Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

BMF – KONSEP PERNIAGAAN AL ARQAM

Throw Back:
Al-Arqam yang diasaskan pada 1968 oleh Ashaari Muhammad @ Abuya terkenal sebagai pertubuhan dakwah yang cukup kontroversi, mempunyai 6000 ahli fanatik dan keseluruhan ahli dianggarkan sekitar 20 ribu orang. Pertubuhan ini diharamkan pada tahun 1994.

Bagaimana Al-Arqam Beroperasi?

Pada 1977, Al-Arqam mula meneroka bidang ekonomi menerusi pelaburan dalam perniagaan dan kilang makanan halal. Al Arqam mempelopori penggunaan teknologi moden dan media masa bagi mempromosikan perniagaan.

Penerbitan akhbar Al-Arqam edisi jawi adalah kaedah menyampaikan maklumat khusus kepada pengikut mereka.

Al-Arqam melebarkan sayap perniagaan mereka pada tahun 1978, meneroka bidang perubatan dengan telah membuka klinik di serata tempat termasuklah beberapa cawangan klinik di Melaka dan di Kedah. Mereka juga mewujudkan makmal untuk kajian dan penghasilan ubatan tanpa unsur syubhah.

Pada tahun 1980, Al Arqam mengukuhkan kedudukan mereka di sekitar Asia Tenggara dan berkembang hingga ke Eropah. Kemuncaknya, kumpulan Al-Arqam mempunyai 24 markas dakwah di serata dunia.

Al Arqam menggunakan kekuatan organisasi ini, mewujudkan puluhan kilang berasaskan makanan halal, membina rangkaian perniagaan dan peluang pekerjaan kepada ahli mereka.

Pada tahun 1993, Al-Arqam telah menubuhkan Al-Arqam Group of Companies (AGC). Sebanyak 22 buah anak syarikat milik jemaah Al-Arqam diletakkan di bawah pimpinan AGC.

Setelah diharamkan pada 1994 kerana disyaki membawa ajaran sesat, pengasasnya membuka empayar baru dikenali sebagai Rufaqa yang mempunyai lebih 500 rangkaian perniagaan dalam dan luar negara. Antara lain, syarikat ini terlibat dalam sektor jualan runcit, multimedia, penjagaan kesihatan, dobi dan motivasi.

Rufaqa juga mendapat tekanan daripada pihak berkuasa dan diharamkan setelah dikatakan cuba menghidupkan semula kumpulan Al-Arqam yang diharamkan itu.

Syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd pula ditubuhkan untuk menyambung empayar organisasi Al-Arqam. Ia mempunyai 700 cawangan di seluruh dunia termasuk England, German, New Zealand, Australia dan Iran yang memfokuskan lebih kepada perniagaan pasar raya, kedai dobi dan pemprosesan makanan.

Mengapa Bisnes Al-Arqam Boleh Mendapat Kejayaan?

Banyak kajian telah dibuat berkaitan dengan penglibatan Al-Arqam dalam bidang ekonomi dan kemampuannya untuk bergerak selama lebih daripada 4 dekad. Rahsia kekuatan Al-Arqam sering menjadi tanda tanya masyarakat umum dahulu dan kini. Berdasarkan beberapa buah buku terbitan Al-Arqam, ada dinyatakan asas kekuatan organisasi itu, iaitu iman yang sempurna, ukhuwah yang kuat dan persefahaman antara anggota dan pemimpin.

Daripada aspek kewangan pula, tentu ada yang tertanya-tanya bagaimana Al-Arqam mendapat modal untuk perniagaannya. Jangan tak percaya, ramai yang mengaitkan penubuhan perniagaannya Al-Arqam dengan hasil sumbangan daripada ahlinya yang komited dengan perjuangan dakwah Al-Arqam sendiri. Yang kaya menderma wang, manakala yang kurang berada akan menyumbangkan tenaga dan kudrat. Sekiranya diperlukan, puluhan ribu ringgit dapat dikumpulkan daripada derma dan sumbangan para ahli dan pengikut yang bersimpati.

Selain itu keuntungan daripada perniagaan tidak digunakan sewenang-wenangnya, tetapi dijadikan modal untuk membuka perniagaan lain pula sehingga perniagaan mereka berkembang di dalam dan luar negara.

Untuk menarik lebih ramai pengikut, Al-Arqam memastikan kebajikan jemaahnya terjamin dengan adanya hospital yang memberi khidmat kesihatan percuma, sekolah percuma, rangkaian kedai pakaian dan keperluan asas yang murah agar tidak berlaku kebergantungan terhadap bantuan daripada pihak kerajaan.

Selain itu, kebanyakan perniagaan mereka diuruskan oleh jemaah Al-Arqam sendiri. Jemaah Al Arqam hanya membeli dan menggunakan barangan berlabel Al Arqam.

Kesimpulan

Al-Arqam adalah satu pertubuhan yang berjaya membentuk akhlak peribadi ahlinya agar lebih mulia. Ketika pertubuhan dakwah lain jauh ketinggalan dalam soal ekonomi, mereka sudah berjaya membentuk suatu jenama perniagaan di bawah label Al-Arqam. Penyebaran dakwah Al-Arqam dilakukan melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan buku dan majalah, perniagaan, perubatan dan pertanian. Terlalu banyak yang boleh diperkatakan tentang pertubuhan Al-Arqam ini, namun yang lebih menarik adalah bagaimana mereka berjaya membina empayar perniagaan mereka sendiri.

Sistem ekonomi Al-Arqam mendapat pujian pelbagai pihak dan pengaruh Al-Arqam meluas hingga ke peringkat antarabangsa.

Penglibatan Al-Arqam dalam kegiatan perniagaan memecahkan monopoli orang bukan Islam dalam bidang ekonomi, seterusnya menjadi pemangkin kepada penglibatan umat Islam dalam bidang perniagaan, perusahaan dan peruncitan.

Asasnya untuk tahun 2019, MUSLIM perlu bantu MUSLIM! BUY MUSLIM FIRST!

#BMF

13/09/2019 Posted by | Informasi, Politik dan Dakwah | | Leave a comment

Nasrul Haq – Bukan Ajaran Islam

oleh:Asyraf Wajdi(majalah DAKWAH, Mei 1978)

PERSIDANGAN Ketua-ketua Jabatan Agama Islam Negeri-negeri yang bersidang pada 11hb.April, 1978 bersamaan 2hb. Jamadil Awal 1398 di Jabatan Perdana Menteri, Bahagian Agama telah menerima dan mengkaji laporan Jawatankuasa Khas berkenaan Nasrul Haq. Persidangan pada hari itu telah mendapati bahawa ajaran Nasrul Haq adalah bukan daripada ajaran Islam. Bagi tindakan selanjutnya adalah diserahkan kepada Majlis Agama Islam Negeri-negeri, kerana tugas agama adalah di bawah kuasa kerajaan negeri masing-masing.
Memandangkan beberapa kekeliruan yang timbul akibat penyalahgunaan perkataan seperti Khalifah, Naib Khalifah, Mahaguru dan sebagainya,maka Persidangan mengesyorkan supaya perkataan-perkataan tersebut tidak digunakan lagi sebagai gelaran kepada peminpin, ketua atau guru bagi apa-apa pertubuhan jua pun.
Saudara Subki Latif dalam ruangan fokas akhbar harian Watan pada 14hb. April 1978 menimbulkan persoalan tentang tidak adanya keterangan lanjut tentang mengapa pertubuhan itu dikatakan bukan ajaran Islam:
Adakah ia boleh diamalkan oleh orang-orang Islam?
Apakah tidak berdosa orang-orang Islam yang menjadi anggotanya?
Mengapakah Seni Silat Gayong, Silat Lincah, Silat Cekak dan sebagainya tidak pernah dipertikaikan?
Untuk mengelakkan keliru dan untuk tidak menimbulkan perasaan curiga kepada Ketua-ketua Jabatan Agama Islam Negeri yang mengadakan mesyuarat pada hari itu khusus kepada jawatankuasa yang diberi tugas mengkaji berkenaan dengan Nasrul Haq itu maka perlulah lebih dahulu diketahui bahawa jawatankuasa khas itu bukanlah mengkaji pertubuhan Persaudaraan Nasrul Haq, tetapi apa yang dikajinya ialah amalan-amalan dan dorongan yang menyebabkan orang ramai menumpu perhatian kepada pertubuhan itu.
Untuk menjadi anggota pertubuhan itu tidak menjadi masalah. Kerana ia adalah merupakan pertubuhan belia atau pertubuhan kebajikan yang lain juga, tetapi yang menjadi masalahnya ialah amalannya di mana kononnya boleh memberi perkara luar biasa telah menimbulkan reaksi di kalangan masyarakat.
Jawatankuasa ini memberi perhatian yang utama kepada pertubuhan Nasrul Haq kerana ia bukanlah merupakan seni mempertahankan diri. Tidak ada nilai-nilai seni seperti silat-silat yang lain. Apa yang ada hanya gerak-gerak tubuh, tangan , kaki, kepala dan mata menurut cara-cara tertentu dengan bacaan-bacaan tertentu untuk melahirkan perkara-perkara luar biasa.
Tidak ada cara menepis, tumbuk atau mengelak tendangan musuh. Tidak juga diajar bagaimana hendak merebahkan musuh atau mematahkan lawan atau bagaimana cara menghantar tumbukan yang padu atau sepak yang padat dan sebagainya untuk merebahkan lawan.
Bacaan-bacaan yang tertentu itu pula ialah bacaan Al-Fatihah dan zikir-zikir yang dipergunakan bukan pada tempatnya dan bukan untuk ibadat, tetapi untuk mewujudkan perkara luar biasa yang berkenaan.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa perkara luar biasa itu berlaku di gelanggang-gelanggang utamanya di hadapan khalifahnya. Hinggakan ia boleh berlaku kepada orang-orang ‘a-si yang sering melakukan maksiat, bahkan boleh berlaku kepada benda-benda yang tidak bernyawa juga.
Kerana hebatnya perkembangan amalan Nasrul Haq ini maka ramailah orang-orang Islam menyertainya. Tetapi apabila perkara luar biasa itu tidak berlaku berpanjangan selain daripada di gelanggang dan di hadapan khalifah sahaja, maka timbullah desakan kepada Majlis-majlis Agama dan badan agama untuk menentukan amalan ini sama ada ia dari ajaran Islam atau tidak dan adakah ia boleh dijadikan alat untuk berdakwah atau sebagainya.
Pihak Jabatan Agama di negeri-negeri merasai bertanggungjawab untuk menyelesaikan keraguan orang ramai yang mendesak itu. Lalu ditubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji masalah yang berkenaan supaya hasil kajian itu boleh dibawa kepada jawatankuasa syariah atau jawatankuasa fatwa di negeri masing-masing menurut hemat jawatankuasa yang berkenaan di negeri-negeri.
Jawatankuasa Khas telah mengkaji beberapa aspek setelah mengadakan dua kali perbincangan dengan pihak penganjur Nasrul Haq pada 14hb. Januari dan 16hb. Februari, 1978. Sekali perbincangan dengan mufti-mufti seluruh Malaysia pada 7hb. Februari, 1978. Wawancara-wawancara juga telah diadakan dengan Jurulatih Kanan Nasrul Haq, Penasihat Nasrul Haq dan beberapa orang jawatankuasanya dan beberapa orang pegawai belia di Kementerian Belia sendiri.
Jawatankuasa ini juga telah mengkaji buku-buku, majalah, akhbar dan risalah-risalah yang telah diterbitkan berkenaan dengan Nasrul Haq termasuk pendapat ulama-ulama dari seluruh Malaysia.
Aspek yang dikaji di antaranya ialah asal-usul Nasrul Haq yang dikatakan berasal dari Minangkabau, Sumatera. Pengasasnya di Sumatera ialah Syeikh Musa Paradik. Jurusnya ditemui oleh Tuan Haji Johannes Cheoldi S.P. ketika menunaikan fardu haji di Mekah dan dipraktikkan di Gua Hira’ dengan seorang teman yang datang dari Indonesia.
Ada pula pendapat yang mengatakan asal-usul Nasrul Haq ini berasal dari Pagaruyong dan dibawa ke Jawa Barat oleh Datuk Shah Bandar kemudian dipelajari oleh empat orang pendekar. Kemudian dipelajari oleh Aki Tasik yang berasal dari Suka Bumi. Tuan Haji Johannes dikatakan belajar ilmu Nasrul Haq ini daripada Haji Elias Sultan Sati, murid dari Aki Tasik.
Bentuk amalan (Nasrul Haq) ini terbahagi kepada dua,iaitu Rohani dan Jasmani. Perpaduan di antara Rohani dan Jasmani inilah melahirkan perkara luar biasa. Cara amalannya ialah setiap murid dikehendaki membaca Al-Fatihah sebanyak tiga kali. Kemudian baru memulakan jurus yang disertai dengan mengingatkan Allah. Tujuannya untuk mendapatkan kekuatan batin dan kekuatan luar biasa yang didakwakan sebagai maunah atau fadilat dari Allah. Jawatankuasa ini juga ytelah mengkaji masalah sumpah, bai’ah dan kesannya terhadap orang yang terlibat dengan amalan ini.
Jawatankuasa khas juga telah mengambil perhatian utama kepada kesan kuasa luar biasa yang menjadikan sebagai penahan dari suatu serangan itu boleh dipindah-pindahkan bukan saja kepada manusia Islam atau bukan Islam, bahkan boleh juga dipindahkan kepada apa-apa saja sekiranya khalifah atau guru menjuruskan atau memasukkan kuasa tersebut.
Hal ini boleh menimbulkan keliru tentang jenis perkara luar biasa itu, lebih-lebih lagi seringkali ia tidak memerlukan zikir atau apa-apa ayat lagi cuma memadai dengan jurus saja.
Di dalam gelanggang Nasrul Haq, khalifah-khalifah sering berusaha untuk memastikan kuasa luar biasa itu berkesan dan diisyaratkan pihak penyerang mesti berada dalam keadaan marah. Katanya, ilmu ini tidak berkesan atau tidak menimbulkan apa-apa jika penyerang tidak mempunyai perasaan marah. Hal ini meragukan kerana penyerang itu tidak semuanya berperasaan marah lebih-lebih lagi ketika menggunakan alat senjata moden.
Beberapa kekeliruan timbul lagi apabila ternyata banyak bukti yang menunjukkan bahawa amalan Nasrul Haq ini hanya dapat dilahirkan perkara-perkara luar biasa di dalam gelanggang, ketika menjalankan sesuatu latihan atau pertunjukan bersama khalifahnya saja. Tetapi apabila dicuba di masa-masa yang lain nampaknya tidak banyak berkesan lagi, bahkan tidak berkesan langsung.
Keputusan Jawatankuasa Khas yang diisytiharkan tempoh hari tidak bertujuan untuk menentukan halal atau haram kerana ia di luar tugas jawatankuasa yang berkenaan. Jawatankuasa itu hanya menggariskan sepuluh pandangan untuk dirumuskan sebagai keputusan atau kesimpulan. Antara rumusan-rumusan tersebut ialah:
Amalan Nasrul Haq mengandungi unsur-unsur yang boleh membawa kepada pertentangan dengan akidah Islam.
Amalan ini pada peringkat awalnya cuba berselindung di sebalik ayat-ayat suci Al-Quran dan petikan hadis Rasulullah yang ada kaitannya dengan konsep mengingatkan Allah (zikrullah) dengan tujuan untuk mempengaruhi orang ramai supaya yakin dengan ajaran ilmu ini.
Penyelewengan di dalam ajaran ini mulai nampak apabila pemimpin atau khalifah ilmu ini telah mengakui bahawa ilmu ini boleh dipelajari dan memperolehi kesannya oleh orang-orang bukan Islam. Ini membuktikan bahawa amalan ilmu ini tidak lagi terikat dengan perkara zikir dan bacaan Al-Fatihah lagi.
Amalan Nasrul Haq boleh membawa suatu keyakinan kepada pengikut-pengikutnya bahawa mereka tidak perlu lagi menggunakan senjata untuk menentang musuh, malah memadai dengan berzikir sahaja untuk mendapatkan pertolongan daripada Allah.
Amalan Nasrul Haq tidak lagi memberi kesan yang baik dari segi dakwah, kerana mereka yang terlibat dengan ajaran ini mungkin sanggup melakukan perintah Allah dengan tujuan untuk mendapatkan kesan kuasa luar biasa yang terdapat di dalam ilmu ini sahaja, tetapi apabila mereka gagal mendapatkan kesan kuasa luar biasa tersebut, mereka akan kembali kepada peribadi mereka yang asal.
Membaca surah Al-Fatihah atau ayat-ayat suci Al-Quran adalah digalakkan, kerana membaca dan mengamalkannya adalah suatu ibadat yang semata-mata untuk mendapatkan keredaan daripada Allah. Tetapi jika dibaca dan diamalkan dengan tujuan untuk mendapatkan kekuatan luar biasa yang boleh dipertunjuk dan diperturunkan, maka itu bukan lagi ibadat. Bila perkara ibadat dilakukan bukan (dengan) tujuan beribadat, itu adalah mempersenda-sendakan ibadat dan dengan tidak disedari telah menipu diri sendiri dan Allah.
Kesan kuasa luar biasa yang terdapat dalam amalan ilmu ini bukanlah merupakan suatu perkara yang mustahil akan berlaku, kerana kesemuanya adalah tanda-tanda kebesaran Allah. Tetapi jika kesan luar biasa itu berlaku melalui saluran-saluran yang kotor, sama ada gurunya yang bersifat kotor atau melalui saluran rohani-rohani yang kotor seperti jin, syaitan dan Afrit, maka hasilnya juga adalah kotor.
Untuk mengetahui atau menganalisis sesuatu perkara – amalan atau kepercayaan – itu benar atau salah, tidak semestinya memeluk atau memasuki terlebih dahulu perkara tersebut, seperti mana untuk menyatakan sesuatu agama atau kepercayaan itu benar atau salah adalah lebih penting mengkaji serta menganalisis terlebih dahulu sebelum mengakui,memasuki atau menyertainya. Tetapi untuk membuktikan sesuatu ilmu atau amalan itu tidak bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar adalah tidak memadai dengan hanya mengemukakan alasan atau hujah yng berdasarkan kepada keterangan daripada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah bagi membuktikan kebenarannya yang hakiki.
Pemimpin Nasrul Haq sering mengakui bahawa mereka adalah jahil dalam soal agama dan bersedia menerima nasihat serta teguran daripada ulama, maka sudah sewajarnya pihak penganjur ilmu ini menerima dengan hati yang terbuka segala pandangan dan cadangan yang dikemukakan di dalam laporan kajian ini demi memelihara kesucian akidah Islam dan demi menyelamatkan umat Islam di negara ini, khususnya pengikut-pengikut amalan ini supaya tidak menyeleweng dari iktikad atau pegangan terhadap ajaran Islam yang sebenar.
Walau bagaimanapun persidangan Ketua-ketua Jabatan Agama Islam Negeri-negeri pada hari itu menjunjung tinggi hasrat dan cita-cita Kementerian Belia dan Sukan terutamanya hasrat Datuk Abdul Samad Idris sendiri selaku menteri yang bertanggungjawab untuk menyerapkan iman dan menambahkan taqwa di kalangan belia-belia kita. Tetapi masalahnya mereka tidak mahu penyerapan itu melalui jalan yang boleh menimbulkan keliru.
Untuk itu mesyuarat mencadangkan kepada Datuk Abdul Samad Idris sendiri supaya Kementerian Belia dapat melantik seorang Koordinator dalam bidang dakwah untuk menggerakkan kegiatan-kegiatan agama di kalangan belia. Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dan jabatan-jabatan agama di negeri-negeri telah memberi persetujuan untuk bekerjasama.
Untuk pengetahuan pembaca bahawa anggota jawatankuasa khas itu terdiri daripada YB Datuk Sri Haji Kamaruddin Mat Isa, Tim. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Prof. Haji Abdul Jalil Hassan, Datuk Haji Abu Hassan Sail, Datuk Syeikh Abdul Mohsein Haji Salleh, Tuan Haji Ghazali bin Haji Abdullah, Tuan Haji Mohd.Talha bin Haji Abdul Rahman, Ustaz Haji Dusuki bin Haji Ahmad, Ustaz Mahsin bin Haji Mansor dan Ustaz Haji Ahmad bin Awang.

13/09/2019 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Ibadah, Informasi, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

SIAPA SESUNGGUHNYA GOLONGAN AL-ASY’ARIYYAH ?

Penjelasan dari As-Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani : “Ramai kaum muslimin jahil (tidak mengetahui) mengenai madzhab al-‘Asya’irah (kelompok ulama pengikut madzhab Imam Abul Hasan al-Asy’ari) dan tidak mengetahui siapakah mereka, serta metode mereka dalam bidang aqidah. Kerana ketidak tahuan itu, ada sebagian dari kaum Muslimin, tidak ber…hati-hati, melemparkan tuduhan bahwa golongan Asya’irah sesat atau telah keluar dari Islam dan mulhid (menyimpang dari kebenaran) di dalam memahami sifat-sifat Allah.

Kejahilan terhadap madzhab al-Asya’irah ini adalah faktor retaknya kesatuan golongan Ahlus Sunnah dan terpecah-pecahnya kesatuan mereka, sehingga sebagian golongan yang jahil memasukkan al-Asya’irah dalam kelompok golongan yang sesat . Saya tidak tahu, mengapa golongan yang beriman dan golongan yang sesat disamakan ?

Dan bagaimana golongan Ahl as-Sunnah dan golongan ekstrim mu’tazilah (Jahmiyyah) disamakan?
أَفَنَجْعَلُ الْمُسْلِمِينَ كَالْمُجْرِمِينَ
مَا لَكُمْ كَيْفَ تَحْكُمُونَ
“Maka apakah patut Kami menjadikan orng-orang Islam itu sama dengan orang-orang yang berdosa (orang kafir) ?, Atau adakah kamu (berbuat demikian): bagaimanakah kamu mengambil keputusan ?” (QS. Al-Qalam : 35 – 36)

Al-Asya’irah adalah para pemimpin ulama yang membawa petunjuk dari kalangan ulama muslimin yang ilmu mereka memenuhi bagian timur dan barat dunia dan disepakati oleh manusia sepakat atas keutamaan, keilmuan dan keagamaan mereka.

Mereka adalah tokoh-tokoh besar ulama Ahlussunnah berwibawa tinggi yang berdiri teguh menentang kecongkaan dan kesombongan golongan Mu’tazilah.
Dalam menuturkan tentang golongan Al-Asya’irah, Ibnu Taimiyyah berkata:
والعلماء أنصار علوم الدين والأشاعرة أنصار أصول الدين – الفتاوى الجزء الرابع
“Para ulama adalah pembela ilmu agama dan al-Asya’irah pembela dasar-dasar agama (ushuluddin) – (Al-Fataawaa, juz 4)

Sesungguhnya mereka (penganut madzhab al-Asya’irah) terdiri dari tokoh-tokoh hadits (Muhadditsin), para Ahli fiqih dan para Ahlitafsir dari kalangan tokoh Imam-imam yang utama (yang menjadi panutan dan sandaran para ulama lain) seperti :
-] Syaikhul Islam Ahmad ibn Hajar al-‘Asqalani رحمه الله, tokoh hadits yang tidak dipertikaikan lagi sebagai gurunya para ahli hadits, penyusun kitab Fathul Baari ‘ala Syarhil Bukhaari. Bermazhab Asya’irah. Karyanya sentiasa menjadi rujukan para ulama’.

-] Syaikhul Ulama Ahl as-Sunnah, al-Imam an-Nawaawi رحمه الله, penyusun Syarh Shahih Muslim, dan penyusun banyak kitab yang masyhur. Beliau bermazhab Asya’irah.

-] Syaikhul Mufassirin al-Imam al-Qurthubi رحمه الله penyusun tafsir al-Jaami’ li Ahkaamil Qur’an. Beliau bermazhab Asya’irah.

-] Syaikhul Islam Ibnu Hajar al-Haithami رحمه الله, penyusun kitab az-Zawaajir ‘an al-Iqtiraaf al-Kabaa’ir. Beliau bermazhab Asya’irah.

-] Syaikhul Fiqh wal Hadits al-Imam al-Hujjah wa ats-Tsabat Zakaaria al-Anshari رحمه الله Beliau bermazhab Asya’irah.
-] Al-Imam Abu Bakar al-Baaqilani رحمه الله
-] Al-Imam al-Qashthalani رحمه الله
-] Al-Imam an-Nasafi رحمه الله
-] Al-Imam asy-Syarbini رحمه الله
-] Abu Hayyan an-Nahwi رحمه الله, penyusun tafsir al-Bahr al-Muhith.
-] Al-Imam Ibn Juza رحمه الله, penyusun at-Tashil fi ‘Uluumittanziil.

-] Dan lain sebagainya, yang kesemua merupakan tokoh-tokoh Ulama ‘Asya’irah.
Seandainya kita menghitung jumlah ulama besar dari Ahli Hadits, Ahli Tafsir dan Ahli Fiqh yang bermazhab al-Asya’irah, maka tidak mungkin mampu untuk dilakukan dan kita memerlukan beberapa jilid buku untuk merangkai nama para ulama besar yang ilmu mereka memenuhi wilayah timur dan barat bumi.

Adalah salah satu kewajiban kita untuk berterimakasih kepada orang-orang yang telah berjasa dan mengakui keutamaan orang-orang yang berilmu dan memiliki kelebihan yakni para tokoh ulama, yang telah menabur khidmat mereka kepada syari’at Sayyid Para Rasul, Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alayhi wa Sallam.

Dari mana lagi kebaikan yang kita harapkan sekiranya kita melemparkan tuduhan menyimpang daripada kebenaran dan sesat kepada para ulama besar kita dan para salafus sholeh ? Bagaimana Allah akan membukakan mata hati kita untuk mengambil manfaat dari ilmu-ilmu mereka setelah kita beri’tiqad bahwa mereka berada dalam keraguan dan menyimpang dari jalan Islam ???.

Sungguh saya ingin mengatakan: “Adakah ulama masakini dari kalangan Doktor [penyandang ijazah PhD] dan cerdik pandai, mampu melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh Ibnu Hajar Al-‘Asqalani dan Al-Imam An-Nawawi رحمهماالله dalam berkhidmat terhadap Sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang suci ?

Adakah kita mampu untuk memberi khidmat terhadap Sunnah Nabi صلى الله عليه وسلم sebagaimana yang dilakukan oleh kedua-dua ulama besar ini ?
emoga Allah memberikan karunia kepada mereka rahmat serta keridhaan-Nya. Lalu bagaimana kita bisa menuduh mereka berdua telah sesat dan juga para ulama al-Asya’irah yang lain, padahal kita memerlukan ilmu-ilmu mereka ?

Dan bagaimana kita bisa mengambil ilmu dari mereka jika mereka didalam kesesatan ? PadahalAl-Imam Ibnu Sirin رحمه الله pernah berkata :
إن هذا العلم دين فانظروا عمن تأخذون دينكم
“Sesungguhnya ilmu ini adalah agama, maka perhatikan daripada siapa kalian mengambil agama kalian.”

Apakah tidak cukup bagi orang yang tidak sependapat dengan para Imam di atas, untuk mengatakan, “Mereka rahimahullah telah berijtihad dan mereka salah dalam menafsirkan sifat-sifat Allah. Maka yang lebih baik adalah tidak mengikuti metode mereka.” Sebagai pengganti dari ungkapan kita yang telah menuduh mereka menyimpang dan sesat lalu kita marah atas orang yang mengkategorikan mereka sebagai Ahlussunnah.

Dan seandainya Al-Imam an-Nawawi, Al-‘Asqalani, Al-Qurthubi, Al-Fakhrurrazi, Al-Haithami dan Zakaria Al-Anshari dan ulama berwibawa yang lain tidak dikategorikan sebagai Ahlussunnah Wal Jama’ah, lalu siapakah lagi yang termasuk Ahlussunnah Wal Jama’ah ?.

Sungguh, dengan tulus kami mengajak semua pendakwah dan mereka yang bergiat di medan dakwah Islam agar bertaqwa kepada Allah dalam urusan ummat Muhammad صلى الله عليه وسلم, khususnya terhadap tokoh-tokoh ulama dan para fuqaha’nya. Karena, ummat Muhammad صلى الله عليه وسلم senantiasa berada dalam kebaikan hingga hari kiamat. Dan tidak ada kebaikan bagi kita jika tidak mengakui kedudukan dan keutamaan para Ulama kita sendiri.

Al-Asya’irah adalah pengikut Imam Abu Hasan al-Asy’ari yang mempunyai jasa yang besar dalam membersihkan aqidah Ahlussunnah wal Jamaah daripada kekeruhan yang dicetuskan oleh golongan Mu’tazilah.

Kebanyakan pendukung dan Ulama besar umat ini adalah dari golongan al-Asya’irah. Sedangkan golongan yang memperdebatkan mereka ini sama sekali mencapai secarik buku mereka pun dari segi ilmu, wara’ dan taqwa.

Di antara ulama Al-Asya’irah ialah: Imam Al-Haramain, Imam al-Ghazali, al-Hafidz Ibn Hajar al-‘Asqalani, Imam Fakhruddin ar-Razi dan sebagainya. Apakah dosa yang telah mereka lakukan ?

Adakah karena mereka bersungguh-sungguh untuk membuat bantahan atas kekeliruan yang ditimbulkan oleh golongan Musyabbihah yang berhubungan dengan Dzat Allah ? Golongan Musyabbihah ini mencoba untuk menetapkan bahwa Allah Ta’ala mempunyai jisim melalui ayat-ayat Mutasyabihat dan hadits-hadits yang menyatakan secara dzahirnya bahwa Allah mempunyai tangan, mata, siku, jari-jari dan sebagainya. -Selesai.

ULAMA-ULAMA BERMADZHAB AL-ASYA’IRAH

::: Peringkat Pertama : Dari Kalangan Murid Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari
* Abu Abdullah bin Mujahid Al-Bashri
* Abu Al-hasan Al-Bahili Al-Bashri
* Abu Al-Hasan Bandar bin Al-Husein Al-Syirazi As-Sufi
* Abu Muhammad At-Thobari Al-‘Iraqi
* Abu Bakr Al-Qaffal As-Syasyi
* Abu Sahl As-So’luki An-Naisaburi
* Abu Yazid Al-Maruzi
* Abu Abdillah bin Khafif As-Syirazi
* Abu Bakr Al-Jurjani Al-Isma’ili
* Abu Al-Hasan Abdul ‘Aziz At-Thobari
* Abu Al-Hasan Ali At-Thobari
* Abu Ja’far As-Sulami Al-Baghdadi
* Abu Abdillah Al-Asfahani
* Abu Muhammad Al-Qursyi Al-Zuhri
* Abu Bakr Al-Bukhari Al-Audani
* Abu Al-Manshur bin Hamsyad An-Naisaburi
* Abu Al-Husein bin Sam’un Al-Baghdadi
* Abu Abdul Rahman As-Syaruthi Al-Jurjani
* Abu Ali Al-Faqih Al-Sarkhosyi

:: Peringkat Kedua,
* Abu Sa’ad bin Abi Bakr Al-Isma’ili Al-Jurjani
* Abu Thayyib bin Abi Sahl As-So’luki An-Naisaburi
* Abu Al-Hasan bin Daud Al-Muqri Al-Darani Ad-Dimasyqi
* Al-Qodhi Abu Bakr bin At-Thoyyib bin Al-Baqillani
* Abu ‘Ali Ad-Daqqaq An-Naisaburi (guru Imam Al-Qusyairi)
* Al-Hakim Abu Abdillah bin Al-Bai’e An-Naisaburi
* Abu Manshur bin Abi Bakr Al-Isma’ili
* Al-Ustaz Abu Bakr Furak Al-Isfahani
* Abu Sa’ad bin Uthman Al-Kharkusyi
* Abu Umar Muhammad bin Al-Husein Al-Basthomi
* Abu Al-Qasim bin Abi Amr Al-Bajli Al-Baghdadi
* Abu Al-Hasan bin Maysazah Al-Isfahani
* Abu Tholib bin Al-Muhtadi Al-Hasyimi
* Abu Mu’ammar bin Abi Sa’ad Al-Jurjani
* Abu Hazim Al-‘Abdawi An-Naisaburi
* Al-Ustaz Abu Ishaq Al-Isfara’ini
* Abu ‘Ali bin Syazan Al-Baghdadi
* Abu Nu’aim Al-Hafiz Al-Isfahani
* Abu Hamid Ahmad bin Muhammad Al-Istawa’ie Ad-Dalwi

:: Peringkat ketiga,
* Abu Al-Hasan As-Sukri Al-Baghdadi
* Abu Manshur Al-Ayyubi An-Naisaburi
* Abu Muhammad Abdul Wahab Al-Baghdadi
* Abu Al-Hasan An-Na’imi Al-Bashri
* Abu Thohir bin Khurasah Ad-Dimasyqi
* Al-Ustaz Abu Manshur An-Naisaburi
* Abu Dzar Al-Haraqi Al-Hafiz
* Abu Bakr Ad-Dimsyaqi (Ibn Al-Jurmi)
* Abu Muhammad Al-Juwaini (ayahnda Imam Al-Haramain Al-Juwaini)
* Abu Al-Qasim bin Abi Uthman Al-Hamdani
* Abu Ja’far As-Samnani
* Abu Hatim At-Thobari Al-Qozwini
* Abu Al-Hasan Rasya bin Nazhif Al-Muqri
* Abu Muhammad Al-Isfahani (Ibn Al-Laban)
* Abu Al-Fath Salim bin Ayyub Al-Razi
* Abu Abdillah Al-Khobazi Al-Muqri
* Abu Al-Fadhl bin ‘Amrus Al-Baghdadi Al-Maliki
* Al-Ustaz Abu Al-Qasim Al-Isfarayini
* Al-Hafiz Abu Bakr Al-Baihaqi (pemilik Al-Asma’ wa As-Sifat)

:: Peringkat keempat,
* Abu Bakr Al-Khatib Al-Baghdadi
* Al-Ustaz Abu Al-Qasim Al-Qusyairi
* Abu ‘Ali bin Abi Harishoh Al-Hamdani Ad-Dimasyqi
* Abu Al-Muzhoffar Al-Isfara’ini
* Abu Ishaq Ibrahim bin ‘Ali As-Syirazi
* Imam Al-Haramain Abu Al-Ma’ali Al-Juwaini
* Abu Al-Fath Nasr bin Ibrahim Ad-Dimasyqi
* Abu Abdillah At-Thobari

:: Peringkat kelima,
* Abu Al-Muzoffar Al-Khowafi
* Al-Imam Abu Al-Hasan At-Thobari (Balika Al-Harrasi)
* Hujjatul Islam Al-Imam Abu Hamid Muhammad Al-Ghazali
* Al-Imam Abu Bakr Al-Syasyi
* Abu Al-Qashim Al-Anshori An-Naisaburi
* Al-Imam Abu Nasr bin Abi Al-Qasim Al-Qusyairi
* Al-Imam Abu ‘Ali Al-Hasan bin Sulaiman Al-Isbahani
* Abu Sa’id As-ad bin Abi Nashr bin Al-Fadhl Al-‘Umri
* Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad bin Yahya Al-Uthmani Ad-Dibaji
* Al-Qadhi Abu Al-‘Abbas Ahmad bin Salamah (Ibn Al-Ratbi)
* Al-Imam Abu Abdillah Al-Farawi
* Imam Abu Sa’ad Isma’il bin Ahmad An-Naisaburi Al-Karmani
* Imam Abu Al-Hasan Al-Sulami Ad-Dimasyqi
* Imam Abu Manshur Mahmud bin Ahmad Masyazah
* Abu Al-Fath Muhammad bin Al-Fadhl bin Muhammad Al-Isfara’ini
* Abu Al-Fath Nasrullah bin Muhammad Al-Mashishi

:: Peringkat keenam,
* Al-Imam Fakhruddin Al-Razi (pemilik At-Tafsir Al-Kabir dan Asas At-Taqdis)
* Imam Saifullah Al-Amidi (empunya Abkar Al-Afkar)
* Sulton Al-Ulama’ Izzuddin bin Abdil Salam
* Sheikh Abu ‘Amr bin Al-Hajib
* Sheikhul Islam Izzuddin Al-Hushairi Al-Hanafi (pemilik At-Tahsil wal Hashil)
* Al-Khasru Syahi
::: Peringkat ketujuh,
* Sheikh Taqiyuddin Ibn Daqiq Al-‘Idd
* Sheikh ‘Ala’uddin Al-Baji
* Al-Imam Al-Walid Taqiyuddin Al-Subki (murid Sheikh Abdul Ghani An-Nablusi)
* Sheikh Shofiyuddin Al-Hindi
* Sheikh Shadruddin bin Al-Marhal
* Sheikh Zainuddin
* Sheikh Shodruddin Sulaiman Abdul Hakam Al-Maliki
* Sheikh Syamsuddin Al-Hariri Al-Khatib
* Sheikh Jamaluddin Az-Zamlakani
* Sheikh Jamaluddin bin Jumlah
* Sheikh Jamaluddin bin Jamil
* Qodhi Al-Quddho Syamsuddin As-Saruji Al-Hanafi
* Al-Qadhi Syamsuffin bin Al-Hariri
* Al-Qodhi ‘Addhuddin Al-Iji As-Syirazi (pemilik kitab Al-Mawaqif fi Ilm Al-Kalam)
::: Dan sebagainya… Nafa’anaLlahu bi ulumihim wa barakatihim.. amin…….. [Selesai nukilan].

Lihatlah, sesungguhnya Al-Asyairah diikuti oleh jumlah yang sangat besar dari para ‘ULAMA’. Apakah mereka semua ini sesat jika ada pihak mengatakan golongan Al-Asyairah sesat ? Pikirkanlah…dan bagaimana pula dengan golongan-golongan yang lainnya, apakah ada aliran mereka yang mampu melahirkan para ULAMA’ seperti Al-Asyairah?

Wallahu ‘alam..

Dari Ustaz Yunan A Samad

13/09/2019 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab), wahabi | , | Leave a comment

   

%d bloggers like this: