Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Mana lebih utama, Malam Lailatul Qadar dengan Malam Kelahiran Baginda Nabi SAW?

Tumpang tanya,… mana lebih utama malam lailatul qadar dengan mlm kelahiran baginda nabi. Mohon pencerahan dan klu ada mohon rujukannya….

Jawapan kami;

Menurut ulama Mazhab Syafi’i, hari (siang) yang paling afdal ialah hari Arafah.

Diriwayatkan daripada Jabir radhiallahu anhu, Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam bersabda:

أفضلُ الأيام يومُ عرفة

”Sebaik-baik hari ialah hari Arafah.”(Riwayat Ibn Hibban).

Diriwayatkan lagi daripada Jabir radhiallahu anhu, Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam bersabda:

مَا مِنْ يوْمٍ أَفْضَلُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ يوْمِ عَرَفَةَ …

”Tiada hari yang paling baik di sisi Allah melainkan hari Arafah…”(Riwayat Ibnu Hibban, Abu Ya’la).

Kemudian diikuti hari Jumaat, kemudian hari Aidul Adha dan kemudian hari Aidul Fitri.

Adapun malam yang paling afdal pula ialah malam Nabi sollallahu alaihi wa sallam dilahirkan. Hal ini kerana pada malam tersebut telah lahirnya seorang insan mulia yang telah memberikan manfaat yang umum dan kebajikan yang agung ke seluruh alam.

Kemudian diikuti malam Lailatul Qadr, kemudian malam Jumaat dan kemudian malam Nabi sollallahu alaihi wa sallam diisrakkan. Justeru, inilah turutan malam yang paling afdal bagi nisbah umat Nabi sollallahu alaihi wa sallam.

Manakala, malam yang paling afdal bagi nisbah Nabi sollallahu alaihi wa sallam pula ialah malam baginda diisrakkan. Hal ini kerana, pada malam tersebut baginda telah bertemu Tuhannya dengan mata kepalanya sendiri mengikut pendapat yang sahih.

Sehubungan dengan itu, malam lebih afdal berbanding dengan hari siang.

Manakala menurut Imam Ahmad bin Hanbal pula, hari yang paling afdal secara mutlak ialah hari Jumaat. Malah, ia lebih afdal berbanding hari Afarah dan malam hari Afarah juga lebih afdal secara mutlak berbanding malam Lailatul Qadr.
اليسع
Wallahu a’lam.

Rujukan

– Hasyiah al-Bujairimi
– Hasyiah al-Jamal
– Hasyiah al-Syarqawi
– Hasyiah al-Baijuri
– Hasyiah al-Syarwani
– Fath al-‘Allam
– Nihayah al-Zain

Sumber : Koleksi Q&A Ustaz Alyasak
https://t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel

20/12/2019 - Posted by | Ibadah, Q & A (Soal Jawab) |

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: