Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Mendoakan Seseorang Sambil Meletakkan/Menepuk Tangan Pada Dadanya.

:: Menjawab Page “Bongkar Ajaran Sesat” : Mendoakan Seseorang Sambil Meletakkan/Menepuk Tangan Pada Dadanya Adalah Sunnah ::

Telah tular tulisan yang dihasilkan oleh Page “Bongkar Ajaran Sesat” dengan menyandarkan perbuatan pada gambar tersebut (iaitu perbuatan meletakkan atau penepuk tangan di dada seseorang lalu mendoakannya) bersama riwayat yang dinilai Dha’if.

Ini menunjukkan Admin page tersebut tidak melakukan penilaian dengan menyeluruh dan juga menunjukkan bahawa Admin page tersebut tergopoh-gapah dalam menghukum sesuatu amalan.

Sedangkan perbuatan meletakkan atau menepuk tangan ke atas dada seseorang lalu mendoakan untuknya merupakan sunnah Rasulullah ﷺ yang mana hal ini terdapat dalam beberapa Hadith yang Sahih diantaranya :

Dari Jarir رضي الله عنه dia berkata, “Rasulullah ﷺ tidak pernah menghalangiku(untuk bertamu) semenjak aku memeluk Islam dan tidaklah dia melihatku kecuali tersenyum. Aku telah mengadukan kepadanya, bahawa aku tidak kukuh berada di atas kuda, maka baginda ﷺ menepukkan tangannya ke dadaku seraya berdoa :

اللَّهُمَّ ثَبِّتْهُ وَاجْعَلْهُ هَادِيًا مَهْدِيًّا

“Ya Allah, kukuhkanlah dia dan jadikanlah dia petunjuk lagi pemberi petunjuk.”

[ Hadith riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain ]

Dan dalam Hadith lain :

Dari Saidina Ali رضي الله عنه ia berkata, “Rasulullah ﷺ mengutusku ke Yaman, maka aku berkata, “Wahai Rasulullah, engkau mengutusku untuk menjadi hakim di tengah manusia sementara aku seorang pemuda dan tidak mengerti bagaimana memberi keputusan!” Saidina Ali رضي الله عنه berkata, “Baginda ﷺ lalu meletakkan tangannya ke dadaku seraya berdoa :

اللَّهُمَّ اهْدِ قَلْبَهُ وَثَبِّتْ لِسَانَهُ

“Ya Allah, tunjukilah hatinya dan teguhkanlah lisannya.”

Saidina Ali رضي الله عنه berkata, “Setelah itu aku tidak ragu-ragu dalam memutuskan antara dua perkara.”

[ Hadith riwayat Ibn Majah dan lain-lain ]

Ini menunjukkan bahawa meletakkan atau menepuk tangan di dada seseorang kemudian mendoakan kebaikan untuknya merupakan perbuatan Sunnah yang warid daripada Rasulullah ﷺ.

Maka mengatakan bahawa perbuatan tersebut tidak warid daripada Rasulullah ﷺ merupakan perbuatan yang seolah-olah menyembunyikan Hadith Nabi ﷺ daripada pengetahuan orang awam.

Adalah lebih baik berkata “Saya tidak tahu” atau “Saya belum jumpa” berbanding mengemukakan tulisan yang mana isinya seolah mengatakan bahawa perbuatan tersebut “tidak ada”. Sedangkan ianya warid daripada Rasulullah ﷺ.

,(Sumber: FB UASTube)

22/02/2021 - Posted by | Berita dan Isu Semasa, Fad hail Amal, Hadis, Ibadah, Q & A (Soal Jawab), Uncategorized |

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: