Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

QAWL MUKTAMAD BAHARU DLM MAZHAB SHAFI’I??

Sekadar coretan ringkas daripada saya yg daif ini mengenai pandangan yg mengatakan telah wujud qawl muktamad baharu dlm mazhab Shafi’i.

Pada pandangan saya, untuk mewujudkan qawl muktamad baru dlm mazhab Shafi’i, bukannya datang daripada mana2 ajk fatwa, kerana proses mewujudkan qawl muktamad itu mestilah datang daripada org yg selevel imam mujtahidin juga seperti Imam Nawawi, Imam Rafi’i, Imam Ibn Hajar al-Haitami, Imam al-Ramli dan seumpama mereka.

Pernah dahulu kala, dunia pernah memiliki ulama yg tersangat hebat dan alim dlm mazhab Shafi’i iaitu Sheikh Yasin al-Fadani yg jika diikutkan berdasarkan pemerhatian kita, beliau sudah tentu berkemampuan utk tarjih semula mazhab atau mewujudkan qawl muktamad mazhab Shafi’i yg baru, kerana menguasai kesemua karya-karya mazhab Shafi’i, tetapi beliau tidak lakukan demikian dan hanya bertaklid kpd mazhab al-Shafi’i sahaja.

Ini bermakna pada hemat saya, zaman utk mewujudkan qawl muktamad dlm mazhab sudah pun berlalu. Kita yg berfatwa pada zaman kini hanya merujuk kpd qawl muktamad yg telah sedia ada yg mana di Malaysia kita mengutamakan qawl muktamad dlm mazhab Shafi’i. Jika menghadapi situasi yg sukar seperti berlaku bertembungan antara maslahah, mafsadah, uzur syar’i, siyasah syar’iyyah dan sebagainya yg keadaannya berlawanan dgn kepentingan awam, maka akan dirujuk pula kepada qawl muktamad dlm tiga mazhab muktabar selain mazhab Shafi’i.

Justeru, jika ada yg beranggapan telah ada qawl muktamad baru dlm mazhab atau pun ianya diistilahkan sebagai ‘keputusan akhir jawatankuasa fatwa’, maka saya berpandangan hal yg seperti itu hanyalah sekadar melakukan ijtihad kini yg meraikan situasi semasa, bukannya qawl muktamad baru dlm mazhab. Selain itu, ketidak wajaran mengadakan qawl muktamad baru dlm mazhab kerana qawl muktamad itu telah pun dibukukan dan telah pun menjadi bahan sejarah. Oleh itu, tidak sesuai utk diadakan qawl muktamad yg baharu.

Jika nak bagi ada pun qawl muktamad baru itu, maka perlu cukup syarat, tetapi syaratnya amat ketat yg mustahil utk dipenuhi oleh ilmuwan yg ada pada zaman kini. Sehubungan dgn itu, jika hendak dikatakan juga adanya pandangan muktamad baru, kemungkinan org zaman kini perlu berfikir ke arah mewujudkan mazhab baharu sebagai mazhab kelima yg mempunyai pandangan muktamadnya yg tersendiri, mazhab yg ada ciri tersendiri yg tidak sama dgn empat mazhab yg ada. Tindakan sebegini lebih mudah difahami oleh org ramai berbanding dakwaan ttg adanya qawl muktamad yg baharu. Tetapi, sudah tentu akan menerima kritikan yg hebat kerana kemustahilan utk mewujudkan mazhab kelima.

Akhir kalam, jika hendak mewujudkan juga la qawl muktamad yg baru dlm mazhab Shafi’i, maka saya berpandangan kita perlulah berusaha melahirkan semula ulama mujtahidin mazhab Shafi’i yg setaraf Imam Nawawi, Imam Rafi’i, Imam Ibn Hajar al-Haitami, Imam al-Ramli, Sheikh Zakariyya al-Ansari, Sheikh Yasiin al-Fadani, maka barulah sesuai utk adanya qawl muktamad baru dlm mazhab. Tidak cukup sekadar jk fatwa berhimpun utk melakukan keputusan baru yg bertentangan dgn qawl muktamad yg sedia ada, lalu keputusan itu dikatakan pula qawl muktamad baharu dlm mazhab Shafi’i, maka saya berpandangan adalah tidak wajar dakwaan sedemikian.

Semoga bermanfaat coretan yg ringkas ini.

Wallahua’lam.

Olih: Ustaz Dr Mohd Murshidi Mohd Noor

08/05/2020 - Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) |

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: