Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

SELAWAT SYIFA’ ADALAH SYIRIK ? INI JAWAPANNYA

Penganut wahhabi memang amat mudah menghukum kafir dan syirik tanpa hak terhadap ulamak dan umat Islam. Mereka sahaja yang benar dan yang tidak mengikut ajaran mereka yang kononnya berdasarkan al Quran dan hadis pasti akan dituduh syirik, kafir, ahli bid’ah sesat masuk neraka.

Siapakah penganut Wahhabi yang menyatakan amalan ini SYIRIK dan BERCANGGAH AQIDAH ISLAM ?

1. Azwira Aziz – Pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan pernah menjadi Ajk Fatwa Perlis

2. Masri Ramli – penganut wahhabi di UIAM (pelik bila ada ustazah terkenal pun jadikan penganut wahhabi takfiri ni sebagai rujukan )

3. Asri Zainal Abidin – Muftin Wahhabi Perlis dan memfatwakannya Buletin Jabatan Mufti Negeri Perlis, Suara al-Sunnah, Bil. 1 April 2007

4. Nawawi Subandi – wahhabi tegar dan merupakan anak murid Rasul Dahri serta rakan Fathul Bari, Fadhlan Othman dalam UMNO.

Siapakah antara Ulamak Islam yang mengamalkan Selawat Syifa’ ?

1. Almarhum Dr Wahbah Az Zuhaili – Ulamak Islam terkenal Syria yang menyusun Tafsir al Munir, kitab feqh terkenal Al Fiqh Al Islami Wa Adillatuhu

2. Almarhum Sayyid Muhammad Alawi al Maliki – Ulamak Makkah al Mukarramah

Selain itu

3. Almarhum Tuan Guru Dr Haron Din diamalkan dan diajarkan kepada perawat Islam Darussyifa’

4. Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz – dijadikan wirid setiap pagi Jumaat dan diajarkan kepada umat Islam.

Dan ramai lagi

Antara jawapan dan penjelasan mengenai selawat syifa’ melalui sandaran al Quran, hadis serta berdasarkan ilmu nahu sorof :

1. Dr Khafidz Soroni
https://sawanih.blogspot.com/2010/12/selawat-syifa-kekeliruan-berterusan.html?m=1

2. Almarhum Tuan Guru Dr Haron Din
http://sabilurrosyad.blogspot.com/2011/05/penjelasan-tentang-selawat-syifa.html?m=1

3. al-’Allamah Sayyid Muhammad ’Alawi al-Maliki yang disajikan dalam buku wiridnya, Syawariq al-Anwar min Ad’iyah al-Sadah al-Akhyar, hlm. 95.

4. Ustaz Azhar Idrus

Contoh selawat yang disusun oleh para salafussoleh :
https://jomfaham.blogspot.com/2014/01/contoh-selawat-selawat-yang-direka-oleh.html?m=1

Apakah bahayanya ajaran Wahhabi yang mudah mensyirikkan dan mengkafirkan ulamak dan umat Islam ?

Hadith RasuluLLah yang terdapat dalam Sahih Bukhari no 5752 yang bererti :

“Barangsiapa mengatakan kepada saudaranya dengan Wahai Kafir, maka kekafiran itu kembali kepada salah satunya ”

Begitulah juga sesiapa yang menuduh seorang Muslim dengan tuduhan syirik maka orang yang menuduh itu sendiri akan jatuh ke dalam kesyirikan tersebut sebagaimana yang telah diterangkan dalam hadith dari Huzaifah bin Yaman di mana RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bererti :

Sesungguhnya perkara yang aku khuatirkan ke atas kamu semua adalah seseorang yang telah membaca al Quran sehingga apabila telah nampak kepandaiannya dalam al Quran dan dia telah menjadi pendokong Islam, tiba-tiba sahaja dia merubahnya kepada sesuatu yang dikehendaki oleh ALlah, maka iapun terlepas dari al Quran dan melemparkannya ke belakang serta mengancam tetangganya dengan pedang sambil melemparinya dengan tuduhan syirik. Aku bertanya : Wahai Nabi ALlah mana di antara keduanya yang lebih patut di anggap melakukan kesyirikan? Orang yang dituduh ataukah yang melemparkan tuduhan? Nabi menjawab : Yang melemparkan tuduhan.

(Hadith dikeluarkan oleh Ibnu Hibban pada hadith no 81 dan Ibnu Kathir dalam tafsirnya jilid II/266, dia berkata : Isnad Hadith ini bagus. Begitu juga ditakhrij oleh Al Bazzar dalam Musnadnya dengan pernyataan yang sama, At Thabroni dalam Al Kabir dan As Saghir dengan pernyataan yang sama dan Ibnu Abi Ashim dalam kitab As Sunnah).

Dalam sahih Bukhari pada hadith nombor 2227 disebutkan bahawa Nabi sallaLLahu ‘alaihi wasallam telah bersabda yang bererti :

“Barangsiapa yang melaknat seorang Mukmin maka itu seperti membunuhnya dan barangsiapa yang menuduh seorang Mukmin dengan kekafiran maka itu seperti membunuhnya.”

P/S : Lihatlah siapa yang telah disyirikkan oleh wahhabi. Kepada umat Islam berhati-hatilah dan jauhilah ajaran sesat Wahhabi dan yang bercanggah dengan manhaj Ahlus Sunnah Wal Jama’ah seperti syiah, mujassimah, karamiyyah, liberal, anti hadis etc.

Sebar-sebarkan.

30/11/2019 Posted by | Informasi, Politik dan Dakwah, wahabi | , | Leave a comment

KENALI JIN MUSUH SEBENAR MANUSIA

Hidup didunia ini banyak cabaran dan dugaan yang harus kita tempuhi malah kita tidak mengetahui bahawa di sekeliling kita mempunyai musuh yang ingin merosakkan dan menghapuskan kita. Sesungguhnya banyak hadis dan ayat Al-Quran yang menceritakan tentang alam kehidupan makhluk bernama jin atau makhluk halus yang hanya dapat dilihat mengunakan mata halus.

Jin dicipta daripada api yang sangat panas iaitu sel,atom atau nukleus-nukleus api. Selepas itu ia dimasukkan roh atau nyawa padanya,maka jadilah makhluk ini hidup seperti dikehendaki oleh Allah SWT malah jin jugak boleh menzahirkan diri dalam pelbagai bentuk dan rupa yang disukai mengikut tahap dan kemampuan masing-masing kecuali menyerupai wajah Nabi Muhammad SAW.

Raja-raja jin di alam atas langit (beragama islam)

1: Jibriyaail

2: Mikiyaail

3: Samsamaail

4: Ruqiyaail

5: Kasfiyaail

6: Sarfiyaail

7: Ainyaail

Raja-raja jin di alam atas langit (Kafir)

1: Akhmar

2: Burkhan

3: Syamhurisah

4: Mazhab

5: Marrah

6: Maimon

7: Zubaiah

Terdapat empat kerajaan besar golongan kerajaan jin ifrit di seluruh alam ini.

Mereka ini pernah bekerja dibawah pemerintahan Nabi sulaiman sebagai menteri.

Mereka juga adalah jin ifrit paling jahat sekali antara semua bangsa jin.

1: Munalig

2: Hadlabajan

3: Sughal

4: Thamrit

Raja-raja dari anak-anak iblis

Terdapat lima kerajaan besar yang diperintah oleh anak-anak iblis berserta dengan tugas-tugas mereka.

1: Dassim

Tugas jin ini merasuk manusia supaya bercerai-berai antara suami isteri,adik-beradik,sahabat handai dan jiran tetangga.Dassim juga bertanggungjawab memutuskan silaturahim,kekeluargaan,jemaah dan seumpamanya.

2: Mabsuut

Jin ini tugasnya merasuk dan menghasut manusia supaya memfitnah,mengadu domba,dengki khianat dan seumpamanya.

3: Thubar

Tugasnya merasuk manusia yang ditimpa masalah,musibah dan bala bencana supaya berputus asa dari rahmat Allah.Seleps dirasuk mereka menyumpah-nyumpah dan memaki hamun kepada Allah kerana ditimpa musibah itu.

4: Zalanbur

Tugas jin ini merasuk dan menghasut manusia supaya bertengkar,bergaduh,bermusuhan,dan membunuh.Orang yang dirasuk selalu mendapat gelaran atau nama panggilan kerana terkenal dengan sifat panas barannya.

5: Al-Anwar

Jin ini ditugaskan untuk merasuk dan menghasut manusia suapaya berbuat perbuatan keji yang akan meruntuhkan nama baiknya sendiri seperti berjudi,tikam nombor ekor,gejala sosial,onani,berzina, lesbian,liwat dan sebagainya.Mereka yang terlibat pada mulanya cuma hanya mencuba dan berjinak-jinak tetapi sekali mencuba membawa ketagihan dan akhirnya menjadi hobi.Paling keji perlakuan homeseksual atau liwat

Mereka yang mencuba sekali akan terus kekal sampai ke mati.

Amat sukar sekali seseorang manusia itu untuk membuang tabiat keji itu walaupon pelbagai cara digunakan.Mereka yang terlibat terus dengan kerja keji dan maksiat besar ini mendapat kutukan Allah seperti apa yang berlaku terhadap kaum Nabi Lut.

AZAZIL

Azazil adalah ketua dan raja agung seluruh kerajaan iblis sementara maharaja tertinggi kesemua jin ialah Thothamghiyam Yaal.

Malaikat yang ditugaskan menjaga dan memantau kesemua kerajaan dan seluruh jin ialah malaikat Maithotorun atau kutubul Jalalah.

Maka dengan ini lengkaplah keseluruhan kerajaan jin atau disebut juga dengan nama paling popular alam iblis. Sekarang anda telah mengetahui dengan lengkap Alam iblis yang menjadi musuh kamu yang paling nyata.Biarpun Alam Iblis ini tidak dapat dilihat melalui mata kasar tetapi ketajaman naluri dan pandangan ‘basrah’ manusia mampu melihat segala kegiatan jahat mereka yang sentiasa mahu menghancurkan setiap jiwa daripada umat islam.

Sumber

30/11/2019 Posted by | Informasi | | Leave a comment

   

%d bloggers like this: