Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

TAUHID 3 DAN KEBIADABAN WAHHABI

55939872_2138073579595605_7331431967939887104_n

Sumber: Ustaz Engku Ahmad Fadzil – The Original Page

(1) Prof Dr Muhammad Naim Yaasin hafizhohulLaah ini guru dan pensyarah saya ketika saya ambil Masters di Universiti Jordan hujung 90an dahulu.

(2) Beliau memang seorang yang alim dan faqih, mempunyai kecerdasan yang tinggi kerana beliau termasuk di dalam pelajar2 bijak yang dipilih untuk mendalami ilmu agama.

(3) Saya sangat hormat kepada beliau layaknya hormat seorang murid kepada guru, lebih2 lagi beliau seorang yang berwatak mesra dan tawaadhu’.

(4) Berdasarkan latar belakang pendidikan beliau, beliau ada memasukkan pembahagian Tauhid 3 di dalam buku dan penulisan beliau.

(5) Tetapi rasa hormat dan ta’zhim saya kepada guru saya itu tidak sewajarnya membutakan mata saya terhadap kebathilan2 yang ada di dalam Tauhid 3.

(6) Wahhabi GAGAL faham BAHAWA yang menolak pengajaran Tauhid 3 mengakui bahawa Tauhid 3 mengandungi prinsip2 yang benar yang wajib diimani oleh seluruh ummat Nabi Muhammad S.A.W.

(7) Mereka menolak pengajaran Tauhid 3 KERANA Tauhid 3 juga diserapi kebathilan2 yang wajib dijauhi oleh seluruh ummat Islam Ahlis Sunnah wal Jamaah.

(8) Orang-orang yang sudah terkena virus Wahhabi seperti yang bernama/menggunakan nama Mohd Awang ini bukan sahaja hilang kebolehan untuk berfikir dengan baik, bahkan hilang adab untuk berakhlak dengan sopan.

(9) Terus tanpa segan silu Mohd Awang melabelkan SS Dato Seri Mufti Negeri Pahang lantikan Sultan Pahang sebagai “MUFTI JAHIL”! 👇🏼

https://www.facebook.com/100000079639686/…/2416100161735948…

(10) Sudah lah hilang budi bahasa, boleh pula hilang akal, pakai hujjah “Tauhid 3 diajar di Timur Tengah” untuk memberi justifikasi “kebenaran” Tauhid 3 dalam keadaan mereka tidak segan silu menolak Tauhid Sifat 20 yang diajar dan dipertahankan bukan setakat di Timur Tengah, bahkan di seluruh dunia Islam semenjak lebih 1000 tahun yang lalu oleh ulama-ulama hebat dunia Islam!

(11) Lagi jauh dari kebolehan berfikir dengan waras adalah cuba “mensunnahkan” Tauhid 3 semata-mata ianya ada dalam silibus SPM? 🤣

(11) Ia ada di dalam silibus sekolah kita kerana dimasukkan oleh pihak-pihak yang berkenaan BUKAN kerana ianya 100% patuh Ahlis Sunnah wal Jamaah.

(12) Bahkan ianya dimasukkan oleh pihak berkuasa sekitar tahun 1990an dahulu tanpa menyedari kebathilan2 yang ada di dalamnya pun hasil cadangan daripada tokoh2 berfahaman Wahhabi dan oleh tokoh yang pada masa itu belum perasan kebathilan2 yang ada di dalam Tauhid 3 (saya pernah baca prosiding itu, prosiding zaman Almarhum Dato Hamid Othman).

(13) Untuk yang masih belum terkena virus biadab dan tidak boleh berfikir, boleh cuba fahami apa yang betul di dalam Tauhid 3 dan wajib diimani oleh semua dan apa yang bathil di dalam Tauhid 3 yang wajib dijauhi oleh semua, moga2 Allah SWT rezekikan kita semua kefahaman di dalam agama serta akhlak yang mulia. 👇🏼

UNTUK YANG RAJIN MENONTON – PENERANGAN YOUTUBE TENTANG PENYELEWENGAN2 TAUHID TIGA (3) OLEH USTAZ Engku Ahmad Fadzil bin Engku Ali

1) Ringkas 👇🏼

https://youtu.be/l8TQuDUjxRA

2) Pertengahan 👇🏼

https://youtu.be/Rq0uAzZ9OGQ

3) Panjang lebar 👇🏼

https://youtu.be/5QlxIPf6-_U

UNTUK YANG RAJIN MEMBACA – Isu Tauhid 3 DIDAKWA oleh sebahagian kononnya hanyalah masalah khilaf sahaja, tak perlu diperbesar2kan.

JAWAPAN

1- Hakikatnya, isu Tauhid 3 BUKAN sekadar masalah khilaf.

2- Ada komponen2 asas Tauhid 3 yang telah IJMA’ ummat Islam di atas kebenarannya dan WAJIB diterima bahkan SYIRIK sekiranya menolaknya.

3- Ada komponen2 lanjutan Tauhid 3 yang bercanggah dengan Al-Quran, As-Sunnah dan Ijma’ ulama-ulama Ahlis Sunnah wal Jamaah dan ia BUKAN sekadar masalah khilaf. Ia KEBATHILAN yang WAJIB dijauhi.

4- KOMPONEN ASAS Tauhid 3 iaitu di dalam Tauhid Rubuubiyyah yang mewajibkan mengesakan Allah SWT sebagai Rabb, iaitu meyakini bahawa TIADA yang lain MELAINKAN Allah SWT yang menciptakan, memiliki, mentadbir, memberi rezeki, mendatangkan manfaat dan mudarat, mendatangkan penyakit dan memberikan sihat dll ini BENAR dan WAJIB diterima oleh semua orang (di dalam pengajian Tauhid Sifat 20 ketauhidan sebegini diistilahkan mengesakan Allah SWT pada perbuatan2 (Wahdaaniyatul Af’aal).

5- KOMPONEN LANJUTAN Tauhid Rubuubiyyah yang mendakwa kononnya orang-orang musyrikin bahkan kepala2 musyrikin seperti Abu Jahal dan Abu Lahab juga bertauhid dengan Tauhid Rubuubiyyah ini adalah bid’ah dholaalah, bathil, bercanggah dengan Al-Quran, As-Sunnah dan ijma’ ulama-ulama Ahlis Sunnah wal Jamaah.

6- KOMPONEN ASAS Tauhid Uluuhiyyah yang mewajibkan mengesakan Allah SWT sebagai Tuhan yang disembah iaitu HARAM lagi SYIRIK menyembah selain daripada Allah SWT ini adalah BENAR dan WAJIB diterima oleh semua.

7- Bukan kata menyembah batu dan kayu sahaja haram dan syrik, BAHKAN menyembah makhluk2 Allah SWT yang mulia seperti para Nabi dan para malaikat juga adalah HARAM dan SYIRIK!

8- KOMPONEN LANJUTAN Tauhid Uluuhiyyah yang mendakwa kononnya mengamalkan amalan2 tawassul, tabarruk dan istighaathah adalah menyembah kepada selain daripada Allah, makanya syirik itu adalah dakwaan yang bid’ah dholaalah, bathil, bercanggah dengan Al-Quran, As-Sunnah dan ijma’ ulama-ulama Ahlis Sunnah wal Jamaah.

9- KOMPONEN ASAS Tauhid Al-Asmaa’ was Sifaat yang mewajibkan kita beriman dengan Nama2 Allah SWT dan Sifat2Nya adalah BENAR dan WAJIB diterima oleh semua.

10- KOMPONEN LANJUTAN Tauhid Al-Asmaa’ was Sifaat yang mendakwa wajib menetapkan kepada Allah SWT makna2 zahir daripada Ayat-ayat Mutasyaabihaat walaupun tidak layak dengan keagungan dan kesucian Allah SWT adalah bid’ah dholaalah, bathil, bercanggah dengan Al-Quran, As-Sunnah dan ijma’ ulama-ulama Ahlis Sunnah wal Jamaah.

UNTUK WAHHABI – Mohon usahakan untuk faham, jangan taksub membuta tuli dan jaga adab.

 

 

 

 

02/04/2019 - Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab), Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: