Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Hukum Pakai Telekung Berwarna & Berfesyen.

Sebenarnya tidak menjadi kesalahan dalam menggunakan telekung berwarna-warni dan penuh kerawang. Di antara syarat sah solat adalah menutup aurat dan Islam tidak pula menetapkan warna tertentu dalam penggunaan pakaian solat dan Islam juga tidak menetapkan jenis atau bentuk pakaian tertentu untuk digunakan dalam solat.

Haram Jika Mahu Menunjuk-Nunjuk

Penggunaan telekung adalah sebahagian daripada adat resam berpakaian kepada sebilangan besar masyarakat kita di tanah Melayu ini. Samalah juga dengan penggunaan kain pelikat oleh lelaki dalam solat.

Pada asalnya telekung adalah berwarna putih dan tidak begitu banyak bunga hiasan atau kerawang tetapi hari ini terdapat banyak fesyen dan corak kerawang berwarna-warni.

Hukum asalnya adalah harus menggunakan telekung tidak kira apa jua warnanya tetapi apabila dikira ia akan mengganggu tumpuan orang lain dengan keunikan corak dan kerawang yang banyak serta warna yang amat menarik perhatian orang lain maka saya rasa ada yang perlu ditegur di sini.

Apakah tujuan si pemakai telekung tersebut? Kalau ia hanya pakaian solat semata-mata tanpa ada niat lain maka harus tetapi boleh menjadi haram jika disertai oleh niat lain iaitu riak dan menunjuk-nunjuk maka hukumnya adalah haram kerana pemakainya sudah tidak ikhlas dan riak adalah sifat mazmumah yang perlu dihindari.

Kalau pemakainya ikhlas dan tidak ada tujuan lain dalam hatinya tetapi boleh mengganggu orang lain maka sebaik-baiknya hendaklah dia memakai pakaian lain yang sesuai.

Dalam solat berjemaah kita hendaklah memakai pakaian yang sesuai dan berhati-hati dalam memilih pakaian walaupun tiada niat lain tetapi kita telah menarik perhatian orang lain maka dalam Islam itu sudah dianggap berhias yang boleh meresahkan orang lain.

Kepada wanita yang memakai telekung yang boleh dianggap terlalu menarik dan boleh mengganggu tumpuan orang lain maka seeloknya hanya memakai telekung tersebut di rumah sahaja supaya tidak menimbulkan fitnah. Kadang-kadang si pemakai tiada niat dan tidak ada tujuan tidak baik tetapi pandangan dan fikiran orang lain yang suka menimbulkan kontroversi ataupun fitnah maka inilah peluang mereka menabur fitnah dan sangkaan-sangkaan buruk kepada si pemakai itu.

Oleh: Ustaz Azhar Tuarno

SUMBER Wanista.com

01/04/2019 Posted by | Fiqh, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Hukum Solat Tanpa Bersihkan Solekan.

SOALAN

Apakah hukumnya bersolat dalam keadaan bersolek?

JAWAPAN

Alat solek yang dibuat daripada bahan halal adalah harus digunakan manakala alat-alat solek yang dibuat daripada bahan-bahan tidak halal atau tidak suci maka hukumnya adalah najis dan tidak boleh dibawa di dalam solat.

Memakai alat solek dalam solat setakat yang dibenarkan oleh syarak adalah harus. Pemakai alat solekan hendaklah membasuh muka terlebih dahulu kerana ditakuti alat-alat solek itu tadi akan menghalang air daripada terkena kulit muka atau pewarna rambut yang menghalang air sampai kepada rambut ataupun pengilat kuku yang menghalang air sampai ke kuku.

Apa saja yang menghalang air sampai kepada anggota wuduk akan mengakibatkan wuduk tidak sah. Apabila wuduk tidak sah maka solat pun tidak sah. Kepada wanita ataupun mungkin lelaki yang ingin menggunakan alat solek hendaklah memastikan bahawa alat solek yang digunakan dibuat daripada bahan-bahan suci atau tidak najis.

Ini kerana produk-produk kecantikan pada hari ini ada yang menggunakan bahan-bahan najis dalam penghasilannya. Jadi bahan-bahan itu tidak boleh dibawa ke dalam solat. Misalnya ia diperbuat daripada bahan-bahan haiwan ataupun apa saja yang tidak halal.

Wanita yang hendak menggunakan alat solek hendaklah membersihkan terlebih dahulu muka mereka daripada alat solek. Jika solekan penuh di muka, dikhuatiri air wuduk tidak sampai ke muka.

Sebahagian wanita suka kepada solekan melampau. Ini terlalu menarik perhatian orang lelaki dan solekan yang melampau ini adalah diharamkan dalam Islam.

Pastikan Bahan Halal & Suci

Kalau hendak bersolat maka sebenarnya tidak perlu bersolek, yang diperlukan adalah wuduk yang sempurna, pakaian yang sesuai dan sah dari segi syarak dan hati yang khusyuk bukannya solekan.

Sepatutnya sebelum menggunakan sesuatu produk itu kita hendaklah teliti terlebih dahulu bahan-bahannya, adakah ia diperbuat daripada bahan-bahan halal atau sebaliknya.

Perkara ini perlu diberikan perhatian sewajarnya kerana ia adalah penting sama ada kita boleh menggunakannya atau tidak. Kalau ia diperbuat daripada bahan-bahan suci dan halal tidak mengapa tetapi jika bahan-bahan najis yang haram apalagi bahan-bahan kimia yang boleh membawa kemudaratan maka ia adalah najis dan ia tidak boleh dibawa ke dalam solat.

Menggunakan bahan-bahan yang boleh membawa kemudaratan adalah diharamkan kerana Islam melarang umatnya mencampakkan mereka ke dalam lembah kemudaratan.

Oleh: Ustaz Azhar Tuarno

SUMBER Wanista.com

01/04/2019 Posted by | Fiqh, Ibadah | Leave a comment

KITAB KUNING PUN DI PALSU.

Perbuatan golongan tanduk setan wahhabi memang benar-benar ditujukan untuk menghancurkan Islam.
Seperti sudah maklum diketahui, tak sedikit Kitab-Kitab Ulama yang di palsukan.
Perbuatan nista itu dilakukan golongan ahli fitnah ini sebagai perang pemikiran antara kelompok Salafiyah yang diwakilkan Ahlussunnah wal Jamaah (Aswaja) dan Kelompok Islam garis keras atau yang biasa dikenal dengan Wahhabi.

“Di dalam kitab yang disusupi ada kalimat-kalimat tertentu yang menyalahkan arti sehingga mengandung perbedaan faham,” kata dia Direktur Pendidikan Diniyah dan Pesantren Kementrian Agama RI, Ace Saefuddin.

Ace Saefuddin menabahkan : penyusupan seperti dengan tahrib atau menghilangkan ide yang asli, ada juga melalui tahqiq atau membuat tafsir baru seperti Al-Qurannya Ahmadiyah. Penyusupan terjadi melalui software komputer dalam penggunaan kitab-kitab ini yaitu Maktabah Syamila yang kini mulai populer digunakan dikalangan para santri pondok pesantren modern.
Karenanya, ia mengingatkan kepada pihak pondok pesantren baik Kiai atau santri untuk memperhatikan hal ini. Pihaknya juga menghimbau agar Kiai bisa memberikan pemahaman yang benar sesuai asli penulisnya kepada para santri. Ini sebagai bentuk antisipasi, agar santri bisa membedakan seperti apa kitab-kitab yang masih asli sesuai karangan penulisnya dan mana yang telah diubah.

Begitu banyak kitab para ulama dicetak dan beredar, tetapi isinya sudah diputar-balik sedemikian rupa, sehingga seolah-olah penulisnya itu 100% cocok dengan ‘selera’ mereka. Padahal yang sebenarnya terjadi adalah kitmanul-haq, atau setidaknya sebuah pengkhianatan. Dalam istilah ilmu hadits, namanya tadlis.

NAMA KITAB KITAB YG DIPALSUKAN OLEH TANGAN JAHIL WAHHABI
1. Bila dalam kitab AL IBANAH karya Imam Abu Al Hasan Al Asy’ari terdapat tulisan yg secara eksplisit maupun implisit mendukung TAJSIM dan TASYBIH maka dipastikan kitab tsb palsu !

2. Bila dalam kitab Shahih Bukhori, pasal Al Ma’rifah dan bab Al Madholim tidak ada / hilang, maka dapat dipastikan kitab tsb palsu karena Imam Ibnu Hajar Al Asqolani dalam Fathul Bari menjelaskan adanya pasal tsb !

3. Bila pasal ZIARAH KUBUR NABI SAW di dalam kitab RIYADLUSH SHOLIHIN berubah menjadi pasal ZIARAH MASJID NABI SAW maka kitab tsb palsu !

4. Di dalam kitab DIWAN ASY SYAFI’I halaman 47 ada bait yg berbunyi, “FAQIHAN WA SHUUFIYYAN FAKUN LAISA WAAHIDAN yg artinya JADILAH AHLI FIQH DAN SHUFI SEKALIGUS, JANGAN HANYA SALAH SATUNYA….dst, bila bait ini hilang maka kitab tsb palsu !

5. Bila Hadits Fadhoil Maryam, Asiyah, Khodijah dan Fatimah hilang dari kitab Shohih Muslim maka kitab ini palsu karena Mustadrak al Hakim mencatat itu !

6. Bila Hadits tentang Nabi SAW mempersaudarakan Muhajirin dan Anshor, serta mempersaudarakan dirinya dgn Sayidina Ali tidak ada di dalam Musnad Imam Ahmad, maka Musnad tsb palsu !

7. Bila pasal khusus tentang WALI, ABDAL, SHOLIHIN & KAROMAH, tidak ada di dalam HASYIYAH IBNU ‘ABIDIN yg bermadzhab Hanafi, maka kitab tsb palsu !

8. Bila tulisan bhwa WAHHABI ADALAH JELMAAN KHAWARIJ YANG TELAH MERUSAK PENAFSIRAN ALQURAN DAN AS SUNAH, SUKA MEMBUNUH KAUM MUSLIMIN…(dst ) dalam kitab HASYIYAH ASH SHOWI ‘ALA TAFSIR JALALAIN karya Syeikh Ahmad bin Muhammad Ash Showi al Maliki halaman 78 tidak ada maka kitab tsb palsu !

9. Di dalam kitab AL FAWAID AL MUNTAKHOBAT karya Ibnu Jami Aziz Zubairi halaman 207 menyatakan bhwa Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab adalah THOGHUT BESAR, bila tulisan ini tidak ada maka kitab tsb palsu !

10. Bila bab ISTIGHOTSAH pada kitab AL MUGHNI karya Imam Ibnu Qudamah al Hanbali tidak ada, maka kitab tsb palsu!

DAN MASIH BANYAK LAGI !!!
HATI-HATI, TELITILAH SEBELUM MENDOWNLOAD MAUPUN MEMBELI KITAB !!!

Sumber FB: Mujahid Aswaja

01/04/2019 Posted by | Bicara Ulama, Informasi, Politik dan Dakwah, wahabi | Leave a comment

Maksud Dua Marhalah Dalam Jamak & Qasar.

Soalan:

Apakah yang dimaksudkan 2 marhalah di dalam solat Qasar?

Jawapan:

Firman Allah Taala:

وَإِذَا ضَرَبْتُمْ فِي الْأَرْضِ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَقْصُرُوا مِنَ الصَّلَاةِ
“Dan jika kamu bermusafir di muka bumi ini, maka tidak berdosa ke atas kamu untuk memendekkan solat (solat empat rakaat dijadikan kepada dua rakaat)”. (Surah An-Nisa’:101)

Nas di atas ini menunjukkan dalil dibolehkan solat qasar ( iatu solat empat rakaat dipendekkan kepada 2 rakaat) hal keadaan alkhauf ( ketakutan) seperti berperang bukan keadaan aman. Namun terdapat Hadis Sohihah dan Ijmak membolehkan solat Qasar hal keadaan aman.

Ya’la bin Umaiyah r.a. telah berkata kepada Sayyidina Umar r.a: “Mengapa kita mengerjakan solat secara Qasar sedangkan kita di dalam keadaan yang aman?” Lalu Sayyidina Umar r.a. menjawab: “Aku telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w., Baginda s.a.w. bersabda, solat Qasar itu sebagai satu sedekah (pemberian) yang Allah s.w.t sedekahkan dengannya ke atas kamu maka hendaklah kamu menerimanya atau ambillah sedekah itu. (Hadis Riwayat Imam Muslim 686)

Ulama telah bersepakat pada pensyariatan solat Qasar.

(Rujukan Kitab fiqh Mazahib Arbaa’ Juzuk 1 hlmn 362-363)

Solat Qasar ialah solat empat rakaat (zohor, asar dan isyak) dipendekkan kepada dua rakaat dengan syarat-syarat yang tertentu.

Hukum Safar ada lima:

Wajib : Seperti perjalanan untuk menggugurkan yang kewajipan fardhu haji dan umrah, menuntut ilmu yang wajib dan lain-lain.
Sunat : Seperti menziarahi Nabi dan menyambung silaturrahim
Harus : Seperti perjalanan dengan tujuan untuk berniaga.
Makruh : Seperti perjalanan berniaga kain kafan atau menjual alat muzik dan permainan yang tidak diharamkan.
Haram : Seperti bermusafir tanpa keizinan suami

(Rujukan Kitab At-Taqrirat As-Sadidah hlmn 313)

BACA: Doa Untuk Anak dan Keluarga

Marhalah bermaksud perhentian rehat bagi satu perjalanan seharian. Dua Marhalah ialah ukuran perjalanan yang dibolehkan seseorang itu melaksanakan solat Qasar dan Jamak.

Maksud ukuran 2 marhalah itu ialah:

“Jauh perjalanan sekira-kira dua hari perjalanan atau dua malam atau sehari dan semalam perjalanan unta yang membawa barang-barang dagangan ( barat-barat dagangan yangberat di atasnya).” (Rujukan Kitab Matlak Al-Badrain hlmn 92)

“Perjalanan selama dua hari (dua siang) atau dua malam atau sehari semalam dengan unta yang membawa barang dagangan yang berat.” (Rujukan Idaman Penuntut 1/90)

“Perjalanan dua hari atau dua malam atau sehari semalam jika menunggang unta.” (Rujukan Zain ATH-Tholib 1/209)

Manakala jika dirujuk pada Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat hlmn 999, marhalah bermaksud ukuran jarak yang lebih kurang 28 batu atau 45.06 km.

Adapun dua marhalah mengikut ukuran zaman sekarang adalah antara 85km – 90km atau bersamaan 56 batu.

Secara amnya, ukuran 1 marhalah = 2 barid = 24 mil hasyimi (8 farsakh). 1 mil = 1000 depa. Satu depa = empat hasta. Satu hasta = 46.656 cm. Ini bermakna satu depa = 186.624cm (46.656 x 4). Maka 1 mil = 6000 ribu hasta bersamaan 186.624cm (1866.24 meter atau 1.866km) atau 24 jari melintang. Oleh itu, satu marhalah = 24 mil = 44789.76 meter atau bersamaan 44.790km. maka dua marhalah = 89580 meter ( lebih kurang 89 atau 90km).

Adapun menurut Almarhum Syeikh Wahbah az-Zuhaili, dua marhalah itu bersamaan 88.704 km. (Rujukan kitab al-Wajiz 1/266).

Syeikh Muhammad ‘Ali as-Shabuni menganggarkan 84 km. (Rujukan Kitab Al-Fiqh Al-Syarie al-Muyassar hlmn 131)

Menurut Syeikh Hasan bin Ahmad bin Muhammad al-Kaff, dua marhalah itu bersamaan lebih kurang 82 km dan lebih. (Rujukan Kitab Taqrirat As-Sadidah hlmn 315).

BACA: Pernikahan Wanita Mengandung Anak Luar Nikah
Kesimpulannya, jarak dua marhalah di dalam ukuran sekarang disebutkan oleh para ulama di dalam kitab merupakan anggaran. Berkenaan dengan ukuran ini lebih kepada Taqribi (anggaran), bukannya Tahdidi (ketepatan), maka seseorang diharuskan solat Qasar jika sudah mencapai dua marhalah (seperti mana yang telah dijelaskan di atas).

Semoga pencerahan ini memberikan kefahaman dan penghayatan bersama.

Sumber: http://www.ohmedia.my

01/04/2019 Posted by | Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Jgn sebarkan ilmu yg bertentangan dgn majoriti Umat Islam di tanah air kita.

JANGAN SESATKAN ILMU YG DIPEGANGI DAN DIPERJUANGKAN OLEH PARA ULAMA-ULAMA KITA.

Dalam dakwah kene jelaskan betul-betul apa yg kita sampaikan dan jgn sebarkan apa yg bertentangan dgn pegangan majoriti Umat Islam terutama sekali pegangan Umat Islam di tanah air.

Kemudian dlm dakwah kene tunjukkan diri kita ni siapa, dgn erti kata lain kita ni ambil ilmu agama dari siapa dan di mana, kalau duk sembunyi-sembunyi maka masyarakat akan ragu-ragu.

Jelas akidah Allah Wujud Tanpa Tempat diterima oleh akal yang waras, ini ada disebut:

الدَّلِيْلُ الْعَقْلِيُّ: “كَمَا صَحَّ وُجُوْدُ اللهِ قَبْلَ الْخَلْقِ الْأَمَاكِنِ وَالْجِهَاتِ بِلَا مَكَانٍ وَلَا جِهَةٍ فَكذَلِكَ يَصِحُّ وُجُوْدُهُ عَقْلًا بَعْدَ خَلْقِ الْأَمَاكِنِ وَالْجِهَاتِ بِلَا مَكَانٍ لِأَنَّهُ لَا يَتَغَيَّرُ”.

Terjemahan:
“Dalil dari sudut akal:”Sepertimana sahnya kewujudan Allah sebelum menciptakan tempat-tempat dan arah-arah tanpa bertempat dan tanpa arah, begitu juga sah kewujudan Allah dari sudut akal setelahmana penciptaan tempat-tempat dan arah-arah, Wujud tanpa bertempat kerana Allah tidak berubah”.

Maka jelaslah kebenaran akidah Allah Wujud Tanpa Tempat dan arah serta tidak diliputi masa. Dan akidah ini juga adalah pegangan ulamak Salaf (SALAFI) bukan yg bertopengkan dgn nama SALAFI.

Nasehat:
Jgn sebarkan ilmu yg bertentangan dgn mejoriti Umat Islam di tanah air kita.

Renung2kan dan sebarkan!!!

-Sumber-
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=385853678915314&id=100024720556788
👇👇👇

01/04/2019 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

   

%d bloggers like this: