Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

TAQRIB SALAF-KHALAF??

Ada satu kumpulan di Malaysia ni berusaha utk taqrib Salaf-Khalaf di Malaysia. Tetapi saya kurang pasti kumpulan ini dah mempengaruhi ramai org atau belum buat masa kini. Apa pun saya dikhabarkan, mereka ini cuba bergerak berdasarkan platform politik.

Cuma saya nk tanya begini, kumpulan ini yg nk taqrib tu faham ke apa maksud Salaf? Apa definisi Salaf yg mereka pegang? Jika dari sudut zaman, generasi Salaf telah berlalu. Jika dari sudut manhaj pula, adakah ulama Khalaf tidak meneruskan manhaj generasi Salaf, lalu meninggalkan manhaj Salaf itu? Sudah tentu tidak kerana ulama Khalaf adalah penerus kepada pegangan dan pemahaman ilmu yg dibawa oleh generasi Salaf. Jika mereka dapat jawab dgn ilmiah pengertian ‘Salaf’ dgn merujuk kpd karya-karya yg dikarang oleh ulama ASWJ, maka saya pasti mereka akan dapat jawapannya. Jika mereka berkeras juga dgn definisi ‘Salaf’ yg difahami oleh mereka tanpa merujuk karya ulama ASWJ, apa guna mereka nk laksanakan usaha taqrib tersebut sedangkan definisi ‘Salaf’ pun mereka tak lepas. Definisi yg lebih dipengaruhi oleh definisi yg dilakukan oleh puak Wahhabiyah yg memusuhi ulama khalaf.

Itu baru definisi, belum aspek yg lain. Sekarang ni, cuba perhatikan pula apa usaha yg dilakukan oleh ulama kita sejak dahulu kala utk menyatukan ummah. Aliran mazhab dlm aqidah dan fiqah adalah pelbagai maka masyarakat tidak dibiarkan menganut pelbagai mazhab yg bukan ASWJ yg boleh membawa kpd perpecahan yg teruk. Masyarakat tidak akan aman apabila ada sahaja di kalangan mereka golongan Syiah, Khawarij, Liberal, Wahhabiyah yg cuba menyusup di dlm masyarakat kerana golongan minoriti ini sentiasa membawa pandangan-pandangan yg ganjil yg boleh menyebabkan kekacauan dan keresahan dlm masyarakat. Maka dikuatkuasakan undang-undang di Tanah Melayu dari sudut agama utk tujuan penyatuan ummah bahawa dari aspek aqidah aliran yg diterima pakai hanyalah Asha’irah wal Maturidiyyah, dari aspek fiqh adalah fiqh mazhab Shafi’i di samping tiga mazhab muktabar, dan tasawuf berasaskan pembawaan Al-Ghazali dan Junayd Al-Baghdadi. Tiga tunjang utama ini yg dapat menyatukan masyarakat Melayu kerana tidak akan berlaku khilaf yg besar apabila tiga tunjang dasar inj dipegang. Jika ada khilaf pun, bab2 furu’ sahaja.

Berlainan sekiranya diterima segala aliran yg masuk ke Malaysia tanpa tapisan sama sekali maka akan menyebabkan masyarakat akan berpecah dgn teruk kerana perkara khilaf yg berlaku tidak lagi soal furu’ malahan melibatkan soal usul. Khilaf ini tidak akan berkesudahan kerana golongan minoriti ini sentiasa hendak menegakkan benang yg basah walaupun berada di pihak yg salah. Justeru, apa makna usaha anda utk taqrib yg anda fikir khilaf furu’ itu kerana anda memberikan definisi yg salah terhadap perkataan ‘Salaf’ itu sendiri sehingga merebak kepada isu-isu lain yg lebih besar. Ini kerana anda sendiri tidak berhati-hati dlm soal ilmu, tetapi hendak membawa satu soal yg anda anggap bedar sedangkan hal terbabit merupakan bibit halus utk memecah belahkan masyarakat ke dalam suasana yg lebih teruk tetapi anda sulam usaha anda itu dgn “taqrib Salaf-Khalaf” sedangkan anda sedang membuka pintu perpecahan yg sebenarnya telah ditutup oleh para ulama kita sejak dahulu lagi.

Justeru, usaha yg patut anda utamakan, kembalikan masyarakat keseluruhannya kepada ASWJ aliran Asha’irah wal Maturidiyyah, fiqh bermazhab dan bertasawwuf yg muktabar. Inilah kunci penyatuan ummah yg telah pun disepakati oleh para ulama kita di alam Melayu. Jgn cuba nk bawa satu fikrah baru yg anda sendiri pun tidak pasti kesannya kpd masyarakat. Ketika ulama kita selesaikan isu ini, anda pun masih di alam roh, tidak wujud lagi pun di dunia. Apabila anda dilahirkan di dunia, anda cuba pula nk bawa benda lain lalu membelakangkan usaha yg telah dilakukan oleh para ulama kita di alam Melayu.

Wallahua’lam.

(Dari: FB Ustaz Dr Mohd Murshidi Mohd Noor)

09/05/2020 - Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | ,

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: