Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Wahabi adalah gerakan MEMBIDAAHKAN amalan orang lain yang tidak sehaluan dengan mereka.

1. Wahabi sebenarnya adalah gerakan MEMBIDAAHKAN amalan orang lain yang tidak sehaluan dengan mereka & merasakan hanya amalan mereka sahaja yang betul. Hanya mereka sahaja kononnya mengikut “Sunnah”. Mereka kelompok manusia yg tidak boleh berbeza pandangan, tidak menghormati ikhtilaf @ khilafiyyah (perbezaan pendapat di kalangan ulamak). °

Wahabi menolak bahawa Bid’aah ada 2 bentuk:

(i) Baik (Hasanah) &

(ii) Sesat (Dolalah).

Bagi Wahabi semua Bid’aah adalah sesat & gerenti masuk neraka. Oleh itu setiap Bid’aah adalah mungkar & bagi mereka wajib ditentang.

(Nota: sedangkan contoh bidaah hasanah yg kita praktikkan adalah *Solat Tarawih secara berjamaah dengan seorang Imam yang pertama kali dilakukan di zaman Khalifah Umar AL Khattab)

Lalu Wahabi membesar-besarkan perbezaan pendapat & membuat kecoh seluruh dunia tanpa boleh berlapang dada.

Pra-syarat menjadi Wahabi ialah kena memperbanyakkan menutur tuduhan “BID’AAH” terhadap amalan orang lain & menjadikan ianya “wirid” harian.

2. Wahabi MELARANG BERAMAL apabila tiada nas khusus untuk amalan tersebut walaupun di sana ada perintah umum daripada al-Quran & al-Sunnah. Bagi Wahabi setiap ibadat kena ada nas & dalil, walhal perintah yang bersifat umum sudah ada namun mereka menolaknya.

Wahabi marah membaca Surah Yasin malam Jumaat kerana tiada nas. Bukankah perintah supaya kita memperbanyakkan membaca al-Quran sudah cukup memadai? Adakah nas melarangnya pula? Ya, tiada Larangan pun.

3. Wahabi adalah gerakan MENUDUH SYIRIK kepada orang lain: Tawassul misalnya bagi mereka syirik kecuali tawassul dengan amalan soleh, & dengan Asmaul Husna saja. Walhal para Sahabat & Salafus Soleh pernah bertawassul dengn pelbagai bentuk lain.

4. Wahabi juga adalah suatu gerakan MENTAJSIMKAN Allah SWT; yakni mensifatkan Allah seperti “bertangan”, “duduk” atas Arasy, “ketawa”, Allah di atas langit.

Wahabi menolak takwil yang dibawa oleh manhaj Ashairah & Maturidiyyah sedangkan manhaj Ashairah itu lebih selamat dari mensifatkan Allah dgn sifat makhluk.

5. Wahabi juga adalah gerakan MENTADHA’IFKAN hadith & MEMARDUDKAN hadith dhaif, menolak penggunaan hadith2 dhaif & membakul-sampahkan semua hadith2 dhaif. Sedangkan sejak seribu tahun lebih para ulama hadith membenarkan penggunaan hadith dhaif dalam hal fadhailul ‘amal & targhib wa tarhib.

Kiblat rujukan hadith Wahabi ialah Sheikh Nasruddin Al-Albani. Mereka tidak sedar mereka bertaqlid & mengikut membuta tuli apa sahaja takhrij hadith oleh al-Albani.

Ulama rujukan Wahabi pula ialah sekalian “kibarul ulama” Saudi hari ini manakala kitab-kitab rujukan Wahabi ialah kebanyakannya kitab karangan Muhammad Abdul Wahab.

Mereka membutakan mata & memekakkan telinga apabila didatangkan hujah daripada para ulamak lain yang muktabar tetapi tidak sealiran dengan mereka. Wahabi itulah yang bertaqlid buta sebenarnya.

6. Wahabi ialah juga gerakan MEMBURUKKAN ahli Sufi & tasawuf. Mereka secara terpilih memetik yg mana sesuai dengan fikrah mereka kitab-kitab Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, Al-Dhahabi, al-Syawkani khususnya di bab memburuk & mencemuh para Sufi kerana Wahabi gerakan anti-Sufi. Walhal Ibn Taymiyyah sendiri adalah pengikut tarekat Qadiriyyah.

Wahabi di Malaysia misalnya mengatakan tasawuf lebih kotor daripada air longkang. Sedangkan Sufi ada yg baik & ada yg sesat sepertimana umat Islam yang lain juga amnya: ada yg Soleh, ada Munafik & ada yang berdosa.

Sufi juga tidak maksum. Bahkan Imam Ghazali sendiri turut ada mengkritik “Sufi Palsu” walaupun beliau sendiri seorg ahli Sufi.

7. Wahabi MENOLAK Imam al-Ghazali ra & jarang dengar mereka mengutip kalam Imam al-Ghazali ra. Bagi mereka Imam al-Ghazali ra Hujjatul Islam itu jahil hadith.

Itulah Wahabi, & jangan terkeliru dgn suara2 membela Wahabi walaupun mereka malu mengaku diri mereka Wahabi. Ada ketikanya mereka cuba menyembunyikan punca kenapa mereka digelar Wahabi, kononnya Wahabi itu “hantu”, “momok” & tidak wujud.

Kenal dulu ciri-ciri Wahabi maka tahulah anda siapa pendokong mereka. Kalau yang melenting apabila Negeri Sembilan mengharamkan Wahabi, hampir pasti 99.9% mereka pendokong tegar Wahabi (yang malu mengaku). Hati-hati dengan mereka ini walaupun petah berbicara, & mulut penuh dengan ayat-ayat al-Quran & al-Hadith.

Ada juga Wahabi Malaysia yang sangat terkenal & bicara memukau sehingga ramai orang awam tertipu.

Dengan pengharaman Wahabi di Negeri Sembilan, Perak, Pahang & Kedah moga-moga semakin ramai yang sedar & semakin jelas siapa pendokong Wahabi sebenar yang bertopeng & begitu licik selama ini.

Jangan terkejut jika ustaz yang anda kagumi selama ini adalah sebenarnya / mungkin pendokong Wahabi.

Golongan ibubapa yg mempunyai anak-anak muda remaja WAJIB bersama membenteras wabak WAHABI daripada menular. Kita tidak mahu pegangan agama keturunan kita menjadi goyah.

Kita memerlukan anak-anak soleh yang mampu berfikir dengan baik. Kita pemimpin keluarga. Kita WAJIB memastikan ibadah kita & keturunan kita adalah mengikut ASWJ. Jangan ada nanti yang bankrup di alam barzakh kerana semua amalan-amalan ibadah kita BATAL dek kerana bermazhabkan Wahabi yang terkenal dengan the “simplified version of” hukum fekah & memperlekehkan the “dos & the don’ts” dalam Islam.

Ulama ada berkata; Yang dicintai Allah swt itu adalah melihat kepada KEPAYAHAN & PENAT JERIH kita di dalam solat serta dalam mengerjakan ibadah-ibadah yang diperintahkan olehNya kepada makhluk-makhluk mukallaf. Sedangkan di kala menunaikan ibadat Haji, kita berkusut masai.

Siapa Wahabi untuk meringankan ibadah-ibadah yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW.

Kita WAJIB belajar dgn lebih mendalam tentang Imam Syafie dan mazhab2 ASWJ… Hambali, Maliki, Syafie & Hanafi. Siapa mereka? Solat mereka bagaimana? Ibadah mereka?

Tentang isu pengajaran Sifat 20 – yang paling jelas Wahabi amat menentangna.

Wahabi juga tidak langsung mengerjakan solat sunat Qabliyah Assar dan hanya melakukan 12 rakaat solat sunat sehari. Mereka membenarkn pembacaan Kitab Suci Al-Qur’an walaupun dalam keadaan haid & nifas: tidak m’hormati Kalamullah

Wahabi membolehkan bcaan doa dalam bahasa Ibunda yang zahir Qauli dalam solat sedangkan bercakap selain dari yang dibenarkan adalah membatalkn solat.

Wahabi tidak menyanjung Ulama bahkan menghina pula Ulama muktabar seperti Imam al-Ghazali.

Bagi membenteras gejala ini, we have to equip ourselves with valid & in-depth knowledge on all of the 4 Mazhabs of Ahli Sunnah Wal Jamaah ( ASWJ ).

Minta tolong ambil berat dalam soal akidah… sekurang-kurangnya kita dapat menilai sendiri dan terselamat dari pelbagai fahaman sesat yang terdiri dari 72 puak sesat di akhir zaman.

Bertalakki la dengan guru-guru yang sampai sanad. Guru-guru yang mursyid memang payah dicari tetapi kita kena berusaha mencarinya.

Imam-imam ASWJ dalam 3 ilmu:

BAB FIQIH – Hanafi, Hambali, Maliki dan Syafie

TAUHID/USULUDDIN – Abu Hasan al Ash’ari

TASAUF/SUFI – Al-junaid

Belajar fiqih, tauhid dan diikat dengan tasauf… belajar 3 cabang ilmu sekurang-kurangnya fardu ain…

Jagalah amal ibadah kita yang kita buat seharian dari menjadi debu-debu di akhirat nanti jika akidah kita terpesong… jadi memang kena ambil peduli hal akidah…di kalangan manakah kita… 72 golongan yang sesat atau 1 golongan yang di terima. Munajatlah pada yang Maha Esa agar kita semua berada dalam golongan yang berada di jalan yang benar.

Allahu’alam…

FB Ustaz Yunan A Samad

30/07/2019 - Posted by | Informasi, wahabi

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: