Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Mujahadah 10 malam terakhir

Baginda رسول الله ﷺ apabila masuk 10 terakhir Ramadhan, pertamanya baginda رسول الله ﷺ akan menghidupkan malamnya lebih daripada malam-malam sebelumnya.
.
Kedua, baginda رسول الله ﷺ akan membangunkan ahli keluarganya. Yakni, tidak dibiarkan tidur kerana ingin berkongsi kebaikan dan keberkatan malam-malam Ramadhan bersama ahli keluarganya. Ini menunjukkan perhatian dan ihsan seseorang kepada ahli keluarganya.
.
Tunjukkanlah ihsan yang akan mendapatkan ihsan daripada اللّه . Jangan ibadah sorang-sorang. Jangan masuk syurga sorang-sorang. Ajaklah keluarga masuk syurga bersama-sama.
.
Bagaimana? Dengan ketika dalam dunia ini, bersama-sama solat berjamaah, bersama-sama bertadarus Al-Quran. Jom kita hidupkan malam khususnya di malam-malam Ramadhan. Baginda رسول الله ﷺ membangkitkan semua ahli-ahli keluarganya.
.
Ketiga, baginda رسول الله ﷺ mengetatkan kain pelikatnya sebagai simbol untuk tidak menghampiri kepada ahli keluarganya. Hanya semata-mata ingin menjadikan malam-malam terakhir Ramadhan maksimum dengan ibadah kepada اللّه . Demikianlah kebiasaan رسول الله ﷺ pada 10 terakhir bulan Ramadhan.
.
Diantara amalan yang dilakukan baginda رسول الله ﷺ pada 10 malam terakhir di bulan Ramadhan adalah beriktikaf. Sehingga diletakkan satu sudut khusus yang diletakkan kain untuk tidak dinampak sementara baginda رسول الله ﷺ berada di masjid itu untuk beriktikaf selama 10 hari di akhir bulan Ramadhan Al-Mubarak.
.
Dalam riwayat lain baginda رسول الله ﷺ jika beriktikaf, akan bersama dengan ahli keluarganya. Isteri-isteri baginda رسول الله ﷺ juga diajak beriktikaf bersama-sama dengan baginda رسول الله ﷺ . Dalam hal ini, iktikaf mesti di masjid mengikut mazhab kita Imam Syafie.
.
Termasuk juga kepada kaum wanita. Bilamana beriktikaf adalah di masjid sepertimana baginda رسول الله ﷺ mengajak isteri-isterinya beriktikaf di masjid. Kalau iktikaf boleh di rumah, maka isteri رسول الله ﷺ tidak perlu diajak pergi ke masjid. Tapi dalam hal ini, baginda رسول الله ﷺ mengajak isteri-isterinya pergi ke masjid. Ertinya iktikaf adalah di masjid.
.
Berlaku berbeza pandangan waktu untuk melakukan iktikaf di masjid. Secara general, bila-bila masa sahaja melakukan iktikaf akan mendapatkan fadhilat iktikaf. Tetapi iktikaf di bulan Ramadhan seharusnya adalah digalakkan bermula daripada terbenamnya matahari atau dalam riwayat yang lain, bermula daripada terbitnya waktu fajar. Maka seboleh mungkin seseorang untuk mengambil bahagian beriktikaf.
.
Jika tidak boleh iktikaf selama 10 hari, ambil lah sebahagian masa untuk kita lapangkan beriktikaf di rumah اللّه demi meneladani baginda رسول الله ﷺ .
.
Semoga اللّه menganugerahkan kita malam Lailatul Qadr, diangkat darjat kita disisi اللّه , diberikan syafaat oleh اللّه melalui Al-Quran dan puasa. Dan moga-moga اللّه menjadikan Al-Quran sinarkan hati dan jiwa kita. Semoga perjalanan kita dibimbimbingi dengan Al-Quran.
.
Aminn ya robb! اللهم امين
——————————
Taman Syurga (TV Al-Hijrah),
Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid
.
Silakan share, niat dakwah.

26/05/2019 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Politik dan Dakwah | Leave a comment

Ulamak Hadis Pun Ikut Mazhab

1. Imam An Nawawi merupakan ulamak hadis, pensyarah kitab Sahih Muslim dalam kitabnya al Majmu’ syarh al Muhazzab, merupakan mujtahid fatwa dalam mazhab asy syafie dan aqidahnya adalah Asya’iroh.

2. Imam Ibnu Hajar al Asqolani adalah ulamak hadis, pensyarah kitab sahih Bukhari di kitab Fath al Bari dan mengikut mazhab asy Syafie serta aqidah beliau adalah asya’iroh.

3. Imam al Baihaqi penyusun kitab Asma’ wa as Sifat, merupakan ulamak hadis bermazhab asy syafie dan aqidahnya asya’iroh.

4. Imam ibnu Jauzi merupakan ulamak hadis, mazhab hambali dan aqidahnya menolak mujassimah serta musyabbihah, pendekatan aqidahnya sama seperti Asya’iroh.

5. Imam al Haithami, Imam as Suyuthi juga merupakan ulamak hadis dan bermazhab asy Syafie dan aqidahnya mengikut asya’iroh.

6. Imam al Munawi seorang ulamak hadis, bermazhab asy syafie dalam feqh dan aqidahnya mengikut asya’iroh.

7. Syah Waliyullah ad Dihlawi merupakan ulamak hadis dan bermazhab hanafi dan dalam aqidah mengikut al maturidiyyah.

8. Sultan Salahuddin al Ayyubi, pemerintah dan panglima perang yang mengambil kembali Bait al Maqdis dari tangan salibiyyin juga merupakan Asya’iroh serta meminta tiap masjid sebelum Subuh mengumandangkan aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah dari kitab Hada’iq al Fusul wa Jawahir al Usul hingga dapat membasmi ajaran Syiah Ismailiyyah.

9. Ramai para ulamak muktabar bahkan dijadikan rujukan Wahhabi dalam pelbagai disiplin ilmu merupakan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah bermazhab asy Syafie, Hanafi, Hanbali dan juga Maliki, dalam aqidahnya adalah Asya’iroh/al Maturidiyyah dan bertasawwuf.

10. Hinggalah sinonim apabila disebut Ahlus Sunnah Wal Jama’ah ia dirujuk Asya’iroh dan al Maturidiyyah kerana merupakan ikutan majoriti ulamak. Ajaran yang selamat ini meneruskan legasi yang diajar oleh para salafussoleh yang hidup 3 kurun terbaik yang diiktiraf Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam.

11. Ini diperakui oleh Dr Wahbah az Zuhaili dan juga Dr Yusof al Qardhawi.

12. Ironinya Wahhabi seperti Ben Baz, Al Albani, Soleh Fauzan, Soleh Uthaimin menyesatkan Asya’iroh dan al Maturidiyyah, menyesatkan pengikut mazhab bahkan ada yang mengkafirkan seumpama alAlbani dan Khajandi serta anti mazhab. Sudahlah merujuk pandangan ulamak-ulamak muktabar bahkan ada yang kononnya mensyarah kitab ulamak di atas, kemudian mereka menyesatkan pula para ulamak ini !

13. Ada pulak orang jahil yang baru kenal hadis, selibriti acah-acah alim ditambah pula penceramah ‘sunnah’ menghasut tak payah ikut mazhab.

Kredit kepada : Komik Kamu Serang Kami Terang

26/05/2019 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Hadis, Tazkirah | Leave a comment

   

%d bloggers like this: