Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Persoalan berMazhab

Sekiranya masyarakat awam dihidangkan empat mazhab dlm perbincangan fiqh, mereka perlu memilih pandangan yg paling kuat serta rajih..

Persoalannya, adakah mereka mampu utk tarjihkan pandangan? Kaedah apa yg akan digunakan oleh mereka utk tarjihkan sesuatu pandangan? Jawapannya mereka tak mampu..

Jika tak mampu, mereka akan merujuk org yg mengajar mereka empat mazhab itu..persoalannya, adakah org yg dirujuk itu adalah di kalangan ulama mujtahidin? Jawapannya: tidak juga kerana utk mendapatkan ulama mujtahidin zaman kita ini amat sukar..yg ada hanyalah ijtihad secara berjamaah melalui persidangan yg dianjurkan atau mesyuarat yg diaturkan secara berkala oleh pihak berwajib..

Jadi, jalan penyelesaiannya, masyarakat awam perlu memilih satu mazhab sahaja utk mengamalkan agama..kerana wajib bagi mereka bertaqlid..Islam tidak mentaklifkan masyarakat awam sesuatu yg mereka tidak mampu, kerana mereka bukan ahli ijtihad..

Bagi mereka yg mengajar agama pula terutama di masjid2, ajarlah masyarakat berdasarkan satu mazhab sahaja utk kemudahan org awam..jgn kelirukan org awam dgn pelbagai pandangan sedangkan anda sendiri pun hanya menciplak hujah org lain..bukan berhujah sendiri..hal ini kerana anda bukanlah mujtahid sebenar yg layak berijtihad, anda hanyalah MUJTAHID JADIAN sahaja..

Wallahua’lam..

Olih: Mohd Murshidi Mohd Noor

14/07/2019 Posted by | Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab), Uncategorized | Leave a comment

   

%d bloggers like this: