Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

MAKSUD “KEMBALI KEPADA AL-QURAN DAN AL-SUNNAH”

Olih: Ustaz Dr Mohd Murshidi Mohd Noor

1) Hari ni saya ada terbaca ulasan oleh salah seorang motivator yg pos dlm FBnya menganggap kerja buatnya merujuk kepada Al-Quran dan al-Sunnah serta menasihati org ramai agar jgn buat benda baru dalam agama..

2) Apabila kita membaca kenyataan ini sepintas lalu, kata-kata itu amat indah sekali. Cuma maksud sebenar bagi kata-kata itu perlu diperhalusi lagi.

3) Jika yg dimaksudkan dgn kembali kpd al-Quran dan Sunnah itu ialah membaca sendiri kitab al-Quran dan al-Sunnah tanpa bimbingan daripada para alim ulama, maka pemahaman seperti itu tidak kena pada tempatnya. Hal ini kerana tidak semua tempat di dalam al-Quran dan Sunnah dapat difahami oleh semua org. Pada ayat atau hadith yg misalnya berkaitan dgn ayat mutasyabihaat, hukum-hakam, nasikh mansukh, tafsiran makna tersirat dsb tidak semua boleh memahami dgn baik akan hal ini.

4) Kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah mestilah difahami dgn erti kata kembali kepada pemahaman yg sebenar sebagaimana yg diajar oleh para alim ulama, bukannya kembali kpd “pemahaman sendiri atau tafsiran masing-masing terhadap al-Quran dan al-Sunnah, lalu mendakwa itulah maksud kembali kpd al-Quran dan al-Sunnah sebenar, sedangkan dlm masa yg sama menentang ulama dan tidak mempelajari ilmu kpd ulama”. Oleh yg demikian, kita sebagai org awam, amat tidak memadai hanya sekadar melihat terjemahan al-Quran dan al-Sunnah, lalu terus mengamalkannya tanpa mempelajari kepada para alim ulama yg membicarakan mengenainya.

5) Di dalam al-Quran dan al-Sunnah terdapat ayat yg berbentuk mujmal, muhkam, mutasyabih, nasikh, mansukh, am, khas, muqayyad, dan banyak lagi yg mana sudah tentu utk memahaminya dgn baik perlu kepada bimbingan para alim ulama. Jika kita tidak merujuk kpd bimbingan ulama, maka ayat yg sebenarnya tidak berlaku pertentangan antara satu sama lain, dikatakan berlaku bertentangan disebabkan pemahaman dan ilmu kita yg dangkal. Misalnya ayat al-Quran yg menyatakan boleh qasar solat ketika dalam situasi peperangan, hanya menyebut dlm situasi peperangan sahaja, tidak menyebut mengenai keadaan musafir yg bukan dlm situasi peperangan. Rukhsah utk membolehkan qasar solat ketika bermusafir yg bukan dlm situasi peperangan boleh didapati penjelasannya menerusi hadith dan kalam ulama yg membicarakan mengenainya. Jika kita tidak berpandukan kpd pengajaran dan bimbingan daripada alim ulama utk memahami ayat al-Quran dan hadith, sudah tentu kita tidak dapat beramal dgn wahyu Allah SWT dgn erti kata yg sebenarnya.

6) Justeru, kembalilah kepada bimbingan para alim ulama utk memahami al-Quran dan al-Sunnah dgn baik, barulah benar slogan yg mengatakan “Kembali Kepada al-Quran dan al-Sunnah”. Jika kita tidak kembali kpd bimbingan para alim ulama utk memahami al-Quran dan al-Sunnah, maka sebenarnya tanpa sedar kita semakin terpesong dan jauh daripada al-Quran dan Sunnah. Bertambah parah apabila kita mendakwa yg kita lebih memahami daripada ulama, lalu menentang ulama dgn sekeras-kerasnya. Semoga kita sentiasa menjadi insan yg sentiasa dibimbing oleh ulama pewaris para Nabi.

7) Jika anda digelar ‘wahabi’ oleh org ramai kerana pemahaman anda yg salah terhadap maksud “kembali kepada Al-Quran dan al-Sunnah”, maka insaflah diri dan jangan keras kepala utk menganggap diri anda itu membawa fahaman yg betul, lalu menyalahkan para ulama dgn menuduh ulama membawa ajaran Islam yg tidak tulen..jika anda sentiasa menyalahkan ulama dan merasai diri betul, bila lagi utk anda insaf bagi ‘mencemarkan diri’ menghadiri majlis-majlis ilmu kpd para alim ulama secara bertalaqqi????

Wallahua’lam

17/09/2019 Posted by | Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab), wahabi | | Leave a comment

Jangan Taksub Atau Fanatik Selain Daripada Mentaati Allah & RasulNya

Setiap insan atau individu dituntut membaca dan memahami Al-Quran dan mengikut Sunnah Nabi S.A.W. Janganlah kita terlalu taksub atau fanatik dengan individu-individu lain. Lihat sekeliling anda. Ramai antara kita yang seperti taksub atau fanatik dengan seseorang individu sampai apa yang dicakap semuanya benar tanpa menilai sendiri apa yang mereka sampaikan. Ini termasuklah individu seperti ustaz-ustaz, ulamak-ulamak, pemimpin-pemimpin, parti-parti dan lain-lain lagi.

Allah S.W.T berpesan “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Al-Hujuraat 49:6)

“…..Oleh itu selidikilah (apa-apa jua lebih dahulu, dan janganlah bertindak dengan terburu-buru). Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati dengan mendalam akan segala yang kamu lakukan.” (An-Nisaa’ 4:94)

Tapi bagaimana anda ingin menilainya?

Ikutlah pesan Nabi S.A.W. Antara pesan Nabi S.A.W dalam khutbah terakhirnya “Aku tinggalkan sesuatu kepada kamu, yang jika kamu berpegang teguh, kamu tidak akan tersesat selama-lamanya iaitu Al-Quran dan Sunnah NabiNya”.

Ikutlah perintah Allah yang menyuruh kita membaca, memahami dan beramal dengan Al-QuranNya. “Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu sebuah Kitab (Al-Quran) yang mengandungi perkara yang menimbulkan sebutan baik dan kelebihan untuk kamu, maka mengapa kamu tidak memahaminya (dan bersyukur akan nikmat yang besar itu)? (Al-Anbiyaa’ 21: Ayat 10)

Tapi bagaimana hendak menilai sesuatu yang disampaikan itu betul atau sahih?

Anda perlulah menimba ilmu itu sendiri. Satu sumber terbesar yang anda perlu pegang ialah Al-Quran. Baca dan fahamilah ia. Lebih elok dibaca dan difahami setiap hari hingga ke akhir hayat kita. Kemudian baca hadis-hadis sahih Nabi S.A.W.

Petikan:

Golongan yang selamat tidak fanatik kecuali kepada firman Allah dan sabda RasulNya yang maksum yang berbicara tidak berdasarkan hawa nafsu. Adapun manusia selainnya betapa pun tinggi darjatnya terkadang dia melakukan kesalahan sebagaimana sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam,
كُلُّ بَنِي آدَم خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِيْنَ التَّوَّابُوْنَ
“Setiap anak Adam melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang-orang yang bertaubat.” (Hasan. Riwayat Ahmad)
Semoga kita sentiasa dirahmati Allah. Lagi artikel tentang perkara ini disini:

http://ustazidrissulaiman.wordpress.com/2013/06/04/golongan-yang-selamat-tidak-taksub-fanatik-kecuali-pada-firman-allah-sabda-rasulullah/

“Bacalah Al-Quran dan Terjemahannya Sekali” setiap hari walaupun 1 ayat sehari sehingga akhir hayat kita. Banyak manafaatnya. Sambil itu, dalamilah ilmu-ilmu lain terutamanya hadis yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W. Semoga kita dirahmati Allah. In Shaa Allah.

Sumber

17/09/2019 Posted by | Ibadah, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | | Leave a comment

   

%d bloggers like this: