa pada masa Abdul Aziz bin Muhammad. Ayah dan datuknya adalah ulama Hanbali terkemuka. Dia adalah ulama yang sangat disegani dan dipandang oleh Sultan Turki Utsmani. Ibnu Fairuz adalah PENENTANG KERAS DAKWAH dan AJARAN Ibnu Abdul Wahab. Oleh kerana itu, dia dikafirkan sekafir-kafirnya dan dikatakan telah keluar dari agama Islam.
.
8_SYAIKH MUHAMMAD ALI SALUM (w.1246 H)_Dia melarikan diri ke Bashrah bersama gurunya Ibnu Fairuz, akibat keganasan yang dilakukan oleh Salafi Wahabi.
.
9_AL-ALLAMAH AL-QADHI UTSMAN BIN MANSHUR AN-NASHIRI (w.1282 H)_Ia adalah seorang Qadhi daerah Sudair dan Hail pada masa Turki Ibnu Abdullah Ibnu Faishal bin Turki. Dia berpendapat cukup KERAS tentang Salafi Wahabi dan mengatakan sebagai Khawarij Akhir Zaman.
.
10_SYAIKH MUHAMMAD SULAIMAN al-Kurdi _seorang mufti Syafi’iyyah di Madinah. Beliau adalah guru Ibnu Abdul Wahab yang juga mengecam keras dakwah muridnya itu dengan menulis buku berjudul “Masa’il wa Ajwibah wa Rudud ‘ala al-Khawarij ‘ dan kitab ‘ar-Radd ‘ala Muhammad ibni Abd al-Wahhab ‘.
.
11_SYAIKH MARBAD BIN AHMAD at-Tamimi (w.1171 H)_Dia adalah seorang Qadhi dan tokoh ulama besar negeri Nejd. Tewas di bunuh kelompok Salafi Wahabi di kota Raghbah.
.
12_AL-ALLAMAH MUHAMMAD BIN ABDULLAH_Ia adalah seorang mufti Mekah bermazhab Hanbali yang hidup tidak jauh dari masa Ibnu Abdul Wahab dan turut menyaksikan kesesatan dan tindakan-tindakan anarkis yang di lakukan oleh keturunan Ibnu Abdul Wahab. Dia mengungkapkan rasa keberatan dan penolakan
nya terhadap fahaman yang satu ini melalui bukunya yang berjudul as-Sahb al-Wabilah ‘ala Dhara’ih al-Hanbali.
.
Para tokoh ulama di atas hanyalah sebahagian kecil dari ulama terkemuka yang hidup sezaman dengan Ibnu Abdul Wahab yang membantah ajaran sesatnya. Masih ramai ulama dari berbagai mazhab dan negara yang mengkritik penyimpangan Muhammad ibnu Abdul Wahab ini yang tidak dapat dicantumkan di sini kerana terbatasan halaman.

Oleh kerana terlalu ramai ulama yang membantah dan ulama semua mazhab juga menentangnya, fahaman Ibnu Abdul Wahab ini telah dianggap sesat oleh mereka dan keluar dari ajaran Islam.

Sumber Aswaja

21/06/2019 Posted by | wahabi | Leave a comment

FITNAH & SOLUSINYA

Setiap fitnah yang tersebar akan dapat dipadam jika ada ‘orang’ yang menarik diri daripada menyebarkannya…

Orang yang mengundur diri daripada fitnah itu sebenarnya telah menyelamatkan ramai yang lain hasil daripada tindakannya yang bijaksana.

Diriwayatkan Nabi salalahualaihiwassalam bersabda;

إِنَّ مِنَ النَّاسِ مَفَاتِيحَ لِلْخَيْرِ مَغَالِيقَ لِلشَّرِّ
Di kalangan manusia ada orang yang menjadi pembuka pintu kebaikan dan penutup pintu keburukan. (HR Ibn Majah)

(Sumber: Ustaz Yunan A Samad)

16/06/2019 Posted by | Tazkirah | Leave a comment

WAHHABI DAN SIFAT 20

(Olih: Ustaz Mohd Al Amin Daud Al Azhari)

1. Wahhabi mengatakan pada zaman Nabi tidak ada akidah sifat 20 yang telah disusun secara sistematik oleh Imam Abu Hassan al-Asya’ari dan Imam Abu Mansur Al-Maaturidi رضي الله عنهما.

2. Saya jawab. Jika itu alasan Wahhabi untuk menolak penyusunan sifat 20 maka wahhabi perlu juga menolak penyusunan ilmu usul fiqh dan ulum Al-Hadith kerana Imam Syafie adalah orang yang pertama menyusun keduanya. Wahhabi juga perlu menolak ulum Al-Quran, ilmu nahu, ilmu soraf, ilmu balaghah dan segala macam ilmu yang tidak pernah ada pada zaman Nabi.

3. Bahkan Wahhabi juga perlu menolak kitab-kitab hadith kerana ia disusun oleh ulama dan ia tidak ada pada zaman Nabi. Kitab sahih Bukhari disusun oleh Imam Bukhari dan beliau adalah ulama’. Penyusunan hadith Bukhari berdasarkan ijtihad beliau di dalam memilih hadith-hadith Nabi untuk dijadikan hujjah.

4. Jika Wahhabi mengatakan ilmu sifat 20 berdasarkan ilmu kalam maka saya jawab kepada mereka bahawa segala ilmu qawaid di dalam Islam termasuk ulum dan mustolah hadith juga disusun berdasarkan kepada thoriq al-Mutakallimin.

5. Mengapa Wahhabi sangat membenci pengajian sifat 20? Jawapannya kerana sesiapa yang mendalami dan menguasainya pasti akan menolak akidah mujassimah dan musyabbihah yang mereka cuba sebarkan kepada masyarakat seperti Allah mempunyai anggota tangan, kaki, dua mata, betis. Allah bertempat di langit, di arash, kedua kaki Allah di atas kursi, naik turun Allah ke langit dunia, Allah ketawa dan sebagainya daripada akidah yang tidak mentanzihkan (menyucikan) dan mentauhidkan (mengEsakan) Allah daripada sebarang penyerupaan dengan makhluk.

6. Kita perlu faham segala ilmu itu telah ada pada zaman Nabi صلى الله عليه وسلم namun penyusunan (تدوين العلم) berlaku kemudian selepas kurun para sahabat. Tidak ada di dalam kitab tidak bermakna ilmu itu tidak wujud kerana peringkat awal ilmu diambil daripada dada ke dada dan mulut ke mulut. Maka sebab inilah pentingnya sanad ilmu yang muttasil (berhubung) sehingga kepada Nabi صلى الله عليه وسلم.

7. Teringat ketikamana guru kami Syeikh Dr Usamah as-Sayyid Al-Azhari mengsyarahkan berkaitan dengan ilmu mantiq. Kata beliau ilmu mantiq bukan wujud pada zaman Aristotle (ارسطو) tetapi ia telah wujud semenjak wujudnya manusia. Kerana manusia berfikir. Tinggal lagi Aristotle hanya menyusun secara sistematik dan menulisnya.

8. Benarlah pemikiran Wahhabi akan menghancurkan Islam kerana sedikit demi sedikit mereka cuba menghapuskan peradaban ilmu yang telah dimiliki oleh Islam.

Inilah jarum Yahudi yang berusaha menghancurkan Islam daripada dalam kerana mereka sedar tamadun Islam terbina di atas ilmu dan para ulamanya.

14/06/2019 Posted by | Bicara Ulama, wahabi | Leave a comment

Matikan Telefon Bimbit Ketika Solat

1. Tidak mengapa seseorang itu mematikan telefonnya ketika solat dengan syarat dia menjaga pergerakkannya. Ini kerana ringtone telefon amat mengganggu jemaah lain untuk khusyuk.

Rasulullah pernah menegur sahabat yang membaca al-Quran di dalam masjid dengan suara yang kuat kerana dikhuatiri mengganggu jemaah lain. Kisah ini diriwayatkan oleh Abu Daud yang menyebutkan:

اعتكف رسول الله صلى الله عليه وسلم في المسجد فسمعهم يجهرون بالقراءة فكشف الستر وقال : ألا إن كلكم مناج ربه فلا يؤذين بعضكم بعضا ولا يرفع بعضكم على بعض في القراءة – أو قال في الصلاة

“Suatu hari Rasulullah beriktikaf di dalam masjid dan Baginda mendengar ada sahabat yeng menguatkan bacaan (al-Quran) mereka. Rasulullah lalu menyelak tabir Baginda dan berkata:

Bukankah kamu semua sedang bermunajat kepada Allah? Janganlah ada sebahagian kamu menyakiti (mengganggu) yang lain. Jangan pula kamu tinggikan suara kamu di dalam bacaan (al-Quran kamu) (sebahagian riwayat menyatakan meninggikan suara ketika solat kamu).” (HR Abu Daud).

2. Bayangkan, andai sekiranya perbuatan meninggikan suara ketika membaca al-Quran pun dilarang oleh Rasulullah kerana mengganggu ibadah jemaah yang lain, apatah lagi ringtone dengan lagu yang merosakkan tumpuan orang lain dalam solat mereka.

3. Bagaimana pula pergerakan yang diharuskan ketika dalam solat untuk mematikan telefon? Seseorang itu diharuskan untuk melakukan pergerakan kecil atas tujuan yang dibenarkan oleh syarak. Beberapa hadith menunjukkan Rasulullah melakukan pergerakan kecil dalam solat atas keperluan yang diharuskan oleh syarak.

4. Sebagai contoh Baginda pernah mendokong cucu Baginda yang bernama Umamah ketika Nabi sedang solat. Perkara ini direkodkan di dalam Sahih al-Bukhari yang menyebutkan:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّي وَهُوَ حَامِلٌ أُمَامَةَ بِنْتَ زَيْنَبَ بِنْتِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَإِذَا سَجَدَ وَضَعَهَا، وَإِذَا قَامَ حَمَلَهَا

“Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah mendirikan solat sambil mendokong cucu Baginda bernama Umamah binti Zainab. Ketika Baginda ingin sujud, Baginda meletakkan Zainab dan ketika Baginda bangun, Baginda mengambil dan mendokongnya semula.” (HR al-Bukhari)

5. Rasulullah juga dilihat pernah memindahkan orang di dalam solat. Perkara ini diceritakan oleh Abdullah ibn Abbas yang menyebutkan:

قَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي مِنَ اللَّيْلِ، فَقُمْتُ أُصَلِّي مَعَهُ، فَقُمْتُ عَنْ يَسَارِهِ، فَأَخَذَ بِرَأْسِي، فَأَقَامَنِي عَنْ يَمِينِهِ

“Rasulullah pernah mendirikan solat pada satu malam lalu aku solat bersamanya. Aku berdiri disebelah kiri Rasulullah. Rasulullah lalu memegang kepalaku dan menarikku ke sebelah kanan Baginda.” (HR al-Bukhari)

6. Rasulullah pernah membuka pintu ketika mendirikan solat sunat. Perkara ini diceritakan oleh Aisyah yang menyebutkan:

اسْتَفْتَحْتُ الْبَابَ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي تَطَوُّعًا وَالْبَابُ عَلَى الْقِبْلَةِ فَمَشَى عَنْ يَمِينِهِ أَوْ عَنْ يَسَارِهِ، فَفَتَحَ الْبَابَ ثُمَّ رَجَعَ إِلَى مُصَلَّاهُ

“Aku cuba membuka pintu ketika Rasulullah sedang mendirikan solat sunat. Dan ketika itu pintu tersebut berada di arah Kiblat. Maka Rasulullah bergerak ke kanan atau ke kiri, lalu Baginda membuka pintu tersebut. Kemudian kembali ke tempat solatnya lalu meneruskan solat Baginda.” (HR al-Nasa’i)

7. Jika diperhatikan hadith di atas, pergerakan yang dilakukan oleh Rasulullah ketika solat tidak membatalkan solat Baginda. Menurut Mazhab Syafie, terdapat beberapa syarat yang mesti dijaga oleh seseorang bagi mengelakkan solatnya terbatal. Antaranya adalah tidak melakukan pergerakan yang banyak dan berturut-turut. Dan pergerakan tersebut diharuskan oleh syarak.

Sekiranya seseorang itu boleh menjaga segala keperluan ini, maka pergerakan kecilnya untuk mematikan telefon adalah sesuatu yang harus. Membiarkan telefon berbunyi sehingga mengganggu jemaah lain adalah lebih dilarang.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

Masuk Neraka Kerana Kucing
==============
1. Dahulu lagi Rasulullah berpesan, ada seorang wanita yang masuk ke neraka kerana menyeksa kucing. Hari ini kita menyaksikan sendiri bagaimana perlakuan tersebut dirakamkan. Tindakan seorang lelaki yang menjerut dan menggantung kucing tersebut sehingga mati adalah insiden yang sangat sadis.

2. Hadith tersebut disampaikan kepada kita melalui bentuk penceritaan. Sabda Rasulullah:

دَخَلَتِ امْرَأَةٌ النَّارَ فِي هِرَّةٍ رَبَطَتْهَا ، فَلَا هِيَ أَطْعَمَتْهَا ، وَلَا هِيَ أَرْسَلَتْهَا تَأْكُلُ مِنْ خَشَاشِ الْأَرْضِ ، حَتَّى مَاتَتْ هَزْلً

“Seorang wanita masuk ke neraka kerana seekor kucing yang diikatnya, dia tidak memberinya makan, tidak juga dia membebaskan kucing tersebut untuk mencari makan dibumi ini, sehinggalah kucing tersebut mati kelaparan.

3. Hadith ini mengingatkan kepada kita bagaimana satu perkara yang dianggap remeh oleh seseorang boleh mengheret dirinya ke neraka. Dengan sebab itu kita digesa untuk menjauhi segala kezaliman sekalipun dengan yang haiwan.

4. Hadith ini turut menggambarkan kepada kita manusia boleh menjadi lebih kejam dari binatang. Rasulullah menggunakan contoh seorang perempuan yang sifat semulajadinya sepatutnya lembut dan penyayang. Namun, ia boleh jadi keras dan zalim sekiranya tidak dipandu dengan syarak.

Moga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

14/06/2019 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Informasi, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Bahaya Mendedahkan Dosa Sendiri

1. Rasulullah mencela mereka yang suka mendedahkan dosa mereka sendiri sedangkan Allah sudah menyembunyikan keaiban maksiat yang mereka lakukan. Sabda Rasulullah:

كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلَّا الْمُجَاهِرِينَ وَإِنَّ مِنْ الْمُجَاهَرَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلًا ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ فَيَقُولَ يَا فُلَانُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ

“Setiap umatku akan diampunkan dosa mereka melainkan golongan mujahirin (iaitu mereka yang mendedahkan dosa mereka sendiri). Yang dimaksudkan dengan ‘mujaharah’ itu ialah seorang lelaki yang melakukan satu perbuatan (maksiat) pada waktu malam sedangkan Allah telah menutup apa yang dilakukannya pada malam tersebut.

Lalu dia berkata: Wahai fulan, semalam aku telah melakukan perbuatan (dosa) ini dan perbuatan (dosa) itu. Sesungguhnya dia tidur dalam keadaan Allah menutup aib yang dia lakukan pada malam hari, namun dia bangun pada waktu pagi lalu mendedahkan sendiri apa yang Allah telah sembunyikan aibnya.” (HR al-Bukhari)

2. Hari ini umat ditimpa penyakit. Mereka merasa bangga dengan dosa. Bahkan mereka menayangkan pula gambar-gambar tidak menutup aurat, atau merakamkan pula pengakuan maksiat yang dilakukan di media sosial. Sedangkan seorang mukmin itu sepatutnya tidak merasa selesa dengan dosanya. Sabda Rasulullah:

“إِذَا سَرَّتكَ حَسَنَتُكَ وَسَاءَتكَ سَيِّئَتُكَ فَأَنتَ مُؤمِنٌ”

“Sekiranya engkau merasa tenang dengan amal kebaikan dan merasa tidak selesa dengan kejahatan yang engkau lakukan, maka engkau adalah orang yang beriman.” (HR Ahmad)

3. Bahkan seorang mukmin itu amat malu dan takut dengan dosanya. Mukmin menganggap dosa mereka seperti gunung yang akan menimpanya. Sabda Rasulullah:

إِنَّ المُؤمِنَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَأَنَّهُ قَاعِدٌ تَحتَ جَبَلٍ يَخَافُ أَن يَقَعَ عَلَيهِ، وَإِنَّ الفَاجِرَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَذُبَابٍ مَرَّ عَلَى أَنفِهِ

“Sesungguhnya seorang mukmin itu melihat dosanya seperti dia sedang duduk di bawah bukit dan bimbang bukit (dosa) itu itu akan menimpanya sedangkan orang yang fajir (fasiq) itu melihat dosanya hanya seperti lalat di atas hidungnya.” (HR al-Bukhari).

4. Hadith ini jelas menunjukkan bahawa seorang mukmin itu sepatutnya sangat malu untuk menayangkan perlakuan dosa mereka. Sabda Rasulullah:

والإثم ما حاك في نفسك وكرهت أن يطلع عليه الناس

“Dosa itu adalah apa yang tidak enak dihatimu dan engkau benci untuk menayangkannya di hadapan manusia.” (HR Muslim).

5. Hari ini sifat itu telah semakin pupus. Sehinggakan seorang muslim itu sudah tidak merasa malu lagi untuk berkongsi perlakuan dosa, malah menjadikannya atas kepentingan yang menghairankan.

Moga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

14/06/2019 Posted by | Bicara Ulama, Tazkirah | Leave a comment

Zikir Hasbi Rabbi sesat?

Ulasan Berkenaan Zikir Hasbi Rabbi

Respons kepada FB Ustaz Zahazan Mohammad..
Beliau mengambil artikel berkenaan dari Blog Abu Haseef. Siapa kah empunya blog berkenaan beliau adalah Ustaz Aizam Mas`od (Pegawai JAKIM yang sering terpalit dalam membidaahkan pihak lain)

Intipati Artikel

Panel Kajian Aqidah Bah. Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri (sekarang JAKIM) kali ke-7/1996 yang bermesyuarat pada 24 dan 25 Ogos 1996. Mesyuarat telah memutuskan bahawa zikir berkenaan (Hasbi Rabbi) mengandungi kalimah-kalimah yang bertentangan dengan konsep Islam. Di antaranya mengenai konsep Nur Muhammad. Mesyuarat bersetuju zikir berkenaan tidak diamalkan dan tidak disiarkan di media massa.

Kemudian artikel itu didominasi sepenuhnya oleh penulisan Ustaz Aizam Mas`od selaku penulis artikel berkenaan. Di akhir artikel berkenaan beliau menyatakan “Bagaimanapun, keputusan Panel Aqidah JAKIM ini bukanlah keputusan fatwa yang mengikat mana-mana pihak, tetapi ia adalah nasihat dan penjelasan mereka kepada masyarakat awam berkenaan zikir tersebut”

Permasalahan mengenai zikir Hasbi Rabbi tidak pernah dibincangkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Sedangakan Majlis Fatwa Kebangsaan lah yang paling layak dalam mengeluarkan FATWA jika timbul permasalahan hukum. Oleh itu, jelas bahawa MENGAMALKAN ZIKIR HASBI RABBI bukan lah satu permasalahan.

Keputusan Panel Kajian Aqidah Bah. Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri (sekarang JAKIM) kali ke-7/1996 berkenaan Zikir Hasbi Rabbi itu adalah bersifat Nasihat Dan Penjelasan. DAN SECARA TOTALNYA, BAGI SIAPA YANG HENDAK BERAMAL DENGAN ZIKIR BERKENAAN TIDAK ADA MASALAH. Tiada larangan bagi yang hendak mengamalkannya selagi tidak ada Fatwa Pengharamannya.

Persoalannya apa isu yang cuba disampaikan oleh Penulis blog Abu Haseef@ Ustaz Aizam?

i. Pertama masalah yang timbul zikir itu TIDAK DATANG dari Nabi Muhammad dan perlu digantikan dengan rangkap @zikir lain.

ii. Kedua persoalan yang timbul dari segi perbahasan Nur Muhammad.
Jawapan balas kepada blog Abu Haseef:
i. Pertamanya, mari kita dalami apa sebenarnya yang menjadi permasalahan tentang zikir tersebut. Jika dihayati maksud zikir tersebut TIDAK terdapat satu pun PERCANGGAHAN dengan dalil Al Quran dan As Sunnah. Maksud zikir tersebut:

Hasbi Rabbi Jallallah
Cukuplah Tuhan bagi ku Allah Maha Agung

Mafi Qalbi Ghairullah
Tiada di dalam hati ku kecuali Allah

Nur Muhammad Sallallah
Cahaya Muhammad selamat atas NYA

Haqqul Laillahhaillallah
Benarlah tiada Tuhan selain Allah..

Dari rangkap pertama, kedua, ketiga hatta rangkap keempat sekalipun tiada suatu ayat atau frasa yang boleh MEROSAKKAN AQIDAH UMAT ISLAM. Jika di jelmakan kepada zahir kata kata, zikir ini merupakan:

i. Zikir Pengakuan KeEsaan Allah,
ii. Zikir berkenaan doa seorang Hamba supaya ALLAH mencampakkan rasa cinta dihati hamba NYA hanya kepada Allah.

Walaupun zikir ini tidak sabit dengan Rasulullah SAW, tetapi terdapat dalil berkaitan betapa doa dan pujian pujian kepada ALLAH walaupun tidak datang dari Rasulullah tetapi Rasulullah tidak mencela malah memuji si pembaca doa yang memuji Allah.

Dalilnya:
“Anas bin Malik berkata:” Suatu ketika Rasulullah SAW bertemu dengan lelaki A’rabi (pedalaman) yang sedang berdoa dalam solatnya dan berkata: “Wahai Tuhan yang tidak kelihatan oleh mata, tidak dipengaruhi oleh keraguan, yang tidak dapat diterangkan dengan kata kata, tidak berubah mengikut waktu dan tidak pula oleh malapetaka; Tuhan yang mengetahui timbangan gunung, luasnya lautan, jumlah titisan air hujan, jumlah daun-daun pepohonan, jumlah segala apa yang ada di gelap malam dan terangnya siang, satu langit dan satu bumi tidak menghalanginya ke langit dan bumi yang lain, lautan tidak dapat menyembunyikan dasarnya, gunung tidak dapat menyembunyikan isinya, jadikanlah umur terbaikku pengakhirannya, amal terbaikku sebagai bekalnya dan hari terbaikku hari aku bertemu dengan-Mu.”

Setelah laki-laki A’rabi itu selesai berdoa, Nabi SAW memanggilnya dan memberinya hadiah berupa emas dan beliau berkata kepada laki-laki itu: “Aku memberimu emas itu karena pujianmu yang sangat aku suka kepada Allah”.

Hadith tersebut diriwayatkan oleh al-Thabarani dalam al-Mu’jam al- Ausath (9447) dengan sanad hadith yang elok dan baik (Jayyid).

Hadith ini menunjukkan bolehnya berdoa atau memuji Allah@ zikir yang belum pernah diajarkan oleh Nabi. Andai kata zikir memuji Allah itu, bahkan doa itu BERCANGGAH kenapa Nabi tidak menegur si lelaki yang berdoa dengan susunannya sendiri, juga tidak berkata kepadanya: “Mengapa kamu berdoa atau memuji Allah dengan doa@ pujian yang belum pernah aku ajarkan?”. Tetapi sebaliknya Nabi SAW memujinya dan memberinya hadiah kepada lelaki tersebut.

Persoalan kedua berhubung Nur Muhammad yang menjadi perselisihan para Ulama. Insya Allah, disisi artikel ini akan menengahkan hujah berkenaan Nur Muhammad mengikut Al Quran. Dalilnya: firman Allah swt dalam Surah Al Maaidah ayat ke 4 yang bermaksud,”Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w.) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya”.

Sebahagian ulama menjelaskan maksud “Nur” di dalam ayat tersebut ialah MERUJUK kepada Nabi Muhammad s.a.w. Allah telah mendatangkan CAHAYA kebenaran iaitu Nur Muhammad dan sebuah Kitab iaitu Al Quran. Ini dinyatakan di dalam Tafsir al Tabarani, Ibnu Hatim dan Al Qutubi. Peristiwa ini juga berlaku di kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. dimana cahaya serta kelahiran baginda menerangi istana-istana Busyra Syam.

Persoalan yang ditimbulkan oleh Panel Kajian Aqidah Bah. Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri (sekarang JAKIM) kali ke-7/1996 berkaitan dengan Nur Muhammad TELAH TERJAWAB apabila Majis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan Fatwa pada tarikh 22 Jan, 2002 iaitu Fatwa Nur Muhammad Menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/nur-muhammad-menurut-ulama-ahlus-sunnah-wal-jamaah-0 .Secara muhibbahnya, keputusan Fatwa KLFNS/3/6/2002 adalah lebih wajar dipatuhi berbanding Mesyuarat Panel Kajian Aqidah kali ke 7/1996 yang dibuat keterbelakang iaitu pada tahun 1996. Dimana penegasan Fatwa iaitu dengan frasa seperti berikut Konsep “Nur Muhammad’ sebagaimana yang dipegang oleh sebahagian ulama mu’tabar, sewajarnya diletakkan dalam perkara khilafiyyah yang sepatutnya ditanggapi diterima dengan fikiran terbuka dan rasa tasamuh (berlapang dada) yang tinggi. Percaya atau tidak kepada hal yang demikian tidaklah merosakkan aqidah”. “Menyesatkan konsep ‘Nur Muhammad’ secara keseluruhan akan mengakibatkan hukuman sesat kepada ramai ulama mu’tabar yang menjadi sandaran ummat”.

Oleh itu, teruskan beramal dengan Zikir Hasbi Rabbi… Jangan “terkesan” dengan fitnah akhir zaman. “Orang beriman dijadikan Musuh, Maksiat depan mata depa tersenyum, terdiam kaku”

Maha benar la Firman Allah “”Ketahuilah, hanya dengan mengingat Allah (zikrullah) hati menjadi tenang”.(Ar-Ra’d ayat 28). Hakikatnya, zikir Hasbi Rabbi ini telah banyak memberi kesan yang mendalam bagi mereka yang keras hatinya. Dari muda hingga yang berusia semua terkesan apabila mendengarnya. Moga sentiasa dalam Hidayah Allah. Insya Allah. Wallahua`lam

Puak puak wahabi nak fitnah apa.. suka hati ampa la.. Insya Allah, Allah bersama kami

12/06/2019 Posted by | Q & A (Soal Jawab), wahabi | Leave a comment

TAK ADA DALIL TAK BOLEH BERAMAL?

Ada orang kata; Wajib tahu dalil baru boleh beramal, kalau takde dalil ertinya taqlid pada ulamak, ulamak bukan nabi sebab kita beramal mesti pastikan benda tu datang dari nabi. Benarkah kata mereka kita beramal kena bersumberkan al-Quran dan Hadith sahaja?

Tapi dalam masa yg sama mereka menuduh ikut ulamak-ulamak mazhab sebagai salah seolah-olah ulamak-ulamak mazhab tu mereka-reka hukum.

Baiklah. Mari kita tanya mereka 1001 soalan mengenai dalil amalan-amalan kita selama ini.

Soalan ke 1001:
Apa dalil (al-Quran atau al-Hadith) solat subuh 2 rakaat?

Apa dalil (al-Quran atau al-Hadith) waktu subuh masuk dengan terbit fajar sadiq?

Apa dalil (al-Quran atau al-Hadith) waktu subuh habis dengan terbit matahari?

Terbit sebahagian matahari ke atau terbit seluruh bulatan matahari dan nyatakan dalilnya (al-Quran atau al-Hadith)?

Apa dalil (al-Quran atau al-Hadith) boleh ikut taqwim waktu solat dan jam nak tahu subuh dah masuk ke tidak, bukan ke sepatutnya kena tengok fajar sadiq kat kaki langit?

Sila kemukakan dalil Quran dan Hadith sahaja…

Apa hukum orang yang solat fardhu subuh tapi tak tahu semua dalil Quran dan Hadith yang berkaitan tapi tahu melalui ulama je yang tak maksum? Tidak sahkah solat yg didirikannya?

(Sumber: FB Ustaz Yunan A Samad)

08/06/2019 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | Leave a comment

AMALAN FIQH BEBAS MAZHAB VS AMALAN FIQH BERMAZHAB

Amalan fiqh bebas mazhab dgn amalan fiqh bermazhab boleh diumpamakan seperti berikut:

FIQH BEBAS MAZHAB: Segala perkara hendak dibuatnya sendiri, maka lambat utk sampai ke destinasi..umpama seseorang itu dari Kedah hendak menuju ke Kuala Lumpur. Kenderaannya ingin dibuat sendiri kerana merasai dirinya layak utk buat kenderaan itu.

Jenis kenderaan itu pula ingin digabungkan semua jenama yg ada, Proton sikit, Honda sikit, Toyota sikit dan byk lagi..masa hendak gabung itu dia pilih pulak mana yg rajih kerana merasakan ia layak utk pilih mana2 pendapat yg dirasai paling tepat ikut sangkaannya.. agak2, boleh ke dia cipta kenderaan tu?

Dia ada ke kilang pembuatan utk mencipta kereta tu? Nampaknya, kereta idamannya tak akan siap, dan sudah tentu tidak akan sampai ke destinasi..lagi pun, ia masih dlm situasi memilih mana yg rajih..hmmm

FIQH BERMAZHAB: Amalan fiqh berdasarkan ilmu..telah merujuk tokoh2 yg pakar..lalu memilih satu mazhab utk diamalkan kerana satu2 mazhab itu mempunyai usul, kaedah, masa’il furu’iyyah yg telah lama diselesaikan..umpamanya, ia hendak menuju ke Kuala Lumpur dari Kedah, ia telah bersiap sedia dari awal lagi..ia bercadang utk bertolak jam 7 pagi, maka ia dapat lakukan pada masanya kerana kenderaan telah tersedia, jenama kenderaan telah pun dipilih, maka tak perlu ia fikirkan dari sudut jenis.

Mana yg lebih rajih utk ia mencipta kenderaan baru.. kenderaan sudah tersedia, guna sahaja kenderaan itu, lalu bertolak ke destinasi..tak perlu fikir mana yg lebih rajih kerana org pakar yg buat kenderaan itu telah pun memilih kaedah yg rajih utk siapkan kenderaan itu di kilang..serahkan sahaja kepakaran itu kpd mereka..maka ia dapat bertolak ke destinasi dgn selesa dan meyakinkan..

Berdasarkan perumpamaan amalan fiqh bebas mazhab dan amalan fiqh bermazhab seperti di atas, agak2nya siapa yg akan sampai ke destinasi terlebih dahulu ya? Anda telah pun mendapat jawapannya. Ini sekadar perumpamaan utk mudah faham..

Wallahua’lam

Sumber: FB Ustaz Yunan A Samad

08/06/2019 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Tazkirah | Leave a comment

APA Bahayanya Bila Hanya Belajar Hadis?

Dikatakan oleh almarhum Tuan Guru Hj Yahya Mat Saman rahimahullahu taala ( Tuan Guru Pakya Telok ) kepada anak muridnya, Syeikh Abdul Raof Nurin hafizahullahu taala, pernah berpesan oleh Waliyullah Tok Kenali rahimahullahu taala,

” Tidak boleh mengaji ilmu hadis terlebih dahulu sebelum 10 tahun mengaji ilmu2 lain. Lepastu baru mengaji ilmu hadis ”

Tuan guru alfaqir, pernah menerangkan perkara yg sama berdasarkan kalam almarhum tuan guru atas pesanan Waliyullah Tok Kenali…

“Apabila seseorang mengaji tentang hadis dan tafsir semata2 ( tanpa disulam ilmu fardhu ain iaitu tauhid,fekah,tasawuf ) mereka akan mudah merasa diri mereka alim..

Dan barangsiapa yg mengaji tafsir dan hadis semata2 hukumnya haram selagi mana tak lepas lagi ilmu fardhu ain keatas dirinya..bahkan seandainya dia seorg asatizah yg mengajar dan dlm kalangan pelajarnya ada yg masih belum lepas fardhu keatas dirinya pelajar dan belajar dgnnya, maka tidak menjadi pahala padanya asatizah malah akan menjadi dosa.”

Kebanyakkan org kita yg menjalani proses berhijrah, mereka tersilap langkah dengan menjadikan terjemahan hadis dan al quran sebagai panduan mereka, sehingga mereka menafsir dgn menggunakan aqal bahkan memahami secara literal semata² tanpa merujuk kepada apa yg ulama’ bicara serta tafsirkan.

Sedangkan, memperlajari ilmu hadis serta tafsir ini adalah sekadar fardhu kifayah, bahkan yg terlebih wajib itu adalah ilmu fardhu ain yakni ilmu tauhid, ilmu feqah, dan ilmu tasauf.

Memahami hadis bukan sekadar dgn memahami terjemahan, tetapi dgn perbahasan ulama, sekurang²nya mesti khatam Sunan Sittah..

Jadi tak hairanlah, ramai org sekarang yg kembali kepada agama, suka benar membicarakan hadis dan al quran, tapi tersasar jauh dari landasan kehendak atau murod hadis tersebut.

*kalau kita tengok di dlm kitab Pelita Penuntut karangan almarhum Al alim Syeikh Daud Al fathoni rahimahullahu taala, jua memberitahu, haram bagi barangsiapa yg mengaji tafsir dan hadis tanpa dipelajari ilmu fardhu ain terlebih dahulu.

Olih: FB Ustaz Yunan A Samad

08/06/2019 Posted by | Ibadah, Politik dan Dakwah, Tazkirah | Leave a comment

BILA BERAMAL HANYA TUNGGU DALIL AL QURAN DAN HADITH!

1. Ada orang berfahaman kalau mana-mana kitab karangan ulamak tak ada ayat al-Quran dan al-Hadith maka kitab itu tidak bermutu berbanding kitab-kitab hadith. Tidak bermutu ni kira tuduhan yang lembut lagi sebab ada tohmahan yang lebih keji ke atas para ulamak muktabar.

2. Eloknya orang begini kita tunjukkan kitab-kitab tajwid termasuk matan-matan asas ilmu tajwid yang dikarang oleh ulamak-ulamak muktabar dalam bidang tajwid.

3. Apakah kerana tiada atau minimanya ayat al-Quran atau al-Hadith dalam kitab-kitab tajwid bermakna ilmu tajwid ini rekaan ulamak? Tanpa ulamak tajwid dan murid-murid mereka, mampukah kita baca al-Quran dengan betul?

4. Demikianlah bila ulamak mengarang kitab-kitab aqidah, fiqh dan tasauf. Dalam kitab-kitab besar tebal berjilid-jilid memang ada disertakan ayat al-Quran dan al-Hadith tapi kalau dalam kitab-kitab kecil memada diletakkan dalam bentuk senarai.

5. Dan kalau nak mengaji kitab-kitab besar tebal berjilid-jilid yang menyertakan semua dalil tak larat pula kita nak belajar sebab siang kita kerja dan malam nak berehat dan hari cuti kita nak berlibur lepas tu orang yang tak lepas pun ilmu fardu ain inilah sebok nak tolak ulamak muktabar kononnya nak dalil baru nak beramal.

6. Sebagai contoh dalam kitab-kitab aqidah yang ringkas hanya diletakkan senarai 25 orang rasul yang wajib diketahui secara tafsil. Adam, Idris, Nuh, Hud, Soleh, Ibrahim, Lut, Ismail, Ishaq, Yaaqub dan seterusnya tetapi tidaklah disertakan ayat al-Quran mana yang menyebut nama-nama rasul itu. Apakah bila tiada disertakan dalil al-Quran bererti senarai 25 rasul itu rekaan ulamak?

7. Contoh lain kalau kitab-kitab fiqh yang besar-besar berjilid-jilid tebalnya memanglah ada disertakan dalil bagi setiap hukum yang dikeluarkan sama ada dari al-Quran, Al-Hadith, Ijmak, Qias dan sebagainya. Tapi kalau kitab fiqh ringkas yang ramai pun tak pernah mengaji memada disebut rukun wuduk ada 6, rukun solat ada 13, disenaraikan syarat-syarat wajib solat, syarat-syarat sah solat dan seterusnya.

8. Kalau nak dalil semua hukum fiqh pergilah mengaji kitab-kitab besar. Tahulah nanti dalil mengapa solat zohor 4 rakaat tapi solat subuh 2 rakaat, mengapa solat mula dengan takbir, apa dalil sunat baca surah lepas Al-Fatihah, apa dalil cara rukuk kena tunduk badan, apa dalil kencing batalkan wuduk, apa dalil azan mesti bahasa Arab, apa dalil mesti tutup aurat masa solat, apa dalil bacaan tahiyyat kita tu betul, apa dalil orang haid tak wajib solat, apa dalil boleh solat jamak, apa dalil disyariatkan solat taubat, apa dalil solat tarawih, apa dalil seterusnya. Ini baru solat. Belum bab puasa, zakat, haji, muamalat, munakahat, jinayat. Kalau belajar kitab-kitab fiqh yang besar-besar berjilid-jilid tebalnya nanti tahulah apa dalil tawaf, saie, melontar, apa dalil halal bersetubuh dengan isteri yang sah, apa dalil halal berniaga, apa dalil halal menyewa rumah, apa dalil halal makan durian, apa dalil halal makan ayam, apa dalil halal makan ikan yang dah mati tak sembelihpun, apa dalil halal makan burger daging lembu dan seterusnya.

9. Sebab ada pulak orang berfahaman kalau takde dalil tak boleh beramal. Jenuh gitu.

10. Ulamak muktabar ada yang mengarang kitab-kitab ringkas untuk bantu orang macam kita faham agama kadar fardu ain paling kurang itu pun ramai lagi yang tak belajar. Jadi mereka hanya masukkan perkara-perkara yang perlu dibuat dan ditinggalkan sebab kalau nak masuk dalil panjang pula jadi kitab tu.

11. Jadi siapa yang nak tahu dalil atas setiap hukum, pergilah terjun sepenuh masa belajar ilmu agama yang amat luas dan dalam. Dan kalau tak mampu menjadi penuntut ilmu agama sepenuh masa sebab kita ni bekerja siang, malam berehat hujung dan hari minggu berlibur, sokonglah penuntut-penuntut ilmu dan untuk kita belajarlah minima kadar yang fardu ain Tauhid-Fiqh-Tasauf.

(Sumber: FB Ustaz Yunan A Samad)

06/06/2019 Posted by | Politik dan Dakwah | , | Leave a comment

Pelampau Politik dan Penipuan Janji

1. Ketika ini terlalu banyak berita mungkir janji di media sosial. Isu penghapusan Tol, Lynas, janji PTPTN dan bermacam lagi menggambarkan sikap ekstrim ahli politik yang menggunakan segala isu bagi memukau rakyat untuk meraih sokongan.

2. Mereka ini adalah ektrimis politik, pelampau dalam berpolitik, menggunakan segala isu bagi mempersona dan meraih undi rakyat ini. Demi menjatuhkan musuh politik, akhirnya rakyat yang menjadi mangsa. Ya! rakyat yang menjadi mangsa. Rakyat masih menanggung kesusahan yang sama.

3. Benarlah firman Allah, memungkiri janji ini adalah sifat orang fasiq. al-Quran menyifatkan mereka yang tidak menunaikan janji ini tergolong dalam golongan orang-orang fasiq, yang seakan melakukan dosa besar. Firman Allah:

وَمَا وَجَدْنَا لِأَكْثَرِهِمْ مِنْ عَهْدٍ وَإِنْ وَجَدْنَا أَكْثَرَهُمْ لَفَاسِقِينَ

“Dan Kami tidak mendapati bagi kebanyakan mereka sebarang janji (yang ditepati), dan Kami tidak mendapati kebanyakan mereka melainkan orang-orang yang fasiq.”

4. Rasulullah ﷺ pula dalam sebuah hadith yang masyhur juga mengingatkan kita bahawa mereka yang tidak menepati janji adalah orang yang memiliki sifat munafiq.

5. Janji mestilah ditepati sekalipun dengan anak kecil. Abu Daud meriwayatkan kisah Abdullah ibn Amru yang sedang duduk bersama Rasulullah. Tiba-tiba ibunya memanggilnya dengan menjanjikan sesuatu pada anak kecil ini. Abdullah ibn Amru lantas pergi kepada ibunya setelah mendengar janji itu.

Melihatkan keadaan itu Rasulullah ﷺ memanggil ibu Abdullah dan bertanya kepadanya: Apakah yang engkau berikan pada anak kecil itu? Ibu Abdullah menjawab: Aku berikan kurma. Rasulullah ﷺ lalu bersabda: Sekiranya engkau tidak memberikan apa-apa buat anak kecil itu maka engkau telah dicatatkan dengan (dosa) penipuan.

6. Lihatlah betapa Rasulullah ﷺ sangat memelihara perihal menepati janji ini. Mengingkari janji telah digambarkan dengan pelbagai sifat keji di dalam al-Quran dan hadith. Mereka seakan mirip dengan sifat Iblis (janji Iblis sebelum perang Badr), fasiq dan munafiq dalam agama.

Berhati-hatilah sebelum memberikan janji. Jauhi mereka yang menjual janji dan harapan palsu.

Moga Allah merahmati kita semua.

Ustaz Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

06/06/2019 Posted by | Politik dan Dakwah | Leave a comment

Tanda Amalan Diterima Allah

1. Benar, tiada siapa yang mengetahui samada amalan mereka diterima Allah atau tidak. Namun sebahagian sarjana Muslim memberikan pandangan bahawa terdapat tanda-tanda amalan seseorang itu diterima. Antaranya ialah:

2. Pertama: Dia tidak kembali kepada maksiat. Ini adalah tanda yang paling utama. Seharusnya amalan seseorang menjauhkan diri mereka dari maksiat. Amalan tersebut menjadi sebati dalam dirinya, membentuk darah dagingnya sehingga menjadikan dirinya membenci maksiat.

al-Imam Ibn al-Qayyim berpesan di dalam kitab Madarij al-Salikin:

أما إذا تذكَّر الذنبَ ففرح وتلذَّذ فلم يُقبل، ولو مكث على ذلك أربعين سنة

“Adapun sekiranya seseorang itu (setelah melakukan ibadah) masih merasa seronok dengan dosa, ketahuilah bahawa ia adalah (tanda-tanda) amalan tidak diterima sekalipun dia melakukan amal kebajikan selama 40 tahun.” (Ibn al-Qayyim, Madarij al-Salikin)

Dengan sebab itu al-Imam al-Hasan al-Basri menegaskan:

فإذا قبل اللهُ العبدَ فإنه يُوفِّقه إلى الطاعة، ويَصْرفه عن المعصية

“Sekiranya Allah menerima amalan seseorang, maka dia akan membimbingnya untuk melakukan ketaatan yang seterusnya dan memalingkan hambaNya dari maksiat.”

3. Kedua: Amal kebaikannya seharusnya menghasilkan kebaikan yang lain. Dalam perihal ini al-Imam al-Hasan al-Basri berkata:

إنَّ مِن جزاءِ الحسَنةِ الحسَنة بَعْدَها، ومِن عقوبةِ السيئةِ السيئةُ بعدها

“Salah satu pulangan amal soleh adalah, ia menghasilkan amal soleh yang lain. Dan sekiranya dia melakukan kejahatan, kejahatan tersebut akan menghasilkan kejahatan yang seterusnya.

Malah al-Hasan mengingatkan kita bahawa: “Sekiranya kebaikanmu tidak memberikan pertambahan (amal), maka di situ pasti ada kekurangan (kesempurnaan amalan tersebut).

4. Ketiga, Istiqamah dengan Amal Soleh. al-Imam Ibn Kathir menyebut: Sesungguhnya telah menjadi fitrah manusia di mana Allah akan mencabut nyawa seseorang itu dengan amal yang dilakukan secara konsisten. Sekiranya seseorang konsisten melakukan kebaikan, maka dia akan mati dalam kebaikan. Sekiranya seseorang konsisten dengan kemungkaran, maka dibimbangi dia akan mati dengan perbuatan yang telah biasa dia lakukan.

Dengan sebab itu al-Bukhari merekodkan satu insiden yang menarik. Seorang sahabat telah meninggal ketika menunaikan haji. Ketika meninggal, dia masih berpakaian ihram. Lalu Rasulullah meminta para sahabat mengkafankan beliau dengan pakaian ibadah tersebut. Sabda Rasulullah:

كفِّنوه بثوبيه؛ فإنه يُبعَث يوم القيامة ملبِّيًا

Kafankan beliau dengan pakaiannya, sesungguhnya dia akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan bertalbiyyah (lafaz talbiah Haji yang memuji Allah).

Moga Allah menganugerahkan kita pengakhiran yang baik.

Ustaz Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

06/06/2019 Posted by | Ibadah, Politik dan Dakwah, Tazkirah | Leave a comment

Bagaimana Istiqamah Selepas Ramadan?

1. Ramadan telah pun pergi meninggalkan kita. Apakah kita akan meninggalkan semua amalan ibadah yang telah kita lakukan sepanjang Ramadan ini? Kekuatan berpuasa 30 hari, tarawih 8 rakaat dan bacaan Quran yang banyak seharusnya diteruskan.

2. Beberapa hadith ini seharusnya menjadi pemangkin kepada kita untuk konsisten dalam melakukan amal ibadah seusai Ramadan.

Antaranya adalah:

3. Bagi bacaan al-Quran, Rasulullahﷺ mengingatkan kita bahawa kedudukan seseorang di akhirat kelak adalah bergantung kepada akhir ayat yang dibaca. Lagi banyak di baca, lagi tinggi kedudukan kita. Justeru, bacaan al-Quran mesti diteruskan setelah Ramadan. Sabda Rasulullahﷺ:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( يُقَالُ لِصَاحِبِ الْقُرْآنِ : اقْرَأْ وَارْتَقِ وَرَتِّلْ ، كَمَا كُنْتَ تُرَتِّلُ فِي الدُّنْيَا ، فَإِنَّ مَنْزِلَكَ عِنْدَ آخِرِ آيَةٍ تَقْرَؤُهَا ) .

Sabda Rasulullahﷺ: ” Di akhirat kelak, ahli al-Quran akan dikatakan kepada mereka: “Bacalah (al-Qur`an) dan naiklah (ke syurga) serta tartilkanlah (bacaanmu) sebagaimana engkau membacanya secara tartil sewaktu di dunia. Sesungguhnya kedudukan dan tempat tinggalmu (di syurga) adalah berdasarkan akhir ayat yang engkau baca”.(HR. Tirmizi dan Abu Daud)

Hadith ini menggambarkan bahawa lagi banyak kita baca, lagi tinggi kedudukan kita di akhirat kelak. Teruskan konsisten membaca al-Quran selepas Ramadan.

4. Bagi amalan puasa pula, Rasulullahﷺ konsisten berpuasa 3 hari setelah Ramadan. 3 hari ini hanyalah 10% sahaja daripada jumlah puasa Ramadan kita sebanyak 30 hari. Perkara ini diceritakan oleh Aisyah dalam sebuah hadith:

عن مُعَاذَةُ الْعَدَوِيَّةُ، أَنَّهَا سَأَلَتْ عَائِشَةَ زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ” أَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ؟ “، قَالَتْ: “نَعَمْ”، فَقُلْتُ لَهَا: “مِنْ أَيِّ أَيَّامِ الشَّهْرِ كَانَ يَصُومُ “، قَالَتْ: لَمْ يَكُنْ يُبَالِي مِنْ أَيِّ أَيَّامِ الشَّهْرِ يَصُومُ

Maksudnya: Muazah pernah bertanya kepada Aisyah: Apakah Rasulullah berpuasa tiga hari pada setiap bulan? Aisyah menjawab: “Ya.” Muazah kemudian bertanya: Rasulullah berpuasa pada hari apa (berkenaan 3 hari tadi)? Aisyah menjawab: Baginda tidak kisah dari hari apa pun.”

Ini bermakna, Bagindaﷺ akan meneruskan amalan berpuasa ini sebanyak 3 hari setiap bulan, tidak kira hari apa pun. Yang penting konsisten meneruskan amalan berpuasa yang telah kita lakukan sepanjang bulan ini.

5. Manakala bagi amalan solat tarawih pula, kita boleh terus konsisten melakukannya dengan Solat Sunat Witir setelah Isya’. Saidina Abu Hurairah menceritakan bahawa Rasulullahﷺ berpesan kepada beliau tentang tiga amalan yang tidak pernah beliau tinggalkan sepanjang beliau hidup iaitu: (1) Solat Witir, (2) Puasa tiga hari setiap bulan dan (3) Solat Duha (HR al-Bukhari). Kata Abu Hurairah:

فعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: ” أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ: صِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَيِ الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ

Maksudnya: Kekasih aku (Rasulullahﷺ) berpesan kepada aku tiga perkara (yang tidak aku tinggalkan sehingga aku mati) iaitu: Puasa tiga hari sebulan, Solat Duha dan Solat Witir sebelum tidur.

6. Salin hadith di atas, dan tampal ditempat yang mudah dilihat. Mudah-mudahan ia sentiasa menjadi peringatan buat kita untuk konsisten dan istiqamah melakukan amalan yang telah kita lakukan di dalam bulan Ramadan.

Moga Allah membimbing kita untuk istiqamah setelah Ramadan.

Ustaz Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

06/06/2019 Posted by | Ibadah, Politik dan Dakwah, Tazkirah | Leave a comment

PERSAMAAN SYIAH DAN WAHHABI

Syiah dan Wahhabi sama-sama sesat dan berbahaya. Hanya saja Syiah lebih sesat dan Wahhabi lebih berbahaya.

Syiah dan Wahhabi sama-sama bukan Ahlussunnah wal Jamaah (Aswaja). Hanya saja Syiah lebih jauh dari Ahlussunah dan Wahhabi lebih dekat dengan Ahlussunnah.

Syiah dan Wahhabi sama-sama Mujassimah. Hanya saja Syiah lebih moderat dan Wahhabi lebih ekstrim (tajsim). Aqidah Mujassimah meyakini Allah bertempat, dan tempatnya di langit atau Arsy, padahal langit atau Arsy adalah makhluk Allah dan mustahil Allah memerlukan makhluk yang namanya tempat.

Syiah dan Wahhabi sama-sama suka. Hanya saja Syiah suka mewahhabikan orang dan Wahabi suka mensyiahkan orang.

Syiah dan Wahhabi sama-sama punya hobi. Hanya saja Syiah hobi merendahkan (mengkafirkan) Sahabat Nabi dan Wahhabi hobi merendahkan (mengkafirkan) kedua orang tua Nabi.

Syiah dan Wahhabi sama-sama minoriti. Hanya saja Syiah lebih banyak (sekitar 20%) dan Wahhabi lebih sedikit (kurang 1% dari total penduduk muslim).

Syiah dan Wahhabi sama-sama bertaqiyah. Hanya saja Syiah bertaqiyah sebagai pengikut Ahlul Bait dan Wahhabi bertaqiyah mengaku Ahlussunnah wal Jamaah (sebelumnya mengaku Muwahhidun, Pemurni Tauhid, pengikut Manhaj Salaf, Atsari, Salafi).

Syiah dan Wahhabi sama-sama bermusuhan dan bahkan sampai saling mengkafirkan. Hanya saja Syiah lebih vokal dan Wahhabi lebih radikal. Tidak sedikit pengikut Syiah menghukum Wahhabi adalah kafir dan banyak pula pengikut Wahabi berbangga diri dengan teriakan *#SyiahBukanIslam.*

Itulah kenapa ulama Ahlussunnah wal Jamaah menyebut Syiah dan Wahhabi bagai tahi unta dibelah dua.

Sedangkan Ahlussunnah wal Jamaah atau Aswaja berada di tengah-tengah di antara keduanya.

Merekalah golongan muslim majoriti yang beraqidah Al Asy’ariyyah atau Al Maturidiyyah, yang meyakini Allah Ada Tanpa Tempat, Tanpa Arah dan Tak Terikat Waktu. Merekalah para pengikut Madzhab Imam yang Empat (Hanafi, Maliki, Syafi’i, Hanbali), yang mengikuti Quran dan Sunnah yang sebenar-benarnya.

Merekalah para pengikut thariqoh shufiyyah jalan tasawuf yang lurus. Inilah Ahlussunnah wal Jamaah, bukan Wahhabi Salafi, bukan pula Syiah Rafidhi.

Semoga kita dan zuriat kita dilindungi oleh Allah daripada fahaman sesat lagi menyesatkan seperti wahhabi dan syiah…….Amin.

06/06/2019 Posted by | wahabi | Leave a comment

Takutilah jika satu hari nanti, masjid-masjid kita sudah tiada hilai tawa kanak-kanak.

Kini kita dalam bulan Ramadan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Bulan untuk kita beramal dan merebut setiap peluang yang diberikan oleh Ilahi sebagai bekal pada hari kelak.

Penulis setakat hari ini, Alhamdulillah masih lagi berjaya menunaikan solat tarawih berjemaah di masjid. Cuma hati kecil penulis terusik dengan keluhan seorang rakan yang penulis temui usai moreh di masjid malam tadi.

“Tak tenang aku solat di masjid ini, bising, riuh dengan budak-budak berlari sana-sini,” keluh sahabat saya ini berserta dengan memek muka kekecewaan.

Mata saya melilau melihat suasana di belakang masjid, memang terdapat sekumpulan kanak-kanak bermain, berkejar-kejaran dengan hilai tawa yang agak deras bunyinya.

Pada mulanya saya agak bersetuju dengan keluhan sahabat saya ini. Tetapi setelah seketika apabila akal menguasai diri, saya tersenyum sendirian dan meluahkan rasa syukur akan suasana bingit tersebut.

Hakikatnya saya lebih khuatir jika suatu hari nanti masjid tidak lagi dipenuhi dengan mereka. Saya juga akan risau jika sudah tiada lagi pekikan suara mereka yang bergelar kanak-kanak ini. Saya tidak boleh bayangkan jika satu hari nanti mereka ini hilang dari masjid-masjid di seluruh negara.

Kehadiran mereka, bagi saya, walaupun ada ketikanya mengganggu tetapi ia hadir dengan kerahmatan.

Sekurang-kurangnya mereka ini didik untuk hadir ke masjid. Setidak-tidaknya mereka berada di masjid bukan di tempat-tempat lain yang tidak perlu saya nyatakan di sini.

Kehadiran mereka, sedikit-sebanyak menghidupkan masjid. Jangan kita lupa konsep mengimarahkan masjid bukan sekadar mendirikan solat, tetapi menjadikannya sebagai satu perhentian untuk segala-galanya atau one stop centre.

Kanak-kanak ini walaupun tidak bersolat, mereka juga mula berinteraksi sesama mereka, pasti dengan mereka yang juga ke masjid. Bukankah kita sering mengajar anak-anak kita untuk berkawan dengan orang yang baik-baik. Pastinya kebanyakan mereka hadir ke masjid mempunyai niat yang satu. Bertakwa kepada Allah.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran juga berlaku ketika ini, apabila mereka mendengar berkali-kali bacaan Al-Fatihah, pastinya bacaan yang berkali-kali didendangkan akan meninggalkan kesan di hati mereka. Ketika ini juga proses penghafalan akan bermula, memahami dan memerhati pergerakan solat mula terbit di akal mereka.

Apatah lagi bacaan-bacaan lain seperti selawat dan doa-doa yang tidak pernah putus-putus diulang.

Bagi saya kita perlu menggalakkan kehadiran mereka di masjid-masjid, supaya hati-hati mereka juga dekat dengan masjid. Namun begitu perlu ada pengisian sewajarnya daripada pihak pengurusan masjid agar kehadiran mereka tidak mengganggu jemaah lain yang ingin solat secara aman dan tenang.

Untuk itu, penulis ingin mengusulkan antaranya, menyediakan bilik nurseri yang dibuka setiap waktu solat dan diuruskan oleh sukarelawan bagi memastikan keselamatan kanak-kanak. Mendirikan dua ruang solat berbeza, tingkat atas untuk dewasa, manakala bawah untuk ibu bapa bersama-sama kanak-kanak.

Di samping itu pihak pengurusan masjid juga boleh menguatkuasakan peraturan hanya kanak-kanak berumur tujuh tahun atau yang mumayyiz saja boleh berada di ruang solat dewasa.

Pengurusan masjid boleh mewujudkan aktiviti khas kanak-kanak ketika solat berlangsung seperti mewarna, yang dapat menarik perhatian mereka. Ibu-ibu yang keuzuran daripada solat boleh memberi sumbangan sebagai sukarelawan yang mendambakan pahala akhirat, sebagai pemudah cara aktiviti-aktiviti ini, termasuk juga sudut bercerita berteraskan keagamaan.

Anak-anak perlu dibentuk ketika masih lagi boleh dilentur. Kalau sudah dewasa, pasti sukar untuk menjadikan seperti yang kita inginkan.

Dalam hal ini, buat rakan-rakan jemaah, takutilah jika satu hari nanti, masjid-masjid kita sudah tiada hilai tawa kanak-kanak. Bayangkanlah apa akan terjadi kepada generasi mendatang jika ini benar-benar berlaku.

DR. AHMAD ZAHARUDDIN SANI SABRI ialah Pengarah IPDM Universiti Utara Malaysia (UUM).

03/06/2019 Posted by | Politik dan Dakwah, Tazkirah | Leave a comment

Bahayanya ekstremis agama …. KHAWARIJ MODEN

Mengingati Ramadhan Menyedihkan, Wafatnya Sayidina Ali pada 21 Ramadhan 40H. Sahabat yang Dijanjikan Syurga Kerana Korban Kebiadaban Kaum Radikal.

“Hukum itu milik Allah, wahai Ali. Bukan milikmu dan para sahabatmu.”

Itulah teriakan Abdur Rahman bin Muljam Al Murodi (Khawarij) ketika menebas tubuh mulia Sayiduna Ali bin Abi Thalib karamallahu wajhah pada saat bangkit dari sujud solat Subuh pada 19 Ramadhan 40 H itu.

Abdur Rahman bin Muljam menebas tubuh Sayidina Ali bin Thalib dengan pedang yang sudah dilumuri racun mematikan seharga 1000 dinar. Tubuh Sayidina Ali bin Abi Thalib mengalami luka parah, tapi beliau masih sedikit bisa bertahan. Tiga hari berikutnya (21 Ramadhan 40 H) ruh sahabat yang telah dijamin oleh Rasululah SAW menjadi penghuni syurga itu hilang di tangan seorang muslim yang selalu merasa paling Islam.

Ali dibunuh setelah dikafirkan. Ali dibunuh setelah dituduh tidak menegakkan hukum Allah. Ali dibunuh atas nama hukum Allah Taalah

Itulah kebodohan dan kesesatan orang Khawarij, yang saat ini telah bermunculan generasi penerusnya.

Tidak berhenti sampai di situ, saat melakukan aksinya Ibnu Muljam juga tidak berhenti membaca Al Qur’an surat Al Baqarah ayat 207 sebagai pembenar perbuatannya:

‎وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَشْرِي نَفْسَهُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ رَءُوفٌ بِالْعِبَادِ

“Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya karena mencari keridhaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya.”

Maka sebagai hukuman atas kejahatannya membunuh khalifah Ali, akhirnya Ibnu Muljam dihukum dgn diqisas. Proses hukuman mati yang dijalankan terhadap Ibnu Muljam juga berlangsung dengan penuh dramatis. Saat tubuhnya diikat untuk dipenggal kepalanya dia masih sempat berpesan kepada Pelaksana Hukuman:

“Wahai tuan, janganlah engkau penggal kepalaku sekaligus. Tetapi potonglah anggota tubuhku sedikit demi sedikit hingga aku bisa menyaksikan anggota tubuhku disiksa di jalan Allah.”

Ibnu Muljam meyakini dengan sepenuh hati bahwa aksinya mencabut suami Sayyidah Fathimah, sepupu Rasulullah, dan ayah kepada Al-Hasan dan Al-Husein itu adalah sebuah aksi jihad fi sabilillah.

Seorang ahli syurga harus meregang nyawa di tangan seorang muslim yang meyakini aksinya itu adalah di jalan kebenaran demi meraih surga Allah.

Potret Ibnu Muljam adalah realiti yang terjadi pada sebagian umat Islam di era modern. Generasi pemuda yang mewarisi Ibnu Muljam itu giat melakukan provokasi-provokasi atas nama jihad di jalan Allah, dengan cara membunuh, membantai, memerangi sesama bahkan dengan melakukan bom bunuh diri yang oleh mereka disebut istisyhadiyah.

Siapa sebenarnya Ibnu Muljam? Dia adalah lelaki yang hafidz Al Qur’an, zahid, rajin solat, rajin puasa dan mendapat julukan Al-Muqri’, dia jg sekaligus sebagai motivator orang lain untuk menghafalkan Al Qur’an.

Khalifah Umar bin Khattab pernah menugaskan Ibnu Muljam ke Mesir untuk memenuhi permohonan ‘Amr bin ‘Ash untuk mengajarkan hafalan Al Quran kepada penduduk negeri piramid itu. Dalam pernyataannya, Khalifah Umar bin Khattab bahkan menyatakan:

“Abdur Rahman bin Muljam, salah seorang ahli Alquran yang aku utamakan untukmu pertimbangkan untuk diriku sendiri. Jika ia telah datang kepadamu maka siapkan rumah untuknya untuk mengajarkan Al Qur’an kepada kaum muslimin dan muliakanlah ia wahai ‘Amr bin ‘Ash” kata Umar.

Meskipun Ibnu Muljam hafal Al Quran, berpenampilan kuat beragama, fasih berbicara agama dan rajin beribadah, tapi semua itu tidak bermanfaat baginya.

Ia mati dalam keadaan su’ul khatimah, akibat kesesatannya yang disebabkan kedangkalannya dalam memahami ilmu Islam. Afiliasinya kepada pahaman Khawarij telah membawanya terjebak dalam pemahaman Islam yang sempit dan dangkal. Ibnu Muljam tergesa-gesa menetapkan syurga kepada dirinya dan neraka kepada orang lain.

Sehingga dia dengan sembrono melakukan aksi-aksi yang bertentangan dengan nilai-nilai luhur agama Islam. Alangkah menyedihkan karena aksi itu mendakwa dalam rangka membela agama Allah.

Sedarkah kita bahwa saat ini telah lahir generasi-generasi baru Ibnu Muljam yang bergerak secara massif dan terstruktur. Mereka adalah kalangan saleh yg menyuarakan syariat dan pembebasan umat Islam dari kesesatan. Mereka menawarkan jalan kebenaran menuju surga Allah dengan cara mengkafirkan sesama muslim.

Ibnu Muljam gaya baru ini lahir dan bergerak secara berkelompok untuk meracuni generasi-generasi muda muslim seluruh dunia. Sehingga mereka dengan mudah mengkafirkan sesama muslim, mereka dengan mudah menyesatkan agamawan dan ulama.

Tampilan luar mereka cukup menampakan sgt warak & beragama bahkan tampak ada bekas sujud di dahi. Mereka perah membaca Al Quran, dan pandai berdalil dengan Al Quran. Namun sesungguhnya mereka adalah kelompok yang merugi. Rasulullah SAW dalam sebuah hadits telah mewaspadakan kemunculan generasi Ibnu Muljam ini:

‎يَخْرُجُ قَوْمٌ مِنْ أُمَّتِي يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لَيْسَتْ قِرَاءَتُكُمْ إِلَى قِرَاءَتِهِمْ ، وَلا صَلاتُكُمْ إِلَى صَلاتِهِمْ شَيْئًا ، وَلا صِيَامُكُمْ إِلَى صِيَامِهِمْ شَيْئًا ، يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ يَحْسَبُونَ أَنَّهُ لَهُمْ وَهُوَ عَلَيْهُمْ ، لا تَجَاوَزُ صَلاتَهُمْ تَرَاقِيَهُمْ ، يَمْرُقُونَ مِنَ الإِسْلامِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنَ الرَّمِيَّةِ

“Akan muncul suatu kaum dari umatku yang pandai membaca Al Quran. Di mana bacaan kalian tidak ada apa-apanya dibandingkan dengan bacaan mereka. Demikian pula solat kalian daripada solat mereka. Juga puasa mereka dibandingkan dengan puasa kalian. Mereka membaca Al Quran dan mereka menyangka bahwa Al Quran itu adalah (hujjah) bagi mereka, namun ternyata Al Quran itu adalah (bencana) atas mereka, yakni mereka mengira Al Quran membenarkan mereka, padahal mereka bertentangan. Solat mereka tidak sampai melewati batas tenggorokan. Mereka keluar dari Islam sebagaimana anak panah yang melesat dari sasaran buruannya.”

HR. Muslim : 1068

Kebodohan kepada ilmu agama, salah tafsiran tentang Islam dan perasaan paling benar sendiri mengakibatkan mereka jatuh kepada kesesatan merasa berjuang membela agama Islam padahal hakikatnya mereka sedang merobohkan Islam dan kaum muslimin dari dalam

Waspadalah kepada gerakan generasi penerus Ibnu Muljam ini. Ingat , Khawarij akan terus muncul sampai Dajjal keluar.

Jangan sampai generasi kita teracun oleh virus Ibnu Muljam gaya baru. Jauhi radikalisme dan ekstrimisme dalam beragama. Perangi terorisme yang dibungkus dengan kata jihad fi sabilillah. Mereka bukan mujahid tapi khawarij gaya baru. Sudah terlalu banyak korban akibat ulah mereka. Islam dan ajaran Islam menjadi tercoreng kerana ulah mereka.

(Drp FB Syed Ghazali Hassan)

29/05/2019 Posted by | wahabi | Leave a comment

PLURALISME AGAMA YANG MAKIN MEMBARAH DIBAWAH REGIM PH

Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor.

Seperti bala senang menghempap tanah leluhur apabila fahaman neo muktazilah, Islam Inklusif atau Islam liberal sedang merayap dan mengukuhkan akarnya. Pluralisme agama di atas nama keharmonian kaum dan merapatkan jurang segregasi kaum adalah racun yang membunuh akidah. Simptom ini makin mencolek mata dan nurani kita semua yang beriman. Berdoa beramai-ramai dengan pelbagai fahaman agama diperkuburan bukan Islam, iftar jamaie di rumah ibadah bukan Islam, kongsi raya bahkan meletakkan semua agama menuju ke arah shurga dan semua agama menuju kearah kebenaran adalah fahaman jamak agama yang membaham kemuliaan Islam. Pluralisme agama adalah bayi dibidani daripada pemikiran neo muktazilah, dalam sejarahnya sangat bejat menyerang Indonesia semenjak zaman Bung Karno serta pintu banjir kesesatan Islam inklusif terbuka luas dizaman transisi pasca Mei 1998.

Dengan terjahan dunia langit terbuka kelompok ini dengan aktif menebarkan sikap serta pandangan mereka, bahkan secara terbuka mengadakan bantahan awam untuk berekspresi akan tuntutan-tuntutan mereka. Mereka secara terbuka menyerang institusi agama negara ini serta berkolabarasi dengan sesiapa sahaja yang menyokong perjuangan mereka.

Terjahan kepada Islam berlangsung sepanjang zaman dan menuntut umat Islam berdada dengan penyelewengan ini. Antara kebobrokan yang kian mendapat tempat dalam kalangan umat Islam yang jahil ialah fahaman Islam liberal, menyusup secara diam dan pantas dalam akar ummah di pelbagai posisi.

Isu ini semakin menjadi hangat dengan pihak berkuasa agama melarang wacana Mustapha Akyol, seorang sarjana Turki yang ingin menebarkan fahaman agamanya kepada rakyat negara ini, kita melihat bagaimana kelompok Islam liberal negara ini bersungguh-sungguh mempertahankan kewajaran carafikir mereka.

CIRI-CIRI FAHAMAN ISLAM LIBERAL

1. Mereka menganut fahaman pluralisme

Iaitu fahaman yang menyatakan bahawa semua agama adalah sama yakni benar belaka. Orang Islam tidak boleh meyakini bahawa hanya agama Islam sahaja yang benar. Sebaliknya mereka hendaklah mengiktiraf agama lain juga benar dan betul. Urusetia Jaringan Islam Liberal, Ulil Abshar Abdalla dalam majalah Gatra (Indonesia) keluaran 21 Disember 2002 menyatakan: “Semua agama sama. Semuanya menuju jalan kebenaran”.

Dengan fahaman inilah, maka lahirnya ideologi Pancasila di Indonesia. Darinya juga, penganut fahaman Islam liberal menyeru agar dibenar perkahwinan campur antara agama kerana semua agama adalah benar dan betul dan perkahwinan sebegini sememangnya telah diamalkan di Indonesia menunjukkan kejayaan besar golongan Islam liberal di sana. Di Malaysia, penularan fahaman pluralisme dapat dilihat dalam kes-kes berikut:

a. Sambutan Kongsi-Raya iaitu menyambut perayaan agama secara bersama-sama di antara agama-agama di Malaysia (Islam, Hindu, Cina dan Kristian). Sekalipun telah ditegur oleh mufti dan para ulama dalam Muzakarah Ulamak 2006 (13 Jun) di Perak sebagai bertentangan dengan Islam, namun golongan Islam liberal menolak pandangan mufti dan ulama-ulama tersebut dan menuduh mereka jumud, kolot atau berpemikiran tertutup; dan

b. Kerana terpengaruh dengan fahaman pluralisme inilah maka beberapa Menteri Muslim dan sebuah NGO muslim (iaitu Sisters In Islam) telah turut menyokong penubuhan InterFaith Council (IFC) atau Majlis/Suruhanjaya Antara Agama-Agama. Suruhanjaya Antara Agama ini dicadangkan oleh MCCBCHS atau Majlis Kristian Budha Hindu dan Sikh Malaysia melalui memorandum yang telah dihantar ke Majlis Peguam pada 21 Ogos 2001.

2. Mendesak agar diberikan hak kebebasan murtad untuk penganut Islam di Malaysia

Dalam isu murtad – seperti kes Lina Joy (yang nama asalnya Azlina Jailani), golongan Islam liberal di Malaysia antara yang mendesak agar penganut Islam diberi hak untuk murtad dari agama (Islam) tanpa sebarang tindakan undang-undang dan tanpa tertakluk dengan keputusan Mahkamah Syariah. Seorang peguam yang juga merupakan ahli Parlimen daripada parti kerajaan iaitu Zaid Ibrahim pernah mengungkapkan isu murtad ini dalam satu forum yang dianjurkan oleh SUHAKAM pada 9 September.

Bagi kelompok Islam liberal yang jahil ini mereka berhujah bahawa hak untuk murtad menurut mereka adalah kebebasan beragama yang juga diakui oleh al-Quran. Mereka menyalah tafsirkan ayat Allah yang berbunyi; “Tidak ada paksaan dalam agama”. (Al-Baqarah; 256)

Menurut tafsiran ulama tafsir yang muktabar, ayat di atas hanya terpakai bagi orang bukan Islam, yakni mereka tidak harus dipaksa untuk menganut Islam kecuali dengan kerelaan sendiri. Adapun bagi penganut Islam, maka mereka wajib beramal dengan segala tuntutan Islam termasuk tuntutan memelihara akidah dan iman.

Dalam kes murtad, orang Islam yang keluar daripada agama akan dikenakan hukuman yang berat di akhirat dan di dunia. Hukuman di akhirat ia akan dihumbankan Allah dalam neraka untuk selama-lamanya.

Adapun hukuman di dunia ia akan dibunuh sebagaimana yang sabit dengam dalil as-Sunnah yang sahih iaitu sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesiapa menukar agamanya (yakni murtad), maka hendaklah kamu membunuhnya”. (Riwayat Imam Bukhari, Ahmad, Abu Daud dan lain-lain dari Ibnu Abbas).

3. Ayat-ayat al-Quran perlu ditafsir semula agar selari dengan peredaran zaman

Menurut golongan Islam liberal, al-Quran perlu ditafsir semula tanpa terikat dengan tafsiran ulama terdahulu. Tafsiran ulama terdahulu telah jauh ketinggalan dan tidak sesuai lagi untuk zaman sekarang. Dalam mentafsir al-Quran tidak perlu terikat dengan ilmu Asbabun-Nuzul, Nasikh wal Mansukh, tafsiran Rasulullah, para sahabat dan ahli-ahli tafsir terdahulu. Memadai menurut mereka tafsiran itu menepati logik akal dan rasional.

“Semua umat Islam perlu kembali kepada asas-asas Islam dengan menolak tafsiran klasik (lama) yang telah ketinggalan zaman. Kepada umat Islam, kita menyeru supaya digerakkan usaha-usaha membuat tafsiran al-Quran berdasarkan kaedah saintifik”. (Kassim Ahmad, 12 Oktober 2000, News Straits Times)

Jelasnya, golongan Islam liberal mengajak umat Islam kepada penafsiran ayat-ayat al-Quran berdasarkan ilmu akal semata-mata. Kerana itu mereka awal-awal lagi telah menolak hadis Nabi yang bermaksud, “Sesiapa yang mentafsir al-Quran dengan akal fikirannya semata-mata, maka sediakanlah tempat duduknya dari api neraka” dengan mendakwa hadis tersebut bercanggah dengan al-Quran yang menyeru manusia supaya berfikir, merenung dan menggunakan akal.

4. Mempertikai syariat Allah dan hukum-hakam fiqh dengan hujah rasional

Pada pandangan mereka hukum syariat Islam adalah ciptaan ulama dan fuqaha. Oleh itu, mereka menganggap syariat Islam tidaklah suci secara sepenuhnya dan ia terdedah kepada penilaian semula dan kritikan termasuklah hukum-hakam syariat yang qatie. Antara hukum-hakam syariat yang menurut pandangan mereka perlu dinilai semula ialah:

a. Hukum faraid yang tidak sama rata antara lelaki dan wanita;

b. Keharusan poligami bagi lelaki;

c. Kewajipan bertudung kepala ke atas wanita;

d. Hukuman bunuh ke atas orang murtad;

e. Hukum jenayah hudud yang menurut mereka adalah pengaruh budaya Arab Jahiliyah;

f. Larangan wanita daripada menjadi pemimpin termasuklah dalam solat;

g. Hak mutlak suami untuk mencerai isteri;

h. Larangan perkahwinan antara orang Islam dan bukan Islam; dan

i. Undang-undang moral agama yang dikatakan melanggar hak asasi dan kebebasan manusia.

Demi menjayakan hasrat mereka itu maka mereka menyeru kepada pembaharuan fiqh secara bebas tanpa perlu merujuk kepada ulama dan disiplin ilmu Usul Fiqh. Golongan Islam liberal menolak autoriti ulama dalam bidang agama. Mereka amat menekankan kebebasan berpendapat bahawa sesiapa sahaja berhak bercakap tentang agama.

5. Menolak penguatkuasaan undang-undang moral agama

Golongan Islam liberal menentang penguatkuasaan undang-undang moral berteraskan agama kerana menurut mereka undang-undang tersebut melanggar kebebasan dan hak asasi manusia.

Sebagai contohnya, tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) suatu ketika dulu menahan para pengunjung Islam di pusat-pusat hiburan telah mendapat bantahan keras dari Sisters In Islam dan 50 NGO yang lain.

Mereka telah mengemukakan memorandum kepada pihak kerajaan supaya tidak menggunakan pendekatan undang-undang untuk mengawasi akhlak rakyat kerana tindakan itu dianggap bercanggah dengan hak asasi manusia.

Malah dalam satu kenyataannya SIS meminta pihak kerajaan agar membubarkan semua undang-undang agama yang menghalang rakyat daripada mengecapi hak asasi peribadi dan bersuara.

Malahan pertubuhan itu juga tidak bersetuju dengan apa cara dan usaha menggunakan undang-undang untuk memelihara iman seorang muslim. Hal ini kerana persoalan yang berkaitan dengan moral dan agama dianggap sebagai hak peribadi dan kebebasan tersebut tidak seharusnya dikawal dengan menggunakan kuasa perundangan.

Pasca PRU 14 ini akan menyaksikan banyak tuntutan kelompok pendokong Islam liberal dan pluralisme agama akan digemakan. Riak-riak kepongahan mereka semakin menyerlah,kerana turut merasakan mereka turut memberikan sumbangan kepada kemenangan PH baru- baru ini. Umat Islam mestilah mengambil cakna perkembangan semasa yang berlaku, menularkan fahaman neo muktazilah yang akan mengganggu kelestarian agama Islam dan penganutnya. Ahzab moden sedang mengepung ummat ini daripada segenap penjuru , dengan senjata fitnah mereka. Bangkitlah wahai ummat!

(Penulis ialah AJK PAS Pusat, Pengerusi LESTARI)

28/05/2019 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Mujahadah 10 malam terakhir

Baginda رسول الله ﷺ apabila masuk 10 terakhir Ramadhan, pertamanya baginda رسول الله ﷺ akan menghidupkan malamnya lebih daripada malam-malam sebelumnya.
.
Kedua, baginda رسول الله ﷺ akan membangunkan ahli keluarganya. Yakni, tidak dibiarkan tidur kerana ingin berkongsi kebaikan dan keberkatan malam-malam Ramadhan bersama ahli keluarganya. Ini menunjukkan perhatian dan ihsan seseorang kepada ahli keluarganya.
.
Tunjukkanlah ihsan yang akan mendapatkan ihsan daripada اللّه . Jangan ibadah sorang-sorang. Jangan masuk syurga sorang-sorang. Ajaklah keluarga masuk syurga bersama-sama.
.
Bagaimana? Dengan ketika dalam dunia ini, bersama-sama solat berjamaah, bersama-sama bertadarus Al-Quran. Jom kita hidupkan malam khususnya di malam-malam Ramadhan. Baginda رسول الله ﷺ membangkitkan semua ahli-ahli keluarganya.
.
Ketiga, baginda رسول الله ﷺ mengetatkan kain pelikatnya sebagai simbol untuk tidak menghampiri kepada ahli keluarganya. Hanya semata-mata ingin menjadikan malam-malam terakhir Ramadhan maksimum dengan ibadah kepada اللّه . Demikianlah kebiasaan رسول الله ﷺ pada 10 terakhir bulan Ramadhan.
.
Diantara amalan yang dilakukan baginda رسول الله ﷺ pada 10 malam terakhir di bulan Ramadhan adalah beriktikaf. Sehingga diletakkan satu sudut khusus yang diletakkan kain untuk tidak dinampak sementara baginda رسول الله ﷺ berada di masjid itu untuk beriktikaf selama 10 hari di akhir bulan Ramadhan Al-Mubarak.
.
Dalam riwayat lain baginda رسول الله ﷺ jika beriktikaf, akan bersama dengan ahli keluarganya. Isteri-isteri baginda رسول الله ﷺ juga diajak beriktikaf bersama-sama dengan baginda رسول الله ﷺ . Dalam hal ini, iktikaf mesti di masjid mengikut mazhab kita Imam Syafie.
.
Termasuk juga kepada kaum wanita. Bilamana beriktikaf adalah di masjid sepertimana baginda رسول الله ﷺ mengajak isteri-isterinya beriktikaf di masjid. Kalau iktikaf boleh di rumah, maka isteri رسول الله ﷺ tidak perlu diajak pergi ke masjid. Tapi dalam hal ini, baginda رسول الله ﷺ mengajak isteri-isterinya pergi ke masjid. Ertinya iktikaf adalah di masjid.
.
Berlaku berbeza pandangan waktu untuk melakukan iktikaf di masjid. Secara general, bila-bila masa sahaja melakukan iktikaf akan mendapatkan fadhilat iktikaf. Tetapi iktikaf di bulan Ramadhan seharusnya adalah digalakkan bermula daripada terbenamnya matahari atau dalam riwayat yang lain, bermula daripada terbitnya waktu fajar. Maka seboleh mungkin seseorang untuk mengambil bahagian beriktikaf.
.
Jika tidak boleh iktikaf selama 10 hari, ambil lah sebahagian masa untuk kita lapangkan beriktikaf di rumah اللّه demi meneladani baginda رسول الله ﷺ .
.
Semoga اللّه menganugerahkan kita malam Lailatul Qadr, diangkat darjat kita disisi اللّه , diberikan syafaat oleh اللّه melalui Al-Quran dan puasa. Dan moga-moga اللّه menjadikan Al-Quran sinarkan hati dan jiwa kita. Semoga perjalanan kita dibimbimbingi dengan Al-Quran.
.
Aminn ya robb! اللهم امين
——————————
Taman Syurga (TV Al-Hijrah),
Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid
.
Silakan share, niat dakwah.

26/05/2019 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Politik dan Dakwah | Leave a comment

Ulamak Hadis Pun Ikut Mazhab

1. Imam An Nawawi merupakan ulamak hadis, pensyarah kitab Sahih Muslim dalam kitabnya al Majmu’ syarh al Muhazzab, merupakan mujtahid fatwa dalam mazhab asy syafie dan aqidahnya adalah Asya’iroh.

2. Imam Ibnu Hajar al Asqolani adalah ulamak hadis, pensyarah kitab sahih Bukhari di kitab Fath al Bari dan mengikut mazhab asy Syafie serta aqidah beliau adalah asya’iroh.

3. Imam al Baihaqi penyusun kitab Asma’ wa as Sifat, merupakan ulamak hadis bermazhab asy syafie dan aqidahnya asya’iroh.

4. Imam ibnu Jauzi merupakan ulamak hadis, mazhab hambali dan aqidahnya menolak mujassimah serta musyabbihah, pendekatan aqidahnya sama seperti Asya’iroh.

5. Imam al Haithami, Imam as Suyuthi juga merupakan ulamak hadis dan bermazhab asy Syafie dan aqidahnya mengikut asya’iroh.

6. Imam al Munawi seorang ulamak hadis, bermazhab asy syafie dalam feqh dan aqidahnya mengikut asya’iroh.

7. Syah Waliyullah ad Dihlawi merupakan ulamak hadis dan bermazhab hanafi dan dalam aqidah mengikut al maturidiyyah.

8. Sultan Salahuddin al Ayyubi, pemerintah dan panglima perang yang mengambil kembali Bait al Maqdis dari tangan salibiyyin juga merupakan Asya’iroh serta meminta tiap masjid sebelum Subuh mengumandangkan aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah dari kitab Hada’iq al Fusul wa Jawahir al Usul hingga dapat membasmi ajaran Syiah Ismailiyyah.

9. Ramai para ulamak muktabar bahkan dijadikan rujukan Wahhabi dalam pelbagai disiplin ilmu merupakan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah bermazhab asy Syafie, Hanafi, Hanbali dan juga Maliki, dalam aqidahnya adalah Asya’iroh/al Maturidiyyah dan bertasawwuf.

10. Hinggalah sinonim apabila disebut Ahlus Sunnah Wal Jama’ah ia dirujuk Asya’iroh dan al Maturidiyyah kerana merupakan ikutan majoriti ulamak. Ajaran yang selamat ini meneruskan legasi yang diajar oleh para salafussoleh yang hidup 3 kurun terbaik yang diiktiraf Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam.

11. Ini diperakui oleh Dr Wahbah az Zuhaili dan juga Dr Yusof al Qardhawi.

12. Ironinya Wahhabi seperti Ben Baz, Al Albani, Soleh Fauzan, Soleh Uthaimin menyesatkan Asya’iroh dan al Maturidiyyah, menyesatkan pengikut mazhab bahkan ada yang mengkafirkan seumpama alAlbani dan Khajandi serta anti mazhab. Sudahlah merujuk pandangan ulamak-ulamak muktabar bahkan ada yang kononnya mensyarah kitab ulamak di atas, kemudian mereka menyesatkan pula para ulamak ini !

13. Ada pulak orang jahil yang baru kenal hadis, selibriti acah-acah alim ditambah pula penceramah ‘sunnah’ menghasut tak payah ikut mazhab.

Kredit kepada : Komik Kamu Serang Kami Terang

26/05/2019 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Hadis, Tazkirah | Leave a comment

Bitcoin – Adakah ia menepati Syariat?

Dari Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan

Secara tuntasnya, setelah menilai pandangan ulama dan sarjana Islam berkenaan bitcoin, maka didapati mata wang ini tidak menepati ciri-ciri mata wang yang ditetapkan dalam Islam apabila ia tidak mampu menyimpan nilai secara konsisten. Meskipun masyarakat umum boleh menerimanya sebagai mata wang namun ketidakstabilan nilai pada mata wang ini boleh mengundang kemudaratan kepada pengguna pada masa akan datang.

Selain itu, ketiadaan badan berautoriti yang mengawal selia mata wang ini juga boleh mengundang pelbagai perkara negatif seterusnya mampu mengganggu-gugat sistem mata wang rasmi dalam sesebuah negara.

Berdasarkan pemerhatian terhadap amalan semasa, bitcoin lebih dilihat sebagai satu aset pelaburan, dan ia tidak menepati tujuan asal penciptaan bitcoin itu sendiri, iaitu sebagai mata wang alternatif kepada sistem mata wang fiat yang sedia ada.

Justeru, tindakan menyekat penggunaan mata wang ini adalah wajar berdasarkan kepada kaedah Sadd al-Zarai’ (menutup jalan yang boleh membawa kepada kemudaratan) agar ia tidak berlegar di kalangan masyarakat umum. Sesuatu yang asalnya harus boleh dicegah apabila ia ternyata boleh membawa kemudaratan yang lebih besar.

Pemerintah dan badan berautoriti juga berhak untuk menghalang sebarang transaksi bitcoin ini demi memelihara maslahah masyarakat umum. Perkara ini bertepatan dengan kaedah fiqh yang menyebut:

تَصَرُّفُ الْإِمَامِ عَلَى الرَّعِيَّةِ مَنُوطٌ بِالْمَصْلَحَةِ

Maksudnya: Tindakan seseorang pemerintah ke atas rakyat adalah berdasarkan kepada maslahah.

Maka mata wang bitcoin dalam bentuk yang ada pada masa sekarang adalah tidak syar’iy kerana ia tidak menepati sepenuhnya ciri-ciri mata wang yang digariskan oleh Islam, dan ia mampu memberikan pelbagai ancaman terhadap kemaslahatan umum. Namun begitu, hukum ini boleh berubah jika penambahbaikan dilakukan terhadap bitcoin samada dari sudut pengeluaran, pengawalan harga, sistem keselamatan di bursa dan regulasi untuk mengelakkannya daripada diekploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Berdasarkan hujahan ini juga, Mesyuarat Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan telah memutuskan bahawa Bitcoin yang terdapat pada masa sekarang tidak menepati ciri-ciri mata wang yang telah ditetapkan oleh Islam, diputuskan bahawa Bitcoin mampu mengundang pelbagai kemudaratan terhadap sistem kewangan sesebuah negara. Oleh kerana itu, penggunaan Bitcoin yang ada pada masakini sebagai satu mata wang adalah dilarang bagi memelihara kemaslahatan umum.

Wallahu a’lam.

Akhukum fillah,

SS Dato’ Seri Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

[1] Rujuk http://www.theedgemarkets.com/article/media-prima-hit-ransomware-attack-%E2%80%94-sources

[2] Anwar Zainal Abidin. 2002. “Sejarah Penggunaan Mata Wang Dinar.” Ulum Islamiyyah. Kolej Universiti Islam Malaysia. Jld. 1. no. 1. hlm. 25. Lihat juga Zarra Nezhad, Mansour. 2004. “A Brief History of Money in Islam and Estimating the Value of Dirham and Dinar.” Review of Islamic Economics 8.2: hlm. 51-65. Lihat juga Wan Kamal Mujani. 2009. Sejarah Dinar Dari Zaman Pra Islam Sehingga Zaman ‘Uthmani. Bangi : IKRAB, UKM. hlm 9. Lihat juga Salmy Edawati Yaacob. 2009. “Sejarah Dinar Emas dan Kronologi Pertukaran Mata Wang Dunia.” Jurnal Al-Tamaddun 4 (2009): hlm. 107-127.

[3] Anwar Zainal Abidin. 2002. “Sejarah Penggunaan Mata Wang Dinar.” hlm. 25; Wan Kamal Mujani. 2009. Sejarah Dinar Dari Zaman Pra Islam Sehingga Zaman ‘Uthmani. hlm. 9-10.

[4] Wan Kamal Mujani. 2009. Sejarah Dinar Dari Zaman Pra Islam Sehingga Zaman ‘Uthmani. hlm. 10; Salmy Edawati Yaacob. 2009. “Sejarah Dinar Emas dan Kronologi Pertukaran Mata Wang Dunia.” hlm. 110.

[5] Anwar Zainal Abidin. 2002. “Sejarah Penggunaan Mata Wang Dinar.” hlm. 26. Lihat juga al-Baladhuri, Futuh al-Buldan, hlm. 653.

[6] Zarra Nezhad, Mansour. “A Brief History of Money in Islam and Estimating the Value of Dirham and Dinar.” hlm. 51-54. Anwar Zainal Abidin. 2002. “Sejarah Penggunaan Mata Wang Dinar.” hlm. 28.

[7] Yaacob, Salmy Edawati. “Sejarah Dinar Emas dan Kronologi Pertukaran Mata Wang Dunia.” hlm. 112.

[8] Ini juga sebagaimana yang disimpulkan oleh Anwar Zainal Abidin dalam kajiannya “Sejarah Penggunaan Mata Wang Dinar.” hlm. 48.

[9] Ahmad S., & Yaacob, S. E. 2012. Dinar Emas Sejarah Dan Aplikasi Semasa. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia; Yaacob, Salmy Edawati. 2015. Dilema Dinar Emas. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm. 68.

[10] Al-Tabariy, Muhammad bin Jarir. tt. Jami’ al-Bayan fi Tafsir al-Qur’an. Dar Hijr. Jld. 12, hlm.

[11] Al-Raghib al-Asfahani. tt. al-Mufradat fi Gharib al-Quran. Beirut: Dar al-Ma’rifah. Jld. 1, hlm.

[12] Sahnun, Muhammad bin Said. tt. al-Mudawwanah al-Kubra. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah. Jld. 8, hlm. 305.

[13] Al-Ghazali, Abu Hamid. tt. Ihya’ Ulum al-Din. Beirut: Dar al-Ma’rifah. Jld. 4, hlm. 265.

[14] Ibnu Taimiyyah, Taqiy al-Din Ahmad. Majmu’ al-Fatawa. Darul Wafa’. Cet. 3, Jld. 29, hlm. 471-

[15] Ibnu al-Qayyim. 1973. I’lam al-Muwaqqi’in ‘an Rabb al-‘Alamin. Beirut: Dar al-Jil. Jld. 2, hlm. 157.

[16] Ibn Khaldun, Abdul Rahman bin Muhammad. tt. al-Muqaddimah. t.tp: t.pt. Jld. 1, hlm. 215.

[17] Nazim al-Syamri Muhammad Nuri. 1987. al-Nuqud wa al-Masarif. Beirut: Dar al-Kutub li al-Tiba’ah wa al-Nasyr. hlm. 142.

[18] Ahmad S., & Yaacob, S. E. 2012. Dinar Emas Sejarah Dan Aplikasi Semasa. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm. 43-44.

[19] al-Zuhaili, Wahbah. 1996. al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh (terj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jld. 4, hlm. 652.

[20] Mustafa Bugha et. al. 1992. al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’ie. Damsyiq: Dar al-Qalam. Jld. 6. hlm. 94-97.

[21] Imam Muslim. tt. Sahih Muslim. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-`Arabi. Jil. 3, hlm. 1210, hadis no. 1584.

[22] al-Zuhaili, Wahbah. 1996. al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh (terj.) Jld. 4, hlm. 653-654.

[23] Imam Muslim. tt. Sahih Muslim.. Jil. 3, hlm. 1210, hadis no. 1587.

[24] Imam al-Bukhari. tt. Sahih al-Bukhari. Dar Tuq al-Najat. Jil. 3, hlm. 74, hadis no. 2177.

[25] Lihat keputusan Mesyuarat Majlis Penasihat Shariah (MPS) Bank Negara Malaysia Ke-179 bertarikh 22 Ogos 2017 bertajuk Penentuan Majlis Akad dan Serah Terima Bagi Bai` al-Sarf Dalam Operasi Kewangan Semasa yang dimuat naik di laman web Bank Negara Malaysia (www.bnm.gov.my). Akses pada 17 Januari 2018.

[26] Ibid.

[27] Edward Murphy et al, 2015, Bitcoin; Questions, Answers, and Analysis of Legal Issues, Congressional Research Service, hlm. 1

[28] “What is Bitcoin?”(http://money.cnn.com/infographic/technology/what-is-bitcoin/) Dilawati pada 12 Januari 2018

[29] http://fortune.com/2017/11/25/lost-bitcoins/“Exclusive: Nearly 4 Million Bitcoins Lost Forever, New Study Says” Dilawati pada 12 Januari 2018

[30] Rujuk Satoshi Nakamoto, t.t, Bitcoin: A Peer-to-Peer Electronic Cash System, www.bitcoin.org

[31]https://www.economist.com/news/business/21638124-minting-digital-currency-has-become-big-ruthlessly-competitive-business-magic “The magic of mining”- 13 January 2018

[32] https://www.facebook.com/muamalat.my/posts/1414275821988496:0, dilawati pada 24 Januari 2018.

[33] https://www.ccn.com/bitcoin-hits-new-yearly-low-volume-only-way-to-reverse-trend-is-a-big-spike/

[34] http://www.independent.co.uk/life-style/gadgets-and-tech/news/bitcoin-price-live-updates-latest-value-exchange-rate-digital-cryptocurrency-futures-investment-a8147681.html“Bitcoin price – live updates on the volatile cryptocurrency”- 5 Januari 2018

[35] https://www.reuters.com/article/us-bitcoin-mtgox-bankruptcy/mt-gox-files-for-bankruptcy-hit-with-lawsuit-idUSBREA1R0FX20140228 “Mt. Gox files for bankruptcy, hit with lawsuit”- 8 Januari 2018

[36] https://www.reuters.com/article/us-bitcoin-exchange-southkorea/south-korean-cryptocurrency-exchange-to-file-for-bankruptcy-after-hacking-idUSKBN1ED0NJ “South Korean cryptocurrency exchange to file for bankruptcy after hacking” – 9 Januari 2018

[37] https://www.reuters.com/article/us-cyber-nicehash/hackers-steal-64-million-from-cryptocurrency-firm-nicehash-idUSKBN1E10AQ“Hackers steal $64 million from cryptocurrency firm NiceHash”- 16 Januari 2018

[38] https://www.wsj.com/articles/bitcoin-paypal-used-to-finance-terrorism-indonesian-agency-says-1483964198 “Bitcoin, PayPal Used to Finance Terrorism, Indonesian Agency Says”- 15 Januari 2018

[39] https://www.justice.gov/usao-edny/pr/long-island-woman-indicted-bank-fraud-and-money-laundering-support-terrorists “Long Island Woman Indicted for Bank Fraud and Money Laundering to Support Terrorists”

[40]https://rusi.org/commentary/cryptocurrencies-and-terrorist-financing-risk-hold-panic“Cryptocurrencies and Terrorist Financing: A Risk, But Hold the Panic” 15 Januari 2018

[41]http://www.bnm.gov.my/documents/2017/20170623_FCA_EN.pdf

[42]http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_announcement&pg=en_announcement&ac=49&lang=en

[43]https://themalaysianreserve.com/2018/01/02/no-ban-cryptocurrency-tradings-says-johari/ “No ban on cryptocurrency tradings, says Johari”- 7 Januari 2018

[44]https://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/12/15/bnm-rm75m-cryptocurrencies-transactions-each-month/ “BNM: RM75m cryptocurrencies transactions each month” – 7 Januari 2018

[45] http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=bm_press&pg=bm_press&ac=4629&lang=bm“Bank NegaraMalaysia mengeluarkan dokumen dasar untuk mata wang digital” 18 April 2018

[46]https://www.sc.com.my/my/post_archive/media-statement-on-initial-coin-offerings/ “Media Statement on Initial Coin Offerings”- 9 Januari 2018

[47]https://fintechnews.my/18950/blockchain/securities-commission-malaysia-ico-regulation/

[48] https://www.cnbc.com/2017/11/30/bitcoin-investors-beware-the-irs-wants-its-cut-and-you-may-not-know-it.html Bitcoin investors beware: The IRS wants its cut and you may not know it – 18 Januari 2018

[50] http://fortune.com/2017/12/21/bitcoin-tax/New Tax Law Closes Bitcoin Loophole – 18 Januari 2018

[51] https://www.reuters.com/article/us-usa-sec-bitcoin/sec-warns-bitcoin-cryptocurrency-investors-at-risk-idUSKBN1ET1YI SEC warns bitcoin, cryptocurrency investors at risk – 17 Januari 2018

[52]https://www.bloomberg.com/news/articles/2018-01-17/virtual-currencies-seen-as-evolving-threat-by-u-s-treasury U.S. Treasury Sees Virtual Currencies as ‘Evolving Threat’ – 18 Januari 2018

[53] https://www.rpc.co.uk/press-and-media/uk-cryptocurrency-regulations-could-take-up-to-two-years-based-on-comparable-regulatory-extensions/

[54]http://www.independent.co.uk/news/business/news/bitcoin-latest-updates-france-central-bank-currency-cryptocurrency-digital-francois-villeroy-de-a8086186.html “Bitcoin isn’t a currency or even a cryptocurrency, says France’s central bank governor”

[55] https://www.reuters.com/article/uk-southkorea-bitcoin/south-korea-to-impose-new-curbs-on-cryptocurrency-trading-idUSKBN1EM05K“South Korea to impose new curbs on cryptocurrency trading”

[56] https://www.investopedia.com/news/japan-finally-recognizes-bitcoin-after-long-battle/ “Japan Finally Recognizes Bitcoin After Long Battle”

[57] Rujuk https://www.nytimes.com/reuters/2018/10/20/business/20reuters-japan-economy-boj-cryptocurrency.html

[58] https://en.mehrnews.com/news/139158/Iran-could-turn-to-cryptocurrencies-to-evade-some-sanctions

[59]https://www.theguardian.com/technology/2018/mar/13/imf-christine-lagarde-calls-bitcoin-crackdown-cryptocurrencies “’Fight fire with fire’: IMF’s Lagarde calls for bitcoin crackdown” 18 April 2018

[60]https://www.reuters.com/article/us-ecb-bitcoin-nowotny/ecbs-nowotny-says-central-banks-considering-cryptocurrency-regulation-idUSKBN1DG2NX ECB’s Nowotny says central banks considering cryptocurrency regulation – 11 Januari 2018 dan http://www.dailymail.co.uk/wires/afp/article-5231041/ECB-governor-calls-tax-regulation-bitcoin.html ECB governor calls for tax, regulation on bitcoin – 13 Januari 2018

[61]https://www.reuters.com/article/us-ecb-bitcoin-estonia/ecbs-draghi-rejects-estonias-virtual-currency-idea-idUSKCN1BI2BI ECB’s Draghi rejects Estonia’s virtual currency idea – 18 Januari 2018

[62]https://www.ecb.europa.eu/press/inter/date/2017/html/ecb.in171229.en.html– 18 Januari 2018

[63] Ditubuhkan pada 1930, ia adalah sebuah organisasi kewangan antarabangsa yang dimiliki oleh 60 bank pusat, mewakili negara-negara dari seluruh dunia. Antara misi utama BIS ialah membantu bank-bank pusat ini mengekalkan kestabilan kewangan dan monetari mereka. Rujuk https://www.bis.org/about/index.htm?m=1%7C1

[64]https://themalaysianreserve.com/2017/09/19/central-banks-cant-ignore-bitcoin-boom-bis-says/ “Central banks can’t ignore the bitcoin boom, BIS says” 16 Januari 2018

[65]https://www.theguardian.com/technology/2018/feb/06/bitcoin-price-crackdown-bis-cryptocurrency “Bitcoin price falls below $6,000 as banker signals crackdown”

[66] http://www.dar-alifta.org/ar/Viewstatement.aspx?sec=media&ID=5617 “مفتي الجمهورية يبيِّن حكم التعامل بالعملة الإلكترونية “البتكوين” (12 Januari 2018)

[67] http://www.qaradaghi.com/Details.aspx?ID=3790 18 April 2018

[68]http://www.wifaqululama.co.uk/images/Fatwa/wifaq-onecoin.pdf

[69] Beliau merupakan Pensyarah Kanan, Jabatan Syariah dan Pengurusan, Universiti Malaya dan penulis bagi laman sesawang muamalat.my.

[70] Temubual Dr. Ahmad Sufyan Che Abdullah pada 4 Januari 2018 bertempat di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

[71] http://coin.my/2018/01/16/bitcoin-matawang-komoditi-sekuriti-identiti-baru-bhgn-ii/ Bitcoin: Mata Wang, Komoditi, Sekuriti atau Identiti Baru? Satu Perbincngan Minda Syariah (Bahagian II)- 18 Januari 2018

[72] Temubual rancangan Nasi Lemak Kopi ‘O yang disiarkan di TV9 pada 14 Januari 2018.

[73] Penasihat Shari’ah Blossom Finance

[74] Mufti Muhammad Abu Bakar, 2018, Shariah Analysis of Bitcoin, Cryptocurrency, & Blockchain, Blossom Labs Inc, hal. 19-20

[75] Ketua, Pejabat Kawalan Mutu Penyelidikan, ISRA

[76] Marjan Muhammad, 2018, Analisis Syariah Terhadap Mata Wang Kripto. Dibentangkan di Persidangan Meja Bulat Mata Wang Kripto dan Sistem Kewangan Digital di Dewan Besar IKIM (28 Februari 2018)

24/05/2019 Posted by | Bicara Ulama, Muamalat (Harta), Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Buku buku agama yang membawa VIRUS WAHABI.

Atas permintaan sahabat Ahlus Sunnah Wal Jama’ah, kami senaraikan nama-nama penulis buku agama yang membawa virus wahhabi.

Sila teliti buku-buku agama agar tidak terbeli buku yang ditulis oleh pembawa virus wahhabi dari Malaysia :

1. Dr Asri Zainal Abidin (pendedahan sudah banyak dijelaskan dalam page ini, yang tak tahu cari dan selidik. Sebarang komen penuduhan, malas menyelidik tidak akan dilayan)

Antara jawapan dari asatizah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah mengkritik Dr Asri Zainal Abidin dan menolak artikelnya yang berisikan pengkafiran, syirik, bid’ah sesat, melekehkan para ulamak, institusi pondok, memfitnah mufti di Malaysia :http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7927.0

2. Hafiz Firdaus – antara pendokong Hairi Nonchi, ‘berfatwa’ wanita boleh melacur dalam keadaan darurat. Menyatakan Asya’iroh sama dengan fahaman jahmiyah.

3. Azwira Aziz – menghukum syirik umat Islam yang berselawat syifa’

4. Juanda Jaya – mengkafirkan asya’iroh dalam khutbah Jumaat di Perlis
rujuk : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=443229679075512&set=pb.149551445110005.-2207520000.1373340304.&type=3&theater

5. Rasul Dahri – mengatakan asya’iroh kekal dalam neraka, menipu atas nama Imam Asy Syafie. Bukunya diharamkan oleh Jakim. Banyak kali ditangkap oleh Jabatan Agama Johor kerana menyebarkan fahaman wahhabi.
Rujuk : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=218832848181864&set=pb.149551445110005.-2207520000.1373340616.&type=3&theater

6. Hairi Nonchi – cikgu Sabah bukan takhassus ilmu agama, rajin belajar dari buku wahhabi dan menulis juga buku agama berkaitan aqidah dan hukum hakam. Pernah mengkafirkan Habib Ali Al Jufri, mengeluarkan fatwa tiada dalil sertu apabila terkena najis khinzir. Individu yang terlibat dalam mencari-cari kesalahan habaib dengan tujuan untuk memburuk-burukkan ahlu bait.
Membawa virus mujassimah dan musyabbihah – https://www.facebook.com/photo.php?fbid=414999108565236&set=pb.149551445110005.-2207520000.1373340312.&type=3&theater

menghukum kafir terhadap ahli sufi :

7. Fikri Alamghiri a.k.a Mohd Fikri bin Che Hussin. Membuat fitnah pembohongan terhadap ahli tasawwuf, menghukum sesat terhadap tasawwuf.
rujuk : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=253207064744442&set=pb.149551445110005.-2207520000.1373340472.&type=3&theater

8. Muhammad Asrie Sobrie – mengkafirkan ulamak makkah seperti Sheikh Muhammad Alawi al Maliki, Habib Umar, Syeikh Zein Sumaith.
rujuk : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=473865299345283&set=pb.149551445110005.-2207520000.1373340169.&type=3&theater

9. Emran Ahmad – mengkafirkan ahli sufi. menghukum syirik bertawassul sekaligus mengkafirkan para sahabat, salafussoleh yang melakukannya :
rujuk : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=444376842294129&set=pb.149551445110005.-2207520000.1373340304.&type=3&theater

10. Abdul Qadir al Jawas – penulis Indonesia yang mengkafirkan Ulamak dan umat Islam tanpa haq.
lihat bukunya :

Penulis wahhabi ini telah dikritik oleh Habib Rizieq Shihab (Front Pembela Islam Indonesia)

Lihat : http://www.youtube.com/watch?v=hlCdzVo8Ueo

Video klip ini ada 4 bahagian kesemuanya.
Hairi Nonchi banyak mengambil rujukan dari wahhabi Indonesia ini termasuk juga tulisan Hafiz Firdaus.

11. Mohd Yaakub bin Mohd Yunus – mengkafirkan ulamak dan umat Islam yang menyambut maulidur rasul. Dan membid’ahkan amalan ibadah yang ada sandaran dari al Quran dan al hadith.
Rujuk : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=225640650791588&set=pb.122861801069474.-2207520000.1373341855.&type=3&theater

Admin : Jika jumpa nama-nama ini di kedai buku, beritahu pada penjual buku (kadang-kadang mereka jual sahaja, tak tahu pun isinya) nama-nama ini penyebar fahaman ekstrimis yang suka pada perbahalahan, permusuhan, mengkafirkan majoriti ulamak dan umat Islam tanpa haq yang bertentangan dengan al Quran dan al Hadith serta ijmak.

Peringatan dan larangan Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wasallam mengkafirkan umat Islam :

Dalam hadis, Rasulullah SAW menegaskan:
Jika seseorang berkata kepada saudaranya, “Wahai kafir!” Maka kekafiran itu akan kembali (menimpa) kepada salah seorang di antara keduanya. (riwayat Imam al Bukhari daripada Abu Hurairah RA)

Begitulah juga sesiapa yang menuduh seorang Muslim dengan tuduhan syirik maka orang yang menuduh itu sendiri akan jatuh ke dalam kesyirikan tersebut sebagaimana yang telah diterangkan dalam hadith dari Huzaifah bin Yaman di mana RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bererti :

Sesungguhnya perkara yang aku khuatirkan ke atas kamu semua adalah seseorang yang telah membaca al Quran sehingga apabila telah nampak kepandaiannya dalam al Quran dan dia telah menjadi pendokong Islam, tiba-tiba sahaja dia merubahnya kepada sesuatu yang dikehendaki oleh ALlah, maka iapun terlepas dari al Quran dan melemparkannya ke belakang serta mengancam tetangganya dengan pedang sambil melemparinya dengan tuduhan syirik. Aku bertanya : Wahai Nabi ALlah mana di antara keduanya yang lebih patut di anggap melakukan kesyirikan? Orang yang dituduh ataukah yang melemparkan tuduhan? Nabi menjawab : Yang melemparkan tuduhan.

(Hadith dikeluarkan oleh Ibnu Hibban pada hadith no 81 dan Ibnu Kathir dalam tafsirnya jilid II/266, dia berkata : Isnad Hadith ini bagus. Begitu juga ditakhrij oleh Al Bazzar dalam Musnadnya dengan pernyataan yang sama, At Thabroni dalam Al Kabir dan As Saghir dengan pernyataan yang sama dan Ibnu Abi Ashim dalam kitab As Sunnah).

Dalam sahih Bukhari pada hadith nombor 2227 disebutkan bahawa Nabi sallaLLahu ‘alaihi wasallam telah bersabda yang bererti :

“Barangsiapa yang melaknat seorang Mukmin maka itu seperti membunuhnya dan barangsiapa yang menuduh seorang Mukmin dengan kekafiran maka itu seperti membunuhnya.”

Na’uzubillahi min zalik..

Senarai nama ini akan diupdate lagi. sekiranya sahabat lain ada maklumat bolehlah berkongsi dengan kami.

Terima kasih.

Sila sebarkan !

Ibanah yang ada sekarang ini ada pelbagai versi, ada yang telah diubah dan ditambah oleh Wahhabi. Melalui penyelidikan sahabat kami dari Indonesia mendedahkan perkara ini dengan scan kitab dan muka surat kitab berkenaan :

https://www.facebook.com/notes/ashfi-raihan/three-in-one-3-in-1-tiga-al-ib%C3%A2nah-satu-al-asyar%C3%AE-secercah-fakta-/407601107887

23/05/2019 Posted by | wahabi | Leave a comment

HUJJAH TERBAIK BILA BERDEPAN WAHHABI…

*#ASWJ*
Tuan mazhab apa?

*#Wahhabi*
Kami ikut Al-Quran dan As-Sunnah.

*#ASWJ*
Ikut Al-Quran dan As-Sunnah ikut kefahaman siapa?

*#Wahhabi*
Kefahaman Ulama’ salaf.

*#ASWJ*
Ulama’ Salaf yang mana?

#Wahhabi
Salaf yang hidup 300 tahun hijrah yang pertama.

*#ASWJ*
Jadi Tuan hidup pada zaman salaf?

*#Wahhabi*
Tidak, kami ikut ulama yg ikut salaf.

*#ASWJ*
Jadi darimana datangnya kefahaman salaf yang tuan ikuti sedangkan tuan tidak hidup pada zaman salaf dan tuan menolak majoriti ulama’ khalaf yang meneruskan kesinambungan ilmu salaf secara bersambung (muttasil) di dalam memahami Al-Quran dan As-Sunnah?

*#Wahhabi*
Kami ikut Imam Ibn Taimiyyah, Imam Ibn al-Qayyim, Sheikh al-Albani, Sheikh bin Baz, Sheikh Solleh Uthaimin dan ulama-ulama sunnah.

*#ASWJ*
Mula-mula kata ikut Al-Quran dan As-Sunnah tak ikut mazhab maksudnya tak ikut ulama’ sebab mazhab ialah tempat berjalan atau aliran seseorang ulama’ di dalam memahami Al-Quran dan As-Sunnah.

*#Tapi* bila ditanya rupanya mengaku ikut ulama’ juga di dalam nak memahami makna Al-Quran dan As-Sunnah bukan faham direct daripada Al-Quran dan As-Sunnah seperti dakwaan pertama. Kefahaman ulama’ salaf dakwaan mereka juga bukan diambil direct daripada salaf sebab mereka tak hidup zaman salaf. Jadi mereka ambil kefahaman daripada siapa?

*#Jawapannya* tidak lain tidak bukan ialah daripada Ibn Taimiyyah, Ibn al-Qayyim, Muhammad b Abdul Wahhab, Bin Baz, Uthaimin, Al-Albani dan minoriti tokoh yang ditolak di dalam Islam.

*#Ke mana* perginya ribuan para ulama’ mujtahid Islam yang besar-besar selain ulama pujaan mereka selepas daripada zaman salaf yang mana asbab mereka sampainya ilmu dan kefahaman Al-Quran dan As-Sunnah kepada kita pada hari ini?

*#Apakah* seramai-ramai ulama’ Islam yang ada hanya Ibn Taimiyyah dan Muhammad bin Abdul Wahhab dan beberapa orang tokohsahaja yang benar kefahaman agama dan bertepatan dengan sunnah?

*#Perhatikan* tahun kelahiran ulama’ mereka dan ulama’ mazhab ikutan kita?

Imam ikutan ASWJ

Imam Hanafi 80H
Imam Malik 93H
Imam Syafie 150H
Imam Ahmad 164H
Imam Abu Hassan al-Asya’ari 240H

Imam ikutan Wahhabi

Ibnu Taimiyyah 661H
Muhammad Bin Abdul Wahhab 1115H
Ibn Baz 1330H
Al-Albani 1333H
Uthaimin 1347H

Jika Wahhabi kata “kami ikut Al-Quran dan As-Sunnah” maknanya mereka sedang menipu kerana tanpa huraian para ulama’ bagaimana nak faham Al-Quran dan As-Sunnah?

Jika Wahhabi kata ikut salaf mereka juga menipu kerana Imam 4 adalah salaf. Mazhab mana yang mereka ikut?

Jika mereka kata kami tak taqlid mana-mana ulama’ mereka lagi menipu kerana mereka mengambil huraian daripada ulama-ulama mereka yang kita nyatakan tadi. Mereka bukan salaf.

Bermazhab itulah sebenarnya mengikut jalan salaf bukan hanya mendakwa mengikut salaf tetapi hakikatnya tokoh-tokoh panutan mereka adalah yang ditolak di dalam sejarah Islam oleh kesepakatan para ulama Ahl al-Sunnah Wa al-Jama’ah.

Olih: Ustaz Amin Bin Daud Al-Azhari

15/05/2019 Posted by | wahabi | Leave a comment

Dlm silsilah peringkat dan tahap ulama ni ada beberapa tahap yg perlu kita ketahui:

1)Ulama Mujtahid mutlak
2)Ulama Mujtahid fil mazhab
3)Ulama Mujtahid fil masail
4)Ulama Ashabur rajih
5)Ulama Ashabut tamiz
6)Ulama Ashab tamyiz
7)Mufti
8)Maulana
9)Tolib ilm
10) Org awam

Hanya mujtahid mutlak shja yg layak mnyatakan “pada pndpat sy” bknaan quran dan hadis
Ulama2 mujtahid yg lain di bwhnya pula layak berkata “pd pndpt sy” bdsrkan usul2 yg telah diberikan ulama mujtahid mutlak..

Ulama2 ashab plak layak bkata “pd pndpt sy” dlm memilih mna2 pndpt sblumnya yg dikajinya mpunyai dalil pling kuat dan pling ssuai dan dirajihkannya(dimenangkan)

Smpai thp ulama pling rendah iaitu mufti,kerjanya ialah buka kitab dan crik kputusan hukum yg tlah dibincangkan oleh 6 kumpulan ulama bsar td yg dnamakan sbg qaul mufta bih(pndpt yg dijadikan ftwa muktmad)..jd mufti xlayak bkata “pd pndpt sy” sbb smua pndpt tlah dbncang dan tlah ada kata ptus,mufti tinggal jd posmen atau speaker utk smpaikan apakah kptusan2 para ulama tdhulu..dan juga bbncang dgn usul2 ifta(ilmu kluarkn ftwa) utk msalah2 baru/moden yg blum pnah wjud sblumnya spti hkum mrokok,hkum talak sms dn lain2.

Bwh pd mufti bru lah maulana iaitu ulama yg mpelajari 15 cbg ilmu utk memahami ssbuah kitab dan tlah khatam kutubusittah yakni 6 kitab hdis yg utama dlm islam dan juga menguasai ikhtilaf 4 mzhab…(Maulana ihsan disni)
Bwh pd maulana ialah tolib ilm iaitu plajar agama yg sdg mpelajari 15 cbg ilmu tu dan blum khatam kutubusittah yakni 6 kitab hadis yg sahih yg pling utama..

Bwh pd tu ialah org2 awam yg LANGSUNG tidak LAYAK utk mberi komen ttg HUKUM bahkan HARAM bg mreka utk mberi pndpt dlm mna2 hukum,yg halal bg mreka hnyalah dgr dan amalkan apa yg ulama smpaikan,dan mreka boleh smpaikan kpd org lain dgn syarat ia diyakini sahih dtg dari para ulama..cthnya jika ust usamah ckp arak tu haram..maka org awam boleh utk bgtau pd org lain bhwa arak itu haram..

Dari 10 golongan td,tpcah lah kpd 3 golongan mnusia iaitu:

1. Muqallid: iaitu pengikut ulama tanpa belajar dalil-dalil ulama itu kerana dia yakin ulama itu ada dalil yang dapat dipercayai.(Utk org awam dan tolib ilmu,thp ke 9 dan 10)

2. Muttabi: iaitu pengikut ulama beserta dalil agar menjadi pembela kepaad mazhab ulamanya itu dan juga untuk mengajar umat dan untuk menyangkal tuduhan-tuduhan glongan sesat.(Utk smua ulama ashab,mufti dan maulana,tahap 4,5,6,7,8)

3. Mujtahid: iaitu ulama yg bertanggungjawab untuk keluarkan hukum yang mempunyai kelayakan dan kelayakan terendah ialah hafaz 300 ribu hadis Nabi beserta sanad sampai Rasulullah saw tanpa silap sepatah pun. Jadi, mustahil ada mujtahid pada zaman ini. Mujtahid mutlak telah tamat pada zaman mutaqaddimin.(Utk ulama mujtahid thp 1,2,3)

Dari Grup Whatsapp

13/05/2019 Posted by | Informasi, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

TALQIN MENURUT HADITH DAN ULAMA’ 4 MAZHAB:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=636347206823569&id=100013448867314&sfnsn=mo

Keharusan Hukum Membaca Talkin Keatas Orang Yang Telah Meninggal Dunia (Bersandarkan Kepada Hadith Nabi SAW dan Ulama’ 4 Mazhab).

Sesungguhnya hukum mentalqinkan mayat dengan kalimat tauhid “La ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah” ataupun dengan perkataan suci yang lain adalah harus hukumnya dari segi syarak dan bersesuaian dengan ajaran agama Nabi Muhammad SAW.

Sememangnya tidak ada dalil dari nas Al-Qur’an mahupun nas Al-Hadith yang mengharamkan amalan talqin kecuali mereka (yakni Wahabi) yang mengharamkannya hanya bersandarkan ianya suatu Bid’ah yang tidak dilakukan oleh Rasul SAW. Malangnya nas-nas hadith Nabi SAW jelas bercanggah dengan apa yang mereka dakwa.

Mari kita kupaskan secara ilmiah melalui Hadith Nabi SAW yang Mengharuskan Talqin:

Apa yang didakwa mengenai pengharaman hukum talqin oleh Wahabi dan kuncu-kuncu mereka yang kerap membuat kacaubilau dalam masyarakat umat islam adalah tidak berasas. Bahkan ianya bertujuan memperlaga-lagakan umat islam yang melakukan amalan tersebut.

Kononnya ianya adalah satu Bid’ah yang Nabi SAW tidak pernah buat dan tidak pernah suruh orang lain buat dan bagi Wahabi siapa buat amalan talqin maka ia sudah membuat perkara Bid’ah dan akan masuk api neraka jahannam.

Benarkah dakwaan Wahabi itu..???

Mari kita singkap Hadith Nabi Muhammad SAW sendiri menyuruh amalan talqin yang diriwayatkan oleh Imam At-Tobarony dalam Mu’jam Soghir dan Mu’jam Kabir daripada Abi Umamah Al-Bahily berkata:

[إذا أنا مت فاصنعوا بي كما أمرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم أن نصنع بموتانا، أمرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: إذا مات أحد من إخوانكم فسويتم التراب على قبره فليقم أحدكم على رأس قبره ثم ليقل: يا فلان ابن فلانة فإنه يسمعه ولا يجيب، ثم يقول: يا فلان ابن فلانة فإنه يستوي قاعداً، ثم يقول: يا فلان ابن فلانة فإنه يقول أرشدنا يرحمك الله ولكن لا تشعرون، فليقل: اذكر ما خرجت عليه من الدنيا شهادة أن لا إله إلا الله وأن محمداً عبده ورسوله وأنك رضيت بالله رباً وبالإسلام ديناً وبمحمد نبياً وبالقرءان إماماً فإن منكراً ونكيراً يأخذ كل واحد منهما بيد صاحبه ويقول: انطلق بنا ما يقعدنا عند من لُقّن حجته، قال [أي أبو أمامة]: فقال رجل: يا رسول الله فإن لم يُعرف أمه، قال: ينسبه إلى أمه حواء، يا فلان ابن حواء” .

Yang bermaksud: “Apabila aku mati nanti, lakukan padaku sepertimana yang disuruh oleh Rasulullah SAW agar dilakukan kepada mayat, Rasulullah SAW telah memerintah kita dengan sabda baginda: “ Apabila matinya seorang daripada kalanganmu, maka tanam dan berdirilah seorang dikalangan kamu pada bahagian kepala dikuburnya kemudian katakan Wahai si fulan anak si fulanah, orang itu mendengarnya tetapi dia tidak akan menjawab, kemudian katakan Wahai fulan anak fulanah maka dia duduk, kemudian katakan Wahai fulan anak fulanah maka dia berkata semoga Allah SWT merahmati kamu tetapi kamu semua tidak merasai (apa yang telah berlaku pada si mayat), maka hendaklah dikatakan: Ingatlah apa yang telah menyebabkan kamu dilahirkan kedunia iaitu syahadah tiada Tuhan melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW itu adalah hamba & rasulNya, dan engkau telah meredhoi dengan Allah SWT sebagai tuhan mu dan islam itu agamamu dan Muhammad itu nabimu dan al-Qur’an itu petunjukmu maka malaikat mungkar dan nakir akan mengambil tangannya lantas berkata ayuh bersama kami bawakan kepada siapa yang telah ditalqinkan hujahnya”.

Abu Umamah bertanya kepada Rasulullah SAW, wahai Rasulullah… Bagaimana sekiranya tidak diketahui nama ibunya? Rasulullah SAW menjawab “Maka hendaklah dinasabkan kepada ibu manusia iaitu Hawa dengan mengatakan Wahai si fulan anak Hawa”.

Tamat Hadith yang Di Riwayatkan oleh Imam Al-Hafiz Tobarony Dalam kitabnya Mu’jam Soghir Wal Kabir.

Hadith yang mengharuskan talqin diatas telah shohihkan sanadnya (ulama hadith menyatakan hadith itu boleh digunakan) oleh Imam Muhaddith dari kalangan ulama hadith iaitu Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqolany dalam kitab beliau berjudul At-Talkhis Al-Habir sepertimana yang juga dibawah Kitab Al-Majmuk oleh Imam Nawawi pada jilid 5 muksurat 243 :

وإسناده صالح وقد قواه الضياء في أحكامه

Yang bermaksud: “ Sanad hadith ini adalah boleh digunakan dan hadith ini telah dikuatkan oleh Imam Al-Hafiz Ad-Dhiya dalam kitab Ahkam”.

Maka Hadith Nabi Muhammad SAW ini jelas mengharuskan amalan talqin sepertimana para ulama’ salafussoleh berpegang dengan hukum mengenainya.

Tiada seorangpun ulama islam yang muktabar mengingkari amalan talqin ini kecuali mereka yang berfahaman Wahabi dizaman ini yang membuat umat islam kebingungan & bercelaru serta membuat umat islam berpecah belah dengan mendakwa amalan talqin ini adalah satu perbuatan Bid’ah yang teramat buruk dan siapa melakukan talqin maka dia sesat dan akan masuk neraka jahannam.

Soalan ku tujukan kepada penentang amalan talqin:

1) Berikan padaku ayat Al-Qur’an yang jelas mengharamkan dan membid’ahkan amalan talqin?

2) Berikan padaku Hadith yang jelas dari Nabi Muhammad SAW yang mengatakan amalan talqin adalah haram atau bid’ah?

3) Sebutkan seorang sahaja ulama’ salafussoleh (ulama’ islam yang hidup pada 300H pertama) yang menyatakan amalan talqin adalah haram atau bid’ah?

Saya menunggu jawapan soalan diatas dari mana-mana Wahabi.

Disini ingin saya bawakan juga kata-kata ulama islam “Ahli Sunnah Wal Jama’ah” yang mengharuskan amalan talqin dari mazhab Hanafi, mazhab Maliki, mazhab Syafi’e dan tidak juga lupa dari mazhab Hambali yang mana puak Wahabi sering mendakwa mereka dari golongan mazhab Hambali.

MAZHAB ISLAM MENGHARUSKAN TALQIN:

1) Kenyataan Mazhab Hanafi Mengharuskan Talqin;

Berkata As-Syeikh Al-Alim Abdul Al-Ghony Al-Ghonimy Ad-Dimasyqy Al-Hanafi dalam kitab beliau berjudul Al-Lubab Fi Syarhil Kitab pada jilid 1 mukasurat 125 menyatakan:

: “وأما تلقينه (أي الميت) في القبر فمشروع عند أهل السنة لأن الله تعالى يحييه في قبره”.

“Manakala hukum mentalqin mayat dikubur adalah merupakan syariat islam disisi Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana Allah ta’ala menghidupkan mayit dalam kuburnya”.

Telah jelas bahawa dalam mazhab Hanafi amalan talqin adalah diharuskan bahkan disyariatkan.

Adakah Wahabi akan membid’ahkan serta mengkafirkan ulama Hanafi kerana mengharuskan amalan talqin?

Kenapa Wahabi benci sangat dengan amalan talqin?

Apa kesalahan talqin terhadap kamu wahai Wahabi?

2) Mazhab Maliki Mengharuskan Amalan Talqin;

Imam Al-Qurtuby Al-Malikiy pengarang kitab tafsir terkenal telah menulis satu bab yang khusus mengenai amalan talqin disisi mazhab Maliki dalam kitab beliau berjudul At-Tazkirah Bil Ahwal Al-Mauta Wal Akhiroh pada mukasurat 138-139:

باب ما جاء في تلقين الإنسان بعد موته شهادة الإخلاص في لحده

Didalam bab itu juga Imam Qurtuby telah menjelaskan amalan talqin dilakukan oleh para ulama islam di Qurtubah dan mereka mengharuskannya.

Dalam mazhab Maliki juga bercanggah dengan mereka yang mengharamkan amalan talqin.

Dimana dali anda wahai si pengharam talqin?

3) Mazhab Syafi’e Mengharus & Mengalakkan Amalan Talqin;

a) Imam An-Nawawi As-Syafi’e menyatakan dalam kitab beliau berjudul Al-Majmuk pada jilid 5 mukasurat 303-304:

قال جماعات من أصحابنا يستحب تلقين الميت عقب دفنه” ثم قال: “ممن نص على استحبابه: القاضي حسين والمتولي والشيخ نصر المقدسي”

Yang bermaksud: “ Telah menyatakan oleh ramai para ulama dari mazhab Syafi’e bahawa disunatkan talqin pada mayat ketika mengebumikannya”.

Kenyataan mazhab Syafi’e dari kitab yang sama :

“وسئل الشيخ أبو عمرو بن الصلاح رحمه الله عنه فقال: التلقين هو الذي نختاره ونعمل به”

Imam Nawawi menyatakan: “ Telah ditanya kepada As-Syeikh Abu Amru Bin As-Solah mengenai talqin maka beliau menjawab Amalan talqin merupakan pilihan kita (mazhab Syafi’e) dan kami beramal dengannya”.

b) Imam Abu Qosim Ar-Rofi’e As-Syafi’e menyatakan dalam kitab beliau berjudul Fathul ‘Aziz Bi syarh Al-Wajiz tertera juga pada bawah kita Al-Majmuk oleh Imam Nawawi pada jilid 5 mukasurat 242:

“ويستحب أن يُلقن الميت بعد الدفن فيقال: يا عبد الله بن أمة الله …” إلى اخره .

Yang bermaksud: Digalakkan dan disunatkan mentalqin mayat selepas mengebumikannya dan dibaca : Wahai hamba Allah bin hamba Allah…(bacaan talqin).

Di Nusantara kebanyakkannya umat islam berpegang kepada mazhab Syafi’e.

Kenapa anda buat fitnah ke tanah air kita wahai Wahabi?

Kenapa anda sering memecah belahkan umat islam dengan mengunakan isu talqin ini wahai Wahabi?

Sedangkan hukum talqin adalah harus berdalilkan dari Hadith Nabawi.

4) Wahabi sering mendakwa yang kononnya mereka bermazhab Hambali, dan sedangkan mazhab Hambali juga Mengharuskan Talqin;

a) Imam Mansur Bin Yusuf Al-Buhuty Al-Hambaly menyatakan hukum pengharusan talqin dalam kitab beliau berjudul Ar-Raudul Mari’ mukasurat 104.

b) Imam Al-Mardawy Al-Hambaly dalam kitabnya Al-Insof Fi Ma’rifatil Rojih Minal Khilaf pada jilid 2 mukasurat 548-549 menyatakan:

“فائدة يستحب تلقين الميت بعد دفنه عند أكثر الأصحاب”

Yang bermaksud: “ Kenyataan yang penting; Disunatkan hukum talqin mayat selepas mengkebumikannya disisi kebanyakan ulama’ (selainnya hanya mengaruskan sahaja).

Sekarang dimanakah pula kedudukan Wahabi setelah hukum keharusan talqin diperjelaskan berdasarkan hadith Nabi SAW dan mazhab empat termasuk mazhab Hambali..???

Saudara sekalian… pilihlah, anda mahu mengikut ulama islam yang muktabar yang mana mereka mempunyai hujjah dari nas ataupun mahu mengikut fahaman Wahabi yang mengatakan amalan talqin adalah perbuatan Bid’ah lagi haram sedangkan wahabi tak mempunyai satupun dalil yang menyokong fatwa sesat mereka.

Nasihat saya kepada pengamal talqin agar tidak menetapkan atau meminta apa-apa bayaran dunia atas perbuatan yang diharuskan itu untuk mendidik diri agar lebih ikhlas kepada Allah SWT.

Semoga pencerahan yang ringkas ini dapat memberikan manfa’at buat kita didunia & diakhirat … آمين يا رب العالمين

والله أعلم بالـصـواب

Olih: Ustaz Yunan A Samad

12/05/2019 Posted by | wahabi | Leave a comment

Fatwa Darul Uloom Deoband (India) Terhadap Zakir Naik

Darul Uloom Deoband merupakan sebuah institusi Islam ASWJ terbesar dan berpengaruh di India dan negara sekitarnya.

Memandangkan Zakir Naik dari India, dan beliau turut menjadi isu di Malaysia pada masa kini, maka fatwa dari Darul Uloom Deoband sebagai badan berautoriti adalah paling layak dijadikan rujukan.

Portal fatwa Darul Uloom Deoband boleh diakses melalui link berikut: http://www.darulifta-deoband.com/

Namun di sini kami hanya mengemukakan fatwa Darul Uloom Deoband terhadap Zakir Naik yang telah dikumpulkan oleh Maulana A.K. Azad (Abu Arif al-Alawi), yang dirumuskan bahawa pemikiran Zakir Naik adalah tidak selari dengan ASWJ.

Fatwa tersebut sebagaimana berikut:

Deobandi Fatwas on Dr. Zakir Naik

By: Maulana Muhammad A. K. Azad [ Abu Arif Al Alawi ]

Dear Readers ! You have just learnt the Salafi Views on Dr. Zakir Naik’s fitna . Now, I would love to present the views of Deobandi Scholars on him. As salafis have called his dawah as the dawah of Shaytan, Deobandi Ulemas too confirm that Zakir Naik is “spreading mischievous things and misguiding simple Muslims to wrong path”. Let us go through the standpoints of Darul Ifta, Darul Uloom Deoband and other Deobandi Scholars:

No.01— Deobandi Scholars say Zakir Naik is misguiding simple Muslims to wrong path: Darul Ifta, Darul Uloom Deoband was asked , “Kindly also thru light on the knowledge & working of Dr. Zakir Naik who is famous for his comparative religion lectures & debates, also runs a Tv channel by the name of PEACE TV.” [ Ref: (Fatwa: 288/B=274/B) English Fatwas Total Issued: 4894 اردو فتاوی Total Issued: 10311 Miscellaneous>> Halal & Haram Question: 110 India]

Darul Ifta of Darul Uloom Deoband answers : “We do not have details about Dr. Zakir Naik, only we know that he is an agent of Ghair Muqallideen, away from knowledge and wisdom, spreading mischievous things and misguiding simple Muslims to wrong path. Allah (Subhana Wa Ta’ala) knows Best” [ Ref: (Fatwa: 288/B=274/B) English Fatwas Total Issued: 4894 اردو فتاوی Total Issued: 10311 Miscellaneous>> Halal & Haram Question: 110 India] Darul Ifta, Darul Uloom Deoband http://www.darulifta-deoband.org/viewfatwa.jsp?ID=9421%5D

No. 02— Deobandi Scholars say Zakir Naik is not reliable: Darul Ifta of Darul Uloom Deoband was asked , “My question is regarding the famous daee of Islam Dr.Zakir Naik whether the method & way of his preaching,debating, studing different religons’ scriptures are valid in the light of Quran & Hadith or not, and should Muslims learn his Dawah techniques or not? what are the particular things in his work that are against Islam?” [ Ref: (Fatwa: 1541/1322=B/1429)English Fatwas Total Issued: 4894 اردو فتاو Total Issued: 10311 Faiths & Beliefs>> Deviant Sects Question: 7077 Afghanistan]

Darul Ifta of Darul Uloom Deoband answers : “The statements made by Dr Zakir Naik indicate that he is a preacher of Ghair Muqallidin, he is of free mind and does not wear Islamic dress. One should not rely upon his speeches.
Allah (Subhana Wa Ta’ala) knows Best” [ Ref: Answer: 7077 Aug 21,2008 (Fatwa: 1541/1322=B/1429 Darul Ifta, Darul Uloom Deoband http://www.darulifta-deoband.org/viewfatwa.jsp?ID=9421%5D

No. 03— Deobandi Scholars say Zakir Naik is spreading Fitna: Darul Ifta of Darul Uloom Deoband was asked , “Mera Naam Mohammad Ashraf hai, I am working as a software professional I want to know about Dr. Zakir Naik (Islamic Research Foundation ka Head). I know that he is fitna. But I want to show this fatwa to my friends and relatives. 1. Dr. Zakir Naik ka Bayan sunanaa chaahiye ki nahi. 2. Vo TV per aataa hai, TV ke baare me islaam kya kahataa hai. 3. Vo Tie aur suit pahanataa hai, sariyat ne is libaas ke baare me kya kahaa hai. 4. Vo khade hokar ulte haath se paani(water) peeta hai, is baare me sariyat kya kahti hai. 5. Vo Dusare Dharam(Religion) se Islam ka muzakaraa(Comparison) kartaa hai, yaani dusare Dharam ko neecha dihkaataa hai, kya sariyat is cheez ki izaazat deti hai. 6. Vo Aurato ( [Masturaat] [Ladees] ) ke beech me bhi bayaan kartaa hai, ye sariyat ki nazar me kaisi cheez hai. 7. Vo Islam aur Sunnat per research (tahkeek) kar rahaa hai, kyaa iski izaazat hai. 8. Usaki tasveer (photo) hamesha akhbaar(news paper), magzine me aati hai, Sariyat photo ke baare me kya kahti hai. Also I will tell you 1 truth, I know 1 person (Dr. Warsi) he has done PHD in Fiqua from Al-Azhar Egypt. He told me that once he attended Zakir Naik session, Dr. Warsi told me that his brother in law was IRF volunteer; he gave 1 cheat to Dr. Warsi and told him to ask the written question to Dr. Zakir Naik. Question was ?Gurugranth me Allah ka naam kha ayaa hai.? Dr. Warsi told I got scared that question was pre-prepared, then Dr. warsi asked the same question to Dr. Zakir naik and Dr. Warsi he himself answered (he read the line from Gurugranth publicly, as Allah also given him too much knowledge), after that he asked Dr. Zakir naik that I will ask you another Question that, Dr. Warsi Asked ?Gurugranth me Allah ka naam 2nd time khaa ayaa aur kyu ayaa.? After listing this question Dr. Zakir Naik get scared and told will meet later, Dr. Warsi again answered. Then He called Dr. Warsi to his office (in Mumbai) after meeting,Dr. Zakir Naik asked to whom you follow, Dr. warsi told I am mureed of Imam Ghazali. Dr. Zakir Naik told who is Imam Ghazali. Dr. warsi told him he is your father and left his office. 9. I want to ask you he don?t follow Imam Ghazali, which maslak he is from. Please meraa jawaab(Answer) kitaab(book) ke hawaale ke saath dena. Meraa matalab hai ki jawaab ke baaju me hawaale kaa naam bhi likh denaa, mujhe public ko dikhana hai. Note: Agar iske alaawa bhi usake baare me kuch aur baat ho to aap log vo bhi likh denaa. [ Ref: English Fatwas Total Issued: 4894 اردو فتاوی Total Issued: 10311 Faiths & Beliefs>> Deviant Sects Question: 9421 India]

Darul Ifta of Darul Uloom Deoband answers : (1) The extracts quoted by the questioners about him indicate that he is having deviation; therefore one is most probably feared to fall in fitnah by listening his speeches.

(2, 3, 4, 6, 8) These matters are against Shariah, even some of them are unlawful and haram. (5, 8) What do you mean by neecha dikhana? Please, clarify. Only the eligible ones are allowed to establish the truth of Islam and refute the false beliefs of others within Shariah limits. (9) We are not aware of his maslak. Allah (Subhana Wa Ta’ala) knows Best” [ Ref: Answer: 9421 Dec 30,2008 (Fatwa: 2355/2128=D/1429) Darul Ifta, Darul Uloom Deoband http://www.darulifta-deoband.org/viewfatwa.jsp?ID=9421%5D

No. 04— Deobandi Scholars say Zakir Naik needs to be avoided in Fiqh issues: Deobandi Scholar Mufti Ibrahim Desai says that “Dr Zakir Naik is a Da’ii and we give him his due respect for that. He knows himself that he is not an Alim in Deen. Thus Ulema have given their decree that he, not being an Alim in deen, should focus his da’wah to what he is good at (i.e. comparative religion), and leave religious answering to the Fuqaha.” [Ref: Mufti Ibareem Desai Darul Iftaa, Madrassah In’aamiyyah— http://www.central-mosque.com/fiqh/zakirnaik.htm%5D

No. 05— Deobandi Scholars say Zakir Naik lacks of fiqh and understanding of Shairah: Deobandi Mufti Ibrahim Desai was asked : “Could you please comment about Dr. Zakir Naik. Is he preaching according to Suunah? He has views which do not agree with schools of thoughts. Should we learn from his scholarship?” Deobandi Mufti Ibrahim Desai answers: “Zakir Naik is known for discussions on comparative religions. He is not a qualified Aalim of deen. His comments on fiqh have not merit. If it is true that he condemned the fiqh of the Imams, then that in itself is a clear indication of his lack of fiqh and understanding of Shairah. We have come across a fatwa from Darul Ifta Jamia Binnoria, regarding Zakir Naik not being a certified Aalim of Deen. Zakir Naik should consult with Ulama in his endeavor of propagating deen.” [Mufti Ebrahim Desai, Darul Iftaa, Madrassah In’aamiyyah — http://www.central-mosque.com/fiqh/zakirnaik.htm%5D
No. 06— Deobandi Scholars say Zakir Naik is not a qualified Islamic scholar: Verdict of Darul-uloom Karachi (Mufti Taqi Usmani’s Institution) on Dr Zakir Naiik http://ahlehaq.com/forum/viewtopic.php?f=14&t=349&p=1810&hilit=zakir+naik#p1810: “…According to information provided by people Dr Zakir Naik is an expert on comparative religion and he is known as a good orator, however he is not a qualified Islamic scholar or a Mufti. Furthermore he not only doesn’t do Taqleed (himself) of any of the four Imams of Fiqh but criticises the ones who do Taqleed (of these four Imams).Therefore the opinions of Dr Zakir Naik in Shariah matters and injunctions will not be deemed acceptable unless they are endorsed by a trusted scholar or a Mufti and general public are advised not to heed his opinions in Shariah matters… Allah (SWT) knows best.”

Humble servant,
Khalid Jameel
Darul-Iftaa, Darul-uloom Karachi

This answer is correct!
Humble servant,
Mahmood Ashraf
Assistant Mufti
Darul-Iftaa, Darul-uloom Karachi

This answer is correct!
Humble servant,
Abdur-Rauf
Assistant Mufti
Darul-Iftaa, Darul-uloom Karachi

This answer is correct!
Humble servant,
Mohammed Abdul-Manaan
Assistant Mufti
Darul-Iftaa, Darul-uloom Karachi
[Ref : http://www.central-mosque.com/fiqh/zakirnaik.htm%5D

No. 07— Deobandi Scholars say Zakir Naik is not an Authentic scholar: Verdict of Jamia Binoria (Karachi, Pakistan) on Dr Zakir Naik http://www.jamiabinoria.net/efatawa/fatawa/27189.html “…The above-mentioned Dr (Saheb) is not an Authentic scholar of Islam and from his external appearance doesn’t appear to be “strictly religious” therefore following him in matters of religion could be detrimental. However, if the intention of respected Dr (Saheb) is to propagate the Deen then it is advised that he should fulfil this noble obligation (of Islamic propagation) under the guidance and with consultation with Authentic and trusted scholars (of Islam) so that it may become a means of great benefit for all parties involved.

Humble servant, Saifullah Jameel, Darul-Iftaa, Jamia Binnoria Karachi

No. 08— Deobandi Scholars say Zakir Naik is not trustable: Verdict of Mufti Shah Mohammed Naval-ur Rahman Miftahi (Shariah Institute, USA) on Dr Zakir Naik http://www.shariahboard.org/viewfatwa.aspx?Question_ID=1341

Question: Is Dr. Zakir Naik’s material on ‘Islam and comparative religion’ reliable? I know that he is not an Alim but can we listen to his lectures on ‘Islam and comparative religion’ without paying attention to matters of Fiqh which, I agree, he is not qualified to discuss and elaborate? Is Harun Yahya’s literature (not videos) reliable? Is one allowed to listen to his lectures on topics other than the ones he is not qualified for? For e.g. his books on Darwinism and nature deserve appreciation. [United States]

Answer: The answer is within your question, itself. Those who are not authentically qualified and have learned through “Self-study” are not trustable, therefore we should be cautious and such people should be avoided.

http://www.shariahboard.org/viewfatwa.aspx?Question_ID=6329

Question: I have a question about Zakir Naik. I heard your fatwa to one of the questions posted earlier that Zakir Naik is Going Astray (gumrah hain). I just want to know on what basis is he gumrah according to you? I myself totally believe in what you have said, I don’t need any Daleel but I told this to one of my friend and he was asking me for the reason. [Canada]

Answer: The injunction of him (Dr Zakir Naik) being on error was passed because on some occasions he was asked about “Sunnah” and “Dress code” etc. and in his response he denied these matters and stated that they have no importance in Islam. Furthermore, he is not an authentic scholar of Islam and for obvious reasons to enquire from someone who is not a qualified, trusted and authentic scholar of Islam can’t be deemed appropriate because a laymen would be unable to judge between the right and wrong being uttered from an unqualified person. The times which we live in has given rise to groups and individuals who are free-thinking and he (Dr Zakir Naik) agrees with them and is one of them.These are the reasons why we felt the need to disagree with him and point out his error.

No. 09— Deobandi Scholars say Zakir Naik is “Zakir Naik A Crisis in the Making” : Deobandi Scholar Maulana Sved Salman Hussaini Nadwi writes, “ Constructive steps are always welcomed and admired unreservedly not only by the intellectuals but also by the common men and women. But when in the name of constructiveness, destructive notions are presented, it muddies the waters. Deviations from the truth cannot remain hidden for a long time. And when they are discfosed, they become a curse for those people who purveyed them as constructive.” [ Ref : “Zakir Naik A Crisis in the Making”]

Deobandi Scholar Maulana Sved Salman Hussaini Nadwi continues on Zakir Naik : “Nowadays trickery is widespread in day to day affairs, such as in business, politics and in other spheres of life. It is also known that a group of people, spellbound in that deception, willingly consider it as a stratagem to gain vested worldly gains. But it is also a fact in the whole of human history that a large number of people were not deceived in the name of religion for a long time.
Though there have been many fake reformers who trapped many innocent people in their net but they were always given a good retort by the people who favour the truth. Automatically their sand castles fell down and they were buried in its
debris.” [ Ref : “Zakir Naik A Crisis in the Making”]

Deobandi Scholar Maulana Sved Salman Hussaini Nadwi continues on Zakir Naik : “The central point of this piece of writing is to unmask a reality which is ignored not only by ordinary people but also by a group of respected religious scholars (ulama). We may name it ‘Zakir Naik: A crisis in the making’.” [ Ref : “Zakir Naik A Crisis in the Making”]

Deobandi Scholar Maulana Sved Salman Hussaini Nadwi continues on Zakir Naik : “Dr. Zakir Naik stands in the category of those people who made their own commentary of the many verses of the glorious Qur’an. Is it just a wrong commentary to satisfy his audience? He has done it repeatedly. For instances when he was asked, if a man is given houris in paradise, what would be given to a woman. He replied women would be given male houris. It is not merely a mistake but rather it is a blunder. It is proved by the context of the verse in which this matter is mentioned that houris would only be female. Moreover in the entire collection of hadith there is not even a single shred of evidence in support of his comment”. What would you do with those traditions of the Prophet (saws) in which there are glad tidings for women that , they would be in paradise in the company of their husbands? Every learned man can read and understand the commentary of the glorious Qur’an but to do a personal commentary is another matter altogether. Seventeen (17) kinds of religious sciences are necessary to be acquired to be a commentator. How many sciences out of seventeen has Dr. Zakir Naik learnt? The question is whether, in religious matters, Shaikhul Hadith Maulana Mohammad Zakariya (rah) is more learned or self-styled Dr. Zakir Naik? Shaikhul Hadith was a person whom both Arabs and non- Arabs regarded as an authoritative scholar of hadith. And where Dr. Zakir Naik does stand is known to all as he cannot pronounce even a few Qur’anic verses correctly. “[ Ref : “Zakir Naik A Crisis in the Making”]

Deobandi Scholar Maulana Sved Salman Hussaini Nadwi continues on Zakir Naik : “Visiting a graveyard or mausoleum or even praying for dead persons (isaal-e-sawab), tasawwuf etc. are innovations and unlslamic according to the school Zakir Naik belongs too. If one is a murid of a pir (disciple of a spiritual teacher), according to ‘Zakiri school’ it is as though he has nearly committed a grave sin like that of shirk (associating partners with Allah) ! There are other so many issues where Dr Zakir Naik and all mainstream ulama stand on opposite sides. We do not wish to and cannot critique them all in these limited pages of a magazine. Leave aside Deobandi ulama; Dr. Zakir Naik also made Barelvi and the Shia groups angry by his amateurish remarkr .” [ Ref : “Zakir Naik A Crisis in the Making”]

Deobandi Scholar Maulana Sved Salman Hussaini Nadwi continues on Zakir Naik : An Arab alim Abu Abdur Rahman Yahya expressed his disagreemerit with Dr Naik’s veiws in his book “Zakir Al-HIndi…” A sizeable number of the ulama oppose Dr. Zakir Naik and company because instead of preaching Islam they target particular religious groups, according to their bent, for the sake of propagating their own vested ideology. They do not want madrasas t o get zakat money from Muslims. On the contrary, they use zakat funds to run their own English medium school, which collects monthly fee in thousands from children who are mostly from well- off families. How does he justify doing so? This year too a dozen odd ulama with a few big names were invited to Dr. Zakir Naik’s international peace conference in Mumbai from 22nd – 31st October 2010. Some happily accepted it as usual – as if they got heaven-sent chance, and some made excuses for their attendance – “we would use his stage and reach to a far and big audience”— which shows them up as the real opportunists- they are; and the other group rejected the blandishments of the Zakir showand preferred not to attend it.” [ Ref : “Zakir Naik A Crisis in the Making”]

Deobandi Scholar Maulana Sved Salman Hussaini Nadwi continues on Zakir Naik : “To show support to a controversial person is to support the controversy itself, which is against the spirit of Islam. Pious ulama are expected to walk on mustahab tracks (special ways of lif e desired by Islam) rather than following the mubahat (allowed) ones, which are just common tracks. Most of. the prominent ulama who have national or international fan following have so far kept themselves away from Dr Zakir’s stage, but one does not know about their future course of action.” [ Ref : “Zakir Naik A Crisis in the Making”]

Deobandi Scholar Maulana Sved Salman Hussaini Nadwi continues on Zakir Naik : “It is undoubtedly one’s personal freedom to decide what to do and what not to do, where to go and where not to go and what to talk and what not to say. But when one is a public figure, his personal likes and dislikes influence others. Most icons do understand their dual responsibility – as a person and as public entity. Dr Zakir Naik has tried his best to bring in his fold a number of ulama with major fan followings. Till date those who kept their distance from Dr Naik and preferred to stay away from the limelight are:

Maulana Syed Rabe Hasan Nadwi, president Ali India Muslim Personal Law Board and rector Darul Uloom Nadwatul Ulama Lucknow, Maulana Mohammad Salim Qasmi, vice president Ali India Muslim Personal Law Board and rector Darul Uloom Waqf Deoband, Maulana Syed Mahmood Madni, MP and leader of Jamiat Ulama-e Hind, Maulana Badruddin Ajmal, MP and member shura (executive body) of Darul Uloom Deoband, Maulana Khalid Saifullah Rahmani, general secretary, Ali India Fiqh Academy and rector Al-Mah’dul Ali Hyderabad as well as
Maulana Kalim Siddiqut, Maulana Sajjad Naomani and Maulana Abdul Aleem Farooqui, to name a few. [ Ref : “Zakir Naik A Crisis in the Making”]

Deobandi Scholar Maulana Sved Salman Hussaini Nadwi continues on Zakir Naik : “Those who so far succumbed to Dr Zakir’s corporate preaching and hi-fi life style, risking their own reputation and public responsibility, are: Maulana Ghulam Mohammad Wastanwi, member shura (executive body) of Darul Uloom Deoband and rector Jamia Isha’tul Uloom, Akkalkuwa, Maulana Syed Salman Hussaini Nadwi, professor at Darul Uloom Nadwatul Ulama, Lucknow and a few others with local or limited popularity. [ Ref : “Zakir Naik A Crisis in the Making”]

Deobandi Scholar Maulana Sved Salman Hussaini Nadwi continues on Zakir Naik : “They have actually compromised with their own religious ideology and let down the spirit of the reputed institutions they are attached with. Both the world famous Islamic learning centres of India – Darul Uloom Deoband and Nadwatul Ulama Lucknow do not endorse all that Dr Zakir Naik preaches or believes in. How these ulama found excuses to be a part of Dr. Zakir’s popularity stunt is a mystery among their followers. Anjuman-e Ahlus Sannat Wal Jama’at, a body of Deobandi and Nadwi alumni in Mumbai which counts among its objectives to work for and safeguard the internal purity of Islam, with thousand plus members mostly madrasa teachers, imams of masjids or self-employed ulama in Mumbai, have repeatedly appealed to a few of invited ulama not to panicipate in the Zakir Naik’s international peace conference. The Anjuman and its officials, reportedly, put reasons for their appeal in black and white before them and they personally talked to some of them about their stand on Zakir Naik and his controversial status among Muslims. However, a few ulama such as rnentioned above overlooked the appeal and decided to be a part of ‘Naik’s light and show’ programme. If one does any thing wrong in the state of ignorance, one might be free from accountability. But after knowledge one’s wrong deeds would be considered a revolt against the truth. Maulana Wastanwi has name and fame and a wide body of work to his credit, but then what brought him to the glittering world of Dr. Zakir Naik? Darul. Uloom Deoband has issued an advisory against Zakir Naik’s explanation of Islam and restricted people from participation in his programmes at its online fatwa web site. It is a question in the minds of thousands of Darul Uloom alumni and well wishers how a shura member could go against Deoband’s advisory! Should he remain in the Darul Uloom’s body after this rmsstep, an answer many arelooking for?” [ Ref : “Zakir Naik A Crisis in the Making”]

Deobandi Scholar Maulana Sved Salman Hussaini Nadwi continues on Zakir Naik : “Zakir Naik is a medical professional; brought up in Mumbai’s corporate world and he learnt well how to fetch business through religious preaching. Baba Ramdev is popular among Hindus, using his media management skill to popularize yoga for the masses. Similarly, Dr Zakir Abdul Karim Naik is popular among a section of Muslims, thanks to his corporate management skill, for his Iearnt- by-heart English speeches.” [ Ref : “Zakir Naik A Crisis in the Making”]

Deobandi Scholar Maulana Sved Salman Hussaini Nadwi continues on Zakir Naik : A section of Muslims feel Dr Naik is heading towards making a new sect among Muslims. He is gradually growing to be an issue for Muslim Indians. An expert on comparative religion and preacher Maulana Sajjad Naomani termed Dr. Zakir Naik as ‘khudrow ghas’ that is a kind of unwanted grass which grows in the fields during the rainy season and later automatically vanishes during faming period. “[ Ref : “Zakir Naik A Crisis in the Making”]

No. 10— Deobandi Scholars say Zakir Naik’s speeches vis-a-vis ijmah of the ummah : Maulana Mahmood Ahmad Khan Daryabadi, general secretary of Alindia Ulama Council said , “I think the time has arrived to genuinely check Dr Naik’s speeches vis-a-vis ijmah of the ummah, otherwise Dr Naik may create a new crisis for the entire Muslim ummah”

How a Maulana Rejects Zakir Naik’s Glamour World?

No, 11– Deobandi Scholar continues to expose Zakir Naik : The famous Indian scholar Mendana Muhammad Satini Qasmi, vice president ofAU India Muslim Personal Law Eoard and the Muhtamim (VC) ofDarul Uloom Deoband (n?aqf) was invited to International Peace Conference of Dr. Zakir Naik in Mumbai for Jhe second time thisyear. There was an appeal from Deoband alumni for Maulana not to participate in the programme following controversies swirling aroundDr. Naik. But Maulana Qasmi came to Mumbai and talked to a number of ulama in Fine Touch Masjid of Central Mumbai in his effort to persuade them infavour of his participation in the Conference. Here is an extract by one ofthe participants ofthe diseussion.” [ Ref : “Zakir Naik A Crisis in the Making”]

Deobandi Scholar M. Taugeer Qasmi illustrates how Maulana Salim Qasmi Deobandi is made to Reject Zakir Naik’s Glamour World: “When I entered Fine Touch building, Maulana Salim Qasmi Saheb was asking the ulama present (around 100) the reasons why they did not want hira to participate in Dr Zakir Naik’s programme. Mufti Saeedur Rahman Qasmi of Darul Uloom Imdadia Madras a at Mohammad Ali Road, Mumbai gave him a booklet – ‘Dr Zakir Naik – Ek Mut’ala’ (Dr Zakir Naik – A Study) compiled by Mufti Obaidullah As’adi, Shaikhul Hadith of Jamia Arabia, Hatura, UP which gives details about issues that are controversial among Dr. Naik and general Muslims. He also presented before him alengthy (496 page) book -Haqeeqat-e Zakir Naik’ (The True Cotour of Zakir Naik) written by a Pakistani author, Maulana Syed Khaleeq Sajid Bukhari, and published from Maktaba Madina, Deoband, in April2010. Maulana Mohammad Salim Qasmi opening his heart to the audience, said ‘you are from me and I am from you. We have a elose relation with Darul Uloom Deoband. He further said that ulama have been addressing the needs of the ummah. Even if a Muslim holds the feast of “aqiqah”, he has at least one Maulana on his guest list, That shows the love and regard of the Muslims for the ulama. Maulana Qasmi explained to his selected audience who were mostly Deoband and Nadwa alumni that the akabir (elders) of Deoband had three major characteristics, among others: 1 . They made all-out efforts to preach Islam. 2. They never hesitated to share the dais even with those Muslim sects who called them kafir. 3. They never gave the ismissive tag of kafir to any Muwahhid (one who believes in monotheism) even though the others had termed them as kafir”. [ Ref : “Zakir Naik A Crisis in the Making”]

Deobandi Scholar M. Taugeer Qasmi further says on Zakir Naik, “Maulana Salim Qasmi shared his experience saying that once he was called to a conference held by presently banned Students Islamic Movement of India (SIMI). Despite ideological differences between SIMI and Deoband, when they listened to him, they were not only impressed but many of them realized their own mistakes. “Our point of view j is so strong and factual that no one can oppose it by mere argument. Every one has to admit the strong basis of our religious stance” he said. Maulana further explained that the differences in Muslim sects are primarily because of excess of knowledge. That is the reason that Muslims have a large number of sects. There are not so many sects in Christianity, Hinduism, Judaism etc, because they generally do not study their own scriptures. He emphasized a lot on the point that if somebody believes in the basics of Islam that is in the five pillars of Islam and Eiman-e Mufassal, one should try to ignore other differences. Such kind of Muslim is not ZALL (One who makes people astray) or MUZILL (who is astray) he is just a KHATEE (wrong doer). There is no problem to share the stage with such kinds of people. On being asked about Dr. Zakir’s wrong explanation of the Qur’an, Maulana Salim Qasmi responded saying: If some people do taweel (uncommon explanation) with good intentions in the Qur’an, it should be accepted but tahreef (wrong explanation) of the Qur’an is totally unacceptable. “[ Ref : “Zakir Naik A Crisis in the Making”]

Deobandi Scholar M. Taugeer Qasmi further says on Zakir Naik, : “Than I got my chance to speak and I addressed Maulana Salim Qasmi Saheb: “Hazrat we see you as one of the great scholars of Islam, son of Hazrat Hakimul Islam Maulana Qari Tayyab (rah), an ideologue of f amous Darul Uloom Deoband and we do respect your views. But Dr. Zakir Naik attempts to deny ijma and qayas and this is against the spirit of Shari’ah. It is a fact that by virtue of lis Peace TV there is a craze for Zakir Naik among some youngsters and ultra modern Muslims not only in Mumbai but in some other parts of the world too. Some consider him a scholar of Islam.” [ Ref : “Zakir Naik A Crisis in the Making”]

Deobandi Scholar M. Taugeer Qasmi further says on Zakir Naik, : “ Zakir Naik repeats that he believes only in Qura’an and Sahih Hadith. All Muslims from Ahle Sunnah Wal Jama’h believe and consider the Qura’an, Sunnah, Ijma and Qayas as sources of Islamic Shar’iah.” I informed the Maulana that Dr Naik hides his ideological identity and misleads common youth by not conforming to these traditional sources of the Sharia’h. Manypeople come to us enquiring about Zakir Naik, and when we reply that we neither appreciate nor endorse his style of preaching, some argue that a few ulama, even frorn Deoband, support him, share the stage with him which show their agreement withDr. Naik!” Maulana Qasmi responded to my last point and said: ‘I do not agree with the point that sharing the stage with somebody means an agreement. I would rather go there and put forward my point of view’. [ Ref : “Zakir Naik A Crisis in the Making”]

Deobandi Scholar M. Taugeer Qasmi further says on Zakir Naik, : “Mufti, Saeedur Rahman as ke d ‘Maulana you would be given a specific topic and have to speak accordingly. How would you be able to put across your point of view? ‘ Maulana Qasmi replied that he was not bound by any particular topic. “I can put across my point of view,” he said. The Maulana was enlightened by a member that he may put forth his point of view but it could reach only to the audience he was directly interacting with on that day and place. As far as the TV iewer-ship was concerned, his point of view would reach to them only after it is ‘suitably’ edited and ‘ideologically’ scanned. It was also pointed out to Maulana Salim Qasmi that the Isiamic Research Foundation (IRF) of Dr. Zakir Naik was not at all interested in putting the Maulana’s message across through their TV channel but they were interested in putting his f ace on TV as attending an IRF programme with the tag of ‘Muhtamim Darul Uloom WaqfDeoband’ alongside. The host of the discussion, Rafique Dudhwala asserted that, “I have seen people there scanning every part of a speech that goes against their beliefs”. Mufti Azizur Raman Fatehpuri, the grand Mufti of Maharashtra, added that Dr, Asrar Ahmad of Pakistan was delivering a speech at IRF programe in Mumbal’s YMCA ground just a few years ago, and a questioner asked whether taqleed (following) of any of four imams is shirk or not. Dr. Asrar answered it was not only allowed but it was an obligation for every common individual to follow any of the four imams – Shafi, Malik, Ahmad bin Hambal or Abu Hanifa. But later that answer was omitted from the CD.” [ Ref : “Zakir Naik A Crisis in the Making”]

Deobandi Scholar M. Taugeer Qasmi further says on Zakir Naik, : “Zakir Naik does everything that may catch public attention, I info rm e d the Maulana. At a programme in Mumbai’s Hajj House, where I was also present, his father Dr Abdul Karim Naik announced that his son – Zakir Naik has discovered a method that enables everyone who wants to become a hafiz or memorize the whole Qur’an, to do so with in just three months’ time. He also blamed. madrasas in the same breath that they together could not do such ‘an easy work’ in hundred years and asked the audience about the usefulness of present madrasas in India. IRF had also published the same idea in major Mumbai-based Urdu newspapers and explained that through an Arabian scientist they found a ‘method’ through which students can memorize the whole Qur’an within three months. To get to the truth of this extraordinary finding and get supplementary details, Eastern Crescent sent two of its trainee journalists to IRF. After enquiry, they found the entire claim was a hoax. The actual ‘discovered method’ of memorizing the whole Qur’an in 90 days was that a teacher recites a verse of the Qur’an and the student follows. This they do with the whole of the Qur’an and thus the student memorizes’ the whole Qur’an within three months but the student cannot read out even some verses of the Qur’an without looking at it. After this three months’ training, the student requires three more years to
‘perfect’ his memorization. Is there a ny t h i n g extraordinary in this method? Madrasas generally produce huffaz”, memorisers of the Qur’an, in 2-3 years. Some extraordinary students perfect it in a year and in very special cases in less then a year.Eastern Crescent carried an article about this ‘new method’ in one if its 2008issues”. [ Ref : “Zakir Naik A Crisis in the Making”]

Deobandi Scholar M. Taugeer Qasmi further says on Zakir Naik, : “A member of the discussion argued that Dr Zakir Naik has been doing exactly the same that the Christians and Jews are failed to do in India, that is alienating common Muslims from madrasas and ulama. He and his men discourage people from visiting ulama for knowledge and sending children to madrasas. On this Maulana Salim Qasmi said, ‘he has debated successfully with the Christians and preached Islam far and wide’. It stunned every one for a while. An uneasy gossip started all around. Than one person remarked: “We cannot ignore his negative side ahogether”. He might be doing some good work which we do not deny, he said. But his thrust on Dawah work is now becoming part of his past, and he has now become more of a glamorous person, looking for petro-dollars to finance his mega events in India, he added. Before he was caught in controversies, some of our ulama from Mumbai not only appreciated him but also supported him in his work. But later through critical observation it was found that IRF is working to promote its undeclared mission to force people to convert to “ghair muqallidiat”, i. e. WBM those who do not m follow any school of theology.” [ Ref : “Zakir Naik A Crisis in the Making”]

Deobandi Scholar M. Taugeer Qasmi further says on Zakir Naik, : “ Mufti Azizur Rahman cited the e x a m p 1 e of one Shehzad Malik, formerly working with IRF, who was forced to put hands on chest instead of navel, which all Hanafi Muslims do, during salah. A friend from Safa School observed | that the reality behind calling big names and ulama like Maulana Salim Qasmi is that complaints have been made to the Awqaf ministry of Saudi Arabia that Zakir Naik is misusing their money and no authentic alim of India supports him. So Dr Naik is looking to bring renowned ulama to his fold to market his position around the world. Maulana Salim Qasmi was also inf ormed that the expenditure of zakat money mentioned by Zakir Naik includes his programme advertisements, TV channel cost and the expenses of the speakers in his conferences. Mufti Azizur Rahman added “you might also be paid for five star hotel stay, air tickets and even ‘hadiya’ (gift) from the zakat money”. On this Maulana Mohammad Salim Qasmi said, a I already have said in the very beginning you are from me and I am from you. If you do not agree on my participation, than how can I go?” This is how one more Maulana rejected Dr Zakir Naik’s overtures, where the strobe lights of the show try to dispel the darkness but just for only ten days of the year”. [ Ref : “Zakir Naik A Crisis in the Making”]

Deobandi Scholar M. Taugeer Qasmi publishes following tawbanama of Zakir Naik in his book, “Zakir Naik A Crisis in the Making”

Deobandi Scholar M. Taugeer Qasmi concludes , “ From time to time Dr Naik retracts from his previous statements. This ‘Tauba Nama’ is a proof which he presented to the jotnt police commissioner of Mumbai”.

Sumber:
http://islamicresearchmission.blogspot.my/2012/10/deobandi-fatwas-on-dr-zakir-naik-author.html

 

29/04/2019 Posted by | Informasi, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Wahhabism: Faktor Utama Penyebaran Terrorisme

Dr. Mohd Mizan Aslam
Prof. Madya UniMAP & Pengerusi
Pusat Kajian Strategik Malaysia (MyRISS)

mohdmizan@gmail.com

Perbincangan tentang terrorisme tidak akan dapat lari dari membicarakan peranan Wahhabism sebagai fasilitator dalam penularan ideologi ekstrem dan radikal yang akhirnya membawa kepada perbuatan terrorisme. Walaupun tajuk ini agak sensitif dan mendatangkan perdebatan hebat di kalangan ilmuan, akan tetapi tiada sesiapapun yang dapat menafikan hubungkait ‘Wahhabism & Terrorism’. Tanpa prejudis, tidak semua aliran yang dibawa oleh Wahhabism ini adalah ekstrem, akan tetapi semua ekstremis adalah Wahhabi dan ianya sering menjadi rujukan dan panduan bagi kebanyakkan gerakan terrorisme di seluruh dunia. Terdapat tiga persoalan utama disini, pertamanya apakah benar Saudi adalah dalang utama dalam pergembangan ideologi ekstrem Wahhabi hingga membawa kepada keganasan, keduanya apakah elemen yang menjadikan aliran Wahhabism adalah pilihan utama ekstremis dan ketiga memahami perbezaan Wahhabi dan faktor-faktor lain yang menyumbang kepada keganasan di seluruh dunia.

Kerajaan Amerika juga bersetuju dengan peranan yang dimainkan oleh Wahhabi dalam penyebaran ideologi terrorisme, akan tetapi atas dasar kepentingan geopolitik dan ekonomi, perkara ini didiamkan sahaja. Hubungan erat diantara Amerika dan Saudi bermula sejak 1930an terutamanya dalam aspek politik dan ekonomi melalui aktiviti persenjataan dan ketenteraan serta petrodollar. Pelbagai dasar luar Amerika sering menyebelahi Saudi walaupun tidak tepat dan agak kontroversial termasuklah yang terkini tentang pembunuhan Jamal Khasoggi pada 02 Oktober 2018. Perhubungan Amerika dan Saudi teruji sejak kejadian 11 September 2001 apabila 15 daripada 19 perancang utama kejadian tersebut adalah warga Saudi dan juga sokongan kewangan Saudi terhadap Al-Qaeda atas nama ‘global jihad’. Ini menjadikan warga Amerika dan dunia amnya tertanya-tanya peranan Saudi disebalik penularan ideologi Wahhabism ke seluruh dunia.

Tidak adil menyatakan Wahhabism sebagai ideologi pengganas tanpa memahami asas dan sejarahnya. Sebelum 1932, tidak adanya negara Arab Saudi, yang ada hanyalah semenanjung Arab sebagaiamana yang dinyatakan di dalam Quran dan Hadis selain dari pembuktian sejarah. Akan tetapi apabila Raja Saud mendapat pengiktirafan dari empayar British, maka tertubuhlah negara Saudi yang telah mengangkat aliran Wahhabism sebagai pendekatan terbaik untuk memulihkan penyesatan dan kepincangan pengamalan Islam yang berlaku dalam masyarakat dan umat Islam di seluruh dunia. 200 tahun sebelum itu, Sheikh Muhammad Abd Wahhab (SMAW) telah memperjuangkan aliran yang dianggap lebih suci dan mengikut sunnah Rasullulah s.a.w. secara tepat yang kemudianyya dikenali sebagai aliran Wahhabi. Aliran ini menolak bid’ad termasuk menziarahi kubur dan amalan zikir-zikir pada ibadah-ibadah tertentu dan lain-lain lagi. Wahhabism lebih selesa dan menyokong pendekatan Ibnu Taimiyah yang menolak konsep bid’ah dan penegakkan syariat Islam melalui penyucian amalan Islam atau Salafi serta menggesa untuk mengangkat senjata dalam urusan berpolitik.

Wahhabism menganggap bahawa mereka mempraktikkan Salafi sebenar sebagaimana yang diamalkan di Saudi pada ketika ini. Pada asalnya, aliran yang dibawa SMAW ini berkembang di seluruh tanah Arab yang pada masa itu telah diresapi dengan amalan taklid, kefanatikan mazhab, syirik dan bid’ah. Maka gerakan pembaharuan agama telah dipelopori bagi menentang amalan-amalan tersebut dan mempraktikkan ajaran yang berasaskan hanya kepada Quran dan Hadis atau dikenali sebagai Salafi. Golongan ini lebih selesa menggelarkan diri mereka Salafis berbanding Wahhabi. Akan tetapi yang sebenarnya semua Wahhabi adalah Salafi tetapi bukan semua Salafi adalah Wahhabi. Pengikut Ahli Sunnah Wal Jammah juga adalah Salafi.

Seharusnya difahami, perjuangan Wahhabi ini dibawa oleh seorang individu bernama SMAW yang dipengaruhi oleh persekitaran semenanjung Arab pada masa itu, peribadi beliau yang dididik dan mempraktikkan mazhab Hambali secara rigid dan pengaruh dua tokoh besar pada ketika itu iatu Ibnu Taimiyah dan Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Wahhabism menjadikan tiga perkara utama sebagai asas gerakannya iaitu aqidah, siyasah (politik) dan dakwah. Aqidah Salafiyah sebagaiamana yang dibawa oleh Ibnu Taimiyah berpusat kepada Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah, siyasah pula menggalakkan amalan jihad dalam menegakkan Islam disamping mudah mengkafirkan orang lain yang tidak sealiran pemikiran dengannya dan pendekatan dakwah yang ekstrem dalam menentang amalan syirik, bidaah dan khurafat.

Penubuhan negara Saudi yang dirangka oleh pakatan keluarga Saud dan empayar British sekitar 1920an telah mengadaptasikan gerakan Wahhabism sebagai tunjang utamanya. British cuba memastikan bahawa Islam dapat dihancurkan dengan cara yang lembut tapi menikam dan akhirnya melemah dan memusnahkan Islam dengan sendirinya. British tidak perlu mencipta Al-Quran baharu atau meruntuhkan Ka’abah di Makkah, tetapi akan menggunakan Islam itu sendiri sebagai senjata ampuh bagi merosakkan Islam dan memastikan Islam tidak akan bangkit semula. Selain itu, memecah belahkan Islam dengan mempromosikan Sunni dan Syiah juga menjadi satu lagi agenda licik British dan sekutu-sekutunya. Perkara ini disedari oleh kerajaan Sadi, akan tetapi atas dasar kepentingan politik dan pengekalan kuasa monarki telah menjadikan perkara ini didiamkan sahaja oleh Saudi mahupun Amerika.

Sekurang-kurangnya empat faktor utama dalam penyebaran gerakan Wahhabism di seluruh dunia dan secara tidak langsung mengaktifkan kegiatan terrorisme yang juga dikenali sebagai ‘global jihad’. Faktor pertama adalah pendidikan berasaskan Wahhabism. Seluruh dunia telah diberikan bantuan yang signifikan teruatamanya dalam pembinaan sekolah, madrasah dan universiti dengan dana Saudi. Secara automoatik, semua institusi ini menggunakan silibus dan bahan-bahan bacaan dan pendidikan yang dibekalkan oleh Saudi. Malah sebahagaian besar buku-buku berkaitan diimport terus dari Saudi dan diimplementasi tanpa usul periksa oleh para guru dan alim ulama tempatan. Selain itu, gerakan dakwah Wahhabi juga diperkukuhkan dengan pemberian dana serta tajaan kepada mubaligh yang mengajarkan Islam versi Wahhabi ke seluruh dunia terutamanya dnegara-negara yang Miskin dan mempunyai minoriti Muslim. Perkara yang sama juga berlaku di Malaysia melalui pembayaran sejumlah saguhati atau gaji bulanan kepada para guru atau ustaz bagi mengembangkan ajaran Islam ‘Salafi’ versi Wahhabi.

Faktor kedua berkaitan dana atau kekuatan sumber kewangan yang dimiliki oleh Saudi. Sejak 1970an iaitu apabila petrodollar menjadi pemangkin kepada kekayaan negara-negara Arab termasuk Saudi, maka ketika inilah penyebaran dana secara besar-besaran berlaku di seluruh dunia. Atas nama membantu umat Islam, maka pelbagai dana disalurkan ke seluruh dunia teruatamanya untuk pembinaan masjid, pusat Islam dan aktiviti-aktiviti dakwah dan kemanusiaan. Laporan oleh PBB pada 2004, lebih 100juta USD telah disalurkan oleh Saudi untuk aktiviti kemanusiaan di seluruh dunia. Perisik Indonesia melaporkan pula bahawa 15-20 peratus dana tersebut telah disalurkan atau digunakan untuk aktiviti terrorisme di seluruh dunia termasuklah di rantau Asia Tenggara. Selain itu, aktiviti persendirian juga menyumbang kepada faktor ini sebagaimana Khalid Sheikh Muhammad (KSM), warga Saudi yang dilaporkan membawa USD50,000 ke Filipina pada tahun 2001 untuk membiayai aktiviti keganasan di Indonesia dan Filipina, keadaan yang sama juga dilakukan oleh Osama Laden yang menggunakan platform Saudi untuk meraih pendapatan besar dan seterusnya disalurkan untuk aktiviti Al-Qaeda. Zachary Abuza dalam bukunya Financial Network of Al-Qaeda and Jemaah Islamiyyah menyatakan bahawa lebih 300 badan kebajikan dan saluran dana melebihi 10juta USD untuk aktiviti keganasan di Asia Tenggra telah dilakukan oleh Saudi sekitar 2001-2002.

Faktor ketiga adalah berkaitan pengawalan ke atas media utama di semenanjug Arab dan penyebarannya di negara-negara Islam. Al-Jazeera, media yang berpusat di Qatar dianggap tidak sehaluan dengan aliran Wahhabism, pelbagai tekanan telah diberikan kepada Al-Jazeera mahupun Qatar yang berakhir dengan krisis diplomatik sejak 2017. Perkara ini disokong oleh Amerika walaupun kelihatannya mereka agak keberatan kerana hubungan dagang yang besar diantara Doha dan Washington. Media yang dikuasai oleh Saudi adalah Al-Sharq, Al-Hayat, Al-Awsat, Al-Muslimun dan banyak lagi. Penularan agenda Wahhabism dapat dilaksanakan dengan jayanya melalui monopoli media di Asia Barat oleh Saudi dan akhirnya dieksport ke nagara-negara Islam lainnya.

Faktor seterusnya adalah berkaitan penguasaan Makkah dan Madinah. Penyebaran istilah ‘penjaga dua tanah suci’ telah menjadikan umat Islam seluruh dunia melihat bahawa Saudi adalah satu-satunya negara yang mempertahankan Makkah dan Madinah. Malah ditonjokan sistem Khalifah Islamiyah sebagaimana yang dibawa oleh empayar Turki Uthmaniyyah adalah tidak betul dan perlu ditolak. Maka dapat dilihat bahawa pelbagai tinggalan empayar Uthmaniyyah cuba dihapuskan hingga tidak dibicarakan langsung dalam mana-mana buku sejarah acuan Saudi. Tinggalan-tinggalan sejarah berkaitan Rasulullah juga cuba dihapuskan atas nama penolakan kepada Bid’ad yang mengakibatkan Saudi dipandang hebat dan yang paling berwibawa dalam mempertahankan Islam serta apa yang diamalkan di Saudi itu adalah Islam sebenarnya.

Akan tetapi seharusnya difahami bahawa Islam dan Arab adalah berbeza. Banyak perkara yang merupakan sifat Arab dan budayanya adalah bertentangan dengan Islam. Ramai yang tidak dapat membezakan antara Islam dan Arab hingga akhirnya keliru dan hanya mengikuti apa sahaja yang datang dari Saudi sebagai yang terbaik dan itulah Islam sebenarnya.

Adakah Islam yang diamalkan di benua dan negara lain di dunia ini tidak betul? Jika tidak masakan Islam telah bertapak dan diterima di seluruh dunia dengan asimilasi unsur-unsur lokal sejak ratusan tahun yang lalu.

26/04/2019 Posted by | wahabi | Leave a comment

MAJLIS TAHLIL VS MA’TAM (BERKUMPUL DI RUMAH SI MATI)

Olih Ustaz Engku Ahmad Fadzil –

SOALAN:
Assalamualaikum ustaz. Saya pelajar madrasah di kelantan. Saya ada beberapa syubhah yang memerlukan penjelasanHukum meratap(نياحة) kerana si mayat adalah haram. Jadi berdasarkan kaedah yang saya dapat, “sesuatu yang membawa kpd haram,maka ia haram”. Jadi mengapakah ulama menyimpulkan sekadar makruh bertahlil sedangkan klu mengikut qaedah di atas,maka tahlil itu turut haram kerana ulama syafi’iah membilangkan tahlil(berkumpul2) utk si mayat itu ialah نياحة?? Adakah qaedah2 lain yg ulama guna pakai dlm masalah ini??

JAWAPAN: Wa’alaikumussalaam wa rahmatulLaah.

1st, tahlil dan berkumpul di rumah si mati DUA (2) perkara yang berbeza.

1- Bertahlil,seorang diri beramai-ramai, di rumah si mati, atau di rumah orang lain termasuk di dalam zikir atau Ijtima lil zikri, maka secara syarak dituntut dengan tuntutan sunat boleh dikatakan dengan kesepakatan ulama-ulama Ahlis Sunnah wal Jamaah.

2- Berkumpul di rumah si mati asal hukumnya adalah harus kerana tiada larangan khusus di dalam syara’.

Hukum ini BOLEH BERUBAH-UBAH.
Kalau untuk membantu meringankan beban keluarga si mati, MAKA sunat.

Kalau untuk meratapi kematian, MAKA haram.

Kalau untuk memenuhi jemputan keluarga si mati baik untuk melakukan zikir, bacaan Al-Quran dsb, atau untuk bersilatur rahmi, berbual, menghilangkan dukacita dan menguatkan kesabaran, MAKA sunat.

Adakalanya berkumpul di rumah keluarga si mati (terutamanya dlm budaya orang-orang Arab) BOLEH membawa kepada meratap, maka makruh kerana ia BOLEH (berpotensi) membawa kepada yang haram… TETAPI kalau dari segi kebiasaannya MEMANG akan berlaku yang haram, maka HARAM kerana bagi wasilah hukum tujuan.
Masalah pada kumpulan yang mengharamkan majlis tahlil sekarang adalah kerana salah faham menganggap setiap yang tiada dalil khusus (walaupun sebenarnya sudah terpayung di bawah dalil2 umum) adalah bid’ah yang sesat tanpa mengambil kira realiti dan asas hukum. Itu punca jadi keliru.

SOALAN:
Yang saya faham apa yg ustaz tulis,BOLEH berlaku نياحة bermakna x yakin akan berlaku نياحة. Klu x yakin,maka makruh. X smpai tangga haram. Tapi klu yakin,maka haram. Itu yg saya faham.☺️
جزاكم الله خيرا
JAWAPAN:
Ya, kerana hukum fiqh umumnya terbina atas ghalabatuz zhonn (berat sangkaan) dan hukum beredar mengikut ‘illah (asas hukum), ada atau tiada hukum berdasarkan ada atau tiada ‘illah.

Wallaahu ta’aala a’lam.
هدانا الله وإياكم إلى الحق والصواب

24/04/2019 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Ayat ayat Al Quran ada dua bahagian muhkamat dan mutasyabihat.

Ayat ayat Al Quran ada dua bahagian muhkamat dan mutasyabihat.Dari situ aja kita tau takwil itu hukumnya wajib.Sebab kalau lah takwil itu tidak ada,tidak dibolehkan dan haram pasti Allah berfirman “Dan Dialah yg telah menurunkan atas kamu Al Kitab yg ayat ayatnya adalah muhkam semua.(?)

Kan senang aja macam tu! Habis cerita.Jadi ayat ayat Al Quran tak payah takwil

Tapi kenapa Allah mengatakan ayat ayat Al Quran ada yg muhkamat dan ada yg mutasyabihat?Menunjukkan yg mutasyabihat itu Allah suruh takwil.Ramai yg salah faham kononnya Ali imran mengharamkan takwil.Apa mereka buta dan pekak?Allah telah menyatakan sebab diharamkan dan dicela ialah mencari cari fitnah dan mencari cari takwil.Maknanya takwil mereka adalah takwil yg fasid .Yang itu yg diharamkan.Takwil yg dicari cari.Bukan takwil berdasarkan disiplin ilmu.Adapun takwil yg berdasarkan disiplin ilmu hukumnya sama macam berijtihad.Jika betul dapat dua pahala jika salah tetap dapat satu pahala.Yg penting takwil yg dibuat jangan sampai menyamakan Allah dengn makhluk dan menyematkan sifat sifat rendah bagi Allah.

Perkataan takwil dalam ayat 7 ali imran Allah sebut berapa kali?Dua kali kan?Yg pertama
وما يعلم تأويله إلا الله
Tiada yg mengetahui takwilnya melainkan Allah..
Ini takwil yg betul.Allah yg tahu.

Yg kedua

ابتغاء تأويله
Mencari cari takwilnya
Ini takwil yg salah.
Jadi takwil terbagi 2 takwil yg betul dan takwil yg salah.

Utk mencari yg betul kena ada ilmu. Sebab tu lanjutan ayat
والراسخون في العلم…الخ
Dan orang orang yg mendalam ilmunya
Di sana dikatakan kami beriman..tapi ayat itu tidak menerangkan bagaimana caranya beriman dgn ayat ayat mutasyabihat..secara direct tapi secara indirect yaitu kembali kepada
منه آيات محكمات هن أم الكتاب…
Sebahagiannya ayat muhkamat itulah ibu tempat kembali rujukan al kitab.
Secara ijmal Allah suruh kita takwil supaya ayat ayat mutasyabihat jangan bertentangan dgn ayat ayat muhkamat
Yg kita serahkan kepada Allah adalah takwil ayat.Bukan makna zahir ayat.Bagaimana wahhabi boleh buta dengan kalimah
وما يعلم تأويله إلا الله
Dan tidaklah yg mengetahui takwilnya melainkan Allah..

Jadi yg betul mesti takwil kemudian takwil itu yg diserahkan kepada Allah.Bukan terima tanpa takwil lepas tu serah kepada Allah.Jelas perbezaannya.

Ilham Othmany

19/04/2019 Posted by | Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab), wahabi | Leave a comment

Jangan Fitnah Rasulullah Begitu

57379381_852948081708986_7968515835733999616_n

Foto: Aisah Abdul Jalil

1. Ada seorang feminis liberal mendakwa Rasulullah bersenang-senang beribadah di Gua Hira dengan meninggalkan isteri dan anak Baginda di rumah. Sehingga menyatakan bahawa perlakuan Baginda Nabi inilah yang dituruti oleh sebahagian Muslim hari ini yang meninggalkan keluarga mereka untuk keluar atas jalan Allah. Ini adalah satu fitnah yang berat!

2. Pertamanya, pemergian Rasulullah bukanlah untuk bersenang-senang beribadah sahaja, bahkan berdasarkan riwayat Ibn Ishaq, Baginda turut menjalankan kerja kebajikan sosial buat orang-orang miskin di Mekah. Kata Ibn Ishaq:

فَكَانَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم يُجَاوِرُ ذَلِكَ الشَّهْرَ مِنْ كُلَّ سَنَةٍ يُطْعِمُ مَنْ جَاءَهُ مِنَ الْمَسَاكِينِ

“Sesungguhnya Rasulullah berjiwar (beriktikaf) pada bulan Ramadan (di Gua Hira) pada setiap tahun dan Baginda turut memberi makan kepada orang miskin yang datang kepadanya.”

3. Bahkan tindakan Nabi yang beribadah di Gua Hira ini adalah satu rutin yang Baginda sering lakukan yang telah menjadi kebiasaan yang difahami oleh isteri Baginda. Kata Ibn Ishaq:

في رواية ابن إسحاق أنه صلى الله عليه وسلم كان يُجاور -أي يعتكف- في غار حراء في شهر رمضان من كل سنة

“Dan di dalam riwayat yang dinyatakan oleh Ibn Ishaq, Baginda Nabi “berjiwar” (beriktikaf) di dalam Gua Hiran pada bulan Ramadan setiap tahun.”

4. Jadi jelas di sini bahawa pemergian Rasulullah ke Gua Hira bukanlah untuk bersenang-senang atas kepentingan peribadi Baginda bahkan Baginda menjalankan khidmat sosial dengan membantu orang miskin. Malah Khadijah turut memahami keadaan Baginda yang beriktikaf tersebut sehingga Khadijah sendiri yang menyediakan makanan buat Baginda Nabi. Ini seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari yang menyebutkan:

وَكَانَ يَخْلُو بِغَارِ حِرَاءٍ فَيَتَحَنَّثُ فِيهِ -وَهُوَ التَّعَبُّدُ- اللَّيَالِيَ ذَوَاتِ الْعَدَدِ قَبْلَ أَنْ يَنْزِعَ إِلَى أَهْلِهِ وَيَتَزَوَّدُ لِذَلِكَ، ثُمَّ يَرْجِعُ إِلَى خَدِيجَةَ فَيَتَزَوَّدُ لِمِثْلِهَا، حَتَّى جَاءَهُ الْحَقُّ

“Sesungguhnya Rasulullah bersendirian di Gua Hira (untuk beribadah) beberapa malam sebelum Baginda pulang ke rumah untuk bertemu dengan ahli keluarganya dan menambah bekalan untuk beribadah semula. Kemudian Baginda berjumpa semula dengan Khadijah, dan Khadijah menyediakan bekalan buat Rasulullah sama seperti sebelumnya, sehingga diturunkan kepada Baginda wahyu.” (HR al-Bukhari).

5. Lihatlah bagaimana indahnya kehidupan rumah tangga Nabi. Mereka adalah pasangan yang saling memahami dan saling membantu atas urusan kebaikan. Si isteri menyediakan bekalan makanan, dan si suami bukan sahaja pergi beribadah, malah kembali kepada keluarga dan membantu orang miskin.

6. Bahkan sekiranya kita teroka kisah-kisah dalam al-Quran, pengalaman yang sama turut dilalui oleh Nabi Ibrahim. Baginda terpaksa meninggalkan anak dan isteri ditanah yang kering yang tidak mempunyai tanaman. Sehingga Nabi Ibrahim memanjatkan doa kepada Allah agar Allah memelihara keluarga Baginda. Firman Allah:

رَبَّنَا إِنِّي أَسْكَنْتُ مِنْ ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِنْدَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُوا الصَّلَاةَ

(Nabi Ibrahim berdoa) “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi Baitul Haram. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat).”

7. Pengorbanan Nabi Ibrahim lebih dahsyat dalam situasi ini. Namun atas pengorbanan Nabi Ibrahim inilah agama Allah dibangunkan. Dan atas pengorbanan Rasulullah inilah Islam sampai kepada kita hari ini. Hairannya ada pula dikalangan liberal yang menolak untuk menjadikan kehidupan mereka sebagai contoh.

8. Apa yang diungkapkan oleh pejuang liberal ini adalah satu fitnah buat Rasulullah. Baginda hanya digambarkan bersenang-senang sedangkan bukan ini yang berlaku pada hakikatnya.

Moga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

16/04/2019 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah | Leave a comment

Orang kafir Tidak Akan Pernah Ridha dengan Umat Islam Selama Lama nya.

Bismillahirrahmanirrahim

Subhanaka la ‘ilmalana illa ma’allamtana, innaka antal ‘alimul hakim

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan Ridho kepada kamu hingga kamu mengikuti millah mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (Al-Baqarah : 120)

Menurut Buya Hamka dalam tafsir Al-azharnya, kata “lan” di dalam ayat itu berarti bahwa orang-orang yahudi dan nasrani tidak akan pernah ridha terhadap agama islam untuk selama-lamanya, kecuali orang islam mau mengikuti millah mereka. Ayat ini bukanlah ayat yang mengajarkan kita untuk membenci orang-orang yahudi dan nasrani, melainkan agar kita menjalankan hidup dengan penuh kewaspadaan dan mata terbuka. Ayat ini adalah sebuah ayat tentang realita yang tidak akan pernah berubah hingga hari kiamat. Konten ayat ini juga sangat masuk akal apabila kita mau merenungi lebih dalam. Bagaimana mungkin orang yahudi dan nasrani akan ridha terhadap islam? Kitab suci Al-Qur’an saja, di awal-awal suratnya sudah banyak sekali menyampaikan “aib-aib” orang-orang yahudi dan nasrani. Bahkan dalam surat Al-Fatihah yang kita baca sebanyak 17 kali sehari minimal, berisi doa tentang sikap bara’ kita terhadap jalan yang ditempuh oleh orang-orang yahudi dan nasrani.

“(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat” (Al-Fatihah : 7)

Label “orang kafir” yang Al-Qur’an lekatkan pada mereka pun, senantiasa menjadikan kuping mereka panas dan tidak terima jika muslimin menyebut mereka dengan sebutan yang sama. Ya mau bagaimana lagi, kita hanya mengikuti Al-Qur’an, tidak kurang, tidak lebih. Lalu beberapa ayat yang menelanjangi kejahatan-kejahatan dan kezaliman-kezaliman yang diperbuat orang-orang yahudi di masa lalu,

Dan (ingatlah), ketika kamu berkata: “Hai Musa, kami tidak bisa sabar (tahan) dengan satu macam makanan saja. Sebab itu mohonkanlah untuk kami kepada Tuhanmu, agar Dia mengeluarkan bagi kami dari apa yang ditumbuhkan bumi, yaitu sayur-mayurnya, ketimunnya, bawang putihnya, kacang adasnya, dan bawang merahnya”. Musa berkata: “Maukah kamu mengambil yang rendah sebagai pengganti yang lebih baik? Pergilah kamu ke suatu kota, pasti kamu memperoleh apa yang kamu minta”. Lalu ditimpahkanlah kepada mereka nista dan kehinaan, serta mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Hal itu (terjadi) karena mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para Nabi yang memang tidak dibenarkan. Demikian itu (terjadi) karena mereka selalu berbuat durhaka dan melampaui batas. (Al-Baqarah : 61)

Dan (ingatlah), ketika kamu membunuh seorang manusia lalu kamu saling tuduh menuduh tentang itu. Dan Allah hendak menyingkapkan apa yang selama ini kamu sembunyikan. (Al-Baqarah : 72)

Dan diantara mereka ada yang buta huruf, tidak mengetahui Al Kitab (Taurat), kecuali dengan angan-angan dan mereka hanya menduga-duga. (Al-Baqarah :79)

Dan mereka berkata: “Kami sekali-kali tidak akan disentuh oleh api neraka, kecuali selama beberapa hari saja”. Katakanlah: “Sudahkah kamu menerima janji dari Allah sehingga Allah tidak akan memungkiri janji-Nya, ataukah kamu hanya mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui? (Al-Baqarah :80)

Sedangkan beberapa ayat yang “menyerang” prinsip dasar agama nasrani.

Mereka (orang-orang kafir) berkata: “Allah mempunyai anak”. Maha Suci Allah, bahkan apa yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah; semua tunduk kepada-Nya. (Al-Baqarah : 116)

Dan diantara orang-orang yang mengatakan: “Sesungguhnya kami ini orang-orang Nasrani”, ada yang telah kami ambil perjanjian mereka, tetapi mereka (sengaja) melupakan sebagian dari apa yang mereka telah diberi peringatan dengannya; maka Kami timbulkan di antara mereka permusuhan dan kebencian sampai hari kiamat. Dan kelak Allah akan memberitakan kepada mereka apa yang mereka kerjakan (Al-Maidah : 15)

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya sebahagian besar dari orang-orang alim Yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan batil dan mereka menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah. Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahwa mereka akan mendapat) siksa yang pedih, (At-Taubah : 54)

Dan beberapa ayat yang yang “menyerang” yahudi dan nasrani sekaligus,

Dan orang-orang Yahudi berkata: “Orang-orang Nasrani itu tidak mempunyai suatu pegangan”, dan orang-orang Nasrani berkata: “Orang-orang Yahudi tidak mempunyai sesuatu pegangan,” padahal mereka (sama-sama) membaca Al Kitab. Demikian pula orang-orang yang tidak mengetahui, mengatakan seperti ucapan mereka itu. Maka Allah akan mengadili diantara mereka pada hari Kiamat, tentang apa-apa yang mereka berselisih padanya. (Al-Baqarah : 113

Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata: “Sekali-kali tidak akan masuk surga kecuali orang-orang (yang beragama) Yahudi atau Nasrani”. Demikian itu (hanya) angan-angan mereka yang kosong belaka. Katakanlah: “Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar”. (Al-Baqarah :111)

Dan mereka berkata: “Hendaklah kamu menjadi penganut agama Yahudi atau Nasrani, niscaya kamu mendapat petunjuk”. Katakanlah: “Tidak, melainkan (kami mengikuti) agama Ibrahim yang lurus. Dan bukanlah dia (Ibrahim) dari golongan orang musyrik”. (Al-Baqarah :135)

Lalu, kenapa hanya agama yahudi dan nasrani yang disebut? Itu akan dibahas pada part selanjutnya. Untuk part 1 ini, penulis ingin memantapkan paradigma pembaca agar makin meyakini dalam hati bahwa Al-Baqarah : 120 bukanlah ayat penebar kebencian. Lalu, bagaimana bila ada pertanyaan? “tapi tidak semua orang yahudi dan nasrani peduli terhadap urusan islam? Berarti ayatnya tidak mutlak benar?”. Ingat, Allah itu Maha Benar, maka jangan pernah berprasangka yang tidak-tidak kepada Allah. Ayat ini memang berlaku untuk mewakili kondisi mayoritas dan rata-rata dari orang-orang yahudi dan nasrani, bukan menjudge 100% kuantitas karakter orang yahudi dan nasrani.

Penulis juga merasa perlu untuk menulis tadabbur tentang ayat ini, karena penulis pernah mendapati seorang profesor muslim indonesia di Australia, yang memiliki banyak follower di dunia maya, menulis tafsiran tentang ayat ini yang tidak pada tempatnya. Maka semoga dengan beberapa argumen yang dijabarkan di atas, bisa membuatkan kita paham tentang tujuan ayat ini turun dan sampai kepada kita.

Allahu a’lam bishshawab

Sumber

16/04/2019 Posted by | Politik dan Dakwah, Tazkirah | Leave a comment

FIQIH BID’AH HASANAH

Hadis nabi yg menyebut “ikutilah sunnahku dan sunnah khulafa Al Rasyidin yg mendapat petunjuk sesudah ku… ” Itu bukanlah pemberian legalitas bahawa apa yg khulafa Al Rasyidin lakukan itu bukan bid’ah atau tidak boleh dinamakan bid’ah.Ketika Sayyidina Umar ra mencadangkan supaya Sayyidina Abu Bakar ra mengumpulkan Al Quran Abu Bakar sendiri mengatakan “Kalaulah kamu menyuruh daku memindahkan sebuah gunung dari tempatnya ke tempat yg lain maka sudah tentu itu adalah terlebih ringan bagiku.Mengapa kamu menyuruh daku melakukan suatu perkara yg tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah?”Kemudian Sayyidina Umar bersungguh sungguh meyakinkan bahawa ianya baik.Kata Umar ” wallahi, hua khair..”

Daripada peristiwa tersebut kita mengetahui beberapa perkara:
1)Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah memberi legalitas kepada mana mana sahabat termasuk khulafa Al Rasyidin utk membuat bid’ah jika bid’ah yg dilakukan itu bertentangan dengan prinsip prinsip syar’iyyah.Jika tidak masakan Abu Bakar ra keberatan pada mulanya.

2)Masalah bid’ah mencakupi seluruh kehidupan manusia samada ibadah atau bukan ibadah termasuklah sarana jika tidak ada dalilnya maka ia adalah bid’ah.Masalah mengumpulkan Al Quran seperti contoh di atas bukan masalah ibadah.Ia hanya sarana.Itu pun Abu Bakar keberatan kerana yg beliau faham bahawa bid’ah ialah apa sahaja yg tidak ada dalilnya baik khusus mau pun secara umum.Tetapi Umar meyakinkan ianya baik.Ini adalah berdasarkan prinsip prinsip syar’iyyah tentunya(dalil dalil umum)

3)Bid’ah hasanah adalah perkara perkara yg tidak pernah dilakukan oleh nabi dan nabi tidak pernah mencontohkannya.Jika dipandang dari segi ini ianya adalah bid’ah.Tetapi apabila dipandang dari segi ianya tidak bertentangan dengan prinsip prinsip syar’iyyah maka ianya adalah hasanah.Atau menurut pemahaman lain ianya bukan bid’ah dari segi istilah hanya bid’ah dari segi bahasa kerana tidak bertentangan dengan prinsip prinsip syara’..Samada anda memanggilnya bid’ah hasanah atau anda memanggilnya bid’ah dari segi bahasa ternyata sama sahaja.

4)Dikiaskan dengan masalah pengumpulan Al Quran ini apa sahaja perkara baru yg tidak bertentangan dengan prinsip syara’ seperti maulidan,baca yasin malam jumaat,tahlilan, dqn lain lain sebagainya itu adalah bid’ah hasanah.Mau dibilang bukan bid’ah istilahiah hanya bid’ah lughawiyah juga tidak ada apa apa .Sama aja.

5)Harus diingat Sayyidina Abu Bakar pada akhirnya bersetuju mengumpulkan Al Quran seperti cadangan dari Umar ialah kerana ianya tidak bertentangan dengan prinsip prinsip syara’ bukannnya kerana dia adalah seorang khulafa Al Rasyidin.Diulangi sekali lagi..”kerana ianya tidak bertentangan dengan prinsip prinsip syara’ bukannnya kerana dia adalah seorang khulafa Al Rasyidin”..diulangi sekali lagi kerana ianya tidak bertentangan dengan prinsip prinsip syara’ bukannnya kerana dia adalah seorang khulafa Al Rasyidin…diulangi sekali lagi..kerana ianya tidak bertentangan dengan prinsip prinsip syara’ bukannnya kerana dia adalah seorang khulafa Al Rasyidin..Tidak mengapa sebab saya maklum wahhabi bebal maka saya ulangi lagi…kerana ianya tidak bertentangan dengan prinsip prinsip syara’ bukannnya kerana dia adalah seorang khulafa Al Rasyidin

6)Hadis nabi ikutilah sunnahku dan sunnah khulafa Al Rasyidin sesudahku hanya utk memberitahu bahawa ijtihad para khulafa Al Rasyidin itu betul bukan hendak memberitahu bahawa mereka diberikan legalitas utk membuat bid’ah hasanah.

Olih : Ilham Othmany

16/04/2019 Posted by | Politik dan Dakwah, wahabi | Leave a comment

AL-BAYAN : PDF PERCUMA MENJAWAB ISU WAHHABI, SYIAH DAN LIBERAL

Alhamdulillah, Sila muat turun pdf Ahlus Sunnah Wal Jama’ah secara PERCUMA menjawab Wahhabi dan Syiah.

AL BAYAN – terbitan Sekretariat Menangani Isu-isu Akidah dan Syariah Majlis Agama Islam Johor. Menjawab persoalan Aqidah, syariat dan akhlaq.

1. Maulidul Rasul
http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_1_maulidurrasul_.pdf

2. Talqin dan 100 Kitab Menolak Wahhabi
http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_2_talqin_dan_100_kitab.pdf

3. Doa Qunut, Zikir dan Wirid

http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/al-bayan_3_qunut_zikir_dan_wirid_bidah.pdf

4. Amalan Sunnah Mengiringi Solat Fardhu

http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_4_amalan_sunnah_.pdf

5. Kenduri Arwah, Menziarahi Maqam Nabi, Menggerakkan Jari Ketika Tahiyyat

http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_5_kenduri.pdf

6. Menjawab Persoalan Tawassul

http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_6_tawassul.pdf

7. Tareqat dan Tasawwuf
http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_7_tariqah_dan_tasawwuf.pdf

8. Barzanji
http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_8_berzanji_2009.pdf

9. Menjawab Persoalan Bid’ah

http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_9_bidah.pdf

10. Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah
http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_18_akidah_ahli_sunnah_ok.pdf

11. Kepentingan Mazhab

http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_14_mazhab.pdf

12. Bahaya Islam Liberal

http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/albayan_21_bahaya_Islam_libral_adli_712.pdf

13. Kebatilan Aqidah Syiah

http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/kebatilan_akidah_syiah_22_.pdf

14. Kebatilan Aqidah Syiah 2

http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/akidah_syiah_2_23_.pdf

Sumber : http://mufti.johor.gov.my/terbitan/al-bayan

SILA MUAT TURUN DAN SEBAR-SEBARKAN !.

05/04/2019 Posted by | Informasi, Politik dan Dakwah | Leave a comment

IKUTLAH MAJORITI ULAMA ISLAM UNTUK MENJAUHI KESESATAN

Kebenaran dan Majoriti dalam Islam: Antara Pegangan dan Amalan

Oleh : Ustaz Mohd. Khafidz Soroni (Jabatan Hadith KUIS)

1. Ada setengah pihak mendakwa, ‘kebenaran tidak selamanya berada bersama majoriti’. Maka timbul persoalan, adakah ungkapan tersebut benar atau sebaliknya? Apakah ia berbentuk umum atau pun khusus? Bagi membahaskannya, perlu kita pastikan dahulu had batas perbincangannya. Jika ia berkaitan khusus dengan umat Islam sahaja, maka tidak perlu kita membawa dalil-dalil umum yang mencakupi golongan kafir musyrik seperti ayat al-Quran:

وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ

Maksudnya: “Jika engkau (Muhammad) taat kepada majoriti yang berada di dunia, maka mereka akan sesatkan engkau dari jalan Allah” [Al-An’am: 116]. Ayat ini berkaitan masyarakat di zaman Nabi SAW yang majoriti adalah kafir musyrik. Bukan sahaja di zaman Nabi SAW, bahkan di zaman sekarang ini pun umat Islam dengan segala macam ragamnya pun masih bukan majoriti (hanya 23% penduduk dunia). Maka, ayat tersebut tiada kaitan dengan perbincangan ini.

2. Apakah maksud majoriti dalam ungkapan berkenaan, majoriti umat Islam atau majoriti ulama Islam? Perlu juga dipastikan, adakah ia merujuk kepada soal usul dan pegangan atau soal furu’ dan amalan? Jika soal furu’ dan amalan, perbahasannya agak panjang kerana skop cakupannya yang amat luas dan boleh jadi ungkapan tersebut ada benarnya. Namun jika soal usul & pegangan, ungkapan tersebut tidak dapat diterima sama sekali kerana ia mengandungi tuduhan dan penghinaan kepada majoriti para ulama Islam. Seolah-olah mereka gagal dan tidak berjaya mempertahankan kebenaran yang dibawa oleh para sahabat RA dan para salafussoleh. Seolah-olah kebijaksanaan akal mereka secara kolektif dalam menjaga & menekuni ajaran Islam tidak tepat, tersasar & boleh dipertikaikan hingga mereka akhirnya tidak dapat dipercayai lagi. Anggapan ini tidak dapat diterima. ‘Membunuh karakter’ para ulama adalah jarum halus tipu daya syaitan dan musuh Islam.

3. Jika berlaku hilangnya kepercayaan umat kepada majoriti ulama ini, pasti ia suatu malapetaka yang mendukacitakan. Ini kerana al-Quran dan hadis kekal terjaga di atas usaha majoriti mereka. Jika hilangnya kepercayaan umat kepada mereka dan lebih mempercayai al-Quran dan hadis dengan segala tafsirannya yang ada pada kelompok minoriti, nescaya ia fenomena yang sangat berbahaya terhadap umat Islam apabila mereka percaya kelompok minoriti lebih menepati kebenaran berbanding majoriti. Golongan Syiah Rafidhah yang minoriti akan mendakwa kebenaran hanya bersama mereka. Golongan Musyabbihah & Mujassimah yang minoriti akan mendakwa kebenaran hanya bersama mereka. Golongan Muktazilah Moden yang minoriti akan mendakwa kebenaran hanya bersama mereka. Golongan Islam Liberal yang minoriti akan mendakwa kebenaran hanya bersama mereka. Golongan Khawarij Moden yang minoriti akan mendakwa kebenaran hanya bersama mereka. Dan golongan-golongan lain yang minoriti akan mendakwa kebenaran hanya bersama mereka. Demikian kerana dakwaan golongan majoriti ulama Islam tidak berjaya mempertahankan kebenaran yang dibawa oleh para sahabat RA dan para salafussoleh. Sifir sebegini merupakan sifir yang amat bahaya dan malang sekali. Maka, ungkapan ‘kebenaran tidak selamanya berada bersama majoriti’ dari segi usul sangatlah bertentangan dengan realiti sejarah ulama Islam. Kefahaman begini pastinya boleh mengakibatkan keruntuhan & kekeliruan yang serius terhadap disiplin ilmu Islam yang sebenar.

4. Di dalam Islam, kebenaran ada bersama perkara-perkara yang telah disepakati oleh para ulama, salaf dan khalaf, mutaqaddimin dan mutaakhirin. Perkara-perkara yang telah disepakati ini adalah yang berpaksikan kpd al-Quran dan al-Sunnah. Termasuk juga ijmak ulama kerana jika tiada kesepakatan ulama pastinya tiada berlaku ijmak. Ini yang dimaksudkan sebagai usul dan pegangan. Perkara ini merupakan perkara yang telah dimaklumi oleh semua dan tiada ulama yg boleh memindanya walau siapa pun dia. Jika ada, maka dia telah menyalahi apa yang telah disepakati (ijmak) dan inilah yg amat dikhuatiri oleh Nabi SAW.

عَنِ ابْنِ عُمَرَ – رضي الله عنهما – قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ – صلى الله عليه وسلم -: ” يَدُ اللهِ عَلَى الْجَمَاعَةِ , فَاتَّبِعُوا السَّوَادَ الْأَعْظَمَ، فَإِنَّهُ مَنْ شَذَّ شَذَّ فِي النَّارِ”. (رواه الحاكم والترمذي بلفظ: إِنَّ اللَّهَ لاَ يَجْمَعُ أُمَّتِى – أَوْ قَالَ أُمَّةَ مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وسلم عَلَى ضَلاَلَةٍ وَيَدُ اللَّهِ مَعَ الْجَمَاعَةِ وَمَنْ شَذَّ شَذَّ إِلَى النَّارِ. وقَالَ: حَدِيثٌ غَرِيبٌ. والحديث حسن لغيره)

Daripada Ibn ‘Umar RA katanya: Sabda Rasulullah SAW: “Tangan (pertolongan) Allah di atas al-jama‘ah (ulama Islam). Maka, ikutlah golongan yang terbesar (majoriti). Sesungguhnya sesiapa yang mengasing diri, dia mengasing diri ke neraka”. (HR al-Hakim dan at-Tirmizi dgn lafaz:

“Sesungguhnya Allah tidak akan menghimpunkan umatku atau umat Muhammad SAW di atas kesesatan. Tangan (pertolongan) Allah bersama al-jama‘ah (ulama Islam). Dan sesiapa yang mengasing diri, dia mengasing diri ke neraka”. Hadis hasan li-ghairih).

5. Al-Jama‘ah di dlm hadis2 Nabi SAW membawa beberapa maksud menurut konteks hadisnya, antaranya bermaksud jemaah sembahyang, jemaah ulama dan jemaah umat Islam. Namun, al-Jama‘ah dalam hadis tadi ialah jemaah ulama Islam. Kata Imam at-Tirmizi selepas meriwayatkannya:

وَتَفْسِيرُ الْجَمَاعَةِ عِنْدَ أَهْلِ الْعِلْمِ هُمْ أَهْلُ الْفِقْهِ وَالْعِلْمِ وَالْحَدِيثِ.

“Tafsiran al-jama‘ah menurut ahli ilmu, mereka itu ialah ahli fiqh, ahli ilmu dan ahli hadis”.

6. Asas kebenaran di dalam Islam adalah jelas dan bukan sesuatu yang samar. Daripada an-Nu‘man bin Basyir RA berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Perkara yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas. Namun, antara keduanya ada perkara-perkara yang syubhah (samar) yang tidak diketahui oleh ramai manusia. Maka, sesiapa yang menjauhi diri daripada perkara-perkara yang syubhah itu terpeliharalah agama dan kehormatannya. Manakala, sesiapa yang melakukan perkara-perkara yang syubhah, diibaratkan seperti seorang penggembala yang menggembala haiwan ternakan di tepi kawasan larangan dan berkemungkinan ia akan termasuk ke dalamnya. Ketahuilah, sesungguhnya setiap raja memiliki kawasan larangannya yang tersendiri dan ketahuilah bahawa kawasan larangan Allah itu adalah perkara-perkara yang haram”. (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

7. Kesepakatan ulama terhadap perkara2 kebenaran yang jelas adalah sebahagian daripada keistimewaan dan ‘kemaksuman’ umat ini, yang mana Nabi SAW akan berbangga dengan ramainya umat baginda di akhirat kelak. Malah, diriwayatkan bahawa umat baginda SAW akan mencakupi separuh (1/2) daripada penghuni syurga. Antara faktornya ialah kepercayaan mereka terhadap majoriti para ulama yang menjaga agama Islam dan patuh mengikuti ajaran mereka. Merekalah golongan yang sentiasa berada di atas kebenaran. Nabi sallallah alaih wasallam brsabda:

لا تزال طائفة من أمتي ظاهرين على الحق لا يضرهم من خذلهم حتى يأتي أمر الله وهم على ذلك.

Maksudnya: “Sentiasa ada satu kumpulan dari kalangan umatku yang sentiasa zahir di atas kebenaran yang mana orang yang menghina mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga datangnya arahan Allah (hari kiamat), namun mereka tetap berkeadaan demikian” [Riwayat Muslim].

Golongan yang berada di atas kebenaran ini bukan akan muncul, tetapi telah pun sedia dan sentiasa ada sejak dari dahulu. Merekalah golongan ulama yang menjaga kesucian ilmu dan ajaran Islam. Bahkan, dalam setiap satu kurun akan ada tokoh-tokoh yang melakukan tajdid terhadap agama Islam dan harus mereka itu adalah tokoh-tokoh dlm bidang-bidang tertentu yang berasingan. Tokoh-tokoh ini biasanya adalah juga panutan bagi majoriti para ulama Islam yang lain. Justeru itulah tajdid mereka mendapat sambutan yang luas dan diterima dgn baik.

8. Begitu juga maksud hadis suruhan berpegang dengan al-Jamaah apabila umat terpecah menjadi 73 golongan dalam sabda Nabi SAW:

افترقت اليهود على إحدى وسبعين فرقة، وافترقت النصارى على اثنتين وسبعين فرقة، وستفترق هذه الأمة على ثلاث وسبعين فرقة كلها في النار إلا واحدة، قيل: من هي يا رسول الله؟ قال: من كان على مثل ما أنا عليه وأصحابي.
Maksudnya: “Yahudi telah berpecah kepada 71 golongan, dan Nasrani berpecah kepada 72 golongan. Dan umat ini akan berpecah menjadi 73 golongan, semuanya di dalam neraka kecuali satu”. Baginda ditanya: “Siapakah mereka wahai Rasulullah?” Jawab baginda: “Siapa yang berada di atas jalanku dan jalan sahabatku” [Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah. Dalam riwayat lain menyebut: al-Jamaah].

Amat jelas disebutkan bahawa al-Jamaah ialah golongan yang mengikut jalan Nabi SAW dan jalan para sahabatnya. Golongan ini sentiasa ada di sepanjang zaman dan sejarah telah membuktikan kepada kita keberadaan mereka secara konsisten sebagai majoriti ulama Islam yang dikenal sebagai Ahlus Sunnah wal Jamaah.

9. Setelah zaman salafussoleh, jalan mereka terus berkembang secara lebih sistematik dengan kaedah2 & usul-usul yang teratur menggabungkan aspek naqli dan aqli secara seimbang. Ilmu akidah salafussoleh telah disusun atur dengan baik oleh Imam Abu al-Hasan al-Asy‘ari dan Imam al-Maturidi. Ilmu fiqh salafussoleh telah dicerna dgn baik oleh Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam as-Syafii dan Imam Ahmad serta dikembangkan oleh pengikut (ashab) masing-masing. Ilmu tazkiyah salafussoleh telah dikemaskini oleh Imam Junaid al-Baghdadi dan lain-lain tokoh tazkiyah. Maka, orang yg mengikut mereka bererti telah mengikut usul & pegangan yg disepakati oleh majoriti ulama. Justeru, ungkapan ‘al-Jamaah mungkin bukan majoriti di zaman berikutnya’ hanyalah andaian yg tidak berpijak pada realiti jika dilihat dari segi usul & pegangan majoriti ulama Islam.

10. Hadis2 & kalam salafussoleh yg menegaskan bahawa tetaplah berada di atas Islam, jemaah atau sunnah walaupun kita terpaksa berada dalam golongan minoriti amat perlu dilihat pada konteksnya. Sebenarnya, ia lebih berkait dgn soal amalan majoriti umat Islam, bukannya usul & pegangan majoriti ulama Islam. Misalnya, hadis Nabi sallallah alaih wasallam:

بدأ الإسلام غريبا وسيعود كما بدأ غريبا فطوبى للغرباء
Maksudnya: “Islam bermula dalam keadaan asing dan akan kembali menjadi asing seperti ia bermula. Maka beruntunglah bagi mereka yang asing itu” [Riwayat Muslim].

Ia merujuk kepada amalan umat Islam di akhir zaman yang ramai tenggelam dalam percaturan, godaan dan kesesatan dunia. Malah, ada hadis yang menyebut mereka seperti buih2 air bah, yakni jumlah yang ramai tetapi lemah kerana sifat cinta dunia dan takut mati. Mungkin ramai umat Islam yang tidak mengikut amalan yang ditunjukkan oleh Nabi SAW dan para salafussoleh, sedangkan amalan tersebut ada diwarisi oleh majoriti ulama Islam. Justeru, hadis ini bukan bermaksud kesesatan pegangan majoriti ulama Islam, tetapi kemunduran amalan umat Islam.

11. Realiti hidup kita pada hari ini juga jelas menunjukkan ramai umat Islam dari segi amalan tidak mengikut nasihat dan tunjuk ajar ulama 100%. Ini bukan bermakna mereka tidak mengikut usul & pegangan mereka. Dalil yang jelas tentang perbezaan antara pegangan dan amalan ini ialah seperti hadis Nabi SAW:

عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنِّي فَرَطٌ لَكُمْ وَأَنَا شَهِيدٌ عَلَيْكُمْ وَإِنِّي وَاللَّهِ لَأَنْظُرُ إِلَى حَوْضِي الْآنَ وَإِنِّي أُعْطِيتُ مَفَاتِيحَ خَزَائِنِ الْأَرْضِ أَوْ مَفَاتِيحَ الْأَرْضِ وَإِنِّي وَاللَّهِ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمْ أَنْ تُشْرِكُوا بَعْدِي وَلَكِنْ أَخَافُ عَلَيْكُمْ أَنْ تَنَافَسُوا فِيهَا. (رواه البخاري ومسلم)

Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir bahwa Nabi sallallahu’alaihiwasallam bersabda: “Sesungguhnya aku menunggu kamu sekalian dan aku menjadi saksi ke atas kamu sekalian. Sesungguhnya aku, demi Allah, sedang melihat ke telagaku sekarang ini (yang di pintu syurga) dan sesungguhnya aku telah diberikan kunci-kunci khazanah bumi atau kunci-kunci bumi (dunia). Sesungguhnya aku, demi Allah, aku tidak khuatir kepada kamu sekalian akan mensyirikkan (Allah) selepas peninggalanku. Tetapi, yang aku khuatirkan terhadap kamu sekalian ialah kamu akan berlumba-lumba merebutnya (kekayaan dunia itu)” (HR al-Bukhari dan Muslim).

Nabi SAW tidak khuatir dengan pegangan umat Islam dlm mentauhidkan Allah, ttp baginda amat khuatir terhadap amalan mereka dlm mengharungi cabaran hidup di dunia.

12. Begitu juga nukilan2 yang berikut ini, perlu difahami dlm acuan sebegitu;

i. Ibn Mas’ud RA (w. 32H) ditanya tentang majoriti yang melewatkan waktu solat dan beliau mengatakan, solatlah di rumah. Lalu, seorang bertanya:

وكيف لنا بالجماعة؟ فقال لي: يا عمرو بن ميمون إن جمهور الجماعة هي التي تفارق الجماعة، إنما الجماعة ما وافق طاعة الله، وإن كنت وحدك”.

Maksudnya: Bagaimana dengan al-Jamaah? Kata Ibn Mas’ud: Wahai ‘Amru bin Maimun, sesungguhnya majoriti Jamaah itu yang telah menyalahi al-Jamaah. Sesungguhnya al-Jamaah ialah apa yang menepati ketaatan kepada Allah, walaupun engkau seorang diri”.

ii. Drp. Ibn al-Mubarak (w. 181H):

قَالَ عَلِىَّ بْنَ الْحَسَنِ سَأَلْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ الْمُبَارَكِ مَنِ الْجَمَاعَةُ فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ. قِيلَ لَهُ قَدْ مَاتَ أَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ. قَالَ فُلاَنٌ وَفُلاَنٌ. قِيلَ لَهُ قَدْ مَاتَ فُلاَنٌ وَفُلاَنٌ. فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الْمُبَارَكِ أَبُو حَمْزَةَ السُّكَّرِىُّ جَمَاعَةٌ. قَالَ الترمذي: وَأَبُو حَمْزَةَ هُوَ مُحَمَّدُ بْنُ مَيْمُونٍ وَكَانَ شَيْخًا صَالِحًا وَإِنَّمَا قَالَ هَذَا فِى حَيَاتِهِ عِنْدَنَا.

Kata ‘Ali bin al-Hasan: Aku bertanya ‘Abdullah bin al-Mubarak: “Siapakah al-jamaah?” Maka jawabnya: “Abu Bakr RA dan Umar RA”. Lalu ada yg membalas: “Abu Bakr dan Umar telah meninggal dunia”. Jawab beliau lagi: “Fulan dan Fulan”. Lalu ada yg membalas: “Fulan dan Fulan juga telah meninggal dunia”. Maka jawab beliau lagi: “Abu Hamzah as-Sukkari adalah al-jamaah!” At-Tirmizi mengulas: Abu Hamzah ialah Muhammad bin Maimun (w. 167H), beliau seorg syeikh yg soleh. Ibn al-Mubarak sekadar mengatakan ini di masa hayat hidupnya menurut kami”.
Kita patut maklumi, ia bukan bermakna semasa hayat Ibn Mas’ud RA atau Ibn al-Mubarak, majoriti ulama Islam (para salaf) tidak berada di atas kebenaran. Tanggapan sebegini adalah salah sama sekali kerana mrk hidup di zaman ramainya para salafussoleh. Pandangan Ibn Mas’ud RA barangkali sama ada jawapan kpd kes tertentu yg jarang berlaku atau hanya fatwa umum yg menunjukkan ketegasan bagi situasi yg belum berlaku. Manakala, pandangan Ibn al-Mubarak jelas merujuk kpd suatu pencapaian khusus.

13. Selain istilah al-Jamaah yang khusus di atas, juga terdapat istilah Ahlus Sunnah yang khusus.

i. Kata al-Hasan al-Basri (w. 110H):

السنة، والذي لا إله إلا هو، بين الغالي والجافي، فاصبروا عليها رحمكم الله؛ فإن أهل السنة كانوا أقل الناس فيما مضى، وهم أقل الناس فيما بقي؛ الذين لم يذهبوا مع أهل الإتراف في إترافهم، ولا مع أهل البدع في بدعهم، وصبروا على سنتهم حتى لقوا ربهم، فكذلك إن شاء الله فكونوا”.
Maksudnya: “al-Sunnah – demi Tuhan yang tidak ada tuhan melainkan Dia – ialah antara yang melampau dan sambil lewa. Maka sabarlah ketika berada di atasnya moga Allah merahmati kamu. Sesungguhnya ahli sunnah adalah golongan yang paling sedikit pada waktu dulu dan mereka juga golongan yang paling sedikit pada hari-hari berbaki. Mereka golongan yang tidak pergi bersama golongan yang rosak dalam kerosakan mereka dan tidak juga bersama golongan bidaah bersama bidaah mereka. Dan mereka sabar di atas sunnah mereka sehingga mereka bertemu Tuhan mereka. Justeru seperti itulah jika diizinkan Allah, maka jadilah kamu (tetap di atasnya)”.

ii. Kata Fudhail bin ‘Iyadh (w. 187H):

اتَّبع طرُق الهدى، ولا يضرك قِلَّة السالِكين، وإياك وطرُق الضلالة، ولا تغتر بكثرة الهالكين

Maksudnya: “Ikutilah jalan hidayah dan tidak memudaratkan kamu sedikitnya orang yang melaluinya. Hati-hati kamu (jangan ikuti) jalan-jalan kesesatan. Jangan terperdaya dengan ramainya orang yang binasa (dengannya)”.

al-Hasan al-Basri hidup di zaman ramainya salafussoleh, maka sudah tentu istilah Ahlus Sunnah itu adalah istilah tertentu yg khusus, bukannya istilah Ahlus Sunnah yg umum hingga kita fahami mereka sudah sedikit di zamannya (sedang beliau di zaman Salaf!). Ini amat bercanggah dengan fakta dan realiti sejarah. Begitu juga kata2 Fudhail bin ‘Iyadh perlu difahami begitu. Apatah lagi kedua-duanya merupakan tokoh yg menjadi rujukan dalam ilmu tasawuf dan ikutan para ahli sufi. Sudah tentu istilah Ahlus Sunnah itu yamg khusus menurut jalan minoriti tertentu, sebagaimana Ahli Suffah adalah minoriti khusus dalam kalangan para sahabat RA.

14. Nukilan-nukilan ini membuktikan bahawa dari sudut amalan, majoriti tidak semestinya benar atau lebih benar. Namun, tidak menunjukkan kesesatan ilmu, usul & pegangan majoriti ulama Islam. Bagaimana boleh sesat atau tidak menepati kebenaran? Walhal keseluruhan khazanah & wacana ilmu majoriti ulama Islam dalam kerangka Ahlus Sunnah wal Jamaah telah wujud dalam ribuan, malah puluhan ribu buah kitab sejak berkurun lamanya dibaca, ditelaah, dipraktis dan diwarisi oleh mereka secara bersanad. Semoga Allah SWT memberi hidayah & mengampuni kita dengan kasih sayang & kelembutan-Nya.

Sumber :

05/04/2019 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah | Leave a comment

RATUSAN TOKOH ULAMA SEZAMAN DAN SETELAHNYA MENYATAKAN KESESATAN MUHAMMAD IBNI ABDUL WAHAB (Pengasas Wahabisme ) .

Olih :Walan Gara

Syaikh al-Islam Ahmad bin Zaini Dahlan dalam bukunya ‘ad-Durar as-Saniyyah fi ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah menulis sebagai berikut;
.
“Para ulama dari keempat mazhab Ahlussunnah Wal Jama’ah telah bersungguh-sungguh MENOLAK fahaman Wahabi dan menyusun buku-buku yang luas perbahasannya. Hal itu mereka lakukan untuk mengamalkan sabda Rasulullah s.a.w;
.
“Apabila perkara-perkara bid’ah telah lahir dan para alim ulamanya diam sahaja, maka laknat dari Allah, para malaikat dan seluruh manusia pasti akan di timpakan kepadanya”.
.
“Tidak lahir ahli bid’ah kecuali Allah melahirkan pula hujah-Nya pada mereka melalui lisan orang-orang yang dikehendaki dari makhluk-Nya “.
.
“Oleh kerana itu, para ulama dari SELURUH MAZHAB, baik di Timur maupun di Barat, berusaha MENOLAK fahaman Wahabi. Bahkan, ada sebahagian ulama yang merasa berkewajipan untuk MENOLAKNYA dengan menggunakan pendapat-pendapat Imam Ahmad bin Hanbal dan orang-orang yang ahli di dalam mazhabnya, sebab Muhammad bin Abdul Wahab MENGAKU mengikuti Imam Ahmad”.
.
“Mereka bertanyakan kepadanya tentang masalah-masalah yang hanya diketahui oleh sebahagian kecil para pencinta ilmu, dan ternyata dia (Ibnu Abdul Wahab) tidak dapat menjawabnya, kerana tidak memiliki ilmu kecuali FITNAH yang dibisikkan syaitan kepadanya”.
.
“Diantara ulama yang MENOLAK fahamannya adalah Syaikh Muhammad bin Abdur Rahman bin Afaaliq. Dia menulis sebuah buku sebagai bantahannya ke atas fahaman Wahabi dengan judul ‘Tahakkum al-Muwallidin bi Man Idda’a Tajdid ad-Din’. Dalam kitab itu, dia MENOLAK ajaran-ajaran sesat Ibnu Abdul Wahab dengan jawapan yang sangat keras. Kemudian, dia mengajukan pula persoalan-persoalan yang berhubungan dengan ilmu-ilmu syarak dengan pertanyaan-pertanyaan yang di kirimkannya kepada Muhammad bin Abdul Wahab. Namun, pendukung Salafi Wahabi itu tidak mampu menjawabnya”.
.
“Di antara pertanyaan yang diajukan ialah tentang surah ke 100 al-Aadiyaat, sebagai surah mufashshal yang paling pendek. Dia menanyakan berapa banyak di dalam surah tersebut hakikat syar’i, hakikat lughawi, hakikat ‘urfi, majaz mursal, majaz murakkab, isti’arah haqiqiyah, isti’arah Wafaqiyah, isti’arah tabi’iyah, isti’arah muthlaqah, isti’arah takhliliyah, tasybih malfuq, mafruq, murakkab, mujmal, mufashshal, ijaz, ithnab, musawwat, dan isnad hakiki. ”
.
“Beliau juga menanyakan isnad majazi dan apa yang dinamakan majaz hukmi dan aqli, serta di mana letak wadh’u al-mudhmar maudhi’u al-muzhhar dan sebaliknya, apa yang di namakan maudhi’u dhamir sya’n, maudhi’ al-iltifat, maudhi’ al-fashli wa al-washli, kamal al-ittishal, kamal al-inqitha’ dan jami’ baina kulli jumlatain muta’athifatain, mahall tanasub al-jumal, wajh at-tanasub, wajh al-kamal fi al-hasan wa al-balaghah, ijaz qashrin, ijaz hadzfin, ihtiras dan tatmim?
.
Dari pertanyaan-pertanyaan ini, Muhammad bin Abdul Wahab TIDAK MAMPU menjawab SEDIKIT PUN! (Rujukan :Ahmad Zaini Dahlan :ad-Durar as-Saniyyah fi ar-Rad ‘ala al-Wahhabiyyah Op.Cit., halaman 51-52. ) Demikian pernyataan Syaikh Ahmad Zaini Dahlan.
.
Para ulama yang MEMBANTAH ajaran MENYIMPANG Salafi Wahabi sangat banyak. Kerana banyaknya, hampir tidak terhitung jumlahnya. Untuk sekadar mengetahui ulama-ulama mana yang telah membantah faham Wahabi, kita boleh membaca buku yang berjudul ‘As-Salafiyyah baina Ahli as-Sunnah wa al-Immamiyyah’ karya Muhammad al-Kutsairi. Dalam buku tersebut di sebutkan sekian banyak bantahan dari para ulama TERKEMUKA, lengkap dengan nama-nama kitabnya dan para penulisnya. Terutama pada halaman 264 sampai 289.
.
Selain itu, kita boleh juga membaca buku lain seperti ‘ al-Wahhabiyah fi Khidmati Man?, tulisan at-Taqwa, halaman 64 sampai 100. Di dalam buku ini disebutkan deretan nama ulama berserta petikan dari kitab-kitab mereka berkenaan bantahan mereka terhadap Salafi Wahabi.
.
Pembaca budiman, pendapat para ulama berkaitan dengan Muhammad ibnu Abdul Wahab penegak Wahabi yang sangat kontroversi itu sangat banyak dan akan menggunakan banyak buku hanya untuk menuliskan penyimpangan. Kita cuba paparkan sedikit sahaja, antaranya adalah :
.
Saudara kandungannya, Sulaiman ibni Abdul Wahab, pernah bertanya kepadanya, “Muhammad, berapa rukun islam? ” “Lima,”jawabnya. Sulaiman membantahnya, “Engkau telah menambahnya menjadi enam! Kerana orang yang tidak mengikutimu kau anggap bukan orang Islam! “(Rujukan : Ahmad Zaini Dahlan :ad-Durar as-Saniyyah fi ar-Rad ‘ala al-Wahhabiyyah, halaman 137)
.
Penulis kitab ‘ Subulussalam, al-Allamah Muhammad ibnu Ismail ibnu Shalah yang di kenal Imam ash-Shan’ani (w.1182 H) menyatakan sekaligus sebagai bantahan darinya atas orang yang menganggap dirinya memuji dakwah Salafi Wahabi sebagai berikut :
.
Tulisan hanyalah risalah-risalah kecil, yang mengkafirkan seluruh penduduk bumi dengan penuh kesengajaan. Dia mengubah dalil untuk mengkafirkan orang-orang Islam. Kamu menyaksikan mereka tidak dari labah-labah sewaktu dikritik. (Rujukan : Diwan ash-Shan’ani: Qasidah (syair) ini benarkan oleh Imam Syaukani dalam kitabnya ‘ ad-Durar an-Nadhid’, juga diriwayatkan oleh Imam Qanuji dalam kitabnya ‘Abjad al-Ulum’. Lihat : www. msobieh. com/akhtaa/viewtopic. php?t=4785
.
Mufti Mekah yang sama-sama berasal dari NAJD dan bermazhab Hanbali, Muhammad ibnu Abdullah an-Najdi al-Hanbali (w.1295 H) dalam kitabnya ‘ as-Suhub al-Wabilah ‘ala Dhara ‘ih al-Hanbali’ ketika berbicara tentang riwayat hidup orang tua Muhammad ibnu Abdul Wahab menjelaskan,
.
” Orang tua Muhammad ibnu Abdul Wahab adalah seorang ulama yang cukup dikenali ramai. Akan tetapi, antara dia dan anaknya yakni Muhammad ibnu Abdul Wahab, terdapat PERBEZAAN yang sangat KETARA. Pernyataan Muhammad ibnu Abdul Wahab dalam dunia dakwah tidak terdengar sama sekali kecuali setelah ayahnya wafat (dan itu pun meresahkan).”
.
Syaikh Muhammad Amin ibnu Abidin al-Hanafi, di dalam kitabnya ‘ Radd ul-Mukhtar ‘ala ad-Durr al-Mukhtar, ketika menyentuh tentang Wahabi mengatakan, ” Mereka timbul dari Nejd dan menguasai Haramain (Mekah dan Madinah ). Mereka mengaku bermazhab Imam Ahmad bin Hanbal, tetapi mereka BERKEYAKINAN hanya MEREKALAH yang MUSLIM dan orang yang BERTENTANGAN dengan KEYAKINAN mereka sebagai MUSYRIK KAFIR. ” (Rujukan : Muhammad Amin ibnu Abidin al-Hanafi : Raddu al-Mukhtar ‘ala d-Durri al-Mukhtar, jilid 4, halaman 262. )
.
Asy-Syarif Abdullah ibnu asy-Syarif Husein Basya dalam kitabnya Sidq al-Khabar fi Khawarij al-Qarni ats-Tsani ‘Asyar (Kebenaran Hadits Nabi tentang Khawarij Abad ke 12 H) menyatakan, ” Sesungguhnya awal kemunculan Ibnu Abdul Wahab dengan bid’ahnya di Najd adalah pada 1143 H. Kemudian, orang-orang Wahabi menguasai Mekah pada tahun 1218 H. Maka, penamaan Wahabi dengan “Khawarij Abad ke 12″ adalah berdasarkan awal kemunculan bid’ah mereka, bukan berdasarkan penguasaan mereka atas kota Mekah. ” (Rujukan : As-Syarif Abdullah ibnu as-Syarif Husein Basya: Shidqu al-Khabar fi Khawarij al-Qarni ats-Tsani ‘Asyar, Mathba’ah, al-Ladziqiyah, the. t.t, h. 1)
.
Di antara para ulama yang menyatakan FAHAMAN WAHABI TELAH KELUAR DARI ISLAM adalah ulama terkenal al-Muhaqqiq Ibnu Abidin al-Hanafi di dalam hasyiyah (komentar pinggir ) kitab ‘Radd al-Mukhtar ‘ala ad-Durr al-Mukhtar pada bab al-Bughat. Juga Syaikh ash-Shawi al-Mishri dalam hasyiahnya atas kitab Tafsir al-Jalalain ketika membahas penkafiran Muhammad ibnu Abdul Wahab terhadap umat Islam.
.
Selain para ulama di atas, ribuan ulama juga membantah kesesatan ajaran Ibnu Abdul Wahab, dari sejak dia masih hidup hingga ke saat ini. Di antara para ulama sezaman yang membantah Muhammad ibnu Abdul Wahab adalah :
.
1_SYAIKH SULAIMAN BIN ABDUL WAHAB at-Tamimi an-Najdi (w.1208 H)_Ia adalah saudara kandung dari Muhammad bin Abdul Wahab, pendiri kelompok Salafi Wahabi. Syaikh Sulaiman jauh lebih pandai dan lebih alim dari Muhammad bin Abdul Wahab. Dia seorang tokoh ulama fiqh Mazhab Hanbali yang juga menjawat sebagai Qadhi Najd. Dia termasuk PENENTANG yang KERAS terhadap kesesatan ADIKNYA itu.
.
2_ SYAIKH SULAIMAN BIN SUHAIM BIN AHMAD BIN SUHAIM al-Hanbali an-Najdi
(1181 – 1230 H)_seorang tokoh ulama fiqh Hanbali di Riyadh. Orang tuanya juga tokoh ulama terkemuka yang MENENTANG ajaran Muhammad ibnu Abdul Wahab. Mereka berasal dari kabilah Anzah. Satelah Salafi Wahabi menguasai daerah Riyadh, Ibnu Suhaim ini hijrah ke Zubair dan wafat di sana. Kerana perseteruannya dengan Muhammad bin Abdul Wahab, dia dianggap KAFIR oleh Salafi Wahabi dan digelari sebagai ‘al-Bahim’ (binatang). Begitulah akhlak pendiri Salafi Wahabi terhadap orang-orang yang tidak setuju dengan DAKWAHNYA.
.
3_Syaikh Muhammad ibnu Abdurrahman ibnu Afaliq al-Hanbali _Dia seorang ulama besar Ahsa dan tokoh ulama fiqh terkemuka. Memiliki banyak karya dalam bidang fiqh dan ilmu falak. Dialah yang MENASIHATI Utsman bin Muammar, Gabenor Uyainah, agar menjaga jarak dari Ibnu Abdul Wahab dan meninggalkan
nya. Ini menandakan kedalaman ilmu Ibnu Afaliq dalam berdialog dengan gabenor tersebut sehingga menerima alasan logik dan dalil-dalil yang dia ungkapkan. Kerana itu, Ibnu Abdul Wahab MENGKAFIRKANNYA dengan tuduhan KAFIR AKBAR, gara-gara menolak dakwahnya.
.
4_SYAIKH ABDULLAH IBNU ISA AL-MUWAYIS at -Tamimi ( w.1175 H)_Ulama Najd ini seorang faqih dari Huraimila, hijrah ke Syam untuk menuntut ilmu dari as-Safaraini. Dialah yang berhasil meyakinkan Ibnu Suhaim untuk berhenti memberi dukungan kepada Ibnu Abdul Wahab kerana belum mengenali hakikat dakwahnya yang sebenar nya, sehingga ia pun menarik dukungannya. Inilah yang membuat pengasas Wahabisma tersebut murka dan mengkafirkannya sekafir-kafirnya.
.
5_SYAIKH ABDULLAH IBNU AHMAD IBNU SUHAIM (w.1175 H)_seorang faqih dari daerah Majma’ah, Qasim. Tokoh ulama fiqh bermazhab Hanbali ini adalah qadhi (hakim agama) di Semenanjung Sudair. Ia MENENTANG dakwah Salafi Wahabi kerana sikap BERLEBIH-LEBIHAN mereka dalam MENGKAFIRKAN umat Islam.
.
6_SYAIKH MUHAMMAD BIN ABD AL-LATHIF_Ia adalah salah satu guru Ibnu Abdul Wahab yang berasal dari Ahsa. Ia termasuk PENENTANG KERAS ajaran muridnya yang di anggap SESAT.
.
7_SYAIKH MUHAMMAD BIN ABDULLAH BIN FAIRUZ al-Ahsai (w.1216 H)_Dia hijrah ke Bashrah setelah Salafi Wahabi menguasai daerah Ahsa pada masa Abdul Aziz bin Muhammad. Ayah dan datuknya adalah ulama Hanbali terkemuka. Dia adalah ulama yang sangat disegani dan dipandang oleh Sultan Turki Utsmani. Ibnu Fairuz adalah PENENTANG KERAS DAKWAH dan AJARAN Ibnu Abdul Wahab. Oleh kerana itu, dia dikafirkan sekafir-kafirnya dan dikatakan telah keluar dari agama Islam.
.
8_SYAIKH MUHAMMAD ALI SALUM (w.1246 H)_Dia melarikan diri ke Bashrah bersama gurunya Ibnu Fairuz, akibat keganasan yang dilakukan oleh Salafi Wahabi.
.
9_AL-ALLAMAH AL-QADHI UTSMAN BIN MANSHUR AN-NASHIRI (w.1282 H)_Ia adalah seorang Qadhi daerah Sudair dan Hail pada masa Turki Ibnu Abdullah Ibnu Faishal bin Turki. Dia berpendapat cukup KERAS tentang Salafi Wahabi dan mengatakan sebagai Khawarij Akhir Zaman.
.
10_SYAIKH MUHAMMAD SULAIMAN al-Kurdi _seorang mufti Syafi’iyyah di Madinah. Beliau adalah guru Ibnu Abdul Wahab yang juga mengecam keras dakwah muridnya itu dengan menulis buku berjudul “Masa’il wa Ajwibah wa Rudud ‘ala al-Khawarij ‘ dan kitab ‘ar-Radd ‘ala Muhammad ibni Abd al-Wahhab ‘.
.
11_SYAIKH MARBAD BIN AHMAD at-Tamimi (w.1171 H)_Dia adalah seorang Qadhi dan tokoh ulama besar negeri Nejd. Tewas di bunuh kelompok Salafi Wahabi di kota Raghbah.
.
12_AL-ALLAMAH MUHAMMAD BIN ABDULLAH_Ia adalah seorang mufti Mekah bermazhab Hanbali yang hidup tidak jauh dari masa Ibnu Abdul Wahab dan turut menyaksikan kesesatan dan tindakan-tindakan anarkis yang di lakukan oleh keturunan Ibnu Abdul Wahab. Dia mengungkapkan rasa keberatan dan penolakan
nya terhadap fahaman yang satu ini melalui bukunya yang berjudul as-Sahb al-Wabilah ‘ala Dhara’ih al-Hanbali.
.
Para tokoh ulama di atas hanyalah sebahagian kecil dari ulama terkemuka yang hidup sezaman dengan Ibnu Abdul Wahab yang membantah ajaran sesatnya. Masih banyak ulama dari berbagai mazhab dan negara yang mengkritik penyimpangan Muhammad ibnu Abdul Wahab ini yang tidak dapat dicantumkan di sini kerana terbatasan halaman. Oleh kerana terlalu banyak ulama yang membantah dan ulama semua mazhab juga menentangnya, fahaman Ibnu Abdul Wahab ini telah dianggap sesat oleh mereka dan keluar dari ajaran Islam.
.
Sekian, jauhilah dari fahaman sesat ini agar hidup beragama kita tidak tersasar. Wassalam.RATUSAN TOKOH ULAMA SEZAMAN DAN SETELAHNYA MENYATAKAN KESESATAN MUHAMMAD IBNI ABDUL WAHAB (Pengasas Wahabisme )
.
Syaikh al-Islam Ahmad bin Zaini Dahlan dalam bukunya ‘ad-Durar as-Saniyyah fi ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah menulis sebagai berikut;
.
“Para ulama dari keempat mazhab Ahlussunnah Wal Jama’ah telah bersungguh-sungguh MENOLAK fahaman Wahabi dan menyusun buku-buku yang luas perbahasannya. Hal itu mereka lakukan untuk mengamalkan sabda Rasulullah s.a.w;
.
“Apabila perkara-perkara bid’ah telah lahir dan para alim ulamanya diam sahaja, maka laknat dari Allah, para malaikat dan seluruh manusia pasti akan di timpakan kepadanya”.
.
“Tidak lahir ahli bid’ah kecuali Allah melahirkan pula hujah-Nya pada mereka melalui lisan orang-orang yang dikehendaki dari makhluk-Nya “.
.
“Oleh kerana itu, para ulama dari SELURUH MAZHAB, baik di Timur maupun di Barat, berusaha MENOLAK fahaman Wahabi. Bahkan, ada sebahagian ulama yang merasa berkewajipan untuk MENOLAKNYA dengan menggunakan pendapat-pendapat Imam Ahmad bin Hanbal dan orang-orang yang ahli di dalam mazhabnya, sebab Muhammad bin Abdul Wahab MENGAKU mengikuti Imam Ahmad”.
.
“Mereka bertanyakan kepadanya tentang masalah-masalah yang hanya diketahui oleh sebahagian kecil para pencinta ilmu, dan ternyata dia (Ibnu Abdul Wahab) tidak dapat menjawabnya, kerana tidak memiliki ilmu kecuali FITNAH yang dibisikkan syaitan kepadanya”.
.
“Diantara ulama yang MENOLAK fahamannya adalah Syaikh Muhammad bin Abdur Rahman bin Afaaliq. Dia menulis sebuah buku sebagai bantahannya ke atas fahaman Wahabi dengan judul ‘Tahakkum al-Muwallidin bi Man Idda’a Tajdid ad-Din’. Dalam kitab itu, dia MENOLAK ajaran-ajaran sesat Ibnu Abdul Wahab dengan jawapan yang sangat keras. Kemudian, dia mengajukan pula persoalan-persoalan yang berhubungan dengan ilmu-ilmu syarak dengan pertanyaan-pertanyaan yang di kirimkannya kepada Muhammad bin Abdul Wahab. Namun, pendukung Salafi Wahabi itu tidak mampu menjawabnya”.
.
“Di antara pertanyaan yang diajukan ialah tentang surah ke 100 al-Aadiyaat, sebagai surah mufashshal yang paling pendek. Dia menanyakan berapa banyak di dalam surah tersebut hakikat syar’i, hakikat lughawi, hakikat ‘urfi, majaz mursal, majaz murakkab, isti’arah haqiqiyah, isti’arah Wafaqiyah, isti’arah tabi’iyah, isti’arah muthlaqah, isti’arah takhliliyah, tasybih malfuq, mafruq, murakkab, mujmal, mufashshal, ijaz, ithnab, musawwat, dan isnad hakiki. ”
.
“Beliau juga menanyakan isnad majazi dan apa yang dinamakan majaz hukmi dan aqli, serta di mana letak wadh’u al-mudhmar maudhi’u al-muzhhar dan sebaliknya, apa yang di namakan maudhi’u dhamir sya’n, maudhi’ al-iltifat, maudhi’ al-fashli wa al-washli, kamal al-ittishal, kamal al-inqitha’ dan jami’ baina kulli jumlatain muta’athifatain, mahall tanasub al-jumal, wajh at-tanasub, wajh al-kamal fi al-hasan wa al-balaghah, ijaz qashrin, ijaz hadzfin, ihtiras dan tatmim?
.
Dari pertanyaan-pertanyaan ini, Muhammad bin Abdul Wahab TIDAK MAMPU menjawab SEDIKIT PUN! (Rujukan :Ahmad Zaini Dahlan :ad-Durar as-Saniyyah fi ar-Rad ‘ala al-Wahhabiyyah Op.Cit., halaman 51-52. ) Demikian pernyataan Syaikh Ahmad Zaini Dahlan.
.
Para ulama yang MEMBANTAH ajaran MENYIMPANG Salafi Wahabi sangat banyak. Kerana banyaknya, hampir tidak terhitung jumlahnya. Untuk sekadar mengetahui ulama-ulama mana yang telah membantah faham Wahabi, kita boleh membaca buku yang berjudul ‘As-Salafiyyah baina Ahli as-Sunnah wa al-Immamiyyah’ karya Muhammad al-Kutsairi. Dalam buku tersebut di sebutkan sekian banyak bantahan dari para ulama TERKEMUKA, lengkap dengan nama-nama kitabnya dan para penulisnya. Terutama pada halaman 264 sampai 289.
.
Selain itu, kita boleh juga membaca buku lain seperti ‘ al-Wahhabiyah fi Khidmati Man?, tulisan at-Taqwa, halaman 64 sampai 100. Di dalam buku ini disebutkan deretan nama ulama berserta petikan dari kitab-kitab mereka berkenaan bantahan mereka terhadap Salafi Wahabi.
.
Pembaca budiman, pendapat para ulama berkaitan dengan Muhammad ibnu Abdul Wahab penegak Wahabi yang sangat kontroversi itu sangat banyak dan akan menggunakan banyak buku hanya untuk menuliskan penyimpangan. Kita cuba paparkan sedikit sahaja, antaranya adalah :
.
Saudara kandungannya, Sulaiman ibni Abdul Wahab, pernah bertanya kepadanya, “Muhammad, berapa rukun islam? ” “Lima,”jawabnya. Sulaiman membantahnya, “Engkau telah menambahnya menjadi enam! Kerana orang yang tidak mengikutimu kau anggap bukan orang Islam! “(Rujukan : Ahmad Zaini Dahlan :ad-Durar as-Saniyyah fi ar-Rad ‘ala al-Wahhabiyyah, halaman 137)
.
Penulis kitab ‘ Subulussalam, al-Allamah Muhammad ibnu Ismail ibnu Shalah yang di kenal Imam ash-Shan’ani (w.1182 H) menyatakan sekaligus sebagai bantahan darinya atas orang yang menganggap dirinya memuji dakwah Salafi Wahabi sebagai berikut :
.
Tulisan hanyalah risalah-risalah kecil, yang mengkafirkan seluruh penduduk bumi dengan penuh kesengajaan. Dia mengubah dalil untuk mengkafirkan orang-orang Islam. Kamu menyaksikan mereka tidak dari labah-labah sewaktu dikritik. (Rujukan : Diwan ash-Shan’ani: Qasidah (syair) ini benarkan oleh Imam Syaukani dalam kitabnya ‘ ad-Durar an-Nadhid’, juga diriwayatkan oleh Imam Qanuji dalam kitabnya ‘Abjad al-Ulum’. Lihat : www. msobieh. com/akhtaa/viewtopic. php?t=4785
.
Mufti Mekah yang sama-sama berasal dari NAJD dan bermazhab Hanbali, Muhammad ibnu Abdullah an-Najdi al-Hanbali (w.1295 H) dalam kitabnya ‘ as-Suhub al-Wabilah ‘ala Dhara ‘ih al-Hanbali’ ketika berbicara tentang riwayat hidup orang tua Muhammad ibnu Abdul Wahab menjelaskan,
.
” Orang tua Muhammad ibnu Abdul Wahab adalah seorang ulama yang cukup dikenali ramai. Akan tetapi, antara dia dan anaknya yakni Muhammad ibnu Abdul Wahab, terdapat PERBEZAAN yang sangat KETARA. Pernyataan Muhammad ibnu Abdul Wahab dalam dunia dakwah tidak terdengar sama sekali kecuali setelah ayahnya wafat (dan itu pun meresahkan).”
.
Syaikh Muhammad Amin ibnu Abidin al-Hanafi, di dalam kitabnya ‘ Radd ul-Mukhtar ‘ala ad-Durr al-Mukhtar, ketika menyentuh tentang Wahabi mengatakan, ” Mereka timbul dari Nejd dan menguasai Haramain (Mekah dan Madinah ). Mereka mengaku bermazhab Imam Ahmad bin Hanbal, tetapi mereka BERKEYAKINAN hanya MEREKALAH yang MUSLIM dan orang yang BERTENTANGAN dengan KEYAKINAN mereka sebagai MUSYRIK KAFIR. ” (Rujukan : Muhammad Amin ibnu Abidin al-Hanafi : Raddu al-Mukhtar ‘ala d-Durri al-Mukhtar, jilid 4, halaman 262. )
.
Asy-Syarif Abdullah ibnu asy-Syarif Husein Basya dalam kitabnya Sidq al-Khabar fi Khawarij al-Qarni ats-Tsani ‘Asyar (Kebenaran Hadits Nabi tentang Khawarij Abad ke 12 H) menyatakan, ” Sesungguhnya awal kemunculan Ibnu Abdul Wahab dengan bid’ahnya di Najd adalah pada 1143 H. Kemudian, orang-orang Wahabi menguasai Mekah pada tahun 1218 H. Maka, penamaan Wahabi dengan “Khawarij Abad ke 12″ adalah berdasarkan awal kemunculan bid’ah mereka, bukan berdasarkan penguasaan mereka atas kota Mekah. ” (Rujukan : As-Syarif Abdullah ibnu as-Syarif Husein Basya: Shidqu al-Khabar fi Khawarij al-Qarni ats-Tsani ‘Asyar, Mathba’ah, al-Ladziqiyah, the. t.t, h. 1)
.
Di antara para ulama yang menyatakan FAHAMAN WAHABI TELAH KELUAR DARI ISLAM adalah ulama terkenal al-Muhaqqiq Ibnu Abidin al-Hanafi di dalam hasyiyah (komentar pinggir ) kitab ‘Radd al-Mukhtar ‘ala ad-Durr al-Mukhtar pada bab al-Bughat. Juga Syaikh ash-Shawi al-Mishri dalam hasyiahnya atas kitab Tafsir al-Jalalain ketika membahas penkafiran Muhammad ibnu Abdul Wahab terhadap umat Islam.
.
Selain para ulama di atas, ribuan ulama juga membantah kesesatan ajaran Ibnu Abdul Wahab, dari sejak dia masih hidup hingga ke saat ini. Di antara para ulama sezaman yang membantah Muhammad ibnu Abdul Wahab adalah :
.
1_SYAIKH SULAIMAN BIN ABDUL WAHAB at-Tamimi an-Najdi (w.1208 H)_Ia adalah saudara kandung dari Muhammad bin Abdul Wahab, pendiri kelompok Salafi Wahabi. Syaikh Sulaiman jauh lebih pandai dan lebih alim dari Muhammad bin Abdul Wahab. Dia seorang tokoh ulama fiqh Mazhab Hanbali yang juga menjawat sebagai Qadhi Najd. Dia termasuk PENENTANG yang KERAS terhadap kesesatan ADIKNYA itu.
.
2_ SYAIKH SULAIMAN BIN SUHAIM BIN AHMAD BIN SUHAIM al-Hanbali an-Najdi
(1181 – 1230 H)_seorang tokoh ulama fiqh Hanbali di Riyadh. Orang tuanya juga tokoh ulama terkemuka yang MENENTANG ajaran Muhammad ibnu Abdul Wahab. Mereka berasal dari kabilah Anzah. Satelah Salafi Wahabi menguasai daerah Riyadh, Ibnu Suhaim ini hijrah ke Zubair dan wafat di sana. Kerana perseteruannya dengan Muhammad bin Abdul Wahab, dia dianggap KAFIR oleh Salafi Wahabi dan digelari sebagai ‘al-Bahim’ (binatang). Begitulah akhlak pendiri Salafi Wahabi terhadap orang-orang yang tidak setuju dengan DAKWAHNYA.
.
3_Syaikh Muhammad ibnu Abdurrahman ibnu Afaliq al-Hanbali _Dia seorang ulama besar Ahsa dan tokoh ulama fiqh terkemuka. Memiliki banyak karya dalam bidang fiqh dan ilmu falak. Dialah yang MENASIHATI Utsman bin Muammar, Gabenor Uyainah, agar menjaga jarak dari Ibnu Abdul Wahab dan meninggalkan
nya. Ini menandakan kedalaman ilmu Ibnu Afaliq dalam berdialog dengan gabenor tersebut sehingga menerima alasan logik dan dalil-dalil yang dia ungkapkan. Kerana itu, Ibnu Abdul Wahab MENGKAFIRKANNYA dengan tuduhan KAFIR AKBAR, gara-gara menolak dakwahnya.
.
4_SYAIKH ABDULLAH IBNU ISA AL-MUWAYIS at -Tamimi ( w.1175 H)_Ulama Najd ini seorang faqih dari Huraimila, hijrah ke Syam untuk menuntut ilmu dari as-Safaraini. Dialah yang berhasil meyakinkan Ibnu Suhaim untuk berhenti memberi dukungan kepada Ibnu Abdul Wahab kerana belum mengenali hakikat dakwahnya yang sebenar nya, sehingga ia pun menarik dukungannya. Inilah yang membuat pengasas Wahabisma tersebut murka dan mengkafirkannya sekafir-kafirnya.
.
5_SYAIKH ABDULLAH IBNU AHMAD IBNU SUHAIM (w.1175 H)_seorang faqih dari daerah Majma’ah, Qasim. Tokoh ulama fiqh bermazhab Hanbali ini adalah qadhi (hakim agama) di Semenanjung Sudair. Ia MENENTANG dakwah Salafi Wahabi kerana sikap BERLEBIH-LEBIHAN mereka dalam MENGKAFIRKAN umat Islam.
.
6_SYAIKH MUHAMMAD BIN ABD AL-LATHIF_Ia adalah salah satu guru Ibnu Abdul Wahab yang berasal dari Ahsa. Ia termasuk PENENTANG KERAS ajaran muridnya yang di anggap SESAT.
.
7_SYAIKH MUHAMMAD BIN ABDULLAH BIN FAIRUZ al-Ahsai (w.1216 H)_Dia hijrah ke Bashrah setelah Salafi Wahabi menguasai daerah Ahsa pada masa Abdul Aziz bin Muhammad. Ayah dan datuknya adalah ulama Hanbali terkemuka. Dia adalah ulama yang sangat disegani dan dipandang oleh Sultan Turki Utsmani. Ibnu Fairuz adalah PENENTANG KERAS DAKWAH dan AJARAN Ibnu Abdul Wahab. Oleh kerana itu, dia dikafirkan sekafir-kafirnya dan dikatakan telah keluar dari agama Islam.
.
8_SYAIKH MUHAMMAD ALI SALUM (w.1246 H)_Dia melarikan diri ke Bashrah bersama gurunya Ibnu Fairuz, akibat keganasan yang dilakukan oleh Salafi Wahabi.
.
9_AL-ALLAMAH AL-QADHI UTSMAN BIN MANSHUR AN-NASHIRI (w.1282 H)_Ia adalah seorang Qadhi daerah Sudair dan Hail pada masa Turki Ibnu Abdullah Ibnu Faishal bin Turki. Dia berpendapat cukup KERAS tentang Salafi Wahabi dan mengatakan sebagai Khawarij Akhir Zaman.
.
10_SYAIKH MUHAMMAD SULAIMAN al-Kurdi _seorang mufti Syafi’iyyah di Madinah. Beliau adalah guru Ibnu Abdul Wahab yang juga mengecam keras dakwah muridnya itu dengan menulis buku berjudul “Masa’il wa Ajwibah wa Rudud ‘ala al-Khawarij ‘ dan kitab ‘ar-Radd ‘ala Muhammad ibni Abd al-Wahhab ‘.
.
11_SYAIKH MARBAD BIN AHMAD at-Tamimi (w.1171 H)_Dia adalah seorang Qadhi dan tokoh ulama besar negeri Nejd. Tewas di bunuh kelompok Salafi Wahabi di kota Raghbah.
.
12_AL-ALLAMAH MUHAMMAD BIN ABDULLAH_Ia adalah seorang mufti Mekah bermazhab Hanbali yang hidup tidak jauh dari masa Ibnu Abdul Wahab dan turut menyaksikan kesesatan dan tindakan-tindakan anarkis yang di lakukan oleh keturunan Ibnu Abdul Wahab. Dia mengungkapkan rasa keberatan dan penolakan
nya terhadap fahaman yang satu ini melalui bukunya yang berjudul as-Sahb al-Wabilah ‘ala Dhara’ih al-Hanbali.
.
Para tokoh ulama di atas hanyalah sebahagian kecil dari ulama terkemuka yang hidup sezaman dengan Ibnu Abdul Wahab yang membantah ajaran sesatnya. Masih banyak ulama dari berbagai mazhab dan negara yang mengkritik penyimpangan Muhammad ibnu Abdul Wahab ini yang tidak dapat dicantumkan di sini kerana terbatasan halaman. Oleh kerana terlalu banyak ulama yang membantah dan ulama semua mazhab juga menentangnya, fahaman Ibnu Abdul Wahab ini telah dianggap sesat oleh mereka dan keluar dari ajaran Islam.
.
Sekian, jauhilah dari fahaman sesat ini agar hidup beragama kita tidak tersasar. Wassalam.

04/04/2019 Posted by | Bicara Ulama, wahabi | Leave a comment

CARA MUDAH MENGENALI WAHHABI

Ini adalah cara mudah mengenali FahamanWahhabi…

Perhatikan, jika dalam ceramah dan tulisan asatizah2 mereka sering merujuk dan guna pendapat 6 orang ini sahaja,maka JANGAN di terima dan dishare :

1. Muhammad bin Abdul Wahhab

(Pendiri dan pelopor gerakan Wahabi/Salafi)

2. Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, terkenal dg sebutan SYEKH BIN BAZ

3. Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin.

Terkenal dg sebutan: SYEKH UTSAIMIN

Al Utsaimin adlh ahli fiqih-nya Wahabi Salafi. Banyak persoalan hukum baru nyeleneh yg difatwakan olehnya.

4. Muhammad Nashiruddin Al-Albani, terkenal dg sebutan ALBANI

(Dia pelopor Wahhabi di bidang hadist)

5. Shalih bin Fauzan bin Abdullah Al-Fauzan atau dikenal dg nama: AL FAUZAN

6. Abdullah bin Abdurrahman bin Jibrin atau dikenal dg sebutan

SYEKH JIBRIN

Memang ilmu bolih diambil dari mana & siapa saja, tapi utk ilmu agama wajib mengetahui dari mana & dari siapa ilmu itu diambil. Kerana nanti ada tanggung jawab di akhirat…

Wajib kita mengshare yg ulama” kalangan kita sendiri yakni:

Dari para ulama’ ahlus sunnah kita baik ulama yg habaib atau bukan.

Isu yg selalu dibahas oleh Wahhabi:

1. KEMBALI pd Al Qur’an & Sunnah.

—> ertinya ANTI Madzhab/TIDAK bermadzhab.

Padahal mereka selalu mengambil pendapat dari ulama madzhab, khususnya madzhab Hambali, cuman mereka malu malu untuk mengakuinya.

2. Menyuarakan kata: SYIRIK & BID’AH

Kalimat ini hanya berdasar satu hadist nabi saja.

3. Akan selalu mengambil pendapat dari 6 TOKOH yg tersebut diatas.

4. Anti Maulid

5. Anti Tahlil

6. Anti bermacam² selawat

(Hny mau selawat Ibrahimiyah saja)

8. Anti Tasawwuf.

7. Menyebut orang yg ziarah kubur penyembah kuburan.

8. Selalu menggunakan 2 kalimat dibawah ini utk menjatuhkan argumen² orang yg berlawanan dg mereka:

a. MANA DALIL NYA?

b. TIDAK ADA KEBAIKAN kecuali PASTI akan dilakukan oleh sahabat nabi, sedangkan sahabat tidak melakukannya…

Mohon diperhatikan ya ikhwani…

03/04/2019 Posted by | Bicara Ulama, wahabi | Leave a comment

AL-DZAHABI DAN IBNU TAIMIYAH – Jawaban terhadap Wahabi

Oleh: Kiyai Idrus Ramli

Kaum Wahabi itu tidak memiliki hujjah dan dalil yang kuat terkait dengan ajaran-ajaran dan pandangan mereka yang berbeda dengan mayoritas umat Islam. Setiap tokoh Wahabi mengeluarkan hujjah dan dalil tentang ajarannya, pasti bantahan para ulama lebih kuat dan mematikan.

Tapi meskipun demikian, menghadapi bantahan ulama yang sangat kuat dan mematikan, tokoh Wahabi akan mengeluarkan jawaban atau bantahan, meskipun bantahannya lemah, dan tidak jarang jawaban mereka keluar dari persoalan yang dibahas. Bagi ulama Wahabi, yang penting terkesan kepada pengikutnya yang awam, bahwa mereka telah menjawab bantahan kaum Ahlussunnah Wal-Jamaah.

Beberapa waktu yang lalu, saya mengomentari sebagian sumber rujukan akidah kaum Wahabi. Antara lain kitab al-Radd ‘ala al-Jahamiyah wa al-Zanadiqah yang dinisbatkan kepada al-Imam Ahmad bin Hanbal. Lalu saya sampaikan melalui tulisan di facebook ini, bahwa al-Dzahabi, murid kesayangan Ibnu Taimiyah, menafikan penisbatan kitab tersebut kepada Ahmad bin Hanbal. Menurut al-Dzahabi, kitab tersebut kitab palsu yang dinisbatkan kepada Ahmad bin Hanbal. Tentu saja al-Dzahabi punya alasan-alasan yang kuat dan dipertanggungjawabkan terkait pendapatnya tersebut.

Belakangan setelah membaca tulisan saya, ada Wahabi yang menjawab melalui rekaman di internet, bahwa pendapat al-Dzahabi tidak mu’tabar, tidak dapat menjadi rujukan dalam hal tersebut. Tentu alasan Ustadz Wahabi tersebut sangat tidak masuk akal. Pendapat al-Dzahabi sangat kuat terkait penafian kitab di atas yang dinisbatkan secara palsu kepada Ahmad bin Hanbal. Ada beberapa alasan yang menjadi pertimbangan kita mengenai pendapat al-Dzahabi:

Pertama, al-Dzahabi adalah murid Ibnu Taimiyah, sebagaimana diakui oleh Ustadz Wahabi yang berinisial MAS tersebut. Kalau pendapat al-Dzahabi tidak mu’tabar, lalu apakah pendapat gurunya, yaitu Ibnu Taimiyah yang akan dianggap mu’tabar? Tentu saja tidak. Dalam ilmu kritik sanad, al-Dzahabi diakui lebih mu’tabar oleh para ulama daripada gurunya, Ibnu Taimiyah yang cenderung mujazafah dan berlebih-lebihan dalam menilai hadits-hadits. Al-Dzahabi selalu berusaha moderat dan netral dalam menghukumi sanad suatu kitab atau hadits. Sementara Ibnu Taimiyah, terkadang mendha’ifkan hadits shahih yang mutawatir, dan banyak menafikan hadits-hadits shahih yang terdapat dalam kitab-kitab hadits yang terkenal, hanya karena isi hadits tersebut bertentangan dengan akidah Ibnu Taimiyah. Hal ini sudah maklum di kalangan para ulama.

Kedua, Ibnu Taimiyah tidak dikenal sebagai ulama yang memiliki perhatian dan ketelitian terhadap sanad-sanad kitab. Dalam hal ini, al-Dzahabi memiliki perhatian dan ketelitian terhadap sanad-sanad kitab. Dalam fatwa-fatwa dan kitab-kitabnya, tidak jarang Ibnu Taimiyah menyampaikan kisah palsu terkait persoalan yang dapat menjatuhkan akidah lawan polemiknya. Hal ini yang tidak dilakukan oleh al-Dzahabi.

Ketiga, masa hidup al-Dzahabi lebih akhir daripada Ibnu Taimiyah. Seorang ulama yang lebih akhir, biasanya menghasilkan kesimpulan hukum yang lebih bagus daripada ulama sebelumnya, karena telah meneliti kembali hasil penelitian ulama sebelumnya, disamping penelitiannya sendiri dengan tambahan hujjah dan argumen.

Keempat, Ibnu Taimiyah yang diberi gelas Syaikhul-Islam, tidak berhasil mengajak murid-muridnya mengikuti akidah dan semua ajaran Ibnu Taimiyah sendiri. Hal ini sebagaimana diakui oleh al-Dzahabi dalam al-Nashihah al-Dzahabiyyah, bahwa beliau berbeda dengan gurunya, Ibnu Taimiyah dalam banyak masalah furu’iyah (fiqih) dan ushuliyyah (akidah). Al-Dzahabi tidak mengikuti akidah gurunya, yang merujuk kepada kitab al-Radd’ ‘ala al-Jahamiyah. Sebagian ulama kontemporer di Makkah yang pakar dalam bidang hadits, yaitu Syaikh Sayyid Nabil bin Hasyim al-Ghamri, setelah meneliti semua kitab-kitab al-Dzahabi bertahun-tahun, memberikan kesimpulan bahwa al-Dzahabi mengikuti madzhab al-Asy’ariyah. Kesimpulan ini beliau tuangkan beserta bukti-buktinya dalam kitabnya yang berjudul Ghayat al-I’tizaz wa al-Amani bi-Takhrij Asanid wa Marwiyyat Ibn Qayimaz al-Turkumani.

Kesimpulan Sayyid Nabil al-Ghamri tersebut, sesuai dengan kesimpulan ulama dahulu yang dekat dengan masa al-Dzahabi, yaitu al-Imam al-Hafizh Taqiyyuddin al-Fasi (lahir 775H dan wafat 832 H) dalam kitabnya, Ithaf Dzawi al-‘Ula biman Lam Yadzkurhu al-Dzahabi fi al-Nubala, halaman 49-50, bahwa al-Hafizh Jamaluddin al-Mizzi dan al-Hafizh Syamsuddin al-Dzahabi mengikuti madzhab al-Asy’ariyyah.

Wallahu a’lam.

02/04/2019 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Informasi | Leave a comment

TAUHID 3 DAN KEBIADABAN WAHHABI

55939872_2138073579595605_7331431967939887104_n

Sumber: Ustaz Engku Ahmad Fadzil – The Original Page

(1) Prof Dr Muhammad Naim Yaasin hafizhohulLaah ini guru dan pensyarah saya ketika saya ambil Masters di Universiti Jordan hujung 90an dahulu.

(2) Beliau memang seorang yang alim dan faqih, mempunyai kecerdasan yang tinggi kerana beliau termasuk di dalam pelajar2 bijak yang dipilih untuk mendalami ilmu agama.

(3) Saya sangat hormat kepada beliau layaknya hormat seorang murid kepada guru, lebih2 lagi beliau seorang yang berwatak mesra dan tawaadhu’.

(4) Berdasarkan latar belakang pendidikan beliau, beliau ada memasukkan pembahagian Tauhid 3 di dalam buku dan penulisan beliau.

(5) Tetapi rasa hormat dan ta’zhim saya kepada guru saya itu tidak sewajarnya membutakan mata saya terhadap kebathilan2 yang ada di dalam Tauhid 3.

(6) Wahhabi GAGAL faham BAHAWA yang menolak pengajaran Tauhid 3 mengakui bahawa Tauhid 3 mengandungi prinsip2 yang benar yang wajib diimani oleh seluruh ummat Nabi Muhammad S.A.W.

(7) Mereka menolak pengajaran Tauhid 3 KERANA Tauhid 3 juga diserapi kebathilan2 yang wajib dijauhi oleh seluruh ummat Islam Ahlis Sunnah wal Jamaah.

(8) Orang-orang yang sudah terkena virus Wahhabi seperti yang bernama/menggunakan nama Mohd Awang ini bukan sahaja hilang kebolehan untuk berfikir dengan baik, bahkan hilang adab untuk berakhlak dengan sopan.

(9) Terus tanpa segan silu Mohd Awang melabelkan SS Dato Seri Mufti Negeri Pahang lantikan Sultan Pahang sebagai “MUFTI JAHIL”! 👇🏼

https://www.facebook.com/100000079639686/…/2416100161735948…

(10) Sudah lah hilang budi bahasa, boleh pula hilang akal, pakai hujjah “Tauhid 3 diajar di Timur Tengah” untuk memberi justifikasi “kebenaran” Tauhid 3 dalam keadaan mereka tidak segan silu menolak Tauhid Sifat 20 yang diajar dan dipertahankan bukan setakat di Timur Tengah, bahkan di seluruh dunia Islam semenjak lebih 1000 tahun yang lalu oleh ulama-ulama hebat dunia Islam!

(11) Lagi jauh dari kebolehan berfikir dengan waras adalah cuba “mensunnahkan” Tauhid 3 semata-mata ianya ada dalam silibus SPM? 🤣

(11) Ia ada di dalam silibus sekolah kita kerana dimasukkan oleh pihak-pihak yang berkenaan BUKAN kerana ianya 100% patuh Ahlis Sunnah wal Jamaah.

(12) Bahkan ianya dimasukkan oleh pihak berkuasa sekitar tahun 1990an dahulu tanpa menyedari kebathilan2 yang ada di dalamnya pun hasil cadangan daripada tokoh2 berfahaman Wahhabi dan oleh tokoh yang pada masa itu belum perasan kebathilan2 yang ada di dalam Tauhid 3 (saya pernah baca prosiding itu, prosiding zaman Almarhum Dato Hamid Othman).

(13) Untuk yang masih belum terkena virus biadab dan tidak boleh berfikir, boleh cuba fahami apa yang betul di dalam Tauhid 3 dan wajib diimani oleh semua dan apa yang bathil di dalam Tauhid 3 yang wajib dijauhi oleh semua, moga2 Allah SWT rezekikan kita semua kefahaman di dalam agama serta akhlak yang mulia. 👇🏼

UNTUK YANG RAJIN MENONTON – PENERANGAN YOUTUBE TENTANG PENYELEWENGAN2 TAUHID TIGA (3) OLEH USTAZ Engku Ahmad Fadzil bin Engku Ali

1) Ringkas 👇🏼

https://youtu.be/l8TQuDUjxRA

2) Pertengahan 👇🏼

https://youtu.be/Rq0uAzZ9OGQ

3) Panjang lebar 👇🏼

https://youtu.be/5QlxIPf6-_U

UNTUK YANG RAJIN MEMBACA – Isu Tauhid 3 DIDAKWA oleh sebahagian kononnya hanyalah masalah khilaf sahaja, tak perlu diperbesar2kan.

JAWAPAN

1- Hakikatnya, isu Tauhid 3 BUKAN sekadar masalah khilaf.

2- Ada komponen2 asas Tauhid 3 yang telah IJMA’ ummat Islam di atas kebenarannya dan WAJIB diterima bahkan SYIRIK sekiranya menolaknya.

3- Ada komponen2 lanjutan Tauhid 3 yang bercanggah dengan Al-Quran, As-Sunnah dan Ijma’ ulama-ulama Ahlis Sunnah wal Jamaah dan ia BUKAN sekadar masalah khilaf. Ia KEBATHILAN yang WAJIB dijauhi.

4- KOMPONEN ASAS Tauhid 3 iaitu di dalam Tauhid Rubuubiyyah yang mewajibkan mengesakan Allah SWT sebagai Rabb, iaitu meyakini bahawa TIADA yang lain MELAINKAN Allah SWT yang menciptakan, memiliki, mentadbir, memberi rezeki, mendatangkan manfaat dan mudarat, mendatangkan penyakit dan memberikan sihat dll ini BENAR dan WAJIB diterima oleh semua orang (di dalam pengajian Tauhid Sifat 20 ketauhidan sebegini diistilahkan mengesakan Allah SWT pada perbuatan2 (Wahdaaniyatul Af’aal).

5- KOMPONEN LANJUTAN Tauhid Rubuubiyyah yang mendakwa kononnya orang-orang musyrikin bahkan kepala2 musyrikin seperti Abu Jahal dan Abu Lahab juga bertauhid dengan Tauhid Rubuubiyyah ini adalah bid’ah dholaalah, bathil, bercanggah dengan Al-Quran, As-Sunnah dan ijma’ ulama-ulama Ahlis Sunnah wal Jamaah.

6- KOMPONEN ASAS Tauhid Uluuhiyyah yang mewajibkan mengesakan Allah SWT sebagai Tuhan yang disembah iaitu HARAM lagi SYIRIK menyembah selain daripada Allah SWT ini adalah BENAR dan WAJIB diterima oleh semua.

7- Bukan kata menyembah batu dan kayu sahaja haram dan syrik, BAHKAN menyembah makhluk2 Allah SWT yang mulia seperti para Nabi dan para malaikat juga adalah HARAM dan SYIRIK!

8- KOMPONEN LANJUTAN Tauhid Uluuhiyyah yang mendakwa kononnya mengamalkan amalan2 tawassul, tabarruk dan istighaathah adalah menyembah kepada selain daripada Allah, makanya syirik itu adalah dakwaan yang bid’ah dholaalah, bathil, bercanggah dengan Al-Quran, As-Sunnah dan ijma’ ulama-ulama Ahlis Sunnah wal Jamaah.

9- KOMPONEN ASAS Tauhid Al-Asmaa’ was Sifaat yang mewajibkan kita beriman dengan Nama2 Allah SWT dan Sifat2Nya adalah BENAR dan WAJIB diterima oleh semua.

10- KOMPONEN LANJUTAN Tauhid Al-Asmaa’ was Sifaat yang mendakwa wajib menetapkan kepada Allah SWT makna2 zahir daripada Ayat-ayat Mutasyaabihaat walaupun tidak layak dengan keagungan dan kesucian Allah SWT adalah bid’ah dholaalah, bathil, bercanggah dengan Al-Quran, As-Sunnah dan ijma’ ulama-ulama Ahlis Sunnah wal Jamaah.

UNTUK WAHHABI – Mohon usahakan untuk faham, jangan taksub membuta tuli dan jaga adab.

 

 

 

 

02/04/2019 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab), Uncategorized | Leave a comment

Hukum Pakai Telekung Berwarna & Berfesyen.

Sebenarnya tidak menjadi kesalahan dalam menggunakan telekung berwarna-warni dan penuh kerawang. Di antara syarat sah solat adalah menutup aurat dan Islam tidak pula menetapkan warna tertentu dalam penggunaan pakaian solat dan Islam juga tidak menetapkan jenis atau bentuk pakaian tertentu untuk digunakan dalam solat.

Haram Jika Mahu Menunjuk-Nunjuk

Penggunaan telekung adalah sebahagian daripada adat resam berpakaian kepada sebilangan besar masyarakat kita di tanah Melayu ini. Samalah juga dengan penggunaan kain pelikat oleh lelaki dalam solat.

Pada asalnya telekung adalah berwarna putih dan tidak begitu banyak bunga hiasan atau kerawang tetapi hari ini terdapat banyak fesyen dan corak kerawang berwarna-warni.

Hukum asalnya adalah harus menggunakan telekung tidak kira apa jua warnanya tetapi apabila dikira ia akan mengganggu tumpuan orang lain dengan keunikan corak dan kerawang yang banyak serta warna yang amat menarik perhatian orang lain maka saya rasa ada yang perlu ditegur di sini.

Apakah tujuan si pemakai telekung tersebut? Kalau ia hanya pakaian solat semata-mata tanpa ada niat lain maka harus tetapi boleh menjadi haram jika disertai oleh niat lain iaitu riak dan menunjuk-nunjuk maka hukumnya adalah haram kerana pemakainya sudah tidak ikhlas dan riak adalah sifat mazmumah yang perlu dihindari.

Kalau pemakainya ikhlas dan tidak ada tujuan lain dalam hatinya tetapi boleh mengganggu orang lain maka sebaik-baiknya hendaklah dia memakai pakaian lain yang sesuai.

Dalam solat berjemaah kita hendaklah memakai pakaian yang sesuai dan berhati-hati dalam memilih pakaian walaupun tiada niat lain tetapi kita telah menarik perhatian orang lain maka dalam Islam itu sudah dianggap berhias yang boleh meresahkan orang lain.

Kepada wanita yang memakai telekung yang boleh dianggap terlalu menarik dan boleh mengganggu tumpuan orang lain maka seeloknya hanya memakai telekung tersebut di rumah sahaja supaya tidak menimbulkan fitnah. Kadang-kadang si pemakai tiada niat dan tidak ada tujuan tidak baik tetapi pandangan dan fikiran orang lain yang suka menimbulkan kontroversi ataupun fitnah maka inilah peluang mereka menabur fitnah dan sangkaan-sangkaan buruk kepada si pemakai itu.

Oleh: Ustaz Azhar Tuarno

SUMBER Wanista.com