Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

MUHAMAD BIN ABDUL WAHHAB,WAHHABI DAN IBNU TAIMIYYAH.

Beberapa perkara pokok berkenaan dengan ajaran Muhammad bin Abdul Wahhab khususnya yang menyentuh konsep tauhid dan syahadah serta implikasi-implikasi daripada ajaran yang demikian dengan menyebut juga beberapa fakta sejarah.

Dalam huraian ringkas ini juga akan disebutkan soal mengikut mazhab dan amalan-amalan yang dikirakan bid’ah dan sesat oleh kelompok ini.

Fakta-fakta yang dibicarakan diambil daripada rujukan-rujukan yang primer dan juga teks-teks yang muktabar.

Kemudian implikasi-implikasi pendekatan itu akan diperhatikan berdasarkan kepada pendekatan itu, contoh-contoh sejarah tentangnya dan kemungkinan-kemungkinan yang boleh timbul akibat daripada perkembangan pendekatan itu.
Kita boleh bermula dengan menyebut pengasasnya sendiri, iaitu Muhammad bin Abdul Wahhab.

Imam Muhammad Abu Zahrah di dalam kitabnya Tarikh al-Madhahib al- Islamiyyah ada mengatakan beberapa perkara utama berkaitan dengannya.

Aliran Wahhabiyyah ini muncul dalam negeri Arab, iaitu di kawasan padang pasir.

Aliran ini timbul akibat daripada keadaan masyarakat pada waktu itu yang terlampau memuliakan peribadi- peribadi dan mengambil berkat daripada mereka (menurut pandangan Wahhabiyy).

Mereka pada waktu itu berdamping dengan Allah dengan cara melawat kubur, banyak melakukan perkara-perkara bid’ah iaitu yang bukan daripada agama (laisat min al-din).

Wahhabiyyah muncul pada waktu itu bertujuan untuk memerangi perkara-perkara tersebut, lalu dihidupkan mazhab atau aliran pemikiran yang dicetuskan oleh Ibn Taimiyyah.

Muhammad bin Abdul Wahhab meninggal dunia pada tahun 1787.
Ketika hidupnya, beliau banyak mempelajari teks-teks tulisan Ibn Taimiyyah walaupun pada zamannya ajaran dan pemikiran Ibn Taimiyyah tidak terkenal dan tidak
disebarkan dengan meluas.

Dalam zaman Sultan Salim III (1204 – 1222), antara fitnah-fitnah yang muncul ialah fitnah Wahhabiyyah yang bermula dengan gerakan Muhammad bin Abdul Wahhab di Hijjaz, mereka mengambil al-Haramain dari pemerintahan Uthmaniyyah dan menghalang orang menunaikan haji yang datang dari Syam, Mesir dan sebagainya.

Dalam buku yang berkaitan dengan ulama`-ulama` mazhab Hanbali karangan Syeikh Muhammad bin Abdullah al-Hanbali, mufti mazhab Hanbali di Makkah (meninggal pada tahun 1295H) yang berjudul al-Suhub al-Wabilah ‘ala Dara`ih al-Hanabilah.

disebutkan bahawa “…‘Abd al- Wahhab bin Sulaiman al-Najdi adalah bapa kepada Muhammad, penggerak dakwah (sahib al-dakwah) yang tersebar keburukannya di bumi (intasyara shararuha fil afaq), tetapi ada kelainan di antara mereka berdua, walau bagaimanapun Muhammad tidak menzahirkan dakwahnya melainkan selepas mati bapanya itu dan diberitahu kepada saya (kata pengarang al-Suhub al-Wabilah) oleh orang semasa dengan Muhammad bin Abdul Wahhab bahawa bapanya marah dengan anaknya itu kerana ia tidak rela menggunakan masanya untuk menekuni ilmu fiqh atau kefahaman sebagaimana mereka yang terdahulu.

Demikian pula anaknya Sulaiman saudara kepada Muhammad bin Abdul Wahhab tidak bersetuju dengannya dalam dakwahnya dan menulis kitab dengan sedemikian baiknya menyanggahinya dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis; dan (Muhammad bin Abdul Wahhab) tidak memandang kepada pendapat ulama` (yang dahulu atau yang kemudian), siapa juga orangnya selain daripada Syeikh Taqiyyuddin Ibn Taimiyyah dan muridnya Ibn Al-Qayyim, beliau memandang pendapat kedua-dua orang itu sebagai nas yang tidak diterima ta`wil..”.

Disebutkan oleh Muhammad Abu Zahrah bahawa berlaku peperangan antara golongan Wahhabiyy dan Syarif Makkah, Syarif Ghalib bin Abu Sa’id yang dilantik oleh Sultan Turki untuk mewakilinya mentadbir dan memerintah kawasan Hijjaz. Sebelum itu pihak Wahhabiyy mula membina kekuasaan dan pengaruhnya di kalangan orang Arab dalam kawasan mereka.

Mereka membunuh muslimin dalam proses itu, menghalalkan mengambil harta mereka dan menangkap para wanita mereka. Ini bermula dengan ajaran Muhammad bin Abdul Wahhab yang berasal dari Bani Tamim.

Dalam Tarikh Najdin, disebut bahawa golongan Wahhabiyyah menentang kerajaan ‘Uthmaniyyah kerana dianggapnya kerajaan itu syirik dan kafir kerana mengamalkan tawassul dan berdoa di kubur orang-orang mati.

Kenyataan tentangnya seperti berikut (selepas menyebut bahawa manusia zaman kita bukan menyembah malaikat dan ‘Isa, tetapi menyembah manusia).

Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab sesungguhnya menganggap bahawa umum Muslimin adalah kafir, musyrik dan murtad seperti ahli Jahiliyyah zaman awal atau lebih sesat lagi daripada itu. Kata beliau :

“Sesungguhnya kebanyakan manusia dipermainkan oleh syaitan dan syaitan menampakkan cantik kepada mereka perbuatan syirik mereka terhadap Allah dan ia menjadikan keluar daripada mereka kasih kepada orang-orang yang soleh dan membesar-besarkan mereka.

Sesungguhnya orang-orang (muslimin yang menjadi) musyrikin zaman kita ini lebih sesat lagi daripada orang kafir zaman Rasulullah S.A.W. Maka tidak terselindung lagi daripada anda bahawa syirik terbesar memenuhi bumi, iaitu menyembah berhala.”

Kalau itu dikaitkan dengan hadis yang menyebut manusia akhirnya menyembah berhala pada zaman kemudian, maka itu bukan berlaku atas mereka yang beriman, tetapi atas mereka yang masih ada selepas daripada mati semua orang yang beriman kerana angin halus seperti sutera, selepas itu yang tinggal adalah makhluk yang seburuk-buruknya, mereka itulah yang menyembah berhala, bukannya orang-orang soleh yang melawat kubur auliya` dan meminta keberkatan daripada mereka atau bertawassul dengan mereka. Perkara ini terdapat dalam hadis Sahih al-Bukhari berkenaan dengan matinya sekalian mereka yang beriman dengan angin yang halus seperti sutera itu.

Dalam hubungan dengan kerajaan Uthmaniyyah, apabila wakil kerajaan Uthmaniyyah hendak meminta perjanjian perdamaian (al-Hudnah wa al-Sulh) maka dijawab dalam surat kepada rombongan itu seperti berikut : “Ada dalam surat (yang berkenaan itu) Adapun berdamai dan memberi laluan kepada yang bukan Islam itu perkara yang tidak mungkin, dengan daya dan upaya Allah dan anda faham bahawa ini suatu perkara yang anda minta dari kami kali demi kali.

Dan anda memberi jizyah atas diri anda semua tiap-tiap tahun tiga puluh ribu mithqal emas, walhal kami tidak menerima daripada kamu dan kami tidak memberi jawapan kepada kamu dengan perdamaian, maka sesungguhnya kalau anda menerima Islam, itu baik bagi kamu dan itu yang kami tuntut; kalau anda berpaling, maka kami katakan, sebagaimana yang difirmankan Allah Ta’ala :
“Maka kalau mereka berpaling maka mereka berada dalam permusuhan (dengan kamu) maka memadailah Allah untuk kamu, Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” – Surah Al-Baqarah : 137.

Berlakulah penentangan terhadap ‘Uthmaniyyah itu, sehingga akhirnya dengan mereka menolong British dan Perancis, jatuhlah kerajaan itu, walaupun itu bukan satu- satunya faktor kejatuhan tetapi ia satu daripada faktor-faktor yang membawa kepada kejatuhan itu. Tidak ada mazhab fiqh dalam Ahli Sunnah yang mengizinkan ulil amri itu disanggahi sedemikian.

Disebutkan dalam kitab Muhammad Abu Zahrah.

bahawa mereka mengangkat pedang dan berperang itu bagi menegakkan sunnah dan menghapuskan bid’ah (li iqamatissunnah wa imatati al-bid’ah). Antaranya memang benar kenyataan Abu Zahrah tentang mereka memperluas-luaskan bid’ah itu sampai kepada adat-adat kebiasaan, seperti pada suatu masa mereka mengharamkan rokok sebagai bid’ah, kerana terlalu amat sangat penentangan mereka itu terhadapnya, mereka mengatakan bahawa orang yang menghisap rokok itu seolah-olah musyrikin.

Kata Abu Zahrah, golongan ini berpegang kepada prinsip bahawa pegangan kami adalah benar tidak mungkin tersilap, pegangan anda tersilap tidak mungkin benar (anna ulama` al-Wahhabiyyin yafriduna fi ara`ihim al-sawab alladhi lam yuqbal al-khata` wa fi ara` ghairihim al-khata` alladhi la yuqbalu al-taswib bal annahum minal wathaniyyah wa hum fi hadha yuqaribunanal-khawarija alladhina kanu yukaffiruna mukhalifihim wa yuqatilunahum kama dhakarna…). Adapun ulama` Wahhabiyy itu memfardhukan bahawa pendirian mereka adalah benar dan tak mungkin diterima kesilapan dan pendirian yang lain daripada mereka adalah salah, tak mungkin diterima betulnya.

Ini berlawanan dengan dasar Ahli Sunnah yang mengajarkan pendirian kita benar tetapi boleh jadi tidak benar, pendirian anda pada kami tidak benar, tetapi boleh jadi ada benarnya. Berlakulah dalam sejarah apa yang telah berlaku iaitu bahagian siasah dipegang oleh keluarga Su’ud dan bahagian hukum agama dan pelajaran agama dipegang oleh keluarga Muhammad bin Abdul Wahhab, ertinya dua perkara besar itu adalah sebagai pusaka dalam dua keluarga itu. Wallahu a’lam.

Pokoknya kalau aliran itu kekal pada tempatnya, kita tidak risau, tetapi bila ia dipromosikan ke negeri-negeri lain, maka itu masalah.

Di mana berkembang nya cara berfikir seperti ini di situlah timbulnya pergaduhan, sampai ke tahap berlaku pembunuhan.

Sumber : Zaref Shah Al Haqqy

🔧🔩🔨🔨

22/08/2019 - Posted by | Informasi, Tazkirah |

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: