Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

ASWAJA vs WAHABI

WAHABI SAYS:

Taqrir nabi terhadap bilal xbleh dijadikan hujah untk amalan2 yg muncul selepas nabi wafat sebab taqririyyah cuma berlaku ketika baginda masih hidup je

ASWAJA JAWAB
Kalaulah kita tidak boleh melakukan perkara yg belum diajarkan oleh nabi sudah tentu nabi tidak akan mentaqrir perbuatan Bilal kerana sudah sangat jelas bahawa perbuatan Bilal itu sudah salah sejak dari asalnya.Jadi pengajaran yg dapat diistimbat dr taqrir nabi itu ialah bukan semua perkara yg belum diajarkan oleh nabi itu salah.Salah atau tidak bukan berdasarkan kepada telah diajarkan oleh nabi atau belum tapi berdasarkan adakah bercanggah dgn dalil dalil am atau tidak.Oleh kerana perbuatan Bilal itu baik dan tidak bercanggah dgn dalil dalil am maka sebab itulah nabi taqrir.

WAHABI SAY:

Bab ibadat kita xbleh ikut kepala sdiri. Mcmana kita nk tau Tuhan iktiraf semua tu kalu bkn melalui dalil or taqrir dari nabi? Masa tu islam belum lengkap & wahyu pun sdg turun. Byk je amalan2 dari sahabat yg nabi approve. Skrg semua tu dh tertutup sebab nabi dh wafat & agama ni pun telah sempurna. Apa2 yg xjadi sebahagian dari agama pd masa tu skrg pun tetap takkan jadi sebahagian dari agama

ASWAJA JAWAB:

Itulah gunanya Al Quran dan sunnah.Itulah neraca kita sekarang.So kalau perkara baru kita timbang dengan neraca Al Quran dan sunnah dan didapati tidak bercanggah dgn dalil dalil am bererti perkara baru itu hukumnya harus tak kira samada dalam masalah ibadat atau muamalat.Sebab Al Quran telah sempurna diturunkan dan nabi pun dah wafat maka berdasarkan kepada Al Quran juga ayat yg berbunyi
فاعتبروا يا أولى الألباب
Maka ambil pengajaranlah wahai orang orang yg mempunyai akal fikiran

Maka para ulama telah setuju utk mengguna pakai hukum kias dalam masalah perkara perkara baru.Bila kias digunakan maka kias itu kita kiaskan berdasarkan kepada dalil dalil am.

WAHABI SAYS:

Ok kenapa imam nawawi menghukum solat raghaib sbg bidaah? Kalu nk kira xbercanggah tu dgn dalil2 am. Solat je pun.Sorry tak ada kias dalam ibadat.

ASWAJA JAWAB:

Imam nawawi bukan menentang tentang solat tu.Tapi imam nawawi menentang pengkhususan waktu.Sebab ada hadis yg melarang mengkhususkan solat sunat pada waktu waktu tertentu seperti pada malam jumaat dan lain lain.Kalau engkau kata tak ada kias dalam ibadat ertinya tertutuplah pintu ijtihad dalam bab ibadat.Padahal pintu ijtihad adalah terbuka dalam semua amalan dalam Islam.Nabi sendiri telah membuka suatu wawasan utk kias dalam ibadat.Ini dalam peristiwa seorang telah bwrtanya kepada Rasulullah bahawa ibunya telah berniat utk haji tetapi telah meninggal sebelum sempat dia mengerjakannya.Lalu Raaulullah berkata jika ibumu berhutang adakah kamu wajib membayarkan hutang bagi pihaknya?Dia menjawab sudah tentu.Lalu Raaulullah berkata maka hutang Allah itu terlwbih berhak utk dilunaskan.Di sini nabi telah mengkiaskan kewajiban membayar hutang dengan mengerjakan haji.Kalau tidak ada kias dalam ibadat mengapa nabi mengkiaskan membayar hutang dgn haji?Semasa muaz diutuskan ke yaman baginda telah bertanya kepada muaz dengan apa kamu akan menghukum.Muaz telah menyebutkan usul usul fatwa di hadapan Raaulullah termasuklah kias.Tidak dinyatakan kias itu adakah hanya dalam bab muamalat sahaja atau semua termasuk ibadat.Yg nyata drp peristiwa itu kias adalah masuk dalam semua bab termasuk ibadat.Kalau ibadat tidak boleh diijtihadkan dan tidak boleh memakai kias sudah tentu Rasulullah menerangkan kepada kita.Tapi tak ada pulak pengecualian tidak boleh ijtihad atau menggunakan kias dalam ibadat sepanjang Rasulullah hidup termasuklah dalam kes muaz yg tersebut

WAHABI SAYS:

Tu kisah masa nabi belum wafat… lani ko nak mintak sape yg mngesahkn qiyas ko tu?

ASWAJA JAWAB:

Itulah namanya ijtihad boleh salah boleh betul.Jika betul dapat 2 pahala dan jika salah dapat 1.Wahhabi menolak kias dalam ibadat bererti wahhabi sesat kerana tidak mengikuti petunjuk Rasulullah dalam hal ini dan tidak mengikut teladan salafusaleh

WAHABI SAYS:

Ulama2 mazhab syafie mmg tolak qiyas dlm ibadat syeikh

ASWAJA SAYS:

Mana kata ulama syafie tolak kias dalam ibadat.Ulama syafie menetapkan disunatkan melafaskan usolli dalam solat dll melafaskan niat.Itu adalah berdasarkan kepada kias.Korang mudah kena tipu dgn wahhabi sebab korang tak belajar usulfiqh dan kaedah kaedahnya.Ulama wahhabi aku bukan nak cakap apalah kebanyakan mereka tidak jujur dan menipu

WAHABI:
Sekejap..sekejap..aku nak terberak laa…nanti kita sembang lagi k ?

ASWAJA:..???

FB Ilham Othmany

30/03/2019 Posted by | wahabi | Leave a comment

BAGAIMANA WAHHABI MEMPERALATKAN AL QURAN DAN SUNNAH.

Mahasuci Allah daripada sifat ketawa.Ketawa di dalam hadis di atas ditakwilkan dengan redhaNya.Apabila seseorang redha dia akan ketawa seperti ketawa nabi dengan sebab keredhaan Allah

Ketawa itu kalau bagi makhluk melibatkan perubahan muka pada memek wajah.Keadaan manusia ketika ketawa dan ketika tidak ketawa tidak sama.Sebab tu ketawa adalah mustahil bagi Allah kerana ketawa adalah sifat makhluk yg baharu.Adakah wajah Allah ketika ketawa dan ketika tidak ketawa tidak sama?Adakah memek wajah Allah berubah ketika ketawa?Adakah Allah itu kekal baqa atau Allah itu fana sehingga dia berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan?Mustahil zat Allah itu berubah dari satu keadaan kpd satu keadaan kerana berubah itu adalah pergantian zat.Padahal zat Allah kekal tidak bertukar ganti.Sebab tu semua ulama ahli sunnah dan pensyarah pensyarah hadis mentakwilkan ketawa Allah itu sebagai sifat af’al yaitu redhaNya.

Wahhabi dalam usaha mereka utk menjisimkan Allah sanggup mencipta kaedah yg bid’ah dalam ilmu tafsir.Mereka mengatakan ayat ayat yg berhubung dengan sifat Allah tidak boleh ditakwilkan tapi ayat ayat yg bukan berhubung dengan sifat Allah boleh ditakwilkan.Bukankah semua ayat ayat Al Quran dari surah Al Fatehah hingga surah annas wajib diterima dan jika ditolak maka seseorang itu menjadi kafir?Sama sahaja menolak sesuatu drpnAl Quran menjadikan seseorang kafir samada ayat yg berhubung sifat Allah atau ayat yg tidak berhubung sifat Allah.So bagaimana mereka wahhabi itu boleh mengatakan bahawa mentakwil ayat yg berhubung dgn sifat Allah bererti menolak firman Allah sedangkan mentakwil ayat yg selain drp itu tidak mengapa.Bukankah sama sama ayat Al Quran yg wajib diterima?Wahhabi sering mengatakan apabila Allah berfirman dengan ayat ayat mutasyabihat apakah Dia tidak tahu apa yang diucapkan sehingga firmanNya perlu ditakwilkan?Kita katakan kepada mereka yg jahil ini Allah itu lebih mengetahui apa yg Dia ucapkan sebab itulah Dia mengatakan firmanNya ada yg muhkamat dan ada yg mutasyabihat(ali imran ayat 7).Berdasrkan ayat 7 surah aali imran itu takwil adalah sebahagian drp manhaj tafsir ahli sunnah dan takwil itu hukumnya wajib ketika ada keperluan(qarinah) dan sekurang kurang takwil itu adalah sekadar tidak memakai makna zahir tanpa menentukan apakah takwilnya seperti yg dilakukan oleh salaf.Dan kriteria apakah sesuatu ayat mutasyabihat itu wajib ditakwilkan atau tidak ,bukan bergantung samada ianya sifat Allah atau tidak tapi dilihat samada ada qarinah atau tidak .

Sebenarnya wahhabi memakai kaedah yg sangat rapuh dan sangat mudah dirobohkan sebab itu lah dimana mana ramai yg menolak wahhabi kecuali mereka mereka yg telah tertipu dengan ustaz ustaz wahhabi kerana mereka biasanya menggunakan slogan menipu kembali kepada Al Quran dan sunnah.Tapi bagi mereka yg faham kaedah tafsir dan sempat dan berpeluang mempelajari kitab karangan ulama muktabar mereka akan mengetahui kebatilan wahhabi.Slogan kembali kepada Al Quran dan sunnah menjadi alat pemanis mulut semata seperti kata sayidina Ali 
كلمة الحق أراد به الباطل
Perkataan yg benar tapi diucapkan utk perkara yg batil.

Salah satu penyelewengan wahhabi dalam masalah sifat ialah mereka melangkahi al Quran dalam menetapkan sifat sifat Allah lalu Al Quran dipaksa supaya tunduk kepada pemikiran yg mereka inginkan.Padahal tidak boleh sifat sifat Allah ditetapkan melainkan harus merujuk kepada Al Quran terlebih dahulu.Oleh kerana Al Quran memerlukan penafsiran dimana sebahagian ayat ayatnya ada yg jali ada yg khafi ada mutasyabih ada yg muhkam maka perkara perkara tersebut harus disetelkan terlebih dahulu barulah boleh ditetapkan antara sifat sifat Allah itu mana yg hakikiah mana yg khabariah.Mana yg zatiyah mana yg fi’liyah mana yg sarih mana yg muawwal.Bukan main hantam kromo aja .Cara hantam kromo begitu adalah cara yahudi laknatullah ketika mereka mau mengejek Al Quran mereka memaknakan ayat ayat mutasyabihat mereka hanya memakai pengertian lahiriah Allah itu miskin kerana meminjam wang dari makhluk kata mereka berdasarkan kepada ayat 
من ذا الذي يقرض الله قرضا حسنا
Siapakah yg sanggup meminjamkan kepada Allah dengan suatu pinjaman yg baik…
Allah mengeji mereka 
لقد سمع الله قول الذين كفروا إن الله فقير…
Sesungguhnya Allah mendengar perkataan orang kafir yang mengatakan Allah itu miskin..
Satu pernyataan(khabar) drp Allah yg berbentuk tahdid(ancaman)

Kita akan katakan kepada orang yg fasiq lagi bodoh ini bukan yahudi sahaja yg akan terkena ancaman Allah ini.Kalian juga wahai wahhabi Allah mendengar perkataan kamu yg mengatakan Allah duduk,Allah berhajat kepada tangan,Allah berhajat kepada mata ,Allah terbatas,Allah ketawa berdekah dekah ha ha ha,Allah sama seperti zat yg ada permulaan dan lain lain..

Selalu wahhabi ketika hendak mempertahankan kemujassimahan mereka akan berdalih bahawa kepercayaan mereka itu adalah berdasarkan kepada kefahaman salaf.Allah itu duduk tapi tak sama dengan duduk makhluk.Allah itu ada tangan.Tapi tangan Allah tak sama dgn tangan makhluk.Allah itu bertempat dan tempat Allah itu di atas langit.Allah itu turun naik antara langit dgn bumi utk memberi rahmat kepada makhlukNya.Betulkah salaf memahamkan begitu?Itu sebenarnya bukan fahaman salaf .Itu adalah fahaman ibnu taimiyah seorang penjenayah dalam agama.Buktinya beliau sampai dipenjarakan dengan persepakatan sekelian ulama pada zamannya.Kalau imam Ahmad dipenjara maka Allah telah menzahirkan kebenaran beliau di mana akhirnya dibebaskan dan sultan akhirnya insaf dan kembali kepada kefahaman sunnah yg sebenar.Tetapi ibnu taimiyah Tuhan tidak pernah menzahirkan kebenarannya .Beliau akhirnya wafat dipenjara dan ajarannya pupus utk suatu tempoh yg lama sehinggalah dihidupkan kembali di abad 19 oleh Muhammad bin Abdul Wahhab dengan bantuan dr pihak British.Fahaman inilah yg dianut wahhabi.Bukan fahaman salaf.Mereka para wahabi itu menolak takwil terhadap nas nas mutasyabihat pada hal takwil terhadap nas nas mutasyabihat itu ijmak antara salaf dan khalaf berdasarkan firman Allah dalam surah Ali imran ayat 7
وما يعلم تأويله إلا الله..
Dan tidak ada yg mengetahui takwilnya melainkan Allah..

Menunjukkan takwil itu memang ada.Hanyasanya ulama salaf berpegang kepada takwil ijmal atau takwil tafwidh sedang kan ulama salaf berpegang kepada takwil tafsil.Takwil ijmal tidak menentukan takwilnya malah diserahkan kepada Allah kerana Allahlah yg mengetahui takwilnya berdasarkan ayat 7 Ali imran di atas.Ulama khalaf menentukan takwilnya kerana mereka berpendapat walaupun Allah mengatakan hanya Dia yg mengetahui takwil namun tidak salah utk berijtihad bagi menyelamatkan akidah orang awam.Jadi jelas menolak kaedah takwil bukan kaedah ahlu sunnah.Itu adalah kaedah khawarij yaitu segolongan arab badwi yg tidak berilmu pengetahuan yg lurus bendul.Mereka terkenal sebagai kumpulan yg menafsirkan Al Quran secara sembrono.

Wahhabi menafikan bahawa salaf tafwidh akan ayat ayat mutasyabihat.Mereka mengatakan bahawa salaf memaknakan ayat ayat mutasyabihat secara zahir seperti kalau tangan Allah ya maknanya tangan Allah Cuma tangan Allah itu tak sama dgn tangan makhluk.Jadi jelas di sini tafwidh yg mereka lakukan terhadap ayat ayat mutasyabihat adalah tafwidh atas sifat Allah yg difahamkan secara zahir melalui ayat ayat mutasyabihat.Sedangkan salaf tidak pernah mentafwidhkan sifat Allah yg ditetapkan menerusi ayat ayat mutasyabihat.Tafwidh salaf bukan tafwidh sifat.Tafwidh salaf adalah tafwidh makna ayat mutasyabihat.Salaf tidak pernah mengisbatkan sifat sifat yg diceritakan dalam ayat ayat mutasyabihat sebagai sifat Allah.Mereka menyerahkan muradnya atau maknanya kepada Allah di samping mengiktikadkan zahiruhu ghairu murad- zahir makna bukan yg dimaksudkan.

Rasulullah sendiri menyuruh umat supaya menyerahkan makna ayat ayat Al Quran kepada Allah yg lebih mengetahui.Ertinya yg nabi suruh tafwidh makna bukan tafwidh sifat.Imam Ibnu Kathir meriwayatkan dari Imam Ahmad sebuah hadis nabi yg berbunyi:
إنما هلك من كان قبلكم بهذا ضربوا كتاب الله بعضه ببعض وإنما أنزل كتاب الله ليصدق بعضه بعضا فلا تكذبوا بعضه ببعض فما علمتم منه فقولوا وما جهلتم فكلوه إلى عالمه

Sesungguhnya telah binasa orang orang yg sebelum kamu dengan sebab ini.Mereka mempertentangkan kitab Allah sebahagian dgn sebahagiannya .Sesunggunya diturunkan kitab Allah itu ayat ayatnya saling membenarkan antara satu sama lain maka janganlah kalian mendustakan kitab Allah itu sebahagian dengan sebahagiannya.Apa apa yg kalian tahu maka katakanlah dan apa apa yg kalian tidak mengetahui maka serahkanlah kepada Yang Mengetahui(Allah)

Ibnu Kathir mengatakan perawi perawinya thiqat.Jelas di dalam hadis di atas Rasulullah menyuruh menyerahkan makna ayat yg tidak diketahui maknanya.Ertinya tafwidh makna ayat.Bukan tafwidh sifat.Kalau tafwidh sifat maka semua sifat Allah kita kena tafwidh.Siapa yg mengetahui hakikat sifat qudrat Allah?Siapa yg mengetahui hakikat sifat iradat Allah?Siapa yg mengetahui hakikat sifat ilmu Allah dan lain lain?Jawabnya tak ada.Tafwidh sifat itu dah tak payah dipersoalkan lagi.Tapi tafwidh yg dimaksudkan dalam hadis di atas adalah tafwidh makna ayat dalam kitab Allah yg tidak diketahui maknanya terutama sekali ayat ayat mutasyabihat.Timbul satu persoalan bagaimana kita begitu yakin bahawa ayat ayat mutasyabihat itu zahir maknanya bukan yg dikehendakki.Jawabnya ialah kerana ayat ayat mutasyabihat itu zahir maknanya seakan akan menyerupakan Allah sgn makhluk sedangkan Allah telah berfirman di dalam ayat yg muhkamat
ليس كمثله شيئ
Allah itu tidak serupa dengan segala sesuatu

Sebab itulah para ulama ketika mensyarahkan hadis hadis sifat dan ketika membincangkan metod salaf mereka selalu mengatakan bahawa menurut metod salaf ayat ayat mutasyabihat itu di samping diserahkan maknanya kepada Allah hendaklah disertai dgn tanzihul ilaah amma laa yaliqu bihi wa amma zohiru ghairu murad iaitu mensucikan Allah drp sekelian sifat yg tidak layak bagiNya(sifat kebendaan) dan adapun makna zohir dari ayat ayat tersebut bukan yg dikehendakki dan bukan yg dimaksud.

Sekian terimakasih.


Olih:Ilham Othmany

30/03/2019 Posted by | Aqidah, wahabi | 1 Comment

   

%d bloggers like this: