Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

FIDYAH DAN KAFFARAH

SOAL JAWAB FIDYAH & KAFFARAH:

1.Bolehkah fidyah dibayar terus kepada anak yatim?

Boleh sekiranya anak yatim tergolong dalam kategori fakir dan miskin.

2.Adakah wajib bagi seorang anak mengqada puasa bagi seorang ibu atau ayahnya yang sakit tua dan nyanyuk?

Tidak perlu mengqadakan puasa bagi ibu atau ayah yang uzur, namun boleh membayar fidyah bagi puasa yang ditinggalkannya.

3.Bagaimanakah pengiraan bagi bayaran fidyah?

Bilangan hari x 1 cupak beras x tahun gandaan

4.Berapakah kadar timbangan 1 cupak beras untuk bayaran fidyah di Negeri Kedah?

1 gantang Baghdad bersamaan 2.60 kg, dan satu cupak bersamaan 650gram (satu cupak dinilai bersamaan ¼ daripada 1 gantang Baghdad)

Harga beras bagi sukatan adalah mengikut harga pasaran semasa.Sebagai contoh, harga zakat fitrah tahun 1437H bagi satu gantang beras adalah RM7.00, Oleh itu 1 cupak (650gram) beras bagi tahun 1437H adalah RM1.75.(sumber cabutan Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah 27 Julai 2015 bersamaan 11 Syawal 1436)

5.Bagaimanakah cara membayar fidyah bagi orang tua yang tidak berupaya berpuasa dan bilakah masanya fidyah itu perlu dibayar?

Sekiranya tidak mampu berterusan, hendaklah membayar fidyah sebaik sahaja selepas Ramadhan berlalu. Jika sekiranya tidak berupaya ketika itu sahaja, kemudian selepas itu dia mampu melakukannya, hendaklah qadha puasa tersebut dan sekiranya melangkaui tahun hendaklah qadha dan membayar fidyah.

6.Setelah qadha puasa, adakah waris si mati perlu juga untuk membayar fidyah?

Setelah selesai mengqadha puasa si mati, ini bermakna waris sudah tidak perlu untuk membayar fidyah puasa lagi untuknya.

7.Bagi kaffarah zihar, adakah dibolehkan untuk tidak mengikut turutan kaffarah yang diwajibkan?

Mengikut pandangan jumhur ulamak, kaffarah terbabit bukanlah pilihan tetapi ia mengikut urutan.

8.Jika tidak mampu menunaikan kaffarah nazar mengikut urutan, maka hendaklah menunaikan pilihan berpuasa selama tiga hari.

Sumber:Majlis Agama Islam Kedah

26/03/2019 - Posted by | Bicara Ulama, Fiqh, Q & A (Soal Jawab)

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: