Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Proses Fatwa

Saya tidaklah terlibat dgn mana2 ajk fatwa, tetapi berdasarkan apa yg saya dengar ttg beberapa proses fatwa berdasarkan pengalaman guru saya.

Justeru, bagi mereka yg terlibat dgn fatwa, saya berpandangan perlu mengikuti proses-proses berikut agar fatwa yg dikeluarkan adalah sesuatu yg berkualiti dan berwibawa. (Saya tidak tujukan kpd badan fatwa yg ada kini, tetapi ditujukan kpd mereka yg bakal terlibat dgn fatwa).

Oleh itu, apabila mereka menghadapi isu-isu yg baru, yg tidak pernah disebutkan dlm kitab2 lama, maka mereka perlulah melalui langkah-langkah seperti berikut:

1) Buka semula segala kitab dalam mazhab Shafi’i berkaitan perbincangan yg hampir sama dgn permasalahan yg baru muncul itu.

2) Jika ada kesamaan dgn permasalahan yg baru, maka boleh terus berfatwa berdasarkan apa yg terkandung di dalam kitab mazhab Shafi’i.

3) Jika tiada kesamaan dgn kemunculan benda-benda baharu disebabkan berbeza zaman, maka perlu dirujuk kepada kaedah-kaedah fiqh yg seringkali digunakan dalam mazhab Shafi’i utk merungkai permasalahan yg baru tersebut.

4) Jika permasalahan yg dihadapi begitu sukar dipraktikkan dlm mazhab Shafi’i kerana bertembung dgn maslahah, mafsadah dsb maka boleh dirujuk kpd tiga mazhab muktabar selain mazhab Shafi’i.

5) Apabila telah mendapat keputusan utk berfatwa bagi isu baru, maka bertawakkallah kpd Allah, serahkan diri bulat2 kepadaNya agar Dia memberi petunjuk dan kelapangan hati dlm berfatwa serta mengamalkan keputusan yg diambil.

Step2 sebegini merupakan perkara basic bagi mereka yg terlibat dgn fatwa. Jika tidak mengikuti step2 ini, maka fatwa yg dikeluarkan tampak agak tergesa-gesa, terlalu mengikut rentak negara luar yg berlainan situasi dgn negara kita dan sebagainya. Hal ini boleh diperhatikan mengenai isu semasa kini seperti nikah online, hukum ujian saringan COVID-19 melalui pengambilan swab bagi mereka yg berpuasa adakah batal atau tidak dan seumpamanya.

Fatwa bukanlah satu perkara yg dikejar-kejar atau menunjuk-nunjuk siapa lebih cepat, tetapi lebih kepada ketelitian dalam usaha utk mentaati syariat Allah سبحانه وتعالى.

Wallahua’lam.

Olih:FB Ustaz Dr Mohd Murshidi Mohd Noor

07/05/2020 - Posted by | Bicara Ulama, Fatwa

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: