Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Isu qadha solat timbul lagi

Isu qadha solat timbul lagi baru-baru ni disebabkan seorang pensyarah muda yang popular di sebuah IPTA yang memegang gelaran doktor falsafah dalam bidang hadith mengatakan solat yang ditinggalkan dengan sengaja tidak perlu diqadha. Tambahan pula beliau mempunyai pengikut yang ramai di FB.

Daripada pembentangan beliau tentang hukum qadha’ solat, dapatlah diketahui bahawa beliau mengambil pendapat daripada Ibn Taimiyah, Ibn Rajab, Ibn Hazm, al-Hassan al-Basri dan al-Humaidi.

Sedangkan jumhur ulamak mengatakan wajib qadha’ solat yang ditinggalkan dengan sengaja.

Alhamdulillah telah bangkit seorang tokoh menjawab pandangan doktor muda tersebut. Tokoh yang dimaksudkan ialah Ustaz Ahmad Lutfi, beliau merupakan seorang tenaga pengajar di Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling dan merupakan pakar fiqh mazhab Syafi’e.

Berikut saya himpunkan jawapan Ustaz Ahmad Lutfi yang beliau kongsi di laman FB Tok Kenali Kitab Arab mengikut kronologi timeline. Dipersilakan untuk membaca satu persatu. Jawapan yang kemas dan padu!

Ibnu Hazam, Ibnu Taymiyah, Imam Hasan basri vs Dr Rozaimi

Hukum konsisten

Imam Humaidi dan Imam Hasan Basri

Imam Humaidi

Imam Humaidi dan qada

Catatan Ustaz Ahmad Lutfi

Ijmak dan qada solat

Pendapat Ibnu Taymiyah…

Terakhir bahagian 1

Terakhir bahagian 2

Terakhir benar 3

via: Ahmad Ibrahim,
National University of Singapore.
@usrah_solat_MSO

Ibnu Hazam, Ibnu Taymiyah, Imam Hasan basri vs Dr Rozaimi

1. Setelah meneliti hujah Ibnu Hazam di dalam kitabnya al-Muhalla bahawa tidak boleh qada solat maka sebenarnya mazhab Ibnu Hazam yang didukung oleh Dr Rozaimi lebih ‘ekstrim’ dan ‘menyusahkan’ umat

2. Setelah meniliti lagi saya mendapati sebenarnya Dr. Rozaimi mencipta mazhab sendiri

3. Ibnu Hazam, Imam Hasan Basri dan seumpamanya mengatakan orang yang telah meninggalkan solat dengan sengaja maka oleh kerana besarnya dosa dia meninggalkan solat maka dia tiada peluang untuk cover atau bayar balik dengan jalan qada

4. Ibnu Hazam berkata,” Orang yang meninggalkan solat dia tidak akan boleh menggantikannya buat selama-lamanya” (al-Muhalla)

5. Imam Hasan Basri juga bercakap sedemikian

6. Sambung Ibnu Hazam orang yang tinggalkan solat dengan sengaja dia perlu solat sunat sebanyak-banyaknya (mungkin akan jadi lebih banyak dari rakaat solat qada’) semoga timbangannya menjadi berat dan Allah maafkan kesalahannya

7. Bagi Ibnu Hazam tinggal satu solat contohnya Subuh maka tidak boleh qada dan tidak sah bahkan perlu banyakkan solat sunat (sudah tentu akan jadi lebih dari dua rakaat)

8. Maka kalau orang yang mahu bertaubat akan lebih berkata (saya ahli neraka) mengikut bahasa Dr. Rozaimi

9. Justeru itu isu sekarang ialah Dr Rozaimi bukan sahaja berbeza dengan majoriti bahkan dengan Hasan Basri, Ibnu Hazam dan Mentor Ibnu Taymiyah

10. Sekiranya diterangkan pendapat Ibnu Taymiyah dengan menyatakan illahnya maka sebenarnya orang ramai pasti akan mengharapkan pendapat jumhur kerana disana lebih luas rahmatnya

Sumber: Pustaka Tok Kenali Kitab Arab
@usrah_solat_MSO

29/03/2019 - Posted by | Bicara Ulama, Fiqh, Ibadah, Q & A (Soal Jawab)

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: