Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

PERBEZAAN ANTARA FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH: SOLAT JUMAAT DLM MASA COVID-19

Kedua-dua perkara ini iaitu fardu ain dan fardu kifayah wajib dilaksanakan oleh setiap mukallaf.

Perbezaan antara kedua-duanya ialah fardu ain wajib dilakukan oleh setiap muslim yg mukallaf. Seseorang yg melakukan fardu ain maka ia sudah terlepas daripada kewajipan utk menunaikannya, tetapi org lain yg masih belum melaksanakannya, maka masih tidak terlepas daripada kewajipan tersebut. Justeru dlm hal ini, tidak mungkin sama sekali hukum fardu ain itu berpindah kepada hukum fardu kifayah. Selamanya tidak akan berpindah hukum antara kedua-duanya kerana masing-masing bertanggungjawab utk melaksanakannya.

Adapun fardu kifayah, apabila ada sebahagian masyarakat telah melaksanakannya, maka gugur hukum wajib ke atas org lain utk menunaikannya. Sekiranya tiada siapa yg melaksanakan kewajipan fardu kifayah itu, maka kesemua org yg berada di sesuatu kawasan akan berdosa kesemuanya. Fardu kifayah boleh berpindah kpd fardu ain dlm hal2 tertentu seperti dlm kes amar ma’ruf nahi mungkar iaitu apabila seseorang ternampak kemungkaran berlaku di hadapannya tetapi orang lain tidak nampak, maka wajib ain ke atasnya mengubah kemungkaran itu walaupun hukum asalnya adalah fardu kifayah.

Berdasarkan perbezaan dua perkara ini maka timbul persoalan mengenai solat Jumaat pada masa COVID-19. Bagaimana kita hendak mengaitkan kedua-dua ini dgn isu solat Jumaat yg didirikan pada masa COVID-19? Adakah hukum fardu ain solat Jumaat telah berpindah kepada hukum fardu kifayah? Di atas, kita telah nyatakan bahawa hukum fardu ain selama-lamanya tidak boleh berpindah kpd hukum fardu kifayah. Namun begitu, ada segelintir yg berpandangan bahawa hukum solat Jumaat pada masa COVID-19 ini telah pun berpindah menjadi fardu kifayah. Kenyataan sebegini agak mengelirukan kerana tiada mana-mana ulama pun yg menyebutkan demikian.

Berdasarkan permasalahan di atas timbul persoalan, adakah ketika COVID-19 ini, hukum org yg tidak mengerjakan solat Jumaat dikira berdosa, sehingga perlu ada sekumpulan org lain menggalas tanggungjawab itu utk mendirikan solat Jumaat? Jika begitu keadaannya, adakah apabila ada sekumpulan org lain menunaikan solat Jumaat pada masa COVID-19 ini, maka gugur dosa org lain yg tidak solat Jumaat kerana dianggap berdosa tidak melaksanakannya? Selain itu, tidakkah ulama kontemporari telah pun berfatwa bahawa solat Jumaat ketika COVID-19 ini gugur kewajipannya sebab ada keuzuran, kerana virus ini sangat merbahaya apabila org ramai berkumpul dlm sekala yg ramai seperti kes solat Jumaat? Jika beginilah fatwa yg dikeluarkan, tidakkah jika tidak dilaksanakan solat Jumaat ketika COVID-19 ini, tidak berdosa walaupun dlm tempoh yg lama?

Bagi meraikan situasi kini yg mana solat Jumaat telah pun dibenarkan dilaksanakan dgn mematuhi SOP yg ditetapkan, mungkin lebih elok kita jawab begini, sebenarnya hukum fardu ain solat Jumaat tidaklah berpindah kpd fardu kifayah dlm situasi apa pun termasuklah kes COVID-19 ini. Kewajipan solat Jumaat bagi setiap muslim hukumnya tetap fardu ain, cuma dlm situasi kini, gugur kewajipannya disebabkan wabak COVID-19 yg melanda dunia, sifatnya yg sangat merbahaya dan boleh mengancam nyawa manusia. Oleh itu, kewajipan solat Jumaat gugur disebabkan hal tersebut, lalu diganti dgn solat Zohor.

Adapun ulil amri membenarkan sekumpulan org mendirikan solat Jumaat dlm bilangan tertentu, maka hal ini kerana mengambil kira permintaan org ramai agar solat Jumaat tetap dilaksanakan walaupun dlm jumlah yg minima kerana solat Jumaat merupakan salah satu syiar Islam yg tidak patut diabaikan. Hal ini kerana daripada tidak dikerjakan langsung solat Jumaat, maka lebih afdal dikerjakan juga walaupun dlm bilangan jemaah yg minima. Apabila cukup bilangan minima, maka telah cukup syarat utk mendirikan solat Jumaat bagi tertegaknya syiar Islam itu walaupun dalam keadaan yg tidak sempurna.

Cumanya hukum sebilangan orang yg mengerjakan solat Jumaat itu adakah dikira sbg fardu ain ke atas mereka atau terdapat hukum lain, tidak dijelaskan oleh mana-mana fatwa di Malaysia. Apa yg pasti, mereka yg tidak diarahkan utk solat Jumaat pada masa tempoh COVID-19 ini sememangnya tidak menanggung apa2 dosa kerana terdapat keuzuran. Tidak berdosa itu bukan disebabkan adanya kumpulan org yg mendirikan solat Jumaat, maka gugur dosa org lain, tetapi mmg hukum asalnya tidak berdosa disbbkan uzur syar’i.

Akhir kalam, kita perlu memahami isu ini dgn sebaiknya agar perlaksanaan ibadah kita dilakukan dgn sebaiknya, dan memperolehi rahmat serta reda-Nya. Tingkatkan amal ibadah kita pada sepuluh hari dan malam terakhir Ramadan ini agar kita memperoleh maghfirah-Nya.

Wallahua’lam.

Sumber:FB Ustaz Dr Mohd Murshidi Mohd Noor

15/05/2020 - Posted by | Berita dan Isu Semasa, Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) |

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: