Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

[Muhasabah Buat Para Pendakwah ASWJ: Utamakan Perjuangan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah] – Bahagian 1

1. Artikel ini ditulis ARG Johor kerana terjadi ‘trend’ pada masa ini mula menunjukkan semakin ramai di kalangan sahabat pendakwah ASWJ yang menjadi semakin tidak berani, tidak selesa, tidak berminat terhadap isu isu akidah ASWJ hanya kerana bimbang dilabel sebagai tidak berlapang dada, bimbang difitnah, bimbang diejek dan dicaci. Malah yang lebih membimbangkan apabila ada segelintir yang malah lebih selesa duduk bersama Wahhabi (atau pro wahhabi) berbanding yang sering menyerukan amar makruf nahi mungkar.

2. Tercatit dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003, Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Johor, atas perintah dan perkenan Duli Yang Maha Mulia Baginda Tuanku Sultan, menyediakan fatwa yang disiarkan menurut subseksyen 48(6) Enakmen itu, nombor 3 adalah:

“Fahaman atau ajaran Wahhabi perlu dicegah keseluruhannya dari berkembang di negeri Johor Darul Ta’zim kerana ia boleh menimbulkan kecelaruan dan menjadi ancaman kepada keutuhan pegangan agama, perpaduan ummah, perpaduan bangsa dan keamanan serta keselamatan negara.

3. Apabila kita semak dalam mana-mana fatwa negeri berkenaan pengharaman wahhabi baik dalam atau luar negara atau keputusan muzakarah kebangsaan kita pasti akan berjumpa satu isyarat yang kuat dari fatwa fatwa tersebut bahawa fahaman wahhabi akan membawa kepada perpecahan, ancaman keselamatan dan lain lain berkenaan keharmonian masyarakat Islam.

4. Seperti mana yang tercatat dalam point (1), ajaran wahhabi bukan sahaja perlu dibanteras, malah perlu DICEGAH dari berkembang di negeri Johor, ia juga boleh membawa maksud apa apa sahaja aktiviti atau figur yang berpotensi mengembangkan ajaran wahhabi mestilah dicegah, jika figur itu mesra wahhabi dan sering membuka pintu buat fahaman wahhabi di Johor, maka figur itu perlulah dicegah di Johor. Begitu juga di Malaysia terutama di kawasan kawasan (contoh: Wilayah Persekutuan) dimana JAKIM mempunyai pengaruh bagi menentukan muftinya, pegawainya dan pengurusannya bukan dari kalangan yang simpati pada wahhabi, yang membela wahhabi, yang tidak membuka pintu buat wahhabi di negara ini, kerana majoriti negeri-negeri memberi komitmen mencegah ajaran wahhabi di negeri masing masing.

5. Fatwa yang diputuskan di Johor bahawa ancaman fahaman Wahhabi ini boleh memecahbelahkan dan memberi ancaman keselamatan bukanlah satu fatwa yang tidak asasnya, namun ia berlaku hampir sepanjang zaman apabila pencegahan ajaran ini tidak diambil berat. Tercatit dalam sejarah yang ditulis alim ulama bagaimana perkara-perkara yang serius berlaku apabila fahaman seperti ini tidak dicegah atau diberi perhatian yang serius. Dalam bahagian ini ARG Johor akan melampirkan kisah kisah fitnah yang berlaku sejak zaman dahulu.

6. *Fitnah pertama* ialah berkenaan pembunuhan Imam Ibn Jarir At Tabhari, Imam as-Suyuthi bercerita :

وفي بعض المجامع أن قاصا جلس ببغداد فروى في تفسير قوله تعالى { عسى أن يبعثك ربك مقاما محمودا } أنه يجلسه معه على عرشه فبلغ ذلك الإمام محمد بن جرير الطبري فاحتد من ذلك وبالغ في إنكاره وكتب على باب داره سبحان من ليس له أنيس ولا له في عرشه جليس فثارت عليه عوام بغداد ورجموا بيته بالحجارة حتى انسد بابه بالحجارة وعلت عليه

“ Di sebahagian perkumpulan, sesungguhnya ada seorang pencerita duduk bermajlis di Baghdad, lalu ia membawakan riwayat tafsir ayat “ Semoga Tuhanmu membangkitkanmu dengan kedudukan yang terpuji “, sesungguhnya Allah akan mendudukkan Nabi bersamaNya di atas Arsy-Nya. Maka khabar ini sampai kepada Imam ath-Thabari sangat marah dari hal itu dan sangat mengingkarinya, maka beliau menulis di pintu rumahnya : “ Maha Suci Dzat yang tidak memiliki teman dekat (anis) dan tidak memiliki teman duduk di atas Arsy-Nya “. Maka kaum awam Baghdad terprovokasi dan melempari beliau dengan batu hingga pintu rumahnya penuh dengan batu yang menutupinya. (Al-Asrar al-Marfuu’ah fil Akbaar al-Maudhu’ah : 1/61)

7. Kisah ini juga disebutkan juga oleh al-Imam Yaqut al-Hamawi dalam kitab tarikhnya Mu’jam al-Udaba : 6/2450. Ibnu Atsir menyebutkannya dalam kitabnya al-Kamil fit Tarikh, as-Subuki menyebutkannya di ath-Thabaqat, Ibnu Katsir menyebutkannya di kitab Tarikhnya Al-Bidayah : 11/146, as-Suyuthi menyebutkan di Tahdzir al-Khawwash min Ahaadits al-Qashshash : 1/161 dan lainnya.

8. Kisah yang menyayatkan hati ini direkod dalam pelbagai kitab sejarah oleh para ulama

Al-Hafidz Ibnu Katsir bercerita :

ودفِن في داره، لأن بعض عوامالحنابلة،ورعاعهم، منعوا من دفنه نهارًا، ونسبوه إلى الرفض، ومن الجهلة من رماه بالإلحاد… بل كان أحد أئمة الإسلام علمًا وعملا بكتاب الّله وسّنة رسوله

“ Dan beliau dimakamkan di dalam rumahnya, kerana sebagian kaum awam dan rendahan Hanabilah, melarang pemakaman imam Ibnu Jarir di siang hari. Mereka menuduhnya rafidhah (syi’ah), ada juga kaum bodoh yang menuduh beliau dengan ilhad…padahal beliau adalah salah satu imam Islam yang alim dan mengamalkan kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya “.[Al-Bidayah wa an-Nihayah : 11/136-147]

9. *Fitnah Kedua* iaitu Imam Ibnu Atsir (w. 630 H) bercerita dalam kitab tarikhnya :

وفيها وقعت فتنة عظيمة ببغداد بين اصحاب ابي بكر المروزي الحنبلي ، وبين غيرهم من العامة ، ودخل كثير من الجند فيها ، وسبب ذلك ان اصحاب المروزي قالوا في تفسير قوله تعالى [ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا ] هو ان الله سبحانه وتعالى يقعد النبي صلى الله عليه وسلم معه على العرش ، وقالت الطائفة الاخرى انما هو الشفاعة ، فوقعت الفتنة واقتتلوا ، فقتل بينهم قتلى كثيرة

“ Dan pada tahun 317 Hijriyyah, satu fitnah yang besar telah berlaku di Baghdad di antara pengikut Abu Bakar al-Marwazi al-Hanbali dan orang-orang lain daripada masyarakat umum. Dan ramai daripada tentera telah masuk ke dalamnya (Baghdad). Dan sebab bagi (fitnah) tersebut ialah bahawa sesungguhnya para pengikut al-Marwazi mentafsirkan firman Allah Ta’ala (Surah al-Isra’: 79):

“semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” bahawa sesungguhnya Allah [Maha Suci] akan meletakkan Nabi SAW bersamanya di atas Arash.Dan golongan yang lain pula berkata: Hanyasanya ia (tempat yang terpuji itu) adalah Shafaat.Maka berlakulah fitnah dan *mereka saling berbunuhan, sehingga yang terbunuh di kalangan mereka itu sangat ramai.*”[al-Kamil fi at-Tarikh, juz 8, hal.129]

10. Lihatlah wahai pembaca budiman yang mencari kebenaran, fitnah Tajsim yang timbul pada tahun 317H di Baghdad dari salah seorang Hanabilah Mujassimah iaitu Abu Bakar al-Marwazi al-Hanbali telah menyebabkan pertumpahan darah yang banyak berlaku di kalangan umat Islam, hasil daripada tafsiran menyelewengnya terhadap nas al-Quran.

11. Imam Ibnu al-Atsir (w. 630 H) bercerita tentang keadaan Baghdad di tahun 323 Hijriyyah.

وفيها عظم أمر الحنابلة، وقويت شوكتهم، وصاروا يكسبون من دور القواد والعامة، وإن وجدوا نبيذا أراقوه، وإن وجدوا مغنية ضربوها وكسروا آلة الغناء، واعترضوا في البيع والشراء، ومشى الرجال مع النساء والصبيان، فإذا رأوا ذلك سألوه عن الذي معه من هو، فأخبرهم، وإلا ضربوه وحملوه إلى صاحب الشرطة، وشهدوا عليه بالفاحشة، فأرهجوا بغداد.

“ Disana [Baghdad] Hanabilah semakin kuat dan mempunyai kekuasaan. Mereka memainkan watak militiri dan rakyat biasa. Jika mereka menemukan Nabidz [minuman yang dibuat dari perasan anggur atau kurma maka langsung dialirkan/dibuang, mereka memukul para penyanyi dan merosakkan alat muziknya. Jika ada seorang laki-laki dan wanita beserta anak-anak sedang berjalan bersama, maka lantas ditanya; siapakah itu?. Jika dapat menjawab, maka dilepaskan. Jika tidak, maka akan dipukul dan diserahkan ke polis dan menuduhnya telah berbuat fakhisyah/ keburukan. “[al-Kamil fi at-Tarikh, juz 8, hal. 129]

12. Lebih lanjut beliau bercerita :

وزاد شرهم وفتنتهم، واستظهروا بالعميان الذين كانوا يأوون المساجد، وكانوا إذا مر بهم شافعي المذهب أغروا به العميان، فيضربونه بعصيهم، حتى يكاد يموت.

“ Fitnah itu semakin bertambah kejelekannya. Orang-orang awam yang berada di Masjid, ketika ada seseorang yang bermadzhab Syafi’i lewat depan mereka, maka akan dipukuli. Bahkan sampai hampir meninggal. “

Begitulah kelakuan ulama’ yang menyimpang dan menimbulkan kekacauan, (sebagaimana kata Ibnu Katsir di awal) para ulama Awam dan rendahan dari madzhab Hanabilah, seperti dalam kes perseteruan Imam Ath-Thabary dengan Ulama’ (awam) Hanabilah, yang sangat bencinya kepada Imam Ath-Thabary.

13. Sampai akhirnya Pemerintah turut campur tangan, Khalifah ar-Radhi Billah Abu al-Abbas Ahmad bin al-Muqtadir Billah (w. 329 H) mengeluarkan keputusan. Sebagaimana lanjutan cerita Ibnu Atsir berikut :

فخرج توقيع الراضي بما يقرأ على الحنابلة ينكر عليهم فعلهم، ويوبخهم باعتقاد التشبيه وغيره، فمنه تارة أنكم تزعمون أن صورة وجوهكم القبيحة السمجة على مثال رب العالمين، وهيئتكم الرذلة على هيئته، وتذكرون الكف والأصابع والرجلين والنعلين المذهبين، والشعر القطط، والصعود إلى السماء، والنزول إلى الدنيا، تبارك الله عما يقول الظالمون والجاحدون علوا كبيرا، ثم طعنكم على خيار الأئمة، ونسبتكم شيعة آل محمد – صلى الله عليه وسلم – إلى الكفر والضلال، ثم استدعاؤكم المسلمين إلى الدين بالبدع الظاهرة والمذاهب الفاجرة التي لا يشهد بها القرآن، وإنكاركم زيارة قبور الأئمة، وتشنيعكم على زوارها بالابتداع وأنتم مع ذلك تجتمعون على زيارة قبر رجل من العوام !! ليس بذي شرف ولانسب ولاسبب برسول الله صلى الله عليه وسلم ، وتامرون بزيارته وتدعون له معجزات الانبياء وكرامات الاولياء !! ، فلعن الله تعالى شيطانا زين لكم هذه المنكرات وما أغواه ، وامير المؤمنين يقسم بالله جهدا اليه الوفاء به ، لئن لم تنتهوا عن مذموم مذهبكم ومعوج طريقتكم ليوسعنكم ضربا وتشريدا وقتلا وتبديدا ، وليستعملن السيف في رقابكم والنار في منازلكم ومحالكم

Point-point putusan ar-Radhi Billah dapat disimpulkan :

– Ar-Radhi Billah Mengutuk dan mengecam perilaku Hanabilah saat itu

– MENGUTUK AQIDAH TASYBIH mereka, mereka menyangka bahawa wajah mereka yang buruk itu serupa dengan wajah Allah [subhanahu wa ta’ala amma yashifun], menyebutkan telapak tangan, dua kaki, naik ke langit, turun ke dunia.

– Mereka mencela orang-orang pilihan umat ini, menisbatkan pengikut keluarga Nabi Muhammad [baca: Habaib], kepada kekufuran dan kesesatan. Menyangka bahawa umat Islam telah masuk kepada kebid’ahan dan madzhab yang tercela.

– Mereka mengingkari ziarah kepada Qubur orang para Imam dan mengatakan bahawa hal itu adalah bid’ah.

– Ar-Radhi Billah marah dan murka kepada Hanabilah dan mengatakan bahwa perbuatan mereka itu telah dihiasi oleh syaitan.

– Jika tidak berhenti dari perilaku mereka itu, maka ar-Radhi Billah dan pasukannya akan memerangi mereka. [al-Kamil fi at-Tarikh, juz 8, hal. 131]

14. Imam Ibnu al-Atsir (w. 630 H) bercerita tentang keadaan Baghdad di tahun 447 Hijriyyah :

في هذه السنة وقعت الفتنة بين الشافعية والحنابلة ببغداد ، ومقدم الحنابلة ابو يعلى بن الفراء وابن التميمي ، وتبعهم من العامة الجم الغفير !! ، وانكروا الجهر ببسم الله الرحمن الرحيم ، ومنعوا من الترجيع في الاذان ، والقنوت في الفجر ، ووصلوا الى ديوان الخليفة ولم ينفصل حال ، واتوا الى مسجد بباب الشعير فنهوا امامه عن الجهر بالبسملة ، فاخرج مصحفا وقال : ازيلوها من المصحف حتى لااتلوها ؟

Fitnah antara Fuqaha’ Syafi’iyah dan Hanabilah di Baghdad, yang dikepalai Ulama Hanabilah yaitu Abu ‘Ali bin Al-Farra’ dan Ibnu At-Tamimy dan para pengikutnya. mereka mengingkari mengeraskan bissmillahirrahmanirrahim (pada surat Al-Fatihah), melarang mengulangi adzan (ketika sholat jumat) dan membaca qunut pada sholat Subuh. mereka mendatangi Khalifah dan kes ini tidak dapat dihentikan. Sehingga Ulama hanabilah datang ke masjid Bab Asy-Sya’ir, mereka melarang mengeraskan bacaan basmalah. Salah satu diantara mereka mengeluarkan sebuah mushaf Al-Qur’an dan berkata “hapuslah (bismillah) ini dari mushaf (al-Qur’an) sampai mereka tidak membacanya lagi)).[al-Kamil fi at-Tarikh, juz 8, hal. 325]

15. Terlalu banyak kisah sejarah yang boleh ditulis disini jika mahu membuktikan bahawa jika pemerintah tidak mencegah fahaman wahhabi yang boleh menyebabkan kepada ketidakstabilan dalam negara atau negeri, ia menjadi tanggungjawab para ulama, asatizah dan pendakwah untuk terus menerus memastikan bahawa negeri dan negara ini terus terpelihara, berdiam diri dan melarikan diri semata-mata takut diejek, dicemuh, dipulaukan, malah yang lebih teruk dari itu menyalahkan sahabat aswj lain pula dalam isu ini adalah satu langkah pertama yang akan membuka pintu fahaman wahhabi di negeri dan negara ini.

16. Bahagian seterusnya artikel kita akan diteruskan muhasabah dengan melihat bagaimana ulama pada zaman dahulu begitu berani memperjuangkan akidah yang sahih tanpa takut diri mereka dicemuh, dibunuh, diracun dan dizalimi oleh pendakyah pendakyah ajaran yang menyimpang dari ahli sunnah wal jamaah.

Disediakan Oleh:

Pertubuhan Penyelidikan Ahlussunnah Wal Jamaah Johor Bahru, Johor (ARG Johor)

26/08/2019 - Posted by | Bicara Ulama, wahabi |

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: