Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Adat Wahhabi VS Ahlus Sunnah Wal Jama’ah

1. *Wahabi Gemar mengkafir, mensyirik saudara seIslam*. Perkara yang paling asas, Allah dan RasulNya melarang mengkafir, mensyirik saudara sendiri tanpa hak.

2. *Wahabi Membid’ah sesatkan amalan yang mempunyai sandaran dari al Quran dan as Sunnah.* Antara amalan yang suka disesatkan dan dinerakakan oleh ajaran sesat ini adalah – tawassul, tahlilan, maulidul Rasul, bacaan Qunut Subuh, wirid dan zikir beramai-ramai selepas solat, menggunakan tasbih ketika berzikir, bacaan selawat yang dicipta oleh para sahabat dan salafussoleh serta alim ulamak dan banyak lagi.

Sedangkan *amalan-amalan ini ada sandaran dari dalil umum dan khusus dalam al Quran dan as Sunnah serta amalan para salafussoleh.*

3. *Wahabi suka mencari permusuhan dan bukan perdamaian*. Setiap tempat yang dimasuki oleh Wahhabi pasti menimbulkan perpecahan kepada umat Islam, permusuhan, pertelingkahan. Kerana Wahhabi merasakan merekalah yang benar dan masuk syurga. Manakala yang tidak mengikut pandangan mereka akan masuk neraka, kafir dan syirik.

– Sedangkan Allah dan RasulNya menitikberatkan kasih sayang, rahmah, mawaddah sesama saudara seIslam.

4. *Wahabi Merasakan diri mereka mengikut al Quran dan As Sunnah yang sebenar.* Manakala majoriti ulamak dan umat Islam adalah ahli bid’ah sesat.

5. *Slogan ajaran syazz ini adalah – ikut al Quran dan as Sunnah dan terbaru menolak hadith dhoief padahal hadith dhoief diterima dan diamalkan oleh jumhur ulamak muhaddithin.* Hakikatnya mereka memahami al Quran dan as Sunnah dengan cara yang batil,

6. *Wahabi Menolak pandangan ulamak muktabar yang lebih mendalami al Quran dan as Sunnah apabila dirasakan pandangan para ulamak ini bertentangan dengan hawa nafsu mereka yang kononnya dari al Quran dan as Sunnah.* Padahal dalam surah An Nahl ayat 43- Allah menyuruh kita merujuk kepada alim ulamak. Dan Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wasallam menyatakan mafhumnya Ulamak adalah pewaris para Nabi.

7. *Sasaran Wahhabi adalah orang yang baru berjinak-jinak mengenal dan mempelajari Islam.* Akibatnya, orang awam yang jahil pun berani untuk mempertikaikan ijtihad para mujtahid kononnya mengikut al Quran dan As Sunnah.

8. *Zikir seharian Wahhabi adalah bid’ah sesat, syirik dan kafir.*

– Zikir ini sudah lama diamalkan oleh Wahhabi terhadap umat Islam. Bahkan sesama sendiri antara mereka juga ada yang saling membid’ah dan mengkafir.

9. *Menjauhkan Umat Islam dari beramal serta memahami ajaran Islam dengan pemahaman yang sahih.*

– Kerja-kerja *Wahhabi amat disukai oleh musuh Islam seperti Orientalis, Liberalis, Pluralis, Anti Hadith dan sebagainya.* Kerana mereka memang mahu umat Islam jauh dari mengamalkan ajaran Islam.

– Bila amalan-amalan yang diajar dan dipandu alim ulamak dipertikaikan dan disesatkan Wahhabi, maka umat Islam semakin malas untuk beramal, meninggalkan dan semakin seronok dengan hiburan, kemaksiatan dan mencipta bid’ah sesat yang sebenar dan dilarang dalam Islam seperti budaya hedonis, mentafsir al Quran dan hadith tanpa disiplin ilmu, ajaran-ajaran sesat Ayah Pin, Rasul Kahar dan sebagainya

10. *Antara persamaan ajaran Wahhabi dan ajaran sesat seperti Liberal, Pluralisme dan yang lain :*

– *Mempertikaikan keautoritian ulamak.*
– *Literal terhadap al Quran dan hadith*
– *Mentafsir al Quran dan hadith mengikut akal dan hawa nafsu tanpa disiplin ilmu.*
– *beraqidahkan Allah bertempat, berarah, beranggota, berjisim.*

11. 🛑 *Sanggup bertaqiyyah seperti syiah sebelum sebar ajaran*

– Modus operandi pengikut ajaran pada mulanya mereka mengikut arus perdana manhaj Ahlus Sunnah Wal Jama’ah, kemudian mula memasukkan jarum halus menimbulkan isu khilafiyyah dan mengelirukan orang awam. Seterusnya apabila sudah popular di media, televisyen, radio mula membuka topeng masing-masing mengajar ajaran Wahhabi mengkafir, mensyirik, membid’ah, tajsim dan tasybih kepada orang awam.

– Ada yang berperwatakan memang semulajadi keras dan ada yang berperwatakan lembut tetapi dalam kuliah, tulisannya mengkafir dan mensyirik amalan salafussoleh dan umat Islam.

12. 🛑 *Ajaran ini diwarisi terrroris/pengganas bertopengkan Islam yang hauskan darah umat Islam sebagaimana yang telah banyak didedahkan oleh PDRM – Counter Terrorisme, para pengkaji gerakan Islam, pakar-pakar anti keganasan. Ia mengulangi sejarah hitam Wahhabi ketika menguasai Mekah al Mukarramah dalam kitab Tarikh Najd karangan tokoh sejarah Wahhabi dengan membunuh ulamak dan umat Islam ketika itu.*

Sumber ASWAJA.

02/07/2019 - Posted by | Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab), wahabi

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: