Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Covid19 – SOP Pembukaan Pasaraya & SOP Pembukaan Masjid-Masjid

ARG (Ahli Sunnah Wal Jemaah Research Group) mempunyai pengalaman dalam bekerjasama rapat dengan masjid-masjid dengan menganjurkan pelbagai program sejak 6 tahun kebelakangan ini. ARG mempunyai pengalaman berurusan secara rapat dan aktif dengan pengurusan masjid-masjid Di Johor, N9, Melaka, Pahang, Selangor & Kuala Lumpur. Dari pengalaman dan pemerhatian sedia ada, SOP pembukaan masjid mesti diteliti secara praktikal.

Ramai yang mula mempersoalkan kenapa masih banyak masjid-masjid masih tidak dibuka sama seperti pasaraya. Membandingkan pasaraya dan masjid masih dalam daerah logik yang masih boleh diterima kerana ia adalah sekitar membandingkan risiko jangkitan. namun begitu, logik ini juga mesti digunakan ketika membandingkan kemampuan pentadbiran, kewangan, fasiliti dan sumber manusia sesebuah pasaraya dan masjid dalam memenuhi SOP yang digariskan oleh KKM dan Ulil Amri. Berapa banyak masjid yang mempunyai kualiti kekuatan kewangan, pekerja, fasiliti dan pentadbiran seperti pasaraya?

Secara Umumnya Sesuatu Pasaraya Mempunyai SOP:-

1. CCTV bagi pemantauan
2. Staf fulltimer guard utk kawal pintu masuk, mempunyai jadual giliran staf utk rekod suhu dan mengawal jumlah yg masuk agar tidak terlalu ramai.
3. Staff fultimer cleaner utk sanitize troli, escalator, tandas dll SEPANJANG masa beroperasi.
4. Ada banyak label jarak sosial distancing dan label2 lain yg berkaitan.

4 SOP diatas adalah untuk pasaraya dan pastinya SOP untuk masjid terdapat tambahan lain cthnya perlu bawa sejadah sendiri, masa maksimum seseorang berada dalam ruang solat dan lain-lain berkaitan.

Jadi secara umumnya, jika sesebuah Masjid mahu buka aktiviti pada umum sepanjang masa, sekurang-kurangnya perlu patuh pada 4 SOP yg dipatuhi oleh pasaraya dan ditambah beberapa SOP lain mengikut kesesuaian masjid. Begitulah secara teorinya, bagaimana pula secara praktikal?

Realiti Masjid Di Malaysia

Masjid di Malaysia ini beragam bentuk pengurusannya, ada Masjid Kerajaan, Kariah & Institusi. Masjid kariah pula ada masjid bandar, pinggiran bandar, taman, kampung dan lain-lain.

Setiap masjid mempunyai barisan ajk yg berlainan dan kemampuan kewangan yang berlainan antara satu sama lain. Ada masjid yang ditadbir oleh ajk-ajk masjid yg memang berminat dan berkebolehan. Ada juga masjid yang ditadbir oleh ajk masjid yang terpaksa jadi ajk kerana takda orang mahu uruskan. Kebiasaannya ia berlaku di masjid-masjid yg kurang kemampuan kewangan dan kurang kariah.

Mampukah Masjid-Masjid Mempersiapkan Diri Mereka Seperti Mana Pasaraya?

Kemungkinan besar, masih sangat banyak masjid sukar untuk memenuhi SOP sepertimana 4 SOP pasaraya yg dicatitkan diatas. Ada pelbagai kemungkinan

– Masjid yang ditadbir oleh ajk yang bagus tetap sukar (bukan mustahil) untuk laksanakan SOP setaraf di pasaraya jika kemampuan kewangan dan tenaga kerja yg konsisten (fulltimer) yang tidak cukup. Sukarelawan semata-mata adalah tidak mencukupi untuk kelancaran sesuatu SOP.

– Masjid yang mempunyai kewangan yang cukup belum tentu mampu laksanakan jika ditadbir oleh ajk yg tidak mahir.

– masjid yg tidak mempunyai kemampuan kewangan, sumber tenaga konsisten pastilah hampir mustahil dapat melaksanakan SOP sama seperti di pasaraya.

– masih sangat banyak masjid yang tidak memasang cctv dan lain-lain teknologi bagi memudahkan pihak berkuasa memantau kelancaran pelaksanaan SOP.

Solusi?

Ulil Amri melihat sesuatu maslahah keseluruhan kerana Ulil Amri terlibat secara praktikal dari masjid yang kaya raya hingga ke masjid yang tidak mampu bayar bil elektrik. Maksudnya, ulil amri dapat melihat, merasa dan menjangkakan cabaran yang lebih tepat berbanding orang awam yang circlenya tidak seluas circle ulil amri.

Oleh kerana kepelbagaian ragam pentadbiran dan kemampuan masjid ini, ia bukan satu perkara yg mudah untuk Ulil Amri memutuskan satu SOP yang selaras untuk semua masjid digunapakai secara pukul rata. Ini adalah cadangannya:-

1. Ulil Amri perlu mengenalpasti mana masjid yang boleh dan mampu melaksanakan SOP yg digariskan sama seperti pasaraya untuk dibuat sebagai pilot test terlebih dahulu. Mungkin beberapa masjid sahaja untuk melihat apa cabarannya. Mana-mana masjid yang merasakan mereka mampu meyakinkan ulil amri bahawa mereka mampu mengendalikan SOP masjid setaraf dgn SOP pasaraya, mereka boleh memohon dan meyakinkan ulil amri masing-masing.

2. Masjid boleh membuat 1 kertas kerja khas implikasi kewangan untuk mempersiapkan masjid patuh SOP mungkin implikasi selama 3 bulan dan buktikan masjid mampu untuk menanggungnya.

3. Lancarkan tabung khas untuk kariah menyumbang persiapan kewangan masjid untuk membuka masjid yg patuh SOP.

Jika sesebuah masjid diberi kebenaran untuk dibuka penuh, kemudian ternyata tidak mematuhi SOP yang digariskan, masjid tersebut perlu ditutup spt mana pasaraya yang ditutup kerana melanggari SOP. Persoalannya, adakah akan terjadi fitnah nanti? Mungkin ya dan mungkin tidak.

Pasaraya jika melanggar SOP akan didenda, dipaksa tutup dan sesetengah kes boleh dibawa ke muka pengadilan jika berdegil. Bagaimana dengan masjid? Siapa yg akan kena denda? Siapa yg akan bertanggung jawab sepenuhnya jika masjid gagal? Ini juga mesti diperhalusi.

Disediakan Oleh:

Unit Penyelidikan
Ahlussunnah Wal Jamaah Research Group (ARG)

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3247037435327144&id=785701311460781

02/06/2020 - Posted by | Informasi, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) |

1 Comment »

  1. bagus hujah begini..padat dan sangat faham. tapi sayang diluar sana masih ramai yang tidak faham tentang kenapa masjid dll masih banyak tidak beroperasi dll.. kena diutarakan atau sebarkan supaya rakyat malaysia beragam islam dapat memahaminya.

    Like

    Comment by Usamah Amin | 10/07/2020 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: