Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

KHUTBAH SETELAH SOLAT SUNAT HARI RAYA

Tidak lama lagi kita akan menyambut hari raya Aidilfitri. Sambutan tersebut bakal dilaksanakan dgn sederhana memandangkan ramai yg tidak dapat balik kampung berhari raya. Selain itu, solat sunat hari raya pada kali ini dilakukan di rumah masing-masing kerana wabak pandemik COVID-19 yg belum pulih sepenuhnya.

Ramailah nanti imam2 interim utk solat sunat hari raya pada tahun ini. Utk menjadi imam, mungkin tiada masalah bagi kebanyakan org, tetapi utk berkhutbah mungkin agak kekok sedikit oleh sesetengah individu. Apa2 pun teks khutbah hari raya telah pun disediakan oleh pihak2 tertentu. Imam interim ini hanya perlu membaca teks khutbah itu sahaja.

Di sini saya ingin berbicara ttg status khutbah hari raya apabila kita melaksanakan solat sunat hari raya di rumah. Saya dapati terdapat dua pandangan mengenainya.

Pertama mengatakan bahawa khutbah itu tidaklah disyaratkan, tetapi disunatkan apabila dilakukan solat sunat hari raya secara berjamaah bersama ahli keluarga. Pandangan pertama ini adalah berdasarkan mazhab al-Shafi’i [Mughni al-Muhtaj: 1/589]. Hal ini adalah bagi mengikuti sunnah Nabi صلى الله عليه وسلم dan para Khulafa’ al-Rashidin yg mana setiap kali mereka mengerjakan solat sunat hari raya, maka akan diikuti setelah itu oleh dua khutbah. Bagi mazhab al-Shafi’i, tiada beza antara solat sunat secara berjemaah yg dilakukan oleh mereka yg bermukim atau bermusafir, ianya tetap disunatkan berkhutbah setelah mengerjakan solat sunat hari raya.

Pandangan kedua, khutbah setelah solat sunat hari raya yg dilakukan di rumah walaupun secara berjamaah adalah tidak disyariatkan. Hal ini kerana dilihat kepada tujuan asal solat sunat hari raya diadakan iaitu bertujuan menghimpunkan org ramai di satu tempat seperti masjid, musalla atau tanah lapang, lalu dgn sebab perhimpunan itu diadakan khutbah setelahnya yg disampaikan oleh imam solat sbg wakil ulil amri. Jika di rumah, maka maksud asal perhimpunan itu sudah tiada lagi dan dengan sendirinya tidak sesuai diadakan khutbah setelahnya.

Berdasarkan pandangan kedua ini, sebab diadakan khutbah itu adalah kerana perhimpunan org ramai di satu tempat yg memang dikhaskan utk berhimpun. Jadi, apabila solat sunat itu dikerjakan di rumah yg bukan tempat perhimpunan org ramai, hanya sekadar ahli keluarga sahaja, maka tidak disyariatkan atau tidak disunatkan utk berkhutbah setelah solat sunat hari raya. Berdasarkan riwayat daripada Anas bin Malik, satu ketika beliau terluput dari solat sunat hari raya bersama imam, maka beliau menghimpunkan ahli keluarganya utk solat sunat hari raya bersama-sama di rumah. Berdasarkan riwayat ini, tidak disebutkan pula beliau mengadakan khutbah setelah solat sunat itu dikerjakan. Pandangan kedua ini dipegang oleh mazhab Hanbali dan Maliki serta Imam al-Bukhari di dalam karya sahihnya.

Berdasarkan dua pandangan yg berbeza ini maka kita di Malaysia yg mengamalkan mazhab Shafi’i, bagi situasi solat sunat hari raya yg diadakan di rumah kerana halangan ke masjid disebabkan wabak COVID-19, sekiranya dilakukan secara berjamaah bersama ahli keluarga, maka disunatkan utk berkhutbah setelah itu. Walau bagaimanapun tanpa khutbah, solat tetap sah kerana khutbah bukanlah syarat sahnya solat. Oleh yg demikian, apabila ianya sunat, maka elok kita mengamalkannya daripada mengabaikannya di pagi hari raya nanti. Namun, jika tidak confident utk berkhutbah atau kerana sbb2 yg lain, maka tidak mengapa tidak melaksanakannya.

Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat umat Islam di Malaysia.

Wallahua’lam

Sumber: FB Ustaz Dr Murshidi Mohd Noor

22/05/2020 - Posted by | Ibadah, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab)

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: