Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

MAJLIS TAHLIL VS MA’TAM (BERKUMPUL DI RUMAH SI MATI)

Olih Ustaz Engku Ahmad Fadzil –

SOALAN:
Assalamualaikum ustaz. Saya pelajar madrasah di kelantan. Saya ada beberapa syubhah yang memerlukan penjelasanHukum meratap(نياحة) kerana si mayat adalah haram. Jadi berdasarkan kaedah yang saya dapat, “sesuatu yang membawa kpd haram,maka ia haram”. Jadi mengapakah ulama menyimpulkan sekadar makruh bertahlil sedangkan klu mengikut qaedah di atas,maka tahlil itu turut haram kerana ulama syafi’iah membilangkan tahlil(berkumpul2) utk si mayat itu ialah نياحة?? Adakah qaedah2 lain yg ulama guna pakai dlm masalah ini??

JAWAPAN: Wa’alaikumussalaam wa rahmatulLaah.

1st, tahlil dan berkumpul di rumah si mati DUA (2) perkara yang berbeza.

1- Bertahlil,seorang diri beramai-ramai, di rumah si mati, atau di rumah orang lain termasuk di dalam zikir atau Ijtima lil zikri, maka secara syarak dituntut dengan tuntutan sunat boleh dikatakan dengan kesepakatan ulama-ulama Ahlis Sunnah wal Jamaah.

2- Berkumpul di rumah si mati asal hukumnya adalah harus kerana tiada larangan khusus di dalam syara’.

Hukum ini BOLEH BERUBAH-UBAH.
Kalau untuk membantu meringankan beban keluarga si mati, MAKA sunat.

Kalau untuk meratapi kematian, MAKA haram.

Kalau untuk memenuhi jemputan keluarga si mati baik untuk melakukan zikir, bacaan Al-Quran dsb, atau untuk bersilatur rahmi, berbual, menghilangkan dukacita dan menguatkan kesabaran, MAKA sunat.

Adakalanya berkumpul di rumah keluarga si mati (terutamanya dlm budaya orang-orang Arab) BOLEH membawa kepada meratap, maka makruh kerana ia BOLEH (berpotensi) membawa kepada yang haram… TETAPI kalau dari segi kebiasaannya MEMANG akan berlaku yang haram, maka HARAM kerana bagi wasilah hukum tujuan.
Masalah pada kumpulan yang mengharamkan majlis tahlil sekarang adalah kerana salah faham menganggap setiap yang tiada dalil khusus (walaupun sebenarnya sudah terpayung di bawah dalil2 umum) adalah bid’ah yang sesat tanpa mengambil kira realiti dan asas hukum. Itu punca jadi keliru.

SOALAN:
Yang saya faham apa yg ustaz tulis,BOLEH berlaku نياحة bermakna x yakin akan berlaku نياحة. Klu x yakin,maka makruh. X smpai tangga haram. Tapi klu yakin,maka haram. Itu yg saya faham.☺️
جزاكم الله خيرا
JAWAPAN:
Ya, kerana hukum fiqh umumnya terbina atas ghalabatuz zhonn (berat sangkaan) dan hukum beredar mengikut ‘illah (asas hukum), ada atau tiada hukum berdasarkan ada atau tiada ‘illah.

Wallaahu ta’aala a’lam.
هدانا الله وإياكم إلى الحق والصواب

24/04/2019 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

   

%d bloggers like this: