Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

SAMBUTAN MAULID NABI ADALAH MERAIKAN KEMATIAN NABI SALLALAHU ‘ALAIHI WASALLAM ? -DAKWA HUSSEIN YEE HUSSEIN YEE VS ULAMAK MUKTABAR ASWJ

Dalam satu youtube kuliah Hussein Yee kononnya umat Islam seluruh dunia yang menyambut maulidul Rasul adalah meraikan kewafatan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam.

Rujuk : https://youtu.be/sB8tZnsbKCg
Minit : 0.18 hingga 0:22

Jawapan untuk dakwaan Hussein Yee :

1. Nama pun Maulid – kelahiran. Maka bila disebut Maulid Nabi ia adalah satu dari syiar Islam memperingati kelahiran junjungan besar Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dan ramai ulamak muktabar yang membenarkannya serta umat Islam seluruh dunia menyambutnya. Ironinya dalam video minit 0:27 di atas saudara Hussein Yee lebih mendengar hinaan Yahudi dari jawapan dan pandangan Ulamak ISLAM.

2. Mengenai tarikh kelahiran Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, sememangnya ada perbahasan dan umat Islam seluruh dunia mengambil tarikh 12 Rabi’ul Awwal sebagai tarikh kelahiran junjungan besar Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam adalah sebagaimana penjelasan dari Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan :

Masyarakat mulai memperkatakan tentang tarikh sebenar Maulid Nabi dan sesetengahnya berkata bahawa tarikh 12 Rabiul Awwal yang disambut oleh majoriti umat Islam itu palsu malah tidak tepat.

Adakah benar kenyataan itu?

Mari kita lihat perbahasan dibawah ini.

Hari Lahir Nabi

Para Ulama’ dah ilmuwan bersepakat bahawa Rasulullah saw dilahirkan pada Hari Isnin sebagaimana dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Berkenaan Tahun Kelahiran Rasulullah saw pula telah dijelaskan dalam banyak hadis diantaranya:

وَعَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: وُلِدَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامَ الْفِيْلِ. رواه البزار والطبراني في الكبير ورجاله موثقون (مجمع الزوائد ومنبع الفوائد . محقق – ج 1 / ص 242)

“Ibnu Abbas berkata: Rasulullah dilahirkan di tahun gajah” Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bazzar dan At-Thobroni dan para perawinya adalah dipercayai.

Dalam riwayat lain juga ditegaskan bahawa Qais bin Makhzamah memiliki persamaan tahun kelahiran dengan Rasulullah di tahun Gajah (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan dinilai hasan oleh Syuaib al-Arnauth)

Tarikh Kelahiran Nabi

Imam Nawawi berkata:

وَاخْتَلَفُوا فِي يَوْم الْوِلَادَة هَلْ هُوَ ثَانِي الشَّهْر ، أَمْ ثَامِنه ، أَمْ عَاشِره ، أَمْ ثَانِي عَشَره ؟ (شرح النووي على مسلم – ج 8 / ص 66)

“Ulama berbeza pendapat tentang hari kelahirannya, adakah hari 2 bulan Rabiul Awal, ke 8, ke 10 ataukah ke 12 ? (Syarah Sahih Muslim 8/66)

Dalil-Dalil Yang Kuat Rasulullah saw Lahir Pada 12 Rabiul Awal

– Hadis Riwayat Imam Baihaqi:

عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِسْحَاقَ قَالَ : وُلِدَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِاثْنَتَيْ عَشْرَةَ لَيْلَةً مَضَتْ مِنْ شَهْرِ رَبِيْعِ الْأَوَّلِ قَالَ الْبَيْهَقِي رَحِمَهُ اللهُ : وَرَوَيْنَا عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ثُمَّ عَنْ قَيْسِ بْنِ مَخْزَمَةَ ثُمَّ عَنْ قبُاَثَ بْنِ أَشِيْمٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وُلِدَ عَامَ الْفِيْلِ وَكَانَ الزُّهْرِي وَمَنْ تَابَعَهُ يَقُوْلُوْنَ وُلِدَ بَعْدَهُ وَالْأَوَّلُ أَصَحُّ (شعب الإيمان – ج 2 / ص 134)

Muhammad bin Ishaq berkata: “Rasulullah dilahirkan pada 12 malam bulan Rabiul Awal”. Al-Baihaqi berkata: “Kami meriwayatkan dari Ibnu Abbas kemudian dari Qais bin Makhzamah kemudian dari Qubats bin Asyim bahawa Nabi dilahirkan pada tahun Gajah. Al-Zuhri dan yang mengikutinya mengatakan bahawa dilahirkan sesudah tahun Gajah. Pendapat pertama lebih sahih (Hadis Riwayat Imam Baihaqi dalam Syuab al-Iman)

– Riwayat Ibnu Abi Syaibah

قَالَ أَبُوْ بَكْرِ بْنِ أَبِي شَيْبَةَ : حَدَّثَنَا عُثْمَانُ عَنْ سَعِيْدِ بْنِ مَيْنَاءَ عَنْ جَابِرٍ وَابْنِ عَبَّاسٍ قَالَا : وُلِدَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامَ الْفِيْلِ يَوْمَ الْاِثْنَيْنِ الثَّانِيَ عَشَرَ مِنْ رَبِيْعِ الْأَوَّلِ وَفِيْهِ بُعِثَ وَفِيْهِ عُرِجَ بِهِ إِلَى السَّمَاءِ وَفِيْهِ هَاجَرَ وَفِيْهِ مَاتَ فِيْهِ انْقِطَاعٌ وَقَدِ اخْتَارَهُ الْحَافِظُ عَبْدُ الْغَنِى بْنُ سُرُوْرٍ الْمَقْدِسِي فِي سِيْرَتِهِ (سيرة ابن كثير – ج 2 / ص 93)

“Jabir dan Ibnu Abbas berkata: “Nabi dilahirkan pada tahun Gajah, hari Isnin 12 Rabiul Awal. Di hari Isnin beliau diangkat menjadi Nabi, melakukan Mi’raj ke langit, berhijrah ke Madinah dan hari Isnin beliau wafat”

Sanadnya terputus dan dipilih oleh al-Hafiz Abd al-Ghani bin Surur al-Maqdisi dalam kitab sejarahnya” (Sirah Ibni Katsir, 2/93). Riwayat ini juga dapat dilihat dalam al-Bidayah wa Nihayah Ibnu Katsir.

– Ahli Hadis al-Munawi

(تنبيه) الْأَصَحُّ أَنَّهُ وُلِدَ بِمَكَّةَ بِالشُّعَبِ بِعِيْدِ فَجْرِ الْاِثْنَيْنِ ثَانِيَ عَشَرَ رَبِيْعَ الْأَوَّلِ عَامَ الْفِيْلِ (فيض القدير – ج 3 / ص 768)

“Pendapat yang lebih sahih bahawa Nabi dilahirkan di Kabilah Quraisy pada fajar hari Isnin, 12 Rabiul Awal tahun Gajah” (Faidh al-Qadir 3/768)

– Syaikh Abdullah al-Faqih

وَأَكْثَرُ أَهْلِ السِّيَرِ عَلَى أَنَّهُ وُلِدَ يَوْمَ الثَّانِيَ عَشَرَ مِنْ رَبِيْعِ الْأَوَّلِ عَامَ الْفِيْلِ، بَعْدَ الْحَادِثَةِ بِخَمْسِيْنَ يَوْماً (فتاوى الشبكة الإسلامية – ج 44 / ص 50)

“Kebanyakan ahli sejarah bahawa Nabi dilahirkan pada 12 Rabiul Awal, tahun Gajah, setelah 50 hari dari peristiwa tersebut” (Fatawa al-Syabkah al-Islamiyah, 44/50)

فَالْمَشْهُوْرُ فِي كُتُبِ السِّيْرَةِ النَّبَوِيَّةِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وُلِدَ فِي الثَّانِيَ عَشَرَ مِنْ شَهْرِ رَبِيْعِ الْأَوَّلِ عَامَ الْفِيْلِ يَوْمَ الْاِثْنَيْنِ (فتاوى الشبكة الإسلامية – ج 126 / ص 120)

“Pendapat yang masyhur dalam kitab-kitab sejarah kenabian bahawa Nabi dilahirkan pada 12 Rabiul Awal, tahun Gajah” (Fatawa al-Syabkah al-Islamiyah, 126/120)

Marilah semua umat Islam kita bersama-sama menyambut Sambutan Maulidur Rasul tanpa ragu-ragu atau bimbang dengan persoalan-persoalan yang sudah lama dibahaskan oleh para Ulama’ terdahulu dan semoga kita tergolong dalam golongan yang mencintai Rasulullah saw.

3. Antara ulamak yang membenarkan Maulid Nabi :

– Al-Imam Abul Khaththab Ibnu Dihyah (W 633 H) “ At-Tanwir fi Maulid al-Basyir an-Nadzir
– al-Imam Abu Syamah (W 665 H) guru kepada Imam an nawawi.
– al Imam Ibnu Jauzi (ulamak hadis)- Al-Mawahib al-Ladunniyyah : 1/27
– al-Hafidz al-Iraqi (725-808 H), guru al-Hafidz Ibnu Hajar. Beliau memiliki kitab Maulid berjudul “ al-Maurid al-Hani fi al-Maulid as-Sani “
– alhafiz Ibnu Hajar al-Asqolani – Al-Hawi lil Fatawi : 229
– al-Imam al-Hafidz as-Sayuthi (849-911 H). –
Al-Hawi lil Fatawa, as-Suyuthi : 1/18
– al-Allamah al-Hafidz Ibnu Hajar al-Haitami (W 975 H) – Al-Fatawa al-Hadtisiyyah : 202

Semua ini adalah kibar ulamak yang pakar dalam hadis, aqidah dah feqh !

4. Umat Islam di Negara China pun dah lama sambut Maulidul Rasul

5. Wahai Hussein Yee – dakwah beribu masuk Islam bukan lesen untuk kamu berbohong dan menghasut untuk benci sambutan Maulidul Rasul. Di Malaysia, Yang Dipertuan Agong, seluruh negeri (kecuali Perlis) menyambut Maulidul Rasul. Kita hendak ikut Hussein Yee atau Ulamak Muktabar Ahlus Sunnah Wal Jama’ah ?

Sumber

24/11/2019 Posted by | Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab), wahabi | , | Leave a comment

   

%d bloggers like this: