Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

BEBERAPA ASAS DAN Q & A MENGENAI METHOD SIFAT 20 (20 ATTRIBUTES)

Terdapat beberapa persoalan lazim mengenai method sifat 20, dan juga tersebar beberapa persoalan mengenai apakah bentuk asas aqidah yang perlu diajarkan kepada anak² kita sedari kecil, tulisan kecil ini (dengan sedikit penambah baikkan) adalah sedikit sumbangan saya mengenainya, asalnya ditulis pada 14شعبان 1438, kira² tiga tahun yang lalu, semoga manfa’at..

اللهم إنى أسالك علما نا فعا ورزقا طيبا وعملا متقبلا

“Wahai Allah, Sesungguhnya aku memohon daripada-Mu Ilmu yang bermanfa’at, rezeki yang baik dan amalan yang diterima”

(رواه ابن ماجه)

1. Bila disebut sifat 20, maka kita perlu tahu bahawa ia adalah huraian sifat Allah سبحانه وتعالى secara tafsil (detail), adapun sifat-sifat lain semisal الرحمن dan الرحيم, merupakan Sifat² atau Nama² Allah سبحانه وتعالى yang diketahui dgn jalan ijmal (ringkas) dan mestilah disikapi berlandaskan konsep sifat 20 ini juga (akan diterangkan kemudian), jadi tidak timbul persoalan “takkan sifat Allah سبحانه وتعالى ada 20 sahaja?

2. Kesemua Sifat² ini samada diketahui dgn Jalan Tafsil mahupun Ijmal merupakan Sifat² Kamalat (kesempurnaan bagi Allah سبحانه وتعالى), kita lihat nanti bagaimana Ia menjadi Sifat² Yang Sempurna bagi Allah سبحانه وتعالى sepertimana Firman-Nya..

فسبح باسم ربك العظيم..

3. Kerana itulah ia hanya berpaksikan kepada Sifat² dari Nas² yang Muhkamat (terang dan jelas maksudnya) dan bukan kepada Nas² yang samar-samar atau Mutasyabihat..

هو الذي أنزل عليك الكتب منه ءايت محكمة هن ام الكتب وأخر متشبهت…

4. Urutan Sifat 20 ini saling memperkuat antara satu sama lain, samada ia dibahaskan dari sudut Aqli mahupun Naqli, dan yang pastinya dalil Aqli tidak diambil secara membuta tuli dan sembrono kerana ia mestilah selari dan tidak bertentangan dengan dalil Naqli..

5. Contohnya jika anak² kita tanya bagaimana Sifat Allah سبحانه وتعالى yang Maha Mendengar itu, saya akan tanya dia dengar tak apa yang saya bisikkan di dalam hati?, atau dia tahu tak apa niat saya, maka mereka akan tahu adalah tidak masuk akal untuk dia tahu hal² sebegitu, hal ini tidak bertentangan dengan Firman Allah سبحانه وتعالى semisal..

قل اللهم فا طر السموت والأرض علم الغيب والشهادة..

“Ucapkanlah (Wahai Muhammad) : Wahai Tuhan yang Menciptakan langit dan bumi! Yang Mengetahui perkara² yang ghaib dan yang nyata…”

(سورة الزمر : ٤٦)

ان الله سميع عليم..

“Sesungguhnya Allah Amat Mendengar lagi Amat Mengetahui”

(سورة البقرة : ١٨١)

Seterusnya kita akan lihat bagaimana Sifat² ini wajib difahami melalui Sifat 20..

5.1. Apabila disebut Allah سبحانه وتعالى Maha Mendengar, wajib difahami bahawa Ia adalah Sifat yang قائم بذاته (Qadim berdiri pada Zat Allah سبحانه وتعالى) – keadaan Wujudnya sama seperti wujudnya Allah سبحانه وتعالى, sedangkan Wujud Allah سبحانه وتعالى itu Tiada dikeranakan dengan suatu kerana dan bukanlah ia dari tiada kepada ada (لم يلد و لم يولد)

5.2. Sifat Maha Mendengar itu Wajib Tiada bagi-Nya Permulaan (هو الاول والاخير) dan Tiada juga bagi-Nya Kesudahan (ويبقى وجه ريك ذو الجلال والإكرام) – iaitu tidak didahului dengan tiada (قدم) dan tidak pula binasa (بقاء)

5.3. Sifat Maha Mendengar Allah سبحانه وتعالى itu wajib ia bersalah²an dengan segala yang baharu, ia tidak memerlukan alat dan medium pendengaran sepertimana manusia dan sedia ada Mendengar sebelum makhluk diciptakan (مخالفته تعلى للحوادث) dan (قيا مه بنفسه)

5.4. Sifat Maha Mendengar Allah سبحانه وتعالى adalah وحدة iaitu Tunggal dan tidak berbilang², tiada satupun yang sama dengan Sifat-Nya ini secara mutlak walhal pendengaran lain berhajat kepada Anugerah-Nya – وحدنيه

Kesemua ini dirangkum melalui kaedah penistidlalan Imam Abu Hasan Al-Asy’ari رحمه الله didalam ayat وكل شيء احصيناه فى امام مبين yang menetapkan kemustahilan bagi Allah سبحانه وتعالى itu berjuzuk² atau berbilang² (وحدنيه) dan Mustahil juga bagi Zat dan Sifat²-Nya itu berpenghujung (لا نهاية), yang menerangkan Sifat قدم dan بقاء

Ia juga seperti maksud yang pernah di tulis oleh Imam At-Tohawi رحمه الله didalam kitabnya العقيدة الطحاوية didalam sebuah matan yang berbunyi..

هو حميد قبل وجود الحا مدين…

Bermaksud Sifat “Maha Terpuji” Allah سبحانه وتعالى itu Wujud sebelum wujudnya segala pujian² makhluk kepada-Nya, begitulah difahami kesemua Sifat² Allah سبحانه وتعالى yang lain yang قائم بذاته أو بنفسه seperti الرحمن الرحيم, dengan cara inilah sahaja pujian² terhadap Allah سبحانه وتعالى itu dapat diletakkan ditempat yang wajar dan dengan KeAgungan-Nya yang sempurna sepertimana didalam maksud ayat فسبح بسم ربك العظيم..

6. Ayat-ayat yang samar maksudnya dari Nas² yang mutasyabihat mestilah di rujuk-silang kepada Nas² yang bersifat muhkamat seperti perintah Allah سبحانه وتعالى dalam ayat 7 didalam سورة آل عمران , menterjemah dan mentafsirkan maksud ayat-ayat tersebut tanpa sandaran dari ayat-ayat yang Muhkamat semisal ليس كمثله شيء dan ولم يكن له كفوا أحد boleh mencondongkan keyaqinan manusia ke arah kesesatan..

فا ما الذين فى قلو بهم زيغ فيتبعون ما تشبه منه ابتغاء الفتنة وابتغاء تاءويله

“Adapun orang² yang ada didalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar² daripada Al Quran untuk mencari fitnah dan mencari² takwilnya”

7. Usah bersikap skeptik kepada istilah² atau terma², sebaliknya lihatlah kepada dalil-dalilnya, sebagai cth ada yang mempertikaikan dari mana datangnya kalimah القدم yang bermaksud Sedia Ada, sedangkan Dalil Naqli kepada Sifat tersebut ada didalam ayat 3 سورة الحديد…

8. Keadaan dan bentuk dalil yang saling memperkuat diantara satu sama lain ini menyebabkan penyusunan qaedah sifat 20 ini menjadi utuh dan jazam disisi umat islam, yang bergerak atas Dalil² Aqli dan Naqli dari Al Quran dan hadith² Nabi صلى الله عليه وسلم

9. Anak-anak kecil yang belum tahu membaca Al Quran pun sudah boleh mula mengenal Tuhan dengan dalil-dalil Aqli, bukankah kita sebagai ibu ayah selalu mengatakan bahawa setiap musibah yang berlaku keatas mereka itu sebagai tanda kasih sayang Allah سبحانه وتعالى?

Kerana itulah lafaz taukid didalam ayat إن الله معنا (SESUNGGUHNYA Allah سبحانه وتعالى bersama² kita) dan didalam ayat وإذا سألك عبادي عنى فإنى قريب (Dan apabila hamba²ku bertanya kepadamu tentang Aku, SESUNGGUHNYA Aku sentiasa hampir kepada mereka) itulah yang perlu diajarkan kepada anak² kita..

9.1. Apabila mereka lelah dan penat (demotivate) didalam beribadah, katakan kepadanya bahawa Allah سبحانه وتعالى dekat dan amat menyayanginya walaupun pada hakikatnya mereka belumpun di taklif dengan apa jua hukum sekalipun

9.2. Apabila mereka ditimpa dengan musibah yang berat dan seakan² tidak tertanggung katakan kepadanya Allah سبحانه وتعالى amat dekat dan memberikan ujian² tersebut dengan hikmah disebalik, inilah yang selalu saya ingatkan kepada Afi atas kehilangan kedua ibu ayahnya diusianya yang masih kecil..

9.3. Walhal tidak salah sama sekali mengajarkan antara intipati syahadah ini kepada para muallaf agar mereka sentiasa menyaqini Allah سبحانه وتعالى sentiasa Dekat dan bersama² mereka, bukankah ucapan² seperti ini yang sering dilafazkan untuk merasakan diri berTuhan? itulah yang diisyaratkan dari kalam Nabi صلى الله عليه وسلم terhadap sahabatnya Sayyidina Abu Bakar رضي الله عنه ketika diuji…

10. Kemudian apabila usia mereka menginjak dewasa, sudah menjadi hal yang utama diketahui dan dihafal sekelian dalil-dalil naqli kepada sifat 20 ini apabila seseorang itu sudah pandai membaca Al Quran untuk memperteguhkan keyaqinannya..

11. Memberikan hanya dalil Aqli semisal bukti kewujudan Allah سبحانه وتعالى adalah dengan adanya alam ini dan kemudian diyaqini dengan jazam, sudah cukup melepaskan aqidah anak² kita dari taqlid, apabila dia meningkat remaja, diketahui pula sekelian dalil² naqlinya, dan apabila mereka diuji katakanlah Allah سبحانه وتعالى itu sentiasa dekat dan bersama² mereka, maka lama kelamaan keyaqinannya akan bertambah sehinggalah nanti dia pergi menemui Ilahi dalam keadaan hati yang redha, bersih dari sebarang syirik dan keraguan sepertimana maksud ayat² semisal..

الا من اتى الله بقلب سليم

“Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan munafiq)”

(سورة الشعراء : ٨٩)

ارجعى إلى ربك راضية مرضية

“Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan), lagi di Redhai (disisi Tuhanmu)!”

(سورة الفجر : ٢٨)

Inilah sebenarnya yang kita semua harapkan, hati yang redha itu hasil dari Iktiqad yang Jazam serta teguh, anggaplah nukilan ini sebagai isyarat kepada betapa itulah bentuk keprihatinan kita sebagai ibu atau ayah kepada anak-anak kita sendiri..

والله أعلم بالصواب…

Ustaz Muhammad Al Amin Muhamad

19/05/2020 - Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Ibadah | ,

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: