Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Pengiklanan Arak Yang Mengelirukan

1. Telah tersebar satu gambar pengiklanan arak yang diletakkan disebuah kedai serbaneka. Ia kelihatan mengelirukan apabila arak tersebut ditempatkan berdekatan dengan minuman halal yang lain. Lebih membimbangkan, ayat pengiklanan tersebut seakan mengelirukan apabila ditulis dengan tagline NOW YOU CAN (sekarang kamu boleh!) dan ZERO ALCOHOL.

2. Sekalipun mungkin ayat NOW YOU CAN ini ditujukan kepada non-Muslim, ia masih boleh memberikan penafsiran yang salah kepada Muslim yang menyangkakan minuman tersebut bukan arak kerana kenyataan ZERO ALCOHOL (0.0% kandungan alkohol).

3. Dalam sejarah Islam, Khalifah Umar Abdul Aziz dilihat tegas dalam menangani isu arak ini. Beliau pernah mengarahkan orang kafir supaya tidak menzahirkan aktiviti arak mereka. al-Imam al-Bayhaqi ketika menghuraikan tentang syarat-syarat ahli zimmah (non-Muslim) yang tinggal bersama Muslim menyebutkan:

كَتَبَ عُمَرُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ: أَلَّا يُظْهِرُوا الْخَمْرَ

“Umar Abdul Aziz pernah menulis surat supaya arak (bagi non Muslim) seharusnya tidak dizahirkan” (tidak diheboh, didedah dan berlaku secara tertutup). (al-Bayhaqi, Ma’rifa al-Sunan wa al-Athar, 13/383).

4. Bahkan, Umar Abdul Aziz dikatakan cuba menyekat kemasukan dan kebebasan aktiviti import/eksport penjualan arak. Perkara ini direkodkan oleh al-Imam Ibn Abi Syaibah yang menyebutkan:

عَنْ مُثَنَّى بْنِ سَعِيدٍ، قَالَ: شَهِدْتُ عُمَرَ بْنَ عَبْدِ الْعَزِيزِ كَتَبَ إِلَى عَامِلِهِ بِوَاسِطٍ: «أَنْ لَا تَحْمِلُوا الْخَمْرَ مِنْ قَرْيَةٍ إِلَى قَرْيَةٍ…

“Muthanna ibn Sa’d berkata: Aku menyaksikan Umar Abdul Aziz menulis kepada Gabenornya bahawa: Jangan dibawa arak dari satu kampung ke satu kampung yang lain.” (Ibn Abi Syaibah, al-Musannaf, 5:100)

5. Menurut al-Imam Malik pula, Umar Abdul Aziz dikatakan pernah mengarahkan supaya tempat-tempat perahan arak milik Muslim seharusnya dihapuskan. Kata al-Imam Malik:

قال مالك: أفبلغك أن عمر بن عبد العزيز كتب في كسر معاصير الخمر؟ قال: نعم. قيل: معاصير المسلمين وأهل الذمة. قال: لا أرى ذلك إلا في التي للمسلمين.

“Kata Malik: Apakah tidak sampai kepada kamu bahawa Umar Abdul Aziz pernah menulis (arahan) supaya dipecahkan (dirobohkan) tempat-tempat memerah arak? Dia (perawi) berkata: Ya! (lalu beliau ditanya): Tempat perahan milik Muslim atau milik non Muslim? Malik menjawab: Milik Muslim sahaja.

6. Lihatlah betapa tegasnya Umar Abdul Aziz dalam berurusan dengan perkara yang melibatkan arak. Muslim langsung tidak dibenarkan terlibat dengan urusan arak. Non-Muslim pula tidak dibenarkan untuk menzahirkan aktiviti arak mereka. Aktiviti ekonomi yang melibatkan arak diperketatkan. Kilang penghasil arak pula dipantau.

Moga Allah membantu Muslim dalam menangani isu arak.

Olih Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

15/07/2019 - Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab), Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: