Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Hukum Sedekah Al-Fatihah Kepada Nabi S.a.w -Bahagian 1

Ibnu Hassan Al-Qusyasyi

Tuntutan: “Pada Menyatakan Hukum ‘Harus’ Menghadiahkan Pahala Bacaan Surah Al-Fatihah Dan Seumpamanya ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Serta Mengucapkan Lafaznya (al-Fatihah), Bertujuan Untuk Menambah Kemuliaan Baginda.”**

Terjemahan Oleh: Mohammad Taha Hj. Hassan

(Soalan )10. (Imam Ibnu Hajar al-Haitami) ditanya: Berkenaan seorang lelaki yang mengucapkan ‘al-Fatihah’ bertujuan untuk menambahkan kemuliaan nabi Muhammad s.a.w. (bersedekah membaca al-Fatihah). Kemudian bangun seorang lelaki daripada kalangan ahli ilmu (setelah mendengar ucapan itu), lantas berkata kepada lelaki tersebut: “Kamu telah kafir! Jangan ulangi kata-katamu ini, (ucapan sedekah al-Fatihah). Sekali lagi ia boleh mengkafirkan kamu!!”

Adakah (benar) perkara tersebut? Adakah harus untuk mengatakan kepada seseorang yang menlafazkan ucapan (sedekah) al-Fatihah tersebut sewenang-wenangnya boleh mengatakan “Kamu telah kafir” atau “Kamu kafir”? Apakah balasan (hukuman) yang mesti dikenakan ke atas orang yang melemparkan ungkapan ‘kafir’ tersebut? Pada masa yang sama, sangkaan beliau adalah merupakan daripada kalangan ahli ilmu?

Maka saya (Imam Ibnu Hajar al-Haitami) menjawab – Semoga Allah meluaskan kedudukan (kekalan dan kewujudan) nabi Muhammad s.a.w. serta memanfaatkan ilmu dan keberkatannya – Bukanlah lelaki yang mengatakan sedemikian rupa (lafaz kafir) kepada lelaki yang mengungkapkan ‘al-Fatihah’ (hingga seterusnya) adalah merupakan ciri seorang daripada kalangan ahli ilmu, bahkan kata-kata dan keingkarannya menunjukkan bahawa itu adalah kejahilan dan keterlampauan dirinya. Sesungguhnya beliau tidak memahami apa yang dikatakan dan tidak pula mengetahui apakah kesan (akibat) yang akan dikenakan ke atas dirinya tentang perkara tersebut berdasarkan ketetapan ulama terhadap kejahilan dan kefasikan dirinya. Ketetapan ulama ke atas dirinya (orang yang mengatakan kafir) adalah di sebabkan sikap ‘At-Tahawwur’ (terlalu cepat memutuskan hukum tanpa dalil yang lengkap dan fahaman yang benar). Bagaimana beliau mengkafirkan seorang muslim, di mana tiada seorang pun yang mengkafirkannya? Bahkan kedapatan pendapat daripada sekumpulan ulama Mutaqaddimin (terdahulu) dan Mutaakhirin (terkemudian) yang menyatakan hukum ‘Istihsan’ (perkara yang dilihat baik) pada perkara tersebut (sedekah al-Fatihah). Seperti mana akan saya jelaskan pada anda berkenaan kalam mereka (tentang perkara ini).

Oleh yang demikian, sekiranya beliau (orang yang berkata kafir) itu bertujuan mengkafirkan atas nama agamanya (Islam) dengan ungkapan kafir (kafir secara sengaja), maka beliau juga turut kafir, dan hendaklah dipancung lehernya jika beliau tidak bertaubat. Kerana beliau menamakan Islam itu kafir. Sekiranya beliau tidak bermaksud untuk mengkafirkannya atas nama Islam, ‘haram’ ke atasnya terhadap keingkaran yang dilakukan. Di samping beliau berhak mendapat hukuman dan ‘Ta’dib al-Baligh’ (tindakan tata tertib dan adab disiplin yang ketat) serta ‘wajib’ ke atas hakim Syariah al-Mutahharah untuk melaksana –Semoga Allah memberi petunjuk dan membawanya ke jalan kebaikan- hukuman dan ta’zir ke atasnya, berdasarkan kesesuaian terhadap keterlampauannya yang buruk serta ‘Tahawwurat’ yang dahsyat ini.

Telah sampai (khabar) kepada saya (Imam Ibnu Hajar al-Haitami) bahawa sesungguhnya lelaki tersebut dihukum (balasan) dengan (lontaran yang sama oleh hakim syariah) iaitu hukuman ‘kafir’. Dan beliau diminta untuk bertaubat serta disuruh untuk melafazkan 2 kalimah syahadah (untuk memperbaharui Islamnya). Dan ini adalah kesilapan daripada dirinya sendiri di sebabkan keterlampauan melakukan dosa, kefasikan dan berkelakuan buruk terhadap Allah s.w.t dan nabi Muhammad s.a.w serta syariatnya yang agung, di mana berlaku sesuatu pada syariat Allah s.w.t satu perkara yang tidak pernah berlaku sebelumnya (iaitu isu mengkafirkan orang Islam yang lain tanpa sebab).

Sekiranya dakwaan kafirnya itu selamat (betul) sekalipun, adalah menjadi suatu kewajipan padanya untuk mengenal (mengajar) kepada orang awam (yang tidak mengetahui) terhadap perkara tersebut. Sekiranya (mereka) taat pada ajaran tersebut, maka ia adalah satu perkara yang jelas. Dan sekiranya bertentangan dengannya (perkara yang dilakukan oleh orang awam), maka larangilah ia. Dan ada pun apabila berlaku keadaan secara tiba-tiba terkeluar daripada (mulut) orang awam tersebut, satu kalimah yang tidak difahami seorang pun melainkan ia bertujuan untuk memuliakan dan memberi penghormatan untuk kedudukan nabi Muhammad s.a.w yang tinggi (terpuji), dalam masa yang sama seseorang telah mengkafirkannya (orang awam) atau mengungkapkan kalimah seumpamanya (seperti musyrik), di sebabkan hanya kalimah yang keluar daripada mulut orang awam tersebut, maka ia menunjukkan kejahilan dan kebodohan orang (si pendakwa) tersebut. Sesungguhnya beliau tidak mengetahui syarat Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar serta sebab yang membawa kepada kekufuran manusia dan perkara yang tidak mengkufurkannya. Cukuplah, anda sebagai saksi terhadap apa yang berlaku tentang permasalahan yang banyak diperkatakan oleh ulama mengenainya (masalah sedekah al-Fatihah), di samping ketidakcukupan (terhimpun) ilmu lelaki ini (orang yang mendakwa kafir). Dan tiada penyelesaian pada lelaki tersebut terhadap perkara yang difahaminya. Oleh yang demikian, beliau hendaklah merujuk perkara yang tidak diketahui kepada ahlinya yang mengetahui (ulama) untuk mereka menerangkan kepadanya berkaitan hukum dan kalam ulama tentang perkara tersebut. Bukanlah perkara ini satu cipta reka dari ulama Mutaakhirin, bahkan ia ada dinyatakan oleh ulama agung daripada kalangan Mutaqaddimin seperti imam al-Hulaimi dan sahabatnya imam al-Baihaqi. Cukuplah bagi anda untuk kedua orang imam yang hebat ini serta pengikutnya daripada kalangan ulama Mutaakhirin, iaitu seorang penyunting mazhab (yang terkenal) imam Abu Zakaria Nawawi Rahimahullah Ta’ala, di dalam kitabnya ‘Raudhah’ dan ‘Minhaj’.

Beliau (imam Nawawi) berkata di dalam kedua-dua kitabnya;

( صلى الله عليه وسلم وزاده فضلا وشرفا لديه )

Bermaksud: “Allah berselawat dan memberi salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w., dan ditambahkan penghormatan serta kemuliaan di sisinya (Allah s.w.t)”.

Cukuplah untuk anda dengan 2 kitab ini, seolah-olah orang yang mengingkari tidak pernah membaca isi yang terkandung di dalam kitab al-Feqh (mana-mana mazhab yang muktabar) dan tidak pula al-Minhaj (mazhab khas imam Syafie). Inilah keadaan orang yang mengkafirkan orang lain, bagaimana beliau begitu mudah (cepat) dengan mengingkari perkara ini serta memutuskan sesuatu hukum tanpa dalil yang lengkap dan fahaman yang benar?! Jika anda mengetahui (merujuk) tentang penjelasan imam Nawawi mengenainya (sedekah al-Fatihah) di dalam kedua kitab ini (Raudhah dan Minhaj), yang mana keduanya adalah merupakan (sandaran & rujukan kitab) bagi penghulu mazhab (mazhab imam Syafie), nescaya anda mengetahui kebatilan dakwaan pengingkaran terhadap orang yang jahil ini.

Sesungguhnya sangkaan beliau mengenai ‘penambahan kemuliaan’ untuk nabi Muhammad s.a.w itu adalah merupakan kedudukan asal baginda yang kurang (rendah), hanyalah tanggapan yang batil dan tiada dalil mengenainya. Sebagaimana (kenyataan ini) telah dijelaskan oleh 2 tokoh imam yang hebat, iaitu imam Hulaimi dan imam al-Baihaqi terhadap penyelewengan dan kebatilannya. Ibarat (contoh) yang pertama seperti yang terkandung di dalam kitab Syua’b al-Iman: Apabila kita berkata:

“للهم صل على محمدا”

Maka, sesungguhnya kita (sebenarnya) menginginkan: “Ya Allah! Kurniakan keagungan nabi Muhammad s.a.w di dunia dengan mengangkat sebutan (namanya), menzahirkan agamanya (Islam), mengekalkan syariatnya. Dan di akhirat pula dengan mendapat syafaat baginda nabi untuk umatnya, diberikan ganjaran dan pahala, mendahulukan kemuliaannya daripada umat-umat yang terdahulu dan yang terkemudian dengan kedudukan yang terpuji serta kebersamaannya dengan kumpulan al-Muqarrabin yang menyaksikan (kewujudan dan kesaan Allah s.w.t).”

Berkata imam al-Hulaimi: “Dan inilah perkara-perkara yang telah Allah s.w.t wajibkan (memberikan kelebihan) untuk nabinya Muhammad s.a.w (hak untuk baginda), dan setiap sesuatu dari kelebihan tersebut memiliki darjat dan kemuliaan. Sesungguhnya harus hukumnya jika salah seorang daripada umatnya berselawat, kemudian memohon kepada Allah s.w.t untuk memperkenankan doanya dengan (susunan ayat pujian) bagi menambahkan kemuliaan nabi pada setiap perkara (keadaan) yang kita namakan sebagai kedudukan dan darjat (yang mulia). Dan inilah tujuan maksud selawat yang sebenar, iaitu menunaikan hak nabi s.a.w dan mendekatkan diri dengan ucapan selawat kepada Allah s.w.t. Seterusnya, kenyataan yang menunjukkan di atas ucapan kita;

“اللهم صلى على محمد صلاة منا عليه”

Sesungguhnya kita tidak memiliki untuk sampai ke tahap hakikat selawat Allah s.w.t ke atas junjungan nabi terhadap apa yang diagungkan oleh Allah s.w.t untuk kemuliaan darjat serta kedudukan baginda di sisinya. Itu semua tertakluk di bawah kekuasaan Allah s.w.t. Maka, benarlah bahawa selawat kita untuk nabi s.a.w adalah ‘doa’ untuk baginda serta pengharapan daripada Allah s.w.t untuk pujian padanya.” – selesai kalam al-Hulaimi di dalam kitabnya Syua’b.-

Perhatikan kata-kata imam al-Hulaimi:

“وإجزال أجره ومثوبته”

Bermaksud: “Limpahkan ganjaran dan pahalanya.”

Dan ungkapannya:

“أن يزاد النبي صلى الله عليه وسلم”

Bermaksud: “(Untuk) ditambahkan ( kedudukan) nabi s.a.w.…”, hingga ke akhirnya.

Anda akan dapati secara jelas (terhadap ungkapan imam al-Hulaimi), bahawa sesungguhnya penambahan kedudukan (kemuliaan) nabi Muhammad s.a.w dapat diterima dari segi perkara ‘pahala’ dan selainnya, berikutan (hasil) dari perkara-perkara yang boleh menambahkan kemuliaan dan kebesaran baginda s.a.w. Perkara ini dikuatkan lagi, bahawa sesungguhnya baginda nabi s.a.w adalah makhluk yang paling sempurna dan paling baik di kalangan mereka sehingga tidak dapat dibilang dan dikira ciri-ciri pujian kesempurnaannya yang tinggi. Bahkan kedudukan baginda sentiasa bertambah terhadap pujian tersebut dan tiada had ke penghujungnya. Kedudukan demi kedudukan yang mulia hasil dari (doa dan pujian tersebut), ia tidak dimaklumkan (diketahui) ke atas diri orang tersebut (lelaki yang bersedekah al-Fatihah) dan yang mengetahui keadaan tersebut hanyalah Allah s.w.t. Oleh yang demikian, sifat kesempurnaan baginda nabi s.a.w bersama keagungan Allah s.w.t tidak melarang (lelaki tersebut) untuk menyampaikan hajatnya bagi menambahkan lagi lebih banyak, ketinggian serta (keadaan) berterusan pujian kepada nabi atas kurniaan (kelebihan) Allah s.w.t daripada sifat pemurah dan kemuliaannya. Sesungguhnya tiada penghujung bagi kekayaan Allah s.w.t yang luas dan tidak pula (kurang) kepada sifat kesempurnaan nabi Muhammad s.w.t terhadap kurniaan yang telah dianugerahkan pada perkara tersebut (pujian).

Dan ibarat imam al-Baihaqi pada tafsirnya:

“السلام عليك أيها النبي”

Dan berkemungkinan ia bermaksud: السلامة “Al-Salamah” (yakni keselamatan); iaitu Allah s.w.t berkehendakkan ke atasmu (nabi Muhammad s.a.w) سلام Salam (keselamatan/kesejahteraan). Seterusnya, kalimah السلام ‘al-Salam’ seperti terdapat pada (susunan) kalimah المقام ‘al-Maqam’. Dan المقامة “Al-Maqamah” bermaksud: “Allah menyelamatkan kamu daripada celaan (kecaman) dan kekurangan.”

Maka, apabila anda mengatakan;

“اللهم سلِّم على محمد”

Sesungguhnya anda berkehendakkan: “Ya Allah, tuliskan (takdir di Luh Mahfuz) untuk nabi Muhammad s.a.w terhadap dakwah, umat serta sebutannya, ‘SELAMAT’ dari setiap kekurangan. Maka, ‘tambahkan’ kemuliaan seruan dakwahnya (tauhid, syariat dan agama) pada hari-hari yang berlalu, keberkatan untuk umatnya serta ditinggikan sebutan (nama dan darjatnya),” –selesai-

20/05/2020 - Posted by | Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | ,

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: