Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Amalan Yang Kecil Membawa ke Syurga

1. Terdapat seorang wanita tua bernama Ummu Mihjan (atau Mihjanah) yang sering membersihkan masjid Nabawi. Beliau telah meninggal dunia pada malam hari dan sahabat menunaikan solat jenazah dan mengebumikan beliau tanpa pengetahuan Rasulullah.

2. Namun Rasulullah perasan ketiadaan Ummu Mihjan, lalu Baginda bertanya kepada para sahabat: Di mana Ummu Mihjan? Sahabat menjawab: “Dia telah meninggal.” Rasulullah (barangkali dengan nada yang kecewa menegur): Mengapa kamu tidak memaklumkan padaku? Tunjukkan aku di mana kuburnya.

3. Tibanya dikubur, Baginda lalu berkata:

إن هذه القبور مملوءة ظلمة على أهلها، وإن الله تعالى يُنوِّرُها لهم بصلاتي عليهم

“Sesungguhnya kubur ini gelap buat ahlinya, dan sesungguhnya Allah akan melimpahkan cahaya buat mereka melalui doaku kepada mereka.” (HR Muslim)

4. Menurut Qadhi Iyad, hadith ini menggambarkan betapa Rasulullah sangat peka terhadap orang yang susah. Ummu Mihjan adalah wanita yang miskin, namun beliau rajin membersihkan Masjid Nabi.

5. Ibn Uthaymin pula menegaskan bahawa Baginda Rasululah sentiasa menghargai amalan seseorang walaupun orang lain menganggap perkara tersebut kecil. Rasulullah melihat amalan seseorang itu dengan nilai yang tinggi walaupun hanya dengan amalan yang kecil. Ummu Mihjan bukanlah terlibat di dalam peperangan maupun pentadbiran Madinah. Namun usaha beliau membersihkan masjid mempunyai kedudukan di sisi Allah.

6. Justeru bagaimana kita boleh menjadi seperti Ummu Mihjan? Melakukan sedikit amalan yang baik dan bermanfaat untuk kaum Muslimin. Lakukanlah sedikit, walaupun dengan berkongsi (share) nasihat yang bermanfaat di media social kerana kita tidak tahu amalan mana yang akan membawa kita ke syurga.

Moga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

16/09/2019 - Posted by | Bicara Ulama, Tazkirah |

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: