Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

SAAT DIRIMU BELUM MAMPU KE TANAH HARAM

Ibn Rajab al-Hambali rahimahullah berkata:

من لم يستطع الوقوف بعرفة. فليقف عند حدود الله الذي عرفه.

Barangsiapa yang tidak mampu melakukan Wukuf di ‘Arafah, hendaklah dia Wuquf (berhenti) daripada batasan-batasan Syariat Allah yang telah diketahuinya.

ومن لم يستطع المبيت بمزدلفة. فليبت على طاعة الله ليقربه ويزلفه.

Dan barangsiapa yang tidak mampu Mabit (bermalam) di Muzdalifah, hendaklah dia Mabit di atas ketaatan kepada Allah mendekatkan diri kepada-Nya.

ومن لم يقدر على ذبح هديه بمنى. فليذبح هواه ليبلغ به الُمنى.

Dan barangsiapa yang tidak berkeupayaan menyembelih binatang Hadyinya di Mina, hendaklah dia menyembelih/ mengorbankan Hawa Nafsunya bagi meraih harapan yang diidamkan.

ومن لم يستطع الوصول للبيت لأنه بعيد. فليقصد رب البيت فإنه أقرب إليه من حبل الوريد.

Dan barangsiapa yang tidak mampu sampai ke Baitul Haram kerana jauh, hendaklah dia menuju (sentiasa mengingati) akan Rab Baitul Haram kerana Dia lebih dekat daripada tali urat lehernya.

Sumber:

Lataif al-Ma’arif fima li Mawasim al-‘Am min al-Wazaif.

Koleksi Q&A Ustaz Alyasak
https://t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel

07/11/2019 Posted by | Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Perjalanan dari Makkah ke TAIF, apakah ia WAJIB Tawaf Wada’?

As Salam.

Mhn jasa baik Ust, sekiranya berkelapangan… utk memberi pencerahan mengenai perjalanan dr Makkah ke TAIF,
apakah ia WAJIB Tawaf Wada’?

Jawapan kami;

Melaksanakan tawaf Wada’ bagi individu yang ingin meninggalkan Bait al-Haram ke suatu tempat yang jaraknya melebihi dua marhalah hukumnya adalah wajib mengikut pendapat yang muktamad.

Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas radhiallahu anhuma, Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam bersabda:

لاَ يَنْفِرَنَّ أَحَدٌ حَتَّى يَكُونَ آخِرُ عَهْدِهِ بِالْبَيْتِ

“Tidaklah seorang daripada kamu yang ingin berangkat pulang sehingga mengakhirkannya dengan melakukan tawaf.”(Riwayat Muslim).

Diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas radhiallahu anhuma:

أَمْرَ النَّاسَ أَنْ يَكُونَ آخِرُ عَهْدِهِمْ بِالْبَيْتِ إِلَّا أَنَّهُ خُفِّفَ عَنِ الْمَرْأَةِ الْحَائِضِ

“Manusia diarahkan (oleh Nabi sollallahu alaihi wa sallam) untuk melakukan tawaf wada’ kecuali keringanan diberikan kepada wanita yang haid daripada melakukannya).”(Riwayat Muslim).

Disebutkan oleh Imam al-Nawawi:

وَإِذَا أَرَادَ الخُرُوجَ مِنْ مَكَّةَ طَافَ لِلْوَدَاعِ، وَلَا يَمْكُثُ بَعْدَهُ، وَهُوَ وَاجِبٌ يُجْبَرُ تَرْكُهُ بِدَمٍ، وَفِي قَوْلٍ: سُنَّةٌ لَا يُجْبَرُ، فَإِنْ أَوْجَبْنَاهُ، فَخَرَجَ بِلَا وَدَاعٍ فَعَادَ قَبْلَ مَسَافَةِ الْقَصْرِ سَقَطَ الدَّمُ، أَوْ بَعْدَهَا فَلَا عَلَى الصَّحِيحِ.

“Apabila seseorang ingin keluar dari Mekah, maka hendaklah dia tawaf Wada’ dan dia tidak boleh duduk menetap lagi selepasnya. Tawaf Wada’ adalah perkara wajib yang perlu ditampung dengan dam jika meninggalkannya.

Menurut satu pendapat, ia adalah sunat dan tidak perlu ditampung dengan dam jika meninggalkannya.

Justeru, jika kita berpendapat tawaf Wada sebagai wajib, maka jika dia keluar dari Mekah tanpa tawaf Wada’ dan kembali sebelum melepasi jarak perjalanan qasar (dua marhalah), dam itu gugur atau selepas melepasi jarak tersebut, maka dam itu tidak gugur mengikut pendapat yang sahih.”

Sehubungan dengan itu, menurut Keputusan Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan kali ke-35 Musim Haji 1439H 9 bertarikh 11 November 2018, tawaf Wada’ hendaklah dilakukan jika jemaah haji atau umrah pergi ke Taif melalui mana-mana laluan yang melebihi dua marhalah.
اليسع
Wallahu a’lam.

Rujukan

– Al-Idhah
– Al-Majmuk
– Tuhfah al-Muhtaj
– Nihayah al-Muhtaj
– Mughni al-Muhtaj
– Hasyiah I’anah al-Talibin
– Kasyf al-Litham

Koleksi Q&A Ustaz Alyasak
https://t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel

07/11/2019 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

   

%d bloggers like this: