Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

JANGAN GUNA HUJAH AGAMA UNTUK TUJUAN MELAKUKAN KEROSAKAN

Ustaz Wan Ji Pegawai Penerangan menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng

Antara hujah yang dikemukakan oleh Wan Ji adalah bahawa sistem monarki tidak ada dalam Islam. Beliau mempergunakan hadith bahawa pelantikan seseorang untuk mengisi seseuatu jawatan mestilah berasaskan kelayakan dan bukan keturunan. Sekali lagi hujah agama digunakan untuk sesuatu kebatilan (kalimatu haqq urida biha al-batil).

Doktrin yang menolak sistem monarki ini berbahaya khususnya apabila hujah agama dipergunakan untuk mendokong idea yang batil. Sebenarnya dalam Islam tidak ada bentuk pemerintahan tertentu yang dicanangkan, yang ada hanya prinsip-prinsip pemerintahan seperti Shura, Keadilan, Kedaulatan Shari’ah, Pertanggungjawapan (Muhasabah), dll. Dalam sejarah baik sebelum mahupun setelah kedatangan Islam kita memiliki sistem monarki, Kerajaan Nabi Sulaiman, Daud, adalah sistem monarki. Khilafah Umawiyyah, Abbasiyyah, Uthmaniyyah adalah monarki, bahkan Kesultanan Acheh Darussalam, Cirebon, Riau LIngga, adalah sistem monarki. Para ulama’ sejak zaman Imam Abu Hanifah, Abu Yusuf, Malik, Shafi’i, al-Ghazali sehinggalah al-Raniri, Raja Ali Haji semua mereka bersepakat tidak ada salahnya sistem monarki ini asalkan prinsip-prinsip pemerintahan Islam dilaksanakan. Imam al-Mawardi sebagai contoh menjadikan institusi Ahl al-Hall wa al-‘Aqd sebagai mekanisme untuk melaksanakan prinsip Shura dalam kerajaan. Hal yang sama dibuat oleh Raja Ali Haji di Kerajaan Riau Lingga yang juga mempengaruhi perlembagaan Kerajaan Johor sejak tahun 1889 dan Kerajaan Terengganu tahun 1912.

Maka jelaslah bahawa idea menghapuskan sistem monarki adalah idea yang batil dan berbahaya apalagi jika hujah agama dipergunakan, kerana bukan sahaja orang dan kumpulan yang akan dipandang serong bahkan agama juga ikut terpalit sama. Demikian juga apabila kelompok teroris mempergunakan ayat-ayat al-Qur’an untuk menjustifikasikan pembunuhan orang-orang awam, imej Islam menjadi buruk dan dibenci.

Idea menghapuskan sistem monarki ini juga berpunca daripada kejumudan pemikiran segolongan orang Islam yang disebut sebagai Pseudo-Salafi atau Wahhabi, kerana mereka tidak menerima apa-apa hujah melainkan hujah tekstual, mereka tidak menerima hukum adat dan hukum akal. Bagi mereka tidak ada ayat dan hadith yang membenarkan sistem monarki. Sedangkan dalam soal pemerintahan ini hukum adat dan akal menjadi sandaran yang kuat yang dibenarkan dalam Shari’ah Islam, sebab itu ada kaedah fiqh yang menyebut bahawa dasar-dasar pemerintah terhadap rakyat diikat dengan maslahah, dan maslahah diketahui dengan merenungkan nilai-nilai yang baik yang diinginkan oleh Islam untuk umat manusia. proses perenungan ini dinamakan dengan ijtihad yang menggunakan fakulti akal. Apabila Islam dihadkan pada teks maka Islam akan kelihatan rigid, kaku, keras dan ketinggalan zaman.

Kezaliman adalah apabila orang lain berbuat benar kamu salahkan dan apabila orang kamu berbuat salah kamu benarkan.

Olih: Dr Khalif Muammar

12/07/2019 - Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: