Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Taqlid

Di kampung alfaqir di Sg Petani, ada satu madrasah India muslim, kat situ depa tempatkan seorang imam yg mmg depa khas import datang dari negara india,secara maklum tuan imam ni bermazhab hanafi.. mula² dia datang dulu, nak cakap bahasa melayu pun xpandai..

dan menjadi kebiasaan, beliau menjadi imam solat 5 waktu dan ahli jemaah beliau adalah dari kalangan masyarakat india muslim yg bermazhab hanafi sahaja

namun, bila datang ramadhan, beliau seringkali berasa gusar, kerana ahli jemaah yg hadir ada juga dari kalangan masyarakat melayu yg bermazhab syafie untuk join solat tarawikh.

pernah sekali alfaqir dtg surau madrasah tu untuk solat isyak, beliau menolak untuk menjadi imam, dan menyuruh alfaqir untuk menjadi imam, kerana imam jemputan untuk solat tarawikh belum sampai, memandangkan masa tu ramai ahli jemaah dari kalangan melayu yg bermazhab syafie..seusai tarawikh alfaqir ada bertanya kepada beliau,

” kenapa ustaz menolak jadi imam?”

dijawap beliau, ” sy hanafi, malaysia syafie, kena ikut syafie, sekarang sy masih belajar syafie, makmum ramai syafie, follow uruf ”

Subhanallah. tersentak dlm hati alfaqir.

imam ni betul² berpegang pada disiplin taqlid mazhab, selagi mana dia belum mahir dlm bab syarat sah wuduk, syarat sah solat,atau apa sahaja fiqh dlm mazhab syafie, beliau xkan sesekali menjadi imam demi menjaga ahli jemaah yg bermazhab syafie..

malah berpegang, menjadi kewajipan beliau untuk belajar dgn uruf mazhab setempat.

tp lain pula bg org kita sekarang ni, lagi bermudah² dalam bab taqlid mazhab,

rasa nak pegang anjing,taqlid mazhab maliki,
rasa xmau baca alfatihah ketika jadi makmum, taqlid mazhab hanafi,
rasa malas nak baca qunut subuh, taqlid mazhab hanbali.

kerja dok tukar mazhab saja,macam tukaq baju dlm fitting room, last² carca merba..

ada dinaqalkan di dalam kitab Sulam Sibyan karangan almarhum Tuan Guru Tok Ayah Chik Kodiang rahimahullahu taala,

sesungguhnya perlakuan menukar mazhab mengikut nafsu dan keinginan bg mencari kelonggaran, itu dinamakan talfiq, dan dihukumkan HARAM kepada mereka yg tidak mengetahui @ mempelajari fiqh empat mazhab secara tahqiq.

Sumber

23/05/2020 - Posted by | Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab), Renungan & Teladan, Tazkirah | ,

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: