Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

BMF – KONSEP PERNIAGAAN AL ARQAM

Throw Back:
Al-Arqam yang diasaskan pada 1968 oleh Ashaari Muhammad @ Abuya terkenal sebagai pertubuhan dakwah yang cukup kontroversi, mempunyai 6000 ahli fanatik dan keseluruhan ahli dianggarkan sekitar 20 ribu orang. Pertubuhan ini diharamkan pada tahun 1994.

Bagaimana Al-Arqam Beroperasi?

Pada 1977, Al-Arqam mula meneroka bidang ekonomi menerusi pelaburan dalam perniagaan dan kilang makanan halal. Al Arqam mempelopori penggunaan teknologi moden dan media masa bagi mempromosikan perniagaan.

Penerbitan akhbar Al-Arqam edisi jawi adalah kaedah menyampaikan maklumat khusus kepada pengikut mereka.

Al-Arqam melebarkan sayap perniagaan mereka pada tahun 1978, meneroka bidang perubatan dengan telah membuka klinik di serata tempat termasuklah beberapa cawangan klinik di Melaka dan di Kedah. Mereka juga mewujudkan makmal untuk kajian dan penghasilan ubatan tanpa unsur syubhah.

Pada tahun 1980, Al Arqam mengukuhkan kedudukan mereka di sekitar Asia Tenggara dan berkembang hingga ke Eropah. Kemuncaknya, kumpulan Al-Arqam mempunyai 24 markas dakwah di serata dunia.

Al Arqam menggunakan kekuatan organisasi ini, mewujudkan puluhan kilang berasaskan makanan halal, membina rangkaian perniagaan dan peluang pekerjaan kepada ahli mereka.

Pada tahun 1993, Al-Arqam telah menubuhkan Al-Arqam Group of Companies (AGC). Sebanyak 22 buah anak syarikat milik jemaah Al-Arqam diletakkan di bawah pimpinan AGC.

Setelah diharamkan pada 1994 kerana disyaki membawa ajaran sesat, pengasasnya membuka empayar baru dikenali sebagai Rufaqa yang mempunyai lebih 500 rangkaian perniagaan dalam dan luar negara. Antara lain, syarikat ini terlibat dalam sektor jualan runcit, multimedia, penjagaan kesihatan, dobi dan motivasi.

Rufaqa juga mendapat tekanan daripada pihak berkuasa dan diharamkan setelah dikatakan cuba menghidupkan semula kumpulan Al-Arqam yang diharamkan itu.

Syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd pula ditubuhkan untuk menyambung empayar organisasi Al-Arqam. Ia mempunyai 700 cawangan di seluruh dunia termasuk England, German, New Zealand, Australia dan Iran yang memfokuskan lebih kepada perniagaan pasar raya, kedai dobi dan pemprosesan makanan.

Mengapa Bisnes Al-Arqam Boleh Mendapat Kejayaan?

Banyak kajian telah dibuat berkaitan dengan penglibatan Al-Arqam dalam bidang ekonomi dan kemampuannya untuk bergerak selama lebih daripada 4 dekad. Rahsia kekuatan Al-Arqam sering menjadi tanda tanya masyarakat umum dahulu dan kini. Berdasarkan beberapa buah buku terbitan Al-Arqam, ada dinyatakan asas kekuatan organisasi itu, iaitu iman yang sempurna, ukhuwah yang kuat dan persefahaman antara anggota dan pemimpin.

Daripada aspek kewangan pula, tentu ada yang tertanya-tanya bagaimana Al-Arqam mendapat modal untuk perniagaannya. Jangan tak percaya, ramai yang mengaitkan penubuhan perniagaannya Al-Arqam dengan hasil sumbangan daripada ahlinya yang komited dengan perjuangan dakwah Al-Arqam sendiri. Yang kaya menderma wang, manakala yang kurang berada akan menyumbangkan tenaga dan kudrat. Sekiranya diperlukan, puluhan ribu ringgit dapat dikumpulkan daripada derma dan sumbangan para ahli dan pengikut yang bersimpati.

Selain itu keuntungan daripada perniagaan tidak digunakan sewenang-wenangnya, tetapi dijadikan modal untuk membuka perniagaan lain pula sehingga perniagaan mereka berkembang di dalam dan luar negara.

Untuk menarik lebih ramai pengikut, Al-Arqam memastikan kebajikan jemaahnya terjamin dengan adanya hospital yang memberi khidmat kesihatan percuma, sekolah percuma, rangkaian kedai pakaian dan keperluan asas yang murah agar tidak berlaku kebergantungan terhadap bantuan daripada pihak kerajaan.

Selain itu, kebanyakan perniagaan mereka diuruskan oleh jemaah Al-Arqam sendiri. Jemaah Al Arqam hanya membeli dan menggunakan barangan berlabel Al Arqam.

Kesimpulan

Al-Arqam adalah satu pertubuhan yang berjaya membentuk akhlak peribadi ahlinya agar lebih mulia. Ketika pertubuhan dakwah lain jauh ketinggalan dalam soal ekonomi, mereka sudah berjaya membentuk suatu jenama perniagaan di bawah label Al-Arqam. Penyebaran dakwah Al-Arqam dilakukan melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan buku dan majalah, perniagaan, perubatan dan pertanian. Terlalu banyak yang boleh diperkatakan tentang pertubuhan Al-Arqam ini, namun yang lebih menarik adalah bagaimana mereka berjaya membina empayar perniagaan mereka sendiri.

Sistem ekonomi Al-Arqam mendapat pujian pelbagai pihak dan pengaruh Al-Arqam meluas hingga ke peringkat antarabangsa.

Penglibatan Al-Arqam dalam kegiatan perniagaan memecahkan monopoli orang bukan Islam dalam bidang ekonomi, seterusnya menjadi pemangkin kepada penglibatan umat Islam dalam bidang perniagaan, perusahaan dan peruncitan.

Asasnya untuk tahun 2019, MUSLIM perlu bantu MUSLIM! BUY MUSLIM FIRST!

#BMF

13/09/2019 - Posted by | Informasi, Politik dan Dakwah |

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: