Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

SOLAT BERJAMAAH YG DIJARAKKAN SEMETER UTK MENGELAK PENYEBARAN COVID-19

Solat secara berjamaah yg dilakukan pada masa kini adalah berlainan dgn cara biasa dilaksanakan iaitu dgn menjarakkan antara org yg berada dlm saf solat, lebih kurang semeter dgn tujuan utk mengelak penyebaran wabak pandemik COVID-19 yg masih belum reda.

Saf jamaah dgn jarak sedemikian dgn tujuan utk mengelak penyebaran wabak pandemik antara ahli jamaah setelah dinasihati oleh pihak berautoriti seperti KKM, hukumnya adalah harus di dalam Islam. Oleh yg demikian, tidak timbul isu “solat berjamaah yg berjarak tidak ikut sunnah Nabi صلى الله عليه وسلم” kerana sifat saf solat sedemikian bukanlah diada-adakan, tetapi meraikan situasi semasa yg amat bahaya dgn penyebaran wabak penyakit yg memudaratkan.

Tidak dinafikan bahawa dalam keadaan biasa, solat secara berjamaah amat dituntut utk dirapatkan saf antara ahli jamaah, jgn bagi ada ruang antara individu yg berada di dlm saf dsb dan ini merupakan sebesar-besar tuntutan agama. Walaubagaimanapun, tuntutan ini hanyalah berbentuk istihbab (sunat) sahaja yg tidak wajib menurut pandangan ulama dlm empat mazhab.

Oleh yg demikian, meninggalkan perkara sunat disebabkan hajah (keperluan) iaitu meninggalkan perbuatan merapatkan saf kerana ditakuti penyebaran wabak pandemik COVID-19, merupakan hal yg tidak dapat dielakkan lagi buat masa kini. Di dalam karya ulama, terdapat permasalahan mengenai hukum makruh individu yg solat berjamaah yg safnya dipisahkan dgn tiang. Justeru, menjarakkan individu dlm saf solat berjamaah ketika wabak pandemik COVID-19 ini, adalah seakan-akan permasalahan individu yg solat secara berjamaah yg kedudukan safnya terpisah antara tiang-tiang masjid. Hukumnya makruh kerana kedudukan safnnya yg terputus disebabkan tiang masjid. Namun begitu, terdapat sedikit perbezaan dgn situasi solat berjamaah yg dijarakkan dlm saf pada masa kini kerana keperluan disebabkan wabak pandemik COVID-19, hukum makruh itu telah bertukar menjadi harus kerana hajah (keperluan).

Hukum ‘al-hajah’ di dalam Islam, apabila ianya memang wujud, maka dibolehkan utk meninggalkan perkara yg wajib sekalipun, termasuk dlm hal-hal yang ada kaitan dgn solat, apatah lagi perkara merapatkan saf di dalam solat secara berjamaah hanyalah mustahab (sunat) sahaja, lagi-lagilah dibolehkan dlm situasi hajah utk mengelak penyebaran wabak pandemik COVID-19.

Berdasarkan perbincangan di atas, solat berjamaah yg mana kedudukan safnya dijarakkan antara individu, dlm situasi biasa, sah solat tersebut walaupun tanpa keperluan. Apatah lagi, solat berjamaah yg dijarakkan safnya disebabkan wabak pandemik yg melanda kini, lebih-lebih lagilah dibolehkan dan sah. Oleh yg demikian, tidak timbul isu “solat berjemaah yg dijarakkan buat masa ini tidak ikut sunnah” kerana menerusi ajaran Nabi صلى الله عليه وسلم sendiri, ketika umat Islam menghadapi situasi getir yg di luar kebiasaan dan termasuk dlm kategori hajah, maka perkara yg wajib dibenarkan utk ditinggalkan, apatah lagi perkara yg sunat.

Itulah keluasan “sunnah” yg diajarkan oleh Nabi صلى الله عليه وسلم kepada umatnya dlm meraikan pelbagai situasi dan zaman.

Wallahua’lam.

Sumber: FB Ustaz Zaref Shah Al HaQQy

23/05/2020 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: