Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

HUKUM DAKWAH GUNA HADIS DOIF UTK KELEBIHAN AMAL, MENGGALAKKAN BUAT BAIK(targhib) DAN MENAKUTKAN BUAT JAHAT(tarhib)

Yang dikatakan doif.

ULAMA SEPAKAT BOLEH GUNA HADIS DOIF PADA TARGHIB, TARHIB DAN KELEBIHAN AMALAN

Imam Nawawi berkata:قال العلماء من المحدثين والفقهاء وغيرهم: يجوز ويستحب العمل في الفضائل والترغيب والترهيب بالحديث الضعيف ما لم يكن موضوعًا، وأما الأحكام كالحلال والحرام، والبيع، والنكاح، والطلاق، وغير ذلك، فلا يعمل فيها إلا بالحديث الصحيح، أو الحسن، إلا أن يكون في احتياط في شيء من ذلك

Ulama hadis dan fekah berkata: harus malahan disunatkan beramal dengan hadis doif pada KELEBIHAN AMAL, MENGGALAKKAN BUAT BAIK DAN MENAKUTKAN BUAT JAHAT selagi ianya tidak palsu. Adapun hukum hakam seperti jual beli, nikah, cerai dan lain2 tidak digunakan kecuali dengan hadis sahih dan hasan. Namun digunakan hadis doif utk ambik hukum dgn tujuan berhati2. (al-Azkar)Ibnu Taimiah berkata:ولهذا كانوا يسهلون في أسانيد أحاديث الترغيب والترهيب ما لا يسهلون في أسانيد أحاديث الأحكام لأنّ اعتقاد الوعيد يحمل النفوس على الترك

Oleh kerana yg demikian para ulama memberi keringanan pada sanad2 hadis targhib dan tarhib apa yang tidak diberikan pada sanad2 hukum kerana bila seseorang itu percaya ada hukuman yg dahsyat pada sesuatu larangan (walaupun hadis doif) ia akan memudahkan dia meninggalkan perkara tersebut. (Majmuk fatawa Ibnu Taimiah)Ibnu Hajar al-Haitami berkata:قد اتفق العلماء على جواز العمل بالحديث الضعيف في فضائل الأعمال

Ulama bersepakat bahawa harus beramal hadis doif utk kelebihan amalan.(Fathul Mubin)

Imam Ramli:Imam Nawawi telah menghikayatkat dalam beberapa kitabnya bahawa ijmak ahli hadis beramal dgn hadis doif utk kelebihan amalan dan seumpamanya. (fatawa ramli).

Syeikh Mulla Ali al-Qari (Hanafi) berkata:الحديث الضعيف معتبر في فضائل الأعمال عند جميع العلماء من أرباب الكمال

Hadis doif diguna pakai utk kelebihan amalan menurut seluruh ulama yang sempurna. (hazzul Awfar)

MALAHAN RAMAI ULAMA GUNA HADIS DOIF UNTUK HUKUM

Ibnul Qayyim berkata:الأصل الرابع من أصول الإمام أحمد التي بنى عليها فتاويه: الأخذ بالمرسل، والحديث الضعيف إذا لم يكن في الباب شيء يدفعه، وهو الذي رجحه على القياسAsas keempat dari asas yg dibina oleh imam Ahmad dalam fatwanya diguna pakai hadis mursal (gugur perawi Pertama) , hadis doif jika dalam tajuk tersebut tiada hujjah lain menolaknya dan ianya lebih dipilih dari qias. (A’lamu Muwaqqiin)

DALAM MAZHAB SYAFIE SENDIRI IMAM SUNNAH IMAM NAWAWI GUNA HADIS DOIF:

1. Sunat menghidupkan malam raya .Imam Nawawi berkata:Berkata ulama kami : sunat menghidupkan malam 2 hari raya dgn solat atau ketaatan berdasarkan hadis abi umamah riwayat imam Syafie, ibnu majah Riwayat dari abu darda mauquf dan marfu’ , semuanya doif.(majmuk)

2. Sunat garisan menggantikan sutrah .Imam Nawawi berkata : pendapat terpilih sunat garisan walaupun tidak tetap dalam hadis sahih kerana akan dapat diketahui Kawasan larangan bagi orang yg solat. (majmuk)

CONTOH LAIN HUKUM DARI HADIS DOIF:

1. Puasa rejab. Imam ibnu hajar alhaitami menyatakan sunat berdasarkan hadis doif.

2. Solat tasbih. Ibnu qudamah (hambali) mengatakan harus kerana amalan sunat dan kelebihan amalan tidak disyaratkan hadis sahih.

3. Datang ke multazam. Ibnu Hajar berkata : dalam hadis doif menunjukkan sunat mendatangi multazam dan ianya digunakan utk kelebihan.(tuhfatul muhtaj)

4. Sunat baca surahal-Qadr , disunatkan berdasarkan hadis doif menurut ibnu Abidin (Hanafi)

5. Dalam kitab mawahibul jalil (maliki) mengatakan sunat menghidupkan malam raya walaupun hadis doif.

KESIMPULAN Ulama sepakat penggunaan hadis doif utk targhib , tarhib dan kelebihan amalan dan khilaf pada hukum walaupun dari segi realitinya semua mazhab ada menggunakan hadis doif dalam hukum terutamanya amalan zikir dan sebagainya. Hadis ‘Allah menghina siapa yang menghina sultan’ ada khilaf tentang penarafan hadis , ada ulama mengatakannya hadis hasan. Jika doif sekalipun boleh kita sebarkan utk tarhib (menakutkan) org ramai dari kurang hajar.

Oleh : PU Salman

04/06/2021 - Posted by | Fad hail Amal, Hadis, Q & A (Soal Jawab) |

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: