Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Zikir Hasbi Rabbi sesat?

Ulasan Berkenaan Zikir Hasbi Rabbi

Respons kepada FB Ustaz Zahazan Mohammad..
Beliau mengambil artikel berkenaan dari Blog Abu Haseef. Siapa kah empunya blog berkenaan beliau adalah Ustaz Aizam Mas`od (Pegawai JAKIM yang sering terpalit dalam membidaahkan pihak lain)

Intipati Artikel

Panel Kajian Aqidah Bah. Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri (sekarang JAKIM) kali ke-7/1996 yang bermesyuarat pada 24 dan 25 Ogos 1996. Mesyuarat telah memutuskan bahawa zikir berkenaan (Hasbi Rabbi) mengandungi kalimah-kalimah yang bertentangan dengan konsep Islam. Di antaranya mengenai konsep Nur Muhammad. Mesyuarat bersetuju zikir berkenaan tidak diamalkan dan tidak disiarkan di media massa.

Kemudian artikel itu didominasi sepenuhnya oleh penulisan Ustaz Aizam Mas`od selaku penulis artikel berkenaan. Di akhir artikel berkenaan beliau menyatakan “Bagaimanapun, keputusan Panel Aqidah JAKIM ini bukanlah keputusan fatwa yang mengikat mana-mana pihak, tetapi ia adalah nasihat dan penjelasan mereka kepada masyarakat awam berkenaan zikir tersebut”

Permasalahan mengenai zikir Hasbi Rabbi tidak pernah dibincangkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Sedangakan Majlis Fatwa Kebangsaan lah yang paling layak dalam mengeluarkan FATWA jika timbul permasalahan hukum. Oleh itu, jelas bahawa MENGAMALKAN ZIKIR HASBI RABBI bukan lah satu permasalahan.

Keputusan Panel Kajian Aqidah Bah. Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri (sekarang JAKIM) kali ke-7/1996 berkenaan Zikir Hasbi Rabbi itu adalah bersifat Nasihat Dan Penjelasan. DAN SECARA TOTALNYA, BAGI SIAPA YANG HENDAK BERAMAL DENGAN ZIKIR BERKENAAN TIDAK ADA MASALAH. Tiada larangan bagi yang hendak mengamalkannya selagi tidak ada Fatwa Pengharamannya.

Persoalannya apa isu yang cuba disampaikan oleh Penulis blog Abu Haseef@ Ustaz Aizam?

i. Pertama masalah yang timbul zikir itu TIDAK DATANG dari Nabi Muhammad dan perlu digantikan dengan rangkap @zikir lain.

ii. Kedua persoalan yang timbul dari segi perbahasan Nur Muhammad.
Jawapan balas kepada blog Abu Haseef:
i. Pertamanya, mari kita dalami apa sebenarnya yang menjadi permasalahan tentang zikir tersebut. Jika dihayati maksud zikir tersebut TIDAK terdapat satu pun PERCANGGAHAN dengan dalil Al Quran dan As Sunnah. Maksud zikir tersebut:

Hasbi Rabbi Jallallah
Cukuplah Tuhan bagi ku Allah Maha Agung

Mafi Qalbi Ghairullah
Tiada di dalam hati ku kecuali Allah

Nur Muhammad Sallallah
Cahaya Muhammad selamat atas NYA

Haqqul Laillahhaillallah
Benarlah tiada Tuhan selain Allah..

Dari rangkap pertama, kedua, ketiga hatta rangkap keempat sekalipun tiada suatu ayat atau frasa yang boleh MEROSAKKAN AQIDAH UMAT ISLAM. Jika di jelmakan kepada zahir kata kata, zikir ini merupakan:

i. Zikir Pengakuan KeEsaan Allah,
ii. Zikir berkenaan doa seorang Hamba supaya ALLAH mencampakkan rasa cinta dihati hamba NYA hanya kepada Allah.

Walaupun zikir ini tidak sabit dengan Rasulullah SAW, tetapi terdapat dalil berkaitan betapa doa dan pujian pujian kepada ALLAH walaupun tidak datang dari Rasulullah tetapi Rasulullah tidak mencela malah memuji si pembaca doa yang memuji Allah.

Dalilnya:
“Anas bin Malik berkata:” Suatu ketika Rasulullah SAW bertemu dengan lelaki A’rabi (pedalaman) yang sedang berdoa dalam solatnya dan berkata: “Wahai Tuhan yang tidak kelihatan oleh mata, tidak dipengaruhi oleh keraguan, yang tidak dapat diterangkan dengan kata kata, tidak berubah mengikut waktu dan tidak pula oleh malapetaka; Tuhan yang mengetahui timbangan gunung, luasnya lautan, jumlah titisan air hujan, jumlah daun-daun pepohonan, jumlah segala apa yang ada di gelap malam dan terangnya siang, satu langit dan satu bumi tidak menghalanginya ke langit dan bumi yang lain, lautan tidak dapat menyembunyikan dasarnya, gunung tidak dapat menyembunyikan isinya, jadikanlah umur terbaikku pengakhirannya, amal terbaikku sebagai bekalnya dan hari terbaikku hari aku bertemu dengan-Mu.”

Setelah laki-laki A’rabi itu selesai berdoa, Nabi SAW memanggilnya dan memberinya hadiah berupa emas dan beliau berkata kepada laki-laki itu: “Aku memberimu emas itu karena pujianmu yang sangat aku suka kepada Allah”.

Hadith tersebut diriwayatkan oleh al-Thabarani dalam al-Mu’jam al- Ausath (9447) dengan sanad hadith yang elok dan baik (Jayyid).

Hadith ini menunjukkan bolehnya berdoa atau memuji Allah@ zikir yang belum pernah diajarkan oleh Nabi. Andai kata zikir memuji Allah itu, bahkan doa itu BERCANGGAH kenapa Nabi tidak menegur si lelaki yang berdoa dengan susunannya sendiri, juga tidak berkata kepadanya: “Mengapa kamu berdoa atau memuji Allah dengan doa@ pujian yang belum pernah aku ajarkan?”. Tetapi sebaliknya Nabi SAW memujinya dan memberinya hadiah kepada lelaki tersebut.

Persoalan kedua berhubung Nur Muhammad yang menjadi perselisihan para Ulama. Insya Allah, disisi artikel ini akan menengahkan hujah berkenaan Nur Muhammad mengikut Al Quran. Dalilnya: firman Allah swt dalam Surah Al Maaidah ayat ke 4 yang bermaksud,”Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w.) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya”.

Sebahagian ulama menjelaskan maksud “Nur” di dalam ayat tersebut ialah MERUJUK kepada Nabi Muhammad s.a.w. Allah telah mendatangkan CAHAYA kebenaran iaitu Nur Muhammad dan sebuah Kitab iaitu Al Quran. Ini dinyatakan di dalam Tafsir al Tabarani, Ibnu Hatim dan Al Qutubi. Peristiwa ini juga berlaku di kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. dimana cahaya serta kelahiran baginda menerangi istana-istana Busyra Syam.

Persoalan yang ditimbulkan oleh Panel Kajian Aqidah Bah. Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri (sekarang JAKIM) kali ke-7/1996 berkaitan dengan Nur Muhammad TELAH TERJAWAB apabila Majis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan Fatwa pada tarikh 22 Jan, 2002 iaitu Fatwa Nur Muhammad Menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/nur-muhammad-menurut-ulama-ahlus-sunnah-wal-jamaah-0 .Secara muhibbahnya, keputusan Fatwa KLFNS/3/6/2002 adalah lebih wajar dipatuhi berbanding Mesyuarat Panel Kajian Aqidah kali ke 7/1996 yang dibuat keterbelakang iaitu pada tahun 1996. Dimana penegasan Fatwa iaitu dengan frasa seperti berikut Konsep “Nur Muhammad’ sebagaimana yang dipegang oleh sebahagian ulama mu’tabar, sewajarnya diletakkan dalam perkara khilafiyyah yang sepatutnya ditanggapi diterima dengan fikiran terbuka dan rasa tasamuh (berlapang dada) yang tinggi. Percaya atau tidak kepada hal yang demikian tidaklah merosakkan aqidah”. “Menyesatkan konsep ‘Nur Muhammad’ secara keseluruhan akan mengakibatkan hukuman sesat kepada ramai ulama mu’tabar yang menjadi sandaran ummat”.

Oleh itu, teruskan beramal dengan Zikir Hasbi Rabbi… Jangan “terkesan” dengan fitnah akhir zaman. “Orang beriman dijadikan Musuh, Maksiat depan mata depa tersenyum, terdiam kaku”

Maha benar la Firman Allah “”Ketahuilah, hanya dengan mengingat Allah (zikrullah) hati menjadi tenang”.(Ar-Ra’d ayat 28). Hakikatnya, zikir Hasbi Rabbi ini telah banyak memberi kesan yang mendalam bagi mereka yang keras hatinya. Dari muda hingga yang berusia semua terkesan apabila mendengarnya. Moga sentiasa dalam Hidayah Allah. Insya Allah. Wallahua`lam

Puak puak wahabi nak fitnah apa.. suka hati ampa la.. Insya Allah, Allah bersama kami

12/06/2019 - Posted by | Q & A (Soal Jawab), wahabi

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: