Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

HUJJAH TERBAIK BILA BERDEPAN WAHHABI…

*#ASWJ*
Tuan mazhab apa?

*#Wahhabi*
Kami ikut Al-Quran dan As-Sunnah.

*#ASWJ*
Ikut Al-Quran dan As-Sunnah ikut kefahaman siapa?

*#Wahhabi*
Kefahaman Ulama’ salaf.

*#ASWJ*
Ulama’ Salaf yang mana?

#Wahhabi
Salaf yang hidup 300 tahun hijrah yang pertama.

*#ASWJ*
Jadi Tuan hidup pada zaman salaf?

*#Wahhabi*
Tidak, kami ikut ulama yg ikut salaf.

*#ASWJ*
Jadi darimana datangnya kefahaman salaf yang tuan ikuti sedangkan tuan tidak hidup pada zaman salaf dan tuan menolak majoriti ulama’ khalaf yang meneruskan kesinambungan ilmu salaf secara bersambung (muttasil) di dalam memahami Al-Quran dan As-Sunnah?

*#Wahhabi*
Kami ikut Imam Ibn Taimiyyah, Imam Ibn al-Qayyim, Sheikh al-Albani, Sheikh bin Baz, Sheikh Solleh Uthaimin dan ulama-ulama sunnah.

*#ASWJ*
Mula-mula kata ikut Al-Quran dan As-Sunnah tak ikut mazhab maksudnya tak ikut ulama’ sebab mazhab ialah tempat berjalan atau aliran seseorang ulama’ di dalam memahami Al-Quran dan As-Sunnah.

*#Tapi* bila ditanya rupanya mengaku ikut ulama’ juga di dalam nak memahami makna Al-Quran dan As-Sunnah bukan faham direct daripada Al-Quran dan As-Sunnah seperti dakwaan pertama. Kefahaman ulama’ salaf dakwaan mereka juga bukan diambil direct daripada salaf sebab mereka tak hidup zaman salaf. Jadi mereka ambil kefahaman daripada siapa?

*#Jawapannya* tidak lain tidak bukan ialah daripada Ibn Taimiyyah, Ibn al-Qayyim, Muhammad b Abdul Wahhab, Bin Baz, Uthaimin, Al-Albani dan minoriti tokoh yang ditolak di dalam Islam.

*#Ke mana* perginya ribuan para ulama’ mujtahid Islam yang besar-besar selain ulama pujaan mereka selepas daripada zaman salaf yang mana asbab mereka sampainya ilmu dan kefahaman Al-Quran dan As-Sunnah kepada kita pada hari ini?

*#Apakah* seramai-ramai ulama’ Islam yang ada hanya Ibn Taimiyyah dan Muhammad bin Abdul Wahhab dan beberapa orang tokohsahaja yang benar kefahaman agama dan bertepatan dengan sunnah?

*#Perhatikan* tahun kelahiran ulama’ mereka dan ulama’ mazhab ikutan kita?

Imam ikutan ASWJ

Imam Hanafi 80H
Imam Malik 93H
Imam Syafie 150H
Imam Ahmad 164H
Imam Abu Hassan al-Asya’ari 240H

Imam ikutan Wahhabi

Ibnu Taimiyyah 661H
Muhammad Bin Abdul Wahhab 1115H
Ibn Baz 1330H
Al-Albani 1333H
Uthaimin 1347H

Jika Wahhabi kata “kami ikut Al-Quran dan As-Sunnah” maknanya mereka sedang menipu kerana tanpa huraian para ulama’ bagaimana nak faham Al-Quran dan As-Sunnah?

Jika Wahhabi kata ikut salaf mereka juga menipu kerana Imam 4 adalah salaf. Mazhab mana yang mereka ikut?

Jika mereka kata kami tak taqlid mana-mana ulama’ mereka lagi menipu kerana mereka mengambil huraian daripada ulama-ulama mereka yang kita nyatakan tadi. Mereka bukan salaf.

Bermazhab itulah sebenarnya mengikut jalan salaf bukan hanya mendakwa mengikut salaf tetapi hakikatnya tokoh-tokoh panutan mereka adalah yang ditolak di dalam sejarah Islam oleh kesepakatan para ulama Ahl al-Sunnah Wa al-Jama’ah.

Olih: Ustaz Amin Bin Daud Al-Azhari

15/05/2019 - Posted by | wahabi

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: