Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

PUNCA KEBANYAKAN PELAJAR MADINAH MEMBID’AHKAN AMALAN SYAFI’EYAH

Umumnya, mereka yang belajar di Madinah banyak yang belum menguasai Fiqh Mazhab Syafi’e sebelum melanjutkan pelajaran mereka di Madinah. Mengaji sekadar untuk exam di peringkat SPM juga menjadi punca kurang mahirnya pelajar mengenai selok belok mazhab Syafi’e dan ushulnya.

Setelah tiba di Madinah, mereka didedahkan dengan pengajian Fiqh Muqaran (perbandingan) menggunakan kitab Bidayatul Mujtahid Ibnu Rusyd Al Hafid. Jika tidak pun, akan menggunakan nota yang dirujuk daripada kitab tersebut. Maka apabila menggunakan kitab ini, ruang tarjih terbuka luas. Sedangkan pelajar belum lagi mempunyai kelayakan sebagai mujtahid untuk mentarjih.

Di samping itu, pengajian talaqqi di sekitar Madinah juga menggunakan kitab hanabilah seperti Zaadul Mustaqnik dan Al Muqnik. Dalam kitab-kitab tersebut dihuraikan adillah dan istidlal mazhab hambali. Maka dengan ini, mekarlah mazhab hambali dalam amalan pelajar tersebut.

Oleh itu, tidak hairanlah kenapa apabila pulang ke Malaysia, kebanyakannya membawa amalan acah-acah hanabilah. Mereka menyangka yang paling tepati sunnah itu ialah amalan hanabilah. Bismillah dibaca sirr (perlahan), tidak berqunut subuh. Walhal mereka belum lagi meneguk adillah dan istidlal syafi’eyah.

Diadun pula dengan sikap ekstrim apabila sering berzikir dengan kalimah kufur dan bid’ah. Jadinya mudah terkeluar kalimat-kalimat tersebut apabila mereka dapati amalan masyarakat tidak sama dengan apa yang mereka tahu.

Dikukuhkan lagi dengan pengajian ushul fiqh yang menggunakan kitab Raudhatun Nazir oleh Ibnu Qudamah Al Hambali bagi pelajar fakulti Syariah dan Ushul Fiqh oleh Syeikh Ibnu Uthaimeen. Maka ushul yang ditelaah ialah ushul hanabilah.

Jarang sekali melihat atau kedengaran mereka bertalaqqi fiqh mazhab Syafi’e atau ushul Syafi’e kecuali mereka yang benar-benar ingin mendalami ilmunya sahaja.

Justeru, demikianlah semoga sedikit sebanyak menerangkan kekeliruan. Tujuan saya menulis perkara ini bukan untuk meremehkan, tetapi untuk membuka mata agar kita hormati pandangan para Imam mazhab dan pengikutnya. Sedangkan An-Nawawi pun bermazhab, apatah lagi kita.

Ust Ustaz Nasir Al-Bakri….

Sumber: FB Bull DO Zer

 

10/10/2019 - Posted by | Berita dan Isu Semasa, Informasi, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) |

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: