Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Siapa pula yang memimpin majlis tahlilan ketika Imam Syafie wafat?

Jawapannya:

Ia adalah seorang wali (penguasa) yang bernama Muhammad bin as-Suri bin al-Hakam.
Muhammad bin as-Suri bin al-Hakam adalah seseorang yang diwasiatkan oleh Imam Syafie, apabila beliau wafat agar dimandikan dan diurus oleh Muhammad bin as-Suri bin al-Hakam, dari kerja-kerja memandikan, memimpin solat jenazah, menguburkan, mendoakan serta mengadakan majlis tahlilan bersama jamaah yang lain yang hadir saat Imam Syafi’i wafat.
Imam Syafie wafat pada malam Jumaat pada waktu subuh pada hari terakhir bulan Rejab tahun 204 Hijriyyah atau tahun 809 Masihi pada usia 52 tahun.

Jenazah kemudian dibawa, sampai ke tanah anak-anak Ibnu Abdi al-Hakam, disanalah ia dikuburkan, yang kemudian terkenal dengan Turbah asy-Syafie sampai hari ini, dan disana pula dibangun sebuan masjid yang diberi nama Masjid asy-Syafie. Penduduk Mesir terus menerus menziarahi makam sang Imam sampai 40 hari 40 malam, setiap penziarah tak mudah dapat sampai ke makamnya kerana banyaknya penziarah. (Sila rujuk kitab tarikh atau Manaqib Imam Syafie)

》Persoalan mengenai pendirian Imam Syafie:
Imam Al-Hasan bin Muhammad Az-Za’farani berkata: “Saya pernah bertanya kepada Imam Syafie mengenai bacaan Al-Quran di kubur. Ternyata beliau itu (Imam Syafie) membolehkannya”.

》Hal ini dikukuhkan lagi apabila Imam Syafie sendiri pernah menziarahi makam Imam Laith bin Sa’ad, kemudian beliau membaca Al-Quran.

ﻭﻗﺪ ﺗﻮﺍﺗﺮ ﺍﻥ ﺍﻟﺸﺎﻓﻌﻲ ﺯﺍﺭ ﺍﻟﻠﻴﺚ ﺑﻦ ﺳﻌﺪ ﻭﺍﺛﻨﻰ ﺧﻴﺮﺍ ﻭﻗﺮﺃ ﻋﻨﺪﻩ ﺧﺘﻤﺔ ﻭﻗﺎﻝ : ﺍﺭﺟﻮﺍ ﺍﻥ ﺗﺪﻭﻡ ﻓﻜﺎﻥ ﺍﻻﻣﺮ ﻛﺬﻟﻚ

“Dan telah mutawatir (masyhur) riwayat bahawa Imam Syafie telag menziarahi makam Imam Laith bin Sa’ad. Beliau memujinya dan membaca Al-Quran di sisi kuburnya dengan sekali khatam. Imam Syafie berkata: Aku mengharapkan agar ia (amalan membaca Al-Quran seperti di sisi makan Imam Laith) akan berterusan, maka begitulah seperti apa yang dikatakan (didoakan) oleh Imam Syafie”
(Rujuklah kitab az-Zakhirah Ath-Thaminah, ms.64)

》Bagaimana pula dengan perkataan Imam Syafie:

ﻭﺃﻛﺮﻩ ﺍﻟﻤﺄﺗﻢ ﻭﻫﻲ ﺟﻤﺎﻋﺔ ﻭﺍﻥ ﻟﻢ ﻳﻜﻦ ﻟﻬﻢ ﺑﻜﺎﺀ ﻓﺎﻥ ﺫﻟﻚ ﻳﺤﺪﺩ ﺍﻟﺤﺰﻥ ﻭﻳﻜﻠﻒ ﺍﻟﻤﺆﻧﺔ
“Dan aku
membenci ma’tam iaitu adanya perkumpulan walaupun tidaklah berlaku pada mereka perbuatan menangir kerana perbuatan itu akan mengembalikan kesedihan dan menambahkan bebanan.” (Al-Umm, j.1, ms.318)
* Segelintir orang jahil bertopengkan ‘ustaz’ telah menyangka Majlis Ma’tam yang dibenci oleh Imam Syafie adalah sama dengan Majlis Tahlilan. Sedangkan “ma’tam ialah perkumpulan orang yang kebiasaannya akan bertambahlah kesedihan dalam perkumpulan mereka.” (Rujuklah Al-Munjid, ms.2)

* Maka, illah larangan ma’tam ialah kerana ia termasuk dalam ‘niyahah’ iaitu meratap pemergian si mati. Hal ini dilarang dalam agama kerana Nabi s.a.w bersabda:

ﺍﻟﻤﻴﺖ ﻳﻌﺬﺏ ﺑﺒﻜﺎﺀ ﺍﻟﺤﻲ ﻋﻠﻴﻪ ﺍﻭ ﺑﺒﻜﺎﺀ ﺍﻫﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ
“Mayat akan diazab kerana tangisan rantapan orang hidup ke atasnya atau tangisan rantapan keluarganya” (HR. Muslim)

* Konsep yang berbeza pada majl

is tahlilan, kerana ia bukan majlis meratap dan bersedih. Melainkan sebagai suatu usaha keluarga si mati untuk mengirimkan pahala kepada si mati dengan pelbagai amalan kebaikan.

》Begitu juga seperti larangan kenduri wahsyah yang diterangkan dalam kitab-kitab fiqh yang lain, larangan tersebut berserta dengan illah yang berbeza. Sebab itulah, urusan menentukan hukum diberikan kepada alim ulama bukannya kepada cikgu geografi.

》Bagaimana pula, dengan pendapat Imam Syafie mengenai mengirim pahala bacaan Al-Quran?

* Imam Nawawi telah menyatakan mengirim pahala doa dan sedekah adalah sampai dengan IJMAK ULAMA.

ﻳﺼﻠﻪ ﺛﻮﺍﺏ ﺍﻟﺪﻋﺎﺀ ﻭﺛﻮﺍﺏ ﺍﻟﺼﺪﻗﺔ ﺑﺎﻻﺟﻤﺎﻉ

(Rujuklah Fatawa Imam Nawawi, ms.146)
* Ini bermakna, usaha keluarga mengirim pahala sedekah makanan dalam majlis tahlilan itu SAMPAI kepada si mati dengan ijmak ulama.

》Namun, yang menjadi khilaf ialah 0ahala bacaam Al-Quran. Menurut Imam Nawawi, ia sampai.

Dan menurut Syeikhul Islam Zakaria Al-Anshari:

ﺍﻥ ﻣﺸﻬﻮﺭ ﺍﻟﻤﺬﻫﺐ ﺍﻱ ﻓﻰ ﺗﻼﻭﺓ ﺍﻟﻘﺮﺍﻥ ﻣﺤﻤﻮﻝ ﻋﻠﻰ ﻣﺎ ﺍﺫﺍ ﻗﺮﺃ ﻻ ﺑﺤﻀﺮﺓ ﺍﻟﻤﻴﺖ ﻭﻟﻢ ﻳﻨﻮ ﺍﻟﺜﻮﺍﺏ ﻟﻪ ﺍﻭ ﻧﻮﺍﻩ ﻭﻟﻢ ﻳﺪﻉ

“Sesungguhnya pendapat masyhur dalam mazhab Syafie mengenai bacaan Al-Quran (yang pahalanya dikirimkan kepada si mati) adalah apabila dibaca tidak dilakukan ketika mayat berada dihadapan pembaca, dan jika tidak diniatkan hadiah pahala kepadanya atau diniatkan pahala bacaan kepadanya tetapi tidak membaca doa sesudah bacaan Al-Quran tersebut.”
(Rujuklah Hukm Asy-Syar’iyyah Al-Islamiah fil Ma’tam Al-Arbain, ms.43)

* Maka, beginilah kesimpulan ulama bermazhab Syafie simpulkan setiap perbuatan, ijtihad dan wasiat Imam Syafie. Kerana mereka lebih memahami fiqh dalam mazhab berbanding cikgu geografi.

☆ Penulis kitab Al-Hawi iaitu Imam Suyuthi & penulis kitab Hukm Asy-Sya’iyyah Al-Islamiah fil Ma’tam Al-Arbain ialah Syeikh Hasanain Makhluf, kedua-duanya tinggal di Mesir. Mereka menyokong majlis tahlilan dengan pelbagai hujjah yang dinyatakan dalam kitab mereka tersebut.

SOALNYA, bilakah amalan hindu bertapak di Mesir?

Disediakan oleh: Hafiz Al Za’farani (HAZA)

04/09/2019 - Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab), wahabi | ,

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: