Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Perjalanan dari Makkah ke TAIF, apakah ia WAJIB Tawaf Wada’?

As Salam.

Mhn jasa baik Ust, sekiranya berkelapangan… utk memberi pencerahan mengenai perjalanan dr Makkah ke TAIF,
apakah ia WAJIB Tawaf Wada’?

Jawapan kami;

Melaksanakan tawaf Wada’ bagi individu yang ingin meninggalkan Bait al-Haram ke suatu tempat yang jaraknya melebihi dua marhalah hukumnya adalah wajib mengikut pendapat yang muktamad.

Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas radhiallahu anhuma, Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam bersabda:

لاَ يَنْفِرَنَّ أَحَدٌ حَتَّى يَكُونَ آخِرُ عَهْدِهِ بِالْبَيْتِ

“Tidaklah seorang daripada kamu yang ingin berangkat pulang sehingga mengakhirkannya dengan melakukan tawaf.”(Riwayat Muslim).

Diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas radhiallahu anhuma:

أَمْرَ النَّاسَ أَنْ يَكُونَ آخِرُ عَهْدِهِمْ بِالْبَيْتِ إِلَّا أَنَّهُ خُفِّفَ عَنِ الْمَرْأَةِ الْحَائِضِ

“Manusia diarahkan (oleh Nabi sollallahu alaihi wa sallam) untuk melakukan tawaf wada’ kecuali keringanan diberikan kepada wanita yang haid daripada melakukannya).”(Riwayat Muslim).

Disebutkan oleh Imam al-Nawawi:

وَإِذَا أَرَادَ الخُرُوجَ مِنْ مَكَّةَ طَافَ لِلْوَدَاعِ، وَلَا يَمْكُثُ بَعْدَهُ، وَهُوَ وَاجِبٌ يُجْبَرُ تَرْكُهُ بِدَمٍ، وَفِي قَوْلٍ: سُنَّةٌ لَا يُجْبَرُ، فَإِنْ أَوْجَبْنَاهُ، فَخَرَجَ بِلَا وَدَاعٍ فَعَادَ قَبْلَ مَسَافَةِ الْقَصْرِ سَقَطَ الدَّمُ، أَوْ بَعْدَهَا فَلَا عَلَى الصَّحِيحِ.

“Apabila seseorang ingin keluar dari Mekah, maka hendaklah dia tawaf Wada’ dan dia tidak boleh duduk menetap lagi selepasnya. Tawaf Wada’ adalah perkara wajib yang perlu ditampung dengan dam jika meninggalkannya.

Menurut satu pendapat, ia adalah sunat dan tidak perlu ditampung dengan dam jika meninggalkannya.

Justeru, jika kita berpendapat tawaf Wada sebagai wajib, maka jika dia keluar dari Mekah tanpa tawaf Wada’ dan kembali sebelum melepasi jarak perjalanan qasar (dua marhalah), dam itu gugur atau selepas melepasi jarak tersebut, maka dam itu tidak gugur mengikut pendapat yang sahih.”

Sehubungan dengan itu, menurut Keputusan Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan kali ke-35 Musim Haji 1439H 9 bertarikh 11 November 2018, tawaf Wada’ hendaklah dilakukan jika jemaah haji atau umrah pergi ke Taif melalui mana-mana laluan yang melebihi dua marhalah.
اليسع
Wallahu a’lam.

Rujukan

– Al-Idhah
– Al-Majmuk
– Tuhfah al-Muhtaj
– Nihayah al-Muhtaj
– Mughni al-Muhtaj
– Hasyiah I’anah al-Talibin
– Kasyf al-Litham

Koleksi Q&A Ustaz Alyasak
https://t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel

07/11/2019 - Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) |

2 Comments »

  1. saya rasa ada kesilapan dalam tulisan diatas berkaitan laluan @ marhalah:

    Di dalam muzakarah pada 2018 menyatakan :
    Ketiga: Peraturan kerajaan Arab Saudi tidak menggalakan jemaah
    haji menziarahi tempat-tempat luar manasik haji semasa musim
    haji termasuk Taif. Tawaf wada’ hendaklah dilakukan jika jemaah
    haji pergi ke Taif melalui mana-mana laluan kerana melebihi dua
    marhalah.

    Di dalam ayat website tuan diatas:
    Sehubungan dengan itu, menurut Keputusan Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan kali ke-35 Musim Haji 1439H 9 bertarikh 11 November 2018, tawaf Wada’ hendaklah dilakukan jika jemaah haji atau umrah pergi ke Taif melalui mana-mana laluan yang melebihi dua marhalah.

    Ini bermakna, walaupun melalui mana2 laluan yang kurang dari 2 marhalah, tetap tawaf wida itu wajib kalau menurut fahaman mengikut muzakarah haji

    wallahualam

    Like

    Comment by hamba allah | 21/04/2020 | Reply

  2. Kerana tidak tahu dan tidak diberitahu oleh pihak Tiram Travel, Saya pernah keTaif tanpa mengerjakan tawaf wida. Jika kena dam, bagaimana saya hendak lakukannya. ?

    Like

    Comment by Hj. Dahlan bin Simin | 21/02/2020 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: