Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Menjawab golongan yang mendakwa Ilmu Qalam merosakkan….

Kalau bukan kerana ilmu kalam, seni hadith pun tidak wujud. Ilmu mustholah dan qawaid hadith itu dibina di atas manhaj mutakallimin.

Kalau bukan kerana qawaaid ‘aqliyyah para mutakallimin, bagaimana ditentukan hadith sahih atau tidak sahih dan segala mustholatnya selepas wafatnya Nabi صلى الله عليه وسلم

Benarlah manusia akan bermusuh dengan apa yang dia tidak tahu.

Kalian melaung-laungkan amanah ilmu dan kesarjanaan tetapi mengapa kalian bercakap bidang selain daripada bidang pengajian kalian di universiti?

Apakah dengan menguasai bidang hadith (so called) menjadi tiket untuk kita bercakap semua bidang ilmu?

Firman Allah ;

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.

Kata ulama ;

نصف العلم أخطر من الجهل

Ilmu yang setengah (tidak menguasai sebenar-benar ilmu) itu lebih berbahaya daripada kejahilan.

Orang jahil itu tidak akan menyesatkan manusia dengan fatwa dan pandangannya tetapi orang yang setengah alim itu akan menyesatkan dirinya dan orang lain dengan fatwa dan pandangannya.

Semoga Allah memelihara kita dari kesesatan orang setengah alim dan menunjukkan kita kepada alim yang sebenar.

Apa yang dilarang berkaitan dengan ilmu kalam itu berlebih-lebihan sepertimana huraian para ulama kita. Berlebih-lebihan inilah yang menyesatkan sebahagian ahli falsafah Islam dan firaq islamiah seperti muktazilah, jahmiyyah dan lain-lain.

Tambahan lagi berlebih-lebihan di dalam perbahasan ilmu kalam itu tidak termasuk di dalam ilmu fardhu ‘ain. Sayugia bagi orang awam itu mendalami qadar fadhu ‘ain sahaja dan memberikan keutamaan kepada ilmu-ilmu yang lain seperti ilmu penyuciaan jiwa.

Apakah kita menyalahkan pisau dan menafikan kebaikan dan kepentingan pisau ketikamana ada orang menggunakan pisau untuk membunuh orang?

Wallahu A’laam.

Olih Ustaz Mohd Al Amin bin Daud Al Azhari

11/02/2020 Posted by | Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | | Comments Off on Menjawab golongan yang mendakwa Ilmu Qalam merosakkan….

   

%d bloggers like this: