Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Fardu Ain Dan Fardu Kifayah

Sekarang ni timbul persoalan di kalangan sebahagian masyarakat mengenai ibadah yg tidak dapat dilaksanakan dlm tempoh PKP ini sedangkan pasaraya, dan tempat2 tertentu boleh sahaja org berkumpul.

Antara ibadah yg ketara kini ialah solat Jumaat yg ditangguhkan pelaksanaannya. Dari sudut hukum, solat Jumaat adalah fardu ain, manakala solat secara berjemaah adalah fardu kifayah.

Dlm hal ini, ulil amri mengarahkan agar solat Jumaat ditangguhkan, bermakna ibadah ini tidak dapat dilaksanakan. Jika ada cadangan utk laksanakan solat Jumaat di rumah pun tidak sesuai sbb tidak cukup syarat sah solat Jumaat. Oleh itu, digantikan dgn solat Zohor sahaja. Walaubagaimanapun, solat fardu secara berjemaah masih boleh dikerjakan oleh ajk masjid dgn bilangan jamaah yg dihadkan.

Ada org bertanya, bagaimana dgn umat Islam di negara luar yg dilihat mengerjakan solat Jumaat dgn mematuhi peraturan jarak dan lain-lain perkara utk keselamatan diri, tidakkah sesuai juga dilaksanakan dlm negara kita? Kita jawab begini, mereka mengerjakan juga solat Jumaat sbb ulil amri mereka masih membenarkannya, maka mereka boleh mengerjakannya dgn mematuhi langkah-langkah keselamatan.

Jika ulil amri kita mengambil tindakan yg sama, kemungkinan hal seperti itu akan dilakukan juga di negara kita, tetapi memandangkan mafsadah lebih besar yg dilihat oleh ulil amri kita yg mungkin bakal dihadapi oleh umat Islam di Malaysia dgn solat Jumaat, maka ulil amri mengekalkan arahan utk menangguhkan solat Jumaat. Maka, dgn itu umat Islam di Malaysia hanya mengerjakan solat Zohor sahaja di tempat masing-masing utk mengelakkan pengumpulan berskala besar berlaku.

Ada org kata, kerjakanlah juga solat Jumaat di mana2 walaupun bilangan kecil bertaklid kpd mazhab lain, maka akan menghindari umat Islam daripada dosa. Bagi saya, pandangan ini adalah salah kerana solat Jumaat bukanlah fardu kifayah, tetapi ianya adalah fardu ain ke atas org lelaki. Apabila berlaku situasi uzur syar’i yg menyebkan kefarduan ini tidak dapat dilaksanakan, maka umat Islam tidak dikira berdosa sbb bukan dgn kesengajaan mereka utk meninggalkan solat Jumaat, tetapi kerana uzur syar’i.

Berlainan dgn fardu kifayah iaitu solat secara berjemaah, masih boleh dikerjakan di Malaysia. Namun begitu, bilangan jamaahnya dihadkan kepada lima org sahaja (jika tidak silap) yg melibatkan ajk masjid. Org selain ajk masjid tidak dibenarkan.

Di atas, kita hanya sentuh tentang ibadah fardu yg tidak sempurna utk dilaksanakan, sekarang timbul persoalan di kalangan masyarakat bagaimana pula dgn tempat-tempat seperti pasaraya yg masih ramai org, tetapi dikenakan peraturan jarak dsb utk menjaga keselamatan diri, tidakkah sesuai juga dilaksanakan utk solat Jumaat?

Kita perlu faham bahawa pembelian makanan di pasaraya adalah satu keperluan bagi sesebuah keluarga, maka ketua keluarga atau wakil hanya dibenarkan utk pergi ke tempat tersebut, bukannya semua org dlm satu keluarga itu pergi. Hanya dibenarkan seorang sahaja. Disebabkan tempat pun tidak banyak yg dibenarkan utk beroperasi, maka pada sesuatu masa dilihat ramai pergi ke tempat itu seakan-akan berkumpul, tetapi tetap diarahkan agar menjaga keselamatan diri.

Dlm hal ini org akan kata, tidakkah org skrg lebih mementingkan perut berbanding kerohanian? Pasaraya boleh berkumpul, di masjid tak boleh pula berkumpul. Jika difikirkan, seakan-akan betul cakap sebegini. Namun, itulah realiti umat Islam zaman kini. Umat Islam zaman kini tidak sama dgn umat Islam zaman salaf al-salih yg mana mereka tidak memenuhi keperluan perut pun tidak mengapa asalkan kenyang rohani.

Zaman kita kini yg mana umat Islam rata-ratanya tidaklah sama dari sudut kerohanian dgn zaman para sahabat dan salaf salih, maka tidak sesuai disamakan situasi kini dgn umat Islam pada zaman dahulu kala yg mantap dari sudut ilmu dan rohani. Sbb itulah fatwa dikeluarkan pada zaman kini adalah meraikan tahap pendidikan, keilmuan dan umat Islam yg berada di mana-mana pun termasuk Malaysia.

Walaubagaimanapun, dlm masa yg sama, umat Islam perlu sentiasa diajar agar meningkatkan ilmu agama, kerohanian diri, hidup secara berjamaah, mementingkan org lain dsb. Jika masyarakat keseluruhannya telah tinggi ilmu agama dan kerohanian, maka sesuai dikenakan fatwa yg lebih ketat dan berbentuk ‘azimah ke atas mereka, yg bersesuaian dgn keadaan mereka. Saya teringat hadith Nabi صلى الله عليه وسلم yg mengarahkan para imam solat meraikan makmum di belakangnya dgn tidak memanjangkan bacaan dlm solat. Menurut ulasan para ulama, jika para makmum kesemuanya bersetuju dan bersedia utk solat dlm tempoh yg lama dgn bacaan yg panjang, maka imam solat dibenarkan utk solat dgn bacaan yg panjang.

Itulah kefleksibelan Islam, prinsip yg tetap tetapi cara perlaksanaannya yg boleh disesuaikan dgn tempat, budaya dsb.

Moga kita semua diberikan kefahaman yg mendalam terhadap agama, serta tidak mengabaikan sama sekali hal2 yg berkaitan dgn fardu ain mahupun fardu kifayah.

Just Stay At Home.

Wallahua’lam.

Olih: Zaref Shah Al HaQQy

30/03/2020 - Posted by | Tazkirah

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: