Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Parti parti Islam Melayu bersatu?

Kita sememangnya mendambakan persatuan umat Islam, walaupun persatuan hakiki ini sangat payah untuk dicapai. Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah mengakui dan mengiktiraf autoriti para ulama’ mu’tabar dari kalangan Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah. Dengan suluhan dan bimbingan mereka lah kita dapat mengekalkan jati diri Islam dan melepaskan diri dari belenggu sekularisme, liberalisme, Khawarij moden, Pseudo-Salafi, ekstrimisme dan ideologi serta ajaran menyeleweng yang lain.

Apa pentingnya memahami cabaran sekularisme dan liberalisme? Memang secara sekilas tiada hubungan dengan politik dan kekuasaan, tetapi jika kita mahukan bangsa dan umat yang kuat kita memerlukan asas yang kukuh yang disepakati bersama yang mahu tidak mahu mendefinisikan siapa kita, dari mana kita datang, ke mana kita akan pergi. Pendek kata worldview (pandangan alam) yang sama. Dengan asas yang kuat, benar dan disepakati bersama maka persatuan akan lebih mudah dicapai, dan bukan hanya retorika untuk meraih kepentingan peribadi dan kelompok.

Selain itu, Umno dan Pas perlu mengakui kesilapan yang lalu. Masing-masing ada sejarah hitam yang melukakan hati pihak yang satu lagi. Mengambil pengajaran daripada kesilapan yang lalu penting agar tidak mengulanginya lagi. Kuasa dan politik selalu mengelabui pandangan seseorang sehingga menjadi kabur dan bertindak zalim terhadap orang lain. Kerana itu juga ahli politik perlu sentiasa merujuk dan berdampingan dengan ulama’ yang benar agar mereka tidak melakukan kesilapan besar.

Dr Khalif Muammar

 

02/08/2019 - Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: