Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Salah satu syarat sah berjemaah ialah makmum tidak menyalahi imam pada sunat yang jadi buruk dan jahat apabila ia menyalahinya.

Ada 4 perkara dalam bab ini.

1. Sujud Tilawah. Tidak boleh sekali-kali menyalahi imam dalam sujud tilawah. Kalau imam sujud wajib sujud. Kalau imam tinggal, wajib juga tinggalkan.

2. Sujud Sahwi. Dalam sujud sahwi, wajib mengikut imam jika imam buat. Tetapi jika imam meninggalkannya, boleh bagi makmum sujud sahwi selepas imam memberi salam.

3. Tahiyyat awal. Wajib ikut imam jika imam tinggalkan tahiyyat awal. Tapi jika imam buat tahiyyat awal, boleh makmum terus bangun tunggu imam dalam qiam. Namum yang afdhal bagi makmum ketika mana imam meninggalkan tahiyyat awal, ia niat mufaraqah dan membaca tahiyyat awal kemudian ia teruskan solat sendiri.

4. Qunut. Qunut adalah perkara yang paling ringan sekali. Boleh makmum tinggalkan qunut walaupun imam membacanya. Begitulah sebaliknya, boleh makmum membaca qunut walaupun imam meninggalkannya. Dengan syarat tidak terlalu panjang sehingga tertinggal daripada imam 2 rukun.

Inilah antara empat perkara yang perlu difahami oleh orang yang ingin menunaikan solat berjamaah.

Disediakan oleh:
Panel Asatizah ARGKL Selangor

06/12/2019 Posted by | Fiqh, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Isu Abu Pengganas Chin Peng – “I SAY “GET LOST”!

Peguam kekadang kalau bercakap memang bahasanya tajam. Tapi ini suatu analisis yang baik menyingkap motif di belakang isu Al-Malaun Abu Chin Peng Al-Kumnisi

Tuan Hasnal Rezua Merican – Page menulis

Fahami dan teliti misi sebenar timbulnya elemen berkait komunisme mutakhir ini; daripada kembalinya abu mayat Chin Peng kepada perhimpunan di Kajang semalam.

Ia bukannya tentang menghidupkan semula ideologi komunis!

Masyarakat Cina di Malaysia adalah penganut Kapitalisme. Tangan-tangan hitam yang dilihat mendalangi isu ini adalah parti politik yang juga ‘bapak segala kapitalis’ iaitu DAP. Mustahil mereka menganut Komunisme secara falsafah, yang akan memaksa mereka menyerahkan sebahagian besar harta-benda mereka kepada Negara, yang kemudian akan mengagihkannya kepada golongan yang berhak termasuk orang Melayu, India, Bumiputera Sabah/Sarawak serta Orang Asli.

Apa yang mereka sebenarnya mahukan adalah pengikhtirafan!

Mereka mahu diikhtiraf sebagai pejuang yang turut memerdekakan Tanah Melayu daripada belenggu penjajah.

Mereka mahu diikhtiraf sebagai penentang kolonialisme dan imperialisme.

Mereka mahu sejarah negara yang merakamkan mereka sebagai pengganas dipadamkan.

Mereka mahu sejarah ditulis semula supaya mereka boleh duduk sama tinggi dan berdiri sama rendah dengan para penentang penjajah daripada era pra dan pasca Perang Dunia ke-2.

Mereka mahu nama-nama mereka tersisip di dalam koleksi arkib sebaris dengan pemimpin-pemimpin Perikatan, pemimpin-pemimpin nasionalis kiri, pemimpin gerakan Islam Kaum Tua dan Kaum Muda.

Mereka mahu peranan kaum Cina di dalam episod memerdekakan tanahair diwakili oleh PKM/MPAJA yang aktif/agresif dan bukannya MCA yang pasif/submisif.

Mereka mahu jadi Hero Malaya!

Jangan terpedaya dengan versi perjuangan Parti Komunis Malaya yang cuba mereka dakyahkan…

PKM bukan anti-penjajah. Ianyanya ditubuhkan pada tahun 1930 untuk mengindoktrinasi fahaman Komunisme di kalangan rakyat Tanah Melayu;

Apabila tercetus Perang Dunia Kedua, PKM mengimport Perang China-Jepun ke bumi Tanah Melayu dan menubuhkan MPAJA untuk menentang Jepun. Tindakan ini adalah di atas semangat Nasionalisme China, bukannya anti-penjajahan;

PKM dan MPAJA dipersenjatakan oleh Tentera British untuk menentang Jepun sebelum British meninggalkan Tanah Melayu. Mana mungkin gerakan anti-penjajahan dipersenjatakan oleh penjajah! Mereka melawan Jepun demi China, namun tidur sebantal dengan British;

Apabila Jepun tewas Perang Dunia Ke-2 setelah pengeboman ke atas Hiroshima dan Nagasaki, untuk tempoh selama 12 hari, PKM menghalakan senjata mereka ke arah warga tempatan. Ramai orang Melayu dan Cina terbunuh. Pertembungan besar-besaran berlaku di Negeri Perak, Batu Pahat dan Kuala Pilah. Perjuangan kemerdekaan apakah ini?;

Sekembalinya British ke Tanah Melayu, dalam tempoh setahun British memperkenalkan Malayan Union. Ini membangkitkan perjuangan nasionalisme Melayu pada skala besar dan tersusun. British terpaksa memulakan dasar bekerjasama dengan UMNO;

Pada tahun 1948 PKM melancarkan gerakan militan secara gerila terhadap British kerana merundingkan ‘self-rule Government’ dengan UMNO, yang dilihat sebagai ejen-Imperialis. PKM mahu memerdekakan Tanah Melayu untuk ditadbir secara langsung oleh Peking dan Moscow. Apalah ertinya kemerdekaan seumpama itu?;

Pada tahun 1952, rakyat pelbagai kaum memberi mandat besar kepada Parti Perikatan untuk memenangi Pilihanraya Munisipal Kuala Lumpur. Ini adalah langkah awal ke arah kemerdekaan. Meskipun mandat rakyat begitu jelas, PKM masih meneruskan gerakan militan secara gerila melalui arahan langsung yang diterima dari Peking dan Moscow;

Pada tahun 1955, rakyat pelbagai kaum sekali lagi memberi mandat besar kepada Parti Perikatan untuk membentuk ‘self-rule Government’ yang pertama. Kemerdekaan sudah dijanjikan, namun PKM meneruskan gerakan militan mereka demi arahan Peking dan Moscow;

Meskipun gagal mendapat sokongan rakyat, PKM berkeras dengan arahan asing yang diterimanya. Persekutuan Tanah Melayu tetap MERDEKA ‘with or without’ persetujuan PKM. Setelah Merdeka sehinggalah tahun 1992, PKM meneruskan gerakan militan secara gerila. Bezanya serangan-serangan hendap ini adalah terhadap Angkatan Tentera Tanah Melayu dan Angkatan Tentera Malaysia.

Mana mungkin kita mengakas tinta sejarah yang merakamkan mereka sebagai pengganas, petualang, pengkhianat yang bersifat anti-Nasional, dengan menjernihkan peranan mereka sebagai pejuang Kemerdekaan.

I say ‘get lost’

(Petikan dari FB Ustaz Engku Ahmad Fadzil – The Original Page)

06/12/2019 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah | | Leave a comment

   

%d bloggers like this: